Pencapaian ANGKASA dalam membantu perkembangan koperasi di

Save this PDF as:
 WORD  PNG  TXT  JPG

Size: px
Start display at page:

Download "Pencapaian ANGKASA dalam membantu perkembangan koperasi di"

Transcription

1

2

3 RANCANG PEMBANGUNAN JANGKA PANJANG KOPERASI Oleh : Haji Borhan Mat Aris Pencapaian ANGKASA dalam membantu perkembangan koperasi di negara ini terus menyerlah melalui penyediaan pelbagai khidmat dan pendekatan yang boleh dimanfaatkan oleh koperasi. Malah, pendekatan ANGKASA untuk terus mencari ruang dan peluang dalam membangunkan institusi koperasi turut mencakupi segenap ruang yang boleh membawa kebaikan kepada koperasi. Melihat kepada segmen koperasi yang pelbagai, tentunya usaha yang dilakukan ini memerlukan pendekatan dan strategi yang berbeza mengikut keperluan koperasi. Ini juga telah dilaksanakan oleh ANGKASA dan hasilnya ternyata terus meningkat dan merangsang pertumbuhan perniagaan koperasi. Melalui perkhidmatan yang disediakan oleh ANGKASA, koperasi-koperasi terus mendapat manfaat dan untuk bergerak lebih jauh dalam bidang perniagaan, ANGKASA telah menubuhkan lapan sektor peneraju yang dapat memacu peningkatan perniagaan koperasi, sesuai dengan pewujudan sektor tersebut. Seperti kata Presiden ANGKASA, Dato Abdul Fattah Abdullah, koperasikoperasi perlu bersama-sama dengan ANGKASA untuk bergiat cergas dalam bidang perniagaan yang diceburi melalui sumbangan idea, konsep, kaedah pelaksanaan, kepakaran, teknologi dan juga modal yang diperlukan bagi menjalankan perniagaan tersebut. Kesemua faktor ini sangat perlu diambilkira supaya apa yang dibuat oleh sektor peneraju sebagai penyelaras yang diwujudkan oleh ANGKASA ini dapat mengatur langkah untuk menjalankan perniagaan. Bagi Presiden ANGKASA, apa yang lebih penting ialah ANGKASA dan semua koperasi perlu merangka strategi bagi mengambil tindakan untuk terus meningkatkan pencapaian perniagaan tersebut. Pemikiran dan perancangan strategik ini amat perlu bagi meneruskan kelangsungan koperasi mengikut acuan yang diharapkan sekurang-kurangnya untuk tempoh sehingga tahun Dato Abdul Fattah menjelaskan ANGKASA sudah merangka pelan strategik jangka panjang sehingga tahun 2050 dalam mengatur tindakan untuk Gerakan Koperasi Malaysia memainkan peranan sehingga ke persada dunia. Dalam masa yang sama, ANGKASA terus merangsang, membimbing, membantu dan memperkasakan perniagaan sehingga membolehkan produk dan perkhidmatan koperasi Malaysia dapat dipasar dan diterima pengguna di seluruh dunia. ANGKASA amat menghargai sokongan berterusan pihak kerajaan kepada Gerakan Koperasi dan Presiden ANGKASA juga telah menyuarakan permohonan agar kerajaan dapat menimbangkan cadangan ANGKASA supaya ada peruntukan khusus kepada Gerakan Koperasi pada pembentangan Bajet Malaysia 2018 nanti demi pembangunan dan kemajuan semua koperasi di negara ini. SIDANG PENGARANG Presiden Dato Abdul Fattah Abdullah Timbalan Presiden Haji Mutadho Bahri Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Dato Haji Kamarudin Haji Ismail Dato Haji Aliasak Haji Ambia Haji Mohamad Azmi Omaruddin Panel Penasihat Editorial Dato Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato Haji Ibrahim Haji Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Haji Borhan Mat Aris Pengurus Unit Media dan Dokumentasi Mohd Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pereka Grafik Salmah Suhaimi Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal Pengedaran Unit Media dan Dokumentasi Bahagian Komunikasi Korporat Sidang Pengarang Edisi Khas 2017 PELANCAR 1

4 EDISI KHAS Terap Budaya Kesederhanaan Dalam Perbelanjaan 8 Terap Semangat Berkoperasi Kepada Generasi Muda 10 MKM Melestarikan Latihan Dan Pendidikan Koperasi 12 Iktiraf Koperasi Sebagai PKS 14 Peluang Koperasi Ceburi Bidang Dialisis Dengan Sokongan Penuh ANGKASA 16 Bersama Merealisasikan (Blueprint) Pelan Tindakan Dekad Koperasi Lebih Berkesan 18 Koperasi Sekolah Pemangkin Kejayaan Modal Insan 20 Peranan Anggota Koperasi Dalam Pengurusan Sumber Ekonomi Negara 22 Melestarikan Gerakan Koperasi Melalui Pelan Strategik ANGKASA 24 Global Conference and General Assembly Co-operatives : Putting People at the Centre of Development 24 KETERANGAN GAMBAR KULIT Pencapaian dan kejayaan ANGKASA 28 Sektor Pembangunan Komuniti Pemacu Gerakan Koperasi Negara 30 Impak Sektor Kewangan ANGKASA Terhadap Program Pembangunan Koperasi Di Malaysia 32 Pencapaian Menepati Misi Dan Objektif Pengurusan 34 Memperkasakan Jaringan Koperasi Hartanah 36 ANGKASA Terus Perkasa Sektor Pemborongan Dan Peruncitan Koperasi 38 Mampu Tingkat Produktiviti Ladang Koperasi 40 Memperkasakan Koperasi Pertanian Isu, Cabaran Dan Peranan ANGKASA 42 Memajukan Koperasi Melalui Teknologi Dan Inovasi 44 ANGKASA Perkukuh Integriti Dalam Koperasi 46 Pengurusan Keselamatan Sistem Maklumat Dalam Melindungi Data Peribadi Anggota Koperasi 48 Program Promosi Produk Koperasi Ke Pasaran Antarabangsa 50 Impak SPGA Terhadap Pencapaian Sektor Kewangan Koperasi 52 Bina Keupayaan Pengurusan ANGKASA Menerusi Pembangunan Ilmu Melestarikan Tadbir Urus Patuh Syariah Dalam Koperasi 56 Perkasa Koperasi Menerusi Program Latihan Dan Pendidikan 58 Harapan Bajet Cukai Koperasi 59 Penggunaan Aplikasi e-undi ANGKASA 60 Program Pemerkasaan Pusat Pengedaran (Distribution Centre) Input Pertanian 62 MACCOPS 2017 Sedia Peluang Pemasaran Lebih Luas 64 Membangun Aktiviti Hartanah Koperasi Hala Tuju ANGKASA ASEAN Co-operative Organization (ACO) Wadah Penyatuan Koperasi ASEAN 70 KOPSYA Berkembang Dengan Sokongan Anggota 72 Portal E-Komuniti Dan Pasaran Digital Maya2U 74 Anjakan MAAB Menjana Pembangunan Perumahan Koperasi 78 Gilap Pelajar Jadi Pelapis Warga Koperasi Berilmu Diterbitkan Oleh: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Dicetak Oleh: ULTIMATE PRINT SDN. BHD. Lot 2, Jalan Sepana 15/3 Off Persiaran Selangor, Seksyen Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Tel. : Faks : Alamat Perhubungan: Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya Peti Surat 8797 Pejabat Pos Kelana Jaya Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Telefon: Faks: E-Mel: Laman Web: Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan majalah ini dalam apa juga bentuk sama ada melalui media cetak, elektronik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Pembaca dialu-alukan menghantar karya untuk disiarkan, tetapi Sidang Pengarang berhak membuat suntingan. Semua sumbangan sama ada dipakai atau tidak, tidak akan dikembalikan. Semua hakcipta adalah terpelihara. Segala reproduksi dalam apa jua bentuk perlu mendapat keizinan terlebih dahulu. Semua karya yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pandangan dan sikap PELANCAR. Carian : angkasacoop E-mel : Sila hantar karya anda kepada Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA melalui e-mel : 2 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 3

5 Dari Meja Presiden Dato Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Salam Sejahtera dan Salam 1Koperasi Pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) ANGKASA pada dasarnya mempunyai implikasi bukan sahaja kepada ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara, tetapi perubahan itu juga akan melibatkan implikasi struktur terhadap koperasi anggota dan gerakan koperasi secara keseluruhannya. Memandangkan penelitian lanjut diperlukan oleh SKM, maka pada tahun 2017, ANGKASA dinasihatkan supaya mengadakan PKTA menggunakan UUK sedia ada bagi membolehkan SKM bersama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), mengkaji secara komprehensif Akta Koperasi 1993 atau lebih dikenali sebagai Akta 502 & Peraturan-Peraturan. Oleh itu, PKTA pada tahun 2017 menyaksikan ANGKASA menggunakan UUK sedia ada bagi memastikan pematuhan kepada Perkara 39 Akta Koperasi Menurut Perkara 23 (4) UUK ANGKASA, tertakluk kepada UUK ANGKASA, terdapat agenda PKTA yang perlu dibentangkan bagi memastikan integriti organisasi, pengurusan dan pentadbiran ANGKASA dapat dipertahankan di samping mempamerkan tadbir urus baik koperasi. Agenda seperti menimbang dan meluluskan akaun teraudit, menimbang dan meluluskan bajet tahunan, meluluskan dasar dan rancangan ANGKASA. Ia merupakan agenda penting yang perlu mendapat mandat pewakilan bagi memastikan ANGKASA dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai koperasi apeks yang dinyatakan secara jelas di Perkara 10 (1) UUK ANGKASA. Menerusi agenda yang ditetapkan pada PKTA kali ini, pembentangan laporan adalah berdasarkan kepada tempoh dua tahun iaitu tahun 2015 dan Ia bermakna perwakilan perlu meneliti laporan bagi tempoh dua tahun dan menilai prestasi Lembaga ANGKASA berdasarkan ratio dan nisbah, bukan angka semata-mata. PKTA Ke-32 juga bakal menyaksikan giliran gugur ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK) ANGKASA adalah bagi tempoh dua tahun yang melibatkan Presiden, Timbalan Presiden, dua Naib Presiden dan sembilan anggota JTK yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN). Ia bersesuaian dengan kehendak Akta Koperasi 1993 dan UUK ANGKASA yang masih diguna pakai. Sempena persidangan yang bermakna ini, JTK mengalu-alukan kehadiran perwakilan yang mewakili koperasi anggota ANGKASA untuk menunaikan tanggungjawab sebagai anggota yang ditakrifkan melalui Akta Koperasi 1993 dan UUK serta Perintah Tetap ANGKASA. Jadikan persidangan pada kali ini sebagai titik tolak kepada kebangkitan gerakan koperasi negara yang dipelopori oleh ANGKASA. Pelan Strategik dibentangkan supaya semua perwakilan memahami aspirasi ANGKASA untuk memacu gerakan koperasi negara. Ayuh, maju ke hadapan selaras dengan Prinsip dan Jati Diri Koperasi. Selamat Bersidang. 4 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 5

6 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melancarkan kempen #jangan lebihlebih yang bertujuan untuk memupuk amalan bersederhana ketika berbelanja dalam kalangan masyarakat agar tidak membazir terutamanya ketika musim perayaan. Dato Seri Hamzah Zainudin Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan #jangan lebihlebih Terap Budaya Kesederhanaan Dalam Perbelanjaan Oleh : Haji Borhan Mat Aris Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Kempen #jangan lebihlebih dilancarkan selaras dengan hasrat yang dibawa oleh kerajaan khususnya KPDNKK yang mahu supaya amalan dalam mengamalkan kesederhanaan ketika berbelanja perlu sentiasa ditekankan kepada masyarakat pengguna. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato Seri Hamzah Zainudin berkata, sikap suka berbelanja secara berlebihan ketika musim perayaan seperti membeli juadah makanan yang banyak, membeli pakaian yang mahal, tidak merancang perjalanan secara efisien dan sebagainya perlulah dikawal bagi mengelakkan pembaziran yang akhirnya boleh menjejaskan ekonomi individu itu sendiri. Permintaan yang tinggi terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan ketika musim perayaan juga boleh mendorong kepada kenaikan harga barangan di pasaran oleh pengeluar atau pembekal. Tindakan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan secara drastik seperti itu sering timbul terutamanya ketika musim-musim perayaan sehingga menimbulkan isu manipulasi harga secara sewenang-wenangnya oleh pengeluar atau peniaga khususnya terhadap barangan keperluan semasa. Menurut Dato Seri Hamzah, langkah KPDNKK melaksanakan kempen tersebut dilihat sebagai tepat pada masanya bagi memastikan tahap perbelanjaan yang dibuat oleh pengguna adalah setimpal dengan keperluan semasa dan tidak terus dibayangi oleh promosi jualan yang keterlaluan serta tarikan harga yang dikatakan murah sempena musim perayaan. Arus perubahan gaya hidup (lifestyle) masakini khususnya dalam aspek perkembangan teknologi telekomunikasi, perkakasan elektrik, fesyen dan kenderaan umpamanya, adalah antara faktor yang mendorong kepada wujudnya kecenderungan untuk berbelanja lebih dalam kalangan pengguna. Keghairahan tersebut menyebabkan ada pengguna yang sanggup berhutang bagi memastikan mereka dapat memiliki dan menikmati perubahan tersebut dengan kadar segera. Budaya seperti itu sekiranya tidak dibendung daripada awal, bakal mengundang padah kepada diri mereka sendiri apabila kadar keberhutangan yang dipikul akan menjadi semakin tinggi dan akhirnya menjejaskan masa depan diri dan juga keluarga mereka. Justeru, pelaksanaan kempen seperti #jangan lebihlebih diharap dapat membentuk pemikiran yang lebih konstruktif dan matang dalam kalangan pengguna terutamanya dalam aspek berbelanja. Kempen yang dijalankan itu juga turut selari dengan falsafah baik iaitu amalan berjimat cermat. Kesedaran terhadap pentingnya amalan supaya berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian selain memupuk budaya saling ingat mengingatkan serta berpesan antara satu sama lain perlu sentiasa diterapkan menerusi kempenkempen kesedaran dan sebagainya. Selain itu, koperasi juga boleh memainkan peranan dalam memastikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna adalah berpatutan dan mampu membantu menjimatkan perbelanjaan pengguna. Meskipun peningkatan harga barangan diakui turut memberi kesan terhadap kehidupan masyarakat, namun kempen yang dijalankan oleh KPDNKK lebih terarah kepada membentuk kesedaran secara sihat dalam kalangan pengguna agar lebih berhemah ketika berbelanja dan tidak melebihi batas keupayaan atau pendapatan. Kita berharap agar dengan adanya kempen seperti #jangan lebihlebih ini, tahap kesedaran pengguna terhadap pentingnya amalan bersederhana dalam kehidupan seharian khususnya dalam perbelanjaan akan dapat membantu kerajaan dalam menstabilkan harga barangan, ujar Dato Seri Hamzah. Kesan positif itu juga akhirnya akan dapat membentuk kesejahteraan masyarakat yang dapat meningkatkan taraf sosioekonomi pengguna yang berupaya menyumbang kepada pembangunan negara. 6 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 7

7 Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Pengurus Unit Media dan Dokumentasi Bahagian Komunikasi Korporat Program Realiti TV High Performing Student Co-operatives Perintis Usahawan Koperasi Terap Semangat Berkoperasi Kepada Generasi Muda Sebuah rancangan realiti bertajuk High Performing Student Co-operatives Perintis Usahawan Koperasi yang disiarkan pada setiap hari Sabtu pukul 9.00 malam di TV1 menjadi titik tolak kepada sebuah inisiatif jangka panjang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam usahanya untuk menerap semangat koperasi secara lebih mampan khususnya kepada generasi muda. Program sebanyak lapan episod yang mula bersiaran pada pada 1 Julai itu telah dibawakan oleh SKM dengan kerjasama TERAJU, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, ANGKASA, Maktab Koperasi Malaysia (MKM), MARA, SIRIM dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Rancangan tersebut diterbitkan bagi memberikan paparan secara lebih realistik kepada masyarakat tentang program pembangunan perniagaan koperasi oleh generasi muda yang juga merupakan penuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selain mahu menerapkan nilai jati diri secara lebih kukuh dan berkesan terhadap kesungguhan dalam merintis perniagaan koperasi Dato Dr. Noor Zari Hamat Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam kalangan pesertanya. Bertemakan Coop Future Leader, rancangan realiti TV itu juga dilihat sangat penting dalam usaha SKM bagi melahirkan lebih ramai usahawan muda untuk terlibat dalam keusahawanan koperasi. Ia juga bertepatan dengan objektif utama penganjurannya iaitu untuk memupuk budaya keusahawanan khususnya dalam kalangan pelajar yang terlibat dengan mengetengahkan kreativiti dan inovasi yang dikembangkan melalui platform koperasi. Di samping itu juga, objektif program tersebut adalah untuk membina daya upaya koperasi institusi pengajian tinggi dalam memula dan mengembangkan perniagaan melalui pemberian bantuan pembiayaan awal sebagai insentif atau seed fund selain mahu memperkasa koperasi siswa untuk menjadi organisasi perniagaan dalam dan luar kampus sekaligus berupaya memberi peluang pekerjaan. Pada peringkat awal, sebanyak 150 projek koperasi yang dipaparkan menerusi siaran selama dua minit di Youtube telah dinilai dan dipilih oleh pihak SKM. Seterusnya menerusi penilaian yang telah dibuat, 77 projek yang terpilih untuk ke saringan yang seterusnya dan diberi saguhati sebanyak RM1, bagi setiap projek. Seterusnya, sebanyak 30 projek terpilih untuk dibawa ke peringkat DATIN HAJAH ZURAIDAH HASNI Naib Pengerusi Eksekutif SKM Unit Khas (Pembangunan Perniagaan Koperasi)» Pengerusi Eksekutif SKM, Dato Dr. Noor Zari Hamat (dua dari kanan) dan Pengarah Eksekutif INSKEN, Encik Norizan Sharif (tengah) menyampaikan hadiah kepada Juara High Performing Student Co-operatives Perintis Usahawan Koperasi iaitu Koperasi Kolej Vokasional Temerloh Berhad suku akhir. Setiap kumpulan yang terlibat telah diberi seed fund sebanyak RM30, bagi membangunkan projek terbabit. Peringkat separuh akhir pula menyaksikan hanya 10 projek dikekalkan dan setiap pasukan telah diberi seed fund sebanyak RM30, bagi menjalankan tugasan secara lebih menyeluruh termasuk aspek nilai tambah produk, promosi, pemasaran dan pembangunan jenama. Selain dapat memberikan pendedahan perniagaan secara hands-on menerusi seed fund yang diperuntukkan, program tersebut mampu menjadi platform yang berguna kepada mereka untuk menilai potensi, kesungguhan dan langkah-langkah terbaik bagi menghadapi cabaran sedia ada selain dapat membina keupayaan serta menonjolkan bakat kepimpinan dalam perniagaan koperasi. Saingan seterusnya telah memutuskan enam projek terpilih untuk bersaing di pentas akhir yang berlangsung di Dewan MATRADE pada 22 Mei lalu. Gelaran Juara telah menjadi milik Koperasi Kolej Vokasional Temerloh Berhad menerusi projek Gazela. Naib Juara dimenangi oleh Koperasi Siswa USM Kejuruteraan Nibong Tebal Berhad menerusi projek Brainy Moo Choco Drink dan pemenang Tempat Ketiga jatuh kepada Koperasi Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan Berhad menerusi projek Bio Fert Agrimo. Manakala Anugerah Khas YB Dato Seri Hamzah Zainudin telah dimenangi oleh Koperasi Kolej Vokasional Kuching Berhad menerusi projek Ez-Pump. Juara juga turut menerima seed fund sebanyak RM100, Manakala Naib Juara sebanyak RM70, dan Tempat Ketiga sebanyak RM50, Projek bagi ketiga-tiga kumpulan tersebut juga akan terus dibimbing sebagai langkah lanjutan SKM untuk meneruskan operasi projek tersebut tersebut keluar daripada persekitaran kampus. 8 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 9

8 MKM MELESTARIKAN LATIHAN DAN PENDIDIKAN KOPERASI Oleh : PROF MADYA DR ABDUL RAHMAN ABDUL RAZAK SHAIK Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia Maktab Koperasi Malaysia (MKM) masih kekal kepada prinsipnya untuk terus menerajui kecemerlangan latihan dan pendidikan koperasi dengan visi menjadi pusat rujukan dan peneraju pembangunan Modal Insan koperasi yang unggul. Bermula dengan penubuhannya pada tahun 1956, peranan MKM dilihat semakin penting bagi melestari dan memantapkan koperasi. Selain memegang peranan dalam menyokong agenda pembangunan nasional terutamanya dalam Dasar Koperasi Negara (DKN ), MKM turut menjadi tempat rujukan berkaitan koperasi termasuk menerbitkan hasil penyelidikan yang dilihat mampu membentuk polisi yang berkaitan dengan gerakan koperasi di Malaysia. Seiring dengan itu, MKM telah melaksanakan Pelan Transformasi bagi mendukung dan mencapai agenda Nasional. Pelan tersebut meliputi perubahan visi, misi, penjenamaan semula nama MKM, penambahbaikan fungsi, penambahbaikan fokus latihan dan pendidikan jangka pendek serta jangka panjang serta penstrukturan semula organisasi dengan lebih komprehensif. Bagi tujuan itu juga, MKM telah melaksanakan kursus berfokus kepada Kursus Wajib Lembaga dan Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) iaitu meliputi sektor kewangan dan perbankan, pemborongan & peruncitan, pelancongan, penjagaan diri & kesihatan, pertanian & industri asas tani dan perladangan & hartanah. Pendekatan itu diharap dapat memaksimumkan penjanaan ilmu kepada gerakan koperasi melalui latihan secara bersepadu di semua peringkat sehingga dapat dicapai di peringkat akar umbi. Strategi pelaksanaan juga turut melibatkan tenaga pakar yang dilantik daripada luar melalui program secara kolaborasi dengan agensi/jabatan/syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. MKM telah menawarkan program jangka panjang iaitu Diploma Pengurusan Koperasi sejak 1991 dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Koperasi) mulai Aspirasi MKM dalam meningkatkan modal insan koperasi 10 PELANCAR Edisi Khas 2017 diteruskan melalui pelan transformasi pelaksanaan kursus jangka panjang pada tahun 2015 melalui Kolej icoop yang diurus tadbir oleh anak syarikat MKM iaitu MKM Global Holdings Sdn Bhd. Objektif penubuhan Kolej icoop selari dengan hasrat MKM untuk memastikan ilmu pengetahuan koperasi dapat disalurkan ke peringkat generasi muda melalui penawaran program jangka panjang iaitu peringkat sijil, Diploma dan Sarjana muda yang berfokuskan kepada pendidikan koperasi dengan kos pengajian yang kompetitif. MKM juga telah memperkenalkan program Skim Latihan Kerjaya Koperasi (SLKK) sejak Program tersebut merupakan satu galakan kepada pelajar lepasan Diploma dan Ijazah MKM untuk berkhidmat dalam sektor koperasi dan seterusnya mengaplikasikan ilmu dan pengetahuan yang telah dipelajari. Melalui SLKK, graduan berpeluang memahami secara praktikal peranan gerakan koperasi dengan lebih terperinci dan membantu koperasi untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi anggota. Usaha bagi mengukuhkan kedudukan MKM diperkemaskan lagi melalui pelan penstrukturan semula organisasi. MKM juga terus berusaha untuk mengaplikasikan konsep merakyatkan perkhidmatan awam melalui strategi turun padang ke koperasi. Pendekatan itu memudahkan koperator yang berada jauh di luar bandar mengikuti semua program yang ditawarkan oleh MKM di kawasan masing-masing. Perkembangan era digital juga mempengaruhi metodologi pembelajaran dari dalam kelas kepada internet secara Video Learning Management System (VLMS). Perkembangan itu juga telah berjaya membantu MKM untuk terus kekal menjadi pusat rujukan koperasi dan pada masa yang sama dapat melahirkan lebih ramai penggerak atau game changer dalam gerakan koperasi Malaysia.

