UNI.ASIA GENERAL INSURANCE BERHAD (Diperbadankan di Malaysia)

Similar documents
UNI.ASIA GENERAL INSURANCE BERHAD (Diperbadankan di Malaysia)

LIVING CARE. Critical Illness Insurance

Penyata-Penyata Kewangan 2016 Dinyatakan dalam Ringgit Malaysia Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Mac 2016

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Keuntungan selepas cukai 9,060,580 6,039,292 Kepentingan minoriti (792,009) Keuntungan bersih bagi tahun 8,268,571 6,039,292

laporan pengarah penyata kewangan [ 164 ] MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

216 British American Tobacco (Malaysia) Berhad (4372-M) Penyata

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN DIRECT DEBIT

PENYATA KEWANGAN/Financial Statement KANDUNGAN/Contents

penyata

PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER FINANCIAL STATEMENTS (Available in CD version only)

PB604 : BUSINESS FINANCE

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

LEMBAGA TABUNG HAJI Penyata Kewangan 2011

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Garis panduan ini menerangkan tatacara pengurusan pengkomersilan hasil penyelidikan.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

laporan pengarah & penyata kewangan

Pengurusan Pelaburan. Perantara dan Institusi Pasaran. Penguatkuasaan

Mencapai prestasi yang mampan. Achieving sustainable performance

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

PENYATA KEWANGAN SIJIL KETUA AUDIT NEGARA 2 PENYATA PENGERUSI DAN SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH 3 PENGAKUAN OLEH PEGAWAI UTAMA PENGURUSAN KEWANGAN 4

PUBLIC e-cash DEPOSIT FUND (PUBLIC DANA e-deposit TUNAI) (PeCDF)

PUBLIC e-islamic CASH DEPOSIT FUND

Penyata Kewangan

PERATURAN PEMARKAHAN PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 1 KERTAS 2

STRUCTURE : 100 MARKS STRUKTUR : 100 MARKAH. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PROSES PINJAMAN PERALATAN (ASSET BOOKING)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PUBLIC GREATER CHINA FUND

1. Mechanics Make a minimum payment of RM 5 with Pay function using the Touch n Go ewallet to receive random cashback up to RM 888.

PROMISING QUALITY SDN. BHD. ( A) (Diperbadankan di Malaysia/Incorporated in Malaysia)

PUBLIC e-flexi ALLOCATION FUND (PUBLIC DANA e-flexi ALOKASI) (PeFAF)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PUBLIC GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PB CASH MANAGEMENT FUND PB DANA PENGURUSAN TUNAI (PBCMF)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PB ASIA CONSUMER SECTOR FUND (PB DANA SEKTOR PENGGUNA ASIA) (PBACSF)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PUBLIC INDEX FUND (PUBLIC DANA INDEKS) (PIX)

PB CASH MANAGEMENT FUND

PUBLIC BOND FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PUBLIC OPTIMAL GROWTH FUND

PB ISLAMIC CASH MANAGEMENT FUND

PRINTED MATTER POSTAGE PAID BRUNEI DARUSSALAM NO. 37

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. QUOTATION NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PUBLIC SINGAPORE EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI SINGAPURA) (PSGEF)

PB ISLAMIC SMALLCAP FUND

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

PUBLIC AUSTRALIA EQUITY FUND

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PB ASIA PACIFIC DIVIDEND FUND (PB DANA DIVIDEN ASIA PASIFIK) (PBAPDF)

PUBLIC ISLAMIC STRATEGIC BOND FUND

PB GROWTH SEQUEL FUND (PB DANA SEKUEL TUMBUH) (PBGSQF)

PUBLIC ADVANTAGE GROWTH EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TUMBUH BERKELEBIHAN) (PAVGEF)

PUBLIC ISLAMIC SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN ISLAMIK) (PISVF)

PENYATA KEWANGAN KANDUNGAN. Laporan Pengarah. Polisi-polisi Perakaunan yang Penting. Akaun Untung Rugi. Kunci Kira-kira

PUBLIC STRATEGIC BOND FUND (PUBLIC DANA BON STRATEGIK) (PSTBF)

PB BOND FUND (PB DANA BON) (PBBOND)

PUBLIC EMERGING OPPORTUNITIES FUND (PUBLIC DANA PELUANG PASARAN BARU) (PEMOF)

PUBLIC SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN) (PSF)

PUBLIC ISLAMIC ENTERPRISES EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI PERUSAHAAN ISLAMIK) (PIENTEF)

PB GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

GARNIER MALAYSIA Peraduan Menangi BMW Ice Watch bernilai RM500 setiap satu untuk. 20 pemenang bersama Watsons Malaysia

PUBLIC ENHANCED BOND FUND (PUBLIC DANA BON DIPERKASA) (PEBF)

PUBLIC ISLAMIC EQUITY FUND

MANUAL KUALITI TARIKH BERKUATKUASA NO. ISU : 2 MUKA SURAT : 1/33 04 JULAI 2018 NO. SEMAKAN : PENGENALAN KEPADA MANUAL KUALITI 4/33

PB MIXED ASSET GROWTH FUND (PB DANA ASET TUMBUH CAMPURAN) (PBMAGRF)

PUBLIC REGULAR SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN BERKALA) (PRSF)

PB DIVIDEND BUILDER EQUITY FUND

PUBLIC ISLAMIC ASEAN GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH ASEAN ISLAMIK) (PIASGF)

PB ISLAMIC EQUITY FUND

PUBLIC EQUITY FUND PUBLIC DANA EKUITI (PEF)

PUBLIC INDIA-GLOBAL EQUITY FUND

Get rewarded, download the Touch n Go e-wallet. Get standard or preferred TGV seats for RM7 before 7pm on 7 July.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PB INFRASTRUCTURE BOND FUND

PB EURO PACIFIC EQUITY FUND PB DANA EKUITI EURO PASIFIK (PBEPEF)

PUBLIC INDONESIA SELECT FUND

PB SINGAPORE ADVANTAGE-30 EQUITY FUND PB DANA EKUITI KELEBIHAN-30 SINGAPURA (PBSGA30EF)

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND (PB DANA EKUITI CHINA AUSTRALIA) (PBCAUEF)

PB ISLAMIC EQUITY FUND (PB DANA EKUITI ISLAMIK) (PBIEF)

DANA GROWTH TAKAFUL IKHLAS JULY 2013

PUBLIC ISLAMIC ADVANTAGE GROWTH EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TUMBUH BERKELEBIHAN ISLAMIK) (PIAVGEF)

Seminar Penyedia Latihan ezskill Bersama JPK Wilayah Sarawak

PUBLIC AGGRESSIVE GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH AGGRESIF) (PAGF)

Penyata Kewangan pada 31 Mac 2003

PUBLIC CHINA SELECT FUND

PUBLIC SUKUK FUND (PUBLIC DANA SUKUK) (PSKF)

PUBLIC SMALLCAP FUND

PUBLIC ISLAMIC SECTOR SELECT FUND (PUBLIC DANA SEKTOR TERPILIH ISLAMIK) (PISSF)

Item Bil Description of Works Remarks Main Switch Board

PB GLOBAL EQUITY FUND

PB SMALLCAP GROWTH FUND (PB DANA TUMBUH MODAL KECIL) (PBSCGF)

PUBLIC STRATEGIC GROWTH FUND

PUBLIC ISLAMIC ALPHA-40 GROWTH FUND

ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN

Transcription:

PENYATA KEWANGAN 31 MAC 2006 1073A6/ra/-bahasa malaysia

PENYATA KEWANGAN 31 MAC 2006 KANDUNGAN MUKA SURAT LAPORAN PENGARAH 1-19 PENYATA KEWANGAN KUNCI KIRA-KIRA 20 PENYATA PENDAPATAN 21 AKAUN PENDAPATAN INSURANS AM 22-23 PENYATA PERUBAHAN EKUITI 24 PENYATA ALIRAN TUNAI 25-26 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN 27-62 KENYATAAN OLEH PARA PENGARAH 63 PENGAKUAN BERKANUN 63 LAPORAN JURUAUDIT 64 2

LAPORAN PARA PENGARAH Dengan sukacitanya para Pengarah membentangkan laporan mereka kepada ahli-ahli berserta penyata-penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2006. KEGIATAN UTAMA Kegiatan utama syarikat merangkumi pengunderaitan semua kelas perniagaan insurans am. Tiada sebarang perubahan ketara yang berlaku terhadap kegiatan-kegiatan ini sepanjang tahun berkenaan. KEPUTUSAN KEWANGAN RM 000 Keuntungan bersih pada tahun kewangan 41,593 ======= DIVIDEN Dividen dibayar atau diisytiharkan oleh Syarikat sejak 31 Mac 2005 ialah seperti berikut: RM 000 Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2005, seperti tertera di dalam laporan Pengarah tahun berkenaan, dividen kasar bebas cukai akhir sebanyak 15 sen sesaham, dibayar pada 1 Ogos 2005 13,600 Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2006, dividen kasar interim sebanyak 10 sen sesaham, selepas ditolak cukai pendapatan 28%, dibayar pada 1 Disember 2005 7,200 Para Pengarah mencadangkan pembayaran dividen kasar sebanyak 15 sen sesaham, terdiri daripada dividen kasar sebanyak 15 sen sesaham tolak cukai pendapatan 28%, RM10,800,000 bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2006 yang tertakluk kepada persetujuan ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang akan datang. 1

