ISI KANDUNGAN. V. Penyataan Pemegang Amanah. A. Penyata Untung atau Rugi dan Pendapatan Komprehensif. B. Penyata Pendapatan Komprehensif

Similar documents
ISI KANDUNGAN. Tajuk. Muka Surat. Maklumat Tabung. Prestasi Tabung. Laporan Pengurus. Penyata Pengurus. Penyataan Pemegang Amanah

LAPORAN PENGURUS AMANAH SAHAM GEMILANG (ASG)

NOTIS PENTING. Terima Kasih.

NOTIS PENTING. Terima Kasih.

LAPORAN TAHUNAN ASM BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 MAC 2017

ISI KANDUNGAN. V. Penyataan Pemegang Amanah. B. Penyata Pendapatan Komprehensif. C. Penyata Kedudukan Kewangan. D. Penyata Perubahan Dalam Ekuiti

ISI KANDUNGAN. V. Penyataan Pemegang Amanah. B. Penyata Pendapatan Komprehensif. C. Penyata Kedudukan Kewangan. D. Penyata Perubahan Dalam Ekuiti

NOTIS PENTING. Terima Kasih.

ISI KANDUNGAN. V. Penyataan Pemegang Amanah. B. Penyata Pendapatan Komprehensif. C. Penyata Kedudukan Kewangan. D. Penyata Perubahan Dalam Ekuiti

NOTIS PENTING. Terima Kasih.

LAPORAN TAHUNAN ASM BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 MAC

LAPORAN TAHUNAN ASB 2 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 MAC

NOTIS PENTING. Terima Kasih.

ASN IMBANG (MIXED ASSET BALANCED) 1 ( ASN IMBANG

Allianz Life Insurance Malaysia Berhad ( X) Laporan Prestasi Dana 2012

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 30 OGOS 2016

PB604 : BUSINESS FINANCE

Allianz Life Insurance Malaysia Berhad ( X) 2016 LAPORAN PRESTASI DANA

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 30 JUN 2016

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 30 OGOS 2017

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 31 OGOS 2017

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 30 JUN 2017

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2017

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

Allianz Life Insurance Malaysia Berhad ( X) Laporan Prestasi Dana 2014

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 30 OGOS 2015

KAMI MELINDUNGI IMPIAN ANDA

LAPORAN PRESTASI DANA BERKAITAN PELABURAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016 KAMI MELINDUNGI IMPIAN ANDA

PMB INVESTMENT BERHAD ( D) (Syarikat Kumpulan Pelaburan MARA) Level 20, 1 Sentral Jalan Rakyat Kuala Lumpur Sentral Kuala Lumpur

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 OGOS 2017

DANA GROWTH TAKAFUL IKHLAS JULY 2013

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% % Nov-11

Pengurusan Pelaburan. Perantara dan Institusi Pasaran. Penguatkuasaan

(Dahulunya dikenali sebagai PMB Shariah Balanced Fund)

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 28 FEBRUARI 2015

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Dec-11. Jan-12. Mar-12. Feb-12. Dana Sasaran

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Jan-12. Dec-11. Feb-12

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Mar-12. Dec-11. Jan-12. Feb-12. Dana Sasaran

45.00% 40.00% 35.00% 30.00% 25.00% 20.00% 15.00% 10.00% 5.00% 0.00% -5.00% Nov-11

No. Syarikat H MAA TAKAFUL BERHAD

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Nov-11. Dec % Dana Sasaran

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% % Dec-11. Nov-11

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2016

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 31 MAC 2015

90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Dec-11. Jan-12. Feb-12

100.00% 80.00% 60.00% 40.00% 20.00% 0.00% Nov-11. Feb %

MAKLUMAT TABUNG 2 PRESTASI TABUNG 3 LAPORAN PENGURUS 5 PENYATA PENGURUS 12 PENYATA JAWATANKUASA SYARIAH 13 LAPORAN PEMEGANG AMANAH 14

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 30 NOVEMBER 2016

DANA GROWTH TAKAFUL IKHLAS JUNE 2013

50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Dec-11. Nov %

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2017

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 JANUARI 2017

PMB DANA AL-AIMAN LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 31 MEI 2018

100.00% 80.00% 60.00% 40.00% 20.00% 0.00% Nov-11. May-12. Feb %

100.00% 80.00% 60.00% 40.00% 20.00% 0.00% Nov-11. May-12. Feb %

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 JANUARI 2017

100.00% 80.00% 60.00% 40.00% 20.00% 0.00% Dec-11. Nov-11. Jan-12. Feb-12. Mar-12. Apr %

DANA GROWTH TAKAFUL IKHLAS AUGUST 2013

PENYATA PENGARAH URUSAN KUMPULAN 3 PROFIL DANA 4 TINJAUAN EKONOMI GLOBAL DAN TEMPATAN 8 TINJAUAN PASARAN EKUITI DAN PENDAPATAN TETAP 10

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 30 JUN 2016

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 30 NOVEMBER 2017

45.00% 40.00% 35.00% 30.00% 25.00% 20.00% 15.00% 10.00% 5.00% 0.00% -5.00%

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 OKTOBER 2017

PUBLIC e-flexi ALLOCATION FUND (PUBLIC DANA e-flexi ALOKASI) (PeFAF)

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% % Dana Sasaran

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 15 JANUARI 2014

90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00%

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Apr-12. Dec-11. Jan-12. Mar-12. Feb-12

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% % Dec-11. Jan-12. Nov-11. Feb-12. Mar-12

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 OGOS 2014

DANA BERKAITAN-PELABURAN HLA Laporan Prestasi Dana

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Jan-12. Dec-11. Feb-12. Mar-12

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Dec-11. Jan-12. Feb-12

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 JANUARI 2015

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Mar-12. Apr-12. Dec-11. Jan-12. Feb-12

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 30 JUN 2017

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

PB BOND FUND (PB DANA BON) (PBBOND)

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND (PB DANA EKUITI CHINA AUSTRALIA) (PBCAUEF)

Mencapai prestasi yang mampan. Achieving sustainable performance

PENYATA PENGARAH URUSAN KUMPULAN 3 PROFIL DANA 4 TINJAUAN & UNJURAN EKONOMI DAN PASARAN 8 TINJAUAN PASARAN EKUITI DAN PENDAPATAN TETAP 11

PB MIXED ASSET GROWTH FUND (PB DANA ASET TUMBUH CAMPURAN) (PBMAGRF)

PUBLIC BOND FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PUBLIC GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PUBLIC SINGAPORE EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI SINGAPURA) (PSGEF)

PB ASIA CONSUMER SECTOR FUND (PB DANA SEKTOR PENGGUNA ASIA) (PBACSF)

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

PUBLIC REGULAR SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN BERKALA) (PRSF)

PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER FINANCIAL STATEMENTS (Available in CD version only)

PUBLIC ADVANTAGE GROWTH EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TUMBUH BERKELEBIHAN) (PAVGEF)

PB GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

PB CASH MANAGEMENT FUND PB DANA PENGURUSAN TUNAI (PBCMF)

KANDUNGAN CONTENTS. Ringkasan Indeks Perdagangan Luar Negeri (IPLN) 1-3 Summary of External Trade Indices (ETI)

PB GLOBAL EQUITY FUND (PB DANA EKUITI GLOBAL) (PBGEF)

PB ASIA PACIFIC DIVIDEND FUND (PB DANA DIVIDEN ASIA PASIFIK) (PBAPDF)

Transcription:

ISI KANDUNGAN NO. TAJUK I. Maklumat Tabung II. Prestasi Tabung III. Laporan Pengurus IV. Penyata Pengurus V. Penyataan Pemegang Amanah VI. Laporan Juruaudit Bebas MUKASURAT 2 3 9 19 20 21 VII. Penyata Kewangan A. Penyata Untung atau Rugi dan Pendapatan Komprehensif B. Penyata Pendapatan Komprehensif C. Penyata Aliran Tunai D. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan VIII. Maklumat Korporat 23 24 25 26-37 41 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 1

LAPORAN PENGURUS AMANAH SAHAM DIDIK (ASD) Pemegang-pemegang unit ASD yang dihormati, AmanahRaya Trustee Berhad (ART) selaku Pemegang Amanah dan (ASNB) selaku Pengurus ASD, dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan ASD bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015. I. MAKLUMAT TABUNG (a). KATEGORI DANA / JENIS TABUNG Nama Tabung Kategori Jenis Tabung Amanah Saham Didik Ekuiti Pertumbuhan (b). OBJEKTIF PELABURAN TABUNG Objektif pelaburan ASD adalah untuk memberi peluang pelaburan yang dapat menaja pulangan dan pertumbuhan pelaburan jangka panjang yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit ASD. (c). PENANDA ARAS TABUNG ASD menggunakan penanda aras Kadar Faedah Pasaran Wang Antara Bank 3-bulan (KLIBOR 3-bulan) bagi tujuan perbandingan prestasinya. (d). POLISI PENGAGIHAN PENDAPATAN TABUNG ASD akan mengagihkan perolehan daripada pendapatannya, jika ada, tertakhluk kepada budi bicara pihak pengurusan dan kelulusan daripada pemegang amanah. 2 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015