9 Bil Pelawat Tarikh 2016 Jumlah Pelawat 1 Lawatan dari Vaikunth Mehta National Institute of Co-operative Management (VAMNICOM), India 20/1/ Orang 2 Lawatan dari National Agricultral Cooerative Federation (NACF), Korea 27/1/ Orang 3 Lawatan Rasmi Singapore National Cooperative Federation (SNCF) 23/2/ Orang 4 Lawatan Delegasi dari Bangaldesh Cooperative Officers, Bangladesh 8/3/ Orang 5 Lawatan Rasmi Director General, Charles Gould 14/3/ Orang 6 Lawatan Rasmi Central Organisation For Rural Cooperative of Iran (CORC), Iran 30/3/ Orang 7 Kunjungan Hormat Timbalan Menteri Pendidikan Timor Leste 29/4/ Orang 8 Kunjungan Hormat Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN), Indonesia 10/6/ Orang 9 Lawatan Kyeonggi of Education, Korea 27/7/ Orang 10 Kunjungan Hormat ICA Director of Membership, Gretchen Hacquard 3/8/ Orang 11 Lawatan Kyeonggi Provincial Office of Education 17/8/ Orang 12 Lawatan Peserta Malaysian Technical Cooperation Promgramme (MTCP) anjuran Maktab Koperasi Malaysia 19/8/ Orang 13 Lawatan dari San Luis Cooperative Development, Filipina 16/9/ Orang 14 Lawatan Delegasi dari Nepal 11/11/ Orang 15 Lawatan dari The Department Cooperative Development, North Western Province, Sri Lanka 5/12/ Orang 16 Lawatan dari Vietnam Association of People Credit Fund 5/12/ Orang 17 Lawatan dari Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN), Semarang Central Java Branch 14/12/ Orang 18 Sesi Temuramah bersama Presiden ANGKASA dan Wartawan Nongmin Newspaper, Korea 15/12/ Orang Bil Pelawat Tarikh 2017 Jumlah Pelawat 1 Lawatan Delegasi dari Federation of Savings & Credit Co-operatives (FSCT), Thailand 9/1/ Orang 2 Lawatan dari IDACA/ICA-AP 6/2/ Orang 3 Lawatan dari KFUC, Korea 13/2/ Orang 4 Program 1st ICA-AP Trade & Business Committee Meeting 20-21/2/ Orang 5 Mesyuarat Persediaan ICAKL 2017 bersama Director of Membership ICA, Ms. Gretchen Hacquard 11-15/05/ Orang 6 Lawatan dari Board of Director of Odisah State Cooperative Bank Ltd, India 22/05/ Orang 7 Lawatan dari Ministry of Cooperative and Poverty Aveliation & National Cooperative Federation of Nepal, Nepal 23/05/ Orang 8 Lawatan dari Seoul Education Research & Institute, Seoul, Korea 10/07/ Orang Edisi Khas 2017 PELANCAR 11

10 IKTIRAF KOPERASI SEBAGAI PKS Oleh : Dato Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA ANGKASA mengharapkan pihak kerajaan dapat menerima cadangan agar mengiktiraf koperasi sebagai entiti yang ditakrifkan sebagai entiti perniagaan yang boleh dikatogerikan sebagai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Melalui pengiktirafan sedemikian institusi koperasi juga berpeluang menikmati pelbagai pekej insentif dan keistimewaan termasuk mendapatkan bantuan yang sama dan setaraf sepertimana yang dinikmati oleh syarikat yang ditakrifkan sebagai syarikat berstatus PKS. ANGKASA mengharapkan pengiktirafan sebegini kepada institusi koperasi memandangkan sudah banyak koperasi yang melibatkan diri dalam perusahaan kecil dan sederhana. Selama ini keistimewaan menikmati bantuan dan sokongan yang disediakan oleh kerajaan hanya dinikmati oleh syarikat PKS yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak untuk koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi. Takrifan PKS yang dibuat juga tidak merangkumi institusi koperasi dalam kategori entiti yang berpeluang menikmati keistimewaan di bawah PKS. Takrifan oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) iaitu Agensi Penyelaras Pusat di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak mengklasifikasikan perusahaan kecil dan sederhana yang dijalankan oleh koperasi mendapat pengiktirafan PKS. SME Corp. Malaysia bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan program pembangunan PKS yang dibuat di peringkat 15 Kementerian dan 65 agensi yang terlibat dengan pembangunan PKS hanya memberi tumpuan kepada pembangunan perniagaan syarikat PKS. SME Corp. Malaysia yang berperanan sebagai pusat rujukan utama penyelidikan, penyebaran maklumat serta khidmat nasihat untuk PKS juga adalah Sekretariat kepada Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK). Seandainya koperasi mendapat pengiktirafan sebegini, peluang untuk mengembang dan meluaskan perniagaan terus terbuka luas dan jalinan kerjasama strategik bagi pembangunan perniagaan dan pemasaran boleh dibuat bersama syarikat berstatus PKS. Sehubungan itu saranan dan cadangan ANGKASA berkaitan pengiktirafan koperasi sebagai PKS boleh dikaji dan dipertimbangkan dengan teliti oleh pihak kerajaan kerana sudah banyak perusahaan yang dijalankan oleh koperasi adalah sama sepertimana yang dilakukan oleh syarikat PKS. ANGKASA memang amat menghargai pengiktirafan dan sokongan berterusan oleh kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri» Presiden ANGKASA, Dato Abdul Fattah Abdullah mengetuai ANGKASA dalam rundingan bersama SME Corp. Malaysia Malaysia kepada pembangunan dan kemajuan gerakan koperasi. Kerajaan begitu banyak membantu menjayakan kemajuan koperasi. Dari itu adalah lebih elok agar kemudahan menikmati bantuan serta keistimewaan sebagaimana yang diberikan kepada syarikat berstatus PKS dipanjangkan pula untuk dinikmati oleh sektor koperasi dalam mempertingkat dan mengembangkan perniagaan koperasi yang kini pesat berkembang. Ini termasuk pelbagai peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat PKS dalam mengembangkan perniagaannya. Dalam Bajet 2018 misalnya, ANGKASA mengharapkan kerajaan menyediakan peruntukan yang boleh memacu pembanguan sektor koperasi sebagaimana yang diperuntukan kepada syarikat PKS. Jika koperasi berpeluang mendapat pengiktirafan sebagai entiti PKS, manfaat yang diperoleh boleh dirasai oleh ramai anggota yang bersama-sama dlam koperasi. Antara manfaat yang boleh membantu koperasi melangkah kehadapan melalui pengiktirafan sebagai PKS adalah anggota koperasi boleh turut serta dalam program-program khusus bertujuan untuk membangunkan produk yang mampu berdaya saing, bimbingan dalam pemasaran yang lebih luas, penyertaan dalam pelbagai program anjuran SME Corp. Malaysia dan program pengurusan serta pembangunan perniagaan yang lebih mantap. Dengan adanya ruang yang luas untuk meningkat perniagaan bersamasama syarikat PKS, koperasi dapat berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman dalam menjayakan perniagaan. Pertukaran idea dan pandangan dikalangan pemain industri PKS juga dapat meningkatkan kekuatan perniagaan yang boleh menjangkau ke peringkat global. Pada masa ini ANGKASA juga giat menjalankan usaha promosi dan pemasaran produk koperasi ke peringkat global. Meskipun bukan mudah tetapi usaha yang dijalankan oleh ANGKASA ini telah membuahkan hasil dan dapat menaikkan semangat koperasi untuk terus memacu perniagaan mereka. Peluang pemasaran ini dapat diperluaskan lagi secara lebih dinamik seandainya koperasi mendapat pengiktirafan sebagai entiti PKS. Dengan bilangan koperasi yang kini melebihi 13,500 buah di seluruh negara, secara tidak langsung ia mampu membantu dalam memacu pertumbuhan serta pembangunan ekonomi sektor koperasi dalam jangka masa panjang sekali gus meningkatkan pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar. 12 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 13

11 Peluang Koperasi Ceburi Bidang Dialisis Dengan Sokongan Penuh ANGKASA Pusat Dialisis MyANGKASA (PDMA) bermula dengan cawangan di Temerloh, yang ditubuhkan pada 25 Januari ANGKASA memilih bidang kesihatan tersebut bagi membantu pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis, memandangkan pusat rawatan dialisis yang sedia ada agak terhad. Di samping dapat membantu pesakit mendapatkan rawatan dengan lebih mudah dan pada kadar harga yang berpatutan, penubuhan PDMA juga adalah selaras dengan pengamalan nilai dan prinsip koperasi ketujuh iaitu Berprihatin Terhadap Masyarakat. Pusat Dialisis MyANGKASA di Temerloh mula beroperasi dengan 11 orang pesakit. Sehingga kini PDMA Temerloh telah merawat lebih dari 80 orang pesakit setelah beroperasi selama empat tahun. PDMA Temerloh mempunyai sembilan buah mesin dialisis dan mampu merawat sehingga 48 Oleh : Haji Mutadho Bahri Timbalan Presiden ANGKASA orang pesakit jika beroperasi dengan tiga syif. Ia juga telah menyewa lot bangunan bersebelahan untuk tujuan pembesaran kapasiti dan boleh meletakkan tambahan sekurang-kurangnya sehingga enam buah mesin. Pusat dialisis itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang pada Julai 2016 dan telah turut» Dato Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kiri) dan Tuan Haji Mutadho (paling kiri) melawat pesakit yang mendapatkan rawatan dialisis di Pusat Dialisis MyANGKASA Temerloh memberikan bantuan (CSR) kepada pesakit yang tidak berkemampuan untuk membayar rawatan dialisis. Pada 2 Mei 2017, sebuah lagi PDMA telah beroperasi di Kuala Kedah hasil kerjasama dengan Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad. PDMA Alor Star mempunyai kapasiti sehingga 17 buah mesin. Ia juga mampu memberikan rawatan maksimum sehingga 102 orang pesakit pada setiap minggu. MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. telah mencatatkan perolehan yang baik sepanjang tempoh operasi selama empat tahun. Perolehan sebanyak itu jelas membuktikan bahawa bidang rawatan tersebut mampu memberi pulangan lebih RM1 juta setiap tahun. Pelaburan dengan menggunakan dana perolehan syarikat akan diteruskan untuk membuka pusat dialisis yang baru dari semasa ke semasa sama ada melalui kerjasama dengan koperasi atau milik sendiri. Perniagaan itu juga boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada agenda menambahkan pendapatan koperasi dalam bidang perniagaan penjagaan kesihatan. ANGKASA amat menggalakkan koperasi supaya menceburi bidang perniagaan kesihatan dengan dibantu oleh pakar kesihatan dialisis yang diiktiraf selain dapat menjadikan PDMA sendiri sebagai pusat rujukan. Menerusinya, PDMA dapat memotivasikan koperasi dalam menjadikan perniagaan berimpak tinggi tersebut sebagai pendapatan perniagaan yang berjaya. Bagi koperasi, entiti atau mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat untuk menubuhkan pusat dialisis, perlu melalui proses lokasi atau zon, selain perlu mendapatkan lesen operasi dan senarai semak yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Menubuhkan pusat dialisis bukanlah suatu proses yang mudah, doktor nefrologi dan doktor yang bertanggungjawab (person in charge) diperlukan selain seorang jururawat renal. Modal yang diperlukan sahaja adalah sekitar RM700,000 hingga RM1 juta dengan enam buah mesin beroperasi. Namun pulangan yang bakal diraih juga sangat tinggi. Dianggarkan dalam tempoh dua tahun, pelaburan yang dikeluarkan itu dijangka boleh diperoleh semula. Bagaimanapun apa yang paling utama adalah hasrat murni yang perlu disandarkan terlebih dahulu oleh koperasi yang berminat iaitu ingin memberi kemudahan dan faedah kepada pesakit yang memerlukan rawatan tersebut. 14 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 15

12 Bersama Merealisasikan (Blueprint) Pelan Tindakan Dekad Koperasi Lebih Berkesan Berakhirnya Tahun Antarabangsa Koperasi pada tahun 2012, pihak ICA (International Co-operative Alliance) telah sepakat mewujudkan Pelan Tindakan Dekad Koperasi sebagai kesinambungan kejayaan Pelaksanaan Tahun Antarabangsa Koperasi 2012 yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pelan Tindakan (Blueprint) tersebut merupakan penanda permulaan kempen sedunia yang menyemarakkan lagi budaya berniaga berkoperasi ke tingkat yang lebih bermakna lagi. Rencana ini memaparkan sedikit sebanyak latar belakang, perkembangan dan situasi semasa Blueprint berkaitan. Kemajuan di peringkat global dan situasi di peringkat Koperasi Perumahan Antarabangsa (CHI) akan dipaparkan dengan perbincangan pelaksanaan kepada lima unsur utama kejayaan Pelan Tindakan berkaitan. Adalah diharapkan kita dapat bersama-sama menilai secara kritis untuk perhebatkan lagi pencapaian Blueprint tersebut khususnya dari perspektif Malaysia. Tahun 2012 merupakan tahun apabila warga ICA sebulat suara menerima pakai Blueprint tersebut dan dikenal pasti sebagai An historic moment of Oleh : DATUK HAJI Mohamad Ali Hasan Naib Presiden ANGKASA opportunity for the co-operative sector. Rarely has the argument in favour of co-operatives looked stronger (Blueprint,2). Manakala Setiausaha Agung PBB pada masa itu iaitu Tuan Ban Ki-Moon mengenal pasti usaha koperasi sebagai co-operatives are a reminder to the international community that it is possible to pursue both economic viability and social responsibility. Semenjak Blueprint tersebut dihasilkan, nyata kes-kes koperasi lebih kukuh dan dimanfaatkan dipelbagai peringkat. Pada tahun 2015 misalnya, PBB menerima pakai SDGs (Sustainable Development Goals Matlamat Pembangunan Lestari) dan dinyatakan dalam teras kelestarian dalam model koperasi. Pada tahun 2016 pula, ICA telah dipilih sebagai rakan utama Kesatuan Eropah (EU) dalam pelaksanaan pembangunan global dan sekarang sebagai rakan sedunia kepada Suruhanjaya Eropah (EC) untuk meningkatkan kapasiti dan keberkesanan sumbangan koperasi terhadap pembangunan negara-negara berkaitan. Terkini, pada bulan Mac 2017 Lembaga ICA yang bermesyuarat di Sao Paulo, Brazil telah berbincang dan mengguna pakai pelan strategik & pemetaan bagi melaksanakan keselurahan Blueprint tersebut dengan lebih agresif lagi. Secara kesimpulannya, Lembaga di peringkat dunia mengambil masa untuk langkah-langkah berikut: Meneliti dan menilai dalam konteks global. Bersetuju Blueprint sebagai wawasan global terkongsi (shared global vision). Menilai proses-proses tadbir urus dan usaha mencari peluang untuk lebih cekap dan berkesan lagi. Membuat Rekomendasi tindakan dan langkahlangkah kelestarian gerakan koperasi untuk pelbagai peringkat. Sesungguhnya Blueprint tersebut ada kaitan dan boleh diguna pakai bagi semua bentuk koperasi, termasuk Koperasi Perumahan dan lain-lain. Mengikut Blueprint yang telah diterima sebagai langkah menyemarakkan lagi keluhuran serta keterampilan dari pelbagai dimensi (ekonomi, sosio, budaya dan lain-lain) kehidupan masyarakat serta merangsangkan lagi keterlibatan koperasi yang lebih menonjol, terdapat lima unsur utama yang perlu digerakkan secara menyeluruh dan bermakna lagi. Unsur-unsur utama tersebut adalah: Penyertaan (Participation) Ini merujuk kepada penglibatan aktif, bermakna dan berterusan setiap anggota/pemilik koperasi berkenaan. Kelestarian (Sustainability) Memastikan keupayaan jangka panjang setiap kegiatan ekonomi, sosial dan persekitaran tidak mendatangkan kemudaratan kepada setiap anggota dan warga sekelilingnya. Identiti (Identity) Merujuk kepada prinsipprinsip dan nilai-nilai sejagat serta unik dalam setiap kegiatan perniagaan koperasi dipatuhi. Rangka Perundangan (Legal Frameworks) - Undang-undang dan peraturan-peraturan menyokong dan mesra pembangunan serta kemajuan koperasi Modal (Capital) Akses kepada keperluan kewangan dan modal yang menyuburkan perkembangan dan kekuatan koperasi. Kelima-lima unsur di atas perlu dipastikan dapat digerakkan sebaik-baiknya secara bersepadu dan menyeluruh di peringkat pembangunan serta kemajuan koperasi di peringkat tempatan, nasional, wilayah dan global. Bagi koperasi-koperasi perumahan CHI mengakuinya sebagai penting dilaksanakan seperti yang disimpulkan baru-baru ini, For housing co-operatives the Blueprint elements have a special significance. Housing co-ops are one of the most heavily patronized forms of cooperative in the world-they are the daily context for the quality of life for the member-residents. Housing co-ops must allow for the open engagement of the members. (CHI,2016). BERSAMA MEREALISIKAN BLUEPRINT DI PERINGKAT MALAYSIA Koperasi-koperasi di Malaysia secara langsung dan tidak langsung menyambut baik Blueprint tersebut dilaksanakan secara wajarnya. Beberapa langkah awal dan berterusan telah dan terus diambil tindakan untuk perhebatkan sumbangan yang lebih bermakna di mata warganegara dan penduduk setempat serta antarabangsa. Antara langkahlangkah positif yang dilaksanakan adalah: i. Penyertaan Anggota ii. Kelestarian iii. Identiti iv. Rangka Perundangan v. Modal Sesungguhnya Blueprint yang telah diterima pakai di peringkat koperasi sedunia merupakan satu rangka kerja beserta unsur-unsur penting yang dapat dilaksanakan di pelbagai peringkat koperasi. Pelan untuk merancakkan lagi sumbangan koperasi di pelbagai peringkat itu dapat membuka mata bagi khalayak yang belum yakin tentang keupayaan koperasi menyumbangkan ke arah lebih bermakna meliputi sosioekonomi dan alam sekitar setempat, wilayah dan peringkat global. Dunia koperasi dan ANGKASA khasnya menyambut baik secara sedar dan tidak sedar pelaksanaannya di peringkat tempatan dan Asia Pasifik. Masih terdapat banyak ruang lingkup dan peluang penambahan boleh dilakukan di peringkat nasional, negeri serta di setiap koperasi masingmasing. Adalah disyorkan setiap koperasi di Malaysia ini mengambil langkah proaktif dan lebih bermakna lagi bagi merealisasikan sumbangan koperasi masing-masing khususnya memenuhi hasrat dan cita-cita SDGs di peringkat akar umbi. 16 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 17

13 Koperasi Sekolah Pemangkin Kejayaan Modal Insan Oleh : Dato Haji Kamarudin Ismail Naib Presiden ANGKASA Sejajar dengan peranan setiap anggota yang perlu memberikan komitmen dan tanggungjawab terhadap koperasi yang dinaungi, anggota koperasi sekolah khususnya pelajar yang terlibat adalah aset koperasi paling bernilai yang perlu digilap serta dibentuk agar dapat menjadi koperator yang cemerlang di masa hadapan. Sejak koperasi sekolah mula ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1969, pelbagai program pembangunan telah dilaksanakan ke arah menjadikan koperasi sekolah sebagai platform asas pembentukan modal insan koperasi. Kini, menerusi perangkaan am yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga 31 Disember 2016, bilangan koperasi sekolah yang telah berdaftar adalah sebanyak 2,376 buah dengan keanggotaan melebihi dua juta orang. Rekod tersebut jelas menunjukkan bahawa saiz anggota koperasi sekolah adalah sangat besar dan berjaya membentuk persekitaran kondusif yang telah memberi kesan kepada pembangunan modal insan koperasi di masa hadapan. Seiring dengan pembangunan perniagaan dan corak pengendalian urusniaga yang semakin canggih, pengurusan perniagaan koperasi sekolah juga perlu turut berada pada landasan yang seimbang dan sentiasa mengikut perkembangan semasa. Hal tersebut perlu bagi memastikan perniagaan koperasi sekolah tidak hanya sekadar dioperasikan secara konvensional seperti pengendalian kedai runcit dan menjual keperluan barangan sekolah semata-mata. Jika selama ini kuasa beli yang wujud dalam kalangan warga koperasi sekolah sentiasa dijadikan sebagai sasaran utama kepada perolehan koperasi, kini menerusi pelbagai pendekatan ekonomi yang dibangunkan menerusi bimbingan berterusan ANGKASA, koperasi sekolah boleh mencerna perolehan lebih tinggi menerusi penerokaan pasaran luar. Perkembangan dalam bidang pelancongan koperasi sekolah umpamanya, adalah salah satu contoh kejayaan yang boleh dibanggakan kerana mampu memberikan pendidikan keusahawanan kepada pelajar tentang pengurusan sektor pelancongan. Selain itu, koperasi sekolah juga kini semakin bijak mengembangkan perniagaan menerusi pengeluaran produk seperti makanan dan minuman ringan yang mampu dikembangkan ke pasaran luar. Sasaran ANGKASA adalah untuk memastikan pencapaian-pencapaian tersebut dapat berkembang secara lebih meluas demi merealisasikan matlamat perolehan RM1 Juta oleh sekurang-kurangnya 50 buah koperasi menjelang tahun Justeru, nilai-nilai keusahawanan yang tinggi seharusnya ada dalam kalangan setiap anggota koperasi sekolah dan masing-masing bersemangat serta bermotivasi tinggi untuk bersama berkongsi kejayaan koperasi sebelum meninggalkan alam persekolahan. Sumber paling dekat kepada usaha untuk menyemai jiwa keusahawanan dalam kalangan pelajar koperasi sekolah ialah guru koperasi. Tanggungjawab yang dijalankan bukan sekadar menanam budaya berkoperasi menerusi penyaluran ilmu yang sesuai, malah guru terbabit turut berperanan sebagai penentu pencapaian koperasi sekolah sekaligus memberi kesan secara tidak langsung kepada tahap bina upaya pelajar terlibat sama ada untuk terus melibatkan diri dalam dunia keusahawanan dan koperasi di masa depan ataupun tidak. Kepentingan terhadap ilmu keusahawanan kini tidak lagi dinilai dari sudut cara untuk menambahkan duit poket atau peluang menjana pendapatan tambahan semata-mata. Halatuju yang semakin jelas telah digariskan oleh kerajaan menerusi pelbagai bentuk bantuan dan sokongan demi memastikan usahawan koperasi menerima manfaat atau pulangan yang sewajarnya secara sepenuh masa. Segalanya boleh bermula dengan menanamkan minat dalam keusahawanan secara berterusan kepada pelajar terbabit. Kecenderungan terhadap sesuatu sememangnya sedia wujud dalam jiwa generasi muda yang dahagakan pengetahuan. Sekiranya pelajar koperasi sekolah sentiasa ditanamkan dengan semangat keusahawanan selain didedahkan dengan keseronokan berniaga menerusi pendekatan ilmu yang sesuai, pasti jiwa mereka akan semakin kental untuk meneruskan usaha yang sama di masa hadapan. Namun yang paling utama adalah dengan memberikan latihan serta bimbingan secara komprehensif tentang sistem pengurusan kewangan, inventori, pengenalan terhadap undang-undang dalam perniagaan dan kaedah pemasaran yang sesuai. Hal tersebut secara tidak langsung dapat memberikan pelajar terhadap asas pengurusan perniagaan koperasi secara lebih dinamik dan mantap. Penghargaan wajar diberikan kepada Pengetua, guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program pembangunan koperasi sekolah. ANGKASA juga pada masa yang sama sentiasa memberikan sokongan secara berterusan selain menganjurkan pelbagai aktiviti yang sesuai ke arah menzahirkan kecemerlangan koperasi sekolah sebagai pemangkin kejayaan modal insan koperasi pada masa hadapan. 18 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 19