LAPORAN PARA PENGARAH (SAMBUNGAN) RIZAB DAN PERUNTUKAN Semua pindahan kepada atau daripada rizab atau peruntukan sepanjang tahun kewangan ini dinyatakan di dalam nota-nota kepada penyata-penyata kewangan. PERUNTUKAN BAGI TUNTUTAN YANG BELUM DISELESAIKAN Sebelum penyata pendapatan dan kunci kira-kira Syarikat disediakan, para Pengarah telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menentukan terdapat peruntukan yang mencukupi untuk sebarang tuntutan termasuk tuntutan Ditanggung Tetapi Tidak Dilaporkan ( IBNR ). HUTANG LAPUK DAN HUTANG RAGU Sebelum Penyata-penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira Kumpulan dan Syarikat disediakan, para Pengarah telah mengambil langkah-langkah sewajarnya berhubung tindakan penghapusan hutang lapuk dan penyediaan elaun hutang ragu manakala semua hutang lapuk yang dikenal pasti telah dihapuskan dan menyediakan elaun mencukupi untuk hutang ragu. Pada tarikh laporan ini, para Pengarah tidak menyedari sebarang kemungkinan yang boleh mengakibatkan jumlah penghapusan hutang lapuk atau jumlah elaun hutang ragu di dalam penyata-penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat tidak mencukupi. ASET SEMASA Sebelum Penyata-penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira Kumpulan dan Syarikat disediakan, para Pengarah telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menentukan sebarang aset semasa yang tidak mungkin diperolehi dalam urusniaga biasa, nilai aset berkenaan seperti tertera dalam rekod-rekod perakaunan Kumpulan dan Syarikat telah dikurangkan kepada suatu jumlah yang dijangka mampu dicapai. Pada tarikh laporan ini, para Pengarah tidak menyedari sebarang kemungkinan yang boleh mengakibatkan nilai aset semasa di dalam penyata-penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat mengelirukan. KAEDAH PENILAIAN Pada tarikh laporan ini, para Pengarah tidak menyedari sebarang kemungkinan yang boleh mengakibatkan kaedah sedia ada dalam penilaian harta atau tanggungan Kumpulan dan Syarikat mengelirukan atau kurang sesuai. 2

LAPORAN PARA PENGARAH (SAMBUNGAN) PERKARA LUAR BIASA JANGKAAN DAN LAIN-LAIN LIABILITI Pada tarikh laporan ini, tidak terdapat: (a) (b) sebarang caj ke atas harta Kumpulan dan Syarikat sejak akhir tahun berkenaan yang menjamin liabiliti sesiapa sahaja, atau sebarang liabiliti bersyarat bagi Kumpulan dan Syarikat sejak akhir tahun berkenaan. Tiada liabiliti bersyarat atau lain-lain liabiliti Kumpulan dan Syarikat yang berkuatkuasa atau mungkin dikuatkuasakan dalam tempoh dua belas bulan selepas berakhirnya tahun berkenaan yang mana menurut pendapat para Pengarah, akan atau mungkin menjejaskan keupayaan Kumpulan dan Syarikat untuk memenuhi tanggungjawab mereka apabila tiba waktunya. Untuk tujuan perenggan ini, liabiliti bersyarat atau lain-lain liabiliti tidak termasuk liabiliti yang wujud daripada kontrak-kontrak penaja jaminan insurans dalam urusniaga biasa Kumpulan dan Syarikat. PERUBAHAN KEADAAN Pada tarikh laporan ini, para Pengarah tidak menyedari sebarang kemungkinan yang tidak diambil kira didalam laporan ini atau penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat, yang boleh mengakibatkan sebarang jumlah yang dinyatakan di dalam penyata-penyata kewangan berkenaan mengelirukan. PERKARA-PERKARA LUAR BIASA Pada pendapat para Pengarah, keputusan operasi Kumpulan dan Syarikat bagi tahun berkenaan tidak begitu terjejas oleh sebarang perkara, urusniaga atau kejadian penting dan luar biasa, Pada pendapat para Pengarah, tiada sebarang perkara, urusniaga atau kejadian penting dan luar biasa yang berlaku dalam tempoh antara tarikh akhir tahun berkenaan dan tarikh laporan ini yang mungkin banyak menjejaskan keputusan operasi Syarikat bagi tahun ketika laporan ini disediakan. MODAL SAHAM Tiada sebarang saham baru yang dikeluarkan oleh Syarikat sepanjang tahun bekenaan. 3

LAPORAN PARA PENGARAH (SAMBUNGAN) URUS TADBIR KORPORAT Pematuhan Bank Negara Malaysia JPI/GPI 25: Rangka Rancangan Berhemat Urus Tadbir Korporat Penanggung Insurans Syarikat adalah mematuhi keperluan dan menerima pakai amalan pengurusan yang konsisten dengan, prinsip-prinsip di bawah Garis Panduan Bank Negara Malaysia (BNM) JPI/GPI 25 Rangka Rancangan Berhemat Urus Tadbir Korporat Penanggung Insurans. Tanggungjawab Lembaga Lembaga Pengarah adalah komited di dalam memastikan bahawa taraf tertinggi urus tadbir adalah dikekalkan. Ini telah dicapai dengan menerusi pematuhan Akta Insurans 1996, Peraturan Insurans 1996 dan Garis Panduan BNM JPI/GPI 25 arahan lain. Syarikat berusaha untuk menerima pakai amalan terbaik urus tadbir korporat yang lain. Antara lain, tanggungjawab Lembaga Pengarah termasuk: a. Memilih dan melantik pegawai eksekutif kanan yang layak dan cekap untuk mentadbir perniagaan insurans dengan lancar dan berkesan. b. Melindungi integriti dan kredibiliti Syarikat. c. Menubuhkan suatu Jawatankuasa Audit yang terdiri daripada beberapa orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif. d. Menubuhkan suatu Jabatan Audit Dalaman dengan kakitangan audit dalaman yang berkelayakan. e. Menyelia hal ehwal Syarikat secara efektif bagi memastikan pengurusan yang kukuh. f. Menerima pakai dan mengikut polisi dan objektif kukuh yang telah dipertimbangkan sepenuhnya. g. Bertindak secara jujur demi manfaat Syarikat dan mengelakkan amalan mementingkan diri sendiri dan konflik kepentingan. h. Dimaklumkan secara kerap tentang keadaan perniagaan dan polisi pengurusan Syarikat. i. Mematuhi semua undang-undang dan peraturan sebagai sebahagian daripada tugastugas statutori. j. Memastikan bahawa Syarikat mempunyai pengaruh bermanfaat atas ekonomi negara. 4

LAPORAN PARA PENGARAH (SAMBUNGAN) URUS TADBIR KORPORAT (SAMBUNGAN) Aktiviti Lembaga Pengarah Terdapat keseimbangan di dalam keanggotaan Lembaga yang terdiri daripada lapan (8) pengarah dengan kemahiran dan pengalaman yang pelbagai iaitu seorang (1) Pengarah Eksekutif, satu (1) Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan enam (6) Pengarah Bukan Eksekutif. Tiada individu atau kumpulan individu yang mampu mempegaruhi proses membuat keputusan Lembaga. Sebagai tambahan, Pengarah-Pengarah tidak memegang jawatan Pengarah lebih dari had yang ditetapkan. Dalam tahun kewangan, Lembaga bermesyuarat enam (6) kali dan semua Pengarah telah mematuhi keperluan kehadiran minimum 75% ke mesyuarat demikian. Butir-butir kehadiran setiap ahli Lembaga sepanjang tahun kewangan seperti berikut: Ahli Lembaga Pengarah Status Pengarah Bilangan Mesyuarat Diadakan Dihadiri Dato Maznah Abdul Jalil* Pengarah Bukan Eksekutif 6 5 David Chan Mun Wai** Pengarah Bukan Eksekutif 6 6 Dato Mohd. Nor Mohamad Pengarah Bukan Eksekutif 6 5 Lawrence Pereira Pengarah Bukan Eksekutif 6 6 Datuk Abdul Shukor Hassan Pengarah Bukan Eksekutif 6 6 George Isac Pereire Pengarah Bebas Bukan Eksekutif 6 6 Chan Kok Seong Pengarah Bukan Eksekutif 6 6 Hashim Harun Pengarah Urusan / 6 6 Ketua Pegawai Eksekutif * Pengerusi ** Timbalan Pengerusi Dalam melaksanakan tugasnya, Lembaga telah menyerahkan tanggungjawab-tanggungjawab khusus kepada tujuh (7) Jawatankuasa Lembaga: i. Jawatankusa Audit ii. Jawatankusa Pencalonan iii. Jawatankusa Imbuhan iv. Jawatankusa Pengurusan Risiko v. Jawatankusa Eksekutif vi. Jawatankusa Tuntutan dan Penajajaminan vii. Jawatankusa Pelaburan Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan mempunyai kuasa untuk menyelidik isu-isu berkaitan dan melaporkannya kembali kepada Lembaga Pengarah bersama cadangan-cadangan mereka. Tanggungjawab utama untuk membuat keputusan muktamad bagi semua perkara adalah terserah kepada Lembaga. Pakej Imbuhan Pengarah Butir-butir tentang jenis dan jumlah setiap elemen utama imbuhan bagi setiap Pengarah dalam tempoh masa berkenaan adalah seperti berikut: 5

