pengarah profil para Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Similar documents
Profil Para Pengarah. Y BHG TAN SRI AZMAN HASHIM Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Board of Directors 20 FRASER & NEAVE HOLDINGS BHD ( V) LEMBAGA PENGARAH

corporate structure Struktur Korporat 100% Fraser & Neave (Malaya) Sdn Bhd 100% Malaya Glass Products Sdn Bhd 100% F&N Dairies (Malaysia) Sdn Bhd

Fraser & Neave Holdings Bhd V. board of. directors. lembaga pengarah

BOARD OF DIRECTORS LEMBAGA PENGARAH

Detik-Detik Meyakinkan

membuka peluang, memenuhi impian opening doors, fulfilling dreams

CORPORATE STRUCTURE AS AT 14 SEPTEMBER 2001 STRUKTUR KORPORAT PADA 14 SEPTEMBER 2001

(Company No M) a fresh. perspective perspektif baru. annual report 2005 laporan tahunan

MAKLUMAT KORPORAT CORPORATE INFORMATION

Best Islamic REIT Deal in South East Asia 2007

engineered to exhilarate Perusahaan Otomobil Nasional Berhad Laporan Tahunan 2003 Annual Report

cover rationale rasional kulit depan

technology TEKNOLOGI innovation INOVASI safety KESELAMATAN laporan tahunan 2003 annual report

Key Elements for Success Kunci Utama untuk Mencapai Kejayaan

INNOVATION IS A PROCESS OF DISCOVERY

VISI FALSAFAH MISI COGAN KATA

Memelihara Nilai Teras bagi Pertumbuhan Berkekalan

Laporan Tahunan. Annual Report

laporan tahunan 2OO1/2002 MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BERHAD

Contents. Kandungan ANNUAL REPORT. laporan tahunan

Financial Calendar 1. Notice of Annual General Meeting and Notice of Dividend Entitlement 2. Statement Accompanying Notice of Annual General Meeting 6

PENGENALAN MISI SYARIKAT INI ADALAH PENGLIBATAN SECARA AKTIF DALAM ARUS PEMBANGUNAN DAN EKONOMI NEGARA.

3 NOTICE OF ANNUAL GENERAL MEETING 11 STATEMENT ACCOMPANYING NOTICE OF ANNUAL GENERAL MEETING 12 CORPORATE INFORMATION 13 DIRECTORS PROFILE

30 tahun Pertumbuhan Yang Mampan

Transformation Transformasi

IJM CORPORATION BERHAD ( A) laporan tahunan

Shaping The Growing Future

ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN

KANDUNGAN / CONTENTS. Laporan dan Penyata Kewangan. Reports and Financial Statements

MAS CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 3

Creating a distinct identity in the Oil & Gas industry Mencipta identiti tersendiri dalam industri Minyak & Gas

VISI UNTUK MENJADI FIRMA PELABURAN DISTINKTIF BERTARAF DUNIA

DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA Mesyuarat Agung

PERINTAH PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (GOLONGAN PENGGUNA DATA) 2013 PERSONAL DATA PROTECTION (CLASS OF DATA USERS) ORDER 2013

KANDUNGAN RANGKA KERJA & KOMITMEN ORGANISASI & PENGEMUDIAN RINGKASAN MAKLUMAT PEMEGANG SAHAM KAJIAN & LAPORAN PERNIAGAAN TANGGUNGJAWAB KORPORAT

Soaring TOWARDS Higher GROWTH

PETRA ENERGY BERHAD. PETRA ENERGY BERHAD H

LAPORAN TAHUNAN galakan pemilikan rumah negara: merealisasikan impian

ANUGERAH & Syarikat Insurans Terbaik, Malaysia

MENJANA GEMILANG YANG LEBIH MASA DEPAN

C M Y K C M Y K C M Y K

TELEKOM MALAYSIA BERHAD ( P) RASIONAL KONSEP. Abad Ke 21 sudah tiba. Di mana cabaran perubahan bertambah ketara.

WE ARE. focused. on growth Annual Report Laporan Tahunan

Pencapaian Kami. > Kumpulan ini memulakan operasi pada 1 April 1976 sebagai usaha sama antara pemegang saham dari Arab Saudi dan Malaysia.