(e). PEGANGAN UNIT Pada 30 Jun 2015, seramai 318,221 individu telah menyertai ASD. Pecahan-pecahan unit adalah seperti berikut: Pecahan Pegangan Unit Bilangan Pegangan Unit Pegangan Bilangan Unit Dilanggan % Unit % 5,000 dan bawah 272,312 85.6 264,316,758 5.4 5,001 hingga 10,000 17,138 5.4 118,357,035 2.4 10,001 hingga 50,000 17,775 5.6 370,698,160 7.6 50,001 hingga 500,000 9,207 2.9 1,468,165,099 29.9 500,001 dan ke atas 1,789 0.5 2,683,725,553 54.7 JUMLAH 318,221 100.0 4,905,262,605 100.00 II. PRESTASI TABUNG (a). PERUMPUKAN ASET i. Perumpukan Aset Bagi ASD adalah seperti berikut: Komponen Aset Dalam Portfolio Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun (%) 2015 2014 2013 Pelaburan di Pasaran Ekuiti 71.67 76.42 70.90 Pelaburan di lain-lain instrumen pasaran modal: i. Pelaburan di dalam Unit Amanah Tidak Disebut Harga 0.19 0.18 - ii. Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Sekuriti Hutang Tidak Disebut Harga 5.41 2.14 0.13 iii. Lain-lain Pelaburan dan Aset Bersih 22.73 21.26 28.97 JUMLAH 100.00 100.00 100.00 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 3

ii. Perumpukan Aset Mengikut Sektor Berdasarkan Nilai Pasaran: Sektor Peratusan Berdasarkan Nilai Aset Bersih Tabung (NAB) (%) 30.06.2015 30.06.2014 30.06.2013 Pelaburan disebut harga: Barangan Industri 6.02 6.29 5.78 Barangan Pengguna 4.87 3.97 5.23 Hartanah 1.34 1.04 0.49 Pembinaan 4.56 3.97 2.22 Perkhidmatan/Perdagangan 40.02 45.36 41.40 Syarikat Projek Infrastruktur 5.96 5.86 7.97 Perladangan 6.55 8.24 5.57 Kewangan 0.40 - - Lain-lain sektor 1.95 1.69 2.24 Pelaburan di pasaran ekuiti 71.67 76.42 70.90 Lain-lain Pelaburan di Pasaran Modal: i. Pelaburan di dalam Unit Amanah Tidak Disebut Harga 0.19 0.18 - ii. Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Sekuriti Hutang Tidak Disebut Harga 5.41 2.14 0.13 iii. Lain-lain Pelaburan dan Aset Bersih 22.73 21.26 28.97 JUMLAH 100.00 100.00 100.00 Syarikat Kos sebagai % atas NAB pada kos Nilai Pasaran sebagai % atas NAB pada nilai pasaran Barangan Industri: Lafarge Malaysia Berhad 0.74 0.63 Petronas Chemicals Group Berhad 2.26 2.15 Petronas Gas Berhad 2.41 3.03 Supermax Corporation Berhad 0.25 0.21 Jumlah 5.66 6.02 4 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015

Syarikat Kos sebagai % atas NAB pada kos Nilai Pasaran sebagai % atas NAB pada nilai pasaran Barangan Pengguna: Dutch Lady Milk Industries (Malaysia)Berhad 0.31 0.31 Fraser & Neave Holdings Berhad 0.83 0.81 MSM Malaysia Holdings Berhad 0.66 0.70 PBB Group Berhad 1.27 1.32 UMW Holdings Berhad 1.64 1.73 Jumlah 4.71 4.87 Hartanah: IOI Properties Group Berhad 0.09 0.08 Mah Sing Group Berhad 0.72 0.73 Sunway Berhad 0.48 0.51 Sunway Construction Group Berhad 0.02 0.02 Jumlah 1.31 1.34 Pembinaan: Gamuda Berhad 2.08 2.15 IJM Corporation Berhad 2.18 2.14 WCT Holdings Berhad 0.40 0.27 Jumlah 4.66 4.56 Perkhidmatan/Perdagangan: Axiata Group Berhad 6.04 5.98 Bumi Armada Berhad 0.70 0.34 Bintulu Port Holdings Berhad 0.48 0.59 Berjaya Auto Berhad 0.32 0.38 Dialog Group Berhad 0.95 1.06 IHH Healthcare Berhad 1.09 1.57 KPJ Healthcare Berhad 0.47 0.46 Maxis Berhad 2.75 2.77 MISC Berhad 1.25 1.14 MMC Corporation Berhad 0.57 0.49 NCB Holdings Berhad 0.28 0.32 Petronas Dagangan Berhad 4.29 4.02 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 5

Syarikat Kos sebagai % atas NAB pada kos Nilai Pasaran sebagai % atas NAB pada nilai pasaran Perkhidmatan/ Perdagangan (samb.) Sapurakencana Petroleum Berhad 3.52 2.43 Sime Darby Berhad 6.59 6.15 Star Media Group Berhad 0.75 0.64 Tenaga Nasional Berhad 6.60 7.23 Telekom Malaysia Berhad 2.75 3.41 UMW Oil & Gas Corporation Berhad 0.79 0.38 Westport Holdings Berhad 0.43 0.66 Jumlah 40.62 40.02 Perladangan: Felda Group Ventures Holdings Berhad 0.24 0.24 Genting Plantations Berhad 0.74 0.73 IOI Corporation Berhad 2.34 1.98 Kuala Lumpur Kepong Berhad 3.66 3.60 Jumlah 6.98 6.55 Kewangan: Bank Islam Malaysia Berhad 0.39 0.40 Jumlah 0.39 0.40 REITs: Al- Aqar Healthcare REIT 0.40 0.42 Axis Real Estate Investment Trust Berhad 0.60 0.86 KLCC Property Holdings Berhad 0.44 0.67 Jumlah 1.44 1.95 Syarikat Projek Infrastruktur Digi.Com Berhad 3.85 4.49 Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad 0.70 0.83 YTL Power International Berhad 0.68 0.64 Jumlah 5.23 5.96 6 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015

(b). MAKLUMAT KEWANGAN Perbandingan Prestasi Maklumat Kewangan Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun Terdahulu: Selepas Pengagihan Pendapatan Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2015 2014 2013 Unit Dalam Edaran (juta) 5,111 4,810 4,520 Kadar Pengagihan (sen seunit) 6.60 6.60 6.80 Jumlah Pengagihan (RM juta) 334.19 313.66 303.73 Tarikh Pembayaran 1 Julai 1 Julai 1 Julai Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (%) 1 1.38 1.66 1.36 Nisbah Pusing Ganti Portfolio (kali) 2 0.28 0.39 0.28 Nota : i. Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (NPP) adalah nisbah di antara jumlah bayaran pengurusan dan perbelanjaan Unit Amanah yang dikembalikan dengan purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian. Perubahan antara NPP pada 30 Jun 2014 dan 30 Jun 2015 adalah tidak ketara. ii. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (NPGP) adalah nisbah purata bagi jumlah kos pembelian dan penjualan pelaburan dalam tahun kewangan dengan purata NAB ASD untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian. NPGP pada 30 Jun 2015 adalah lebih rendah berbanding 30 Jun 2014 adalah disebabkan oleh peningkatan nilai aset bersih ASD yang lebih tinggi berbanding peningkatan aktiviti jual beli pelaburan pada tahun kewangan 30 Jun 2015. (c). PENGAGIHAN PENDAPATAN Perbandingan pengagihan pendapatan ASD bagi tempoh 3 tahun adalah seperti berikut: Sumber Pendapatan Pada 30 Jun (RM Juta) 2015 2014 2013 Pendapatan Faedah 73.16 55.20 56.16 Pendapatan Dividen 128.96 132.35 125.63 Keuntungan Ternyata Bersih daripada jualan pelaburan 237.59 255.14 217.90 Jumlah Pendapatan 439.71 442.69 399.69 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 7

ASD telah memperolehi sumber pendapatan dari dividen kasar dari syarikat-syarikat pelaburan, keuntungan ternyata dari jualan pelaburan pendapatan dari lain-lain instrumen pasaran modal. (d). PURATA PULANGAN TABUNG Purata pulangan tahunan bagi ASD adalah seperti berikut: Pada 30 Jun 2015 Sumber Pendapatan 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun Jumlah Purata Pulangan (%) 1 6.60 6.67 6.62 KLIBOR 3-bulan (%) 2 3.69 3.48 3.38 Sumber: Novagni Analytics and Advertising Sdn. Bhd. Nota: 1. a. 1 tahun ialah pengagihan pendapatan bagi tahun tersebut. b. 3 tahun ialah pengagihan pendapatan tahun tersebut ditambah dengan pengagihan pendapatan bagi 2 tahun sebelumnya dan dibahagikan dengan 3. c. 5 tahun ialah pengagihan pendapatan tahun tersebut ditambah dengan pengagihan pendapatan bagi 4 tahun sebelumnya dan dibahagikan dengan 5. 2. Kadar KLIBOR 3-bulan adalah berdasarkan kepada faedah penghujung bulan. (e). PERBANDINGAN PRESTASI TABUNG DENGAN PENANDA ARAS Prestasi bagi ASD berbanding penanda aras cipta-suai adalah seperti berikut: Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2015 2014 2013 2012 2011 Jumlah Pulangan (%) 6.60 6.60 6.80 6.60 6.50 KLIBOR 3-Bulan (%) 3.69 3.55 3.20 3.19 3.29 Sumber: Novagni Analytics and Advertising Sdn. Bhd. Sila ambil perhatian bahawa Pengurus tidak menjamin pulangan pelaburan. Pengagihan pendapatan, jika dibayar, mungkin turun atau naik. Prestasi tabung masa lalu tidak semestinya mencerminkan prestasi masa hadapan. 8 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015