14 Peranan Anggota Koperasi Dalam Pengurusan Sumber Ekonomi Negara Pembangunan sesebuah negara lazimnya turut berkait rapat dengan pembangunan sumber ekonomi yang telah diwujudkan. Justeru, sumber ekonominya perlu diuruskan dengan baik supaya mampu menyumbangkan faedah secara optimum. Ada beberapa sumber ekonomi yang sedia ada boleh diuruskan oleh koperasi secara profesional. Antaranya, negara kita mempunyai sebilangan besar tanah yang boleh dibangunkan untuk tujuan asas tani atau perladangan. Tanah tersebut boleh diurus dan dimajukan secara profesional oleh koperasi dengan mengembleng tenaga muda untuk bersama membangunkan tanah-tanah yang masih Oleh : Dato Haji Aliasak Haji Ambia Naib Presiden ANGKASA terbiar milik koperasi. Mereka perlu dilatih dan diberi pengetahuan tentang cara untuk membangunkan sumber ekonomi tersebut. Sumber ekonomi kedua ialah menguruskan kewangan (capital) bagi projek tersebut. Untuk melaksanakan sesuatu projek, koperasi boleh mendapatkan bantuan modal atau pinjaman daripada agensi yang berkaitan. Hal tersebut adalah bagi memastikan pihak pengurusan koperasi berupaya melaksanakan projek yang dirancang dengan lancar dan mencapai matlamat. Sumber ekonomi ketiga ialah Tenaga Buruh. Koperasi memerlukan tenaga buruh yang cekap dan faham tentang perjalanan projek tersebut mengikut keperluan dan kesesuaian. Sebagai contoh, jika koperasi hendak menjalankan projek udang, ikan atau pun lembu, pekerja koperasi yang dilantik seharusnya memiliki kepakaran dalam bidang tersebut selain cukup mahir dalam selok belok perniagaan berasaskan bidang yang dijalankan. Sumber ekonomi ke empat ialah inovasi atau teknologi. Di negara ini, terdapat tiga agensi penyelidik yang menjalankan penyelidikan bagi kepentingan masyarakat luar bandar terutamanya dalam bidang pertanian iaitu Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Kelapa Sawit Malaysia dan MARDI (Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia). Ketiga-tiga badan penyelidikan tersebut telah banyak menghasilkan teknologi yang cukup berfaedah kepada industri getah, kelapa sawit dan pertanian lain. Teknologi tersebut perlu dimanfaatkan secara maksimum oleh koperasi bagi menghasilkan kapasiti pengeluaran yang lebih besar pada kos yang lebih rendah. Keempat-empat sumber ekonomi yang wujud itu jika tidak dimanfaat dan diuruskan dengan baik, sumber ekonomi yang boleh diperoleh akan terbatas dan akhirnya merugikan koperasi dan juga ekonomi negara. Justeru itu, penggunaan sumber ekonomi yang sedia ada sebaiknya dijalankan dengan sokongan berbentuk latihan dan bimbingan ilmu yang sistematik kepada koperasi. Anggota koperasi khususnya golongan belia yang berumur 20 hingga 40 tahun perlu diberi bimbingan secara lebih teratur dan sistematik. Inisiatif kerajaan mewujudkan Polisi Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pembelajaran Arah Sendiri kepada koperasi, belia dan masyarakat luar bandar adalah amat baik bagi melatih mereka tentang ilmu menguruskan keempat-empat sumber ekonomi tersebut. Hal tersebut sangat penting bagi memastikan latihan yang dijalankan lebih sesuai dan memberi kesan yang lebih baik. Ia adalah polisi yang dibangunkan bagi membina keupayaan (capacity building) dan potensi belia di luar bandar serta memperkasa golongan tersebut supaya berupaya bertindak secara sendiri bagi melaksanakan perusahaan yang menjamin pendapatan lebih baik. Polisi tersebut juga sesuai dimasukkan dalam program latihan TN50 bagi halatuju pembangunan pada masa akan datang. Antara yang boleh diberi perhatian adalah : a. Belia perlu dilatih dalam aspek-aspek teknikal seperti penggunaan teknologi dan amalan baharu dalam pertanian, penternakan dan perikanan, pengurusan kewangan, pemasaran, penggunaan media baharu dan internet (Program Pemindahan Teknologi). b. Belia juga harus dilatih dalam aspek kepimpinan yang lebih dinamik dan berkesan, kaedah membuat keputusan yang baik dan tepat dengan menggunakan data yang mutakhir, kaedah menyelesaikan masalah secara kos efektif dan mewujudkan institusi tempatan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mapan (Program Pembangunan Sumberdaya Manusia: PSM). c. Program Pemindahan Teknologi dan Program Pembangunan Sumberdaya Manusia hendaklah dibekalkan sebagai satu pakej kepada belia melalui program latihan hands on agar mereka mempunyai pengetahuan, sikap positif dan kemahiran untuk mengamalkan teknologi terkini dalam bidang usaha masing-masing. Dalam Sektor Pertanian, pendekatan pendidikan polisi tersebut juga dipanggil Khidmat Pengembangan Koperasi atau istilah Pendidikan Androgogi (membantu orang dewasa belajar). Kaedah ini tidak sama dengan kaedah Pedagogi iaitu sains dan seni pendidikan kanak-kanak yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan. Kaedah Pedagogi mempunyai dasar yang jelas dan sentiasa dibuat pengamatan dan penilaian mengikut kehendak dasar tersebut, tetapi kaedah Andragogi belum ada lagi satu dasar yang jelas untuk pelaksanaannya. Sepatutnya kedua-dua kaedah tersebut hendaklah diadunkan bersama supaya dapat mewujudkan keadaan sokong menyokong agar mampu menghasilkan impak yang tinggi dalam pembangunan koperasi dan negara. Pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran arah sendiri hendaklah dijadikan program tetap bagi agensi belia yang akan turut terlibat dalam program TN50 untuk terus memacu bidang pertanian dan industri berkaitan. 20 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 21

15 MELESTARIKAN GERAKAN KOPERASI MELALUI PELAN STRATEGIK ANGKASA Oleh : Haji Mohamad Azmi Omaruddin Naib Presiden ANGKASA Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi, ANGKASA sebagai badan APEKS yang mewakili gerakan koperasi di Malaysia harus sentiasa berfikiran jauh ke hadapan. Secara realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa gerakan koperasi perlu lebih agresif dan progresif untuk memperkasa koperasi masing-masing supaya membangun dan maju seiring dengan agensi-agensi serta syarikat korporat yang lain. Dalam melengkapkan Pelan Strategik Sehubungan itu, bagi memastikan keberhasilan ANGKASA, satu Pelan Induk Ekonomi Strategik setiap pencapaian Tonggak dan Teras-teras Strategik atau Strategic Economic Masterplan (SEM) tersebut, Sistem Kad Skor Seimbang atau Balance juga dibangunkan yang mana pelan ini akan Score Card (BSC) serta Sistem Petunjuk Prestasi melengkapkan lagi Pelan Strategik ANGKASA. Utama (KPI) akan membantu ANGKASA bagi Pelan Induk Ekonomi Strategik ANGKASA akan menentukan serta mengukur kemajuan ke arah memastikan tanggungjawab mengukuhkan matlamat dan objektifnya supaya sentiasa di atas keberhasilan kewangan tercapai bagi memastikan landasan atau hala tuju yang betul. keselamatan dan kemampanan (fokus dalaman) Pemantauan pencapaian akan dinilai serta mengembalikan dan menggalakkan berdasarkan anjakan pelan tindakan yang pertumbuhan dinamik sektor koperasi (fokus luaran). dibahagikan kepada tiga (3) tahap iaitu Jangkamasa Projek Memperkasa Koperasi atau Co-operative Pendek ( ), Jangkamasa Sederhana Empowerment Project (CEP) adalah sebuah projek ( ) dan Jangka Masa Panjang (2031- atau kelompok projek-projek yang direka untuk 2050). Anjakan Pelan Tindakan yang disusun mempunyai kesan positif terus kepada koperasi akhirnya diharapkan akan melestarikan kedudukan tertentu atau kumpulan koperasi bagi tujuan ANGKASA di peringkat global. kelestarian perolehan yang mampan di Malaysia. Untuk merealisasikan Pelan Strategik ANGKASA CEP yang dibangunkan adalah berlandaskan bukanlah mudah. Namun, ia tidak mustahil jika kepada empat tonggak di bawah Pelan Strategik kita semua bersama berganding bahu, Insya-Allah ANGKASA yang akan menggerakkan koperasi ke demi merealisasikan visi dan misi ANGKASA, arah identiti yang dikenali di bawah ANGKASA ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, sebagai badan puncak gerakan koperasi di ANGKASA pasti gah dipersada dunia dan gerakan Malaysia. Fungsi Pelan Induk Ekonomi Strategik koperasi akan menjadi salah satu penyumbang ANGKASA adalah terpakai kepada ANGKASA kepada ekonomi negara di samping memastikan khususnya di bawah CEP 1, manakala koperasikoperasi amnya di bawah CEP 2 dan CEP 3. Malaysia. keseimbangan sosioekonomi gerakan koperasi di Penyelarasan Pelan Strategik ANGKASA KE DKN / DEB / DP Bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk melihat gerakan koperasi sebagai sektor ketiga penyumbang kepada ekonomi negara, ANGKASA akan terus memperkukuh pembangunan sosio budaya dan ekonomi gerakan koperasi melalui peranan yang dilaksanakan secara mampan. Pelan Strategik ANGKASA telah dirangka dan dilengkapkan bagi memastikan visi dan misi ANGKASA tercapai. Menerusinya, pelan tindakan beserta strategi dan inisiatif yang strategik telah disusun dengan garapan yang didasarkan daripada aspirasi kerajaaan dan dilengkapkan dengan aspirasi ANGKASA. Pelan Strategik ANGKASA merangkumi empat (4) Tonggak Utama yang dikhususkan kepada Tonggak Ekonomi, Tonggak Ekosistem, Tonggak Tadbir Urus dan Tonggak Inovasi. Penyelarasan setiap tonggak telah dihubungkaitkan dengan setiap Teras Strategik Dasar Koperasi Negara II ( ) dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta Deklarasi Putrajaya yang menggariskan tugas dan tanggungjawab ANGKASA dalam merealisasikan aspirasi kerajaan. Di bawah setiap Tonggak, dibangunkan juga Lapan Teras Strategik yang diberi fokus dalaman bagi memperkukuh infrastruktur organisasi ANGKASA. Manakala, teras bagi fokus luaran adalah untuk melestarikan gerakan koperasi yang diterajui ANGKASA. Pembangunan Pelan Strategik ANGKASA, telah mengambilkira pandangan dan cetusan idea yang menyeluruh bermula dari Wacana Minda yang berlangsung di Langkawi. Menerusi wacana tersebut, pandangan dan penglibatan wakil-wakil koperasi turut diambilkira dalam menggariskan keperluan dan harapan koperasi serta anggotanya dalam merancang dan memperkasa gerakan koperasi secara menyeluruh termasuk ekonomi, sosial budaya, tadbir urus dan pembangunan teknologi seiring dengan keperluan pasaran ekonomi semasa. Bertitik tolak dari Wacana Minda tersebut, peluang dan cabaran koperasi melalui sektor utama dikenalpasti. Sejajar dengan kewujudan Peneraju Sektor SKM, ANGKASA juga telah mewujudkan Lapan (8) Sektor Peneraju Utama. Sumber : Bahagian Pengurusan Strategik ANGKASA 22 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 23

16 Oleh : Haji Nasir Khan Yahaya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA LATAR BELAKANG International Co-operative Alliance ANGKASA Tuan Rumah ICAKL 2017 ANGKASA telah mula menyatakan hasrat menjadi tuan rumah ICAKL 2017 sebaik program ICA Global Conference & General Assembly di Cape Town pada 2013 tamat dengan sokongan YB Dato Sri Hasan Malek, Menteri PDNKK pada masa tersebut. Pada 24 Julai 2015, mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah ICA telah bersetuju memilih ANGKASA sebagai tuan rumah kepada Perhimpunan Agung Koperasi yang terbesar di dunia iaitu International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly ANGKASA telah berjaya mengalahkan Business Council of Cooperatives and Mutuals (BCCM) Australia, Co-operative Business» Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Dato Seri Hamzah Zainudin (dua dari kiri) dan Presiden ANGKASA, Dato Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan) menyaksikan pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) antara ICA yang diwakili Ketua Pengarah, Charles Gould (kanan) dan ANGKASA yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Haji Nasir Khan Yahaya (kiri) di Menara Kembar Bank Rakyat ICA GLOBAL CONFERENCE & GENERAL ASSEMBLY 2017 New Zealand (CBNZ) New Zealand dan Iran Central Chamber of Cooperatives (ICC) Iran yang juga turut membida untuk menjadi tuan rumah persidangan ini.» Pengisytiharan Malaysia sebagai tuan rumah ICAKL 2017 dan jemputan rasmi oleh Dato Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) International Co-operative Alliance (ICA) merupakan sebuah badan bebas apeks global yang menyatukan serta mewakili koperasi-koperasi dari seluruh dunia. Ditubuhkan pada 1895, ICA mempunyai keanggotaan sebanyak 301 organisasi ahli dari 105 negara yang aktif dalam pelbagai sektor ekonomi dengan keahlian 800 juta ahli individu. ICA yang beribu pejabat di Brussels, Belgium juga mempunyai pejabat serantau di empat rantau utama iaitu Afrika, Asia Pasifik, Amerika dan Eropah. Pejabat rantau Asia Pasifik di New Delhi ditubuhkan bagi memenuhi keperluan 95 koperasi dari 30 negara ahli di rantau Asia Pasifik. Persidangan ICA ini diadakan dalam dua peringkat iaitu didahului dengan Persidangan Global dan diikuti dengan Perhimpunan Agung selain beberapa siri mesyuarat peringkat Jawatankuasa Sektoral ICA. Persidangan Global (Global Conference) dijalankan selama dua hari bagi membincangkan isu berkaitan sesuatu tema yang ditetapkan oleh ICA. Tema tersebut biasanya mengambilkira isu yang paling dekat dengan koperasi atau berkait dengan polisi atau deklarasi yang dipersetujui di peringkat PBB. Tema bagi ICAKL 2017 yang telah ditetapkan oleh pihak ICA adalah Co-operatives : Putting People at the Centre of Development. ICA kebiasaannya mengundang dua orang key-note speaker yang ternama bagi menyampaikan ucaptama berkaitan dengan tema yang ditetapkan pada dua hari sesi pembukaan sidang plenari Global Conference ini. Bagi program di Kuala Lumpur, ICA telah mendapat persetujuan Dr. Gro Harlem Brundtland, Deputy Chair of The Elders sebagai key-note speaker. Selain sesi plenari utama, ICA juga mengatur pelbagai sesi bengkel, seminar dan juga tayangan video sepanjang dua hari program tersebut. Perhimpunan Agung (General Assembly) yang diadakan pada hari terakhir program adalah perhimpunan dwi-tahunan anjuran ICA yang akan mengumpulkan semua anggotanya di seluruh dunia bagi menjalankan mesyuarat agung untuk menentukan dasar-dasar dan polisi ICA, mengesahkan laporan kewangan serta belanjawan, selain memilih Ahli Lembaga bagi menerajui kepimpinan ICA. Anggota Lembaga ICA ini bertanggungjawab dalam membangunkan dan memantau strategi global ICA serta berperanan dalam menjalankan fungsi ICA sebagai badan bebas yang mewakili gerakan koperasi global. Perhimpunan di Kuala Lumpur dijangka mendapat sambutan dan kehadiran yang menggalakkan memandangkan pemilihan Ahli Lembaga yang dijalankan empat tahun sekali akan diadakan bagi memilih barisan kepimpinan ICA bagi tahun Bersempena dengan program ICAKL 2017 di Malaysia ini juga, ANGKASA mengambil peluang untuk turut menganjurkan Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) yang menjadi platform kepada koperasi-koperasi Malaysia mengetengahkan produk dan perkhidmatan ke pasaran antarabangsa. 24 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 25

17 Bagi menganjurkan program ICAKL 2017 ini, ANGKASA turut bekerjasama dengan beberapa koperasi-koperasi ahli dalam memastikan perkhidmatan kepada peserta antarabangsa adalah dilaksanakan oleh koperasi sekaligus membolehkan Tarikh Masa Program 13 Nov 2017 Statutory Meeting 14 Nov 2017 AM Statutory Meeting PM Majlis Perasmian ICAKL 2017 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia 15 Nov 2017 AM Plenary & Conference PM Networking Reception di MACCOPS 16 Nov 2017 AM Plenary & Conference PM ICA Celebration Night 17 Nov 2017 ICA General Assembly Cooperatives Putting People At The Centre Of Development Koperasi adalah sebuah bentuk perniagaan yang sentiasa berkembang dan mampan. Ia merupakan satu model perniagaan yang berkesan dalam menjamin serta menumpukan keperluan masyarakat di tengah-tengah arus pembangunan. Koperasi secara idealnya merupakan sebuah bentuk perniagaan yang membolehkan ahli-ahli untuk mempunyai kawalan ke atas pendapatan mereka, menikmati pekerjaan yang berkualiti dan memenuhi keperluan mereka, berbeza dengan entiti perniagaan lain dari aspek rasa penyertaan (sense of participation). Koperasi adalah unik kerana ia menggabungkan kejayaan ekonomi dengan tadbir urus demokratik serta keprihatinan terhadap masyarakat (ahli). Ini menjadikan koperasi sebagai aktor ekonomi dan sosial yang sangat signifikan dalam konteks pembangunan mapan sesebuah negara. Pemimpin-pemimpin dunia telah bersetuju menggunapakai UN Sustainable Development Goals yang menggariskan 17 matlamat global yang perlu dicapai bersama-sama pada Pada program ICAKL 2017, gerakan koperasi dari seluruh dunia akan berkumpul untuk sama-sama menilai bagaimana koperasi dapat meningkatkan kesaksamaan, membasmi kemiskinan dan menjaga alam sekitar, dalam pada ia kekal berjaya dalam perniagaan.» Dr. Gro Harlem Brundtland koperasi ahli ANGKASA juga menjana pendapatan daripada program ini. Antara perkhidmatan yang dibekalkan oleh koperasi adalah perkhidmatan pengangkutan pergi balik ke lapangan terbang, perkhidmatan pelancongan dalam negara (in-bound tours), sewaan pengangkutan, sukarelawan serta penglibatan koperasi sebagai pempaper di MACCOPS. Selain itu, ANGKASA juga telah mendapat persetujuan dari ICA untuk turut membenarkan program lawatan ke koperasi-koperasi terpilih dimasukkan ke dalam jadual program utama ICAKL Ini akan memberi peluang kepada ANGKASA dan gerakan koperasi Malaysia untuk memperkenalkan beberapa koperasi terbaik di Malaysia dan tadbir urus yang dijalankan kepada delegasi yang akan hadir ke program ini. Bagi mengupas tema Cooperatives Putting People at the Centre of Development, Dr. Gro Harlem Brundtland yang turut dikenali sebagai the Mother of Sustainable Development akan menjadi key-note speaker di ICAKL Dr. Brundtland adalah Mantan Perdana Menteri Wanita Pertama di Norway yang kini menyandang jawatan Timbalan Pengerusi The Elders; satu organisasi ditubuhkan oleh Nelson Mandela yang mengumpulkan pemimpin global yang menyokong keamanan dan hak asasi manusia. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau juga pernah berkhidmat di bawah Kementerian Perkhidmatan Penjagaan dan Kesihatan, kemudian menjawat jawatan Menteri Alam Sekitar di Norway. Sebaik beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Norway selepas 10 tahun berkhidmat, Dr Brundtland telah dipilih menjadi Director General, World Health Organisation (WHO). Dr. Brundtland mendapat pendidikan pengajian perubatan di Oslo University sebelum berjaya mendapatkan biasiswa ke Harvard School of Public Health. Kemampanan (Sustainability) merupakan salah satu dari lima strategi utama yang digariskan dalam Pelan Strategik ICA iaitu Blueprint for a Cooperative Decade yang menyasarkan untuk meletakkan koperasi sebagai pembina kemampanan ekonomi, sosial dan alam sekitar pada Atas dasar tersebut, Dr Gro Harlem Brundtland dipilih oleh ICA untuk menjadi keynote speaker pada ICAKL 2017 November ini. Impak ICAKL 2017 Impak ICAKL 2017 kepada Malaysia Secara langsung: Mempromosikan Malaysia kepada peserta-peserta dari 104 buah negara. Mempromosikan Malaysia sebagai destinasi MICE (meetings, incentives, conference & exhibition). Secara tidak langsung : Meningkatkan imej Malaysia sebagai negara yang aman makmur dalam komuniti dan masyarakat yang majmuk. Impak ICAKL 2017 kepada ekonomi (industri pelancongan) Secara langsung: Menyalurkan semula perbelanjaan delegasi dan juga ahli keluarga yang turut hadir kepada ekonomi negara sepanjang program berlangsung. Secara tidak langsung : Mempromosikan Malaysia sebagai destinasi percutian baru kepada peserta ICAKL 2017 dan juga ahli keluarga. Impak ICAKL 2017 kepada Gerakan Koperasi Malaysia Secara langsung: Mencapai objektif strategik ICA-AP MBO untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat mengadakan mesyuarat, pameran dan juga jaringan perdagangan di rantau Asia Pasifik. Menarik minat pengamal perniagaan koperasi yang terbaik dari seluruh dunia dalam satu persidangan global. Mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi Malaysia kepada koperasi antarabangsa melalui MACCOPS. Secara tidak langsung : Memberi peluang kepada koperasi besar dan berjaya di Malaysia untuk mewujudkan jaringan baru dengan koperasi antarabangsa. Memberikan peluang kepada koperasi di Malaysia untuk memasarkan produk di peringkat antarabangsa. Mewujudkan imej antarabangsa yang baik untuk gerakan koperasi Malaysia sebagai satu hab perniagaan baru yang sedang meningkat. Kesimpulan Persidangan ini akan dirancang, diurus serta dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak ICA global. Walaupun begitu berdasarkan kepada Perjanjian Persefahaman antara ICA dan ANGKASA dalam menganjurkan program ICA 2017, ANGKASA sebagai tuan rumah (hos) perlu bersedia untuk membantu ICA untuk melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:- Mempromosikan persidangan ini kepada koperasi-koperasi dalam negara dan mengalakkan kehadiran peserta tempatan ke persidangan ini. Menyertai ICA bagi mempromosikan persidangan ini di program-program antarabangsa yang utama, di mana bersesuaian dan praktikal. Menyediakan kakitangan sukarelawan sokongan, untuk membantu dalam pendaftaran, tunjuk arah dan maklumat, serta lain-lain fungsi sokongan. Membantu mengeluarkan surat sokongan permohonan visa bagi delegasi dari pelbagai negara seperti yang dikehendaki untuk membolehkan mereka menghadiri Persidangan. Memberikan khidmat nasihat mengenai keperluan protokol dalam negara menyediakan keperluan logistik dan lain-lain keperluan berkaitan dengan persidangan. Secara keseluruhannya, persiapan program berjalan dengan lancar seperti dirancang. Pihak ICA dan ANGKASA bekerja dengan rapat serta berkomunikasi dari masa ke semasa dengan kerap bagi memastikan pengajuran program ini berjalan dengan baik. Kejayaan ICA 2017 akan bergantung kepada kerjasama baik antara ANGKASA dengan agensi kerajaan yang berkaitan melalui sokongan efektif baik dari aspek kewangan, mahupun khidmat nasihat dari KPDNKK dan SKM serta gerakan koperasi Malaysia secara umumnya. 26 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 27

18 Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA KONSORTIUM KOPERASI KARIAH MASJID MALAYSIA BERHAD ANGKASA terus komited mengembangkan Sektor Pembangunan Komuniti dalam gerakan koperasi di Malaysia melalui inisiatif memperkasakan serta meluaskan perniagaan koperasi yang berimpak tinggi. Pada tahun 2016, penglibatan Sektor Pembangunan Komuniti dalam industi perniagaan telah berjaya membantu memantapkan tadbir urus koperasi di samping membuka ruang koperasi untuk memasarkan produk serta perkhidmatan koperasi melalui program keusahawanan ANGKASA. Matlamat ANGKASA adalah jelas berdasarkan kepada peranannya sebagai badan induk gerakan koperasi negara. Ia bagi memastikan gerakan koperasi menerusi Sektor Pembangunan Komuniti di negara ini mampu bergerak dengan cemerlang selaras dengan matlamat, nilai dan prinsip koperasi serta pembangunan ekonomi negara. Sepanjang tahun lalu, Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA telah merekodkan sebanyak 85 KONSORTIUM KOPERASI WANITA Konsortium Koperasi Wanita Malaysia Berhad ditubuhkan bagi menggabungkan Koperasi Wanita, Koperasi Ibu Tunggal dan Koperasi Kaum Ibu seluruh negara dalam menjayakan program-program pembangunan koperasi dari segi ekonomi, sosial dan budaya di samping membantu meningkatkan perolehan koperasi wanita serta mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan. Dato Abdul FATTAH Abdullah Presiden ANGKASA Pengerusi Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA aktiviti melibatkan penyertaan daripada koperasikoperasi berkaitan. Usaha dalam memajukan koperasi-koperasi tersebut akan terus dipergiat pada tahun ini selaras dengan visi untuk menjadi sektor yang mempunyai kepakaran dalam bidang pembangunan ekonomi dan pendidikan koperasi menjelang tahun 2020 serta misinya untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti mengenai kesedaran berkoperasi dan merangsang ekonomi, budaya dan sosial komuniti. Sebagai pemacu gerakan koperasi negara, Sektor Komuniti telah membuktikan bahawa penyertaannya kini telah melebihi angka 3,500 buah koperasi sekali gus berupaya memacu kecemerlangan dalam pembangunan ekonomi negara. Keanggotaan Keanggotaan konsortium terdiri daripada koperasi wanita, koperasi kaum ibu dan koperasi ibu tunggal di seluruh Malaysia. Dianggarkan sekurang-kurangnya terdapat 179 buah koperasi wanita yang berdaftar dengan ANGKASA. BIL KATEGORI NAMA KOPERASI JUMLAH 1 Koperasi Wanita Koperasi Ibu Tunggal 18 3 Koperasi Kaum Ibu 25 KOPERASI BELA RAKYAT (KOBERA) Konsep penubuhan KOBERA mensasarkan golongan rakyat miskin dan ditubuhkan di 576 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara. Struktur keanggotaan KOBERA dirangka dengan KOPERASI Orang Kelainan UPAYA (OKU) Sehingga bulan Mei 2017, bilangan koperasi kariah masjid yang telah berdaftar di seluruh negara sebanyak 512 buah. Setiap koperasi yang telah berdaftar digalakkan untuk menjadi ahli konsortium. Kempen keahlian akan dibuat secara berperingkat setelah konsortium mempunyai rancangan perniagaan yang menyeluruh. menyesuaikan hasrat kerajaan bagi membasmi kemiskinan. Secara keseluruhannya, sebanyak 315 buah KOBERA telah ditubuhkan di seluruh Malaysia. Asasnya, penubuhan KOBERA adalah sama iaitu untuk menerapkan semangat dan nilai-nilai berkoperasi serta bertujuan untuk membasmi kemiskinan khususnya pada masyarakat di luar bandar. Antara program yang dianjurkan ialah Seminar KOBERA Kebangsaan dan Bengkel KOBERA di peringkat negeri. Terdapat 43 buah koperasi OKU di seluruh negara. Penubuhan koperasi OKU bertujuan untuk pelbagaikan aktivitinya bukan sahaja bagi menambahkan pendapatan koperasi malah turut memberi peluang kepada golongan OKU untuk mendapatkan latihan dan pekerjaan. Antara program tersebut termasuklah kursus, seminar dan Bengkel Keusahawanan Koperasi OKU, promosi dan pemasaran melalui karnival, ekspo dan pameran anjuran ANGKASA bagi produk-produk hasilan warga OKU serta bimbingan keusahawanan. KONSORTIUM KOPERASI KOLEJ VOKASIONAL & TEKNIK MALAYSIA BERHAD Konsortium Koperasi Kolej Vokasional dan Teknik Malaysia Berhad berfungsi sebagai sebuah badan yang berperanan dalam meningkatkan perkembangan ekonomi koperasi Kolej Vokasional dan meluaskan pasaran produk koperasi Kolej Vokasional ke peringkat yang lebih tinggi. Penubuhan dan Pendaftaran Konsortium ini masih dalam proses kelulusan SKM. KOPERASI SEKOLAH DAN KOPERASI IPTA Sebanyak 2,361 buah koperasi sekolah manakala 376 buah koperasi IPTA ditubuhkan sebagai wadah terbaik untuk menyemai budaya koperasi dan keusahawanan dalam kalangan pelajar dan mahasiswa seperti peruncitan sebagai satu langkah meningkatkan pendapatan koperasi. Kewujudan koperasi sekolah dan koperasi IPTA menjelaskan kepada masyarakat bahawa koperasi adalah satu medium perpaduan dalam kalangan masyarakat untuk bersama-sama membangunkan ekonomi melalui aktiviti perniagaan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada semua peringkat di persekitaran sekolah dan kampus universiti. KOPERASI ORANG ASLI Sebanyak 70 buah Koperasi Orang Asli ditubuhkan di seluruh Malaysia termasuk di Negeri Perak, Kelantan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Bilangan ahli Koperasi Orang Asli secara keseluruhannya berjumlah 13,253 orang. Antara bidang perniagaan yang diceburi adalah perkhidmatan, perladangan, pembinaan, pertanian dan pengguna. Antara program yang dianjurkan oleh unit ini meliputi kursus, seminar dan Bengkel Keusahawanan Koperasi Orang Asli, promosi dan pemasaran melalui karnival, ekspo dan pameran bagi produk-produk hasilan orang asli serta bimbingan keusahawanan. 28 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 29