MEDIA COVERAGE. TITLE : SESB bags US$41.6m Indonesia MEDIA : New Straits Times contract COMPANY : Scomi Energy Services Bhd DATE : 15 January 2016

L a p o r a n Ta h u n a n

(6265-P) Annual Report. Laporan Tahunan. Seeing Beyond Today

satu tujuan Matlamat tertumpu Syarikat mengemudi kami dalam memenuhi perhubungan strategik dan berkekalan dengan pelanggan kami.

LAPORAN TAHUNAN BERKEMBANG SEIRING TEKNOLOGI

ANNUAL REPORT 2004 LAPORAN TAHUNAN 2004

Amir Hussain Md. Ishak Ketua Pustakawan, Universiti Putra Malaysia Pengerusi PERPUN

Al- AQAR healthcare ReIt

CONTENTS KANDUNGAN HIGHLIGHTS PETUNJUK PERFORMANCE OVERVIEW PETUNJUK PRESTASI LEADERSHIP KEPIMPINAN LIABILITY LIABILITI SUBSIDIARIES

CONTENTS KANDUNGAN. Corporate Social Responsibility (CSR) Tanggungjawab Sosial Korporat About Us 02 Perihal Kami 03

LEMBAGA TABUNG HAJI. Laporan Tahunan TABUNG HAJI 2011 Annual Report

Directors Profile Profil Para Pengarah

laporan tahunan BANGKIT MENGATASI CABARAN

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 15 MEI 2017) Tarikh MoU Luput. PTJ Peneraju 22 Januari 1996 Tiada Pejabat Pendaftar

Rising. challenge. to the. PETRA PERDANA BERHAD A 2006 annual report laporan tahunan

OPERASI BERMULA LAPORAN KEMAJUAN TAHUNAN.

TECHNOLOGY AND INNOVATION MANAGEMENT AWARENESS AND PRACTISE A CASE STUDY IN BRITISH AMERICAN TOBACCO GSD (KL) SDN BHD

Annual Report. Laporan Tahunan

Penyata, Statistik dan Aktiviti

annual report 1999 l a p o r a n t a h u n a n Puncak Niaga Holdings Berhad U

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 31 Oktober 2014)

LAPORAN TAHUNAN 2016 Tadbir Urus Korporat

STATEMENT ACCOMPANYING NOTICE OF ANNUAL GENERAL MEETING Penyata Mengenai Notis Mesyuarat Agung Tahunan

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 31 Januari 2017)

profile of directors Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin Independent Non-Executive Director Chairman of Scomi Group Bhd

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 15 OGOS 2017)

KALENDAR PERISTIWA JANUARI

SATANG JAYA HOLDINGS BERHAD ( K) annual report 2005 laporan tahunan

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 30 November 2016)

aktiviti perniagaan April 2007 hingga Mac 2008

PUBLIC e-islamic CASH DEPOSIT FUND

Penyata-Penyata Kewangan 2016 Dinyatakan dalam Ringgit Malaysia Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Mac 2016

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 2 MEI 2018)

PUBLIC e-cash DEPOSIT FUND (PUBLIC DANA e-deposit TUNAI) (PeCDF)

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 29 Februari 2016)

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 31 Disember 2018)

TABLE OF CONTENT 1.0 VISION, MISSION 2.0 COMPANY PROFILE. 2.1 Company Address and Contact Details 2.2 Other Company Details 3.0 CORPORATE INFORMATION

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 31 Disember 2017)

1. SAMBUNGAN PENUTUPAN PENUH JALAN JANGKA PENDEK SECARA DUA PERINGKAT DI JALAN RAYA SATU (MALAM)

PERINTAH GAJI MINIMUM (PINDAAN) 2013 MINIMUM WAGES (AMENDMENT) ORDER 2013

PB GROWTH SEQUEL FUND (PB DANA SEKUEL TUMBUH) (PBGSQF)

PUBLIC SINGAPORE EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI SINGAPURA) (PSGEF)

LIVING CARE. Critical Illness Insurance

PUBLIC EQUITY FUND PUBLIC DANA EKUITI (PEF)