LAPORAN PARA PENGARAH (SAMBUNGAN) URUS TADBIR KORPORAT (SAMBUNGAN) Directors Remuneration Package Pakej Imbuhan Pengarah RM Pengerusi Lembaga Pengarah 40,000 Pengerusi Jawatankuasa 35,000 Ahli Jawatankuasa 30,000 Elaun Mesyuarat untuk Pengarah Bukan Eksekutif RM Pengerusi Lembaga Pengarah / Jawatankuasa 700 Ahli Lembaga Pengarah / Jawatankuasa 600 Pemilihan semula Besesuaian dengan Memorandum & Tataurusan Pertubuhan (M&A) Syarikat, kesemua Pengarah yang dilantik oleh Lembaga adalah tertakluk pada pemilihan para pemegang saham pada kesempatan pertama selepas perlantikan mereka. M&A juga memperuntukan sekurangkurangnya satu pertiga daripada bilangan pengarah yang selebihnya adalah tertakluk kepada perlantikan semula secara giliran pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan, sekurang-kurangnya sekali setiap tiga tahun. Permohonan untuk perlantikan semula Pengarah-Pengarah dihantar ke BNM tidak lewat dari 3 bulan sebelum tarikh luput seperti yang dinyatakan di dalam surat pekeliling JPI 21/2003 berkaitan Perlantikan Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif oleh Pemegang Lesen/Pengawal Penanggung Insurans. Latihan Pengarah Para Pengarah adalah digalakkan untuk menghadiri program dan seminar pendidikan secara berterusan untuk mengikuti perkembangan dalam industri dan mereka dimaklumkan tentang program dan seminar sedemikian. Syarikat telah mewujudkan dasar bertulis bagi program induksi dan pendidikan untuk para Pengarah sejajar dengan keperluan piawaian urus tadbir korporat. Polisi Lembaga Pengarah Merujuk kepada Principle 4 of BNM JPI/GPI 25 Prudential Framework of Corporate Governance for Insurers dan keperluan latihan seperti yang dikemukakan di dalam BNM JPI: 13/2003 Corporate Governance Standard, Jabatan Audit Dalaman (IAD) telah menyediakan dan mengemaskinikan Polisi Lembaga Pengarah untuk memberikan maklumat industri insurans secara am dan Uni.Asia General Insurance Berhad secara khususnya bersama-sama senarai menyuruh maklumat lain. Ia akan menjadi bahan rujukan utama bagi industri insurans di Malaysia dan operasi UAGIB secara keseluruhannya untuk Pengarah-Pengarah yang baru dilantik dan yang sedia ada. 6

LAPORAN PARA PENGARAH (SAMBUNGAN) URUS TADBIR KORPORAT (SAMBUNGAN) Kenyataan Tanggungjawab Pengarah Para Pengarah adalah diperlukan oleh Akta Syarikat, 1965 untuk menyediakan penyata kewangan mengikut piawaian perakaunan yang dipersetujui dan digunapakai mengenai kedudukan sebenar Syarikat, keputusan dan aliran tunai Syarikat bagi tahun kewangan berkenaan. Untuk menyediakan penyata kewangan tersebut, para Pengarah telah: a) Memilih dasar perakaunan yang sesuai dan digunapakai secara berterusan; b) Membuat pertimbangan dan penilaian yang munasabah dan berhemat; c) Memastikan semua piawaian perakaunan yang digunapakai; dan d) Menyediakan penyata kewangan secara berterusan memandangkan para Pengarah mempunyai jangkaan munasabah, dengan persoalan bahawa Syarikat mempunyai sumber yang mencukupi untuk meneruskan operasi pada masa hadapan. Para Pengarah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa Syarikat menyimpan rekod perakaunan yang menzahirkan dengan ketepatan munasabah, kedudukan kewangan mereka dan yang membolehkan mereka memastikan bahawa penyata kewangan tersebut mematuhi Akta Syarikat, 1965. Para Pengarah mempunyai tanggungjawab secara keseluruhan untuk mengambil langkahlangkah yang wajar untuk melindungi aset Syarikat dan untuk mencegah dan mengesan sebarang penipuan dan kejanggalan lain. Mesyuarat Agung Tahunan Pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan, Lembaga Pengarah membentangkan perkembangan dan prestasi perniagaan serta menggalakkan pemegang saham mengambil bahagian dalam sesi soal jawab. Pegawai Eksekutif Utama / Pengarah Urusan dan, apabila perlu, Pengerusi Jawatankuasa Audit, Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan, Pengerusi Jawatankuasa Imbuhan, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan dan Penajajaminan, dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan bersedia untuk menjawab soalan daripada pemegang saham semasa mesyuarat. Laporan Kewangan Dalam membentangkan penyata kewangan tahunan, para pengarah bermatlamat untuk mengemukakan penilaian yang seimbang dan difahami tentang kedudukan dan prospek Syarikat. Kontrak Penting Tiada kontrak penting (bukan kontrak yang disertai dalam urus niaga biasa perniagaan) yang disertai oleh Syarikat yang melibatkan kepentingan Pengarah dan pemegang saham penting, sama ada masih wujud pada tahun kewangan berkenaan atau disertaai sejak akhir tahun kewangan sebelumnya. 7

LAPORAN PARA PENGARAH (SAMBUNGAN) URUS TADBIR KORPORAT (SAMBUNGAN) Pertanggungjawaban Awam Sebagai penjaga dana awam, urusan Syarikat dengan masyarakat sentiasa dilakukan dengan adil, jujur dan profesional. Kawalan Dalaman dan Pengurusan Risiko Perusahaan Lembaga mengesahkan tanggungjawab menyeluruhnya keatas sistem kawalan dalaman di dalam Syarikat. Tujuan sistem kawalan dalaman adalah untuk memastikan syarikat mencapai objektif korporatnya. Sistem ini direka untuk memastikan keberkesanan dan kecekapan operasi, laporan kewangan, dan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan berkaitan. Adalah merupakan tanggungjawab utama Lembaga bagi menentukan strategi dan polisi untuk risiko dan kawalan, sementara Pengurusan adalah bertanggungjawab ke atas keberkesanan rekabentuk dan operasi pengurusan risiko dan proses kawalan. Proses bagi pengenalan dan penilaian risiko penting adalah menerusi menerima pakai rangka kerja dan polisi Pengurusan Risiko Perusahaan (PRR). Prosesnya dijalankan sepanjang tahun. Lembaga Pengurusan Risiko Perusahaan (LPRP) akan mengawasi aktiviti Pengurusan Kanan dalam menguruskan kawasan risiko utama dan memastikan bahawa rangka kerja dan proses pengurusan risiko disediakan dan berfungsi dengan berkesan. Perlaksanaan PRR diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) dan dibantu oleh Jawatankuasa Pengurusan Risiko Perusahaan (JPRP). JPRP akan membantu KPE dalam membentuk prosedur yang sesuai termasuk kaedah, alat dan teknik penilaian dan pertimbangan semula amalan pengurusan risiko yang digunapakai. JPRP akan dengan kerap melapor kembali penilaian ke atas urus tadbir dan pengurusan risiko kepada LPRP. Bahagian Audit Dalaman turut terlibat secara aktif dalam mengaudit Pengurusan Risiko Perusahaan berdasarkan profil risiko auditee. Menerusi audit berasaskan risiko ia memberikan keyakinan bebas kepada Lembaga ke atas kecukupan dan ketelusan sistem kawalan dalaman dan rangka kerja pengurusan risiko. Ia juga menilai kecukupan dan keberkesanan pembetulan risiko yang sedia ada dalam mengurangkan risiko kepada tahap yang boleh diterima. Pengesanan risiko penipuan dan aktiviti pengubahan wang haram turut dimasukkan sebagai sebahagian dari kerja Jabatan Audit Dalaman. Mengenal pasti, menilai dan mengurus risiko yang dihadapi oleh Syarikat merupakan proses berterusan. Ciri-ciri utama proses adalah seperti berikut: a. Penajajaminan Syarikat mengadakan kawalan terhadap pendedahan penajajaminan yang meliputi kedua-dua risiko diterima dan diinsuranskan semula. Had pendedahan dikaji semula mengikut keperluan. b. Prosedur Kawalan Kewangan Kawalan terperinci dinyatakan di dalam buku panduan prosedur setiap unit operasi. 8