19 Sektor Kewangan ANGKASA IMPAK SEKTOR KEWANGAN ANGKASA TERHADAP PEMBANGUNAN KOPERASI DI MALAYSIA Sumbangan terbesar koperasi adalah dalam sektor perkhidmatan terutamanya perkhidmatan kewangan yang merupakan tulang belakang kepada gerakan koperasi negara. Sektor ini menerajui penerokaan koperasi dalam pasaran modal, sukuk dan sumber dana yang kompetitif merangkumi aspek pengiktirafan dan undang-undang. Sektor Kewangan ANGKASA telah ditubuhkan pada penghujung tahun Fokus utama Sektor Kewangan ialah bagi memperkasa dan mewujudkan variasi produk koperasi berteraskan kewangan. Operasi aktiviti sektor adalah menggunakan peruntukan dari Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi (KWAPb). Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Pelan Pembangunan Sektor Perkhidmatan Kewangan Koperasi menggariskan objektif adalah membangunkan sektor kewangan koperasi dengan pertumbuhan yang meyakinkan untuk mencapai RM40 bilion perolehan menjelang tahun Sasaran perolehan ini dijangka akan disumbangkan daripada pengukuhan serta penawaran pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan koperasi. Antara senarai saranan/pelan tindakan bagi sektor perkhidmatan kewangan koperasi yang digariskan adalah : (a) Menubuhkan Co-opbank (b) Membangunkan rangka kerja untuk memperoleh sumber modal (c) Menggalakkan penglibatan koperasi dalam bidang francais (e.g: Ar-Rahnu) (d) Rakan Dagang Kad COOP (e) Wakil Khidmat Bank Rakyat Haji Mutadho Bahri Timbalan Presiden ANGKASA Pengerusi Sektor Perkhidmatan Kewangan ANGKASA Pada awal penubuhan Sektor Kewangan iaitu pada tahun 2015, aktiviti pertama yang dijalankan ialah Program Pengenalan Ar-Rahnu yang bertujuan memberi pendedahan awal berkenaan dengan konsep perniagaan Ar-Rahnu kepada koperasi. Merujuk kepada TOR (1) Sektor Kewangan iaitu merangka program /aktiviti sektor yang bersesuaian dan menjadi penyelaras kepada program/aktiviti sektor yang dijalankan selaras dengan objektif penubuhan sektor peneraju, maka pelbagai program telah dilaksanakan seperti berikut : Program Pemantapan Ar-Rahnu Program Pemilikan Perniagaan Produk-produk Bank Rakyat Program Rangsangan Modal Sektor Koperasi Program Pembiayaan Mikrokredit Melalui Francais / Produk Kewangan Ia juga menepati TOR (4) Sektor Kewangan iaitu memperkasakan produk-produk koperasi yang berunsurkan kewangan dan francais yang lebih kompetitif dan berdaya saing. Selaras dengan itu, pada tahun 2016 pelbagai aktiviti berasaskan produk kewangan telah dilaksanakan di seluruh Malaysia dengan jayanya seperti berikut : Bil Nama Program 1 Program Pemantapan Ar-Rahnu (Rakyat Management System) 2 Program Rangsangan Modal Sektor Koperasi dan Produk-produk Bank Rakyat 3 Program Pembiayaan Mikrokredit Melalui Francais / Produk Kewangan Bilangan Koperasi Bilangan Peserta Program Penerbitan Sukuk, Produk-produk KOPSYA dan MyAngkasa Amanah Sdn Bhd Sumber : Bahagian Perkhidmatan Kredit Dan Perbankan Sehingga Mei 2017, Sektor Kewangan terus proaktif dengan meneruskan pelaksanaan program seperti berikut : Bil Nama Program 1 Program Bengkel Coaching Ar-Rahnu (Bukan Francais) Bilangan Koperasi Bilangan Peserta Program Rangsangan Modal Sektor Koperasi Sumber : Bahagian Perkhidmatan Kredit Dan Perbankan Dalam merealisasikan sasaran yang ditetapkan dalan DKN , Performance Indicator (PI) tambahan yang perlu dicapai menjelang tahun 2020 oleh Sektor Kewangan adalah seperti berikut : Co-opbank 2 buah Pembiayaan kredit RM70 juta Ar-Rahnu 26 outlet Wakil Khidmat Bank Rakyat 54 outlet Sehubungan dengan itu, menerusi program yang dijalankan, bilangan koperasi yang menjalankan perniagaan produk kewangan Bank Rakyat sehingga bulan Mei 2017 adalah seperti berikut : Bil Jenis Perniagaan Bilangan Koperasi 1 Perniagaan Ar-Rahnu 15 2 Pemilikan Perniagaan Rakan Dagang Kad Coop, Wakil Khidmat Bank Rakyat dan Ejen Perbankan 176 Sumber : Bahagian Perkhidmatan Kredit Dan Perbankan Gerakan koperasi menyasarkan 612 buah koperasi menjalankan aktiviti pemberian pembiayaan kepada anggota menjelang tahun 2020 dengan jumlah perolehan sebanyak RM 3.52 bilion untuk pembiayaan kredit dan RM 186 juta untuk mikrokredit. Maka dengan itu, TOR (6) Sektor Kewangan telah menggariskan sektor ini sebagai platform untuk mendapatkan modal kerja dan modal projek yang murah dan kompetitif dari pasaran modal serta sumber-sumber yang bakal dikenalpasti. Menerusi Program Rangsangan Modal Sektor Koperasi, pelbagai institusi perbankan dan agensi berkaitan telah terlibat seperti KOPSYA, Bank Rakyat, Bank Islam, Bank Persatuan, Bank Muamalat dan Agrobank. Tinjauan ANGKASA mendapati, sehingga Mei 2017, jumlah modal dana keseluruhan yang berjaya dikeluarkan bagi tujuan pembiayaan oleh institusi berkaitan kepada koperasi termasuk daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah seperti berikut : Nama Program Modal Dana Kelulusan (RM) Pengeluaran (RM) Program Rangsangan Modal Sektor Koperasi 1,936, ,576, Sumber : Bahagian Perkhidmatan Kredit Dan Perbankan 30 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 31

20 Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA Oleh : Haji Mutadho Bahri Timbalan Presiden ANGKASA Pengerusi Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA Bertepatan dengan visi dan misi untuk melahirkan koperasi berimpak tinggi, berdaya maju dan berpendapatan tinggi, ANGKASA menerusi Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri Dan Kesihatan mahu menjadikannya sebagai penyumbang utama kepada pendapatan sektor koperasi di samping memberi pendedahan dan peluang perniagaan kepada koperasi. Hal tersebut juga sejajar dengan objektif Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan iaitu: Menyatukan semua koperasi yang menjalankan aktiviti-aktiviti pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan di bawah satu jenama bagi melambangkan keseragaman dalam industri. Mewujudkan pakej pelancongan yang seragam antara semua koperasi dalam rangkaian jaringan serta melibatkan perkhidmatan hiliran dan huluan seperti spa, ejen pelancongan, pengangkutan, pertunjukan kebudayaan, cenderahati dan selainnya. Mewujudkan satu jaringan pembekalan berpusat yang membekalkan keperluan seperti sabun, tuala, syampu, selimut, air mineral dan lain-lain. PENCAPAIAN MENEPATI MISI DAN OBJEKTIF PENGURUSAN Sektor Pelancongan COOPHOTEL dan Agensi Pelancongan CoopHotel dibangunkan secara bersepadu dengan pengenalan dibuat melibatkan taklimat khusus kepada koperasi yang bernaung di bawah ANGKASA. Menerusi jaringan CoopHotel, terdapat beberapa segmen seperti hotel bertaraf 1 hingga 3 bintang, boutique hotel, hotel bajet dan Inn. Agensi pelancongan pula menjadi nilai tambah kepada segmen pelancongan apabila bertindak sebagai pelengkap kepada semua segmen dalam jaringan. Jumlah Perolehan terkumpul sepanjang tahun 2016 adalah sebanyak RM11,973, COOPSTAY Seiring dengan hasrat untuk membangunkan jaringan koperasi pelancongan, Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA telah menjalankan pelbagai inisiatif bagi membangun dan merangsang ekonomi koperasi menerusi penglibatan secara aktif dalam industri COOPSTAY. Perolehan sepanjang tahun 2016 adalah sebanyak RM1,793, melibatkan penyertaan sebanyak 23 buah koperasi homestay berdaftar di seluruh negara. COOPISTAC Penglibatan koperasi sekolah dalam menyumbang perolehan koperasi menerusi pelancongan koperasi sekolah semakin menggalakkan apabila sebanyak 50 buah sekolah telah berdaftar menerusi program COOPISTAC. Jumlah perolehan terkumpul sepanjang tahun lalu mencecah RM594, dan angka tersebut dijangka meningkat pada tahun ini selaras dengan perancangan lebih rapi yang telah disusun oleh ANGKASA. Sektor Kesihatan COOPDIALISIS Sektor Penjagaan Diri COOPSPA Bersama dengan objektif untuk membangunkan jaringan koperasi penjagaan diri, ANGKASA menerusi COOPSPA telah berjaya membantu koperasi yang menguruskan perniagaan SPA menerusi pelbagai aktiviti berbentuk bimbingan dan latihan selain melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menyelaras perniagaan SPA koperasi secara lebih berkesan. Laporan Impak sepanjang tahun 2016 telah berjaya merekodkan jumlah perolehan COOPSPA sebanyak RM509, menerusi penglibatan 10 buah koperasi yang terlibat. Kejayaan ANGKASA dalam menjana pembangunan kesihatan menerusi pengurusan pusat dialisis semakin terserlah apabila Pusat Dialisis MyANGKASA yang kedua telah memulakan operasinya Mei lalu. Pencapaian bidang tersebut juga turut digembleng bersama 13 buah koperasi yang lain di seluruh negara demi mencapai objektif iaitu Membangunkan jaringan koperasi kesihatan. Laporan impak sepanjang tahun 2016 telah menunjukkan jumlah perolehan yang dicapai melebihi RM13 juta. 32 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 33

21 Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA Oleh : Datuk haji Mohamad Ali Hasan Naib Presiden ANGKASA Pengerusi Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA oleh 184 orang anggota dari 92 buah koperasi. Antara pembentang kertas kerja adalah dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, wakil dari Jabatan Perumahan Negara, Maktab Koperasi Malaysia, MyANGKASA Bina Sdn Bhd serta perkongsian pengalaman langsung daripada koperasi sendiri. Selain majlis ilmu, konvensyen itu turut dimeriahkan dengan gerai-gerai pameran dari pihak koperasi, agensi kerajaan dan swasta. Konvensyen itu juga turut menghasilkan sebanyak enam resolusi untuk dimajukan kepada pihak kerajaan. Bagi menyokong aktiviti hartanah koperasi, Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA merancang untuk merangsang Sepanjang tahun 2017, ANGKASA melalui Sektor Hartanah dan Bahan Binaan telah berusaha membentuk jaringan koperasi yang terlibat dalam aktiviti pembangunan hartanah dan pembekalan bahan binaan. Jaringan itu dibentuk bagi membolehkan perhubungan dan kerjasama dapat dijalinkan sesama koperasi. Hal ini bagi memenuhi prinsip keenam koperasi yang menggalakkan kerjasama diwujudkan antara koperasi agar koperasi tidak terlalu bergantung kepada pihak luar untuk membangunkan gerakan. Oleh yang demikian, program jaringan koperasi hartanah dirancang oleh Sektor Hartanah dan Industi Binaan dengan menjemput koperasi yang berdaya maju, koperasi yang mencari rakan niaga dan koperasi yang ingin mengembangkan perniagaan hartanah untuk sama-sama berkolaborasi bagi memajukan aktiviti hartanah dan industri bahan binaan koperasi masing-masing. Enam program pembentukan jaringan perniagaan telah dirancang yang meliputi enam zon yang berbeza, iaitu : Program Jaringan Perniagaan dan Mini Expo Zon Timur yang diadakan di Kelantan. Program Jaringan Perniagaan dan Mini Expo Zon Tengah yang akan diadakan di Selangor. Program Jaringan Perniagaan dan Mini Expo Zon Utara yang akan diadakan di Kedah. Program Jaringan Perniagaan dan Mini Expo Zon Selatan yang akan diadakan di Melaka. Program Jaringan Perniagaan dan Mini Expo Zon Sabah. Program Jaringan Perniagaan dan Mini Expo Zon Sarawak. Program jaringan tersebut adalah rentetan dan kesinambungan daripada program yang dilaksanakan oleh ANGKASA pada tahun Pada tahun tersebut, Sektor Hartanah dan Industri Binaan telah melaksanakan pelbagai program pendidikan, latihan dan kemahiran kepada koperasi untuk memajukan koperasi sebagai kontraktor, pemaju, pelabur atau pengusaha bahan binaan. Manakala pada 2017, koperasi dirangsang untuk membentuk jaringan hasil usaha perancangan dan program yang dibuat oleh ANGKASA pada tahun sebelumnya. Program jaringan tersebut dibentuk bagi membolehkan koperasi mengenalpasti rakan niaga dalam kalangan koperasi untuk samasama membangunkan aktiviti perniagaan hartanah koperasi. Selain itu, Konvensyen Koperasi Hartanah Kebangsaan 2017 turut diadakan pada Mei 2017 di Shah Alam, Selangor bagi membolehkan semua koperasi yang terlibat dapat bersama membincangkan isu-isu semasa mengenai koperasi hartanah negara. Konvensyen tersebut telah dihadiri» Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (tengah) melihat model rumah yang dipamerkan sewaktu perasmian Konvensyen Perumahan Penjawat Awam Turut sama ialah Presiden ANGKASA, Dato Abdul Fattah Abdullah (kanan) dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda (kiri) agar empat buah koperasi dapat dibangunkan untuk menjalankan aktiviti pembekal bahan binaan. Ini bagi memenuhi tuntutan koperasi untuk menyediakan pembekal bahan binaan di kalangan koperasi sendiri bagi menampung keperluan koperasi pembinaan. Dengan adanya koperasi sebagai pembekal bahan binaan, jaringan koperasi dapat diperluaskan lagi dengan aktiviti yang lebih berimpak tinggi. Dengan adanya koperasi yang bertanggungjawab membekalkan bahan binaan kepada koperasi lain, jaringan koperasi hartanah dijangka akan lebih lengkap untuk kebaikan gerakan. Selain itu, sokongan dan bantuan daripada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) akan memudahkan usaha ANGKASA untuk merangsang koperasi terlibat dalam aktiviti ini. Sebagai langkah sokongan kepada pembentukan jaringan koperasi tersebut, Sektor Hartanah dan Bahan Binaan turut menerbitkan Direktori Sektor Hartanah dan Industri Binaan Koperasi Direktori tersebut boleh membantu memudahkan koperasi untuk berhubung antara satu sama lain bagi tujuan mencari rakan kongsi atau rakan niaga ke arah membangunkan aktiviti pembangunan hartanah koperasi. Direktori tersebut terbahagi kepada empat kategori iaitu Koperasi Sebagai Kontraktor (35 buah koperasi), Koperasi Sebagai Pemaju dan Pelabur Hartanah (125 buah koperasi), Koperasi Sebagai Pembekal Bahan Binaan (tiga buah koperasi) dan Koperasi Sebagai Perunding (16 buah koperasi). Diharapkan dengan sokongan SKM, MKM dan koperasi, ANGKASA akan terus berusaha untuk membantu, merangsang dan membangunkan koperasi dalam aktiviti pembangunan hartanah dan industri bahan binaan. Hal tersebut sekaligus membolehkan sasaran perolehan sebanyak RM5 bilion dari aktiviti pembangunan hartanah dapat dicapai menjelang PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 35

22 Oleh : Dato Haji Kamarudin Ismail Naib Presiden ANGKASA Pengerusi Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA ANGKASA TERUs PERkasa SEktOR PEMBOROngan Dan PERUnCItan KOpERasI Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA terus diperkasa menerusi pelbagai pendekatan yang lebih holistik ke arah menjadikannya sebagai pemangkin kepada kecemerlangan ekonomi koperasi seterusnya berjaya sebagai sebuah entiti ekonomi yang mampu menjaga kebajikan anggotanya. Misi ANGKASA menerusi Sektor Pemborongan dan Peruncitan bukan sahaja mahu menyemarakkan kegiatan ekonomi berlandaskan keuntungan perniagaan produk koperasi, malah turut berperanan dalam menyalurkan pelbagai khazanah ilmu menerusi penganjuran program latihan dan bimbingan secara berterusan untuk memastikan pembangunan modal insan dan kelestarian masyarakat dapat dicapai. Menerusi Pelan Pembangunan (Blueprint) Sektor Pemborongan dan Peruncitan Koperasi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA melihatnya sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk terus membantu dalam memperkasa sektor koperasi menerusi empat objektif utama iaitu : Menguasai rantaian bekalan dan rantaian nilai dalam aktiviti pemborongan dan peruncitan. Mewujudkan hubungan timbal balik di antara pengeluar, pengedar dan pengguna. Mewujudkan sistem perniagaan yang adil kepada semua pihak yang terlibat; dan Membantu menangani isu kos sara hidup. Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA Pelan pembangunan itu juga turut menggariskan tujuh inisiatif strategik. Salah satu daripadanya adalah untuk mengukuh dan memantapkan pengoperasian outlet jualan koperasi dengan jumlah sasaran outlet iaitu 2,000 outlet yang akan dibangunkan menjelang tahun SKM juga kini sedang melaksanakan beberapa program bagi menggalakkan pembabitan koperasi dalam sektor pemborongan dan peruncitan koperasi menerusi beberapa pendekatan seperti: - Mewujudkan produk-produk jenama COOP 1Malaysia untuk dijual di premis-premis milik koperasi, - Mewujudkan Pusat Pengedaran (Distribution Centre) mengikut negeri dan daerah; - Permodenan kedai runcit di bawah program TUKAR; - Menggalakkan koperasi mendapatkan Lesen Borong Barang Kawalan; - Menggalakkan koperasi menyertai perniagaan stesen minyak Peruncitan SMART STREAM, di samping menggalakkan pembukaan pasar raya yang diusahakan oleh koperasi. ANGKASA menerusi Sektor Pemborongan dan peruncitan turut bertindak sebagai pemudahcara bagi memastikan kesemua outlet yang dibangunkan itu dapat membantu dalam melancarkan lagi urusan pengedaran dan pembekalan produk koperasi selain meningkatkan aksesibiliti dan stok yang mencukupi dengan harga yang lebih terkawal serta berpatutan. Hal tersebut juga dilihat mampu memberi lebih banyak kesan positif kepada gerakan koperasi seperti mewujudkan peluang perniagaan baharu dan pekerjaan kepada anggota koperasi serta masyarakat. Sehubungan itu, Program Pembangunan Pusat Pengedaran Koperasi telah dilancarkan pada tahun 2016 di bawah Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA. Menerusinya, koperasi yang ingin menjadi pengedar perlu memiliki kemudahan ruang penyimpanan dan logistik yang sesuai. Hal tersebut perlu bagi memastikan proses pengedaran produk dapat dilakukan dari pembekal hingga ke rangkaian runcit dengan cekap dan berkesan Dalam Program Pembangunan Pusat Pengedaran Koperasi, terdapat beberapa pendekatan yang diambil oleh ANGKASA dalam menjayakan program tersebut. 1. Mengenal pasti koperasi yang berpotensi untuk menjalankan aktiviti pengedaran produk-produk koperasi. 2. Menganalisa dan mencadangkan pembangunan infra untuk Pusat Pengedaran Koperasi dan kemudahan logistik termasuk mewujudkan sistem pengurusan berpusat dan penyimpanan yang efisien.» Dato Haji Kamarudin (dua dari kiri) memberi penerangan tentang pembungkusan produk koperasi kepada peserta Program Pembangunan Pusat Pengedaran Koperasi 3. Membangunkan Pusat Pengedaran Koperasi dan kemudahan logistik bagi koperasi terpilih. 4. Mengukur prestasi koperasi pengedar secara bulanan dan tahunan. 5. Memantau aktiviti dan operasi koperasi untuk tujuan penambahbaikan. Sehingga Jun 2017, ANGKASA telah berjaya membangunkan sebanyak 49 produk-produk keluaran mereka melalui program 100 Product Champion. Projek tersebut yang dirancang oleh ANGKASA sejak dua tahun lalu berjaya mengangkat standard produk koperasi khususnya dari sudut pembungkusan. Projek Khas Pembangunan SKU yang dijalankan adalah kesinambungan kepada Program 100 Product Champion yang bertujuan untuk membantu koperasi meningkatkan kualiti produk masing-masing dari segi penjenamaan dan juga pembungkusan menerusi bengkel-bengkel anjuran ANGKASA seperti Bengkel Penjenamaan, Bengkel Pembungkusan dan Perlabelan serta Bengkel Teknikal Pemasaran. Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA juga turut membantu ketengahkan produk-produk koperasi menerusi Jaringan Peruncitan Koperasi yang didaftarkan dengan nama Coop-Runcit. Produk-produk koperasi yang bersesuaian dan memenuhi piawaian kualiti akan dipilih dan seterusnya dimasukkan ke dalam rangkaian kedai Coop-Runcit sebagai sebahagian daripada produk jualan. Sehingga kini, terdapat 21 buah Coop-Runcit di sekitar Lembah Klang dan Selangor dan jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat melibatkan lebih banyak kedai runcit koperasi terpilih di seluruh negara. 36 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 37