PB SINGAPORE ADVANTAGE-30 EQUITY FUND PB DANA EKUITI KELEBIHAN-30 SINGAPURA (PBSGA30EF)

Ulasan Pengarah Urusan

PUBLIC CHINA SELECT FUND

PUBLIC AUSTRALIA EQUITY FUND

PUBLIC CHINA SELECT FUND (PUBLIC DANA CHINA TERPILIH) (PCSF)

PUBLIC REGULAR SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN BERKALA) (PRSF)

Notis Mesyuarat Agung Tahunan

PB EURO PACIFIC EQUITY FUND PB DANA EKUITI EURO PASIFIK (PBEPEF)

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND (PB DANA EKUITI CHINA AUSTRALIA) (PBCAUEF)

Transcription:

profil para pengarah y bhg tan sri dato azman hashim Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Y Bhg Tan Sri Dato Azman Hashim, warganegara Malaysia, berumur 69 tahun dilantik menganggotai Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad pada 15 Ogos 1991 dan menjadi Pengerusi Syarikat sejak 1991. Beliau ialah Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Syarikat. Beliau ialah ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Jawatankuasa Imbuhan Syarikat. Beliau turut menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah dalam beberapa syarikat subsidiari AMMB Holdings Berhad, iaitu AmInvestment Group Berhad, AMFB Holdings Berhad, AmBank (M) Berhad, AmInvestment Bank Berhad, AmIslamic Bank Berhad, AmProperty Trust Management Berhad, AmAssurance Berhad dan AmG Insurance Berhad. Tan Sri Dato Azman, seorang Akauntan Berkanun, Ahli Utama Institut Akauntan Berkanun dan Ahli Utama Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun, telah berkecimpung dalam industri perbankan sejak 1960 bila beliau menyertai Bank Negara Malaysia dan berkhidmat di sana hingga 1964. Beliau menyertai Azman Wong Salleh and Co. sebagai Akauntan Berkanun dari 1964 hingga 1971. Kemudian beliau menganggotai Lembaga Pengarah Malayan Banking Berhad dari 1966 hingga 1980 dan merupakan Pengarah Eksekutifnya dari 1971 hingga 1980. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank Berhad, syarikat subsidiari Malayan Banking Berhad, dari 1980 hingga April 1982 apabila beliau memperoleh AmInvestment Bank Berhad. Tan Sri Dato Azman ialah Pengerusi Eksekutif AmcorpGroup Berhad dan RCE Capital Berhad dan Pengerusi bagi Malaysian South-South Corporation Berhad dan MCM Technologies Berhad. Beliau menganggotai Lembaga Pembangunan MasMelayu Berhad dan Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd. Tan Sri Dato Azman juga terlibat dalam badan-badan organisasi kebajikan sebagai Pengerusi Yayasan AmGroup dan Yayasan Kepimpinan Perdana, dan Pemegang Amanah bagi ECM Libra Foundation, Yayasan Perpaduan Nasional, Yayasan Hepar Malaysia, Yayasan Canselor Open University Malaysia dan barubaru ini, Yayasan Wakaf Malaysia. Tan Sri Dato Azman adalah Pengerusi Persatuan Bank- Bank Pelaburan Malaysia, Perbadanan Produktiviti Malaysia, Majlis Perniagaan Asia Timur dan jawatan Pengerusi Emeritus bagi Majlis Ekonomi Lembangan Pasifik (PBEC) Antarabangsa dan Pengerusi Bersama Malaysia-Singapura Roundtable. Beliau adalah Presiden Persatuan Selatan-Selatan Malaysia, Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun, Kelab SAHABAT Penjara Malaysia dan Majlis Perniagaan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Bendahari, Yayasan Malaysia-Australia. Beliau ialah anggota Majlis Penasihat Perniagaan APEC, Suruhanjaya Trilateral (Kumpulan Asia-Pasifik), Majlis Perniagaan Malaysia-British dan Majlis Perniagaan Malaysia-Cina, dan Majlis Penasihat Perniagaan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik ( UNESCAP ). Beliau juga merupakan Ketua Mesyuarat Perniagaan ASEAN- Jepun (Jawatankuasa Malaysia, Keizai Doyukai) dan merupakan seorang daripada Lembaga Penasihat Pusat AIM bagi Tanggungjawab Sosial Korporat. Beliau ialah Pro-Canselor, Open University of Malaysia dan Anggota Badan Kerajaan bagi Organisasi Produktiviti Asia, dan Panel Penasihat Antarabangsa, Pusat Antarabangsa Bank Negara Malaysia bagi Pengajian dalam Kewangan Islam ( INCEIF ). AMMB Holdings Berhad l Laporan Tahunan 2008 l 28 l

