RELIABILITY OF GENERIC SKILLS INVENTORY. Ahmad bin Esa Assoc. Prof. Dr. Jailani bin Mohd. Yunus Assoc. Prof. Dr. Noraini binti Kaprawi

Similar documents
TECHNOLOGY AND INNOVATION MANAGEMENT AWARENESS AND PRACTISE A CASE STUDY IN BRITISH AMERICAN TOBACCO GSD (KL) SDN BHD

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. Bahagian ini pengkaji akan melaporkan hasil kajian mengikut persoalan kajian

HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRIINDIVIDU, REKA BENTUK LATIHAN DAN PERSEKITARAN KERJA DENGAN PEM INDAHAN LATIHAN DI SWM ENVIRONMENT SDN BHD.

FINITE ELEMENT (FE) MODEL OF BRAKE INSULATOR IN REDUCING BRAKE SQUEAL NOISE FOR MOTORCYCLES MUNDHER FADHIL ABDULRIDHA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODELLING OF THROUGH-THE-ROAD HYBRID ELECTRIC VEHICLE OKE PAUL OMEIZA

MODELING OF ELECTRIC DOUBLE LAYER CAPACITOR FATHIN ASILA BINTI MOHD PABLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Kesediaan Guru-Guru PKPG Kemahiran Hidup (KH) UTM Mengajar Lukisan Kejuruteraan Di Dalam Bahasa Inggeris

APPLICATION OF DEMAND SIDE MANAGEMENT STRATEGIES TO REDUCE ENERGY CONSUMPTION IN UNIVERSITY BUILDINGS NAJAATUL FARIHAH BINTI HAMIDI

1. Mechanics Make a minimum payment of RM 5 with Pay function using the Touch n Go ewallet to receive random cashback up to RM 888.

Sustainable Consumption

OPTIMAL LOCATION OF FACTS FOR ATC ENHANCEMENT BY USING SENSITIVITY ANALYSIS RAIMON OMAR AL SHAIKH SALEM

Get rewarded, download the Touch n Go e-wallet. Get standard or preferred TGV seats for RM7 before 7pm on 7 July.

MyBot Bridge. 2 pasukan 4 peserta (2 wakil politeknik, 2 wakil sekolah) TEAM PELAJAR MyBot Operator Mentor 2

SISTEM PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structures questions. Answer FOUR (4) questions only.

INSTRUCTION : This section consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) only.

PEMIKIRAN REFLEKTIF GURU PELATIH BAHASA MELAYU NOR SAHARA BINTI MESMAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

CURRENT CARRYING CAPABILTY OF POLYESTER CARBON COATED FOR ELECTRICAL CONDUCTOR MOHD HAIDIR BIN MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN DIRECT DEBIT

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

Item Bil Description of Works Remarks Main Switch Board

A FREQUENCY CONTROLLER USING FUZZY IN ISOLATED MICROGRID SYSTEM

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) questions.

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM PEMANTAUAN GILIRAN DI HOSPITAL CANSELLOR TUANKU MUKHRIZ. Nursyakirah Hamimah Binti Mohamad Halim Prof. Dr.

SISTEM PENJEJAK PESAKIT DI HOSPITAL PUSAT PERUBATAN UKM (PPUKM) MENGGUNAKAN PERANTI MATA ARAH (BEACON) Mohamad Norizal Bin Abdullah Dr.

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

Frequently Asked Questions (FAQ)

JA606: VEHICLE DYNAMICS. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. QUOTATION NOTICE (Via eprocurement)

KREATIVITI PENGAJARAN GURU BAHASA ARAB DI MALAYSIA. *Mohammad Rusdi Bin Ab Majid Zawawi Ismail

PERSOALAN PENDAHULUAN DALAM HPI

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 JUN 2018 HINGGA 31 JULAI 2018

NUMERICAL ANALYSIS OF ELASTOHYDRODYNAMIC LUBRICATION WITH BIO-BASED FLUIDS DEDI ROSA PUTRA CUPU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODELLING DAMPING ELEMENT TO REDUCE DISC BRAKE SQUEAL NORAIDE BIN MD YUSOP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

DISC BRAKE SQUEAL GENERATION DURING DRY AND WET CONDITIONS MUNEER NAJI WAHEED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

PEPERIKSAAN JULAI 2010

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 MEI 2018 HINGGA 30 JUN 2018

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

COMFORT ANALYSIS IN COMMERCIAL VEHICLE S PASSENGER SEAT TAM WEE KONG

STRUCTURE : 100 MARKS STRUKTUR : 100 MARKAH. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

OPTIMAL ANTI LOCK BRAKING SYSTEM WITH REGENERATIVE BRAKING IN HYBRID ELECTRIC VEHICLE DANA DEHGHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEVELOPMENT OF ELECTRICAL DISCHARGE MACHINING POWER GENERATOR MUHD ABU BAKAR BIN MUHD RADZI

DEVELOPMENT OF A 10 NEWTON HYDROGEN PEROXIDE MONOPROPELLANT ROCKET THRUSTER KUBERARAAJ NAMBARAJA

THE STUDY ON THE IMPACT OF CONSTANT POWER LOAD TO A DIRECT CURRENT POWER SYSTEM DRIVEN BY PHOTOVOLTAIC, WIND - THYRISTOR RECTIFIER AND LINEAR SOURCES

HASIL PEMBAKARAN EMISI RENDAH DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN API BIODIESEL BERBANTUKAN ALIRAN BERPUSAR MOHAMAD SHAIFUL ASHRUL BIN ISHAK

SISTEM PENGURUSAN STOK. Nur Rahimah Binti Mohd Razmi Pn. Hazilah Binti Mohd Amin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

FASILITATED INTERACTIVE TRAINER (FIT) CPR APP. Muhammad Amer Bin Mokhtar. Assoc. Prof. Dr. Maryati Mohd Yusof

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

OPTIMIZATION ON FUEL GAS OPERATION FOR COMBINED CYCLE POWER PLANT MOHD IZAMUDDIN BIN MAHMUD

CONTROL OF INVERTED PENDULUM-CART SYSTEM BASED ON FUZZY LOGIC APPROACH HASRULNIZAM BIN HASHIM

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi ENAM (6) soalan esei. Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