LAPORAN PARA PENGARAH (SAMBUNGAN) URUS TADBIR KORPORAT (SAMBUNGAN) c. Kedudukan Kewangan Rancangan perniagaan dan belanjawan tahunan diserahkan kepada pihak Lembaga pada permulaan setiap tahun kewangan untuk persetujuan mereka. Sebagai sebahagian daripada pemantauan prestasi dari semasa ke semasa, laporan-laporan kewangan berkenaan dihantar kepada pihak Lembaga untuk disemak semula pada setiap mesyuarat Lembaga Pengarah. Laporan-laporan tersebut meliputi semua operasi utama dan menyediakan satu asas yang kukuh bagi pihak Lembaga menilai prestasi kewangan Syarikat dan mengenal pasti masalahmasalah yang mungkin dihadapi oleh Syarikat. d. Pelaburan Bidang tugas Jawatankuasa Pelaburan dan Ketua Jabatan Pelaburan, polisi-polisi dan garisgaris panduan pelaburan serta struktur dan proses membuat keputusan pelaburan ditakrifkan dengan jelas di dalam buku Panduan Jabatan Pelaburan. Prestasi dana pelaburan dan laporan pendedahan ekuiti adalah antara laporan-laporan yang diserahkan kepada Jawatankuasa Pelaburan untuk penelitian mereka sewaktu mesyuarat. Had-had pelaburan diawasi secara berterusan untuk memastikan ia mematuhi spesifikasi aset-aset yang diterima mengikut Seksyen 46(2), Akta Insurans 1996. e. Sistem Maklumat Jawatankuasa Pengendali Teknologi Maklumat, yang mana ahlinya diwakili oleh pihak Pengurusan Kanan Syarikat dan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Audit Dalaman bertanggungjawab untuk mengenal pasti keperluan Teknologi Maklumat Syarikat selaran dengan keperluan berhubung Garis Panduan Pengurusan Persekitaran Teknologi Maklumat BNM (GPIS 1). f. Tuntutan Syarikat mengadakan kawalan terhadap memproses dan pembayaran tuntutan. Pengagihan peruntukan disemak semula setiap tahun. g. Audit Dalaman Jabatan audit dalaman melapor terus kepada Jawatankuasa Audit dan penemuan serta saranannya disampaikan kepada Jawatankuasa Audit menerusi laporan audit dalaman. Laporan berkenaan dikeluarkan dalam masa satu setengah bulan daripada tamatnya audit dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Audit pada mesyuaratnya. Selain dari itu Jawatankuasa Audit meneliti Pelan audit tahunan dan mengambil tindakan susulan keatas berbagai pemerhatian audit. Pengerusi Jawatankuasa Audit memberi laporan bertulis kepada Lembaga diatas persetujuan Jawatankuasa itu. Satu salinan laporan berkenaan disampaikan kepada kakitangan pengurusan yang terlibat dan ahli-ahli Jawatankuasa Audit. Selaras dengan pekeliling BNM JP3/2/99, laporan audit turut diserahkan kepada BNM. 9

LAPORAN PARA PENGARAH (SAMBUNGAN) URUS TADBIR KORPORAT (SAMBUNGAN) Jawatankuasa Lembaga Pengarah Ada tujuh Jawatankuasa Lembaga Pengarah iaitu Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Pencalonan, Jawatankuasa Imbuhan, Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Jawatankuasa Eksekutif, Jawatankuasa Tuntutan & Penajajaminan dan Jawatankuasa Pelaburan seperti berikut. A) Jawatankuasa Audit Matlamat utama Jawatankuasa Audit adalah membantu Lembaga Pengarah memenuhi tanggungjawab untuk proses laporan kewangan, system kawalan dalaman, proses audit dan pemantauan pemantuhan dengan undang-undang dan peraturan berkenaan. Jawatankuasa ini terdiri daripada ahli-ahli seperti di bawah dan butir-butir kehadiran setiap ahli ke mesyuarat yang diadakan sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Mac 2006 adalah seperti berikut: Ahli Status Pengarah Bilangan Mesyuarat Diadakan Dihadiri George Isac Pereire* Pengarah Bebas Bukan Eksekutif 5 5 Dato Mohd. Nor Mohamad Pengarah Bukan Eksekutif 5 5 Chan Kok Seong Pengarah Bukan Eksekutif 5 5 *Pengerusi Sepanjang tahun berkenaan, Jawatankuasa Audit telah memenuhi kewajipannya sebagaimana diperlukan di bawah bidang tugasnya. Berikut adalah ringkasan tanggungjawab utama Jawatankuasa Audit: (a) Memastikan bahawa Jabatan Audit Dalaman adalah jelas dan mempunyai kedudukan yang sewajarnya didalam syarikat dan memastikan penyusunan fungsi audit dalaman yang berkesan. (b) Mengkaji semula dan meluluskan pelan audit, piagam audit dan peruntukan belanjawan (c) Mengkaji semula bidang prosedur yang digunakan oleh Jabatan Audit Dalaman termasuk kesesuaian penggunaan kaedah pengurusan risiko dan memastikan pematuhan dengan piawaian audit dalaman. (d) Memastikan ia diberitahu secukupnya dan memahami risiko dan implikasi penemuan dan saranan audit dalaman dan bahawa ianya telah diselesaikan dengan berkesan dan secepat mungkin. (e) Memastikan Jabatan Audit Dalaman mempunyai sumber dan kecekapan yang berterusan di samping memastikan keperluan latihan yang mencukupi untuk kakitangan menjalankan kerja-kerja audit dan memastikan adanya program pendidikan dan latihan yang berterusan. (f) Mengkaji semula dan menilai pelbagai hubungan diantara juruaudit luar dan syarikat serta yuran yang dibayar kepada mereka. (g) Mengkaji semula pelan audit tahunan, penyata kewangan dan laporan audit Syarikat bersama juruaudit luar. (h) Mengkaji laporan pengerusi, laporan kewangan interim dan pengumuman awal pengerusi. (i) Menyerahkan laporan tahunan dan aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Audit kepada BNM sebagai mematuhi Prinsip 18, JPI/GPI 25. 10

LAPORAN PARA PENGARAH (SAMBUNGAN) URUS TADBIR KORPORAT (SAMBUNGAN) Semua aktiviti yang dijalankan oleh Jawatankuasa Audit telah dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia bagi mematuhi keperluan JPI/GPI 25. B) Jawatankuasa Pencalonan Objektif utama Jawatankuasa Pencalonan ialah untuk mewujudkan prosedur bertulis, rasmi dan telus bagi perlantikan Pengarah baru, Ketua Pegawai Eksekutif dan kakitangan Pengurusan Kanan. Ia juga adalah merupakan proses penelitian semula keseimbangan dan menilai keberkesanan setiap Pengarah, Lembaga secara keseluruhannya dan lain-lain Jawatankuasa Lembaga, Ketua Pegawai Eksekutif dan kakitangan Pengurusan Kanan. Jawatankuasa pencalonan terdiri daripada ahli-ahli di bawah dan butir-butir kehadiran setiap ahli ke mesyuarat yang diadakan sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Mac 2006 adalah seperti berikut: Ahli Status Pengarah Bilangan Mesyuarat Diadakan Dihadiri George Isac Pereire* Pengarah Bebas Bukan Eksekutif 3 3 Dato Maznah Abdul Jalil Pengarah Bukan Eksekutif 3 3 David Chan Mun Wai Pengarah Bukan Eksekutif 3 3 Dato Mohd. Nor Mohamad Pengarah Bukan Eksekutif 3 3 Datuk Abdul Shukor Hassan Pengarah Bukan Eksekutif 3 3 * Pengerusi Sepanjang tahun berkenaan, Ahli jawatankuasa telah memenuhi kewajipannya sebagaimana diperlukan di bawah bidang tugasnya. Berikut adalah ringkasan tanggungjawab utama yang dijalankan oleh Jawatankuasa: a) Mewujudkan keperluan minimum bagi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan. b) Menyemak semula komposisi keseluruhan Lembaga Pengarah dari segi saiz dan kemahiran yang sesuai, keseimbangan antara, Pengarah Bukan Eksekutif, Pengarah Eksekutif dan Pengarah Bebas pada setiap tahun. c) Mencadangkan dan menilai calon yang dipilih atau dipilih semula untuk Pengarah, pelbagai keahlian Jawatankuasa Lembaga Pengarah dan juga calon untuk kedudukan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pegawai Kanan penting. Ini termasuk menilai para pengarah dan Ketua Eksekutif yang dicadangkan untuk perlantikan semula, sebelum permohonan kelulusan diserahkan kepada BNM. d) Mewujudkan mekanisme untuk penilaian rasmi dan menilai keberkesanan Lembaga Pengarah secara keseluruhan, sumbangan setiap Pengarah terhadap keberkesanan Lembaga Pengarah, sumbangan pelbagai Jawatankuasa Lembaga Pengarah, prestasi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pegawai Kanan penting. e) Mencadangkan kepada Lembaga Pengarah berhubung pemindahan Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana Pegawai Kanan penting sekiranya jelas terbukti bahawa beliau tidak cekap, menyeleweng atau cuai dalam menjalankan tanggungjawabnya. f) Memastikan semua Lembaga Pengarah menjalani program induksi dan menerima latihan sewajarnya secara berterusan. g) Mengawasi perlantikan, rancangan penggantian pengurusan dan penilaian prestasi Pegawai Kanan. h) Memperincikan maklumat yang hendak dipaparkan di dalam Laporan Tahunan Syarikat berkaitan dengan aktiviti jawatankuasa. 11