y bhg Dato azlan hashim Timbalan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif y A bhg tun mohammed hanif omar Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif Y Bhg Dato Azlan Hashim, warganegara Malaysia, berumur 66 tahun menganggotai Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad pada 12 Februari 1992 dan menyandang jawatan Timbalan Pengerusi Syarikat sejak 1992. Beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan ahli Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Syarikat. Dato Azlan berkhidmat dengan Keretapi Tanah Melayu dari 1966 hingga 1971, dan menjadi Ketua Akauntan selama dua tahun. Pada 1972, beliau menjadi Rakan Kongsi firma perakaunan awam, Azman Wong Salleh & Co., dan merupakan Rakan Kongsi Kanan di firma ini sebelum menganggotai Lembaga Pengarah AMDB Berhad dari 1982 hingga Julai 2007. Pada masa ini, Dato Azlan ialah Pengerusi Bukan Eksekutif dalam AmFraser International Pte Ltd, AmFraser Securities Pte Ltd dan AmInternational (L) Ltd, dan Pengerusi Eksekutif Global Carriers Berhad. Beliau turut menganggotai Lembaga Pengarah Metrod (M) Berhad, Paramount Corporation Berhad, Sapura Industrial Berhad, Kesas Holdings Berhad, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Syarikat Permodalan & Perusahaan Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad. Beliau juga merupakan Pemegang Amanah Yayasan AmGroup. Y A Bhg Tun Mohammed Hanif Omar, warganegara Malaysia, berusia 69 tahun, dilantik menganggotai Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad pada 6 Mei 1994 dan adalah Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif Syarikat. Beliau juga merupakan anggota Lembaga Pengarah bagi syarikat subsidiari AMMB Holdings Berhad iaitu AMFB Holdings Berhad, AmBank (M) Berhad, AmIslamic Bank Berhad dan AmInvestment Bank Berhad. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan Syarikat. Beliau merupakan mantan Ketua Polis Negara selama 20 tahun sehingga persaraannya pada Januari 1994. Tun Mohammed Hanif juga adalah Pengerusi General Corporation Berhad dan Timbalan Pengerusi Genting Berhad dan Resorts World Berhad. Beliau juga merupakan Presiden Institut Pengurusan Malaysia sejak 2001. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda Sastera dari University of Malaya, Singapura pada 1959, memperoleh LLB (Kepujian) dari Buckingham University, United Kingdom pada 1986 dan memperoleh Sijil Pengamal Undang-undang (Kepujian) dari Lembaga Kelayakan Undang-undang pada 1987. Dato Azlan merupakan Ahli Utama di Institut Akauntan Berkanun (Ireland), Institut Pembangunan Ekonomi, Bank Dunia di Washington D.C., USA dan Institut Bank- Bank Malaysia. Beliau juga seorang Akauntan Awam Bertauliah. l 29 l AMMB Holdings Berhad l Laporan Tahunan 2008