23 Sektor Perladangan ANGKASA Perlaksanaan Program Mentor-Mentee Pengurusan Ladang Kelapa Sawit Koperasi Dato Haji Aliasak HAJI Ambia Naib Presiden ANGKASA Pengerusi Sektor Perladangan ANGKASA Sejajar dengan Dasar Koperasi Negara (DKN) , ANGKASA selaku Badan Puncak Gerakan Koperasi di Malaysia telah menyediakan perkhidmatan Mentor-Mentee Pengurusan Ladang Kelapa Sawit khususnya kepada koperasikoperasi yang terlibat dalam aktiviti perladangan kelapa sawit. Matlamat program tersebut adalah untuk meningkatkan perolehan dan pendapatan kelapa sawit sektor koperasi yang akhirnya berupaya menyumbang kepada peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menerusi program tersebut, mentor yang berpengetahuan dan berpengalaman akan bertindak sebagai pembimbing kepada mentee yang memerlukan bantuan untuk penambahbaikan kualiti kerja dan hasil. Dalam konteks mentor-mentee pengurusan ladang sawit koperasi, ia bermaksud satu program membimbing dan memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan ladang sawit koperasi bagi meningkatkan lagi produktiviti dan perolehan ladang berkenaan. Mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau guru yang boleh dipercayai dan biasanya terdiri daripada orang atau organisasi yang mempunyai pengalaman dalam memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya. Manakala Mentee pula merujuk kepada individu atau organisasi yang menerima pertolongan atau bimbingan. Terdapat tiga kriteria dalam pemilihan Mentor iaitu: Koperasi atau syarikat terlibat dalam aktiviti perniagaan berasaskan input pertanian. Koperasi atau syarikat mempunyai rekod perniagaan yang kukuh berasaskan input pertanian. Koperasi atau syarikat bersedia untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat bagi membangun serta memperkasa koperasi mentee khususnya yang berkait dengan perniagaan input pertanian. Objektif program Mentor-Mentee yang dijalankan oleh ANGKASA adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan berkaitan dengan amalan pengurusan ladang sawit yang baik, membimbing dan menasihat berkaitan dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik untuk meningkatkan hasil dan kualiti kelapa sawit dan membincangkan isu-isu dan masalah-masalah yang dihadapi dan mencari penyelesaiannya. ANGKASA bertanggungjawab menyelaras peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan oleh mentor dan mentee. Segala kos perbelanjaan bagi program mentor-mentee akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak ANGKASA melalui dana Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi. Mentor yang dilantik ANGKASA iaitu Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) bertangungjawab membimbing, menganalisis, memantau dan menyelaraskan mentee bagi menjayakan program. Mentee yang dipilih bertanggungjawab untuk memberi kerjasama kepada mentor dalam menyediakan maklumat dan laporan berkaitan. Seterusnya, Mentor dan Mentee hendaklah menyatakan persetujuan bertulis melalui satu perjanjian yang akan ditandatangani oleh keduadua pihak dengan disaksikan oleh pihak ANGKASA. Tempoh masa bagi program ini tertakluk kepada lawatan dan perbincangan awal antara mentor dan mentee. Sektor Perladangan ANGKASA juga bercadang untuk menganjurkan Program Nurseri Sawit yang akan diceburi oleh koperasi sepertimana yang digariskan dalam Pelan Tindakan Dasar Koperasi Negara (DKN) Program tersebut adalah satu proses untuk mewujudkan nurseri sawit yang baru. Koperasi yang terlibat dalam Program Mentor- Mentee akan dibimbing oleh pihak Jururunding yang dilantik oleh ANGKASA. Bagi memastikan kejayaan program, pihak Jururunding yang terlibat akan memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan dan penyelenggaraan nurseri sawit yang dijalankan seperti membimbing, menganalisis, memantau dan menyelaraskan projek nurseri kepada peserta untuk satu tempoh yang tertentu. Program Mentor-Mentee ini diharap dapat memberi ruang dan peluang kepada pihak mentor koperasi dan mentee koperasi untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam meningkatkan lagi kualiti dan pendapatan ladang sawit milik koperasi. 38 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 39

24 Oleh : Dato Haji Aliasak HAJI Ambia Naib Presiden ANGKASA Pengerusi Sektor Industri Pertanian dan Asas Tani ANGKASA Sektor Industri Pertanian dan Asas Tani ANGKASA MEmPERKASAKAN KOPERASI PERTAnIAn ISU, CABARAn DAn PERAnAn ANGKASA Dalam usaha untuk memajukan industri pertanian di Malaysia, bidang tersebut perlu dilihat dan dipraktikkan sebagai sebuah entiti perniagaan dengan matlamat akhirnya adalah untuk memaksima keuntungan dan meminimakan kos. Usaha-usaha tersebut telah dan sedang dilakukan oleh Sektor Industri Pertanian dan Asas Tani ANGKASA seperti : Tranformasi ladang Program berbentuk projek berkelompok, pengurusan tanah secara estet dan penggabungan koperasi pertanian adalah antara gerak kerja yang telah dan sedang dilaksanakan. Contohnya projek ternakan lembu tenusu secara berkelompok yang melibatkan usahasama koperasi-koperasi pertanian melalui pendekatan mentoring and coaching dan resourse linker. Pendekatan yang digunakan adalah dengan menjalin kerjasama antara ANGKASA bersama pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Jabatan Veterinar Malaysia, Koperasi mentor iaitu Koperasi Pekebun Kecil Wilayah Johor Selatan dan KOMARDI serta National Agricultural Cooperative Federation (NACF), Korea. Di samping itu, bidang akuakultur juga diberi perhatian dalam menjalankan tranformasi. Antaranya adalah seperti projek Akuakultur Ternakan Udang Putih Secara Berkelompok. Projek tersebut merupakan kerjasama antara ANGKASA dan Koperasi Pekebun Kecil Wilayah Johor Selatan (KOPRIS) serta turut melibatkan koperasi lain yang berminat. Amalan dan pandangan tradisi dalam pertanian yang sebelum ini dianggap sebagai pilihan terakhir dalam mata pencarian perlu dikikis dan dibuang. Tanggapan sebegitu boleh membawa kepada pembabitan secara sambilan dan kurang efisien serta tidak menjamin pulangan pendapatan yang baik. Kesudahannya, para petani secara relatifnya akan hidup dalam lingkungan kemiskinan yang berterusan. Perubahan amalan pertanian secara tradisi perlu diubah kepada pendekatan pertanian moden bertunjangkan pertanian sebagai sebuah perniagaan. Segala cabaran perlu ditangani bermula dari segi sikap dan tanggapan, keluasan saiz tanah, beroperasi dalam skala tidak ekonomi sehinggalah kepada aspek pemasaran hasil. Hal tersebut hanya boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai daya keusahawanan yang tinggi dan berterusan. Satu pendekatan yang boleh diambil ialah melalui amalan kerjasama dengan diberi suntikan elemen perniagaan dalam perlaksanaannya. Sehubungan itu, ANGKASA melalui Sektor Industri Pertanian dan Asas Tani bertanggungjawab memikul amanah yang diberi untuk memastikan Dasar Koperasi Negara (DKN) tercapai. Dasar tersebut turut memberi penekanan dalam Sektor Industri Pertanian dan Asas Tani sebagai antara bidang keberhasilan utama gerakan koperasi. Untuk memajukan sektor pertanian koperasi sebagai sektor yang moden, dinamik dan berdaya saing, isu-isu kritikal yang melibatkan sektor itu perlu ditangani secara menyeluruh. Permasalahan dan isu yang timbul perlu diselesaikan supaya bidang pertanian koperasi akhirnya dapat dinilai dari segi peningkatan pendapatan (high income), kelastarian (sustainable) dan keterangkuman (inclusiveness). Sektor Industri Pertanian dan Asas Tani koperasi perlu mengalami tranformasi untuk menjadikan sektor itu lebih moden, dinamik dan berdaya saing. Pengurusan secara estet Pendekatan pengurusan yang moden, sistematik dan diuruskan secara estet telah dijalankan oleh Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad. Menerusinya, pesawahpesawah yang menjalankan penanaman padi secara kecil-kecilan telah digabung dan diuruskan secara mini estet melalui sistem pajakan tanah. Penggunaan tenaga buruh Dalam memastikan bidang pertanian koperasi ini tidak terjejas dengan kekurangan tenaga buruh, pendekatan penggunaan teknologi moden dan terkini telah diperkenal. Contohnya pertanian berbentuk fertigasi, hidroponik, akuaponik dan peggunaan bakteria baik (effective microorganisms EM ). Daya saing lebih tinggi Bagi menjamin keluaran hasil pertanian yang lebih berkualiti dan mematuhi piawaian keselamatan makanan, konsep jaminan kualiti daripada ladang ke meja hidangan telah dijalankan. Antaranya, adalah menerusi penganjuran program bagi mematuhi skim akreditasi serta kawalselia dan pemeriksaan veterinar yang ketat di ladang ternakan, Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (mygap) dan kawalan penggunaan racun perosak. Koperasi pertanian boleh menjadi pemain utama dalam memperkasa industri pertanian terutama dalam menambah nilai serta meningkatkan hasil pengeluaran. Penekanan kepada industri tanaman makanan untuk kelestarian merupakan peluang terbaik kepada koperasi dalam memastikan inflasi berasaskan makanan dapat dikurangkan. 40 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 41

25 Oleh : Haji Mohamad Azmi Omaruddin Naib Presiden ANGKASA Pengerusi Sektor Inovasi dan Teknologi ANGKASA Objektif dan peranan : Sektor Inovasi Dan Teknologi MEmAJUKAN KOPERaSI MELaLuI TEknOLOGI Dan InOVaSI Dalam usaha mentransformasi gerakan koperasi ke arah celik IT dan lebih berdaya saing, pengetahuan serta keupayaan dalam bidang teknologi perlu ditingkatkan kerana ia mampu membawa perubahan besar dalam bidang perniagaan koperasi sama ada di peringkat negara mahupun global. ANGKASA melalui Sektor Inovasi dan Teknologi, komited untuk merangsang serta membangunkan koperasi di Malaysia dalam meningkatkan inovasi melalui penggunaan teknologi yang pastinya bermanfaat untuk memajukan perniagaan yang diceburi oleh koperasi. Menyediakan prasarana ICT terbaik kepada komuniti koperasi. Menyediakan kemudahan asas e-dagang bagi memperluaskan pasaran dan memantap ekonomi gerakan koperasi. Melahirkan masyarakat koperasi yang celik IT dan bermaklumat. Membudayakan teknologi hijau, menjamin alam sekitar dan kesejahteraan rakyat. Sepanjang tahun 2016, Sektor Inovasi dan Teknologi ANGKASA telah menjalankan enam (6) bengkel e-dagang serta konvensyen ICT peringkat kebangsaan yang melibatkan seramai 1,928 koperator dari seluruh negeri. Di samping itu, projek solar telahpun dimulakan setelah mendapat kuota FiT (feed-in tarif) yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) dalam bulan Mei Sebuah koperasi di Sabah juga telah mendapat kelulusan SEDA untuk menjana tenaga diperbaharui dengan kapasiti 12 kilowatt. Dalam tahun 2017, Sektor Inovasi dan Teknologi terus merancang beberapa projek dan aktiviti yang dijangka akan menarik minat lebih ramai anggota koperasi dan membawa impak besar kepada perniagaan koperasi. Projek menyediakan laman web percuma kepada koperasi yang dikenali sebagai MAYA2U. com masih diteruskan bagi meningkatkan bilangan koperasi yang mempunyai laman web rasmi koperasi. Di samping itu, bengkel pemantapan bagi meningkatkan kualiti laman web koperasi turut diadakan supaya kemudahan yang telah disediakan oleh ANGKASA dapat dimanfaatkan bagi menyokong aktiviti perniagaan koperasi. Penambahbaikan modul latihan laman web koperasi akan diterapkan dengan ilmu pengetahuan berkaitan online marketing, teknik penulisan produk copywriting, kuasa dan pengaruh Google Adwords dan mengoptimakan carian laman web atau search engine optimisation. Selain itu, projek membangunkan portal e-dagang khas bagi koperasi di bawah Sektor Pemborongan dan Peruncitan dan juga Sektor» Presiden ANGKASA, Dato Abdul Fattah Abdullah (hadapan) bersama Naib Presiden ANGKASA, Dato Haji Kamarudin Ismail (tiga dari kiri) melawat tapak pembinaan ladang solar Sungai Tiang, Pendang, Kedah Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan bagi pengurusan perkhidmatan melalui jenama coop.hotel, coop.stay dan coop.spa akan turut dilaksanakan. Inisiatif tersebut dijangka dapat membantu meningkatkan perolehan produk dan PROJEK / AKTIVITI Bengkel Pembangunan Laman Web Koperasi Bengkel e-dagang Bengkel Portal Perniagaan Online Bersama Koperasi Pos Nasional Bhd Sistem e-undi Koperasi Sistem e-anggota Koperasi Kerjasama dengan Malaysian Digital Economic Corporation (MDEC) Menjana pendapatan melalui tenaga diperbaharui (solar PV) menggunakan kuota FiT (feed-in-tariff) yang diluluskan oleh SEDA, iaitu agensi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Konvensyen ICT-COOP dan Inovasi Koperasi OBJEKTIF perkhidmatan koperasi melalui pemasaran secara online. Sektor Inovasi dan Teknologi juga akan memantapkan pemasaran produk dan perkhidmatan koperasi melalui portal eniaga.coop menggunakan teknologi OpenChart dan integrasi sistem payment gateway yang popular di Malaysia dan meneruskan kerjasama dengan koperasi yang telah membangunkan platform e-commerce seperti portal JustKlik.my atau CoopShoppe bagi meningkatkan penglibatan koperasi dalam dunia perniagaan maya. Penggunaan e-dagang berpotensi untuk meluaskan pasaran produk dan perkhidmatan koperasi kepada pasaran terbuka. Pembudayaan teknologi hijau adalah sangat penting sebagai usaha untuk menyokong pemeliharaan alam sekitar dan menjamin kesejahteraan rakyat. Membantu koperasi untuk membina dan menyelenggara laman web koperasi serta mempromosi identiti global COOP marque. ANGKASA menyediakan sub-domain mykoperasi.coop secara percuma dan perisian web design guna platform JOOMLA. Melatih warga koperasi dalam membangunkan direktori produk dan perkhidmatan koperasi melalui portal e-niaga.coop serta membina website perniagaan koperasi melalui internet. Menyediakan platform untuk pemasaran produk koperasi 100 Champions melalui portal e-commerce JustKlik.my. Latihan pengurusan portal untuk merchant, menyediakan imej produk (fotografi) dan urus penghantaran produk melalui Pos Laju. ANGKASA menyediakan perkhidmatan sistem kira undi untuk mesyuarat tahunan koperasi berkonsep paper-less dengan penggunaan perkakasan Apple Ipad yang mempunyai ciri keselamatan. Aplikasi berkomputer ini telah diuji oleh pakar Cyber Security Malaysia bagi meningkatkan keyakinan stakeholder dan pengundi. Menyedia aplikasi pengurusan maklumat koperasi, ALK dan anggota secara online (cloud application). Melatih koperator sebagai usahawan internet menggunakan modul dan tenaga pengajar yang dilatih oleh MDEC. Merangsang koperasi untuk menceburi bidang teknologi hijau. Anak syarikat MyANGKASA Services Sdn. Bhd. dan Koperasi Papar Jaya Sabah akan terima bayaran dari SEDA untuk tenaga eletrik yang disalur ke grid TNB mengikut kadar FiT yang ditetapkan bagi tempoh kontrak 21 tahun. Program tahunan ANGKASA bagi meningkatkan kesedaran koperator dalam bidang ICT dan aplikasi teknologi hijau. Antara agensi penceramah yang dijemput ialah : l Cyber Security Malaysia (agensi MOSTI). l SIRIM Malaysia (agensi MOSTI). l Zull Design Autotronic (pakar inovasi). l Koperasi yang terlibat dengan projek ICT yang berinovasi. Sumber : Sektor Inovasi dan Teknologi ANGKASA 42 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 43

26 ANGKASA Perkukuh Integriti Dalam Koperasi almanak ANGKASA setiap tahun sebagai salah satu program tahunan ANGKASA. Objektif sambutan HIA bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada koperasi dan kakitangan mengenai pengurusan integriti; meningkatkan kefahaman dan penghayatan koperasi dan kakitangan mengenai usaha pengukuhan integriti dalam sektor koperasi serta meningkatkan penghayatan dan pembudayaan integriti sebagai pemangkin kecemerlangan dalam perkhidmatan. Berikut adalah perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Unit Integriti pada masa akan datang : ANGKASA melalui Bahagian Audit Dalaman Dan Pengurusan Risiko Serta Tadbir Urus ANGKASA kini komited dalam memberikan kesedaran dan kefahaman mengenai integriti dalam kalangan warga kerja serta koperator seluruh negara. Oleh : Dr. Mohd. Azlan Yahya Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA Program Pembangunan Integriti Koperasi melalui kerjasama dengan SPRM (Malaysia Anti- Corruption Academy - MACA) dan Institut Integriti Malaysia. Pembangunan dan pelaksanaan Corporate Integrity Pledge (CIP) ke koperasi-koperasi; pelaksanaan pengisytiharan harta: a. Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK) b. Pengurusan dan kakitangan Pengisytiharan perniagaan: a. JTK dan b. Pengurusan dan kakitangan ANGKASA Pemantapan Sistem Pengurusan Aduan melalui website. Perletakan slogan integriti di setiap bangunan ANGKASA, Glomac dan JPAN. Inisiatif tersebut adalah sebagai langkah terancang ke arah memperkukuh tadbir urus baik dalam organisasi serta dalam kalangan pemimpin gerakan koperasi negara. Penyediaan Pelan Integriti ANGKASA yang dibangunkan dilihat sebagai membuktikan komitmen ANGKASA dalam memupuk integriti kepada warganya di samping berusaha memastikan langkahlangkah pencegahan rasuah diambil secara betul melalui amalan yang berintegriti. Inisiatif itu juga dilihat berupaya membantu serta memupuk kesedaran integriti dalam kalangan warga kerja dan anggota koperasi selain memitigasikan risiko-risiko yang berunsurkan rasuah dalam sesebuah organisasi. Bagi merealisasikan usaha tersebut, pada tanggal 5 Mac 2015 lalu, ANGKASA telah menandatangani Ikrar Integriti Korporat atau Corporate Integrity Pledge (CIP) di hadapan Pengarah Bahagian Pemeriksaan & Perundingan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke arah usaha mempromosikan integriti, ketelusan dan tadbir urus terbaik dalam semua aspek operasinya. Isu-isu integriti pada masa kini wajar dihayati oleh setiap anggota koperasi dan warga kerja dan ia adalah seiring dengan sifat yang ditonjolkan dalam konsep koperasi melalui sifat Sadik, Amanah dan Telus bagi menjamin tahap integriti yang tinggi dalam kalangan koperator di negara ini. Bagi merealisasikan usaha murni ANGKASA itu, Hari Integriti ANGKASA (HIA) telah disambut pada 8 November 2016 lalu. Hal tersebut sejajar dengan sambutan Hari Integriti Nasional yang disambut pada 5 November setiap tahun yang menggambarkan komitmen ANGKASA untuk memastikan warga kerja ANGKASA dan ahlinya berintegriti dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada koperasi. Sebagai makluman, pada 8 November 2016 yang lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Prasarana Malaysia Bhd (PRASARANA) telah menyambut Hari Integriti sempena bulan sambutan Integriti di Malaysia. Oleh yang demikian, sambutan Hari Integriti ANGKASA akan dimasukkan dalam Memantapkan Polisi Pemberian dan Penerimaan Hadiah ANGKASA telah menubuhkan Unit Integriti di bawah seliaan Bahagian Audit Dalaman dan Pengurusan Risiko Serta Tadbir Urus (BAR) selaras dengan perkembangan semasa yang menuntut kesedaran integriti dalam kalangan warga kerjanya selain memitigasikan risiko-risiko yang berunsurkan rasuah di tempat kerja. Dengan diketuai oleh Pengurus Besar yang ditauliahkan sebagai Certified Integriti Officer atau lebih dikenali CeIO, unit ini berperanan melaporkan segala bentuk aktiviti-aktiviti kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Dan Pengurusan Syariah Serta Integriti ANGKASA untuk pertimbangan dan kelulusan dari ahli-ahli jawatankuasa tersebut. Objektif Unit Integriti adalah sebagai unit yang memangkin integriti untuk ANGKASA selaras keperluan Corporate Integrity Pledge (CIP) dengan menyediakan program pemahaman integriti berterusan serta menguruskan pelaksanaan proses integriti di ANGKASA dan koperasi-koperasi. Selaras dengan perkembangan semasa yang banyak melibatkan aspek-aspek integriti, Unit Integriti aktif dalam mempromosi integriti kepada kakitangannya. Antaranya Kursus Integriti Korporat ANGKASA oleh SPRM yang melibatkan penglibatan penuh ahli jawatankuasa tertinggi, pengurusan kanan serta kakitangan bawahan. Selain itu, ANGKASA juga telah menghantar dua orang kakitangan ANGKASA ke Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) selama dua bulan untuk pemantapan dalam pelaksanaan pencegahan rasuah. 44 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 45

27 PENGURUSAN KESELAMATAN SISTEM MAKLUMAT DALAM MELINDUNGI DATA PERIBADI ANGGOTA KOPERASI Pengurusan Risiko Aset IT Antara perkara utama dalam pengurusan keselamatan sistem maklumat bagi sesebuah organisasi ialah membuat penilaian secara berkala atas semua aset penting IT. Setiap risiko yang dikenal pasti dalam sesebuah organisasi tersebut perlu didaftarkan dan akan diklasifikasi implikasi pada organisasi sekiranya berlaku insiden yang memberi risiko. Penilaian dari kesan atau impak serta kebarangkalian kemungkinan insiden akan diberi nilai risiko. Sekiranya risiko itu tinggi maka langkah pencegahan atau mitigasi perlu disediakan supaya risiko dapat dikawal. Oleh : Mohd Sofian Osman Ketua Pegawai Teknologi Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA Bagi meningkatkan keyakinan masyarakat kepada ANGKASA sebagai agensi yang mengurus potongan gaji penjawat awam dan juga menyimpan hampir 3.5 juta rekod akaun pelanggan, langkah bagi melaksanakan Pengurusan Keselamatan Sistem Maklumat mengikut piawaian ISO/IEC 27001:2013 atau ISMS merupakan suatu perkara yang penting. Tindakan tersebut selaras dengan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) yang menetapkan beberapa prinsip bagi menjamin keselamatan maklumat peribadi yang digunapakai oleh organisasi penyedia perkhidmatan seperti ANGKASA. Sebagai badan apeks koperasi, keyakinan masyarakat kepada ANGKASA dan integriti semua wargakerja koperasi mesti diberi keutamaan. Objektif utama pelaksanaan ISMS adalah untuk memastikan sistem maklumat potongan ANGKASA (SPGA) dan pangkalan data pelaporan kredit (SPeKAR) dikawalselia dengan baik dari aspek menjaga kerahsiaan maklumat, mempastikan integriti data dan juga ketersediaan sistem. Sumber Manusia Kejuruteraan Pengurusan, Pengoperasian Dan Penyelenggaraan untuk Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) Pangkalan DATA Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA Dan RAMCI (SPeKAR) Carta Skop Pensijilan ISMS Audit Dan Risiko Keselamatan Sumber Manusia Perkakasan (hardware) Sebagai contoh, bagi kategori sumber manusia, tenaga mahir dalam pengoperasian sistem komputer atau memprogram kod arahan komputer mempunyai risiko dari segi integriti dan perlu ada prosedur kawalan yang mencukupi bagi mengelakkan risiko kesilapan manusia berlaku. Begitu juga dalam kategori infrastruktur sokongan IT yang digunakan untuk menyediakan perkhidmatan sistem IT. Hal tersebut juga perlu memiliki langkah kontigensi bagi mengurangkan risiko. Setiap risiko yang dikenalpasti oleh pengurusan perlu dipantau secara berkala dan diurus dengan baik sama ada melalui strategi mengelak faktor yang mengakibatkan risiko, pindah risko kepada pihak ketiga, kurangkan risiko dengan menyediakan langkah kawalan yang berkesan atau strategi terakhir menerima impak risiko jika ianya tidak serius sehingga menjejaskan organisasi. Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Secara Berterusan Sebagai langkah mengurangkan risiko, ANGKASA telah melaksanakan pelan pemindahan pusat data ke High Performance Data Center di bandar icity Shah Alam yang dapat menyediakan infrastruktur sokongan IT yang bertaraf dunia (pensijilan Uptime Institute Tier-3 Data Center). Ini bermaksud pusat data tersebut mampu menyediakan infrastruktur komponen kritikal yang mencukupi dan tidak memerlukan penutupan perkhidmatan yang tersedia sekiranya ada gangguan dalam komponen penting seperti bekalan tenaga elektrik, sistem pendingin udara atau talian network komunikasi. Matrix Risiko Perisian (software) Infrastruktur Sokongan IT Strategi tersebut dilihat mampu meningkatkan prestasi perkhidmatan IT yang menyokong perkhidmatan yang penting seperti Sistem Potongan Gaji ANGKASA dan Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA-RAMCI (SPeKAR). Langkah penambahbaikan secara berterusan juga merupakan iltizam ANGKASA dalam meneruskan pensijilan sistem pengurusan berkualiti mengikut piawai yang baru iaitu, ISO 9001:2015. Semoga dengan dua pensijilan kualiti dari SIRIM Malaysia ini akan dapat meningkatkan keyakinan masyarakat dan pihak berkepentingan dalam gerakan koperasi Malaysia. 46 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 47

