PB GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

Similar documents
PUBLIC GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PUBLIC INDEX FUND (PUBLIC DANA INDEKS) (PIX)

PUBLIC REGULAR SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN BERKALA) (PRSF)

PB GROWTH FUND PB DANA TUMBUH (PBGF)

PB ISLAMIC SMALLCAP FUND

PB GROWTH SEQUEL FUND (PB DANA SEKUEL TUMBUH) (PBGSQF)

PUBLIC AGGRESSIVE GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH AGGRESIF) (PAGF)

PUBLIC SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN) (PSF)

PUBLIC OPTIMAL GROWTH FUND

PUBLIC STRATEGIC GROWTH FUND

PUBLIC ADVANTAGE GROWTH EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TUMBUH BERKELEBIHAN) (PAVGEF)

PUBLIC EQUITY FUND PUBLIC DANA EKUITI (PEF)

PUBLIC EMERGING OPPORTUNITIES FUND (PUBLIC DANA PELUANG PASARAN BARU) (PEMOF)

PUBLIC SECTOR SELECT FUND PUBLIC DANA SEKTOR TERPILIH (PSSF)

PB SMALLCAP GROWTH FUND (PB DANA TUMBUH MODAL KECIL) (PBSCGF)

PUBLIC SMALLCAP FUND

PUBLIC AUSTRALIA EQUITY FUND

PUBLIC ISLAMIC EQUITY FUND

PB CASH MANAGEMENT FUND PB DANA PENGURUSAN TUNAI (PBCMF)

PUBLIC ISLAMIC EMERGING OPPORTUNITIES FUND

PB CASH MANAGEMENT FUND

PB DIVIDEND BUILDER EQUITY FUND

PUBLIC ISLAMIC SELECT ENTERPRISES FUND

PB ISLAMIC EQUITY FUND

PUBLIC e-cash DEPOSIT FUND (PUBLIC DANA e-deposit TUNAI) (PeCDF)

PUBLIC INDONESIA SELECT FUND

PUBLIC SINGAPORE EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI SINGAPURA) (PSGEF)

PUBLIC ITTIKAL FUND (PUBLIC DANA ITTIKAL) (P ITTIKAL)

PB GLOBAL EQUITY FUND

PUBLIC INDIA-GLOBAL EQUITY FUND

PUBLIC ISLAMIC ALPHA-40 GROWTH FUND

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND (PB DANA EKUITI CHINA AUSTRALIA) (PBCAUEF)

PUBLIC ISLAMIC ADVANTAGE GROWTH EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TUMBUH BERKELEBIHAN ISLAMIK) (PIAVGEF)

PUBLIC ISLAMIC ENTERPRISES EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI PERUSAHAAN ISLAMIK) (PIENTEF)

PB MIXED ASSET GROWTH FUND (PB DANA ASET TUMBUH CAMPURAN) (PBMAGRF)

PB EURO PACIFIC EQUITY FUND

PB SINGAPORE ADVANTAGE-30 EQUITY FUND PB DANA EKUITI KELEBIHAN-30 SINGAPURA (PBSGA30EF)

PUBLIC BOND FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PB ASIA CONSUMER SECTOR FUND (PB DANA SEKTOR PENGGUNA ASIA) (PBACSF)

PUBLIC ISLAMIC SELECT TREASURES FUND (PUBLIC DANA KHAZANAH TERPILIH ISLAMIK) (PISTF)

PUBLIC ISLAMIC OPPORTUNITIES FUND (PUBLIC DANA PELUANG ISLAMIK) (PIOF)

PUBLIC GREATER CHINA FUND

PUBLIC e-islamic CASH DEPOSIT FUND

PB ISLAMIC EQUITY FUND (PB DANA EKUITI ISLAMIK) (PBIEF)

PUBLIC ITTIKAL SEQUEL FUND (PUBLIC DANA SEKUEL ITTIKAL) (PITSEQ)

PUBLIC ISLAMIC SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN ISLAMIK) (PISVF)

PB EURO PACIFIC EQUITY FUND PB DANA EKUITI EURO PASIFIK (PBEPEF)

PB ASIA EQUITY FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PUBLIC ISLAMIC ASEAN GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH ASEAN ISLAMIK) (PIASGF)

Public South-East Asia Select Fund (PSEASF)

PUBLIC ISLAMIC SECTOR SELECT FUND (PUBLIC DANA SEKTOR TERPILIH ISLAMIK) (PISSF)

PB GLOBAL EQUITY FUND

PUBLIC ISLAMIC SELECT ENTERPRISES FUND (PUBLIC DANA PERUSAHAAN TERPILIH ISLAMIK) (PISEF)

PUBLIC ISLAMIC SELECT ENTERPRISES FUND (PUBLIC DANA PERUSAHAAN TERPILIH ISLAMIK) (PISEF)

PB BALANCED FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PUBLIC STRATEGIC BOND FUND (PUBLIC DANA BON STRATEGIK) (PSTBF)

PB ISLAMIC CASH MANAGEMENT FUND

PB ISLAMIC BOND FUND

PUBLIC ISLAMIC TREASURES GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH KHAZANAH ISLAMIK) (PITGF)

PUBLIC ISLAMIC OPTIMAL EQUITY FUND

PB INFRASTRUCTURE BOND FUND

PB BOND FUND (PB DANA BON) (PBBOND)

PUBLIC ISLAMIC GROWTH & INCOME FUND (PUBLIC DANA TUMBUH & PENDAPATAN ISLAMIK) (PISGIF)

PUBLIC ISLAMIC DIVIDEND FUND

PUBLIC CHINA SELECT FUND

PUBLIC ISLAMIC OPTIMAL GROWTH FUND

PUBLIC CHINA TITANS FUND (PUBLIC DANA CHINA TITAN) (PCTF)

PUBLIC e-flexi ALLOCATION FUND (PUBLIC DANA e-flexi ALOKASI) (PeFAF)

PUBLIC ENHANCED BOND FUND (PUBLIC DANA BON DIPERKASA) (PEBF)

PUBLIC REGIONAL SECTOR FUND (PUBLIC DANA SEKTOR SERANTAU) (PRSEC)

PB GLOBAL EQUITY FUND (PB DANA EKUITI GLOBAL) (PBGEF)

PB CHINA PACIFIC EQUITY FUND PB DANA EKUITI CHINA PASIFIK (PBCPEF)

PUBLIC ISLAMIC ASIA LEADERS EQUITY FUND

PB ASIA PACIFIC DIVIDEND FUND (PB DANA DIVIDEN ASIA PASIFIK) (PBAPDF)

PB CHINA ASEAN EQUITY FUND

PUBLIC ISLAMIC STRATEGIC BOND FUND

PUBLIC ISLAMIC OPTIMAL GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH OPTIMAL ISLAMIK) (PIOGF)

PB SUKUK FUND PENYATAAN TANGGUNGJAWAB

PB ASIA EMERGING GROWTH FUND (PB DANA TUMBUH PASARAN BARU ASIA) (PBAEGF)

PB BALANCED SEQUEL FUND (PB DANA SEKUEL IMBANG) (PBBSQF)

PUBLIC CHINA SELECT FUND (PUBLIC DANA CHINA TERPILIH) (PCSF)

PUBLIC ISLAMIC MIXED ASSET FUND

PUBLIC EHSAN MIXED ASSET CONSERVATIVE FUND

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI GLOBAL ISLAMIK) (PISGEF)

PUBLIC ASIA ITTIKAL FUND

PUBLIC ISLAMIC ASIA LEADERS EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TERAJU ASIA ISLAMIK) (PIALEF)

PB ASEAN DIVIDEND FUND (PB DANA DIVIDEN ASEAN) (PBADF)

PUBLIC SUKUK FUND (PUBLIC DANA SUKUK) (PSKF)

PB AIMAN SUKUK FUND (PB DANA SUKUK AIMAN) (PBASF)

PB AUSTRALIA DYNAMIC BALANCED FUND (PB DANA IMBANG DINAMIK AUSTRALIA) (PBADBF)

PB AUSTRALIA DYNAMIC BALANCED FUND PB DANA IMBANG DINAMIK AUSTRALIA (PBADBF)

PUBLIC ISLAMIC GROWTH BALANCED FUND PUBLIC DANA TUMBUH IMBANG ISLAMIK (PIGRBF)

PUBLIC ISLAMIC OPTIMAL EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI OPTIMAL ISLAMIK) (PIOEF)

PUBLIC STRATEGIC BALANCED FUND

PUBLIC FAR-EAST BALANCED FUND (PUBLIC DANA IMBANG TIMUR-JAUH) (PFEBF)

PUBLIC ISLAMIC INFRASTRUCTURE BOND FUND (PUBLIC DANA BON INFRASTRUKTUR ISLAMIK) (PIINFBF)

PUBLIC ASIA ITTIKAL FUND PUBLIC DANA ASIA ITTIKAL (PAIF)

PUBLIC ISLAMIC ASIA DIVIDEND FUND

PUBLIC FAR-EAST PROPERTY & RESORTS FUND

PB ISLAMIC ASIA STRATEGIC SECTOR FUND (PB DANA SEKTOR STRATEGIK ASIA ISLAMIK) (PBIASSF)

Transcription:

PB-3 29 September 2017 PENYATA TANGGUNGJAWAB Helaian Penting Produk ini telah diteliti dan diluluskan oleh pengarah-pengarah Public Mutual Berhad dan mereka secara bersama dan berasingan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas ketepatan maklumat. Setelah membuat semua pertanyaan yang munasabah, mereka mengesahkan bahawa berdasarkan pengetahuan dan kepercayaan mereka, tidak terdapat kenyataan palsu atau mengelirukan, atau ada fakta lain yang ketinggalan yang akan menjadikan sebarang kenyataan di dalam Helaian Penting Produk ini palsu atau mengelirukan. PENYATAAN PENAFIAN Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah membenarkan/mengiktiraf penerbitan PB Growth Fund dan satu salinan Helaian Penting Produk ini telah diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kebenaran yang diberikan untuk PB Growth Fund dan penyerah simpanan Helaian Penting Produk ini, tidak harus dianggap bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengesyorkan PB Growth Fund, atau bertanggungjawab untuk ketepatan kenyataan atau pendapat atau laporan yang dinyatakan di dalam Helaian Penting Produk ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang ketakdedahan bagi pihak Public Mutual Berhad, yang bertanggungjawab untuk PB Growth Fund dan tidak mengambil tanggungjawab ke atas kandungan Helaian Penting Produk ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak mengesahkan ketepatan atau kesempurnaan Helaian Penting Produk ini, dan secara jelas menolak sebarang liabiliti yang terbit daripada atau bersandarkan kepada seluruh atau mana-mana bahagian kandungannya. Helaian Penting Produk ini adalah terjemahan daripada versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Helaian Penting Produk versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad. HELAIAN PENTING PRODUK Helaian Penting Produk (PHS) ini hanya memaparkan ciri-ciri utama dan risiko dana amanah saham ini. Pelabur adalah dinasihatkan untuk meminta, membaca dan memahami prospektus dana sebelum membuat keputusan untuk melabur. Apakah produk ini? MAKLUMAT RINGKAS PRODUK Jenis produk Nama dana Modal dilindungi atau dijamin Pengurus dana Pemegang amanah dana Pengedar dana Dana amanah saham PB Growth Fund (PBGF) Tidak Public Mutual Berhad AmanahRaya Trustees Berhad Ejen Amanah Saham Institusi (IUTA), iaitu Public Bank Berhad CIRI-CIRI UTAMA PRODUK Apakah yang saya melabur? Kategori dana Objektif dana Strategi pelaburan Ekuiti Untuk mencapai pertumbuhan modal melalui pelaburan dalam portfolio saham pertumbuhan yang terpelbagai. Dana ini bertujuan untuk memenuhi objektifnya dengan melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi ekuiti tersenarai dan sekuriti pendapatan tetap domestik dan asing. Kandungan ekuitinya dari segi nilai aset bersih (NAB) biasanya dalam lingkungan 70% hingga 98% daripada NAB dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Peruntukan aset Ekuiti 70% hingga 98% daripada NAB Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair. 1

KESESUAIAN PRODUK Siapakah yang sesuai untuk dana ini? Profil pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang dapat bertahan daripada naik dan turun pasaran saham dalam mencapai pertumbuhan modal. Nota: Jangka sederhana hingga panjang merujuk kepada tempoh 3 tahun atau lebih. RISIKO-RISIKO UTAMA Apakah risiko-risiko utama yang berkaitan dengan produk ini? Risiko pasaran Risiko sekuriti tertentu Risiko kecairan Risiko pasaran merujuk kepada kemungkinan pelaburan akan kehilangan nilai akibat penurunan umum dalam pasaran kewangan yang disebabkan oleh keadaan ekonomi, politik dan/atau lain-lain faktor yang akan menyebabkan penurunan dalam NAB dana. Harga sesuatu sekuriti tertentu mungkin berubah sebagai tindak balas kepada keadaan yang memberi kesan kepada syarikat individu. Oleh itu, penggerakan harga yang buruk sesuatu sekuriti tertentu di mana dana melabur boleh menjejaskan NAB dan harga unit dana. Risiko kecairan merujuk kepada kemudahan untuk mencairkan aset bergantung kepada jumlah aset yang diniagakan di pasaran. Jika dana memegang aset yang tidak cair atau yang sukar untuk dilupuskan, nilai dana akan menerima kesan negatif apabila aset tersebut terpaksa dijual pada harga yang kurang memuaskan. Anda dinasihatkan untuk membaca prospektus dana dan memahami risiko yang terlibat dan, jika perlu, berunding dengan penasihat profesional anda sebelum melabur. Apakah yuran dan caj yang terlibat? YURAN & CAJ Caj jualan Caj penebusan Caj tukar ganti Caj pemindahan Yuran pengurusan Yuran pemegang amanah Sehingga 5.5% daripada NAB seunit. Pengurus boleh mengikut budi bicaranya untuk mengenakan caj jualan yang lebih rendah. Tiada Yuran tukar ganti sehingga 0.75% daripada NAB seunit atau minimum RM50 akan dikenakan sekiranya unit ditukar ganti keluar dari dana dalam masa 90 hari dari tarikh pembelian atau tukar ganti unit ke dalam dana. Yuran tukar ganti ini akan disimpan oleh dana. Yuran tukar ganti sehingga RM25* akan dikenakan sekiranya unit ditukar ganti keluar dari dana selepas 90 hari dari tarikh pembelian atau tukar ganti unit ke dalam dana. Nota: *Berkuat kuasa dari 1 Januari 2018, yuran tukar ganti sehingga RM50 akan dikenakan. RM25 setiap pemindahan. Nota: Berkuat kuasa dari 1 Januari 2018, caj sehingga RM50 akan dikenakan untuk setiap pemindahan. 1.50% setahun daripada NAB. 0.06% setahun daripada NAB, tertakluk kepada yuran minimum sebanyak RM18,000 dan yuran maksimum RM600,000 setahun. Nota: Semua yuran dan caj di atas tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang perlu dibayar oleh anda. Terdapat yuran dan caj yang terbabit dan anda dinasihatkan mempertimbangkannya sebelum membuat pelaburan dalam dana. 2

PRESTASI PBGF Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 30 Jun 2017 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun 10 Tahun Sejak Permulaan* PBGF (%) 12.68 4.25 7.18 8.34 28.61 Indeks penanda aras (%)** 6.63-2.11 2.06 3.02 11.58 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 PBGF (%) 1.89-7.32 18.45 24.17-2.79 8.39 11.20-1.18 1.28 12.68 Indeks penanda aras (%)** -12.39-9.38 22.21 20.17 1.27 10.91 6.16-9.35-3.08 6.63 Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBGF mencatatkan jumlah pulangan sebanyak +12.68% bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak +6.63% dalam tempoh yang sama. Nota: * Angka yang ditunjukkan ialah untuk tempoh sejak permulaan dana (23 Oktober 2002). ** Sebelum 6 Julai 2009, penanda aras dana ialah Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL). Berkuat kuasa pada 6 Julai 2009, Bursa Malaysia telah menggantikan IKKL dengan IKKL FTSE Bursa Malaysia (IKKL FBM). Oleh yang demikian, IKKL FBM telah diterima pakai sebagai penanda aras baru bagi dana ini. IKKL FBM terdiri daripada 30 syarikat terbesar mengikut permodalan pasaran penuh yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia. Pengiraan pulangan di atas adalah berasaskan NAB kepada NAB, dan sumbernya diperoleh daripada Lipper. Pulangan tahunan purata dana diperoleh dengan membahagikan jumlah pulangan dana dengan bilangan tahun bawah kajian. Tarikh permulaan ialah hari terakhir tempoh tawaran awal. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2015 2016 2017 PTR (kali) 0.45 0.49 0.41 PTR dana meningkat daripada 0.45 kali bagi tahun kewangan berakhir 2015 kepada 0.49 kali bagi tahun kewangan berakhir 2016 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih tinggi. Bagi tahun kewangan berakhir 2017, PTR dana kemudiannya berkurangan kepada 0.41 kali disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2015 2016 2017 Agihan kasar seunit (sen) 5.25 2.50 2.50 Agihan bersih seunit (sen) 5.23 2.50 2.50 Agihan adalah dalam bentuk tunai. PRESTASI DANA PADA MASA LALU TIDAK MENJADI PETUNJUK UNTUK PRESTASI MASA HADAPAN. 3

MAKLUMAT TAMBAHAN Penilaian NAB dana ini dikira dan harga unit disiarkan pada setiap hari urus niaga di www.publicmutual.com.my. Pembelian dan penebusan unit Anda boleh membeli dan menebus unit dana pada mana-mana hari urus niaga pada NAB dana yang ditentukan seterusnya. Pelaburan permulaan Pelaburan permulaan minimum*: RM1,000. Pelabur yang merupakan pelanggan Public Mutual Online (PMO) boleh membeli unit dana secara dalam talian. Sekiranya anda bukan pelanggan PMO dan ingin menjadi pelanggan PMO, sila hantarkan borang permohonan PMO secara peribadi di mana-mana pejabat cawangan Public Mutual Berhad atau Public Bank Berhad atau Ibu Pejabat Public Mutual Berhad. Jika sebaliknya, sila hantarkan borang permohonan pelaburan yang lengkap bersama-sama dengan cek kepada mana-mana cawangan Public Bank Berhad. Untuk pelabur kali pertama Public Mutual Berhad, anda dikehendaki mengisi borang pelabur baru. Nota: *Pengurus boleh mengubah jumlah minimum pelaburan permulaan dari masa ke semasa. Pelaburan tambahan Pelaburan tambahan minimum: RM100. Anda boleh melabur secara berkala melalui PMO, arahan debit terus kepada bank atau dengan membuat deposit cek ke dalam akaun kutipan yang terdapat di Public Bank Berhad. Bagaimana Anda Perlu Menulis Cek Pelabur Individu Pelaburan Permulaan Pelaburan Tambahan Cek mestilah dibayar kepada: Public Mutual Berhad - Nombor Kad Pengenalan Baru Pemegang Pertama. Public Mutual Berhad - Nombor Akaun Dana yang Disasarkan atau Public Mutual Berhad - Nombor Kad Pengenalan Baru Pemegang Pertama. Bagi pelabur korporat, cek bagi pelaburan permulaan mestilah dibayar kepada Public Mutual Berhad - Nombor Pendaftaran Syarikat Anda. Cek bagi pelaburan tambahan mestilah dibayar kepada Public Mutual Berhad - Nombor Akaun Dana yang Disasarkan atau Nombor Pendaftaran Syarikat Anda. Sila tulis nama, nombor kad pengenalan baru/nombor pasport/nombor pendaftaran syarikat dan nombor telefon anda di belakang cek. Hak bertenang Hanya untuk pelabur kali pertama Public Mutual Berhad. Permintaan anda mesti dihantar kepada pejabat cawangan Public Bank Berhad di mana anda membeli unit anda, dalam tempoh 6 hari urus niaga dari tarikh borang permohonan pelaburan dan bayaran diterima oleh Public Mutual Berhad. Bayaran balik penuh akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh perlaksanaan hak ini. Bayaran balik bagi setiap unit yang dipegang adalah jumlah harga unit pada hari unit dibeli dan caj jualan (dan GST) yang dikenakan pada hari unit dibeli. Perbadanan atau institusi, kakitangan Pengurus dan sesiapa yang berdaftar untuk berurus niaga dalam dana amanah saham tidak layak untuk hak bertenang ini. Penebusan Unit penebusan minimum: 1,000 unit. Anda boleh melaksanakan permohonan penebusan anda melalui PMO atau dengan mengisi dan menyerahkan borang belian balik pada mana-mana hari perniagaan kepada pejabat cawangan Public Mutual Berhad atau Public Bank Berhad yang terdekat atau Ibu Pejabat Public Mutual Berhad. Hasil penebusan anda akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan permohonan anda. Jika penebusan separa menyebabkan baki di dalam akaun anda dengan dana kurang daripada 1,000 unit, Pengurus boleh menebus keseluruhan akaun. 4

ANDA DILARANG MEMBUAT BAYARAN TUNAI UNTUK PELABURAN PERUNDING AMANAH SAHAM DAN KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD TIDAK DIBENARKAN MENERIMA PELABURAN DALAM BENTUK TUNAI DALAM APA JUA KEADAAN. Public Mutual Berhad tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian yang ditanggung sekiranya anda memberi wang tunai kepada perunding amanah saham atau kakitangan kami. ANDA DILARANG MEMBUAT BAYARAN TUNAI KEPADA PERUNDING AMANAH SAHAM ATAU KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD. BNM/21/12-2016 ANDA DILARANG MENGELUARKAN CEK DI ATAS NAMA PERUNDING AMANAH SAHAM ATAU KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD. MAKLUMAT HUBUNGAN Siapakah yang perlu saya hubungi untuk maklumat lanjut mengenai dana? Untuk maklumat berkaitan dana, anda boleh berunding/menghubungi: Wakil korporat Public Bank Berhad yang berdaftar dengan Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM); Talian Perkhidmatan Pelanggan Public Bank Berhad di 1-800-22-9999; atau Talian Perkhidmatan Pelanggan Public Mutual Berhad di 03-6207 5000. Siapakah yang perlu saya hubungi untuk membuat aduan? 1. Bagi penyelesaian pertikaian dalaman, anda boleh menghubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan Public Bank Berhad di 1-800-22-9999 atau Talian Perkhidmatan Pelanggan kami di 03-6207 5000. 2. Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan proses penyelesaian pertikaian dalaman, sila rujuk pertikaian anda kepada Securities Industry Dispute Resolution Center (SIDREC): (a) melalui telefon kepada : 03-2282 2280 (b) melalui faks kepada : 03-2282 3855 (d) melalui surat kepada : info@sidrec.com.my : Securities Industry Dispute Resolution Center (SIDREC) Unit A-9-1, Level 9, Tower A Menara UOA Bangsar No. 5, Jalan Bangsar Utama 1 59000 Kuala Lumpur 3. Anda juga boleh membuat aduan terus kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) walaupun anda telah memulakan proses penyelesaian pertikaian dengan SIDREC. Untuk membuat aduan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan SC: (a) melalui telefon kepada Aduan Hotline di : 03-6204 8999 (b) melalui faks kepada : 03-6204 8991 : aduan@seccom.com.my (d) melalui borang aduan dalam talian yang tersedia di www.sc.com.my (e) melalui surat kepada : Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia No. 3, Persiaran Bukit Kiara Bukit Kiara 50490 Kuala Lumpur 4. Biro Aduan FIMM: (a) melalui telefon kepada : 03-2092 3800 (b) melalui faks kepada : 03-2093 2700 : complaints@fimm.com.my (d) melalui borang aduan dalam talian yang tersedia di www.fimm.com.my (e) melalui surat kepada : Legal, Secretarial & Regulatory Affairs Federation of Investment Managers Malaysia 19-06-01, 6 th Floor Wisma Tune No. 19 Lorong Dungun Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur PHS ini akan dikemaskini pada 28 September 2018. Anda boleh merujuk kepada laman web kami di www.publicmutual.com.my untuk PHS yang telah dikemaskini. PB-3B6 5