y bhg Tan sri datuk dr aris othman Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Y Bhg Tan Sri Datuk Dr Aris Othman, warganegara Malaysia, berusia 63 tahun, dilantik menganggotai Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad pada 1 April 2004. Beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Syarikat, dan turut menganggotai Jawatankuasa Pencalonan, Jawatankuasa Imbuhan dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kumpulan. Tan Sri Datuk Dr Aris juga ialah ahli Lembaga Pengarah subsidiari Syarikat iaitu AmInvestment Bank Berhad. Beliau juga menjawat jawatan pengarah dalam YTL Power International Berhad. Kini, beliau adalah Pengerusi bagi Malaysia Airports Holdings Berhad. Tan Sri Datuk Dr Aris menyandang pelbagai jawatan di Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 1966 hingga 1986. Beliau dipinjam ke Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Kuala Lumpur sebagai Ketua Pengurus Besar (Perancangan Korporat, Syarikat Subsidiari Kewangan, Perbendaharaan dan Sumber Manusia) dari 1986 hingga 1989. Dari tahun 1989 hingga 1999, Tan Sri Datuk Dr. Aris berkhidmat di Kementerian Kewangan dan menyandang jawatan Pengarah Eksekutif Bank Dunia (Kumpulan Asia Tenggara) dari 1991 hingga 1994 dan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan dari 1998 hingga pertengahan 1999. Kerjaya beliau dalam bidang perbankan menyusul apabila beliau menyandang jawatan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad. Tan Sri Datuk Dr Aris memegang ijazah Doktor Falsafah dalam Ekonomi Pembangunan dan ijazah Sarjana dalam Ekonomi Politik, kedua-duanya dari Boston University, Massachusetts; ijazah Sarjana dalam Ekonomi Pembangunan dari Williams College, Massachusetts, USA dan ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Ekonomi Analitis dari Universiti Malaya. y bhg Tan sri datuk clifford francis herbert Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Y Bhg Tan Sri Datuk Clifford Francis Herbert, warganegara Malaysia, berumur 66 tahun, dilantik menganggotai Lembaga AMMB Holdings Berhad pada 16 April 2004. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kumpulan dan merupakan ahli Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan serta Jawatankuasa Pencalonan Syarikat. Tan Sri Datuk Clifford menyertai perkhidmatan awam Malaysia pada 1964 sebagai Penolong Setiausaha dalam Jabatan Perkhidmatan Awam. Dari 1968 hingga 1975, beliau merupakan Penolong Setiausaha dalam Unit Pentadbiran Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri. Tan Sri Datuk Clifford berkhidmat dalam Kementerian Kewangan dari 1975 to 1997, memuncak sebagai Ketua Setiausaha kepada Perbendaharaan. Dari 1994 hingga 1997, beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia. Dari 1994 hingga 2000, beliau memegang jawatan Pengerusi KL International Airport Berhad yang membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Beliau adalah mantan Pengerusi Percetakan Nasional Malaysia Berhad dan menjadi ahli Lembaga Pengarah dalam pelbagai badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan. Kini, Tan Sri Datuk Clifford menganggotai Lembaga Pengarah Resorts World Berhad, Shell Refining Company (Federation of Malaya) Berhad, AmInvestment Bank Berhad, AmBank (M) Berhad dan AmIslamic Bank Berhad. Di samping itu, Tan Sri Datuk Clifford juga terlibat dalam beberapa organisasi kebajikan. Beliau adalah Naib Presiden Persatuan Pengilang Malaysia. Tan Sri Datuk Clifford memegang ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Awam dari University of Pittsburgh dan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya. AMMB Holdings Berhad l Laporan Tahunan 2008 l 30 l