(f). PERUBAHAN KETARA TERHADAP KEDUDUKAN TABUNG Tiada perubahan ketara sepanjang tempoh tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015. (g). SITUASI YANG MENJEJASKAN KEPENTINGAN PEMEGANG UNIT ASNB dan ASD tidak mengalami situasi-situasi yang boleh menjejaskan kepentingan pemegang unit. (h). KOMISYEN RINGAN ASNB dan Pengurus Pelaburan tabung unit amanahnya tidak menerima komisyen ringan daripada broker dan/atau wakil urus niaga yang dikendalikan untuk unit amanah. III. LAPORAN PENGURUS (a). PENCAPAIAN OBJEKTIF TABUNG ASD telah berupaya mencapai objektif pelaburannya dalam menjana pengagihan pendapatan dan kenaikan modal yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015. (b). POLISI PELABURAN Polisi pelaburan ASD adalah melabur di dalam portfolio pelaburan yang dipelbagaikan terutamanya ekuiti yang disenaraikan di Bursa Malaysia, instrumen berpendapatan tetap, instrumen pasaran wang, tabung pelaburan kolektif dan lain-lain instrumen pasaran modal, seperti yang tertakluk didalam Suratikatan ASD. ASD akan melaburkan sehingga 95% dari Nilai Aset Bersih pada kos dalam ekuiti dan bakinya dalam lain-lain instrumen pasaran modal. Walau bagaimanapun, ASD boleh mengambil strategi defensif mengikut kesesuaian pasaran. (c). STRATEGI PELABURAN SEPANJANG TAHUN KEWANGAN i. Ekuiti Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015, strategi pelaburan ASD telah dilaksanakan dengan perumpukan aset antara ekuiti dan sekuriti berpendapatan tetap yang difikirkan wajar berdasarkan keadaan ekonomi LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 9

dan pasaran modal global dan tempatan. Tumpuan lebih telah diberikan kepada pelaburan dalam ekuiti berbanding pelaburan dalam bon atau instrumen berpendapatan tetap bagi menjana pulangan yang lebih tinggi, sejajar dengan risiko pasaran yang diambil. Perumpukan aset di dalam ekuiti telah berkurang pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015 berbanding tahun sebelumnya setelah mengambil kira faktor keadaan ekonomi global yang tidak menentu, ditambah pula kebimbangan dengan prospek ekonomi Malaysia yang bergantung kepada eksport minyak mentah yang mengalami kejatuhan harga yang mendadak. Pelaburan ASD dalam ekuiti telah ditumpukan kepada sektor-sektor dan saham-saham syarikat yang mempunyai asas yang kukuh dan prospek perniagaan yang cerah serta disokong oleh permintaan domestik yang tegar dan juga kurang dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi global. Antara sektor-sektor yang menjadi tumpuan ialah sektor telekomunikasi, dana pelaburan hartanah (REITs) serta utiliti. Sektor telekomunikasi dan dana pelaburan hartanah (REITS) memberikan pulangan dividen yang kompetitif dan stabil manakala sektor utiliti pula menjadi tumpuan selepas pengumuman kadar kenaikan tarif elektrik oleh kerajaan dan juga penstrukturan sektor tenaga. Bagi pemilihan saham-saham syarikat pula, pengurus ASD telah meletakkan wajaran yang tinggi di dalam syarikatsyarikat seperti Petronas Dagangan Berhad, Dialog Berhad serta Gamuda Berhad. Saham-saham tersebut telah memberi manfaat dalam bentuk pulangan yang lebih tinggi berbanding penanda aras. ii. Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Wang Tunai Sepanjang tahun kewangan 2015, ASD telah membuat pelaburan yang lebih dalam pasaran wang berbanding sekuriti berpendapatan tetap. Ini bagi membolehkan ASD berada dalam aliran tunai yang secukupnya bagi memasuki pasaran saham pada masa yang bersesuaian. ASD turut melabur dalam sekuriti pendapatan tetap untuk mempelbagaikan pelaburan di samping mengurangkan risiko portfolio. Pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap dilakukan setelah pengurus dana melakukan analisa kredit. Pelaburan dalam sekuriti pendapatan 10 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015

tetap mementingkan penarafan kredit sekurangkurangnya taraf BBB yang diberikan oleh RAM Rating Services Berhad (RAM Ratings) atau setaraf dengannya yang diberikan oleh agensi penarafan di Malaysia. (d). ULASAN EKONOMI DAN PASARAN SAHAM Bagi tempoh tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015, penanda aras utama Bursa Malaysia iaitu Financial Times Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index (FBM KLCI) telah mencatatkan penurunan sebanyak 176.07 mata atau 9.35% untuk ditutup pada 1,706.64 mata pada 30 Jun 2015, berbanding 1,882.71 mata yang dicatatkan pada 30 Jun 2014. Bagi tempoh yang sama, FBM KLCI telah mencatat paras tertinggi iaitu 1,892.65 mata pada 8 Julai 2014, manakala paras terendah iaitu 1,673.94 mata telah dicatat pada 16 Disember 2014. Semua penanda aras sektor dalam pasaran saham Bursa Malaysia mencatatkan penurunan sejajar dengan prestasi negatif FBM KLCI kecuali sektor teknologi yang mencatatkan kenaikan sebanyak 17.75%. Sektor perladangan pula mencatatkan penurunan tertinggi sebanyak 21.26%, berbanding pada 30 Jun 2014. Antara saham-saham FBM KLCI yang telah mencatatkan kenaikan yang tinggi dalam tempoh tinjauan adalah Westports Holdings Berhad (+57.25%), IHH Healthcare Berhad (+29.22%) dan MISC Berhad (+18.77%). Manakala, saham-saham yang telah mencatatkan penurunan yang banyak adalah SapuraKencana Petroleum Berhad (-45.99%), CIMB Group Holdings Berhad (-25.27%) dan IOI Corporation Berhad (-22.67%). Di rantau ASEAN, prestasi indeks FBM KLCI ketinggalan berbanding indeks utama serantau seperti Thailand (SET) yang meningkat sebanyak 1.27%, Indonesia (JCI) 0.66%, Filipina (PCOMP) 10.52% dan Singapura (STI) 1.89% bagi tempoh 12 bulan berakhir 30 Jun 2015. Bagi negara-negara Asia yang lain, indeks Shanghai (SSE) mencatatkan prestasi terbaik dengan peningkatan sebanyak 108.82% diikuti oleh indeks Jepun (Nikkei) dan Hong Kong Hang Seng (HSI), dengan peningkatan sebanyak 33.46% dan 13.19%. Pada tempoh enam bulan pertama tahun kewangan, pasaran saham global diselubungi keadaan persekitaran dagangan yang mencabar. Antara faktor-faktor yang memberi kesan termasuk ketidakstabilan geopolitik di Timur Tengah dan Eropah Timur, pengaliran keluar dana LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 11

asing disebabkan oleh pengurangan dasar kuantitatif (quantitative easing, QE) serta jangkaan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan di zon Eropah dan China. Namun demikian, sentimen pelabur tempatan kembali pulih pada akhir bulan Ogos 2014 berikutan perkembangan ekonomi Malaysia yang melebihi jangkaan, di mana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 6.5% bagi suku kedua 2014 (suku pertama 2014: 6.2%) didorong oleh permintaan dalaman serta eksport (Sumber: Bank Negara Malaysia, BNM). Pasaran saham tempatan mula mengalami penurunan untuk mencatatkan paras terendah indeks pada 16 Disember 2014 berikutan kejatuhan mendadak harga minyak mentah. Ini disebabkan oleh lebihan bekalan yang agak besar berikutan permintaan global yang lebih lemah daripada jangkaan, pengeluaran yang berterusan oleh ekonomi pengeluar minyak utama dan peningkatan bekalan minyak daripada sumber bukan konvensional, terutamanya minyak shal di AS. Keadaan ini bertambah buruk apabila Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (Organisation of the Petroleum Exporting Countries, OPEC) membuat keputusan untuk mengekalkan paras pengeluaran minyak walaupun terdapat keadaan lebihan bekalan semasa dalam pasaran dunia (Sumber: BNM). Selain itu, pelabur juga bimbang dengan prospek ekonomi Malaysia yang bergantung kepada eksport minyak mentah serta tekanan terhadap matawang Ringgit yang menyebabkan Ringgit menyusut kepada paras terendah dalam tempoh 16 tahun iaitu RM3.80 berbanding dolar AS. Malaysia turut menerima kesan negatif akibat aliran keluar dana daripada pasaran kewangan serantau yang beralih kepada aset kewangan di AS disebabkan oleh jangkaan kenaikan kadar faedah di AS berikutan ekonomi AS yang semakin kukuh. Walaubagaimanapun, Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh sepanjang tahun 2014 pada kadar 6.0% (2013: 4.7%), disokong terutamanya oleh permintaan dalam negeri dan prestasi perdagangan luar negeri yang bertambah baik (Sumber: BNM). Eksport bersih juga menyumbang secara positif kepada perkembangan ekonomi negara setelah tujuh tahun berturut-turut mencatat sumbangan yang negatif. Ini didorong oleh pemulihan ekonomi negara-negara 12 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015

maju serta permintaan yang kukuh daripada ekonomi serantau. Sementara itu, perbelanjaan sektor awam pula telah mencatat pertumbuhan yang lebih perlahan, sejajar dengan usaha untuk mengukuhkan kedudukan kewangan fiskal negara. Inflasi keseluruhan telah meningkat pada kadar purata 3.2% bagi tahun 2014 (2013: 2.1%) berikutan pelarasan harga bahan api pada bulan September 2013, pemberhentian subsidi gula bermula Oktober 2013 serta kenaikan tarif elektrik bermula Januari 2014. Sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun kewangan, ekonomi AS terus mencatatkan pertumbuhan yang lebih kukuh iaitu 2.4% pada tahun 2014 (2013: 2.2%) (Sumber: International Monetary Fund, IMF) disokong terutamanya oleh peluang pekerjaan dan pendapatan yang terus meningkat, harga minyak yang rendah serta sentimen pengguna yang kembali pulih. Pertumbuhan ekonomi China pula terus menunjukkan kemerosotan, iaitu 7.4% pada tahun 2014, berbanding 7.8% yang dicatat pada tahun 2013 (Sumber: IMF). Ini adalah disebabkan oleh ketidaktentuan di pasaran global, pembaharuan struktur ekonomi yang berterusan serta kelembapan pasaran hartanah. Pasaran hartanah terus menunjukkan kelemahan dengan jumlah jualan dan pembinaan baru yang semakin berkurangan disebabkan syarat kredit yang ketat. Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2015, pasaran saham seluruh dunia melalui banyak pergolakan, dengan punca utama adalah ketidaktentuan nasib negara Greece di dalam Kesatuan Eropah. Isu ini yang telah berlarutan selama lebih 5 tahun, telah kembali mendominasi berita dunia kerana kerajaan baru Greece, pimpinan parti Syriza yang menang pilihan raya pada Januari 2015, telah nekad untuk merunding kembali perjanjian negara tersebut dengan pihak Kesatuan Eropah serta badan-badan kewangan seperti IMF serta Bank Dunia (World Bank). Kemuncak kepada krisis Greece berlaku apabila kerajaan negara tersebut mengumumkan kawalan pasaran modal dan menghadkan pengeluaran wang tunai daripada bank oleh individu serta syarikat. Pasaran saham seluruh dunia telah bergolak ekoran isu Greece kerana ia membangkitkan persoalan tentang keutuhan Kesatuan Eropah secara amnya, serta meningkatkan fokus kepada negara negara lemah yang lain dalam kesatuan tersebut, seperti Itali, Portugal, serta Sepanyol. LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 13