LAPORAN PARA PENGARAH (SAMBUNGAN) URUS TADBIR KORPORAT (SAMBUNGAN) C) Jawatankuasa Imbuhan Objektif utama Jawatankuasa ialah untuk mewujudkan prosedur bertulis, rasmi dan telus bagi membangunkan polisi imbuhan untuk Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan kakitangan Pengurusan Kanan dan memastikan imbuhan mereka adalah setanding dan selaras dengan budaya, objektif dan strategi syarikat. Jawatankuasa Imbuhan terdiri daripada ahli-ahli di bawah dan butir-butir kehadiran setiap ahli ke mesyuarat yang diadakan sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Mac 2006 adalah seperti berikut: Ahli Status Pengarah Bilangan Mesyuarat Diadakan Dihadiri George Isac Pereire* Pengarah Bebas Bukan Eksekutif 2 2 Dato Maznah Abdul Jalil Pengarah Bukan Eksekutif 2 2 Lawrence Pereira Pengarah Bukan Eksekutif 2 2 Datuk Abdul Shukor Hassan Pengarah Bukan Eksekutif 2 2 * Pengerusi Sepanjang tahun berkenaan, Jawatankuasa telah memenuhi kewajipannya sebagaimana diperlukan di bawah bidang tugasnya. Berikut adalah ringkasan tanggungjawab utama yang dijalankan oleh Jawatankuasa: a) Mencadangkan satu rangka kerja imbuhan untuk Pengarah Ketua Eksekutif dan Pegawai Kanan penting. Polisi imbuhan hendaklah: Bertulis dan diluluskan oleh seluruh Lembaga Pengarah dan apa-apa perubahan padanya adalah tertakluk kepada persetujuan seluruh Lembaga Pengarah; Mencerminkan pengalaman dan tahap tanggungjawab setiap Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pegawai Kanan penting; Cukup untuk menarik perhatian dan mengekalkan para Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pegawai Kanan penting yang berwibawa yang diperlukan untuk menguruskan Syarikat dengan jayanya; dan Seimbang dengan keperluan untuk memastikan dana syarikat tidak digunakan untuk memberi subsidi pakej imbuhan secara berlebihan. b) Mencadangkan pakej imbuhan tertentu untuk para Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pegawai Kanan penting. Pakej imbuhan hendaklah: Berdasarkan satu pertimbangan objektif dan diluluskan oleh seluruh Lembaga Pengarah; Mengambil pertimbangan wajar atas penilaian jawatankuasa calon berkenaan dan juga keberkesanan dan sumbangan Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif atau Pegawai Kanan penting berkaitan; Tidak diputuskan melalui budi bicara seorang individu atau kumpulan terhad individu; dan Berdaya saing dan konsisten dengan budaya, objektif dan strategi syarikat. 12

LAPORAN PARA PENGARAH (SAMBUNGAN) URUS TADBIR KORPORAT (SAMBUNGAN) C) Jawatankuasa Imbuhan (sambungan) c) Memastikan pakej imbuhan untuk Pengarah Eksekutif distrukturkan untuk menghubungkan imbuhan dengan prestasi korporat dan individu bagi menggalakkan tahap prestasi yang tinggi. Hubungan imbuhan dengan prestasi tidak memperuntukkan insentif bagi kelakuan tidak bertanggungjawab dan melampaui batas. d) Memastikan pakej imbuhan untuk Pengarah Bukan Eksekutif dan Pengarah Bebas dihubungkan dengan tahap tanggungjawab yang diambil dan sumbangan secara berkesan kepada Lembaga Pengarah. e) Menyemak semula dan mencadangkan polisi dan garis panduan sumber manusia termasuk struktur pampasan dan manfaat untuk kelulusan Lembaga Pengarah. f) Memperincikan perkara berhubung aktiviti-aktiviti Jawatankuasa untuk diterbitkan dalam Laporan Tahunan Syarikat. D) Jawatankuasa Pengurusan Risiko Objektif utama jawatankuasa ialah untuk mewujudkan prosedur bertulis, rasmi dan telus bagi memberi peluang untuk menumpukan kepada penambahbaikan kualiti urus tadbir dan pengurusan risiko syarikat. Jawatankuasa Pengurusan Risiko terdiri daripada ahli-ahli di bawah dan butir-butir kehadiran setiap ahli ke mesyuarat yang diadakan sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Mac 2006 adalah seperti berikut: Ahli Status Pengarah Bilangan Mesyuarat Diadakan Dihadiri George Isac Pereire* Pengarah Bebas Bukan Eksekutif 5 5 David Chan Mun Wai Pengarah Bukan Eksekutif 5 5 Dato Mohd. Nor Mohamad Pengarah Bukan Eksekutif 5 5 Datuk Abdul Shukor Hassan Pengarah Bukan Eksekutif 5 5 *Pengerusi Sepanjang tahun berkenaan, Ahli jawatankuasa telah memenuhi kewajipannya sebagaimana diperlukan di bawah bidang tugasnya. Berikut adalah ringkasan tanggungjawab utama oleh Jawatankuasa: a) Mengkaji semula dan mencadangkan strategi, polisi dan toleransi pengurusan risiko untuk kelulusan Lembaga Pengarah; b) Mengkaji semula dan menilai kecukupan polisi dan rangka kerja pengurusan risiko untuk mengenal pasti, mengukur, mengawasi dan mengawal risiko dan juga takat mana semuanya beroperasi dengan berkesan; c) Memastiikan infrastruktur, sumber dan sistem yang cukup disediakan untuk pengurusan risiko yang berkesan; d) Memastikan program induksi, latihan dan pendidikan pengurusan, disasarkan mengikut kesesuaian semua tahap kakitangan, diwujudkan dan dilaksanakan; e) Mengkaji semula laporan berkala pengurusan berhubung pendedahan risiko, komposisi portfolio risikodan aktiviti-aktiviti pengurusan risiko. 13