y bhg Tan sri dato mohd ibrahim mohd zain Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Y Bhg Tan Sri Dato Mohd Ibrahim bin Mohd Zain, warganegara Malaysia, berusia 65 tahun, dilantik menganggotai Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad pada 16 April 2004. Kini, beliau ialah Pengerusi Kawan Food Berhad ( KFB ) dan telah dilantik menganggotai Lembaga Pengarah KFB pada 1 Jun 2005. Beliau juga menjawat jawatan pengarah dalam Tamadan Bonded Warehouse Berhad. Setelah tamat pengajian pada 1965, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA di mana beliau kemudiannya dilantik sebagai anggota Majlis/ Pengarah, jawatan yang disandangnya hingga Oktober 2006. Kerjayanya dalam bidang perbankan termasuk menjadi Ketua Eksekutif Amanah International Finance Berhad, Amanah Chase Merchant Bank Berhad dan Oriental Bank Berhad serta Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad. Beliau juga merupakan mantan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Setron (Malaysia) Berhad dan Pengerusi Pan Malaysia Industries Berhad, Bescorp Industries Berhad, Chemical Company of Malaysia Berhad, Pan Malaysia Capital Berhad dan Pan Malaysia Holdings Berhad. y bhg dato izham Mahmud Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Y Bhg Dato Izham bin Mahmud, warganegara Malaysia, berumur 67 tahun, dilantik menganggotai Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad pada 16 Oktober 2003. Beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Imbuhan dan ahli Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Syarikat. Dato Izham menyertai perkhidmatan awam Malaysia pada 1965 dan berkhidmat hampir sedekad dalam perkhidmatan awam, terutamanya dalam Perbendaharaan Persekutuan. Kerjaya beliau dalam perbankan saudagar bermula pada 1974 dengan Aseambankers Malaysia Berhad, di mana beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan, jawatan yang disandangnya selama lebih 17 tahun. Pada masa ini, beliau merupakan Pengerusi Eksekutif Deleum Berhad dan kumpulan syarikatnya. Beliau juga menyandang jawatan pengarah dalam AmInvestment Bank Berhad dan Opus Group Berhad. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Ekonomi dari Queen s University, Belfast, Northern Ireland dan ijazah Sarjana Sastera dalam Pembangunan Ekonomi dari Vanderbilt University, USA. Tan Sri Dato Mohd Ibrahim tamat pengajian di British Institue of Management dan Institute of Marketing di United Kingdom, dan memegang ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari University of Ohio, USA. l 31 l AMMB Holdings Berhad l Laporan Tahunan 2008

dr robert john edgar Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Dr Robert John Edgar, warganegara Australia, berumur 62 tahun, dilantik menganggotai Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad pada 15 Ogos 2007. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan dan Jawatankuasa Pencalonan. Dr Edgar pada masa ini adalah Pengarah Urusan Kanan bagi Australia and New Zealand Banking Group Limited (ANZ). Di samping bertanggungjawab untuk operasi dan prestasi ANZ Group, beliau khususnya bertanggungjawab untuk perkongsian ANZ dengan ING Group, ING Australia; Perbankan Swasta; dan Lembaga perkongsian ANZ di Asia. Beliau juga bertanggungjawab untuk mengetuai agenda strategik ANZ Group. Beliau adalah seorang pengarah bagi beberapa syarikat dalam ANZ Group dan Pengerusi Esanda Finance, ING Australia dan ANZIB Special Asset Management Ltd dan seorang Pengarah di ANZ National Bank Limited (New Zealand), ANZ Royal Bank (Cambodia) Ltd dan Bank of Tianjin (Cina). Beliau menyertai ANZ dalam tahun 1984 sebagai Ekonomis Kanan. Beliau dahulunya Eksekutif Kumpulan, Perancangan dan Pembangunan Strategik, Pengurus Besar South Asia di ANZ Grindlays Bank, Pengarah Urusan Esanda Finance Corporation Limited (anak syarikat kewangan milik penuh ANZ), Pengarah Urusan Perbankan Korporat dan Institusi serta Pengarah Urusan, Institutional Financial Services, ANZ. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi (Kepujian) dari University of Adelaide, Australia, dan PhD dari Ohio State University, USA. encik Alexander vincent thursby Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Encik Alexander Vincent Thursby, warganegara Britain, berusia 48 tahun, dilantik menganggotai Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad pada 2 Januari 2008. Kini, beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan, Asia Pasifik dan Perkongsian, Australia and New Zealand Banking Group Limited (ANZ). Terdahulu daripada ini, Encik Thursby merupakan Pengarah Urusan Kanan dan Ketua Kumpulan Perhubungan Pelanggan Korporat dan Institusi di Standard Chartered Bank plc ( SCB ) dari pertengahan 2005 hingga 2007. Beliau berkhidmat dengan SCB dan memegang pelbagai jawatan kanan selama lebih 2 dekad, antara lain, sebagai:- Ketua Serantau, Perhubungan Pelanggan Korporat dan Institusi di Asia Timur Laut dan Cina. CEO, UAE dan Ketua Serantau, Perbankan Korporat, Timur Tengah Asia Selatan (MESA) Ketua Staf kepada CEO Kumpulan dan Pengarah Eksekutif Ketua Serantau, Perbankan dan Strategi Korporat dan Institusi di Africa, London Pengurus Kanan, Derivatif, Asia Tenggara, Singapura Pengarah Presiden (CEO), Standard Chartered Leasing, Indonesia Beliau adalah pengarah dan ahli jawatankuasa dalam beberapa syarikat SCB Group. Beliau juga merupakan Life Member British Chamber of Commerce, Hong Kong. Beliau memegang ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Kuring-Gai College of Education, Sydney dan telah melengkapkan Program Pengurusan Antarabangsa Kanan London Business School International Business Consortium and Insead, France. AMMB Holdings Berhad l Laporan Tahunan 2008 l 32 l

