PENGURUSAN FASILITI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) KG. BARU HICOM, SHAH ALAM AINA SUHADA BINTI ABDULLAH

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRIINDIVIDU, REKA BENTUK LATIHAN DAN PERSEKITARAN KERJA DENGAN PEM INDAHAN LATIHAN DI SWM ENVIRONMENT SDN BHD.

SENARAI KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN PENGISTIHARAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

FINITE ELEMENT (FE) MODEL OF BRAKE INSULATOR IN REDUCING BRAKE SQUEAL NOISE FOR MOTORCYCLES MUNDHER FADHIL ABDULRIDHA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sustainable Consumption

TECHNOLOGY AND INNOVATION MANAGEMENT AWARENESS AND PRACTISE A CASE STUDY IN BRITISH AMERICAN TOBACCO GSD (KL) SDN BHD

SISTEM PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

APPLICATION OF DEMAND SIDE MANAGEMENT STRATEGIES TO REDUCE ENERGY CONSUMPTION IN UNIVERSITY BUILDINGS NAJAATUL FARIHAH BINTI HAMIDI

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. Bahagian ini pengkaji akan melaporkan hasil kajian mengikut persoalan kajian

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 MEI 2018 HINGGA 30 JUN 2018

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

SISTEM PENGURUSAN KEBERSIHAN KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN UKM. Muhammad Farhan bin Mohd Yusoff Dr. Dian Indrayani binti Jambari

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 JUN 2018 HINGGA 31 JULAI 2018

ZULHILMI AFIQ BIN ZULKIFLE

FASILITATED INTERACTIVE TRAINER (FIT) CPR APP. Muhammad Amer Bin Mokhtar. Assoc. Prof. Dr. Maryati Mohd Yusof

Item Bil Description of Works Remarks Main Switch Board

COMFORT ANALYSIS IN COMMERCIAL VEHICLE S PASSENGER SEAT TAM WEE KONG

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

KEPUASAN MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

MODELLING OF THROUGH-THE-ROAD HYBRID ELECTRIC VEHICLE OKE PAUL OMEIZA

MyBot Bridge. 2 pasukan 4 peserta (2 wakil politeknik, 2 wakil sekolah) TEAM PELAJAR MyBot Operator Mentor 2

MENGANALISA KEROSAKAN PENYERAP SHIMMY (SHIMMY DAMPER) TERHADAP UNIT PENDARATAN PESAWAT RINGAN (MODEL:EAGLE 150B). NORIZAL BIN ARSHAD

SISTEM PENGURUSAN PROOFREADING UTM KHO CHEE XAO

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

SISTEM PENJEJAK PESAKIT DI HOSPITAL PUSAT PERUBATAN UKM (PPUKM) MENGGUNAKAN PERANTI MATA ARAH (BEACON) Mohamad Norizal Bin Abdullah Dr.

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

STRUCTURE : 100 MARKS STRUKTUR : 100 MARKAH. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

$'11,n n, Lffi MALAYSIA. PEPERIKSAAI\ AKHIR SEMESTER II sesr PERALATAN BINAAN BPD BPC APRIL 2OO9 2 JAM 30 MINIT

ALAT PRAPEMPROSESAN DATA UNTUK SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Muhammad Faiz Bin Abdullah Prof. Madya Dr. Mohd Zakree Ahmad Nazri

Tahap Kesediaan Guru-Guru PKPG Kemahiran Hidup (KH) UTM Mengajar Lukisan Kejuruteraan Di Dalam Bahasa Inggeris

INSTRUCTION : This section consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) only.

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

OPTIMIZATION ON FUEL GAS OPERATION FOR COMBINED CYCLE POWER PLANT MOHD IZAMUDDIN BIN MAHMUD

KEPUASAN SERTA HARAPAN MENGENAI HUBUNGAN ANTARA IBUBAPA DAN ANAK: BERDASARKAN KAWALAN FUZZY LOGIC

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

an Sri Shahrir bin Abdul Samad Pengerusi FELDA 21Januari 2018

KECEKAPAN HABA EKZOS DAN PENGGUNAAN BAHAN API TENTU BREK (BSFC) ENJIN DIESEL DENGAN BAHAN API BIODIESEL

PENGGUNAAN BAHAN BINAAN BUATAN MALAYSIA DALAM PEMBANGUNAN PROJEK MEGA NUR NABILA BINTI MAT ZAHID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PB604 : BUSINESS FINANCE

M M W M ANTARA TAHAP KOMPETENSI DENGAN TAHAP PRESTASI M \ A DI KALANGAN PEHTADBJR KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI

ELECTRIC CAR VOLTAGE MONITORING SYSTEM NAJMI AZFAR BIN MOHD ROSLI

HASIL PEMBAKARAN EMISI RENDAH DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN API BIODIESEL BERBANTUKAN ALIRAN BERPUSAR MOHAMAD SHAIFUL ASHRUL BIN ISHAK

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

TAHAP PENGAMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA MOHD HANIP BIN ASPAR. Universiti Teknologi Malaysia

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structures questions. Answer FOUR (4) questions only.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

Kata kunci-pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Jeli, Golongan Belia.