LAPORAN PARA PENGARAH (SAMBUNGAN) URUS TADBIR KORPORAT (SAMBUNGAN) E) Jawatankuasa Eksekutif Objektif jawatankuasa adalah: Memastikan bahawa polisi luas dan objektif asas Syarikat seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah, dijalankan oleh Pengurusan. Membantu Lembaga Pengarah mengawasi operasi Syarikat. Jawatankuasa Eksekutif bermesyuarat setiap bulan untuk mengkaji semula perkaraperkara yang berkaitan dengan operasi Syarikat, yang diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah dengan kuasa tertentu bagi membuat keputusan yang cekap dan berkesan. Minit mesyuarat Jawatankuasa diedarkan kepada semua ahli Jawatankuasa dan Pengerusi Lembaga Pengarah dan jika diminta kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah yang lain. Jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli di bawah dan butir-butir kehadiran setiap ahli ke mesyuarat yang diadakan sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Mac 2006 adalah seperti berikut: Ahli Status Pengarah Bilangan Mesyuarat Diadakan Dihadiri Dato Maznah Abdul Jalil* Pengarah Bukan Eksekutif 10 10 George Isac Pereire** Pengarah Bebas Bukan Eksekutif 10 9 Chan Kok Seong Pengarah Bukan Eksekutif 10 10 Hashim Harun Pengarah Urusan / Ketua Pegawai 10 10 Eksekutif *Pengerusi **Berhenti pada 26 hb Januari 2006 Sepanjang tahun berkenaan, Ahli jawatankuasa telah memenuhi kewajipannya sebagaimana diperlukan di bawah bidang tugasnya. Berikut adalah ringkasan tanggungjawab utama yang dijalankan oleh Jawatankuasa: a. Mengawal selia amalan syarikat adalah secara tegas kepada pematuhan undangundang dan keperluan perundangan. b. Mengkaji dan mengawal selia secara berterusan operasi, kedudukan kesolvenan dan prestasi kewangan syarikat. c. Mengkaji dan mencadang untuk kelulusan Lembaga berkaitan polisi, garis panduan dan kawalan kewangan, pengunderaitan dan tuntutan. d. Mengkaji dan mencadang kepada Lembaga, cadangan yang dikemukan oleh pihak pengurusan atas perkara berkaitan belanjawan tahunan, pelan perancangan korporat, akaun kewangan dan sistem pengurusan maklumat. e. Mengawal selia keuntungan dan prestasi Syarikat serta kumpulannya dan meminta tindakan susulan pengurusan yang mana perlu. f. Dimaklumkan dan dirujuk berkaitan perkara yang penting, untuk persetujuan. g. Mengamalkan had kuasa kewangan kewangan dan pentadbiran, had kuasa pengunderaitan dan mandat kelulusan tuntutan. h. Mencadangkan untuk kelulusan pembayaran dividen interim dan akhir kepada lembaga i. Lain-lain aguhan tugas yang diamanahkan oleh lembaga dari semasa ke semasa. 14

LAPORAN PARA PENGARAH (SAMBUNGAN) URUS TADBIR KORPORAT (SAMBUNGAN) D) Jawatankuasa Tuntutan dan Pegunderaitan Tanggungjawab Jawatankuasa Tuntutan dan Pengunderaitan ialah membantu Lembaga Pengarah dan Pengurusan untuk melaksanakan tanggungjawab strategik dan pertanggungjawaban yang berkesan di dalam bidang tuntutan dan pengunderaitan Syarikat. Jawatankuasa ini mengemukakan laporan berhubung keputusan, pemerhatian dan cadangan yang timbul hasil semakan semula terhadap perkara di atas untuk dipertimbangkan dan dipersetujui oleh Lembaga Pengarah. Dalam melaksanakan tugasnya, Jawatankuasa Tuntutan dan Pengunderaitan memberikan hala tuju profesional berhubung keadaan Syarikat dari segi tuntutan dan pengunderaitan. Jawatankuasa ini terdiri daripada ahli-ahli di bawah dan butir-butir kehadiran setiap ahli ke mesyuarat yang diadakan sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Mac 2006 adalah seperti berikut: Ahli Status Pengarah Bilangan Mesyuarat Diadakan Dihadiri Lawrence Pereira* Pengarah Bukan Eksekutif 10 10 David Chan Mun Wai Pengarah Bukan Eksekutif 10 10 Datuk Abdul Shukor Hassan Pengarah Bukan Eksekutif 10 10 Hashim Harun Pengarah Urusan / Ketua Pegawai 10 10 Eksekutif *Pengerusi E) Jawatankuasa Pelaburan Jawatankuasa Pelaburan diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah untuk membantu Lembaga Pengarah dan Pengurusan untuk melaksanakan tanggungjawab strategik dan pertanggungjawaban yang berkesan dari segi pelaburan Syarikat. Jawatankuasa ini mengemukakan laporan kepada Lembaga Pengarah berhubung keputusan, pemerhatian dan cadangan berkaitan aktiviti pelaburan Syarikat untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Jawatankuasa Pelaburan terdiri daripada ahli-ahli di bawah dan butir-butir kehadiran setiap ahli ke mesyuarat yang diadakan sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Mac 2006 adalah seperti berikut: Ahli Status Pengarah Bilangan Mesyuarat Diadakan Dihadiri Dato Maznah Abdul Jalil* Pengarah Bukan Eksekutif 11 11 George Isac Pereire** Pengarah Bebas Bukan Eksekutif 11 9 Chan Kok Seong Pengarah Bukan Eksekutif 11 10 Hashim Harun Pengarah Urusan / Ketua Pegawai 11 11 Eksekutif Habshah Mohamed Pengurus Besar, Kewangan & 11 11 Pengurusan *Pengerusi **Berhenti pada 26 hb Januari 2006 15

LAPORAN PARA PENGARAH (SAMBUNGAN) URUS TADBIR KORPORAT (SAMBUNGAN) E) Jawatankuasa Pelaburan (sambungan) Sepanjang tahun berkenaan, Ahli jawatankuasa telah memenuhi kewajipannya sebagaimana diperlukan di bawah bidang tugasnya. Berikut adalah ringkasan tanggungjawab utama Jawatankuasa: a. Melaporkan kepada Lembaga keputusan, penelitian dan cadangan pada setiap suku tahunan untuk deliberasi dan formalisasi oleh Lembaga. b. Menilai dan mencadang bagi kelulusan untuk Panduan Pengurusan kepada Lembaga. c. Mewujudkan strategi pelaburan dan mendapatkan kelulusan daripada Lembaga dan meneliti keadaan pasaran dan situasi eonomi secara kerap. d. Membantu dan memberi nasihat kepada Lembaga dalam matlamat pelaburan, sasaran dan asset secara keseluruhannya. e. Menubuhkan prosedur kawalan pengurusan dan mengawalselia prosedur yang ada. f. Menubuhkan perubahan jangka pendek terhadap sasaran jangka panjang oleh Lembaga dan dimaklumkan kepada Ketua Pelaburan g. Mengkaji pengagihan sektor seperti yang di cadangkan oleh ketua Pelaburan. h. Mengkaji kelulusan sekuriti dan instrument pasaran wang seperti yang dicadangkan oleh Ketua Pelaburan dan menetapkan kriteria pelaburan. i. Mengawal selia portfolio pelaburan bagi memastikan keseragaman dengan semua objektif dan keperluan peruntukan perundangan. j. Mengkaji dan membuat keputusan ke atas isu pelaburan yang kritikal bilamana diperlukan. k. Kesemua risiko pelaburan mesti dkenakpasti, tersusun rapi, memberi keutamaan kepada kesan dan implikasi serta diurus sebaik mungkin. l. Menubuhkan had kuasa dan membuatnya sebagai keperluan laporan. m. Mencadangkan dan mengkaji wakil sah, pengurus dana dan pemegang amanah bilamana diperlukan. 16

LAPORAN PARA PENGARAH (SAMBUNGAN) PENGARAH-PENGARAH Pengarah-pengarah yang berkhidmat sepanjang tempoh yang berkenaan semenjak tarikh laporan yang lalu ialah: Dato Maznah Abdul Jalil Dato Mohd. Nor Mohamad Lawrence Pereira Datuk Abdul Shukor Hassan George Isac Pereire Hashim Harun Chan Kok Seong David Chan Mun Wai Berdasarkan Artikel Pertubuhan Syarikat, Lawrence Pereira, Datuk Abdul Shukor Hassan dan George Isac Pereire, yang dilantik pada tahun kewangan, akan bersara pada Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang dan layak menawarkan diri untuk pemilihan semula. KEPENTINGAN PENGARAH-PENGARAH Menurut daftar Pemegang Saham Pengarah, butiran mengenai kepentingan pengarah-pengarah dalam pemegangan saham Syarikat pada akhir tahun kewangan berkenaan dan pemegangan opsyen saham dalam syarikat yang berkaitan adalah seperti berikut: Dalam Syarikat Jumlah saham-saham biasa RM1.00 satu Pada Pada 1.4.2005 Dibeli Dijual 31.3.2006 Langsung: George Isac Pereire 2,052,381 - - 2,052,381 Tidak Langsung: Lawrence Pereira* 9,850,000 - - 9,850,000 Datuk Abdul Shukor Hassan** 10,003,175 - - 10,003,175 Dalam DRB-HICOM Berhad (Syarikat Pegangan Utama) Langsung: Dato' Maznah Abdul Jalil 500,000 650,500 600,000 550,500 Dato Mohd. Nor Mohamad 72,000 14,000-86,000 George Isac Pereire 74,000 - - 74,000 Chan Kok Seong 5,000 - - 5,000 17