encik peter john hodgson Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Encik Peter John Hodgson, warganegara Australia, berusia 53 tahun, dilantik menganggotai Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad pada 15 ogos 2007. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Imbuhan Syarikat dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kumpulan. Kini, Encik Hodgson adalah Pengarah Urusan Kumpulan, Institutional, Australia and New Zealand Banking Group (ANZ). Beliau menyelia semua perniagaan yang berurusan dengan perniagaan besar ANZ, pelanggan korporat dan institusi. Institutional merupakan peneraju pasaran di Australia dan New Zealand dan mempunyai operasi-operasi penting di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Sebelum peranan ini, Encik Hodgson adalah Ketua Pegawai Risiko dan mempengerusikan Jawatankuasa Kredit dan Risiko Dagangan ANZ selama tiga tahun. Beliau mempunyai pengalaman 28 tahun dalam perbankan di Australia dan seberang laut. Beliau dahulunya Pengarah Urusan, Korporat dan Pembiayaan Berstruktur dan berpangkalan di Melbourne. Sebelum menyertai ANZ pada 1997, Encik Hodgson bertanggungjawab bagi BZW Infrastructure Advisory Group. Sebelum ini, Encik Hodgson adalah Ketua Project and Export Finance Group di Bank of America dengan tanggungjawab terhadap Eropah dan Asia. Encik Hodgson memegang ijazah Sarjana (Kepujian) dalam Undang-Undang dari St Catherine s College (Cambridge), United Kingdom. encik cheah tek kuang Pengarah Urusan Kumpulan Encik Cheah Tek Kuang, warganegara Malaysia, berumur 61 tahun, dilantik menganggotai Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad pada 14 Januari 1994 dan pada masa ini beliau ialah Pengarah Urusan Kumpulan bagi Syarikat. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Teknologi Maklumat Kumpulan. Beliau menyertai AmInvestment Bank Berhad ( AmInvestment Bank ) pada 1978 dan menyandang pelbagai jawatan kanan. Dalam 1994, beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan dan menyandang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan bagi AmInvestment Bank dari Januari 2002 hingga Disember 2004 sebelum berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dalam AMMB Holdings Berhad. Beliau masih menyandang jawatan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif bagi AmInvestment Bank. Beliau turut menyandang jawatan pengarah dalam beberapa syarikat awam lain termasuk AmInvestment Group Berhad, AmBank (M) Berhad ( AmBank ), AmIslamic Bank Berhad, AmAssurance Berhad, AmG Insurance Berhad, Bursa Malaysia Berhad dan Cagamas Berhad. Beliau juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif AmBank dan ahli Jawatankuasa Pelaburan bagi Amanah SEAVI III. Beliau adalah Anggota Panel Pelaburan bagi Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Anggota Kumpulan Wang Persaraan. Pada masa ini beliau ialah ahli Jawatankuasa bagi Persatuan Bank- Bank Malaysia dan merupakan Pengerusi Silih Ganti bagi Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia. Encik Cheah memegang ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan merupakan Ahli Utama di Institut Jurubank Malaysia. l 33 l AMMB Holdings Berhad l Laporan Tahunan 2008