Secara amnya, pasaran saham negara maju mencatatkan prestasi yang lebih tinggi berbanding pasaran saham negara membangun, termasuk Malaysia. Ini adalah kerana dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, kebanyakan pelabur memilih untuk fokus kepada pelaburan yang kurang risiko seperti dalam pasaran saham negara maju dan pasaran wang. Ini dapat dilihat daripada kekuatan mata wang Amerika Syarikat (USD) berbanding kebanyakan negara lain, serta prestasi pasaran saham negara-negara maju yang ratanya lebih baik daripada negara membangun. Bagi prestasi ekonomi pula, untuk suku tahun pertama tahun 2015, ekonomi dunia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 2.2%. Angka ini lebih rendah daripada unjuran IMF, yang menjangkakan pertumbuhan sebanyak 3.0%. Antara sebab pertumbuhan ekonomi dunia tidak mencapai sasaran adalah kerana penguncupan ekonomi AS pada tempoh yang sama, di luar jangkaan penganalisis ekonomi yang telah mengunjurkan pertumbuhan. Ekonomi di AS telah menguncup sebanyak -0.7%, atas sebab musim sejuk yang mengurangkan aktiviti ekonomi, serta perbelanjaan untuk sektor minyak dan gas yang merudum. Bagi ekonomi kedua terbesar, negara China, pertumbuhan ekonomi kekal stabil dengan peningkatan sebanyak 7.0% bagi suku tahun pertama dan kedua tahun 2015. Angka ini sama dengan sasaran kerajaan China bagi tahun penuh 2015. Bagi ekonomi Malaysia, suku tahun pertama tahun 2015 menunjukkan kadar pertumbuhan yang memberangsangkan, iaitu sebanyak 5.6%, setelah bertumbuh dengan kadar sebanyak 5.7% bagi suku tahun akhir tahun 2014. Pertumbuhan tersebut adalah atas faktor aktiviti ekonomi domestik yang teguh, didorong oleh peningkatan pengunaan oleh konsumer serta aktiviti pelaburan. Pecahan mengikut sektor pula menunjukkan peningkatan kepada perlombongan, pembuatan, pembinaan, serta perkhidmatan, manakala hanya sektor pertanian yang mengalami penguncupan. (e). ULASAN PASARAN WANG DAN KADAR FAEDAH Dalam tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015, Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee) telah memutuskan untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25% pada 10 Julai 14 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015

2014 untuk kali pertama sejak Mei 2011. Keputusan tersebut diambil berdasarkan prospek pertumbuhan ekonomi yang kukuh dengan kadar inflasi yang dijangka kekal melebihi kadar purata jangka panjangnya disebabkan oleh faktor kos domestik yang lebih tinggi. Pelarasan terhadap tahap dasar monetari yang akomodatif ini juga bertujuan mengurangkan risiko ketidakseimbangan ekonomi dan kewangan yang boleh menjejaskan prospek pertumbuhan jangka panjang ekonomi Malaysia. BNM telah mengekalkan OPR pada kadar ini untuk baki tempoh tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015. BNM berpendapat bahawa keadaan monetari pada tahap semasa 3.25% adalah wajar, dan ianya kekal akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi negara. Pergerakan keluk kadar hasil bagi Sekuriti Kerajaan Malaysia (Malaysian Government Securities, MGS) bagi bon jangka pendek 1 hingga 5 tahun dan jangka panjang 15 hingga 30 tahun telah menurun selaras dengan prestasi yang memberangsangkan didorong oleh permintaan dan pembelian kukuh sehingga mengakibatkan keluk kadar hasil turun mendatar antara 8 hingga 22 mata asas pada tempoh 1hb Julai 2014 sehingga 30 Jun 2015. Sementara itu, penanda aras MGS 10 tahun, yang bermula dengan 4.04% pada 1 Julai 2014, ditutup hampir tidak berubah pada 4.03%. Pasaran sekuriti hutang swasta bertaraf AA dan AAA jangka sederhana dan jangka panjang 7 hingga 15 tahun juga menunjukkan prestasi baik selaras dengan prestasi MGS dengan mencatatkan penurunan kadar hasil di antara 4 hingga 22 mata asas. (f). PROSPEK EKONOMI DAN PASARAN SAHAM Bagi ekonomi dunia, IMF mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 3.3% bagi tahun 2015, berdasarkan laporan Prospek Ekonomi Dunia (World Economic Outlook, WEO) yang diterbitkan pada bulan Julai, 2015. Angka tersebut lebih rendah daripada unjuran terdahulu iaitu pertumbuhan sebanyak 3.5% berdasarkan laporan bulan April, 2015, dan sebanyak 3.8% berdasarkan laporan Oktober, 2014. Penurunan unjuran oleh pihak IMF adalah kerana pengurangan aktiviti perindustrian akibat kelemahan harga komoditi, terutamanya minyak mentah, pengurangan permintaan terhadap barangan serta perkhidmatan dan juga proses transformasi ekonomi di negara China, daripada pembuatan kepada perkhidmatan, yang mengurangkan permintaan barangan secara keseluruhan. Berdasarkan LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 15

laporan tersebut juga, ekonomi negara-negara maju dijangka berkembang sebanyak 2.1% pada tahun 2015, manakala ekonomi negara-negara membangun dijangka berkembang sebanyak 4.2%. Menurut laporan IMF yang sama, risiko utama kepada unjuran pertumbuhan adalah sekiranya berlaku perubahan mendadak terhadap harga aset di pasaran modal, yang mungkin memberi kejutan kepada pelabur dan mengakibatkan krisis kewangan. Senario ini dilihat mungkin berlaku atas sebab-sebab seperti krisis Greece di Eropah, ketegangan politikal di negaranegara Timur Tengah, ataupun tekanan kewangan yang berlaku kepada negara membangun akibat aktiviti ekonomi yang merudum. Bagi pasaran mata wang dunia, USD dijangka akan kekal meningkat berbanding mata wang negara lain bagi tahun 2015, terutamanya berbanding mata wang negaranegara membangun. Ini disebabkan Rizab Persekutuan AS dijangkakan akan menaikkan kadar faedah, daripada 0.25% kepada 0.5% atau 0.75% pada akhir tahun 2015. Jika ini berlaku, kebanyakan pelabur akan mengubah perumpukan aset dan meningkatkan pegangan pelaburan ke dalam aset yang berdenominasikan USD, termasuk saham, bon, dan pasaran wang. Bagi ekonomi Malaysia, walaupun suku tahun pertama tahun 2015 menunjukkan kadar pertumbuhan yang memberangsangkan, iaitu sebanyak 5.6%, pertumbuhan ekonomi dijangka akan semakin perlahan bagi tempoh masa yang seterusnya pada tahun 2015. Ini disebabkan faktor perbelanjaan pengguna serta harga pasaran komoditi yang kekal lemah. Di samping itu, perbelanjaan kerajaan juga akan terhad disebabkan pendapatan yang lebih rendah daripada sektor minyak dan gas. Walau bagaimanapun, ekonomi negara dijangka akan dapat mencapai sasaran kerajaan iaitu pertumbuhan sebanyak 4.5% ke 5.5% bagi tahun penuh 2015. Untuk tahun 2015, pasaran saham tempatan dijangka mencabar dan terus mengalami ketidaktentuan. Antara faktor negatif dalaman yang boleh menjadi risiko kepada pasaran saham adalah permintaan pengguna dan pendapatan korporat yang rendah. Faktor-faktor luaran juga perlu diambil kira, terutamanya situasi politik yang runcing di Greece serta keadaan ekonomi negara-negara zon Euro yang masih lemah. Situasi ini diburukkan lagi dengan penyusutan ringgit ke tahap terendah dalam tempoh 16 tahun berbanding dolar Amerika pada paras RM3.80/USD. Namun, risiko aliran keluar dana asing terhadap pasaran 16 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015

saham dijangka terkawal kerana disokong oleh kecairan domestik yang tinggi daripada pelabur institusi. Terdapat beberapa faktor positif yang berpotensi meningkatkan pasaran saham domestik. Antaranya adalah limpahan kecairan daripada zon Euro dan China ekoran dasar kewangan akomodatif di negara-negara tersebut dan peningkatan eksport didorong oleh nilai mata wang ringgit yang lemah. Di samping itu, tindakan kerajaan China dan Jepun untuk merangsangkan ekonomi negara mereka, fenomena El Nino yang bakal meningkatkan harga minyak sawit mentah dan Rancangan Malaysia ke-11 berpotensi menjadi pemangkin pasaran saham domestik. Rancangan Malaysia Ke-11 akan terus menyokong sektor pembinaan melalui pelaksanaan projek-projek seperti projek Aliran Transit Massa (MRT) dan projek tambahan laluan transit aliran ringan (LRT). Firma-firma broker menjangkakan FBM KLCI ditutup pada paras 1,829 untuk tahun 2015. BNM dijangka akan mengekalkan OPR pada kadar 3.25% bagi tempoh tahun 2015, sejajar dengan usaha memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia stabil, dalam keadaan risiko terhadap inflasi yang terkawal. Pada kadar OPR semasa, BNM berpendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi. BNM akan terus memantau risiko prospek pertumbuhan global menjadi lebih perlahan yang ketara, keadaan kewangan global dan dasar monetari ekonomi-ekonomi utama serta implikasinya terhadap kestabilan makroekonomi dan prospek ekonomi Malaysia. Pasaran bon tempatan pula mungkin akan mengalami sedikit peningkatan pada kadar hasil terutamanya untuk MGS selaras dengan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan mengembalikan semula kadar faedah pada paras wajar berikutan pemulihan ekonomi Amerika Syarikat. Kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global juga akan menyebabkan kebalikan aliran modal dari pasaran modal negara-negara membangun yang seterusnya akan menyebabkan nilai mata wang negaranegara membangun menyusut berbanding dengan USD. Walaubagaimanapun, sokongan terhadap pasaran bon tempatan dijangka kekal berterusan berikutan Fitch Ratings mengekalkan penarafan A- dengan prospek hadapan yang positif kepada Malaysia hasil daripada komitmen rasionalisasi fiskal kerajaan. Tahap lebihan kecairan di dalam pasaran dan fundamental ekonomi Malaysia yang kukuh juga mendorong keyakinan terhadap pelaburan jangka panjang dalam sekuriti berpendapatan tetap. LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 17