28 PROGRAM PROMOSI PRODUK KOPERASI KE PASARAN ANTARABANGSA Oleh : Haji Borhan Mat Aris Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Keupayaan koperasi menghasilkan produk dan menawarkan perkhidmatan kepada penguna kini terus menyerlah dan semakin diterima oleh masyarakat. Kesangsian mengenai kebolehan koperasi untuk menghasilkan produk dan menyediakan perkhidmatan kepada pengguna kini semakin banyak dengan adanya usaha koperasi yang boleh memenuhi keperluan masyarakat. Kini sudah banyak produk dan perkhidmatan koperasi yang memasuki pasaran tempatan dan ternyata kualiti dan penampilan produk koperasi semakin meningkat dan membanggakan kita semua sebagai koperator di seluruh negara. Sehubungan itu, usaha ANGKASA untuk membantu koperasi mempromosi dan memasarkan produk serta perkhidmatan koperasi ke dalam pasaran sehingga ke peringkat global sedang giat dijalankan. Di mana-mana sahaja ada peluang untuk memperkatakan mengenai kebaikan produk dan perkhidmatan koperasi, sudah tentu peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya. Presiden ANGKASA, Dato Abdul Fattah Abdullah yang sentiasa berusaha dan mencari jalan bagi membantu koperasi menjual pelbagai produk mereka yang pada awalnya dijual secara tradisional dan dikeluarkan secara kecil-kecilan, beliau pasti mengenengahkannya. Usaha tersebut bukan sahaja dilakukan secara domestik, malah Dato Abdul Fattah sebagai Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO) turut membawa produk dan perkhidmatan koperasi Malaysia sehingga ke peringkat global. Selain itu, penempatan pejabat Malaysian Business Office (MBO) bagi mempromosi produk dan perkhidmatan koperasi Malaysia ke rantau Asia dan Pasifik yang dipengerusikan oleh Dato Abdul Fattah sendiri, terus berjalan lancar. Alhamdulillah, dengan usaha yang tidak mengenal penat, masyarakat antarabangsa telah mula menerima produk dan perkhidmatan koperasi Malaysia. Usaha di peringkat ASEAN juga telah menampakkan hasil melalui Ekspo ACOTEX. Eksport produk koperasi turut menjangkau sehingga ke beberapa negara di rantau ASEAN. Melalui program 100 Product Champian yang dianjurkan oleh ANGKASA dengan kerjasama SIRIM, koperasi yang menyertai program tersebut berpeluang mendapat pelbagai bimbingan bagi meningkatkan kualiti dan penampilan produk. Menerusi program pembangunan produk yang dijalankan, koperasi berpeluang untuk memperbaiki bentuk rupa dan rasa sesuatu produk yang kebanyakannya adalah produk makanan sebelum pergi ke langkah yang lebih jauh seperti faktor penampilan, piawaian dan sebagainya yang mampu memenuhi pasaran eksport. ANGKASA turut memberi penekanan kepada aspek pembungkusan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang dibenarkan dengan reka letak jenis produk yang lebih menarik. Apabila aspek pembangunan telah ditingkatkan, ANGKASA akan terus membantu koperasi untuk membuat pelabelan produk yang menarik dan mencapai tahap kualiti tertentu bagi tujuan pemasaran ke peringkat antarabangsa. ANGKASA juga turut menekankan pentingnya penjenamaan kepada sesuatu produk. Jika sebelum ini koperasi dilihat tidak begitu mengambil berat terhadap aspek penjenamaan, kini di bawah bimbingan ANGKASA, penjenamaan menjadi keperluan penting untuk pengguna mengenali produk koperasi. Nampaknya usaha yang dijalankan oleh ANGKASA ini terbukti berjaya membuahkan hasil yang amat baik. Banyak produk keluaran koperasi yang telah dibantu untuk memasuki pasaran di bawah program ini dan ia merupakan satu kejayaan yang perlu disokong oleh semua pihak. ANGKASA melalui Bahagian Komunikasi Korporatnya sentiasa memberi penekanan dan keutamaan dalam mengiklankan produk serta perkhidmatan keluaran semua koperasi di seluruh negara menerusi media massa ANGKASA terutamanya Majalah PELANCAR, Media Sosial ANGKASA dan juga menerusi ekspo serta pameran yang disertai ANGKASA. Bagi merancakkan lagi usaha promosi, Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA juga turut menyediakan perkhidmatan berunsurkan pendekatan promosi dengan kadar harga yang berpatutan. Melalui usaha tersebut, sudah tentu dapat membantu mendekatkan lagi produk dan perkhidmatan koperasi kepada pengguna. Bagaimanapun, sehingga kini perkhidmatan mempromosi yang disediakan oleh ANGKASA ini masih belum mendapat sambutan yang diharapkan terutamanya penyediaan video mempromosi produk yang disediakan oleh Bahagian Komunikasi Korporat bagi membolehkan koperasi meluaskan pasaran terutamanya menerusi media maya. Perkhidmatan merakam gambar produk koperasi, promosi menerusi media massa elektronik dan akhbar, program-program pameran dan ekspo yang disertai oleh ANGKASA bertujuan bagi membantu meningkatkan jualan produk dan perkhidmatan koperasi dilihat berupaya memberi pulangan ekonomi yang lebih baik kepada koperasi sekaligus dapat membantu meningkatkan lagi pembangunan ekonomi negara menerusi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah Persidangan Global Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) pada 14 hingga 17 November 2017 yang diwakili oleh 104 buah negara dari seluruh dunia diharap mampu dapat meluaskan lagi usaha pemasaran produk dan perkhidmatan koperasi Malaysia ke seluruh dunia. PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH BKK UNTUK MEMBANTU MEMPROMOSI PRODUK / PERKHIDMATAN KOPERASI 1. Penerbitan Video Promosi Produk / Perkhidmatan. 2. Penerbitan Video Korporat. 3. Rekabentuk Grafik Untuk Iklan / Brosur / Katalog / Bunting / Banner. 4. Iklan di Majalah PELANCAR. 5. Iklan di Media Sosial ANGKASA. 6. Iklan di Media Massa (Akhbar, Radio Dan Televisyen). 48 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 49

29 Impak SPGA Terhadap Pencapaian Sektor Kewangan Koperasi Oleh : Mohamad Darulnizam MAT DARUS Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit Dan Perbankan (BPKP) bulan November 2015, pelanggan-pelanggan SPeKAR boleh mendapatkan laporan I-Score bagi memberi panduan kepada pelanggan dalam membuat keputusan memberikan pinjaman. Mulai Jun 2015, secara rasminya SPeKAR telah diiktiraf penggunaannya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk digunapakai sebagai alternatif dokumen rasmi dalam proses penentusahan Anggota Lembaga di bawah Garis Panduan 3 (GP3). Statistik pelanggan SPeKAR bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2017 adalah seperti berikut: Perkara Jumlah Bukan Koperasi Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) telah digunakan secara meluas oleh pelanggan BPKP untuk membuat semakan rekod anggota, mendaftar arahan potongan baru atau membuat perubahan rekod. Sistem portal SOLA menyediakan saluran pelanggan BPKP menerima maklumat bayaran. Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA RAMCI (SPeKAR) merupakan inovasi dalam sistem pelaporan maklumat kredit kepada semua koperasi dan Institusi Kewangan di Malaysia. Bagi memenuhi perundangan selaras dengan Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010, ANGKASA telah mengadakan perjanjian usahasama dengan syarikat RAM Credit Information Sdn. Bhd. yang berdaftar sebagai Agensi Pelaporan Kredit dan di kawal selia oleh Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit di bawah Kementerian Kewangan. Laporan SPeKAR merangkumi maklumat pinjaman dari sektor bukan perbankan, status muflis, kes litigasi (saman) yang digabungkan bersama maklumat potongan gaji ANGKASA. Mulai September 2014, SPeKAR juga menggabungkan maklumat pinjaman dari institusi perbankan (CCRIS). Penambahbaikan SPeKAR telah dipertingkatkan dari semasa ke semasa dengan pelbagai inisiatif inovasi. Mulai Pada 30 Mei 2017, SPeKAR telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan CTOS Data Systems Sdn. Bhd. yang juga merupakan sebuah Agensi Pelaporan Kredit yang terkemuka di Malaysia. Perjanjian kerjasama tersebut adalah bagi menyalurkan data potongan gaji Biro ANGKASA yang dimiliki oleh ANGKASA melalui sistem SPeKAR kepada CTOS Data Systems Sdn Bhd. Kini, maklumat potongan gaji Biro ANGKASA boleh dicapai oleh pengguna CTOS Data Systems Sdn. Bhd., selain daripada pengguna Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA), Sistem RAM Credit Information Sdn. Bhd. (Credit Track) dan sistem SPeKAR. Secara keseluruhannya, SPGA telah berjaya membantu dalam merintis kecemerlangan ke arah memartabatkan sektor kewangan koperasi di Malaysia. Pelbagai pembaharuan telah dijana oleh ANGKASA bagi memastikan tadbir urus semakan dan potongan gaji berada pada tahap terbaik dan terus diyakini. Perkara Jumlah Koperasi Bukan Koperasi 569 organisasi 580 organisasi Jumlah Tuntutan Potongan RM bilion RM bilion Jumlah Rekod (akaun pelanggan) juta juta Sumber : Bahagian Perkhidmatan Kredit Dan Perbankan (BPKP) 50 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 51

30 Bina Keupayaan Pengurusan ANGKASA Menerusi Pembangunan Ilmu» Barisan kakitangan dan pengurusan ANGKASA yang menerima Ijazah Sarjana MBA bergambar bersama Yang Berbahagia Dato Seri Amar Diraja Tan Sri Dato Seri Diraja Haji Osman Haji Aroff, Pro-Canselor UUM (sembilan dari kiri) Oleh : Hajah Roszurina Haji Omar Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ANGKASA Selaras dengan misi ANGKASA iaitu menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi serta melindungi kepentingan dan memperjuangkan hak gerakan koperasi melalui pengurusan yang profesional, ANGKASA mengambil pendekatan lebih mikro dan menyeluruh ke arah mewujudkan organisasi yang mantap.» Tuan Haji Nasir Khan Yahaya (duduk tengah) bergambar bersama warga kerja ANGKASA yang menerima biasiswa melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Pengurusan Koperasi menerusi Kolej icoop Usaha itu turut melibatkan skop struktur organisasi dan pelaksanaan kursus atau program serta jati diri warga kerja ANGKASA di samping melahirkan warga kerja yang berilmu melalui pengamalan pembelajaran sepanjang hayat. Dengan jumlah warga kerja ANGKASA kini seramai 739 orang, semua peringkat kategori kakitangan perlu tahu akan visi ANGKASA iaitu menjadi badan apeks pemangkin pembangunan koperasi terunggul di ASEAN menjelang Hal tersebut penting supaya apa yang dilaksanakan oleh setiap warga kerja tersebut mampu mewujudkan nilai bersama (shared value) dalam memberi komitmen terbaik kepada organisasi. Justeru, untuk melengkapkan warga kerja ANGKASA supaya mampu melaksanakan tugas dengan berkesan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) memberikan latihan secukupnya termasuk latihan selaras dengan matlamat untuk meningkatkan ilmu dan prestasi kerja termasuk kebolehan tadbir urus serta komunikasi yang lebih berkesan. Bagi terus memantapkan kualiti warga kerja yang efisien dan pada masa yang sama dapat melahirkan tenaga kerja yang berilmu serta mampu memberi sumbangan terbaik kepada pelanggan dan koperasi, ANGKASA telah menawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi melalui pembiayaan penuh oleh ANGKASA. Tawaran tersebut melibatkan program Diploma Pengurusan Koperasi dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (MBA). Mereka inilah juga yang bakal dijadikan sebagai pelapis kepada kumpulan pengurusan yang ada melalui Succession Plan yang dirangka oleh BPSM. Dalam usaha meningkatkan produktiviti dalam kalangan warga kerja, ANGKASA juga tidak terkecuali menyediakan kursus dan latihan berterusan mengikut keperluan kemahiran. Ia melibatkan tawaran kursus jangka pendek dan kursus jangka panjang dalam dan luar negara berorientasikan perniagaan. Kursus-kursus sebegini diharap dapat melengkapkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Universiti Utara Malaysia (UUM) - ANGKASA orang orang Diploma Pengurusan Koperasi Kolej Icoop Milik Maktab Koperasi Malaysia (MKM) - ANGKASA orang ilmu warga kerja sekali gus berupaya meningkatkan integriti secara lebih mampan. Pelaburan jangka panjang seperti itu diharap dapat Diploma Pengurusan Koperasi Kolej Icoop Milik Maktab Koperasi Malaysia (MKM) - ANGKASA Peringkat Bahagian Peringkat Sektor Jumlah memberikan sinergi dan impak berkesan kepada pembangunan koperasi dalam melahirkan warga kerja yang berwawasan. Berikut adalah inisiatif ANGKASA melalui BPSM dalam penguasaan ilmu pengetahuan dalam kalangan warga kerjanya: 27 kursus 6 kursus 32 kursus 52 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 53

31 Melestarikan Tadbir Urus Patuh Syariah Dalam Koperasi Oleh : Haji Azhar Hamzah Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Syariah dan Pembangunan Selain itu, ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia bertanggungjawab memantau setiap operasi dan pengurusan pematuhan syariah oleh koperasi dari semasa ke semasa bagi memastikan segala transaksi yang dilakukan tidak terkeluar daripada landasan syariah selaras dengan peruntukan Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia Dalam usaha untuk menjadikan Islam itu Way Of Life, Jawatankuasa Syariah ANGKASA diamanahkan untuk menasihati ANGKASA dan koperasi agar transaksi dan aktiviti yang dijalankan selari dengan kehendak syariah. Penubuhannya dilihat tepat dan perlu, agar setiap perincian aktiviti dan perniagaan yang dijalankan berada di dalam kerangka Syarak yang bersumberkan kepada sumber utama iaitu Al- Quran & Al-Sunnah serta sumber-sumber sekunder yang disepakati Ulama seperti Ijmak, Qiyas dan sebagainya. Gerak kerja Pematuhan Syariah dilaksanakan oleh Unit Pematuhan Syariah, Bahagian Pengurusan Syariah dan Pembangunan ANGKASA selaku sekretariat kepada Jawatankuasa Syariah ANGKASA (JSA). Manakala gerak kerja yang berkaitan dengan pengurusan pula akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Perkhidmatan dan Pengurusan Syariah Serta Integriti ANGKASA (JPPSI) serta Jawatankuasa Kerja Kebangsaan (JKK) pada perkara yang melibatkan penambahbaikan kepada Pematuhan Syariah peringkat dalaman ANGKASA. FUNGSI JAWATANKUASA SYARIAH Menasihati dan memberi pandangan kepada ANGKASA dan Koperasi ke arah transaksi yang menepati hukum Syarak. Memastikan operasi ANGKASA dan Koperasi menepati kehendak Syarak secara berterusan. Melaluinya, koperasi boleh menerima perkhidmatan untuk mengemaskini transaksi dan aktiviti agar lebih komprehensif dengan syariah. Justeru itu, koperasi yang mematuhi prinsip syariah mampu: Menambah keyakinan anggota-anggota untuk melakukan transaksi dengan koperasi. Secara tidak langsung, berlaku promosi percuma secara meluas hasil daripada keyakinan ahli. Kehidupan bebas daripada unsur-unsur Syubhah, Riba, Gharar, Maisir dan sebagainya. Selain itu, anggota-anggota koperasi merasai semangat jatidiri Islam kerana pembayaran yang dibuat kepada koperasi bukanlah semata-mata untuk mendapat keuntungan duniawi sematamata tetapi sedang membina saham di akhirat. Sehingga bulan Mac 2017, sebanyak 382 permohonan telah diterima bagi mendapatkan Sijil Pematuhan Syariah ANGKASA. Manakala jumlah Sijil Pematuhan Syariah yang telahpun dikeluarkan adalah sebanyak 137 koperasi yang mewakili 551 produk.» Dato Abdul Fattah (tiga dari kiri) dan Profesor Dr Wan Kamal Mujani (tiga dari kanan) dalam satu Majlis Menandatangani Surat Hasrat (Lol) sempena Konvensyen Kebangsaan Koperasi Patuh Syariah ANGKASA & UKM Turut sama menyaksikan ialah Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kiri), Prof. Dato Ir. Dr. Mohd Marzuki Mustafa (dua dari kanan) dan Prof. Madya Dato Mohd. Mokhtar Shafii (paling kiri) Adalah menjadi tanggungjawab insan agar berusaha bersungguh-sungguh menjalankan urusan transaksi mengikut garis panduan Syariah di zaman yang penuh mencabar ini kerana ia merupakan sebahagian daripada perintah Allah yang wajib dipatuhi. Pematuhan Syariah dalam gerakan koperasi adalah satu bentuk implementasi kontrak (Muamalat) Islam yang bersandarkan kepada kaedah-kaedah Syariah Islam. Objektif Pematuhan Syariah dalam konteks tersebut adalah untuk : - Memberi pemahaman dalam praktik urusniaga kewangan yang mencegah dari unsur riba (faedah), Gharar (ketidakpastian), Maisir (perjudian) dan Syubhah (kesamaran) di antara halal dan haram. - Memiliki tujuan sosial dalam Islam serta menawarkan aktiviti sosial bagi kehidupan masyarakat. - Membangun dan mempromosikan sistem kewangan Islam yang berintegrasi. JAWATANKUASA SYARIAH ANGKASA Pengerusi: Prof. Madya Dato Mohd. Mokhtar Shafii Ahli Jawatankuasa: Dato Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa Prof. Madya. Dr. Mohamad Sabri Haron Prof. Dr. Abdul Halim Muhammad Dr. Salmy Edawati Yaacob Manakala Jawatankuasa Perkhidmatan dan Pengurusan Syariah Serta Integriti ANGKASA (JPPSI) pula terdiri daripada: Pengerusi Ahli Ahli Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Dato Haji Abdul Aziz Haji Abdullah Encik Ismail Hashim Gerak Kerja Pengiktirafan Pematuhan Syariah Tafaqquh Fil Mua amalat Penilaian Awal Pematuhan Syariah Mesyuarat Jawatankuasa Syariah ANGKASA Sijil Pematuhan Syariah Audit Pematuhan Syariah 54 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 55

32 Perkasa Koperasi Menerusi Program Latihan dan Pendidikan Oleh : Ahmad Marzuki Ismail Pengurus Besar Bahagian Pembangunan, Kepimpinan & Modal Insan Koperasi & Sektor Komuniti ANGKASA Pencapaian ANGKASA dalam memartabatkan gerakan koperasi menerusi cabang-cabang latihan dan pendidikan terus diperkasa. Selaras dengan kemajuan teknologi dan informasi, kaedah pelaksanaan program turut seiring dan dikemaskini bagi terus memantapkan tadbir urus koperasi. Bahagian Pembangunan Kepimpinan dan Modal Insan Koperasi (BPKMIK) ANGKASA mempunyai dua hala tuju utama yang diberi pengkhususan iaitu : 1 2 Perundingan perakaunan menerusi Unit Khidmat Senggara dan Pemulihan. Unit Latihan dan Pendidikan. UNIT KHIDMAT SENGGARA DAN PEMULIHAN Perkhidmatan Khidmat Senggara adalah satu bentuk khidmat nasihat perakaunan dan penyelenggaraan yang disediakan oleh ANGKASA khusus untuk memberi bantuan dan bimbingan kepada koperasi dalam mengemaskini rekod-rekod perakaunan, rekod-rekod lain dan menyediakan penyata kewangan koperasi melalui Sistem Pengurusan Berkomputer ANGKASA (SPBA). Tujuan SPBA diwujudkan adalah bagi memudahkan koperasi mengendalikan sistem pengurusan berkomputer yang boleh disesuaikan dengan aktiviti-aktiviti koperasi yang bersaiz sederhana termasuk koperasi sekolah. Menerusi unit tersebut, ANGKASA menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan nasihat perakaunan secara berterusan kepada anggota koperasi yang terlibat bagi memastikan kelancaran dalam pengendalian akaun koperasi selain bertindak menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin dihadapi ketika mengendalikan sistem tersebut. Terdapat lima Modul yang dirangkumkan secara bersepadu dalam SPBA iaitu : Rekod Asas Perakaunan. Sistem Maklumat Keanggotaan. Sistem Peruncitan (POS) Sistem Penggajian (Payroll) Sistem Pendaftaran Mesyuarat Agung Tahunan Berdasarkan Standard Of Procedure (SOP) yang digariskan dalam Perkhidmatan Khidmat Senggara dan Pemulihan, lawatan dan bimbingan ke koperasi hanya diberikan sebanyak tiga atau empat kali setahun mengikut kewajaran aktiviti koperasi. Disebabkan itu, koperasi perlu memperuntukkan masa dan peluang semasa bimbingan supaya boleh berdikari dengan cepat dalam mengendalikan sistem. UNIT LATIHAN DAN PENDIDIKAN Dalam memenuhi keperluan prinsip koperasi yang kelima iaitu Memberi Pendidikan, Latihan dan Maklumat kepada anggota koperasi, ANGKASA melalui Unit Pendidikan dan Latihan telah menawarkan pelbagai bentuk kursus yang berorientasikan pendidikan dan latihan. Kursus-kursus yang dianjurkan itu diharap dapat memberi pencerahan, kefahaman dan panduan kepada peserta yang terlibat bagi menjayakan agenda koperasi yang dinaungi sekaligus berupaya untuk terus melestarikan pembangunan modal insan gerakan koperasi. Antara topik yang digabungkan menerusi unit tersebut merangkumi : - Sejarah Penubuhan dan Perkembangan Koperasi. - Jati Diri, Prinsip dan Amalan Koperasi. - Pentadbiran dan Pengurusan Koperasi. - Kewangan Koperasi. - Tanggungjawab Anggota, ALK dan JAD serta lain-lain Peluang pendidikan koperasi turut ditawarkan melalui penganjuran bengkel, seminar dan konvensyen yang dilaksanakan dari semasa ke semasa, penulisan dan penerbitan buku, majalah yang bercetak atau berbentuk media elektronik. Penambahbaikan modul sedia ada dan penulisan modul-modul baru yang bersesuaian dengan sasaran peserta yang terdiri daripada koperator dewasa dan sekolah dilaksanakan dari masa ke semasa. Amalan sebegini bertujuan memantapkan ilmu pengetahuan, maklumat dan kemahiran dalam kalangan warga koperasi. Unit Latihan Dan Pendidikan sentiasa mengambil inisiatif memperkenalkan untuk mengenal pasti program-program latihan yang dapat memberi nilai tambah agar dapat menyediakan perkhidmatan yang profesional dan berkualiti tinggi. Usaha ini bagi memenuhi keperluan latihan, pembangunan, perkhidmatan pengurusan dan penyebaran maklumat kepada gerakan koperasi negara sejajar dengan Dasar Koperasi negara (DKN ) dan deklarasi Putrajaya. 56 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 57

33 - CUKAI KOPERASI Oleh : Mohd. Ismail Ibrahim Pengurus Besar Bahagian Audit Dalaman, Pengurusan Risiko & Tadbir Urus Rancangan Penyediaan Bajet 2018 oleh Kementerian Kewangan Malaysia telah memberi peluang kepada ANGKASA untuk mengemukakan cadangan balas khususnya berkaitan isu percukaian iaitu Pengecualian / pelepasan dan pengurangan cukai kepada koperasi dan potongan cukai ke atas perniagaan yang dibayar oleh koperasi. Cadangan tersebut bertujuan mengukuhkan lagi peranan koperasi sebagai institusi berautonomi yang berupaya membangunkan sosioekonomi masyarakat. Koperasi merayu kadar cukai dapat dikurangkan kerana koperasi juga perlu membayar tiga peratus pendapatan mereka kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) iaitu dua peratus untuk tabung pendidikan, manakala satu peratus untuk tabung pembangunan termasuk agihan kepada Kumpulan wang Rizab Statutori sebanyak dua puluh dua peratus. Kekangan ke atas pematuhan garis panduan percukaian koperasi, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membantu koperasi mengira cukai pendapatan tertakluk peruntukan-peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mengenakan kadar cukai pendapatan koperasi antara 0 peratus dan 24 peratus. Di Malaysia terdapat 13,428 buah koperasi berdaftar dengan keanggotaan seramai juta orang melibatkan modal syer/yuran berjumlah RM bilion dan aset bernilai RM bilion. Di bawah Dasar Koperasi Negara (DKN) gerakan koperasi diiktiraf oleh kerajaan sebagai sektor ekonomi ketiga terpenting dalam negara. Semua koperasi diberi pengecualian cukai selama lima tahun daripada tarikh didaftarkan. Koperasi yang mempunyai dana ahli kurang daripada RM750,000 kekal mendapat pengecualian cukai. Di samping itu, dividen yang diagihkan oleh koperasi kepada ahlinya dikecualikan cukai. Sektor koperasi mempunyai potensi dan kelebihan tersendiri untuk mengatasi masalah ekonomi dan sosial masyarakat. Bagi merealisasikan pengiktirafan koperasi sebagai sektor ekonomi ketiga terpenting di dalam negara, kerajaan perlulah bersama-sama mengambil langkah dengan menyokong dan menggalakkan segala usaha demi meningkatkan keusahawanan di dalam koperasi, menggalakkan economy of scale dalam kalangan anggota koperasi, memajukan kerjasama sesama koperasi dalam dan luar negara dan mewujudkan undang-undang yang memberi peluang serta membantu memudahkan operasi koperasi. Cadangan yang dibawa untuk pertimbangan dan persetujuan Kerajaan di bawah peruntukan Bajet 2018 dan tahun seterusnya: a. Pengurangan kadar Cukai Progresif pendapatan mengikut kumpulan pendapatan bercukai untuk setiap ringgit pertama sebanyak dua mata peratusan dan seterusnya setiap kumpulan pendapatan bercukai melebihi RM750,000 dikurangkan dari 24 peratus kepada 22 peratus. b. Cukai Permulaan pendapatan bercukai untuk setiap ringgit pertama RM1 hingga RM30,001 kepada RM60,001 hingga RM100,001 dan kadar cukai progresif dikenakan adalah 0 peratus. c. Penundaan tempoh pengecualian cukai dari tarikh berdaftar koperasi dinaikkan daripada lima tahun kepada lapan tahun. d. Meningkatkan amaun kumpulan wang anggotaanggotanya pada hari pertama tempoh asas tahun taksiran daripada RM750,000 kepada RM1,200,000. e. Belanja mesyuarat agung dijadikan sebagai belanja yang dibenarkan dalam pengiraan pendapatan perniagaan. f. Pengecualian terhadap transaksi antara koperasi dengan anggotanya. 58 PELANCAR Edisi Khas 2017