encik soo kim wai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif encik owen james wilson Pengarah Silih Ganti Kepada Dr Robert John Edgar, Encik Alexander Vincent Thursby dan Encik Peter John Hodgson Encik Soo Kim Wai, warganegara Malaysia, berusia 47 tahun, dilantik menganggotai Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad pada 4 Oktober 2002. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Imbuhan Syarikat. Kini, beliau ialah Pengarah Urusan AmcorpGroup Berhad. Encik Soo menyertai AmcorpGroup Berhad pada 1989 sebagai Pengurus Kanan Kewangan dan telah menyandang pelbagai jawatan sebelum dilantik menyandang jawatannya sekarang. Terdahulu dari itu, beliau berkhidmat dengan Plantation Agencies Sdn Bhd dari 1985 hingga 1989, dan berkecimpung dalam profesion perakaunan selama lima tahun dengan Deloitte KassimChan dari 1980 hingga 1985. Beliau turut menganggotai Lembaga Pengarah RCE Capital Berhad, MCM Technologies Berhad, AmProperty Trust Management Berhad dan AMDB Berhad. Beliau menyandang beberapa jawatan pengarah dalam syarikat sendirian berhad lain. Encik Soo ialah seorang Akauntan Berkanun (Institut Akauntan Malaysia), seorang Akauntan Awam Berkanun (Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia) dan Ahli Utama Certified Practising Accountant (CPA), Australia dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), United Kingdom. Encik Owen James, warganegara Australia, berusia 44 tahun, dilantik menganggotai Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad sebagai Pengarah Silih Ganti kepada Dr Robert John Edgar dan Encik Peter John Hodgson pada 15 Ogos 2007. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Silih Ganti kepada Encik Alexander Vincent Thursby pada 15 April 2008. Kini, beliau adalah Pengarah Urusan Perbankan Runcit Asia, Australia and New Zealand Banking Group Limited (ANZ). Encik Wilson bertanggungjawab untuk perniagaan runcit dalan rangkaian cawangan ANZ termasuk Perbankan Swasta dan perbankan runcit serta perkongsian kad kredit ANZ seberang Asia. Sebelum peranan ini, Encik Wilson adalah Pengarah Urusan Perkongsian Antarabangsa dan bertanggungjawab untuk mengetuai peluasan ANZ di Asia. Beliau menguruskan perkongsian perbankan ANZ yang wujud di Cina, Indonesia, Malaysia, Kemboja, Vietnam dan Laos dan juga bertanggungjawab untuk perniagaan kad kredit ANZ di Indonesia, Filipina dan Vietnam. Dalam 2002, Encik Wilson dilantik menjadi Ketua Pegawai Operasi, Institutional. Antara 1995 dan 2002, kerjaya Encik Wilson merangkumi pelbagai peranan kewangan yang memuncak dengan jawatan Ketua Pegawai Kewangan di Institutional. Encik Wilson menyertai ANZ dalam 1993 sebagai Pengurus, Global Balance Sheet & Capital Management berikutan kerjaya yang berjaya dengan KPMG di Melbourne dan London. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda Perdagangan daripada Deakin University. Beliau adalah ahli bersekutu Institute of Chartered Accountants di Australia sejak 1989. AMMB Holdings Berhad l Laporan Tahunan 2008 l 34 l

Informasi Tambahan: Tiada mana-mana Pengarah mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Pengarah lain atau pemegang saham terbesar Syarikat, selain yang dinyatakan di sini. Tan Sri Dato Azman Hashim dan Dato Azlan Hashim adalah adik-beradik. Tan Sri Dato Azman Hashim merupakan Pengerusi Eksekutif dan pemegang saham terbesar AmcorpGroup Berhad ( AMCORP ), yang merupakan pemegang saham terbesar AMMB Holdings Berhad. Tan Sri Dato Azman Hashim adalah seorang pengarah bagi Clear Goal Sdn Bhd, syarikat milik keluarganya yang dianggap sebagai pemegang saham terbesar AMMB Holdings Berhad menerusi kepentingannya dalam AMCORP. Encik Soo Kim Wai adalah Pengarah Urusan AMCORP yang merupakan pemegang saham terbesar AMMB Holdings Berhad. Tiada mana-mana Pengarah disabitkan dengan kesalahan sepanjang 10 tahun yang lepas. Tiada mana-mana Pengarah mempunyai konflik kepentingan dengan Syarikat selain yang diumumkan atau dinyatakan dalam Nota 36 Penyata Kewangan di bawah Baki dan Urus Niaga Penting dengan Pihak Berkaitan. l 35 l AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8