(g). STRATEGI PELABURAN MASA HADAPAN i. Ekuiti Bagi tempoh 12 bulan berikutnya, strategi pelaburan ASD akan memberi fokus kepada saham-saham di dalam sektor-sektor yang dijangka dapat memberikan pulangan yang baik, disamping mengekalkan perumpukan aset yang aktif. Pelaburan ASD dalam ekuiti akan ditumpukan kepada saham-saham syarikat yang mempunyai asas fundamental yang kukuh berdasarkan prospek ekonomi, prestasi syarikat dan juga tema pelaburan semasa. Sektor-sektor tersebut termasuklah sektor telekomunikasi dan kesihatan yang mempunyai prospek perniagaan yang stabil serta sektor pembinaan yang akan mendapat manfaat daripada harga minyak yang rendah. Untuk mengekalkan keseimbangan antara pertumbuhan dan pulangan dividen yang tinggi, pengurusan ASD akan turut memberi fokus kepada sektor-sektor dan sahamsaham yang mempunyai prospek dividen yang tinggi, yang diniagakan dibawah harga wajar seperti sektor sektor Dana Pelaburan Hartanah (REIT). Di samping itu, pengurusan ASD akan sentiasa mengambil peluang untuk menjual saham-saham yang sudah mencapai nilai penuh pada tahap pasaran yang menguntungkan. ii. Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Wang Tunai Untuk mempelbagaikan aset di dalam portfolio, ASD akan turut melabur di dalam sekuriti berpendapatan tetap dan pasaran wang. Pelaburan dalam sekuriti berpendapatan tetap dan pasaran wang dibuat dengan pemilihan instrumen-instrumen yang bermutu seperti sekuriti hutang swasta jangka masa sederhana dan sekuriti Islam berpendapatan tetap, dengan mengambil kira faktorfaktor seperti perolehan, kecairan, tempoh matang dan juga kupon yang berpatutan dengan risiko yang ditanggung oleh ASD. Pengurus ASD sentiasa mengkaji semula strategi pelaburan secara berkala dan mengikut keperluan semasa bagi mengekalkan keupayaan ASD untuk mengagihkan kadar pengagihan pendapatan yang kompetitif kepada pemegang-pemegang unit dan mengekalkan modal jangka panjang dengan mengambilkira keadaan ekonomi dan juga persekitaran pelaburan yang sentiasa berubah. 18 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015

AMANAH SAHAM DIDIK PENYATA PENGURUS Kepada Pemegang-pemegang Unit AMANAH SAHAM DIDIK Kami, sebagai Pengarah kepada AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD, iaitu Pengurus kepada AMANAH SAHAM DIDIK ( Unit Amanah ), dengan ini menyatakan bahawa pada pendapat Pengurus, penyata kewangan bagi Unit Amanah pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015, berserta dengan nota-nota yang dikepilkan padanya telah disediakan dengan wajar menurut Piawaian Laporan Kewangan Malaysia yang telah diubahsuai mengikut preskripsi khusus yang telah diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia seperti yang dinyatakan pada nota 2 laporan penyata kewangan dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti berkenaan di Malaysia, setelah mengambilkira pengecualian yang telah diberikan kepada AMANAH SAHAM DIDIK bagi memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Unit Amanah pada 30 Jun 2015, dan keputusan serta aliran tunai bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut. Ditandatangani bagi pihak AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD selaku Pengurus kepada AMANAH SAHAM MALAYSIA, menurut resolusi para Pengarah bertarikh 3 Ogos 2015. Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid Pengerusi Tan Sri Dato Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman Pengarah Kuala Lumpur, Malaysia 3 Ogos 2015. LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 19

AMANAH SAHAM DIDIK PENYATAAN PEMEGANG AMANAH BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 Kepada Pemegang-Pemegang Unit AMANAH SAHAM DIDIK Kami, AMANAHRAYA TRUSTEE BERHAD telah bertindak selaku Pemegang Amanah kepada AMANAH SAHAM DIDIK bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015. Pada pendapat kami, AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD, selaku Pengurus, telah mengurus AMANAH SAHAM DIDIK selaras dengan had-had kuasa pelaburan yang diberikan kepada Pengurus dan Pemegang Amanah mengikut Suratikatan, lain-lain peruntukan Suratikatan, Garispanduan Tabung Unit Amanah yang diterimapakai, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan undang-undang lain yang berkuatkuasa dengan mengambil kira segala pengecualian yang telah diberikan kepada AMANAH SAHAM DIDIK bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015. Kami juga berpendapat bahawa: (a) (b) prosedur dan proses yang digunakan oleh Pengurus untuk menilai dan/atau menentukan harga unit AMANAH SAHAM DIDIK adalah mencukupi dan penilaian/penentuan harga adalah dibuat selaras dengan Suratikatan dan mana-mana kehendak kawalseliaan; penjadian dan perlucutan unit dilaksanakan adalah selaras dengan Suratikatan, Garispanduan dan lainlain peruntukan undang-undang berkaitan; dan (c) pengagihan kepada pemegang-pemegang unit AMANAH SAHAM DIDIK sepertimana yang diisytiharkan oleh Pengurus adalah selaras dengan objektif pelaburan AMANAH SAHAM DIDIK. Yang Benar, AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD HABSAH BINTI BAKAR Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur, Malaysia 10 Ogos 2015 20 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015

LAPORAN JURUAUDIT BEBAS KEPADA PEMEGANG- PEMEGANG UNIT AMANAH SAHAM DIDIK Laporan penyata kewangan Kami telah mengaudit penyata kewangan Amanah Saham Didik ( Unit Amanah ), yang mengandungi Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 2015, Penyata Untung atau Rugi, Pendapatan Komprehensif, Penyata Perubahan dalam Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut, dan rumusan dasar-dasar perakaunan dan lain-lain nota keterangan yang dibentangkan pada muka surat 23 hingga 37. Tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah terhadap laporan kewangan Pengurus adalah bertanggungjawab ke atas penyediaan penyata kewangan berdasarkan Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (Malaysian Financial Reporting Standards - MFRSs) di Malaysia yang telah diubahsuai mengikut preskripsi khusus yang telah diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti seperti yang dinyatakan dalam Nota 2 Laporan Penyata Kewangan ( the SC Prescriptions ) dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah. Tanggungjawab ini termasuk: penyediaan, perlaksanaan dan mengekalkan kawalan dalaman berkaitan penyediaan dan persembahan yang saksama penyata kewangan, yang bebas dari kesilapan yang material, samada disebabkan kesilapan atau pecah amanah; memilih dan melaksanakan polisi perakaunan yang bersesuaian; dan membuat anggaran perakaunan yang bersesuaian berdasarkan situasi semasa. Pemegang Amanah adalah bertanggungjawab untuk memastikan Pengurus menyimpan rekod perakaunan dan lain-lain rekod yang diperlukan untuk persembahan penyata kewangan yang saksama. Tanggungjawab Juruaudit Tanggungjawab kami ialah untuk menyatakan pendapat mengenai penyata kewangan tersebut, berdasarkan audit kami. Kami telah menjalankan audit menurut Piawaian Pengauditan berkenaan yang diluluskan di Malaysia. Piawaian tersebut memerlukan kami merancang dan melaksanakan audit untuk mendapat kepastian yang munasabah sama ada penyata kewangan ini bebas dari kesilapan yang material. LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 21

Audit merangkumi pelaksanaan prosedur-prosedur bagi memperoleh bukti yang menyokong jumlah dan pendedahan di dalam penyata kewangan. Prosedur-prosedur yang dipilih adalah berdasarkan kepada pertimbangan kami, termasuk penilaian keatas risiko kesilapan yang material pada penyata kewangan; sama ada disebabkan oleh pecah amanah atau kesilapan. Dalam membuat penilaian risiko terbabit, kami mengambil kira kawalan dalaman yang relevan kepada penyediaan dan persembahan yang saksama Unit Amanah, tetapi bukan bertujuan untuk menyatakan pendapat terhadap keberkesanan kawalan dalaman Unit Amanah. Audit juga termasuk menilai prinsip-prinsip perakaunan yang digunakan dan anggaran-anggaran penting yang dibuat oleh Pengurus Unit Amanah, di samping menilai gambaran keseluruhan yang diberikan oleh penyata kewangan. Kami percaya bahawa audit kami telah memberikan asas yang munasabah untuk menyatakan pendapat kami. Pendapat Pada pendapat kami, penyata kewangan tersebut telah disediakan dengan wajar menurut Piawaian Laporan Kewangan Malaysia, preskripsi khusus Suruhanjaya Sekuriti dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia, kecuali untuk pengecualian yang telah diberikan oleh Suruhanjaya Sekuriti, bagi memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Unit Amanah pada 30 Jun 2015 dan prestasi kewangannya, penyata perubahan dalam ekuiti serta aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut. Lain-lain perkara Laporan ini disediakan hanya kepada pemegang-pemegang unit Unit Amanah, sebagai sebuah badan, dan tanpa tujuan lain. Kami tidak mempunyai tanggungjawab kepada pihakpihak lain terhadap kandungan laporan ini. Hanafiah Raslan & Mohamad AF: 0002 Akauntan Bertauliah Muhammad Syarizal bin Abdul Rahim No. 3157/01/17(J) Akauntan Bertauliah Kuala Lumpur, Malaysia 3 Ogos 2015 22 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015