34 Penggunaan aplikasi e-undi ANGKASA Oleh : Haji Noorashidi Nazari Pengurus Besar Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA Bahagian Teknologi Maklumat, ANGKASA telah membangunkan aplikasi e-undi ANGKASA edisi terbaharu bagi tujuan pengundian semasa mesyuarat agung koperasi yang melibatkan pemilihan jawatankuasa. Aplikasi tanpa kertas (paperless) tersebut menggunakan teknologi peranti Apple Ipad yang disambungkan tanpa wayar dengan komputer pelayan utama. Sistem yang dibangunkan oleh ANGKASA itu adalah penambahbaikan dan alternatif kepada sistem sedia ada iaitu sistem undi digital edisi terdahulu yang menggunakan kaedah kertas undi dan mesin pengimbas. Dengan penggunaan e-undi ANGKASA, senarai calon-calon yang bertanding di setiap jawatan akan dipaparkan dalam peranti Apple Ipad di stesen mengundi. Perwakilan perlu hadir ke stesen mengundi untuk membuat semakan perwakilan serta mengundi dengan memilih secara sentuhan di jari pada paparan senarai jawatankuasa yang dipertandingkan. Sistem berinovasi tersebut dapat mempercepat proses pengundian semasa pemilihan jawatankuasa» Perwakilan mengundi di stesen e-undi menggunakan Apple Ipad di mesyuarat agung koperasi. Keputusan undian boleh diperoleh dengan segera dan tidak akan berlaku undi rosak. Sistem e-undi ANGKASA juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan kertas undi, bilangan petugas semasa proses kira undi dan kesilapan pengiraan manual. ANGKASA juga turut bekerjasama dengan pihak Cyber Security Malaysia bagi memastikan sistem e-undi ANGKASA yang dibangunkan itu mengikuti prosedur am siber selain selamat daripada menerima ancaman siber. Menerusi aplikasi e-undi tersebut, ANGKASA berharap dapat membantu gerakan koperasi dalam mengurangkan jurang digital dalam kalangan anggota dan masyarakat, sekaligus mampu melestarikan kecemerlangan koperasi seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih dan cekap. Edisi Khas 2017 PELANCAR 59

35 PROGRAM PEMERKASAAN pusat PENGEDARAN (DISTRIBUTION CENTRE) INPUT PERTANIAN Oleh : Hasnan Haji Mustapha Pengurus Besar Bahagian Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA telah menganjurkan Program Pemerkasaan Pusat Pengedaran (Distribution Centre) Input Pertanian sebagaimana yang telah digariskan dalam Pelan Tindakan Dasar Koperasi Negara (DKN) Objektif utama program tersebut adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pendedahan berkaitan perniagaan input pertanian dalam kalangan ALK dan pengurusan pusat pengedaran input pertanian koperasi. Program itu juga bermatlamat untuk membimbing dan menasihati koperasi berkaitan dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik pemasaran untuk meningkatkan pendapatan perniagaan, meningkatkan saiz pasaran dan jualan pusat pengedaran input pertanian koperasi, meningkatkan jaringan kerjasama di antara pusat-pusat pengedaran dan juga kedaikedai input pertanian di samping meningkatkan belian secara pukal melalui pusat pengedaran input pertanian koperasi dan mengelakkan pertindihan kawasan pasaran di kalangan pusat pengedaran serta kedaikedai input pertanian. Pusat Pengedaran bermaksud koperasi yang menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan input pertanian dengan memiliki saiz gudang yang luas serta barangan dijual semula kepada peruncit input pertanian juga secara tender terus kepada pengguna akhir. Manakala kedai input pertanian bermaksud koperasi yang menjalankan aktiviti perniagaan lebih kecil berbanding pusat pengedaran dengan mensasarkan jualan terus kepada pengguna akhir. Dalam konteks Program Pemerkasaan Pusat Pengedaran Input Pertanian, ia bermaksud satu program membimbing dan memberi khidmat nasihat berkaitan perniagaan berasaskan input pertanian bagi mempertingkatkan lagi pendapatan atau perolehan perniagaan koperasi. Selaras dengan matlamat yang terkandung dalam Dasar Koperasi Negara (DKN), ANGKASA mensasarkan sebanyak 10 buah koperasi mengikut zon akan mempunyai aktiviti perniagaan input pertanian menjelang tahun Ia merangkumi zon utara (2 koperasi), zon tengah (1 koperasi), zon selatan (1 koperasi), zon pantai timur (2 koperasi), Sabah (2 koperasi) dan Sarawak (2 koperasi). Tujuan koperasi tersebut dipilih adalah untuk membangunkan perniagaan koperasi berasaskan input pertanian supaya dapat menjadi ejen-ejen pembekalan utama terhadap produk-produk input pertanian mengikut zon masing-masing. Antara program yang telah dijalankan adalah seperti Seminar input pertanian dan Program Field Day Koperasi. 60 PELANCAR Edisi Khas 2017

36

37 Sedia Peluang Pemasaran Lebih Luas Oleh : Haji Anuar Bulin Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kepenggunaan Menguruskan realiti adalah lebih kritikal dan mencabar berbanding menguruskan persepsi masyarakat. Umumnya sebahagian masyarakat masih berpendapat dan berfikiran bahawa produk-produk koperasi hanya layak dijual atau dipamerkan di pasar-pasar malam atau di program-program terbuka namun realitinya, sebahagian produk-produk yang dihasilkan koperasi adalah setanding dan telah pun menembusi pasaran bukan sahaja dalam negara tetapi juga di luar negara. Walaupun begitu, cabaran yang mendepani usahawan koperasi adalah besar dan mencabar. Ini jelas apabila kita melihat kepada rantaian bekalan yang ada, bermula daripada bekalan bahan mentah sehinggalah produk tersebut sampai ke tangan pengguna. Antara isu yang besar adalah dari segi penetapan kos dengan harga bahan mentah yang sentiasa berubah-ubah dan meningkat, skala serta saiz pengeluaran, logistik, rantaian outlet dan berbagai-bagai isu lagi. Oleh itu, ANGKASA telah mengambil inisiatif mengadakan ekspo produk dan perkhidmatan koperasi melalui program iaitu Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi atau singkatannya MACCOPS. MACCOPS buat pertamanya kalinya diperkenal pada tahun Inisiatif tersebut dibuat oleh Angkasa dalam usaha untuk memartabatkan produk-produk dan perkhidmatan koperasi ke peringkat nasional dan antarabangsa di samping mempromosikan aktiviti-aktiviti keusahawanan gerakan koperasi. Pada tahun 2014, sebanyak 120 buah koperasi telah mengambil bahagian selain agensi kerajaan dan swasta. Jumlah tersebut meningkat kepada 220 buah koperasi pada tahun Kini MACCOPS 2017 akan kembali lagi. Pada kali ini MACCOPS 2017 akan diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre bermula pada 15 November sehingga 19 November Namun pada kali ini MACCOPS 2017 menawarkan acara yang lebih menarik apabila kali ini dianjurkan secara serentak dengan ICA KL Antara kelebihan MACCOPS 2017 adalah: i. Showbiz koperasi yang dianjurkan di dalam negara dengan penyertaan pempamer dari dalam negara termasuk dari negara-negara benua Asia, Afrika, Amerika dan Eropah. ii. Menyediakan banyak peluang untuk merangsang penglibatan aktif koperasi dalam mewujudkan hubungan perniagaan Coop to Coop antara koperasi. iii. Perkongsian ilmu dan pendedahan dunia perniagaan melalui aktiviti forum, seminar, demonstrasi produk dan sembang perniagaan. Justeru, penganjuran tersebut akan berfokus kepada transformasi perniagaan koperasi ke peringkat yang lebih tinggi dan akan membuka peluang kepada koperasi untuk meneroka ruang perniagaan yang lebih luas apabila acara ini digabungkan dengan penyertaan koperasi antarabangsa. Embrace The Difference (Kesamaan dalam Kepelbagaian) adalah tema yang dipilih bagi menggambarkan semangat kekitaan atau solidariti dan kesamaan melalui berkoperasi. Seperti yang kita maklum, koperasi membangunkan pelbagai aktiviti ekonomi bermula dari sektor pemborongan peruncitan, pelancongan penjagaan diri dan kesihatan, kewangan, hartanah, pertanian dan industri asas tani, perladangan dan juga telekomunikasi serta inovasi. Melalui platform MACCOPS 2017, ia dapat disatukan melalui perkongsian nilai, prinsip serta falsafah koperasi. Tujuan yang paling utama adalah untuk membangunkan anggota dari segi sosioekonomi dan budaya. Objektif penganjuran MACCOPS 2017: i. Untuk menyediakan platform antarabangsa bagi menghubungkan masyarakat dan perniagaan koperasi. ii. Untuk mempromosikan aktiviti keusahawanan koperasi dalam kalangan anggota. iii. Untuk mempromosikan faedah-faedah rangkaian perniagaan C2C. Bagi memastikan matlamat MACCOPS 2017 dapat direalisasikan, berbagai program menarik telah disusun antaranya adalah pameran produk dan perkhidmatan koperasi, sesi pemadanan perniagaan (Business Matching) antara koperasi dengan koperasi serta koperasi dengan rakan strategik koperasi, seminar dan ceramah-ceramah perniagaan oleh penceramah tempatan dan antarabangsa, pertunjukan kebudayaan oleh badan-badan kebudayaan pelbagai budaya dan juga koperasi sekolah, sesi demonstrasi produk dan perkhidmatan yang akan memberi ruang kepada para pempamer untuk mempromosi produk dan perkhidmatan dan beberapa program yang boleh menjadi platform koperasi untuk meluas dan memperkasakan jaringan pasaran serta kerjasama perniagaan. Justeru, MACCOPS 2017 merupakan platform bagi koperasi yang benar-benar bersedia untuk mencari ruang dan peluang di peringkat dalam dan luar negara. Oleh itu, kerana tempat yang terhad maka koperasi yang akan mendapat tempat adalah koperasi yang menepati kriteria yang diperlukan. Kriteria yang akan dilihat antaranya adalah skala pengeluaran, mempunyai persijilan yang berkaitan seperti halal, jenis produk, pembungkusan dan pelabelan serta lain-lain piawaian serta standard yang ditetapkan oleh pasaran. Hal tersebut merupakan cabaran yang mesti diambil oleh koperasi dalam meletakkan persepsi positif masyarakat terhadap mutu serta kualiti produk koperasi. Sebagai anggota koperasi, kita harus bersama memainkan peranan demi terus memartabatkan kecemerlangan produk serta perkhidmatan koperasi. 62 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 63

38 MEMBANGUN AKTIVITI HARTANAH KOPERASI 2017 Oleh : Haji Zolkefli Othman Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Aset, Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA Sepanjang tahun 2017, Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA membangunkan jaringan koperasi yang terlibat aktif dalam aktiviti hartanah dan industri binaan. Bersama visinya sebagai peneraju kecemerlangan koperasi dengan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui sektor menjelang 2020, sasaran sektor ini adalah untuk membolehkan aktiviti pembangunan hartanah dan industri bahan binaan koperasi menjadi antara penyumbang utama gerakan koperasi terhadap KDNK menjelang Misi sektor ini adalah untuk mengenalpasti dan memajukan perniagaan baru untuk koperasi yang berpotensi dalam bidang hartanah, membangunkan aktiviti perniagaan koperasi yang sedia ada dalam bidang hartanah dan mewujudkan jaringan perniagaan koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa. Sektor ini berperanan merangsang dan membangunkan aktiviti perniagaan koperasi yang terlibat dalam pembangunan hartanah dan industri bahan binaan. Selain itu, sektor ini akan membangunkan rangkaian perniagaan koperasi dalam bidang hartanah di peringkat kebangsaan dengan mengukuhkan jaringan koperasi. Sepanjang tahun 2017, Sektor Hartanah dan Industri Bahan telah dan akan mengadakan sebanyak enam program jaringan yang meliputi Zon Timur, Zon Selatan, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Sabah dan Zon Sarawak. Tujuan program jaringan ini adalah untuk membolehkan koperasi-koperasi ditemukan dalam satu program untuk memperkasakan aktiviti perniagaan hartanah masing-masing. Selain itu, program jaringan ini akan turut disertai dengan pameran daripada koperasi serta agensi. Melalui pameran ini, koperasi boleh memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka dalam bidang hartanah kepada koperasi lain. Manakala, pameran dari pihak agensi seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), MyANGKASA Bina Sdn. Bhd., Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Bank Rakyat dan CoopBank Persatuan menawarkan kerjasama dari segi kewangan, modal dan kepakaran kepada koperasi. Kerjasama dan pengkongsian pengalaman antara koperasi dapat dibentuk melalui program jaringan yang diadakan ini. Bagi memperkasa jaringan koperasi, ANGKASA turut merangsang koperasi supaya mengembangkan perniagaan dengan membuka kedai pembekalan bahan binaan koperasi. Pada tahun 2017, ANGKASA menyasarkan empat buah koperasi terlibat sebagai pembekal bahan binaan. Pembukaan kedai hardware Koperasi Sri Al Amin Kerteh Terengganu Berhad pada 23 Mac 2017 merupakan satu permulaan yang baik bagi koperasi untuk menjalankan aktiviti ini. ANGKASA berharap agar lebih banyak koperasi dibangunkan sebagai pembekal bahan binaan. Dengan menggunakan Koperasi Paku Selangor Berhad sebagai mentor, ANGKASA yakin aktiviti pembekalan bahan binaan mampu menjadi sebahagian daripada aktiviti koperasi berimpak tinggi yang harus dilaksanakan oleh koperasi. Pada 22 hingga 24 Mei 2017, ANGKASA melalui Sektor Hartanah dan Bahan Binaan telah mengadakan Konvensyen Koperasi Hartanah Kebangsaan 2017 di Hotel Bluewave, Shah Alam, Selangor. Konvensyen tersebut dihadiri oleh 184 koperator dari 92 koperasi yang aktif dalam bidang hartanah. Konvensyen itu bertujuan untuk mengumpul koperasi yang menjalankan aktiviti perniagaan hartanah bagi membolehkan jaringan koperasi dapat diperkasakan. Konvensyen tersebut telah menghasilkan sebanyak enam resolusi daripada gerakan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Resolusi tersebut» Datuk Halimi Abdul Manaf (dua dari kiri) diiringi melawat gerai pameran merupakan kehendak gerakan koperasi kepada kerajaan agar kerajaan dapat memberi kelonggaran kepada koperasi untuk turut sama berperanan sebagai penyumbang kepada industri hartanah dan bahan binaan negara. ANGKASA juga telah menerbitkan Direktori Sektor Hartanah dan Industri Binaan Koperasi Direktori tersebut akan menjadi panduan kepada koperasi untuk mendapatkan maklumat mengenai koperasi-koperasi yang menjadi jaringan ANGKASA» Pengerusi Eksekutif SKM, Dato Dr. Noor Zari Hamat (kiri); Presiden ANGKASA, Dato Abdul Fattah Abdullah (tengah) dan Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (kanan) melihat model rumah yang dibangunkan oleh koperasi dalam bidang hartanah dan industri binaan. Pada 13 dan 14 November 2017 juga, ANGKASA akan menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Global Cooperative Housing International (CHI). ANGKASA akan menguruskan lawatan deligasi koperasi dari beberapa buah negara untuk melawat ke salah sebuah koperasi yang berjaya dalam bidang hartanah di negara ini iaitu Koperasi Shamelin Berhad yang berpejabat di Kuala Lumpur. Pusat latihan koperasi milik ANGKASA di Langkawi, Kedah iaitu MyANGKASA Akademi & Resort (MAAR) telah dibaik pulih dengan diberi imej yang lebih baik. MAAR diharap dapat menjadi contoh yang baik bagi pusat latihan koperasi di peringkat antarabangsa. ANGKASA juga merancang untuk menambahkan bilangan bilik di MAAR melalui projek Fasa 2 yang dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. 64 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 65

39 HALA TUJU ANGKASA Pelan Strategik ANGKASA VISI: Menjadi badan APEKS pemangkin pembangunan koperasi terunggul di ASEAN menjelang Oleh : Haji Nor Azmi Abd Jalil Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Strategik ANGKASA MISI: Menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi serta melindungi kepentingan dan memperjuangkan hak gerakan koperasi melalui pengurusan yang profesional. JATI DIRI KOPERASI DEFINISI KOPERASI Sebuah koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi di mana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama dan aspirasi bersama di bidang ekonomi, sosial dan budaya, melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang terkawal secara demokrasi. Bahagian Pengurusan Strategik ANGKASA yang mula ditubuhkan NILAI-NILAI Koperasi adalah berasaskan nilai-nilai berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, pada 23kesaksamaan Mac atau 2016 (MJTK Bil. demokrasi, kesamaan, keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisi pengasas gerakan itu, anggota koperasi menerima nilai-nilai etika termasuk sadik, amanah, ketelusan, tanggungjawab sosial serta prihatin terhadap 2/2016) bertanggungjawab orang lain. membangunkan Pelan Strategik ANGKASA yang komprehensif bagi menterjemahkan hala tuju PRINSIP-PRINSIP KOPERASI ANGKASA. Prinsip koperasi menjadi panduan untuk koperasi mengamalkan nilai-nilainya. sukarela dan terbukapembangunan BermulaKeanggotaan Ogos 2016, proses Kawalan demokrasi oleh anggota Pelan Strategik ANGKASA telah Penglibatandalam ekonomi oleh anggota diatur dan disusun memastikan pelan Autonomi dan kebebasan tindakan dan pelan pelaksanaan ANGKASA Pendidikan, latihan dan maklumat sejajar dengan Visi dan Misi ANGKASA yang Bekerjasama di antara koperasi hendak dicapai. Aspirasi Kerajaan (Dasar Mengambil berat terhadap masyarakat Ekonomi Baru, Dasar Koperasi Negara (DKN) dan Deklarasi Putrajaya) digabungkan dengan aspirasi ANGKASA (Visi dan Misi, Prinsip, Nilai, Jati Diri, Isu dan Cabaran) dan dijadikan asas rujukan dalam memastikan asas pembangunan Pelan Strategik ANGKASA dapat dicapai. Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS6/1, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Tel: Faks: Emel:Pelan Pembangunan Strategik ANGKASA Laman Web: telah mengambilkira idea serta pandangan menyeluruh daripada pihak Jawatankuasa, Pengurusan dan pegawaipegawai yang terlibat serta hasil cetusan idea dari wakil-wakil koperasi dalam penglibatan mereka di Wacana Minda, Langkawi Sepanjang tempoh Pelan Strategik ANGKASA berjalan, aspirasi ANGKASA itu akan direalisasi dan dipantau melalui sistem Kad Skor Seimbang (Balance Scorecard) dan Petunjuk Pencapaian Prestasi (Key Performance Indicator) ANGKASA yang dibangunkan selaras dengan Pelan Tindakan Strategik ANGKASA Anjakan Pelan Pelaksanaan dan Pelan Tindakan Pelan Strategik ANGKASA 66 PELANCAR Edisi Khas 2017 HALA TUJU ANGKASA 2017 Hingga 2050 FOKUS DALAMAN FOKUS LUARAN dibahagikan kepada tiga (3) jangkamasa iaitu Pelan Jangka Pendek ( ), Pelan Jangka Sederhana ( ) dan Pelan Jangka Panjang ( ). Sejajar dengan pendekatan serta penambahbaikan yang berterusan, Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK) ANGKASA dalam Mesyuarat Bil. 6/2016 pada 28 November 2016 telah meluluskan Pelan Strategik ANGKASA yang menetapkan hala tuju strategik yang baru mulai Januari 2017 hingga Bahagian Pengurusan Strategik ANGKASA dengan kepimpinan dan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Strategik (JPS) ANGKASA akan sentiasa memantau dan memastikan pencapaian Visi serta merealisasikan Misi ANGKASA. HASIL STRATEGI PELAN TINDAKAN TUNGGAK EKONOMI TUNGGAK EKOSISTEM TUNGGAK TADBIR URUS TUNGGAK INOVASI Membangunkan ANGKASA yang Berdaya Kewangan dan Mampan sebagai APEKS Gerakan Koperasi Melestarikan Sistem Pentadbiran, Keupayaan Sumber Manusia dan Keberkesanan Komunikasi ANGKASA yang Berinovasi dan Cekap Memperkukuh Rangka Kerja Tadbir Urus Korporat dan Perniagaan Serta Pembangunan Modal Insan yang Kompeten Membangunkan ANGKASA Sebagai Pusat Kecemerlangan Melalui Inisiatif Penyelidikan dan Pembangunan Merangsang Pembangunan dan Daya Saing Ekonomi Gerakan Koperasi Berdasarkan Peneraju Sektor Mewujudkan Dasar dan Dorongan berkaitan Sumber Manusia, Pasaran, Modal, Undang-undang, Kemahiran Teknikal dan Teknologi bagi Memastikan Pembangunan Sosial, Ekonomi dan Budaya Masyarakat Melalui Koperasi Memantapkan Pembangunan Koperasi melalui Pemerkasaan Modal Insan dan Rangka Kerja Tadbir Urus Memperkasakan Daya Saing Koperasi yang Berinovasi dan Progresif melalui Jalinan Simbiotik Industri Gerakan koperasi sebagai Third Driving Force of Economy selaras dengan Aspirasi Dasar Ekonomi Baru Kepercayaan dan Keyakinan Terhadap Gerakan Koperasi yang Kompeten, Progresif dan Profesional Warga Koperasi yang Berkaliber, Profesional dan Kompeten sebagai Penggerak Utama Aspirasi ANGKASA ke tahap Globalisasi Gerakan koperasi yang Progresif dan Berpotensi untuk Mengekalkan Daya Saing di Peringkat Domestik dan Antarabangsa Pelan Jangka Pendek Tema: Pembangunan Rangka kerja Pelaksanaan dan Pemantauan Pelan Strategi dan Memperkasa Misi ANGKASA sebagai APEKS Gerakan Koperasi Pelan Jangka Sederhana Tema: Membangunkan Kedudukan ANGKASA sebagai APEKS Gerakan Koperasi ke Arah Globalisasi Pelan Jangka Panjang Tema: Melestarikan Kedudukan ANGKASA di Peringkat Global Sumber : Bahagian Pengurusan Strategik ANGKASA Edisi Edisi Khas Khas PELANCAR PELANCAR 67 67