KEPUASAN SERTA HARAPAN MENGENAI HUBUNGAN ANTARA IBUBAPA DAN ANAK: BERDASARKAN KAWALAN FUZZY LOGIC

APLIKASI PENGURUSAN TELE-REHABILITASI. Nursuhaila Laily binti Abd Jamil Prof Madya Dr Jamaiah binti Yahaya

PAY WITH YOUR PIN BAYAR DENGAN PIN ANDA

(Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan dalam 7 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 7 printed pages)

HAZILA BINTI NAYAN. A project report submitted in partial fulfillment of the requirement for the award of the Degree of Master of Manufacturing

KUCHING. MEKANlKAL SULIT POLITEKNIK SULIT 8.30PG PG (2 JAM) TARIKH: 08 NOVEMBER 2010 (ISNIN) Jangan buka kertas soalan ini sehingga diberitahu.

PB604 : BUSINESS FINANCE

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

LIVING CARE. Critical Illness Insurance

PERSIJILAN MS IS DAN PERSEPSI KAKITANGAN TERHADAP AMALAN PENGURUSAN KUALITI : SATU KAJIAN KES DI BINTULU PORT SDN. BHD.

Kata kunci-pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Jeli, Golongan Belia.

CONTROL OF ENERGY CONVERSION IN A HYBRID WIND AND ULTRACAPACITOR ENERGY SYSTEM MAJID ABDULLATEEF ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structure questions. Answer any FOUR (4) questions.

OPTIMAL LOCATION OF THYRISTOR CONTROLLED SERIES COMPENSATOR USING SENSITIVITY APPROACH NEW HUANG CHIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA REDUCTION OF TOTAL HARMONIC REDUCTION IN TORQUE CHARACTERISTICS IN TWO-PHASE SIDE BY SIDE BRUSHLESS DC MOTOR NG SENG SHIN

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

M M W M ANTARA TAHAP KOMPETENSI DENGAN TAHAP PRESTASI M \ A DI KALANGAN PEHTADBJR KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEM 253 REKABENTUK MEKATRONIK I

a) Korporat" bermaksud Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Berhad sebagaimana yang ditakrifkan di bawah undang-undang Malaysia.

SISTEM PENGURUSAN PROOFREADING UTM KHO CHEE XAO

ZULHILMI AFIQ BIN ZULKIFLE

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PROSES PINJAMAN PERALATAN (ASSET BOOKING)

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PROJEK SISTEM PENEMPAHAN PAKAIAN ATAS TALIAN NUR AFIQAH BT MD BAHARUDIN DR. SITI FADZILAH MAT NOOR ABSTRAK

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

SMART METER-TNB DUAL TARIFF FOR DOMESTIC APPLICATION NASYRAH BT ABDUL RAHIM

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KECEKAPAN HABA EKZOS DAN PENGGUNAAN BAHAN API TENTU BREK (BSFC) ENJIN DIESEL DENGAN BAHAN API BIODIESEL

SISTEM PENYAMPAIAN MAKLUMAT SECARA MASA NYATA DALAM JABATAN KECEMASAN

$'11,n n, Lffi MALAYSIA. PEPERIKSAAI\ AKHIR SEMESTER II sesr PERALATAN BINAAN BPD BPC APRIL 2OO9 2 JAM 30 MINIT

PEMBANGUNAN PERMAINAN SERIUS UNTUK SIMULASI PENYELAMATAN DIRI SEMASA KEBAKARAN RUMAH

Transcription:

RELIABILITY OF GENERIC SKILLS INVENTORY Ahmad bin Esa Assoc. Prof. Dr. Jailani bin Mohd. Yunus Assoc. Prof. Dr. Noraini binti Kaprawi Technical Education Faculty College University of Technology Tun Hussein Onn Abstract This article aimed to report procedure to gain the reliability of inventory named, Generic Skills Questionnaires. The purpose is to measure which types of generic skills needed by export oriented industry in Malaysia. That inventory is used as instrument pursuant to the doctor in philosophy degree research entitled, Generic Skills Application through Co-curriculum Activity in Polytechnics to Fulfill the Industrial Needs.' Pilot study was being conducted on 50 representatives from export oriented industry management to find out that inventory reliable. Sample selection is random withdrawn from the export oriented industry list by Malaysian External Trade Development Corporation (MATRADE (2003). Questionnaires collection is distributed and collected personally researcher directly with the industrial representatives. Reliability procedure used was Reliability Analysis -Scale Alpa to seek Cronbach Alfa's value and correlation value between items using SPSS's programme ( version 11.5). Indication decision on the reliability was valid since all the items have correlation value of 0.30 and alpha value of 0.9748

KEBOLEHPERCAYAAN IVENTORI KEMAHIRAN GENERIK AHMAD BIN ESA PROF. MADYA DR. JAILANI BIN MOHD. YUNUS PROF. MADYA DR. NORAINI BINTI KAPRAWI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN Abstrak Artikel ini bertujuan untuk melaporkan prosedur untuk mendapatkan kebolehpercayaan inventori yang dinamakan, Soal selidik kemahiran generik, bagi tujuan mengukur jenis-jenis kemahiran generik yang diperlukan oleh pihak industri berorientasikan eksport di Malaysia. Inventori tersebut digunakan sebagai instrumen dalam menjalankan penyelidikan peringkat ijazah doktor falsafah yang bertajuk, Penerapan Kemahiran Generik Menerusi Kegiatan Kokurikulum Di Politeknik Bagi Memenuhi Kehendak Industri. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 50 orang wakil pengurusan pihak industri berorientasikan eksport untuk mendapatkan kebolehpercayaan inventori tersebut. Pemilihan Sampel dilakukan secara random daripada senarai industri berorientasikan eksport yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE (2003). Pengumpulan soal selidik dilakukan sendiri oleh penyelidik dengan mengedarkan dan memungutnya secara terus daripada pihak industri. Prosedur kebolehpercayaan yang digunakan ialah Reliability Analysis Scale Alpa untuk mendapatkan nilai Alfa Cronbach dan nilai korelasi antara item dengan menggunakan program SPSS ( versi 11.5).Keputusan petunjuk kesahan adalah tinggi iaitu kesemua item