AMANAH SAHAM DIDIK PENYATA UNTUNG ATAU RUGI BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 Nota 2015 2014 RM RM PENDAPATAN Pendapatan faedah 73,164,921 55,196,892 Pendapatan dividen 128,963,179 132,348,217 Keuntungan ternyata daripada jualan pelaburan 237,583,272 255,141,964 439,711,372 442,687,073 PERBELANJAAN Yuran pengurusan 6 69,561,052 78,202,900 Yuran pemegang amanah 7 300,000 300,000 Ganjaran juruaudit 22,000 22,000 Yuran ejen cukai 6,536 1,200 Perbelanjaan pentadbiran 7,077,973 7,981,980 Rosot nilai dalam pelaburan disebut harga 23,054,568-100,021,949 86,508,080 PENDAPATAN BERSIH SEBELUM CUKAI 339,689,423 356,178,993 CUKAI 8 - - PENDAPATAN BERSIH SELEPAS CUKAI 339,689,423 356,178,993 Pengagihan pelaburan 9 334,194,110 313,655,797 Pengagihan kasar dan bersih seunit 6.60 sen 6.60 sen Tarikh pengagihan 1 Julai 2015 1 Julai 2014 Pendapatan bersih selepas cukai terdiri daripada berikut: Ternyata 339,689,432 356,178,993 Tidak Ternyata - - 339,689,432 356,178,993 Polisi perakaunan dan nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata ini. LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 23

AMANAH SAHAM DIDIK PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 Nota 2015 2014 RM RM PENDAPATAN BERSIH SELEPAS CUKAI 339,689,432 356,178,993 Lain-lain pendapatan komprehensif - - JUMLAH PENDAPATAN KOMPREHENSIF UNTUK TAHUN KEWANGAN 339,689,432 356,178,993 Jumlah pendapatan komprehensif terdiri daripada berikut: Ternyata 339,689,432 356,178,993 Tidak ternyata - - 339,689,432 356,178,993 Polisi perakaunan dan nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata ini. 24 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015

AMANAH SAHAM DIDIK PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 2015 RM 2014 RM ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI OPERASI DAN PELABURAN Perolehan daripada penjualan pelaburan 2,442,430,453 2,931,504,727 Pembelian pelaburan (2,531,462,822) (3,126,838,883) Pendapatan faedah diterima 71,182,084 54,945,242 Pendapatan dividen diterima 120,730,647 126,983,241 Pembayaran yuran pengurusan (77,366,641) (78,202,900) Pembayaran yuran pemegang amanah (278,000) (300,000) Pembayaran lain-lain perbelanjaan (5,890,165) (8,006,181) Cukai dikembalikan 13,103,631 2,485,550 Tunai bersih dihasilkan daripada/ (digunakan dalam) aktiviti operasi dan pelaburan 32,449,187 (97,429,204) ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PEMBIAYAAN Tunai diterima daripada penjadian unit 311,000,000 290,000,000 Tunai dibayar untuk pembatalan unit (10,500,000) - Pengagihan dibayar (313,655,797) (303,731,811) Tunai bersih digunakan dalam aktiviti pembiayaan (13,155,797) (13,731,811) PERTAMBAHAN/ (PENGURANGAN) BERSIH DALAM TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI 19,293,390 (111,161,015) TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI PADA AWAL TAHUN 621,735,250 732,896,265 TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN 641,028,640 621,735,250 TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI TERDIRI DARIPADA: Tunai di bank 7,999 322,000 Instrumen pasaran kewangan 33,592,965 - Deposit dengan institusi kewangan 1,474,123,344 1,545,860,955 1,507,724,308 1,546,182,955 Instrumen pasaran kewangan lebih daripada 3 bulan (33,592,965) - Deposit dengan tempoh matang lebih daripada 3 bulan (833,102,703) (924,447,705) 641,028,640 621,735,250 Polisi perakaunan dan nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata ini. LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 25

AMANAH SAHAM DIDIK NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN - 30 JUN 2015 1. UNIT AMANAH, PENGURUS DAN KEGIATAN- KEGIATAN UTAMA AMANAH SAHAM DIDIK (berikutnya dirujuk sebagai Unit Amanah ) ditubuhkan selaras dengan perlaksanaan Suratikatan bertarikh 14 April 2001, di antara Pengurus, ( ASNB ), Pemegang Amanah, Amanah Raya Berhad serta Pemegang Unit Berdaftar Unit Amanah. Kegiatan utama Unit Amanah ialah melabur dalam Pelaburan Dibenarkan seperti yang didefinasikan di bawah Klausa 1 Suratikatan. Pelaburan Dibenarkan termasuk pelaburan jangka pendek dan ekuiti, saham atau debentur syarikat yang disenaraikan di mana-mana bursa saham atau mana-mana syarikat yang disyorkan oleh Pengurus dan dipersetujui oleh Pemegang Amanah. Unit Amanah ini mula beroperasi pada 14 April 2001, dan akan meneruskan operasinya sehingga ditamatkan oleh Pemegang Amanah seperti yang diperuntukkan di bawah Klausa 24 (1) Suratikatan. ASNB adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad ( PNB ). Kegiatan utama ASNB ialah mengurus unit amanah. PNB ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia. Kegiatan utama Syarikat ialah membeli dan memegang saham untuk meningkatkan hak milik pegangan modal saham oleh masyarakat Bumiputera di dalam sektor korporat di Malaysia. PNB telah dilantik sebagai Pengurus Pelaburan bagi Unit Amanah di bawah Perjanjian Pengurusan Pelaburan bertarikh 14 Mei 2001. Penyata kewangan ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah ASNB untuk diterbit menurut resolusi para Pengarah pada 3 Ogos 2015. 26 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015

2. ASAS PENYEDIAAN Penyata kewangan ini telah disediakan mengikut rangka kerja Perangkaan Piawaian Laporan Kewangan Malaysia ( MFRS ) yang diubahsuai mengikut preskripsi khusus yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Garispanduan Tabung Amanah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, kecuali bagi pengecualian tertentu sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Suruhanjaya Sekuriti telah mengeluarkan preskripsi khusus di mana Permodalan Nasional Berhad ( PNB ) dan unit amanah berharga tetap yang diuruskan oleh PNB dikecualikan daripada tetapi dibenarkan untuk mengguna pakai MFRS 139 Financial Instruments dan MFRS 7 Financial Instruments Disclosures. Berdasarkan preskripsi diberikan, Unit Amanah telah memilih untuk tidak menggunapakai MFRS 139 dalam perakaunan bagi instrumen kewangan dan MFRS 7 bagi tujuan pendedahan yang berkaitan dengan instrumen kewangan. Dasar Unit Amanah bagi perakaunan bagi instrumen kewangan dinyatakan dalam Nota 3 (a). (a) Perubahan dalam polisi perakaunan Syarikat dengan tempoh kewangan bermula pada atau selepas 1 Januari 2014 adalah tertakluk kepada MFRSs yang baru dan telah disemak semula tanpa memberi kesan kepada penyata kewangan Amanah. (b) Piawaian yang diterbitkan tetapi belum berkuatkuasa Piawaian, Pindaan dan Tafsiran Jawatankuasa Isuisu ( IC ) yang telah diterbitkan oleh Malaysian Accounting Standard Board ( MASB ) pada tarikh kelulusan penyata kewangan ini adalah tidak berkaitan dengan Unit Amanah selain daripada yang berikut: Berkuatkuasa bagi tempoh kewangan bermula pada atau selepas 1 Januari 2018 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 27

2. ASAS PENYEDIAAN (SAMB.) (b) Piawaian yang diterbitkan tetapi belum berkuatkuasa (samb.) MFRS 9 Financial Instruments (IFRS 9 seperti yang dikeluarkan oleh IASB pada Julai 2014) Pada 24 Julai 2014, International Accounting Standard Boards( IASB ) telah mengeluarkan versi terkini IFRS 9 yang merangkumi tiga fasa projek instrumen kewangan; Classification and measurement, Impairment (Expected credit losses) and Hedge Accounting. Seterusnya, MASB telah mengeluarkan pengumuman pada 17 November 2014 untuk menggunapakai sepenuhnya keperluan baru IFRS 9. Memandangkan Unit Amanah telah menggunapakai awal versi MFRS 9 yang terdahulu sebelum 31 Januari 2015, Unit Amanah dibenarkan untuk menggunapakai versi MFRS 9 tersebut sehingga tarikh kuatkuasa mandatori IFRS pada 1 Januari 2018. Unit Amanah masih dalam proses mengukur kesan daripada penggunaan versi akhir MFRS 9. 3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (a). Instrumen Kewangan Aset dan liabiliti kewangan di dalam penyata kedudukan kewangan, merangkumi sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga, sekuriti modal bercantum, skim pelaburan kolektif tidak disenaraikan, saham disebut harga, instrumen pasaran kewangan, simpanan dengan institusi kewangan, penghutang dan pemiutang. Dasar-dasar perakaunan atas pengiktirafan dan ukuran bagi perkara-perkara tersebut dinyatakan dalam dasar perakaunan masing-masing. Instrumen kewangan diklasifikasikan sebagai aset atau liabiliti berdasarkan butiran perjanjian kontrak. Faedah, manfaat, dividen, keuntungan dan kerugian berkaitan instrumen kewangan yang diklasifikasikan sebagai aset, dilaporkan sebagai pendapatan. 28 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015