Saya / kami akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya / kami. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Tandatangan

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PROSES PINJAMAN PERALATAN (ASSET BOOKING)

NUMERICAL ANALYSIS OF ELASTOHYDRODYNAMIC LUBRICATION WITH BIO-BASED FLUIDS DEDI ROSA PUTRA CUPU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

MEREKA SISTEM GEAR (BY WIRE)

">; rt.t A AS > T ' ' T i FV*-} M i l.i ivi\.' ; i V him l.-'.hi nivi JUTCrsJ i # i k t f i l w. H M i l!, c i : t CO a

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP SERVIS YANG DIBERIKAN OLEH SYARIKAT TELEKOM MALAYSIA TERHADAP KEDIAMAN : UNIFI DAN STREAMYX

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

DEVELOPMENT HYDROGEN GAS GENERATOR FOR DUAL FUEL ENGINE USING YULL BROWN METHOD AHMAD ZAKI BIN ZAIMANI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kajian Penilaian Terhadap Tahap Penggunaan Kawasan Lapang Kejiranan di kuching dan Kesannya Ke Atas Interaksi Sosial

APLIKASI PENGESANAN BAS PRINCE OF SONGKHLA UNIVERSITY

STD 093/6/4. 01 Jun 2014 ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 JUN JULAI 2014

SISTEM PEMANTAUAN PRESTASI BAS SHAUN LOH CHIA CHIEH ASSOC. PROF. DR. MOHAMMAD FAIDZUL NASRUDIN

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 11, Issue 1 (2018) 34-49

SISTEM PENYAMPAIAN MAKLUMAT SECARA MASA NYATA DALAM JABATAN KECEMASAN

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

DEVELOPMENT OF A 10 NEWTON HYDROGEN PEROXIDE MONOPROPELLANT ROCKET THRUSTER KUBERARAAJ NAMBARAJA

APLIKASI GO AMBULANCE

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PAY WITH YOUR PIN BAYAR DENGAN PIN ANDA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

A FREQUENCY CONTROLLER USING FUZZY IN ISOLATED MICROGRID SYSTEM

JA606: VEHICLE DYNAMICS. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

CURRENT CARRYING CAPABILTY OF POLYESTER CARBON COATED FOR ELECTRICAL CONDUCTOR MOHD HAIDIR BIN MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODELLING DAMPING ELEMENT TO REDUCE DISC BRAKE SQUEAL NORAIDE BIN MD YUSOP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

SISTEM PENGURUSAN STOK. Nur Rahimah Binti Mohd Razmi Pn. Hazilah Binti Mohd Amin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

Oleh: Haryati Shafii

PERSOALAN PENDAHULUAN DALAM HPI

This item is protected by original copyright

APLIKASI DAN SISTEM PEMARKAHAN POSTER DI PUSAT PERMATA PINTAR

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) questions.

ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi ENAM (6) soalan esei. Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

POTENSI MALAYSIA SEBAGAI PENGELUAR PRODUK DAGING LEMBU HALAL DI PASARAN GLOBAL

APLIKASI PENGURUSAN TELE-REHABILITASI. Nursuhaila Laily binti Abd Jamil Prof Madya Dr Jamaiah binti Yahaya

CONTROL OF INVERTED PENDULUM-CART SYSTEM BASED ON FUZZY LOGIC APPROACH HASRULNIZAM BIN HASHIM

PENGENALAN MISI SYARIKAT INI ADALAH PENGLIBATAN SECARA AKTIF DALAM ARUS PEMBANGUNAN DAN EKONOMI NEGARA.

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SMART SUN TRACKING WITH AUTOMATED CLEANING SYSTEM FOR PV MODULES AMIRAH AFIQAH BINTI AHMED

SISTEM JUAL BELI BARANGAN TERPAKAI UNTUK PELAJAR UKM MOHD NAZREEN MOHD GHANI MOHD ZAMRI MURAH

FLUID AND HEAT FLOW PERFORMANCE IN HEAT EXCHANGER NURLIYANA BINTI MOHD NADZRI

Seminar Penyedia Latihan ezskill Bersama JPK Wilayah Sarawak

PEMBANGUNAN PERMAINAN SERIUS UNTUK SIMULASI PENYELAMATAN DIRI SEMASA KEBAKARAN RUMAH

PERMOHONAN BEKALAN ELEKTRIK

MEMBANGUNKAN PENJANA ELEKTRIK MUDAH ALIH MENGGUNAKAN CECAIR PETROLEUM GAS MOHD RIDZUAN BIN JAMIL UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PROJEK SISTEM PENEMPAHAN PAKAIAN ATAS TALIAN NUR AFIQAH BT MD BAHARUDIN DR. SITI FADZILAH MAT NOOR ABSTRAK

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ 10, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

Frequently Asked Questions (FAQ)

APLIKASI MAKLUMAT IPT BERSEPADU BERASASKAN ANDROID DENGAN SISTEM SOKONGAN GPS (JEJAK IPT)

Transcription:

PENGURUSAN FASILITI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) KG. BARU HICOM, SHAH ALAM AINA SUHADA BINTI ABDULLAH Tesis ini dikemukakan bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah dengan Kepujian Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia DISEMBER 2017

ii Saya akui tesis ini adalah hasil kerja sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Pelajar:. AINA SUHADA BINTI ABDULLAH Tarikh:.. Penyelia: DR.KHADIJAH BINTI MD ARIFFIN

iii DEDIKASI Kepada kedua-dua ibubapa saya, ABDULLAH BIN MAMAT RUHANI BINTI YAACOB Terima kasih kerana banyak memberikan sokongan dan dorongan untuk meneruskan pengajian ini. Kepada penyelia yang saya hormati, DR. KHADIJAH BINTI MD ARIFFIN Terima kasih kerana memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang saya berada di UTHM dan menyiapkan penyelidikan ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian, Terima kasih untuk kerjasama dan sokongan sepanjang pengajian saya di UTHM.

iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W Pertamanya saya ingin ucapkan setulus penghargaan kepada penyelia saya iaitu Dr. Khadijah Binti Md Ariffin yang sentiasa memberikan tunjuk ajar, sokongan, dorongan dan pengetahuan tambahan sepanjang saya berada di UTHM dan melakukan penyelidikan ini. Dengan segala ilmu yang dicurahkan kepada saya, akhirnya saya dapat menyiapakan Projek Sarjana Muda ini tanpa sebarang masalah. Penghargaan ikhlas juga diucapkan kepada pihak pengurusan fasiliti dan penduduk PPR Kg. Baru Hicom yang telah banyak membantu dalam menyumbangkan data penting dan statistic berkaitan. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam saya menjayakan Projek Sarjana Muda ini. Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua ibubapa saya serta ahli keluarga yang lain kerana memberikan sokongan moral dan dorongan supaya saya meneruskan pengajian ini dan berjaya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberikan kerjasama serta berkongsi idea untuk saya menyiapkan tugasan ini. Sekian terima kasih.

v ABSTRACT The Public Housing Project (PPR) is an initiative by the government to provide the low-income group with a comfortable home at affordable prices. However PPR housing is often associated with unsatisfactory facility management issues causing the residents to be unhappy with the housing situation. Therefore, the objective of this study is to review the facilities management strategy used and to identify the level of satisfaction of the residents to the facilities provided at PPR Kg. Baru Hicom in Shah Alam. Semi structured interview method with representatives of PPR Kg. Baru Hicom in Shah Alam has been used to obtain information for achieving the first objective. Methods of the survey form have also been used and distributed to several respondents comprising the residents of PPR Kg. Baru Hicom is to know their level of satisfaction with the facilities provided. Respondents were selected based on stratified random sampling method which is respondents who stayed for a year and above at PPR Kg. Baru Hicom. The result of this study found that the management strategy of the facility was carried out by the management of PPR Kg. Baru Hicom is less satisfactory because of the level of satisfaction of residents on the facilities provided at PPR Kg. Baru Hicom is at a less satisfactory level. Therefore, based on this study, the management of PPR Kg. Baru Hicom can improve the way of managing the facilities and thereby enhances the level of satisfaction of the population to the facilities provided.

vi ABSTRAK Projek Perumahan Rakyat (PPR) merupakan satu inisiatif oleh kerajaan untuk memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah memiliki rumah yang selesa dengan harga yang mengikut kemampuan. Namun perumahan PPR sering dikaitkan dengan isu pengurusan fasiliti yang kurang memuaskan menyebabkan penduduk tidak berpuas hati dengan keadaan perumahan tersebut. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji strategi pengurusan fasiliti yang digunakan dan mengenalpasti tahap kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti PPR Kg.Hicom Baru di Shah Alam. Kaedah temu bual semi struktur bersama wakil pihak pengurusan fasiliti PPR Kg. Baru Hicom di Shah Alam telah digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi mencapai objektif pertama. Kaedah borang kaji selidik juga telah digunakan dan diedarkan kepada beberapa orang responden yang terdiri daripada penduduk PPR Kg. Baru Hicom tersebut untuk mengetahui tahap kepuasan mereka terhadap pengurusan fasiliti yang disediakan. Responden dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata iaitu responden yang menetap selama setahun dan ke atas di PPR Kg. Baru Hicom. Hasil daripada kajian ini mendapati strategi pengurusan fasiliti yang dilakukan oleh pihak pengurusan PPR Kg. Baru Hicom kurang memuaskan kerana tahap kepuasan penduduk terhadap fasiliti yang disediakan di PPR Kg. Baru Hicom berada pada tahap yang kurang memuaskan. Oleh itu, berdasarkan kajian ini, pihak pengurusan PPR Kg. Baru Hicom dapat melakukan penambahbaikan terhadap cara pengurusan fasiliti yang dilakukan dan seterusnya dapat mempertingkatkan lagi tahap kepuasan penduduk terhadap fasiliti yang disediakan.