40 ASEAN CO-OPERATIVE ORGANIZATION (ACO) WADAH PENYATUAN KOPERASI ASEAN Oleh : halim haji ibrahim Pemangku Pengurus Besar Bahagian Sekretariat dan Perhubungan Antarabangsa ASEAN CO-OPERATIVE ORGANIZATION (ACO) dianggotai oleh Koperasi Apeks atau Koperasi Induk dari negaranegara ASEAN. ACO ditubuhkan bagi menerajui dan meningkatkan perhubungan strategik dalam kalangan pergerakan koperasi negara-negara ASEAN di samping melaksanakan pelbagai aktiviti yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak amnya dan koperasi khasnya. Di samping menjalinkan rangkaian kerjasama yang erat di antara koperasi ahli dari negara ASEAN, ACO turut memainkan peranan sebagai sebuah entiti yang mewakili pergerakan koperasi samada di peringkat organisasi, kebangsaan dan antarabangsa dalam usaha menyokong serta membantu merealisasikan objektif penubuhannya sejajar dengan matlamat ASEAN dalam Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 bagi melahirkan kesamarataan dalam visi, misi dan identiti ASEAN. ACO ditubuhkan di bawah kelolaan Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) dalam tahun 2007 sehingga 2014 di Jakarta, Indonesia. Pada 16 September 2014, Dato Abdul Fattah Abdullah, Presiden ANGKASA telah dipilih secara majoriti sebagai Presiden ACO yang baru menggantikan Tuan Haji Nurdin Halid - Presiden DEKOPIN bagi sesi 2014 sehingga 2018 di dalam persidangan ACO di Bali, Indonesia. Sehubungan dengan itu, persidangan memutuskan supaya Pejabat ACO di Jakarta dipindahkan ke Malaysia di bawah kelolaan Presiden ACO yang juga Presiden ANGKASA untuk tempoh empat tahun bermula 16 September 2014 sehingga KEAHLIAN ASEAN CO-OPERATIVE ORGANIZATION (ACO) BIL NEGARA KOPERASI INDUK 1 Malaysia Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) 2 Indonesia Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) 3 Filipina Philippine Co-operative Center (PCC) 4 Thailand Co-operative League of Thailand (CLT) 5 Singapura Singapore National Co-operative Federation Ltd. (SNCF) 6 Vietnam Vietnam Co-operative Alliance (VCA) 7 Brunei Cottage Industry And Co-operative Section, Jabatan Perdana Menteri, Brunei Dato Abdul Fattah Abdullah Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO) Merangkap Presiden ANGKASA NEGARA CALON AHLI BIL NEGARA 1 Cambodia 2 Lao PDR 3 Myanmar 4 Timor - Leste ACO dengan kerjasama Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN), Dinas Koperasi dan UKM Jawa Barat 1, Dinas Koperasi dan UKM Kota Bekasi telah mengadakan ekspo ASEAN Co-op Summit Jabar Co-op Expo di Bekasi Town Square, Bekasi, Jakarta, Jawa Barat, Indonesia pada 1 hingga 4 Ogos 2016 serta seminar bertajuk Co-operative Difference In The Open Market Economy di Santika Hotel, Bekasi, Jakarta, Jawa Barat, Indonesia pada 3 Ogos ACO telah mewujudkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal bagi membincang dan melaksanakan penubuhan sebuah bank untuk pembangunan koperasi-koperasi bagi negara ASEAN yang dipanggil Bank Pembangunan Koperasi ASEAN atau ASEAN Co-operative Development Bank (ACDB). Matlamat utama penubuhan ACDB adalah untuk pembangunan ekonomi dan sosial koperasi yang lebih mampan dan kondusif di peringkat ASEAN khasnya dan dunia amnya. Penubuhan ACDB akan dapat meningkatkan mobilisasi kapasiti yang lebih besar dan lebih luas di dalam bidang kewangan serta meningkatkan kemampuan dan kepakaran bank melalui pengaturan pembiayaan yang dinamik dan sumber yang didapati dari pelbagai hala. Beberapa siri mesyuarat dan perbincangan telah diadakan untuk tujuan penubuhan bank tersebut. Pada 26 Februari yang lalu, Mesyuarat Agung Tahunan Kali kedua telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur,» Presiden ACO, Dato Abdul Fattah Abdullah (tengah) bersama barisan Jawatankuasa ACO Malaysia. Perkara-perkara penting yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut adalah dari segi perubahan perlembagaan ACO, statistik koperasi di negara masingmasing, aktiviti sepanjang tahun 2016 dan perancangan program dan aktiviti untuk tahun 2017 dan 2018 untuk ACO. Aktiviti pertama yang akan dijalankan bagi tempoh 2017 hingga 2018 adalah di dalam bidang pelancongan koperasi dan projek kedua adalah penubuhan Bank Pembangunan Koperasi ASEAN (ACDB). Kedua-dua projek ini diharapkan dapat mewujudkan jaringan perniagaan dan usahasama di antara koperasi yang terdapat di Malaysia dengan koperasi-koperasi yang ada di negara ASEAN serta mewujudkan peluang pekerjaan serta membangunkan perniagaan koperasi dan memberi keuntungan kepada koperasi demi melestarikan dan mengembangkan perniagaan koperasi di negara ASEAN. Kerjasama di antara wakil-wakil koperasi ini amat penting demi mewujudkan perniagaan strategik di peringkat ASEAN dan menyatukan koperasi-koperasi demi merealisasikan konsep berkoperasi bekerjasama demi manfaat bersama. Kunjungan rasmi delegasi ACO ke Lanzhou New Area Free Trade Zone, Wilayah Gansu, China telah diadakan pada 14 Mei 2017 hingga 18 Mei Delegasi telah diketuai oleh Dato Abdul Fattah Abdullah, Presiden ACO dan Presiden ANGKASA. Pada 16 Mei Majlis Pra Perasmian telah diadakan dan telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Lanzhou, Niu Xiangdong. Lanzhou New Area Free Trade Zone merupakan kawasan perindustrian yang ke-5 diwujudkan oleh negara China. Kawasan ini diwujudkan bertujuan untuk menjadi Hub-Halal Antarabangsa untuk negara China terutama di dalam bidang pengeluaran, pembungkusan dan pemasaran produk halal. Sempena majlis tersebut, Datuk Bandar Lanzhou telah bersetuju menawarkan tapak ACO Pavilion seluas 380 kaki persegi dan ACO Restaurant seluas 5000 kaki persegi kepada pihak ACO. Beliau turut memberikan tawaran istimewa iaitu dua tahun sewa percuma dan separuh harga pada tahun ke tiga. Tawaran menarik ini telah setuju diterima oleh pihak ACO dan Majlis menandatangani perjanjian sewaan akan diadakan nanti sempena pelancaran rasmi Lanzhou New Area Free Trade Zone yang dijangka akan diadakan pada Julai ACO merancang untuk mengadakan lebih banyak peluang perniagaan dan kerjasama dengan pihak tempatan dan luar negara, ekspo, seminar dan bengkel bertaraf antarabangsa bagi memberi lebih banyak peluang kepada koperasi-koperasi di bawah negara-negara ASEAN bergerak aktif dan menceburi peluang perniagaan pada peringkat ASEAN dan dunia Pada dasarnya, ACO mampu melaksanakan peranannya berlandaskan semua prinsip asas koperasi iaitu amanah, integriti dan kebertanggungjawaban serta dapat ditafsirkan mengikut prinsip dan kaedah pelaksanaan perniagaan di kalangan koperasi-koperasi di negara ASEAN. ACO juga boleh menjadi sebuah badan bukan kerajaan yang menjadi contoh kepada masyarakat secara amnya dan koperasi khasnya dalam memartabatkan kepentingan koperasi berlandaskan polisi dan perundangan yang berkesan untuk membangunkan lima bidang keberhasilan utama koperasi di Malaysia dan negara-negara ASEAN serta negara lain di dunia. 68 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 69

41 Oleh : Dato Syed Mohd ghazali wafa syed adwam wafa Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) FUNGSI KOOP Peratus (%) SAHAM (RM) Perkhidmatan ,229, Konsumer Dewasa ,594, Kredit ,130, Pertanian ,065, Konsumer Sekolah , Perumahan ,059, Pengangkutan , Perindustrian , Pembinaan , ,857, JUMLAH ( 7 JUN '17) Peratus (%) Modal Syer & Kumpulan Wang 60,000,000 DIS 2014 (RM) DIS 2015 (RM) DIS 2016 (RM) MEI 2017 (RM) Modal Syer 32,895,751 39,193,219 44,157,105 45,724,871 K W Anggota & Rezab 29,996,922 37,999,226 46,413,689 50,948,241 40,000,000 20,000,000 - DIS 2014 Modal Ekuiti 70 PELANCAR Edisi Khas 2017 DIS 2015 DIS 2016 MEI 2017 K W Anggota & Rezab Edisi Khas 2017 PELANCAR 71

42 PORTAL e-komuniti DAN PASARAN DIGITAL maya2u Oleh : ShaharudDin Mohamed Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. Maya2U ialah platform media sosial untuk komuniti koperasi bersosial, berinteraksi dan berkolaborasi menerusi Internet. Maya2U telah diiktiraf oleh ANGKASA sebagai portal komuniti rasmi untuk gerakan koperasi di Malaysia. Antara tujuan portal ini dibina ialah untuk membangunkan komuniti koperasi agar menjadi lebih berinovasi, berkomunikasi, berinteraksi, berkolaborasi dan berdagang menggunakan teknologi digital. Portal komuniti ini dapat diakses dan diguna oleh setiap gerakan koperasi dan ahli-ahli individu koperasi. Media sosial digunakan sebagai platform untuk ahli komuniti berkomunikasi, berinteraksi dan membina kolaborasi. Portal komuniti ini adalah yang pertama seumpamanya didunia dimana kesemua gerakan koperasi dan ahli-ahli individu koperasi dapat bernaung dibawah satu pelantar digital yang menggunakan media sosial untuk ahli e-komuniti berkomunikasi dan berinteraksi, serta Pasaran Digital atau marketplace untuk urusan jual beli secara online. Marketplace ini juga menyediakan gerbang pembayaran (payment gateway) untuk kemudahan penjual dan pembeli, serta perkhidmatan mengambil dan menghantar (collection and delivery) produk dari penjual kepada pembeli. Usaha yang dilakukan ini ialah untuk meningkatkan penglibatan koperasi di dalam dunia perniagaan maya, di samping membuka pasaran e-commerce yang luas kepada mereka, merentasi sempadan. Inisiatif ini ialah sebahagian daripada rancangan berterusan ANGKASA ke arah transformasi digital untuk gerakan koperasi di Malaysia dan menyahut seruan kerajaan dalam menggerakkan ekonomi ke arah ekonomi digital. Gerakan koperasi dapat memasarkan produk mereka secara percuma dan lebih mudah kepada lebih lima juta warga koperasi di Malaysia, dan seterusnya di peringkat ASEAN dan dunia. Setiap koperasi yang bernaung di bawah ANGKASA mempunyai laman profil masing-masing di portal komuniti ini. Pihak koperasi boleh melantik seorang staf dari koperasi mereka untuk menjadi Admin kepada laman profil koperasi mereka. Admin boleh mengemaskini laman profil koperasi mereka serta memuat-naik produk yang mereka niagakan di laman Promo. Kesemua ini adalah percuma kepada gerakan koperasi ahli ANGKASA. Pendaftaran ahli individu koperasi juga adalah sangat digalakkan. Maya2U diterajui oleh Sektor Inovasi, Teknologi dan Telekomunikasi ANGKASA dengan sokongan anak syarikat milik penuh ANGKASA, MyAngkasa Holdings Sdn. Bhd. dan syarikat pembina dan pengendali portal, Sterling Red Sdn. Bhd. CARA MENDAFTAR DI PORTAL KOMUNITI MAYA2U Taip maya2u.com di URL. Klik pada Cipta Akaun. Pilih sama ada ahli Koperasi atau ahli Kumpulan ANGKASA. Kemudian masukkan nama organisasi. Klik Sambung. Isikan maklumat untuk pendaftaran serta kata laluan. klik Daftar. Anda akan menerima Emel Pengesahan dari maya2u.com. Buka emel anda dan klik pada butang untuk pengesahan. Daftar masuk dengan menggunakan emel anda dan kata laluan. Klik Log Masuk. 72 PELANCAR Edisi Khas 2017

43

44 Anjakan MAAB 2017 Oleh : Dato Ahmad Saruji Abdul Aziz Ketua Pegawai Eksekutif MyAngkasa Amanah Berhad Tahun 2017 telah memberi impak yang besar kepada salah satu perbadanan amanah di Malaysia iaitu MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB). MAAB yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 merupakan syarikat milik penuh ANGKASA. Menerusi kekuatan warga kerja yang berpengalaman, MAAB yakin dapat mengekalkan momentum bagi memajukan lagi perbadanan ini. MAAB akan terus memberi fokus kepada tiga perniagaan teras menerusi pengurusan wasiat Islam dan Konvensional, pentadbiran harta pusaka (berwasiat & tidak berwasiat), dan pengamanahan individu serta institusi bagi mengukuhkan kedudukan portfolionya seiring dengan misi dan visi. MAAB sangat komited dalam meningkatkan jumlah pelanggan berdasarkan perkhidmatan perancangan pewarisan kepada masyarakat berbilang bangsa dan kaum di seluruh Malaysia. Sehingga kini, MAAB telah berjaya mencatatkan jumlah wasiat berdaftar sebanyak 41,103 fail dengan nilai kasar aset RM12,330,900,000 yang bakal ditadbir di masa hadapan. Angka itu telah dicapai berdasarkan beberapa kerjasama strategik yang dijalankan dengan bankbank tempatan, koperasi dan Syarikat Milik Kerajaan (GLC). MAAB akan menguruskan pengurusan harta pusaka secara teratur mengikut undang-undang Islam dan Sivil bertepatan dengan» Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato Seri Hamzah Zainudin (enam dari kanan) menyaksikan Pertukaran Dokumen Kerjasama Strategik Pemasaran Produk Wasiat dan Rujukan Pusaka yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyANGKASA Amanah Berhad, Dato Ahmad Saruji Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Dato Mohd. Shukrie Mohd Salleh. Turut sama menyaksikan ialah Presiden ANGKASA, Dato Abdul Fattah Abdullah (empat dari kanan); Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Dato Noor Zari Hamat (paling kanan); Naib-Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato Haji Aliasak Ambia dan Tuan Haji Mohamad Azmi Omaruddin serta Ketua Pegawai Esekutif Kumpulan ANGKASA, Tuan Haji Nasir Khan Yahaya (paling kiri) status agama si mati. Harta individu itu dikumpul, dipelihara dan diagihkan mengikut apa yang telah diikrarkan sewaktu hidupnya dan dilaksanakan selepas dia meninggal dunia. Jumlah fail pusaka yang terdaftar setakat ini adalah sebanyak 146 fail. Akibat kegagalan merancang pewarisan harta pusaka boleh mewujudkan pertelingkahan dan penipuan sesama ahli keluarga sehingga waris sebenar tidak dapat mewarisi harta pusaka yang sepatutnya menjadi milik mereka. Bagaimanpun, masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak menyedari bahawa perancangan pewarisan adalah kesinambungan kepada perancangan kewangan yang dilakukan semasa hayat. MAAB telah melebarkan sayapnya dengan mengadakan kerjasama strategik bersama Pos Malaysia Berhad. Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik ini telah diadakan pada 13 Mac 2017 bertempat di Saloma Bistro, Kuala Lumpur. Dengan adanya kerjasama seperti ini, para pelanggan yang ingin membuat perancangan harta pusaka atau pentadbiran pusaka boleh berhubung terus melalui rakan niaga MAAB yang terdapat di seluruh Malaysia. Mereka hanya perlu membawa kad pengenalan pemohon, dokumen-dokumen lain seperti geran, akaun bank dan dokumen lain yang berkaitan. Bagi pentadbiran pusaka pula, pelanggan hendaklah sertakan sekali sijil kematian seterusnya perlu menunggu makluman perkembangan fail pusaka serta penetapan tarikh bicara kuasa. Selain itu, MAAB akan sentiasa memastikan ejen-ejen yang terlibat diberi maklumat yang terperinci mengenai produk dan servis yang ditawarkan melalui latihan yang disediakan secara berkala. Antaranya ialah latihan bagi ejen Pos Malaysia Berhad yang bertempat di Institut Latihan Pos Malaysia yang terletak di Bangi, Selangor. Latihan ini akan disertai oleh ejen-ejen yang terlibat dan dibentang oleh pegawai MAAB yang berpengalaman dan mahir dalam bidang pengamanahan. Pelbagai langkah juga telah dilaksanakan untuk membina dan mengekalkan jenama MAAB sebagai sebuah organisasi yang unggul. Barubaru ini, MAAB telah dipilih Sebagai Pemegang Dana Amanah di Majlis Perlantikan MyAngkasa Amanah Berhad. Majlis tersebut dihadiri oleh wakil dari Chemical Company of Malaysia (CCM) dan keluarga waris. MAAB juga turut membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi menambahbaik infrastruktur teknologi maklumat (IT) terutamanya dalam membangunkan sistem pengurusan atas talian dikenali sebagai WAES untuk memudahkan pendaftaran wasiat ataupun pusaka. Ia dilaksanakan untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran dan keupayaan syarikat seiring dengan misi dan visi. Pada tanggal 27 April 2017, MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) telah mengunakan kepakaran syarikat pengendali perkhidmatan pengurusan rekod, Inter-City MPC (M) Sdn. Bhd dalam menawarkan penyimpanan dokumen yang terbaik dan membolehkan segala maklumat atau dokumen dapat diakses dan dicari dengan mudah untuk tujuan pindaan wasiat, harta pusaka dan lain-lain. 74 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 75

45 Menjana Pembangunan Perumahan Koperasi Azman Mat WaJib Ketua Pegawai Eksekutif MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. (MABSB) adalah sebuah anak syarikat milik penuh ANGKASA di bawah kumpulan Myangkasa Holdings Sdn. Bhd. Aktiviti perniagaan utamanya merupakan aktiviti perniagaan melibatkan Hartanah. Antaranya adalah bidang Perundingan Projek, Pembinaan, Pembangunan dan Jualan. Manakala perancangan pada masa hadapan adalah Pembekalan Bahan Binaan, Pengurusan Bangunan dan Pengurusan Hospitaliti. MABSB mempunyai kolaborasi bersama dengan beberapa koperasi iaitu : 1. Koperasi Pembangunan Alor Gajah Berhad 2. Koperasi Tunas Muda Sg. Ara Berhad 3. Koperasi Guru- Guru Melayu Larut, Matang, Selama dan Taping Berhad 4. Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kuala Lipis Berhad 5. Koperasi Tanah Batu Tujuh Negeri Sembilan Berhad 6. Koperasi Yayasan Islam Perlis Berhad 7. Koperasi Kg. Nam, Balik Pulau, Pulau Pinang Berhad 8. Koperasi Free Sinergi Kuala Lumpur Berhad 9. Koperasi Kakitangan DBKL Berhad 10. Koperasi Keluarga Tok Keteh Temerloh Berhad 11. Koperasi Bekas Pelajar Sultan Abdul Halim 87 Kuala Lumpur Berhad 12. Koperasi Permata Nilam Berhad 13. Koperasi Keluarga Hj. Salam Berhad 14. Koperasi Pasar Melayu Baling Berhad 15. Koperasi Warisan Ummah Kedah Berhad 16. Koperasi Pembangunan Ekonomi Belia Daerah Langkawi Berhad 17. Koperasi Hj. Awang Ketereh Berhad 18. Koperasi Usahawan Kuala Selangor Berhad 19. Koperasi Wawasan Desa Pontian Berhad. 20. Koperasi Bersekutu Malaysia Berhad 21. Koperasi RRK Perantau KL Berhad Perancangan MABSB adalah untuk membina kediaman mampu milik yang berkonsepkan kediaman evo (kediaman yang boleh berevolusi) serta memilih lokasi yang strategik iaitu di kawasan pinggir bandar. MABSB kini berada pada landasan kukuh untuk mencapai sasaran menyediakan sebanyak 22,000 rumah mampu milik dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM7 bilion di bawah program MyAngkasa-Home dalam tempoh empat tahun akan datang. MyAngkasa Home adalah program yang membolehkan seluruh anggota-anggota koperasi memiliki kediaman sendiri melalui pembinaan rumah mampu milik pada harga lebih berpatutan yang dijalankan secara kerjasama antara koperasi, agensi kerajaan dan pihak swasta. Program itu juga akan memberi kemudahan pembiayaan pinjaman perumahan kepada golongan muda dan belia yang bekerja dan mahu memiliki rumah berikutan kebanyakan mereka bekerja sendiri dan terpaksa berdepan pelbagai syarat-syarat ketat untuk mendapatkan pinjaman perumahan jika hendak memohon pinjaman di bank komersial. Selain itu, MABSB akan menjalinkan kerjasama dengan koperasi luar negara seperti Pertubuhan Koperasi Se-ASEAN (ACO) dan Perikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) untuk mempelopori bidang pembinaan dan hartanah ke luar negara bermula pada tahun depan. Industri pembinaan dan hartanah tersebut bukan sahaja mampu menjana pendapatan kepada sektor koperasi malah menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada anggota-anggota serta koperasi yang terbabit secara langsung dalam industri itu. Sehingga kini, ANGKASA melalui koperasi-koperasi di bawah naungannya memiliki tanah seluas 2,000 hektar dan ia akan digunakan sebagai bank tanah bagi tujuan pembinaan rumah mampu milik di seluruh negara. 76 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 77

46 Gilap Pelajar Jadi Pelapis Warga Koperasi Berilmu YAYASAN ANGKASA merupakan suatu transformasi pembangunan pendidikan dari Tabung Pembiayaan Pendidikan ANGKASA (TAPAK), suatu unit di bawah Pembangunan Pendidikan ANGKASA yang ditubuhkan sejak dari tahun ANGKASA melihat pelajar di bawah TAPAK berpotensi tinggi untuk digilap menjadi pelapis warga koperasi pada masa hadapan. Sehingga tahun 2016, statistik penajaan pelajaran oleh YAYASAN ANGKASA adalah amat memberangsangkan seperti berikut : Jumlah Pelajar Tajaan Jumlah Pembiayaan (RM) Pelajar masih dalam pengajian Pelajar telah tamat pengajian 726 orang 11.2 juta 280 orang 446 orang Oleh : Haji mutadho bahri Timbalan Presiden ANGKASA Pengerusi Yayasan ANGKASA Justeru, pada 2 Disember 2010, TAPAK telah dijadikan suatu entiti baru dan diperakukan pendaftaran di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 27 September YAYASAN ANGKASA telah beroperasi sepenuhnya mulai tahun 2013 dengan diterajui oleh Tuan Haji Mutadho Bahri (yang juga merupakan Timbalan Presiden ANGKASA) selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah YAYASAN ANGKASA. Matlamat utama penubuhan YAYASAN ANGKASA adalah untuk memperkasa taraf pendidikan dan pembangunan modal insan warga koperasi dengan membantu melahirkan golongan yang berpengetahuan dan berkemahiran yang boleh menyumbang kepada gerakan koperasi dan masyarakat pada amnya. Secara umumnya, YAYASAN ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan Pembiayaan Boleh Ubah dan Biasiswa kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi yang menjadi ahli ANGKASA, warga kerja ANGKASA serta anak warga kerja ANGKASA yang melanjutkan pengajian sepenuh masa/ separuh masa/pjj di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dalam negara. Kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh YAYASAN ANGKASA mempunyai keunikan tersendiri kerana : Pembiayaan pelajaran adalah bersifat BOLEH UBAH kepada biasiswa berdasarkan keputusan pada akhir pengajian, seperti berikut : i. Kepujian Kelas Pertama Biasiswa Penuh ii. Kepujian Kelas Kedua Atas 75 peratus biasiswa iii. Kepujian Kelas Kedua 50 peratus biasiswa iv. Kepujian Kelas Kedua Bawah 25 peratus biasiswa Nota : Sehingga tahun 2016, sejumlah RM peratus daripada jumlah keseluruhan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah YAYASAN ANGKASA telah ditukarkan kepada Biasiswa Penuh berdasarkan prestasi semasa pelajarpelajar. Jika pelajar perlu membayar balik pembiayaan pengajian tersebut (berdasarkan kepada kriteria seperti Perkara 1), pembayaran balik pembiayaan tidak dikenakan sebarang faedah mahupun kos pentadbiran. Bagi memastikan budaya kecemerlangan di kalangan pelajar-pelajar, YAYASAN ANGKASA turut menyediakan tiga Program Tahunan Berimpak Tinggi iaitu : Program-program tersebut ternyata memberi impak yang amat berkesan dalam melahirkan graduan tajaan YAYASAN ANGKASA yang berkualiti tinggi. Kajian menunjukkan 90 peratus dari pelajar tajaan YAYASAN ANGKASA yang telah tamat pengajian, berjaya memperoleh pekerjaan sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta. Antara faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan tersebut adalah kerana mereka telah dipersiap serta didedahkan mengenai alam pekerjaan melalui programprogram tersebut terutamanya Program Kerjaya. ANGKASA merupakan penyumbang utama kepada YAYASAN ANGKASA dengan jumlah sumbangan RM1.0 juta setiap tahun untuk disalurkan kepada pelajar-pelajar serta anak-anak ahli koperasi. Ini demi memastikan misi memperkasa taraf pendidikan dan pembangunan modal insan warga koperasi dapat dicapai. YAYASAN ANGKASA juga merancang untuk mewujudkan sukarelawan dalam kalangan pelajar terutama pada waktu cuti semester untuk bergiat aktif dalam program-program anjuran ANGKASA. Hal tersebut bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan pelajar dengan warga koperasi di samping menyumbang ke arah pembangunan gerakan koperasi. No Jenis Program Jumlah Peruntukan (RM) 1 Program Motivasi (untuk pelajar baru) 2 Program Kaunseling (bagi pelajar mendapat CGPA di bawah 2.80) 3 Program Kerjaya (pelajar tahun akhir) 80, , , ANGKASA melihat pelajar di bawah YAYASAN ANGKASA berpotensi tinggi untuk digilap menjadi pelapis warga koperasi pada masa hadapan. Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak menyertai program atau aktiviti yang dianjurkan oleh YAYASAN ANGKASA dalam usaha menerapkan semangat koperasi dalam kalangan pelajar. YAYASAN ANGKASA juga telah merencana dua program baru bagi tahun yang akan memperkasa anakanak warga koperasi seperti berikut : Perlindungan Khairat Kematian untuk semua pelajar tajaan di bawah kendalian MyANGKASA Mukmin dengan peruntukan berjumlah RM70,000 setahun. Program Pensijilan Mengkhatam Secara Talaqi Bersanad, Menulis Dan Mentashih 30 Juzuk Al Quran (Program 3T Al Quran) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (selaku penaja utama), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melalui anak syarikatnya IIUM Centre For Continuing Education Sdn. Bhd. (ICCE), (selaku pengendali program) serta Koperasi Tahfiz Ceria Kuala Lumpur (selaku badan promosi) yang melibatkan penajaan sebanyak RM10 juta setahun dari Kementerian Kewangan Malaysia. Kami komited untuk memastikan YAYASAN ANGKASA terus cemerlang pada masa hadapan dengan berpegang teguh kepada Misi kami iaitu untuk menjadi sebuah Yayasan yang tersohor dalam penyediaan kemudahan pinjaman pelajaran, pentadbiran dana dan pengurusan. 78 PELANCAR Edisi Khas 2017 Edisi Khas 2017 PELANCAR 79

47

48

49