3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.) (b). Pelaburan (i) Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Sekuriti Hutang Tidak Disebut Harga dan Sekuriti Modal Bercantum Pelaburan dalam sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga dan sekuriti modal bercantum adalah sekuriti yang dibeli dan dipegang untuk pendapatan atau peningkatan nilai dan kebiasaannya dipegang hingga tarikh matang. Pelaburan ini dinyatakan pada kos dan dimana berkenaan, diselaraskan untuk pelunasan premium atau akreasi diskaun, yang dikira daripada tarikh pembelian hingga tarikh matang. Sebarang peruntukan rosot nilai yang kekal akan diiktiraf di dalam Penyata Untung atau Rugi. (ii) Saham Disebut Harga, Saham Tidak Disebut Harga, Saham Pinjaman/Waran, Pelaburan Amanah Hartanah ( REITs ) dan Skim Pelaburan Kolektif Tidak Disebut Harga. Pelaburan dalam saham disebut harga, pelaburan tidak disebut harga, saham pinjaman/waran, REITs dan skim pelaburan kolektif tidak disenaraikan dinyatakan pada kos tolak peruntukan rosot nilai yang kekal. Kos ditentukan berdasarkan asas purata wajaran. Sebarang peruntukan rosot nilai yang kekal akan diktirafkan di dalam Penyata Untung atau Rugi. (iii) Instrumen Pasaran Kewangan Pelaburan dalam kertas komersial dinyatakan menurut harga kos diselaraskan untuk pelunasan premium atau akreasi diskaun ke atas nilai par pada waktu perolehan, tolak sebarang kerugian rosot nilai yang kekal. Premium atau diskaun dilunaskan atau diakreasi ke atas baki jangkamasa sekuriti dari tarikh perolehan. Sebarang peruntukan rosot nilai yang kekal akan diiktiraf di dalam Untung atau Rugi. (iv) Deposit dengan Institusi Kewangan Deposit dengan institusi kewangan dinyatakan pada kos. LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 29

3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.) (c). Jumlah Terhutang daripada/(kepada) Broker Saham Jumlah terhutang daripada/(kepada) broker saham dibawa pada nilai kontrak. (d). Pendapatan Belum Terima Pendapatan belum terima dinyatakan pada nilai saksama yang boleh diperolehi. (e). Pelbagai Pemiutang Pelbagai pemiutang dinyatakan pada nilai kos iaitu nilai saksama yang akan dibayar di masa hadapan untuk pembelian dan perkhidmatan yang diterima. (f). Pengiktirafan Pendapatan Pendapatan dividen kasar daripada pelaburan disebut harga dan sekim pelaburan kolektif tidak tersenarai diambil kira mengikut asas pengisytiharan, apabila hak untuk menerima dividen telah dipastikan. Keuntungan ternyata daripada jualan pelaburan diambil kira berdasarkan perbezaan di antara pendapatan bersih dengan nilai dibawa oleh pelaburan tersebut. Keuntungan/pendapatan daripada instrumen pasaran kewangan, simpanan dengan institusi kewangan diambil kira mengikut asas akruan menggunakan kaedah kadar faedah keuntungan efektif. Keuntungan daripada penjualan pelaburan ialah perbezaan diantara nilai bersih dan nilai bawaan pelaburan. (g) Tunai dan Persamaan Tunai Bagi tujuan Penyata Aliran Tunai, tunai dan persamaan tunai terdiri daripada tunai di bank, simpanan dalam panggilan dan simpanan jangka pendek berkecairan tinggi dimana perubahan dalam nilai mempunyai risiko yang tidak ketara. 30 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015

4. ANGGARAN DAN PENILAIAN PERAKAUNAN PENTING (a). Penilaian Kritikal Dibuat dalam Mengaplikasi Polisi Perakaunan Penilaian dibuat oleh Pengurus Pelaburan dalam proses mengaplikasi polisi perakaunan Unit Amanah berkaitan pelaburan adalah seperti berikut: (i) Pengurus Pelaburan mengenalpasti samada pelaburan-pelaburannya perlu dirosot nilai mengikut beberapa indikasi-indikasi rosot nilai seperti, antara lain, kekurangan yang berpanjangan diantara harga pasaran dan jumlah yang dibawa, perubahan yang p e n t i n g dengan kesan-kesan negatif terhadap pelaburan dan persembahan kewangan pelaburan yang merosot. (ii) Bergantung kepada asas dan industri yang berkaitan dengan pelaburan tersebut, penilaian dibuat oleh Pengurus Pelaburan untuk memilih cara-cara penilaian yang sesuai seperti, antara lain, aliran tunai yang didiskaunkan, aset nyata bersih, nilai aset ternyata bersih dan cara-cara purata nisbah harga pendapat sektor. (b). Sumber Utama Ketidakpastian Anggaran Setelah cara penilaian yang sesuai dipilih, Pengurus Pelaburan membuat beberapa andaian berkenaan masa depan bagi menggangar jumlah pelaburan yang boleh dituntut. Andaian ini dan sumber utama ketidakpastian anggaran yang lain pada tarikh penyata aset dan liabiliti, mungkin mengandungi risiko penting yang mengakibatkan perubahan yang material terhadap jumlah pelaburan yang dibawa ke tahun kewangan seterusnya. Bergantung kepada pelaburan-pelaburan tertentu, andaian yang dibuat oleh Pengurus Pelaburan termasuk, antara lain, andaian terhadap aliran tunai masa hadapan yang dijangka, pertumbuhan pendapatan, kadar diskaun yang digunakan bagi tujuan aliran tunai yang didiskaunkan yang mana melibatkan risiko-risiko yang relevan, dan keputusan masa hadapan yang dijangka terhadap beberapa peristiwa lepas. LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 31

4. ANGGARAN DAN PENILAIAN PERAKAUNAN PENTING (SAMB.) (b). Sumber Utama Ketidakpastian Anggaran (samb.) Sensitiviti terhadap perubahan dalam andaian Pengurus Pelaburan percaya bahawa tiada kemungkinan perubahan dalam kunci andaian yang disebutkan di atas yang mana boleh menyebabkan jumlah pelaburan yang di bawa secara materialnya melebihi jumlah yang boleh dituntut. 5. YURAN PENGURUSAN Klausa 26(8), Surat Ikatan memperuntukkan bahawa Pengurus berhak menerima yuran tidak melebihi 1.5% setahun daripada Nilai Aset Bersih pada kos ( NAB ) boleh agih kepada pemegang-pemegang unit Unit Amanah, dikira dan diakru secara harian seperti yang dipersetujui oleh Pengurus dan Pemegang Amanah. Yuran pengurusan dikenakan bagi tahun berakhir 30 Jun 2015 sebanyak 1.25% (2014: 1.5%) daripada NAB Unit Amanah. 6. YURAN PEMEGANG AMANAH Klausa 26(7) Suratikatan memperuntukkan bahawa Pemegang Amanah berhak menerima yuran pada kadar yang dipersetujui oleh Pengurus dan Pemegang Amanah dari masa ke semasa. Yuran Pemegang Amanah yang dikenakan bagi tahun berakhir 30 Jun 2015 ditetapkan pada RM300,000 (2014: RM300,000). 7. CUKAI Unit Amanah telah diberikan pengecualian daripada cukai pendapatan oleh Menteri Kewangan mengikut bidangkuasa yang diberikan kepadanya di bawah Seksyen 127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan, 1967, dari tahun taksiran 2007 hingga 2016. Tuntutan cukai merupakan cukai yang ditolak daripada punca atas pendapatan dividen yang diperolehi di Malaysia dan boleh dituntut daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri. 32 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015

7. CUKAI (SAMB.) Akta Cukai Pendapatan, 1967 telah dipinda bagi memperkenalkan sistem cukai korporat single-tier bermula dari tahun taksiran 2008. Menurut sistem cukai korporat single-tier, pengagihan dividen kepada pemegang-pemegang saham adalah dikecualikan daripada cukai. Bermula dari 1 Januari 2014, semua syarikat perlu membayar dividen mengikut sistem cukai single-tier. Unit Amanah tidak akan ada tuntutan cukai yang boleh dituntut jika dividen yang diterima melalui sistem cukai single-tier kerana dividen tersebut adalah dikecualikan daripada cukai dan maka dengan itu tiada cukai boleh ditolak daripada sumber pembayaran dividen. 8. PERUNTUKAN PENGAGIHAN 2015 2014 RM RM Peruntukan pengagihan 334,194,110 313,655,797 Peruntukan tersebut merupakan pengagihan yang disyorkan pada tahun berakhir 30 Jun 2015 sebanyak 6.60 sen (2014: 6.60 sen) seunit yang akan diagihkan kepada pemegang-pemegang unit. Pengagihan ini dikira berdasarkan jumlah unit minima bulanan yang dipegang oleh pemegang-pemegang unit dalam tempoh dua belas bulan sebelum tarikh tahun kewangan berakhir. Sumber Pengagihan Pengagihan kepada pemegang-pemegang unit adalah daripada sumber-sumber berikut: 2015 2014 RM RM Pendapatan faedah 73,164,921 55,196,892 Pendapatan dividen 128,963,179 132,348,217 Keuntungan ternyata daripada jualan pelaburan 232,087,959 212,618,768 434,216,059 400,163,877 Tolak: Perbelanjaan (100,021,949) (86,508,080) Jumlah pengagihan 334,194,110 313,655,797 Pengagihan kasar dan bersih seunit 6.60 sen 6.60 sen LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 33

9. MODAL PEMEGANG UNIT 2015 2014 RM RM Unit dibenarkan 5,742,000,000 5,742,000,000 2015 2014 Unit RM Unit RM Unit RM1 setiap satu dibayar penuh: Pada awal tahun 4,810,000,000 4,810,000,000 4,520,000,000 4,520,000,000 Penjadian unit untuk: Pelaburan semula pengagihan 311,000,000 311,000,000 290,000,000 290,000,000 Pembatalan unit (10,500,000) (10,500,000) - - 300,500,000 300,500,000 290,000,000 290,000,000 Pada akhir tahun 5,110,500,000 5,110,500,000 4,810,000,000 4,810,000,000 Sepanjang tahun berakhir 30 Jun 2015, Pengurus tidak memegang sebarang unit di dalam Unit Amanah. Pada 30 Jun 2015, PNB secara sah memegang 205,237,395 (2014: 44,496,074) unit, merangkumi 4.02% (2014: 0.92%) daripada jumlah unit yang telah diterbitkan. 10. URUSNIAGA DENGAN PNB 2015 2014 RM RM Penjualan pelaburan 5,118,750-34 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015