vii KANDUNGAN BAB 1 TAJUK i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRACT v ABSTRAK vi KANDUNGAN vii SENARAI RAJAH xi SENARAI JADUAL xiv SENARAI GAMBAR xv SENARAI LAMPIRAN xvi SENARAI SINGKATAN xvii PENGENALAN 1.0 Pendahuluan 1 1.1 Latar belakang kajian 2 1.2 Penyataan masalah 3 1.3 Persoalan kajian 5 1.4 Objektif kajian 5 1.5 Skop kajian 6 1.6 Kepentingan kajian 6 1.6.1 Pihak pengurusan fasiliti PPR Kg. Baru 7 Hicom, Shah Alam 1.6.2 Penduduk PPR Kg. Baru Hicom, 7 Shah Alam 1.6.3 Ahli akademik 7 1.7 Metodologi kajian 7 1.7.1 Peringkat pertama: Pemilihan tajuk 8

viii BAB 2 BAB 3 1.7.2 Peringkat kedua : Kajian literatur 8 1.7.3 Peringkat ketiga : Pengumpulan data 8 1.7.4 Peringkat keempat: Analisis data 9 1.7.5 Peringkat kelima : Rumusan dan cadangan 9 1.8 Jangkaan hasil kajian 11 1.9 Rumusan 11 KAJIAN LITERATUR 2.0 Pendahuluan 12 2.1 Pengurusan fasiliti 13 2.1.1 Definisi pengurusan 13 2.1.2 Definisi fasiliti 14 2.1.3 Definisi pengurusan fasiliti 15 2.2 Strategi pengurusan fasiliti 16 2.3 Fungsi pengurusan fasiliti 19 2.4 Matlamat pengurusan fasiliti 20 2.5 Kepentingan pengurusan fasiliti 22 2.6 Proses pengurusan fasiliti 23 2.7 Jenis fasiliti 25 2.7.1 Fasiliti fizikal 25 2.7.2 Fasiliti bukan fizikal 25 2.8 Jenis fasiliti yang ada di PPR 25 2.8.1 Tangga 25 2.8.2 Tempat letak kereta dan motosikal 26 2.8.3 Tandas 26 2.8.4 Ruang 26 2.8.5 Taman permainan 26 2.8.6 Lif 27 2.8.7 Pondok keselamatan 27 2.8.8 Lampu/pencahayaan 27 2.9 Penyelenggaraan bangunan 27 2.10 Tahap kepuasan 29 2.11 Rumusan 29 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 31

ix BAB 4 BAB 5 3.1 Aliran kajian 32 3.1.1 Peringkat pertama: Pemilihan tajuk 32 3.1.2 Peringkat kedua : Kajian literatur 33 3.1.3 Peringkat ketiga : Pengumpulan data 33 3.1.4 Peringkat keempat: Analisis data 35 3.1.5 Peringkat kelima : Rumusan dan cadangan 35 3.2 Kaedah pengumpulan data 36 3.2.1 Kaedah temu bual 36 3.3.2 Kaedah pemerhatian 37 3.2.3 Kaedah soal selidik 37 3.3 Kaedah menganalisis data 38 3.3.1 Kaedah analisis kandungan 38 3.3.2 Kaedah analisis frekuensi 38 3.3.3 Kaedah purata indeks 39 3.4 Rumusan 39 ANALISIS DATA 4.0 Pendahuluan 41 4.1 Kaedah analisis data 41 4.2 Hasil analisis data objektif petama 42 4.2.1 Carta organisasi pihak pengurusan PPR 42 Kg. Baru Hicom, Shah Alam. 4.2.2 Jenis fasiliti di PPR Kg. Baru Hicom 43 4.2.3 Strategi pengurusan fasiliti PPR Kg. Baru Hicom 52 4.3 Hasil analisis data objektif kedua 56 4.3.1 Bahagian A: Latar belakang responden 57 4.3.2 Bahagian B: Analisis tahap kepuasan responden 61 terhadap fasiliti-fasiliti disediakan di PPR Kg. Baru Hicom 4.4 Rumusan purata indeks untuk tahap kepuasan 89 4.5 Rumusan 92 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan 93 5.1 Rumusan hasil analisis data objektif yang pertama 93 5.2 Rumusan hasil analisis data objektif yang kedua 94

x 5.3 Limitasi kajian 96 5.4 Kajian lanjutan 97 5.5 Kesimpulan 97 RUJUKAN 99 LAMPIRAN A 103 LAMPIRAN B 105 LAMPIRAN C 111 VITA 117