mempunyai nilai korelasi antara item melebihi 0.30 dan nilai alfa kebolehpercayaan yang amat baik iaitu 0.9748. Pengenalan Ensiklopedia Global (2001) mendefinisikan generik sebagai sesuatu yang umum atau ciri-ciri khusus yang dimiliki oleh sesuatu golongan. Penyelidikan ini menumpukan kepada golongan bakal pekerja, oleh itu kemahiran generik boleh dimaksudkan sebagai ciri-ciri umum atau khusus yang dimiliki oleh pekerja atau bakal pekerja. Kearns (2001) menerangkan kemahiran generik merupakan kemahiran yang boleh digunakan dalam pelbagai pekerjaan yang berbeza. Kemahiran tersebut bukan sahaja kemahiran kompetensi tetapi juga melibatkan perkara-perkara berkaitan dengan kognitif, kemahiran personal dan interpersonal yang berkaitan dengan keupayaan dalam melaksanakan sesuatu pekerjan. Dawe (2002:19), menerangkan kemahiran generik dikenali dengan pelbagai istilah lain iaitu kemahiran bukan teknikal, kemahiran tingkah laku, kemahiran keusahawanan, kemahiran kompetensi, kemahiran utama, kemahiran pekerjaan dan kemahiran kemanusiaan. Secara asasnya ialah kemahiran umum yang boleh digunakan dalam banyak pekerjaan dan tidak mengkhusus kepada sesuatu pekerjaan atau industri. Selain daripada itu, kemahiran generik diperlukan oleh semua peringkat perjawatan di industri (Hawke, 2003). Contohnya kemahiran komunikasi, kerja dalam kumpulan dan penyelesaian masalah. Jabatan Perkhidmatan Awam (2003) mengaitkan kemahiran generik dengan kompetensi generik iaitu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu kepada setiap anggota tanpa mengira jawatan yang disandangnya dalam sesuatu kumpulan seperti kepimpinan, kemahiran komunikasi dan membuat keputusan. NCVER s (2003) mendefinisikan kemahiran generik sebagai kemahiran yang tidak mengkhusus kepada sesuatu pekerjaan atau industri tetapi penting untuk pekerjaan, pendidikan dan kehidupan secara umum. Contoh kemahiran ialah kemahiran komunikasi,

kemahiran matematik, kemahiran berorganisasi, literasi komputer, interpersonal kompeten dan kemahiran analitikal. Menurut Imel (1999), antara kemahiran generik yang perlu dimiliki oleh pekerja dan bakal pekerja ialah mengetahui cara untuk belajar, kemahiran membaca, menulis dan komputer, kemahiran komunikasi lisan dan mendengar dengan berkesan, berkebolehan dalam pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, pengurusan personal dengan penuh keyakinan dan berdaya usaha,kemahiran interpersonal, kepimpinan berkesan, bekerja dalam kumpulan dan mempunyai pengetahuan asas teknologi. Berdasarkan definisi-definisi yang dikemukakan dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja tanpa mengambil kira jawatan, pekerjaan dan sektor pekerjaan yang sedang atau bakal diceburi. Kemahiran tersebut adalah bersifat umum dan pelbagai serta tidak merujuk secara khusus kepada kemahiran berkaitan teknikal. Walau bagaimanapun secara khusus kemahiran generik adalah merujuk kepada kemahiran-kemahiran tertentu yang diperlukan oleh pekerja untuk memenuhi keperluan pihak industri. Walau bagaimanapun berdasarkan beberapa penyelidikan yang telah dijalankan didapati kesedaran di kalangan mereka yang sedang belajar dan baru menamatkan pengajian terhadap peri pentingnya mempelajari kemahiran generik adalah sederhana seperti yang ditegaskan oleh Sharma Thayabarasilan (2001) dan Briggs dan Hodgson (2000). Selain daripada itu, terlalu banyak pandangan dan konsep yang dikemukakan berkaitan dengan kemahiran generik, sehingga boleh mengelirukan mereka yang benarbenar ingin mempelajari kemahiran generik. Apakah benar kemahiran generik merupakan kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri atau retorik semata-mata? Adalah penting untuk semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan dan kerjaya mengetahui apakah jenis kemahiran generik yang diperlukan oleh industri di Malaysia? Apakah kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri dimiliki oleh pekerja mereka tanpa mengambil kira jawatan dan jenis pekerjaan yang pekerja lakukan? Jawapan tersebut sebenarnya sangat diperlukan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar yang bakal memasuki alam pekerjaan berkaitan kepentingan kemahiran generik dan yang lebih penting memberi

panduan kepada mereka mengenai kemahiran generik yang mereka pelajari adalah kemahiran yang sangat diperlukan oleh pasaran pekerjaan. Kesemua persoalan yang dikemukakan berkaitan dengan kemahiran generik, hanya boleh dijawab oleh pihak industri di Malaysia sendiri. Oleh itu bagi tujuan mendapat jawapan tersebut, maklum balas daripada pihak pengurusan industri sangat diperlukan dan pembinaan satu inventori kemahiran generik perlu diusahakan. Item Dalam Inventori Soal Selidik Kemahiran Generik Inventori berbentuk soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan konsep dan pandangan yang dikemukakan penulis dan penyelidik terdahulu iaitu Callan (2003), Dawe (2002), Kearns (2001), Ab. Alim Abdul Rahim (1999), De Leon dan Borchers (1998), Jackson (1997), Stoner dan Wankel (1997), Velde (1997), Omardin Ashaari (1996), Cascio (1995), Raggat (1995), Al Ramaiah (1992), Mustafa Daud (1994a), Mustafa Daud (1994b) dan Upward (1989). Kesemua mereka telah mengemukakan kemahiran-kemahiran dan atribut-atribut yang diperlukan oleh pihak industri dimiliki oleh pekerja mereka. Daripada konsep dan pandangan tersebut, penyelidik telah mengkategorikannya kepada tujuh kemahiran generik yang utama. Pembentukan tujuh kemahiran generik tersebut adalah berdasarkan kekerapan ketujuh-tujuh kemahiran tersebut dikemukakan oleh para penulis dan penyelidik yang telah dinyatakan. Item-item dalam Soal Selidik Kemahiran Generik dibina adalah mewakili 7 jenis kemahiran generik tersebut iaitu kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah, membuat keputusan, kepimpinan, bekerja dalam kumpulan, interpersonal dan pengurusan. Inventori Soal selidik tersebut mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A mengandungi maklumat responden dan Bahagian B mengandungi item untuk mendapat maklum balas daripada pihak industri berkaitan kemahiran generik. Berikut ialah contoh item-item dalam setiap jenis kemahiran generik yang terdapat pada Bahagian B.