11. URUS NIAGA DENGAN SYARIKAT-SYARIKAT BROKER SAHAM/ BROKER/DEALER/INSTITUSI KEWANGAN Sepuluh syarikat broker saham/broker/dealer terbesar mengikut nilai urus niaga ialah seperti berikut: Nilai Urus Niaga Yuran Broker Syarikat Broker RM 000 % RM 000 % Maybank Investment Bank Berhad * 766.54 24.04 1.12 24.32 MIDF Amanah Investment Bank Berhad 369.79 11.59 0.64 13.98 AmInvestment Bank Berhad * 197.34 6.19 0.32 6.90 RHB Investment Bank Berhad* 188.68 5.92 0.33 7.18 Credit Suisse Securities (Malaysia) Sdn. Bhd. 181.87 5.70 0.19 4.07 CIMB Investment Bank Berhad* 147.46 4.62 0.27 5.88 Hong Leong Investment Bank Berhad* 113.90 3.57 0.19 4.21 TA Securities Holdings Berhad 106.91 3.35 0.18 3.99 Affin Hwang Investment Bank Berhad 101.13 3.17 0.18 3.90 Kaf-Seagroatt & Campbell Securities Sdn. Bhd. 95.06 2.98 0.16 3.56 Lain-Lain 921.01 28.87 1.02 22.01 3,189.69 100.00 4.60 100.00 ASNB dan PNB tidak mempunyai pegangan ekuiti secara langsung di dalam syarikat-syarikat broker saham tersebut. * PNB dan/atau tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB mempunyai pegangan ekuiti secara langsung di dalam syarikat induk terakhir bagi syarikat-syarikat broker berkenaan. Segala urusan dengan syarikat-syarikat broker saham telah dilaksanakan menurut perjalanan biasa berdasarkan syaratsyarat di dalam industri broker saham. 12. PUSING GANTI PORTFOLIO 2015 2014 Pusing Ganti Portfolio ( PGP ) 0.28 kali 0.39 kali PGP dikira berdasarkan kepada nisbah purata di antara jumlah kos pembelian dan penjualan pelaburan untuk tahun kewangan, dengan purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian. LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 35

12. PUSING GANTI PORTFOLIO (SAMB.) Purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan telah dikira pada kos kerana harga belian dan jualan telah ditetapkan pada RM1.00 seunit. Oleh kerana purata nilai Unit Amanah dikira berasaskan kos, perbandingan PGP Unit Amanah dengan unit amanah lain yang menggunakan asas yang berlainan tidak akan memberi perbandingan yang tepat. 13. NISBAH PERBELANJAAN PENGURUSAN 2015 2014 Nisbah Perbelanjaan Pengurusan ( NPP ) 1.38% 1.66% NPP dikira berdasarkan nisbah di antara jumlah bayaran pengurusan dan perbelanjaan Unit Amanah yang dikembalikan dengan purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian. Purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan telah dikira pada kos kerana harga belian dan harga jualan telah ditetapkan pada RM1.00 seunit. Oleh kerana purata nilai Unit Amanah dikira berasaskan kos, perbandingan NPP Unit Amanah dengan unit amanah lain yang menggunakan asas yang berlainan tidak akan memberi perbandingan yang tepat. 14. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN Pendedahan kepada risiko ekuiti/pelaburan, risiko pasaran, kecairan/pembiayaan dana, kadar faedah dan kredit, timbul dalam perjalanan biasa urusan Unit Amanah. Unit Amanah mempunyai garis panduan dan polisi pelaburan yang diluluskan berserta kawalan dalaman yang menentukan strategi perniagaan keseluruhan bagi mengurus risiko-risiko ini bagi memaksimumkan pulangan dan mengekalkan modal pemegang unit, selari dengan objektif jangka panjang Unit Amanah. Risiko Ekuiti/Pelaburan Risiko ekuiti adalah pendedahan kepada perubahan nilai saham ekuiti atau aliran pendapatan yang datangnya daripada pemilikan ekuiti di dalam sebuah entiti yang diperbadankan. Risiko pelaburan adalah risiko daripada pelaburan yang tidak dapat menyediakan kadar pulangan yang setara dengan tahap risikonya. Pengurusan risiko ekuiti/pelaburan termasuk penelitian di dalam penapisan cadangan pelaburan menurut garis panduan dan prosedur pelaburan, komunikasi yang berterusan dan pengawasan prestasi syarikat-syarikat yang dilabur yang teliti. 36 LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015

Risiko Pasaran Pendedahan kepada risiko pasaran terhasil dari perjalanan biasa perniagaan Unit Amanah akibat ketidakpastian dalam harga pasaran instrumen kewangan yang dilaburkan. Unit Amanah menguruskan risiko pasaran secara aktif melalui garis panduan dan polisi pelaburan yang disediakan dan juga strategi pengagihan portfolio aset dan pelbagaian. Unit Amanah tidak mengambil bahagian dalam sebarang aktivitiaktiviti spekulatif. Risiko Kecairan/Pembiayaan Dana Risiko kecairan atau pembiayaan dana adalah risiko apabila Unit Amanah tidak mampu untuk memenuhi komitmen kewangan apabila ia perlu dijelaskan. Unit Amanah menguruskan aliran tunai operasi bagi memastikan kesemua keperluan dananya dipenuhi sebagai sebahagian daripada kaedah pengurusan dananya, Unit Amanah mengekalkan tahap tunai dan pelaburan yang boleh ditukar kepada tunai yang mencukupi bagi memenuhi keperluan modal kerjanya. Risiko Kadar Faedah Risiko kadar faedah adalah risiko nilai instrumen kewangan Unit Amanah yang sensitif terhadap kadar faedah yang berubahubah disebabkan oleh perubahan dalam kadar faedah pasaran. Unit Amanah menguruskan risiko kadar faedah secara aktif dengan mengekalkan potfolio instrumen kewangan berdasarkan garis panduan dan polisi pelaburan, dan semakan yang kerap ke atas kadar faedah dan jangkaan pasaran. Risiko Kredit Risiko kredit ialah risiko dimana kegagalan dari pihak yang berurusniaga untuk menunaikan kewajipan perdagangan yang muncul daripada perantara-perantara seperti broker saham dan institusi-institusi kewangan. Unit Amanah menguruskan risiko kreditnya dengan penetapan polisi dan garis panduan bagi pelaburan dan had pendedahan pihak lain bagi mengurangkan konsentrasi risiko tersebut. Penilaian kredit dari semasa ke semasa dijalankan ke atas pihak-pihak tersebut. 15. MATA WANG Semua jumlah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia ( RM ). LAPORAN TAHUNAN ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015 37

ALAMAT PEJABAT-PEJABAT ASNB KUALA LUMPUR Kaunter Utama ASNB Tingkat 1, Balai PNB 201-A, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Tel: 03-2050 5500 Fax: 03-2161 8852 SELANGOR Lot 2-1 & 2-2 Pusat Dagangan UMNO Shah Alam Persiaran Damai Seksyen 11 40000 Shah Alam, Selangor Tel: 03-5512 1366/5519 8100 Fax: 03-5513 7155 PUTRAJAYA Lot 27, Kompleks Perbadanan Putrajaya Presint 3, Persiaran Perdana 62675 Putrajaya, Selangor Tel : 03-8890 4880/4885 Fax : 03-8890 4890 No.7 Jalan Medan Niaga 2 Medan Niaga Kuala Selangor 45000 Kuala Selangor, Selangor Tel: 03-3281 4121/ 03-3289 4121/3121 Fax: 03-3281 3221 PERLIS Lot 7, Jalan Indera Kayangan 01000 Kangar, Perlis Tel: 04-9781 110/9781 111/9775 702 Fax: 04-9760 800 KEDAH 27, Kompleks Shahab Perdana Jalan Sultanah Sambungan 05250 Alor Setar, Kedah Tel: 04-7310 770/7311 012/7334 603 Fax: 04-7314 140 JOHOR No.12 Jalan Maju 83000 Batu Pahat, Johor Tel: 07-4331 700/701/709 Fax: 07-4331 712 KELANTAN 2983-V, Jalan Parit Dalam, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-7419 900/7419 909 Fax: 09-7446 663 Lot PT601, Jalan Che Yem 16800 Pasir Puteh, Kelantan Tel: 09-7855 750/7855 751 Fax: 09-7855 757 NEGERI SEMBILAN Amanah Saham Nasional Bhd No. 120 & 121, Jalan Dato Bandar Tunggal, 70000 Seremban, Negeri Sembilan, Tel: 06-7628 451/7638 443 Fax: 06-7633 384 MELAKA No. 11 & 13, Kompleks Perniagaan Al Azim Jalan KPAA 1, Bukit Baru 75150 Melaka Tel: 06-2827 361/2840 690 Fax: 06-2839 940 PAHANG No. 71 & 73, Tingkat Bawah Jalan Tun Ismail 25000 Kuantan, Pahang Tel: 09-5178 340/341 Fax: 09-5136 694 No.8, Jalan Ahmad Shah Bandar Seri Semantan 28000 Temerloh, Pahang Tel: 09-2901 460/462 Fax: 09-2901 466 PULAU PINANG No.12, Jalan Todak 3, Pusat Bandar Seberang Jaya 13700 Seberang Jaya Pulau Pinang Tel: 04-3994 378/381 Fax: 04-3994 404 A-12A-1 dan A-12A-2 Lorong Bayan Indah 4 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang Tel: 04-6406 522/523 Fax: 04-6406 520 Lot No 12 & 14, Jalan Padi Emas ½ Uda Business Centre 81200 Johor Bahru, Johor Tel: 07-2346 764/2346 763 38 Fax: LAPORAN 07-2370 TAHUNAN 077 ASD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2015