xi SENARAI RAJAH Rajah 1.1 Carta alir kajian 10 Rajah 2.1 Komponen strategi pengurusan fasiliti 18 Rujuk 2.2 Peringkat untuk membangunkan strategi pengurusan fasiliti. 19 Rajah 2.3 Fungsi dan peranan pengurusan fasiliti 20 Rajah 2.4 Carta alir bagi proses pengurusan asiliti 23 Rajah 2.5 Fungsi penyelenggaran 29 Rajah 3.1 Carta alir kajian 39 Rajah 4.1 Carta organisasi pihak pengurusan PPR Kg. Baru Hicom 42 Rajah 4.2 Jenis-jenis fasiliti di PPR Kg. Baru Hicom 43 Rajah 4.3 Peratusan jantina responden 58 Rajah 4.4 Peratusan umur responden 58 Rajah 4.5 Tempoh menetap di PPR Kg. Baru Hicom 59 Rajah 4.6 Peratusan responden mengikut bangsa 60 Rajah 4.7 Peratusan responden mengikut pekerjaan 61 Rajah 4.8 Keadaan tempat letak kenderaan 62 Rajah 4.9 Keluasan tempat letak kenderaan 62 Rajah 4.10 Kebersihan untuk menggunakan kawasan tersebut 62 Rajah 4.11 Tahap pencahayaan di tempat letak kenderaan 63 Rajah 4.12 Struktur fizikal bagi kemudahan tangga 64 Rajah 4.13 Pencahayaan di tangga adalah cukup terang 64 Rajah 4.14 Kebersihan dan keselamatan tangga 65 Rajah 4.15 Jumlah peralatan permainan yang disediakan 66 Rajah 4.16 Keadaan struktur fizikal peralatan 67 Rajah 4.17 Kebersihan dan keselesaan taman permainan 67 Rajah 4.18 Keselamatan taman permainan pada waktu malam 67

xii Rajah 4.19 Penyediaan papan tanda amaran di taman permainan 68 Rajah 4.20 Jumlah tong sampah yang disediakan 70 Rajah 4.21 Kekerapan pungutan sampah 70 Rajah 4.22 Kedudukan tong sampah 71 Rajah 4.23 Ketegasan pengawal keselamatan dalam menguatkuasakan peraturan 72 Rajah 4.24 Pencahayaan di pondok pengawal keselamatan 72 Rajah 4.25 Kekerapan pengawal keselamatan melakukan rondaan 73 Rajah 4.25 Kedudukan pondok pengawal 73 Rajah 4.27 Layanan pengawal keselamatan 73 Rajah 4.28 Keluasan dewan serbaguna 75 Rajah 4.29 Kedudukan dewan serbaguna 75 Rajah 4.30 Kebersihan dewan serbaguna 76 Rajah 4.31 Pencahayaan di dewan serbaguna 76 Rajah 4.32 Bilangan lif yang disediakan 77 Rajah 4.33 Kedudukan lif 78 Rajah 4.34 Kebersihan dan keselesaan lif 78 Rajah 4.35 Tahap pencahayaan di kawasan dalam dan luar lif 78 Rajah 4.36 Kebolehfungsian lif 79 Rajah 4.37 Bilangan lampu jalan yang disediakan 80 Rajah 4.38 Kedudukan lampu jalan 80 Rajah 4.39 Kebolehfungsian lampu jalan 81 Rajah 4.40 Kebersihan dan keselamatan gelanggang futsal 82 Rajah 4.41 Jumlah peralatan yang disediakan 82 Rajah 4.42 Tahap pencahayaan di gelanggang futsal 82 Rajah 4.43 Keluasan gelanggang futsal 83 Rajah 4.44 Keluasan surau 84 Rajah 4.45 Kelengakapan peralatan di surau 84 Rajah 4.46 Tahap pencahayaan di surau 85 Rajah 4.47 Kebersihan dan keselesaan untuk menggunakan surau 85 Rajah 4.48 Kebolehfungsian pagar utama 86 Rajah 4.49 Keadaan struktur fizikal pagar utama 86 Rajah 4.50 Bilangan alat pemadam api yang disediakan 87 Rajah 4.51 Kedudukan alat pemadam api 88

xiii Rajah 4.52 Kebolehfungsian alat pemadam api 88 Rajah 4.53 Penyediaan papan tanda cara penggunaan alat pemadam api 88

xiv SENARAI JADUAL Jadual 2.1 Definisi fasiliti 14 Jadual 2.2 Definisi pengurusan fasiliti 16 Jadual 2.3 Jenis fasiliti 25 Jadual 3.1 Nilai Skala Analisis Purata Indeks 39 Jadual 4.1 Rumusan purata indeks untuk tahap kepuasan responden terhadap fasiliti yang disediakan di PPR Kg. Baru Hicom 89

xv SENARAI GAMBAR Gambar 4.1 Surau PPR Kg. Baru Hicom 44 Gambar 4.2 Tangga PPR Kg. Baru Hicom 44 Gambar 4.3 Tempat letak motosikal 45 Gambar 4.4 Tempat letak kereta 45 Gambar 4.5 Taman permainan 46 Gambar 4.6 Gelanggang futsal 47 Gambar 4.7 Dewan serbaguna 47 Gambar 4.8 Lif 48 Gambar 4.9 Laluan lif 48 Gambar 4.10 Lampu jalan 49 Gambar 4.11 Pagar utama 50 Gambar 4.12 Pondok pengawal keselamatan 50 Gambar 4.13 Tong sampah 51 Gambar 4.14 Alat pemadam api 52

xvi SENARAI LAMPIRAN A Borang temu bual 103 B Borang soal selidik 105 C Transkrip 111

xvii SENARAI SINGKATAN KPKT KD MTEN NGO PPR SPSS PDRM Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kota Damansara Majlis Tindakan Ekonomi Negara Non-governmental Organization atau Pertubuhan Bukan Kerajaan Projek Perumahan Rakyat Statistical Package for Science Social Polis Di Raja Malaysia

BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Setiap manusia walaupun berlainan bangsa, warna kulit, agama, dan budaya memerlukan sebuah rumah untuk dijadikan sebagai tempat berteduh dan menjalankan aktiviti seharian mereka dengan selesa. Rumah merupakan satu keperluan wajib bagi sesebuah keluarga dan individu. Perumahan terdiri daripada bangunan-bangunan dan terdapat kemudahan fasiliti yang disediakan bagi sesebuah perumahan. Di dalam Dasar Perumahan Negara (2012), kerajaan telah menggariskan dasar untuk menyediakan perumahan atau kediaman yang sesuai, mampu dimiliki dan berkualiti kepada semua rakyat bagi semua peringkat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Salah satu usaha kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki tempat kediaman ialah perlaksanaan Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk penempatan semula setinggan. Jabatan Perumahan Negara/ Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Setiap bangunan perumahan dan kemudahan fasiliti yang disediakan di kawasan perumahan perlulah sentiasa diurus dan diselenggara dengan cekap bagi memastikan kepuasan penduduk terhadap pengurusan fasiliti di PPR tersebut berada pada tahap yang baik. Tambahan pula, keberkesanan pengurusan fasiliti merupakan faktor penting bagi memastikan bangunan dan kemudahan fasiliti yang disediakan tidak tergendala perkhidmatanya dan keselamatan orang disekeliling terjamin.

2 Perlaksanaan pengurusan fasiliti di bangunan perumahan ini melibatkan penyelarasan pelbagai sumber dan faktor yang terlibat. Ianya perlu diuruskan secara bersistematik dan berkesan bagi memastikan keselamatan dan tahap kepuasan penduduk di kawasan perumahan tersebut. Kejayaan atau kegagalan pengurusan fasiliti akan memberi impak yang besar kepada pihak pengurusannya atau penduduk. Secara keseluruhannya, pengurusan fasiliti yang baik akan memberi impak yang positif kepada penduduk yang berada di kawasan tersebut. Ianya juga menunjukan kejayaan dan kecekapan sesebuah organisasi dalam menguruskan fasiliti sesuatu hartanah tersebut. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat menjadi sumber dan manfaat kepada pihak yang berkepentingan yang berkaitan dengan kajian ini. 1.1 Latar Belakang Kajian Pengurusan fasiliti sesuatu bangunan bertujuan untuk meningkatkan jangka hayat bangunan tersebut dengan cara mengelakkan dan melambatkan proses kerosakkan dan kegagalan bangunan untuk terus berfungsi dengan baik. Pengurusan fasiliti yang sistematik dan teratur boleh mengekalkan nilai sesuatu bangunan itu. Selaras dengan itu, kajian penyelidikan ini dilakukan untuk mengkaji sistem pengurusan fasiliti di PPR yang dipilih iaitu Kg. Baru Hicom di Shah Alam untuk mengetahui konsep dan aliran kerja pengurusan fasiliti yang digunakan dengan lebih terperinci. Di samping itu, kajian penyelidikan ini juga dapat memberi pendedahan tentang strategi pengurusan fasiliti yang digunakan untuk menguruskan bangunan tersebut kepada masyarakat. Melalui kajian ini juga, penyelidik dapat mengenal pasti jenis-jenis fasiliti yang disediakan di mana ianya merangkumi komponen asas, kemudahan sokongan yang perlu disediakaan serta kemudahan sokongan pilihan. Pihak yang terlibat untuk menguruskan fasiliti di bangunan tersebut boleh memilih untuk menyediakan fasiliti tersebut atau tidak. Fasiliti yang tergolong dalam kemudahan sokongan pilihan biasanya merupakan bukan fasiliti yang penting dan tidak mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan tersebut jika fasiliti tersebut tidak disediakan. Berdasarkan kajian ini juga, masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan fasiliti di PPR di Kg. Baru Hicom dan tahap kepuasan juga dapat dikenalpasti berdasarkan kaji selidik yang dijalankan. Pengurusan fasiliti yang kurang memuaskan boleh mendatangkan kesan negatif dan bahaya kepada orang sekeliling.