a) Kemahiran komunikasi. Item 10 : Mendengar dengan baik. Item 11 : Mentafsir lambang dengan betul. Keterangan: Item-item yang berkaitan dengan kemahiran komunikasi adalah merujuk kepada kemahiran komunikasi bahasa dan bukan bahasa. Selain daripada itu, item yang dibina juga adalah berdasarkan kemahiran berbahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris dan berinteraksi seperti kemahiran menyampai dan memahami arahan dan maklumat. b) Kemahiran penyelesaian masalah. Item 21: Berani berhadapan dengan masalah. Item 22: Menyenaraikan beberapa alternatif untuk menyelesaikan masalah. Keterangan: Item-item berkaitan dengan kemahiran penyelesaian masalah dibentuk daripada langkah-langkah dalam proses penyelesaian masalah dan beberapa atribut yang membantu proses menyelesaikan masalah seperti berani, yakin, sabar dan bermotivasi. c) Kemahiran membuat keputusan. Item 32: Berasa yakin untuk membuat keputusan. Item 37: Melaksanakan keputusan yang dibuat. Keterangan: Item-item berkaitan dengan kemahiran membuat keputusan dibentuk daripada langkah-langkah dalam proses penyelesaian masalah dan beberapa atribut yang membantu proses menyelesaikan masalah seperti berani, yakin dan bertanggungjawab.

d) Kemahiran kepimpinan. Item 50 : Menghormati orang lain. Item 60 : Membina pemikiran intelektual. Keterangan: Item-item yang dibina untuk mengukur keperluan kemahiran kepimpinan di kalangan pengurusan industri ialah berdasarkan sifat-sifat dan atribut umum yang perlu ada pada seorang pemimpin. e) Kemahiran bekerja dalam kumpulan. Item 66: Boleh menerima kritikan yang membina. Item 69: Menentukan objektif kerja kumpulan. Keterangan: Item-item yang dibina adalah merujuk kepada tingkah laku yang sepatutnya individu lakukan apabila berada dalam kumpulan. Selain daripada itu, item yang dibina juga merujuk kepada perancangan bekerja dalam kumpulan seperti membentuk objektif dan strategi kumpulan. f) Kemahiran interpersonal. Item 75: Membina keterampilan diri yang positif. Item 76: Bergaul dengan rakan dari pelbagai kaum. Keterangan: Item-item yang dibina bagi kemahiran interpersonal merujuk kepada keyakinan diri individu apabila berhadapan sesuatu situasi atau orang ramai. Di samping itu, item-item yang dibina juga mewakili sikap individu terhadap hubungan kaum dan sesama manusia.

g) Kemahiran pengurusan. Item 100: Melakukan penilaian ke atas program. Item 110: Mengawal sumber daripada pembaziran Keterangan: Item-item yang dibina dalam kemahiran pengurusan berpandukan konsep disiplin pengurusan yang merangkumi seperti perancangan, pengorganisasian, pengurusan itu sendiri, pengawalan, penilaian dan pengurusan konflik. Nota: Rujuk Lampiran A, untuk melihat keseluruhan item-item yang dibina. Skala Instrumen Jumlah item dalam Iventori Soal Selidik Kemahiran Genrik ialah 105 item. Skala Likert (1 hingga 5) digunakan untuk mengukur maklum balas responden bagi setiap item yang dikemukakan. Perincian skala tersebut seperti dalam Jadual 1. Jadual 1 : Skala Likert Skala Tafsiran 1 Sangat tidak bersetuju 2 Tidak bersetuju 3 Kurang bersetuju 4 Setuju 5 Sangat setuju

Prosedur Kebolehpercayaan Inventori Soal Selidik Kemahiran Generik. Bagi tujuan memperoleh kebolehpercayaan inventori yang dibina, kajian rintis telah dijalankan. Sebelum kajian rintis dijalankan, soal selidik telah dirujuk kepada tiga panel pakar yang terdiri daripada seorang pensyarah bidang pengurusan di KUiTTHO dan dua orang Pegawai Sumber Manusia daripada pihak industri untuk mendapat kesahan item yang dibina. Maklum balas daripada mereka telah dijadikan sumber rujukan untuk mengubah suai semula item-item yang digubal. Antara perubahan yang dilakukan ialah daripada segi penggunaan istilah, tata bahasa, Bahasa Inggeris dan jumlah item yang digubal. Sebagai contohnya pada peringkat awal penyelidik hanya membina 10 item untuk kemahiran komunikasi tetapi mengubahnya kepada 15 item dengan menambah kemahiran komunikasi bukan lisan setelah mendapat pandangan daripada pensyarah bidang pengurusan dari KUiTTHO. Bagi tujuan melaksanakan kajian rintis, seramai 50 orang wakil industri berorientasikan eksport di Malaysia telah di pilih secara random menjadi sampel kajian. Pemilihan sampel tersebut dilakukan daripada senarai yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE (2003). Pengumpulan soal selidik dilakukan sendiri oleh penyelidik dengan mengedarkan dan memungutnya secara terus daripada pihak industri. Masa yang diambil untuk mengisi borang soal selidik ialah lebih kurang 20 minit dan kesemua wakil industri yang terlibat dalam mengisi borang soal selidik telah mengembalikan semula secara langsung kepada penyelidik. Seterusnya ujian kebolehpercayaan terhadap item-item yang dibina telah dijalankan. Prosedur kebolehpercayaan yang digunakan ialah Reliability Analysis Scale Alpa untuk mendapatkan nilai Alfa Cronbach dan nilai korelasi antara item dengan menggunakan program SPSS ( versi 11.5). Dalam menentukan kebolehpercayaan penyelidik melihat kepada nilai koefisien kebolehpercayaan (alpha). Sekiranya nilai alpha bagi sesuatu item melebihi 0.60 maka ia

dianggap mempunyai kebolehpercayaan yang baik seperti yang dinyatakan oleh Uma Sakaran (1992) dan Mohd. Majid Konting (1990). Oleh itu, itu sekiranya nilai alpha bagi sesuatu item itu kurang daripada 0.60, maka item tersebut digugurkan. Selain daripada itu, penyelidik juga melihat nilai korelasi antara item. Sekiranya nilai korelasi antara item bagi sesuatu item itu kurang daripada 0.30, maka item tersebut digugurkan. Kaedah melihat kepada nilai korelasi antara item melebihi 0.30 adalah merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh Mohmad Noor Mohmad Taip dan Mohd Daud Hamzah (2003). Keputusan Kajian Rintis Keputusan kebolehpercayaan nilai alfa apabila kesemua 105 item dianalisis secara serentak adalah tinggi iaitu 0.9719. Berikut adalah analisis kebolehpercayaan item bagi setiap jenis kemahiran generik. a) Kemahiran komunikasi Terdapat 15 item yang mengukur kemahiran komunikasi sebagai kemahiran generik yang diperlukan oleh pihak pengurusan industri. Nilai korelasi yang tertinggi ialah 0.6299. Terdapat satu item yang mempunyai korelasi antara item yang rendah daripada aras penerimaan 0.3. Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk menggugurkan item tersebut. Item-item lain mempunyai korelasi yang lebih daripada aras penerimaan 0.3. Kesemua item yang terkandung kemahiran komunikasi mempunyai nilai alfa melebihi 0.60 dengan item kemahiran komunikasi keseluruhan ialah 0.8331 (rujuk Jadual 1). Setelah satu item digugurkan iaitu item enam, didapati nilai alfa keseluruhan telah meningkat kepada 0.8338. Walau bagaimanapun item lapan didapati mempunyai nilai korelasi antara item kurang daripada 0.3. Oleh itu item tersebut juga digugurkan. Selanjutnya 13 item yang tinggal di piawai semula buat kali kedua. Sekali lagi didapati

nilai alfa komunikasi keseluruhan telah meningkat kepada 0.8377. Namun begitu sekali lagi, didapati terdapat dua item iaitu item tujuh dan sembilan mempunyai nilai korelasi kurang daripada 0.30. Oleh itu item-item tersebut digugurkan. Seterusnya 11 item yang tinggal dipiawai buat kali ketiga dan telah menghasilkan nilai alfa keseluruhan yang lebih tinggi iaitu 0.8525. Dengan demikian, 11 item daripada 15 item dalam kemahiran komunikasi sebagai kemahiran generik telah diterima. b) Kemahiran Penyelesaian Masalah Terdapat 10 item dikemukakan di dalam borang soal selidik untuk mendapatkan maklum balas berkaitan kemahiran penyelesaian masalah. Kesemua item mempunyai nilai alfa melebihi 0.60 (Rujuk Jadual 2). Kesemua item juga mempunyai nilai korelasi melebihi 0.30. Nilai alfa keseluruhan ialah 0.8558. Oleh yang demikian kesemua item yang dibina bagi mengukur kemahiran penyelesaian masalah sebagai kemahiran generik yang diperlukan oleh pihak pengurusan industri adalah diterima. c) Kemahiran Membuat Keputusan. Kesemua 10 item yang dibina bagi mengukur kemahiran membuat keputusan sebagai kemahiran generik yang diperlukan oleh pihak industri adalah diterima. Ini kerana berdasarkan Jadual 3, didapati kesemua nilai alfa bagi semua item adalah melebihi 0.60 dan nilai korelasi antara item bagi semua item melebihi nilai penerimaan 0.30.

d) Kemahiran Kepimpinan Terdapat 20 item yang mengukur kemahiran kepimpinan sebagai kemahiran generik yang diperlukan oleh pihak industri. Nilai korelasi yang tertinggi ialah 0.8004 (Rujuk Jadual 4) iaitu item yang berkaitan dengan kemahiran mengawal emosi. Terdapat satu item yang mempunyai korelasi antara item yang rendah daripada aras penerimaan 0.3. Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk menggugurkan item tersebut. Item tersebut ialah berkaitan dengan memberi arahan. Item-item lain mempunyai korelasi yang lebih daripada aras penerimaan 0.3. Kesemua item yang terkandung kemahiran kepimpinan mempunyai nilai alfa melebihi 0.60 dengan item kemahiran komunikasi keseluruhan ialah 0.9068 (rujuk Jadual 4). Setelah satu item digugurkan iaitu item 41, didapati nilai alfa keseluruhan telah meningkat kepada 0.9148. Kesemua item setelah di piawai buat kali pertama telah mempunyai nilai 0.30 dan membawa implikasi 19 item yang ditinggal adalah diterima untuk mengukur kemahiran kepimpinan yang diperlukan oleh pihak industri. e) Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan. Dalam bahagian kemahiran bekerja dalam kumpulan ini, terdapat 10 item. Nilai alfa tertinggi ialah 0.9329 manakala nilai alfa yang terendah ialah 0.9263 (Rujuk Jadual 5). Kesemua item mempunyai nilai korelasi antara item yang berada di atas daripada 0.30. Nilai alfa keseluruhan ialah 0.9370 iaitu merupakan nilai yang tertinggi berbanding dengan nilai alfa bagi setiap item yang lain. Ini menunjukkan tiada item yang perlu digugurkan.

f) Kemahiran Interpersonal Sepuluh item telah digubal untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak industri berkaitan dengan kemahiran interpersonal. Setelah dianalisis didapati, terdapat satu item yang mempunyai nilai korelasi antara item yang kurang daripada 0.30 (Rujuk Jadual 6). Oleh yang demikian item tersebut, iaitu berkaitan dengan bercakap di hadapan orang ramai digugurkan. Setelah di piawai, didapati nilai alfa keseluruhan telah meningkat daripada 0.8428 kepada 0.8557 dan kesemua sembilan item yang tinggal mempunyai nilai korelasi antara item melebihi 0.30. Dengan demikian kesemua sembilan item tersebut telah diterima. g) Kemahiran Pengurusan. Bagi tujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan dengan kemahiran pengurusan sebagai kemahiran generik yang diperlukan oleh pihak industri, sebanyak 30 item telah dibina. Setelah dianalisis didapati nilai alfa keseluruhan ialah 0.9444. Didapati juga terdapat tiga item yang mempunyai nilai korelasi yang kurang daripada 0.30. Oleh itu, ketiga-tiga item tersebut telah digugurkan. Setelah melalui proses tersebut, didapati nilai alfa telah meningkat kepada 0.9592. Kesemua item yang tinggal juga mempunyai nilai korelasi antara item yang melebihi 0.030. Dengan demikian, 27 item tersebut dikekalkan untuk mengukur kemahiran pengurusan yang diperlukan oleh pihak pengurusan industri di Malaysia.

Kesimpulan Apabila selesai menganalisis item versi awal (dalam konteks kertas kerja ini dilabelkan sebagai belum di piawai), hanya 96 item sahaja yang diterima untuk membentuk Inventori Kemahiran Generik bagi tujuan mendapat maklum balas daripada pihak pengurusan industri berkaitan dengan kemahiran generik yang diperlukan oleh pihak industri dimiliki oleh para pekerja mereka. Walaupun pada peringkat awal kesemua item mempunyai nilai alfa yang tinggi iaitu 0.9719 tetapi difikirkan wajar usaha meningkatkan kebolehpercayaan item bagi Inventori Kemahiran Generik dijalankan. Hasilnya apabila 96 item yang tinggal dijalankan secara serentak didapati nilai alfa telah meningkat kepada daripada 0.9719 kepada 0.9748. Oleh yang demikian adalah diyakini bahawa inventori, Soal selidik kemahiran generik, dapat mengukur jenis-jenis kemahiran generik yang diperlukan oleh pihak industri berorientasikan eksport di Malaysia.

Bibliografi Ab. Alim Abdul Rahim (1999). Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.. Al Ramaiah (1992). Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd. Briggs, H. dan Hodgson, P. (2000). Generic Skills Development in Undergraduate Engineering Education in Australia. http://www.hi.is/~joner/eaps/cs_gene4.htm. Dicapai pada 13 Februari 2003. Callan, V. J. (2003). Generic Skills: Understanding Vocational Education and Training Teacher and Student Attitudes. Kensingston Road: NCVER. Cascio, W.F. (1995). Managing Human Resources. New York: McGraw-Hill, Inc.. Cohen, L. dan Manion, L. (1994). Research Methods in Education. London: Croom Helm. Dawe, S. (2002). Focusing on Generic Skills in Training Packages. Kengsington Road: NCVER. De Leon, J. E. dan Borchers, R.E. (1998). High School Employment Trends and the Skills Graduate Need to Enter Texas Manufacturing Industries. Journal of Vocational and Technical Education. Vol.15.N.1. M.s. 1-18. Ensiklopedia Global, Jilid 18 (2001). Kuala Lumpur: SmartGenie Corporation Sdn. Bhd. 290. Hawke, G (2003). Generic Skills in a Changing Work Environment. Dalam Gibb, J. (2003). Generic Skills in Vocational Education and Training. Adelaide: NCVER Ltd. 19-38. Imel, S. (1999). Work Force Education: Beyond Technical Skills. The Ohio State University. 1-2.

Jabatan Perkhidmatan Awam (2003). Istilah Perkhidmatan Awam. http://www.jpa.gov.my/daftar/jpenyelidikanperancangan.htm.dicapai pada 31 Mac 2003. Jackson. W. (1997). Tracking the Development of Generic Skills: The Experience of 1987 and 1992 St. F.X. Graduates. St. Francis Xavier University. Kearns, P. (2001). Generic Skills for the New Economy. Kensington Park : National Centre for Vocational Education Research (NCVER) Ltd. 41-64. Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.57-254. Mohmad Noor Mohmad Taib dan Mohd Daud Hamzah (2003). Keesahan Dan Kebolehpercayaan Alat Ukur Patriotisme. Dalam Mokhtar dan rakan-rakan (2003). Proceedings International Conference on Measurement and Evaluation in Education (ICMEE) 2003. Penang: USM. Mustafa Daud (1994a). Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.. Mustafa Daud (1994b). Pekerjaan Dan Perusahaan Menurut Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.. NCVER s Glosorry of Australian VET Training Terms (2003). Generic Skills. http://www.ncver.edu.au/generic.htm. Dicapai pada 24 Jun 2003. Omardin Ashaari (1999). Pengurusan Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.. Raggat, P. (1995). Competencies, Attributes and Curriculum: The Australian Agenda. Dalam Burke, J (1995). Outcome, Learning and the Curriculum. London: The Falmer Press.

Sharma Thayabarasilan (2001). Meeting the Market Demand of Generic Skills: An Analysis of Generic Skills Acquisition Among Final Year Engineering Students of KUiTTHO. KUiTTHO: Projek Sarjana. Stoner, B.T. dan Wankel, C. (1997). Management (Terjemahan). Petaling Jaya: Amiza Publishing Sdn. Bhd.. Uma Sekaran (1992). Research Methods for Business: A Skill Building Approach. (2 nd Edition). Canada: John Wiley & Sons Inc.196 298. Upward, H. (1989). Enterprise in Action. Dalam Warwick, D. (1989). Linking Schools and Industry. Oxford: Basil Blackwell. Ltd.. 152-163. Velde, C. (1997). Reporting the New Competence Needs of Clerical- Administrative Workers: An Employer Perspective. Journal of Vocational Education and Training. Vol. 49. No.1. M.s. 21-40.

Lampiran A Jadual 1 : Nilai Alpha Cronbach dan Nilai Korelasi Antara Item (Kemahiran Komunikasi) Kemahiran Komunikasi Sebelum Di Setelah Di piawai Piawai Kali piawai Kedua Nilai Nilai Nilai Nilai Nilai Nilai alfa Korelasi alfa Korelasi alfa Korelasi Antara Antara Antara Item Item Item Lisan bahasa Melayu 0.8338 *0.2656 Lisan bahasa Inggeris 0.8306 0.3319 0.3205 0.8325 0.8415 *0.2622 Penulisan bahasa Melayu 0.8312 0.3462 *0.2744 0.8377 Penulisan bahasa Inggeris 0.8312 0.3186 0.3175 0.8325 0.8406 *0.2709 Mendengar dengan baik 0.8207 0.5301 0.5508 0.8202 0.8219 0.5948 Memberi arahan dengan jelas 0.8162 0.6299 0.6589 0.8150 0.8164 0.7016

Memahami arahan dengan baik Menyampaikan maklumat dengan tepat 0.8269 0.4025 0.4289 0.8265 0.8283 0.4818 0.8247 0.4762 0.4901 0.8248 0.8271 0.5348 Memahami dengan baik maklumat 0.8219 0.5116 0.5490 0.8207 0.8211 0.61686 Mentafsir lambang dengan betul Mentafsir simbol dengan betul Mentafsir moto dengan betul Mentafsir logo dengan betul Mentafsir warna dengan betul Mentafsir bahasa isyarat dengan betul 0.8130 0.6127 0.6035 0.8138 0.8172 0.6132 0.8129 0.6192 0.5996 0.8144 0.8188 0.5946 0.8169 0.5526 0.5765 0.8156 0.8192 0.5842 0.8144 0.5798 0.5829 0.8146 0.8193 0.5816 0.8207 0.5265 0,5224 0.8222 0.8314 0.4900 0.8315 0.3624 0.3705 0.8322 0.8398 0.3491 Komunikasi keseluruhan 0.8331 0.8338 0.8377 *Item Digugurkan

Kemahiran Komunikasi Piawai kali ketiga Nilai alfa Nilai Korelasi Antara Item Mendengar dengan baik 0.8374 0.6112 Memberi arahan dengan jelas 0.8341 0.6710 Memahami arahan dengan baik 0.8441 0.5045 Menyampaikan maklumat dengan tepat 0.8433 0.5433 Memahami maklumat dengan baik 0.8362 0.6404 Mentafsir lambang dengan betul 0.8310 0.6517 Mentafsir simbol dengan betul 0.8327 0.6339 Mentafsir moto dengan betul 0.8336 0.6183 Mentafsir logo dengan betul 0.8356 0.6034 Mentafsir warna dengan betul 0.8523 0.4906 Mentafsir bahasa isyarat dengan betul 0.8609 0.3384 Komunikasi keseluruhan 0.8525 0.6112 Jadual 2 : Nilai Alpha Cronbach dan Nilai Korelasi Antara Item (Kemahiran Penyelesaian Masalah) Kemahiran Penyelesaian Masalah Nilai alfa Nilai Korelasi

Antara Item Berani berhadapan dengan masalah 0.3519 0.8580 Berasa yakin untuk mengatasi masalah 0.4369 0.8529 Menyedari kewujudan masalah 0.6028 0.8386 Mengenal pasti punca masalah 0.5459 0.8445 Menyenarai beberapa penyelesaian masalah alternatif untuk 0.6665 0.8330 Memilih alternatif terbaik untuk menyelesaikan masalah Melaksanakan penyelesaian masalah berdasarkan alternatif yang dipilih Melakukan penilaian ke atas alternatif yang dipilih untuk menyelesaikan masalah 0.7409 0.8279 0.7377 0.8266 0.7425 0.8253 Sabar berhadapan dengan masalah 0.3787 0.8641 Bermotivasi apabila berhadapan dengan masalah. 0.5029 0.8472 Penyelesaian masalah keseluruhan 0.8558 Jadual 3 : Nilai Alpha Cronbach dan Nilai Korelasi Antara Item (Kemahiran Penyelesaian Masalah) Kemahiran Membuat Keputusan Nilai alfa Nilai Korelasi Antara Item Berani untuk membuat keputusan 0.4876 0.8598

Berasa yakin untuk membuat keputusan 0.5361 0.8550 Mengenal pasti keperluan untuk membuat keputusan 0.5476 0.8541 Membuat keputusan pada masa yang tepat 0.6829 0.8444 Menyenarai beberapa membuat keputusan alternatif untuk 0.57323 0.8532 Memilih alternatif terbaik untuk membuat keputusan 0.6291 0.8747 Melaksanakan keputusan yang dibuat. 0.6559 0.8457 Melakukan penilaian ke atas pelaksanaan keputusan yang dibuat. Bertanggungjawab di atas keputusan yang dibuat Membuat keputusan tidak berdasarkan emosi 0.6701 0.8445 0.5210 0.8566 0.5082 0.8572 Membuat keputusan keseluruhan 0.8647 Jadual 4 : Nilai Alpha Cronbach dan Nilai Korelasi Antara Item (Kemahiran Kepimpinan)

Kemahiran Kepimpinan Sebelum di piawai Setelah Di piawai Nilai alfa Nilai Nilai alfa Nilai korelasi korelasi antara item antara item Memberi arahan 0.9148 *0.0744 Bersedia bekerja lebih masa tanpa bayaran Boleh ubah suai mengikut keadaan Memberi motivasi kepada ahli Menjadi teladan kepada ahli Memberi bimbingan kepada orang lain 0.9153 0.3080 0.9244 0.3134 0.9062 0.4116 0.9148 0.4212 0.8979 0.7247 0.9069 0.7223 0.8991 0.7025 0.9077 0.7138 0.8967 0.7722 0.9052 0.7929 Tabah menghadapi dugaan 0.9006 0.6139 0.9091 0.6303 Berani perubahan membuat 0.9044 0.4674 0.9137 0.4478 Bekerja tanpa pengawasan 0.9016 0.3188 0.9185 0.3126 Menghormati orang lain 0.9052 0.5977 0.9105 0.5905 Berlaku adil dengan semua pihak 0.9006 0.4244 0.9141 0.4147 Melaksanakan kuasa 0.8994 0.6339 0.9096 0.6254

dengan amanah Boleh menerima teguran 0.8960 0.6753 0.9082 0.6811 Dapat mengawal emosi 0.8966 0.8004 0.9047 0.8108 Menjaga kebajikan ahli 0.8994 0.7441 0.9052 0.7620 Bertanggungjawab 0.8960 0.6970 0.9081 0.7058 Jujur melaksanakan tanggungjawab Membina sikap berdaya saing 0.8997 0.6903 0.9083 0.7009 0.9029 0.5249 0.9122 0.5337 Komited tugas Membina intelektual menjalankan pemikiran 0.9016 0.6113 0.9103 0.6117 0.8983 0.7012 0.9073 0.6986 Kemahiran Kepimpinan Keseluruhan 0.9068 0.9148 * Item digugurkan Jadual 5 : Nilai Alpha Cronbach dan Nilai Korelasi Antara Item (Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan) Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan Nilai alfa Nilai Korelasi Antara Item Bersedia membantu ahli dalam kumpulan 0.9296 0.7752

Menyelesaikan masalah secara bersama 0.9317 0.7275 Melakukan keputusan secara bersama 0.9348 0.6670 Menerima idea orang lain secara terbuka 0.9315 0.7352 Menyumbang idea dalam perbincangan 0.9297 0.7641 Boleh menerima kritikan yang membina 0.9344 0.6594 Boleh bekerja dengan ahli yang lain 0.9238 0.8738 Boleh bekerja dengan ahli jawatankuasa 0.9263 0.8379 Menentukan objektif kerja kumpulan 0.9289 0.7913 Menentukan strategi kerja kumpulan 0.9329 0.6964 Bekerja dalam kumpulan keseluruhan 0.9370 Jadual 6 : Nilai Alpha Cronbach dan Nilai Korelasi Antara Item (Kemahiran Interpersonal) Kemahiran Kepimpinan Sebelum di piawai Setelah Di piawai Nilai alfa Nilai Nilai alfa Nilai korelasi korelasi

antara item antara item Bercakap di hadapan orang ramai 0.8557 *0.2951 Mempengaruhi orang lain 0.8395 0.4528 0.8640 0.4055 Mengemukakan kepada orang atasan idea 0.8205 0.6696 0.8355 0.6628 Mengemukakan idea kepada orang bawahan Membina keterampilan diri yang positif Bergaul dengan rakan dari pelbagai kaum Bergaul dengan rakan dari pelbagai lapisan status Bergaul dengan rakan dari pelbagai negeri Menghormati prinsip orang lain Menerima orang lain tanpa syarat Kemahiran Interpersonal keseluruhan 0.8225 0.6245 0.8423 0.5671 0.8216 0.6519 0.8360 0.6544 0.8073 0.7568 0.8192 0.7819 0.8173 0.6917 0.8299 0.7133 0.8123 0.7050 0.8219 0.7556 0.8335 0.4784 0.8482 0.4968 0.8496 0.3792 0.8655 0.4158 0.8428 0.8557 * Item digugurkan

Jadual 7: Nilai Alpha Cronbach dan Nilai Korelasi Antara Item (Kemahiran Pengurusan) Kemahiran Pengurusan Sebelum Dipiawai Setelah Dipiawai Nilai alfa Nilai Nilai alfa Nilai Korelasi Korelasi Antara Item Antara Item Menentukan organisasi Menetapkan organisasi Menyusun organisasi Memilih organisasi matlamat objektif program strategi 0.9419 0.6600 0.9578 0.6579 0.9409 0.7354 0.9570 0.7439 0.9405 0.8040 0.9565 0.8011 0.9402 0.8563 0.9561 0.8564 Mengoptimumkan penggunaan sumber sedia 0.9418 0.6865 0.9576 0.6894

ada Bekerja dalam sesebuah organisasi formal 0.9432 0.5383 0.9589 0.5519 Menentukan organisasi Mengagihkan kepada ahli struktur tugasan 0.9402 0.8175 0.9561 0.8332 0.9435 0.4933 0.9590 0.4955 Mengenal pasti kekuatan organisasi Mengenal pasti kelemahan organisasi 0.9412 0.7264 0.9571 0.7291 0.9420 0.6498 0.9578 0.6565 Mengurus kewangan perancangan 0.9414 0.6986 0.9575 0.7225 Mengurus sumber tenaga manusia 0.9402 0.7995 0.9562 0.8200 Mengendali peralatan 0.9418 0.6613 0.9579 0.6708 Melaksanakan dokumentasi sistem 0.9414 0.7019 0.9573 0.7108 Mengurus masa 0.9421 0.6563 0.9577 0.6728 Melakukan penilaian ke atas diri sendiri Melakukan penilaian ke atas orang lain 0.9431 0.5451 0.9588 0.5338 0.9428 0.5640 0.9586 0.6556 Melakukan penilaian ke 0.9417 0.7193 0.9574 0.7136

atas matlamat Melakukan penilaian ke atas objektif Melakukan penilaian ke atas program Melakukan penilaian ke atas strategi Menangani konflik secara profesional Menangani konflik menerusi rundingan 0.9412 0.7572 0.9571 0.7546 0.9418 0.7022 0.9573 0.7272 0.9415 0.7100 0.9572 0.7265 0.9479 *0.2133 0.9419 0.7047 0.9576 0. 7013 Menangani berdasarkan pelanggan konflik aduan 0.9451 0.3014 0.9605 0.3137 Mewujudkan konflik untuk kebaikan organisasi Menetapkan piawaian aktiviti yang dijalankan Mengesan kesilapan ketika aktiviti dijalankan0.6184 Menyelia perkembangan Pelaksanaan aktiviti mengikut jadual 0.9532 *-0.847 0.9417 0.6708 0.9578 0.6599 0.9459 *0.2800 0.9419 0.6769 0.9576 0.6846 Memastikan setiap ahli 0.9423 0.6148 0.9582 0.6184

mempunyai yang sama matlamat Mengawal sumber daripada pembaziran Pengurusan keseluruhan 0.9431 0.5518 0.9587 0.5447 0.9444 0.9592 *Item Digugurkan