LAPORAN PARA PENGARAH (SAMBUNGAN) KEPENTINGAN PENGARAH-PENGARAH (SAMBUNGAN) Dalam DRB-HICOM Berhad (Syarikat Pegangan Utama) Opsyen keatas saham-saham biasa RM1.00 setiap satu Pada Pada 1.4.2005 Ditawarkan Diambil 31.3.2006 Dato Maznah Abdul Jalil 104,000-104,000 - Dato Mohd. Nor Mohamad 14,000-14,000 - * Dianggap mempunyai kepentingan dalam pemegangan saham Emaco Sdn Bhd menurut Seksyen 6A(4) Akta Syarikat, 1965. ** Dianggap mempunyai kepentingan dalam pemegangan saham Salinah Enterprise Sdn Bhd menurut Seksyen 6A(4) Akta Syarikat, 1965. Tidak ada lain-lain pengarah yang mempunyai kepentingan di dalam pemegangan saham Syarikat atau syarikat-syarikat yang berkaitan sepanjang tahun kewangan berkenaan. GANJARAN-GANJARAN PENGARAH Sepanjang dan pada akhir tahun kewangan, tidak ada sebarang rancangan membabitkan Syarikat bertujuan membolehkan pengarah-pengarah Syarikat memperolehi ganjaran-ganjaran menerusi pengambilialihan saham atau debentur Syarikat atau badan korporat yang lain selain daripada pilihan saham yang diluluskan oleh syarikat pegangan utama, DRB-HICOM Berhad, kepada pengarah-pengarah tertentu berdasarkan Skim Opsyen Saham Kakitangan. Sejak akhir tahun kewangan sebelum ini, tidak ada pengarah syarikat yang menerima atau berhak untuk menerima sebarang ganjaran (selain ganjaran-ganjaran yang dinyatakan sebagai imbuhan dan ganjaran-ganjaran yang disediakan kepada pengarah-pengarah seperti yang dinyatakan di dalam nota 17 penyata kewangan), disebabkan oleh kontrak yang dilakukan oleh syarikat atau syarikat berkaitan bersama pengarah atau firma di mana pengarah berkenaan menjadi ahli, atau syarikat di mana pengarah berkenaan mempunyai kepentingan kewangan yang ketara, kecuali bagi sebarang faedah yang dianggap mungkin diperolehi oleh seseorang pengarah berdasarkan urusniaga dagangan biasa antara Kumpulan dan syarikat-syarikat di mana pengarah tersebut mempunyai kepentingan ekuiti yang ketara. 18

LAPORAN PARA PENGARAH (SAMBUNGAN) SYARIKAT PEGANGAN TERDEKAT DAN SYARIKAT PEGANGAN UTAMA Syarikat pegangan terdekat adalah Uni.Asia Capital Sdn. Bhd. Para Pengarah menganggap syarikat DRB-HICOM Berhad sebagai syarikat pegangan utama Syarikat. Kedua-dua syarikat diperbadankan di Malaysia. JURUAUDIT Juruaudit, PricewaterhouseCoopers, telah menyatakan kesediaan mereka untuk terus berkhidmat. Bersesuaian dengan satu ketetapan Lembaga Pengarah bertarikh 31 Mei 2006. DATO MAZNAH ABDUL JALIL PENGARAH DAVID CHAN MUN WAI PENGARAH Kuala Lumpur 19

KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 MAC 2006 ASET Nota 2006 2005 RM 000 RM 000 Hartanah, kilang dan peralatan 3 56,425 53,213 Pelaburan 4 490,487 466,656 Pinjaman 5 1,078 948 Jumlah dihutang oleh syarikat pegangan utama 26 8 5 Syarikat subsidiari 6-86 Cukai asset tertunda 8 3,760 7,018 Penerimaan 9 43,838 37,362 Tunai dan baki bank 3,510 5,497 Jumlah aset 599,106 570,785 TANGGUNGAN Peruntukan bagi tuntutan tertunggak 10 215,431 222,933 Pembayaran 11 30,207 31,727 Pasca tanggungjawabmanfaat guna tenaga 12 1,181 1,070 Cukai tanggungan semasa 5,079 8,518 251,898 264,248 Rizab premium tidak diperolehi 13 138,492 120,729 Jumlah tanggungan 390,390 384,977 EKUITI PEMEGANG SAHAM Modal saham 14 100,000 100,000 Rizab 15 108,716 85,808 208,716 185,808 Jumlah tanggungan dan ekuiti pemegang saham 599,106 570,785 Nota-nota yang disertakan membentuk sebahagian penting penyata kewangan ini. 20

PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 MAC 2006 Nota 2006 2005 RM 000 RM 000 Pendapatan operasi 16 381,386 339,651 Dana pemegang saham: Perbelanjaan pengurusan 17 (2,202) (1,069) Pendapatan operasi lain - bersih 19 (11) (1) (2,213) (1,070) Lebihan dipindahkan daripada akaun pendapatan 63,491 60,094 Keuntungan sebelum cukai 61,278 59,024 Cukai 20 (19,685) (9,762) Keuntungan bersih bagi tahun tinjauan 41,593 49,262 Pendapatan sesaham (sen) 21 41.60 49.26 Nota-nota yang disertakan membentuk sebahagian penting penyata kewangan ini 21

AKAUN PENDAPATAN INSURANS AM BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 MAC 2006 Perkapalan, Penerbangan Nota Kebakaran Kenderaan & Transit Pelbagai Jumlah RM'000 RM'000 RM'000 RM'000 RM'000 Premium kasar 45,508 278,944 8,974 28,228 361,654 Penginsurans semula (20,730) (15,207) (7,014) (9,599) (52,550) Premium bersih 24,778 263,737 1,960 18,629 309,104 (Penambahan)/pengurangan dalam rizab premium tidak diperolehi 13 (1,236) (15,934) 273 (866) (17,763) Premium diperolehi 23,542 247,803 2,233 17,763 291,341 Tuntutan bersih ditanggung 23 (7,966) (143,822) (891) (12,063) (164,742) Komisen bersih (1,929) (23,284) (6) (2,325) (27,544) Lebihan pengunderaitan sebelum perbelanjaan pengurusan 13,647 80,697 1,336 3,375 99,055 Perbelanjaan pengurusan 17 (55,400) Lebihan pengunderaitan 43,655 Pendapatan pelaburan 18 19,732 Pendapatan operasi lain - bersih 19 104 Lebihan dipindahlan ke penyata pendapatan 63,491 Nota-nota yang disertakan membentuk sebahagian penting penyata kewangan ini 22

AKAUN PENDAPATAN INSURANS AM BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 MAC 2005 Perkapalan, Penerbangan Nota Kebakaran Kenderaan & Transit Pelbagai Jumlah RM'000 RM'000 RM'000 RM'000 RM'000 Premium kasar 37,489 236,476 9,838 37,237 321,040 Penginsurans semula (21,105) (14,969) (6,947) (19,219) (62,240) Premium bersih 16,384 221,507 2,891 18,018 258,800 (Penambahan)/pengurangan dalam rizab premium tidak diperolehi 13 862 (7,881) (115) 2,375 (4,759) Premium diperolehi 17,246 213,626 2,776 20,393 254,041 Tuntutan bersih ditanggung 23 (5,062) (133,951) (1,206) (7,877) (148,096) Komisen bersih (2,521) (16,847) (150) (1,512) (21,030) Lebihan pengunderaitan sebelum perbelanjaan pengurusan 9,663 62,828 1,420 11,004 84,915 Perbelanjaan pengurusan 17 (47,944) Lebihan pengunderaitan 36,971 Pendapatan pelaburan 18 18,611 Pendapatan operasi lain - bersih 19 4,512 Lebihan dipindahlan ke penyata pendapatan 60,094 Nota-nota yang disertakan membentuk sebahagian penting penyata kewangan ini. 23

PENYATA PERUBAHAN EKUITI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 MAC 2006 Saham diterbitkan dan dibayar penuh pada Tidak boleh Boleh Nota RM1 sesaham diagih diagih Rizab Bilangan Nilai penilaian Pendapatan saham nominal semula aset terkumpul Jumlah 000 RM'000 RM'000 RM'000 RM 000 Pada 1 April 2005 100,000 100,000 2,486 83,322 185,808 Lebihan rizab penilaian semula hartanah - - 2,937-2,937 Dipindahkan ke cukai tertunda - - (822) - (822) Keuntungan bersih bagi tahun tinjauan - - - 41,593 41,593 Dividen: 22 - akhir pada tahun berakhir 31 Mac 2005 - - - (13,600) (13,600) - interim bagi tahun berakhir 31 Mac 2006 - - - (7,200) (7,200) Pada 31 Mac 2006 100,000 100,000 4,601 104,115 208,716 Pada 1 April 2004 100,000 100,000 2,677 62,994 165,671 Pencapaian penilaian semula lebihan bersih cukai pelaburan hartanah, kilang dan peralatan yang dilupuskan - - (191) 191 - Tukarganti tanggungan cukai tertunda atas penilaian semula lebihan hartanah, kilang dan peralatan setelah dilupuskan - - - 75 75 Keuntungan bersih tidak diiktiraf dalam penyata pendapatan - - (191) 266 75 keuntungan bersih dalam tahun tinjauan - - - 49,262 49,262 Dividen: 22 - akhir pada tahun berakhir 31 Mac 2004 - - - (22,000) (22,000) - interim bagi tahun berakhir ended 31 Mac 2005 - - - (7,200) (7,200) Pada 31 Mac 2005 100,000 100,000 2,486 83,322 185,808 Nota-nota yang disertakan membentuk sebahagian penting penyata kewangan ini. 24

PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 MAC 2006 ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI OPERASI Nota 2006 2005 RM 000 RM 000 Keuntungan bersih dalam tahun tinjauan 41,593 49,262 Pelarasan bagi perkara bukan tunai 24 19,988 (9,007) 61,581 40,255 Penambahan pinjaman (130) (358) Pengurangan deposit tetap dan deposit panggilan 31,666 6,784 Pembelian pelaburan (140,883) (147,839) Perolehan dari penjualan pelaburan 71,089 120,811 Perolehan dari kematangan pelaburan 10,000 40,000 Pendapatan faedah diterima 17,767 15,261 Pendapatan dividen diterima 2,040 1,179 Lain-lain pendapatan pelaburan diterima (54) 304 Pasca tanggungjawab manfaat guna tenaga - (5,436) (Penambahan)/pengurangan jumlah dihutang kepada syarikat pegangan utama (3) 1 (Penambahan)/pengurangan penerimaan dagangan (3,506) 15,350 Pengurangan pembayaran dagangan (70) (7,718) Pengurangan peruntukan tuntutan tertunggak (7,502) (30,637) Pengurangan/(penambahan) penerimaan lain 34 (725) Pengurangan pembayaran lain (1,449) (578) Tunai diperolehi daripada operasi 40,580 46,654 Cukai dibayar (20,688) (17,373) Aliran tunai bersih masuk daripada aktiviti operasi 19,892 29,281 ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PELABURAN Pembelian hartanah, kilang dan peralatan (1,709) (3,057) Perolehan daripada penjualan hartanah, kilang dan peralatan 40 1,705 Perolehan daripada penjualan syarikat bersekutu 330 - Perolehan daripada penjualan syarikat subsidiari 260 - Aliran tunai bersih keluar daripada aktiviti pelaburan (1,079) (1,352) Nota-nota yang disertakan membentuk sebahagian penting penyata kewangan ini. 25

PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 MAC 2006 (SAMBUNGAN) ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI KEWANGAN Nota 2006 2005 RM 000 RM 000 Dividen dibayar (20,800) (29,200) Aliran tunai bersih keluar daripada aktiviti kewangan 25 (20,800) (29,200) PENGURANGAN BERSIH TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI 25 (1,987) (1,271) TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI PADA AWAL TAHUN 25 5,497 6,768 TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN 25 3,510 5,497 Nota-nota yang disertakan membentuk sebahagian penting penyata kewangan ini. 26

NOTA NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN 31 MAC 2006 1 AKTIVITI UTAMA DAN MAKLUMAT AM Syarikat terlibat terutamanya dalam penajajaminan semua kelas perniagaan insurans am. Aktiviti utama syarikat subsidiari dan syarikat bersekutu dinyatakan dalam Nota 6 dan 7 masing masing, bagi penyata kewangan. Tiada sebarang perubahan ketara yang berlaku terhadap aktiviti-aktiviti sepanjang tahun berkenaan. Syarikat merupakan syarikat liabiliti awam berhad yang diperbadankan dan bermastautin di Malaysia. Pejabat berdaftar dan tempat perniagaan utama ialah di Tingkat 9, Menara Uni.Asia, 1008 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia. Syarikat induknya adalah Uni.Asia Capital Sdn. Bhd. Para Pengarah menganggap DRB-HICOM Berhad sebagai syarikat induk unggul Syarikat. Kedua-dua syarikat diperbadankan di Malaysia. Jumlah kakitangan Syarikat pada akhir tahun kewangan tinjauan adalah seramai 760 (2005: 770). Penyata kewangan disahkan untuk diterbitkan oleh Lembaga Pengarah, selaras dengan ketetapan Pengarah bertarikh 31 Mei 2006. 2 DASAR-DASAR PENTING PERAKAUNAN Dasar perakaunan berikut telah digunakan dengan sewajarnya dalam menangani perkara-perkara yang dianggap penting membabitkan penyata-penyata kewangan. (a) Asas Penyediaan Penyata kewangan Syarikat disediakan menurut konvensyen kos sejarah yang diubahsuai oleh penilaian semula tanah dan bangunan tertentu yang termasuk dalam hartanah, kilang dan peralatan serta hartanah pelaburan, dan mematuhi Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia ( MASB ) piawai perakaunan yang diluluskan di Malaysia, peruntukan Akta Syarikat, 1965, Akta Insurans, 1996 serta Garis Panduan dan Surat Pekeliling berkaitan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia ( BNM ) dalam semua aspek penting. Penyediaan penyata kewangan adalah sebagai mematuhi peruntukan Akta Syarikat, 1965 dan piawaian perakaunan MASB yang diluluskan di Malaysia memerlukan anggaran dan anggapan yang mempengaruhi jumlah aset dan liabiliti serta penzahiran aset dan liabiliti luar jangka pada tarikh penyata kewangan, dan jumlah hasil pendapatan dan perbelanjaan yang dilaporkan dalam tahun tinjauan. Walaupun anggaran berkenaan adalah berasaskan pengetahuan terbaik para Pengarah mengenai peristiwa dan tindakan semasa, keputusan sebenar mungkin berbeza daripada anggaran. 27

2 DASAR-DASAR PENTING PERAKAUNAN (SAMBUNGAN) (b) Asas Penyatuan Penyata kewangan disatukan tidak disediakan kerana semua syarikat subsidiari Syarikat diletakkan di bawah pembubaran sukarela yang menghilangkan kemampuan Syarikat untuk mengawal dasar-dasar kewangan dan operasi syarikat subsidiari bagi memperolehi manfaat daripada aktiviti-aktiviti syarikat subsidiari, sebagaimana dibenarkan di bawah FRS 122 (sebelum ini MASB 11) Penyata Kewangan dan Pelaburan Dalam Syarikat Subsidiari yang Disatukan. Penyata kewangan syarikat subsidiari seperti yang dizahirkan dalam Nota 7 yang tidak disatukan adalah dilampirkan seperti diperlukan di dalam Jadual Sembilan Akta Syarikat, 1965. (c) Syarikat subsidiari Syarikat subsidiari adalah syarikat yang mana Syarikat mempunyai kuasa untuk mengawal dasar-dasar kewangan dan operasinya bagi memperolehi manfaat daripada aktiviti-aktiviti mereka. Pelaburan dalam syarikat subsidiari dinyatakan pada kos ditolak kerugian kerosakan terkumpul. Apabila petunjuk kerosakan wujud, amaun dibawa pelaburan dinilai dan dikurangkan dengan segera menjadi amaun boleh terima. Lihat Nota 2(g) dasar mengenai kerosakan aset. (d) Hartanah, kilang dan peralatan Hartanah, kilang dan peralatan dinyatakan pada kos atau penilaian, ditolak susut nilai terkumpul dan kerugian kerosakan terkumpul. Tanah dan bangunan pegangan bebas dan pegangan pajakan dinyatakan mengikut penilaian para Pengarah berdasarkan laporan jurunilai profesional terhadap nilai pasaran terbuka diluluskan oleh pihak berkuasa kerajaan berkaitan, dengan penambahan dinyatakan pada kos. Hartanah ini dinilai semula sekurang- kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun oleh jurunilai profesional bebas dengan penilaian tambahan untuk jangka masa berkenaan yang mana keadaan pasaran menunjukkan bahawa nilai bagi aset yang dinilai semula itu adalah lebih tinggi daripada nilai pasaran. Lebihan daripada penilaian semula hartanah berkenaan dikreditkan ke akaun rizab penilaian semula aset. Lebihan daripada penilaian semula hartanah tersebut dikreditkan ke dalam akaun pendapatan dan/atau penyata pendapatan bagi mengimbangi defisit yang direkodkan sebelum ini pada aset yang sama. Defisit yang terhasil daripada penilaian semula hartanah tersebut dikenakan pada akaun rizab penilaian semula aset sehingga lebihan sebelum ini disimpan di dalam akaun bagi aset yang sama. Dalam kes yang lain, defisit yang terhasil daripada penilaian semula hartanah berkenaan dianggap sebagai perbelanjaan di dalam akaun pendapatan dan/atau penyata pendapatan. 28