3 Malahan pihak pengurusan juga akan menanggung kos yang tinggi untuk menambahbaik kembali kerosakan yang berlaku akibat pengurusan yang tidak teratur dan sistematik. 1.2 Penyataan Masalah Perumahan merupakan agenda utama bagi setiap negara di dunia. Ini adalah kerana perumahan bukan saja merupakan struktur fizikal yang menyediakan perlindungan kepada penghuninya tetapi juga berkait rapat dengan sosio ekonomi, politik, kejiranan dan persekitaran (Bourne, 1981). Organisasi pembangunan perumahan merupakan salah satu organisasi yang beroperasi di seluruh pelosok tanah air. Dengan konsep perkhidmatan sebagai aktiviti utama bagi organisasi ini, ianya perlu menitiberatkan sistem perkhidmatannya bagi menjamin kepuasan penduduk dalaman mahupun luaran. Di sini kita dapat melihat peranan fasiliti dalam menyokong aktiviti utama bagi organisasi pembangunan perumahan dalam usaha untuk mencapai matlamat dan objektif penubuhan organisasi tersebut. Pengurusan fasiliti yang baik dapat mempengaruhi tahap kepuasan penduduk. Di Malaysia, pembangunan perumahan boleh di ibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan dan kerajaan telah membentuk satu dasar perumahan negara bagi memastikan perumahan yang disediakan mencukupi, berkualiti dan dalam kemampuan berpendapatan rendah. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merupakan pihak yang bertanggungjawab di dalam pembangunan perumahan. Kementerian ini memainkan peranan utama dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan, khususnya kepada pembangunan rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah berpeluang dan mampu memiliki rumah. Antara pembangunan perumahan kos rendah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ialah PPR untuk mengatasi masalah kekurangan perumahan dan masalah setinggan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) tetapi PPR sering dikaitkan dengan isu pengurusan fasiliti yang kurang memuaskan yang menjadi tajuk utama yang sering diperbincangkan di media massa. Antaranya ialah dari aspek penyelenggaraan PPR tersebut seperti penyataan yang dinyatakan dalam keratan akhbar Sinar Harian oleh Habirin (2015) mengenai masalah

4 kemudahan fasiliti yang membelenggu penduduk PPR antaranya lif yang sering rosak, jeriji besi tangga yang usang, isu kebersihan serta tahap keselamatan yang lemah. Kerosakan dan keusangan yang serius boleh menjadi ancaman keselamatan dan keselesaan kepada penghuni serta pengguna yang berada di dalam atau sekitar perumahan tersebut (Syafi, 2005). Tambahan pula, isu menyewakan kediaman PPR merupakan isu hangat yang dibincangkan kerana adanya pihak yang tidak bertanggungjawab menyewakan unit yang diberikan kepada mereka kepada pihak ketiga semata-mata ingin mendapat keuntungan berlipat kali ganda dan menyebabkan golongan yeng lebih layak terpaksa menunggu giliran yang lebih panjang untuk mendapatkan pemilikan PPR yang lain (Rajagopal, 2016). Kajian Hashim, Samikon & Ismail (2015) menyokong bahawa perumahan kos rendah sering dikritik kerana berkualiti rendah dan hasil yang teruk. Selain itu, bahan binaan yan tidak berkualiti, sistem perparitan yang tidak betul dan penggunaan tanah yang salah boleh menyebabkan pembinaaan yang dilakukan mengalami masalah. Oleh itu, pihak pengurusan perlulah cekap dalam menangani masalah ini agar fasiliti yang disediakan dapat berfungsi dengan baik. Menurut kajian yang dijalankan oleh Jan (2008) pula ciri-ciri perumahan yang sempurna ialah perumahan yang dapat memenuhi keperluan penghuni, memberi kesejahteraan kepada isi rumah, keselesaan rekabentuk dan dari segi keselamatan iaitu persekitaran luaran yang dikawal rapi dan persekitaran dalaman yang teratur. Jan (2008) juga menyatakan penghuni rumah kos rendah kurang selesa dengan keadaan rumah kerana saiz rumah yang disediakan kecil tidak mencukupi untuk keluarga yang mempunyai bilangan yang ramai. Banyak kajian yang menyatakan kepuasan terhadap perumahan merupakan salah satu komponen penting yang mempengaruhi kualiti hidup. Pembinaan perumahan kos rendah semata-mata tidak akan memberi makna jika tidak dapat memberi keselesaan hidup kepada penghuni (Jamaluddin, 2001). Sebagai contoh, berdasarkan kertas bil.43 (2015), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) ada menyatakan kadar jenayah yang dilaporkan di PPR Kota Damanasara (KD) adalah 9 kes untuk tahun 2014 dan 4 kes untuk bulan Januari 2015. Bersambungan dengan itu, penduduk di PPR Kota Damansara mendakwa keselamatan sosial adalah tidak memuaskan dan penduduk berasa tidak selamat. Zavadskas et al, (1998) menyatakan untuk memelihara keadaan hartanah supaya

5 dalam keadaan baik, pengurusan penyelenggaraan bangunan seharusnya mempunyai pengurusan sumber yang efektif dan mendapatkan keuntungan daripada pelaburan pembinaan yang telah dikeluarkan. Kajian Al-Zubaidi (1997) menyatakan kepentingan penyelenggaraan bangunan adalah untuk mengekalkan sesebuah bangunan tersebut sentiasa dalam keadaan efektif. Contohnya, menurut Pertubuhan Bukan Kerajaan atau NGO menyatakan di dalam kertas bil.43 (2015), PPR KD mengalami masalah tikus yang semakin teruk di mana penduduk dijangkiti yang berkaitan dengan tikus. Beliau berkata bahawa populasi tikus yang meningkat dapat dilihat apabila lawatan dilakukan. Masalah ini lazimnya berlaku di kebanyakkan PPR yang tidak diselenggara dengan baik. Justeru itu, kajian ini telah memfokuskan tentang strategi pengurusan fasiliti yang digunakan dan mengenalpasti tahap kepuasan penghuni PPR Kg. Baru Hicom, Shah Alam terhadap fasiliti perumahan tersebut. 1.3 Persoalan Kajian Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini merangkumi beberapa aspek seperti berikut: i. Apakah strategi pengurusan fasiliti yang digunakan PPR Kg. Baru Hicom di Shah Alam? ii. Apakah tahap kepuasan penduduk terhadap fasiliti di PPR Kg. Baru Hicom, Shah Alam? 1.4 Objektif kajian Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji pengurusan fasiliti di PPR Kg. Baru Hicom, Shah Alam. Objektif kajian yang dikemukan ialah: i. Mengkaji strategi pengurusan fasiliti yang digunakan di PPR Kg. Baru Hicom, Shah Alam. ii. Mengenalpasti tahap kepuasan penduduk terhadap fasiliti di PPR Kg.Baru Hicom, Shah Alam.

6 1.5 Skop Kajian Setelah permasalahan kajian dihuraikan dan objektif kajian ditetapkan, skop kajian dibentuk agar kajian ini selaras dengan objektif yang ditetapkan. Kajian ini memfokuskan tentang tahap kepuasan dan strategi pengurusan fasiliti PPR Kg. Baru Hicom di Shah Alam yang terletak di Selangor. Kawasan ini dipilih kerana ianya merupakan kawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang padat. Terdapat banyak PPR yang dibina bagi menampung bilangan penduduk serta banyak isu berkaitan dengan pengurusan fasiliti yang timbul. Responden bagi kajian ini ialah pihak pengurusan PPR Kg. Baru Hicom di Shah Alam yang bertanggungjawab untuk menguruskan fasiliti di PPR tersebut. Kaedah temu bual berbentuk semi struktur dengan eksekutif pengurusan harta PPR Kg. Baru Hicom telah dilakukan untuk mengkaji strategi pengurusan fasiliti yang digunakan. Bagi mengukur tahap kepuasan penghuni terhadap fasiliti perumahan, penyelidik telah menggunakan teknik kuantitatif iaitu di mana borang soal selidik telah diedarkan kepada beberapa orang penghuni perumahan yang dipilih menggunakan kaedah persampelan kebarangkalian iaitu persampelan rawak berstrata. Responden yang dipilih ialah mereka yang telah menetap di PPR tersebut selama setahun dan keatas. 1.6 Kepentingan Kajian Secara umumnya kajian yang djalankan oleh penyelidik adalah untuk mengkaji strategi pengurusan fasiliti yang digunakan di PPR Kg. Baru Hicom, Shah Alam dan tahap kepuasan penduduk terhadap fasiliti yang disediakan. Kajian yang dijalankan diharap dapat memberikan manfaat oleh pelbagai pihak samada secara lansung atau tidak lansung di dalam sektor pembangunan untuk menguruskan fasiliti perumahan tersebut. Antara pihak yang mendapat kepentingan dan manfaat daripada kajian ini ialah:

7 1.6.1 Pihak pengurusan fasiliti PPR Kg. Baru Hicom di Shah Alam Melalui kajian yang dijalankan ini, pihak pengurusan fasiliti PPR Kg. Baru Hicom di Shah Alam dapat mengenalpasti apakah kekurangan yang terdapat di dalam penyediaan kemudahan fasiliti. Pihak pengurusan juga akan cuba untuk mengenalpasti kaedah dan cara pengurusan terbaik dalam menguruskan hartanah tersebut. Selain itu, pihak pengurusan akan lebih cakna terhadap tahap kepuasaan penduduk tentang cara pengurusan fasiliti yang digunakan melalui aduan serta maklum balas yang diterima daripada penduduk. Pihak pengurusan juga boleh mengambil kira isu yang terdapat dalam pengurusan fasiliti PPR supaya dapat mempertingkatkan lagi cara pengurusan fasiliti bagi PPR Kg. Baru Hicom di Shah Alam. 1.6.2 Penduduk PPR Kg. Baru Hicom di Shah Alam. Hasil kajian ini juga dapat membantu penduduk untuk mengetahui kemudahan dan fasiliti yang disediakan di kawasan PPR Kg. Baru Hicom. Selain itu juga, ianya memberikan peluang kepada penduduk untuk bersuara tentang tahap kepuasan mereka terhadap pengurusan fasiliti yang digunakan di PPR tersebut. 1.6.3 Ahli akademik Kajian ini juga diharap dapat membantu ahli akademik samada pelajar atau pihak lain yang terlibat dalam pengurusan fasiliti untuk dijadikan sebagai bahan rujukan. Ianya juga diharap dapat membantu pelajar yang ingin menjalankan kajian lanjutan terhadap pengurusan fasiliti di PPR. Di samping itu, ianya juga akan menyumbang kepada peningkatan ilmu pengetahuan dan bahan ilmiah kepada ahli akademik. 1.7 Metodologi Kajian Untuk melaksanakan kajian ini, beberapa pendekatan telah dilaksanakan bertujuan untuk mengumpul data-data yang berkenaan dan seterusnya mencapai objektif kajian. Satu metodologi telah di rangka dengan rapi dan telah dibahagikan kepada lima peringkat iaitu: