MEREKA SISTEM GEAR (BY WIRE) NAMA NO PEND 1. MOHD ZUHAIR BIN MUSA 02DAD12F2048 2.MOHAMMAD EMERUL HAFIZT BIN AZAMRI 02DAD12F2020 3. ZAREFF AIMAN BIN ZULKIFLI 02DAD12F2028 Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Diploma KejuruteraanMekanikal
2 ABSTRAK Sistem Gear (By Wire) merupakan satu komponen khas bertujuan untuk menyelesaikan masalah penukaran gear pada go-kart. Idea ini tercetu sapabila setiap kali perlumbaan yang disertai adalah masalah yang sama iaitu kesukaran menukar gear, pasukan kami sering menghadapi missed gear iaitu terawal atau terlambat untuk menukar gear. Permasalahannya ketika hendak menukar gear pada sesuatu masa tanpa pergerakan tangan pemandu ketika sedang berlumba terutama pada waktu membelok dalam keadaan laju. Dengan terhasilnya projek ini, sistem penukaran gear adalah efisyen dan tidak perlu bimbang jika masalah ini terjadi. Projek ini diharap dapat membantu memudahkan pelumba go-kart untuk menukar gear dalam apa jua keadaan sekali pun. Kegunaannya berkesan bagi memastikan keselamatan terjamin. Selain itu, memenuhi kehendak pelumba go-kart itu sendiri. Tambahan pula, ia sungguh mudah dalam apa jua keadaan dan menjimatkan kos. Demi mengelakkan berlaku lebih banyak masalah lain, maka sistem ini dicipta.
3 ABSTRACT Performing safe and effective gear shift on four-wheeled vehicles in an automatic way is a challenging task, mainly due to the complexity of the system dynamic and the safety-critical aspects of the applications. This work offers one of the contributions in this area, analysing all the aspects related to this control problem. Specifically, this work provides two main results: an objective quality assessment of the gear shifting performance and a new gear shift control strategy that optimizes the result obtained on an instrumented vehicle confirm the suitability of the proposed approach.
4 KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT SENARAI GAMBAR, RAJAH DAN JADUAL BAB 1 BAB 2 BAB3 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan... 1.2 Penyataan Masalah.. 1.3 Objektif 1.4 Skop. KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan... 2.1.1 Idea dan konsep.. 2.1.1.1 Latar belakang gear shifter.. 2.1.1.2 Transmisi manual 2.1.1.3 Transmisi manual konvensional. 2.1.1.4 Transmisi manual berjujurkan 2.1.1.5 Pergerakan gear.. 2.1.1.6 Manumatik... 2.2 Pemerhatian dan Analisa. 2.2.1 Motor elektrik. 2.2.2 Sproket... 2.2.3 Pengiraan ratio 2.3 Kajian yang pernah dijalankan METODOLOGI 1 2 3 3 4 5 5 5 5 6 6 9 11 11 12 12 14
5 BAB 4 3.1 Pengenalan.. 3.2 Carta Gantt. 3.3 Carta Aliran Proses. 3.4 Permasalahan Isu... 3.5 Pemilihan Rekabentuk 3.6 Unjuran Ortografik dan Isometrik / 3D.. 3.7 Proses Pembuatan.. 3.8 Pengujian, Penambahbaikan dan Pengrekodan... DAPATAN DAN ANALISA PROJEK 4.1 Teori nisbah gear dan pengiraan. 4.2 Teori daya kilas (tork) dan pengiraan. 4.3 Analisis pemilihan komponen. 15 16 17 18 19 24 26 28 44 47 48 BAB 5 BAB 6 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 5.1 Pengenalan... 5.2 Keputusan... 5.3 Perbincangan KESIMPULAN DAN CADANGAN 6.1 Pengenalan... 6.2 Kesimpulan.. 6.3 Cadangan. RUJUKAN 49 50 51 52 53 53 LAMPIRAN
6 SENARAI GAMBAR NO. GAMBAR TAJUK MUKA SURAT 1 Motosikal menggunakan tuas gear dengan satu tangkai 8 2 Steering yang dilengkapi dengan paddle shift 10 3 Rekabentuk konsep 1 18 4 Rekabentuk konsep 2 19 5 Rekabentuk konsep 3 20 6 Rekabentuk konsep 4 21 7 Litar Skematik 27 8 Pemasangan wayar pada komponen dilakukan 28 9 Proses pemasangan dilakukan 29 10 Pengujian selepas litar dan komponen selesai dipasang. 11 Proses membuat perumah bearing menggunakan mesin Miling. 30 31 12 Menentukan ukuran dengan betul dengan proses lukisan awal. 13 Proses melarik menggunakan mesin larik 33 14 Proses penebukan menggunakan mesin larik. 34 15 Menipiskan besi plate menggunakan mesin Miling. 35 16 Melakukan proses quincing Mengggunakan mesin 36 larik. 17 Pemasangan komponen. 37 18 Proses Pengujian Dijalankan 38 32
7 19 Penyambungan melalui kimpalan yang dilakukan. 47 20 Prototaip (bentuk sebenar) 49
8 SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1 Gambaran shaft penyambung yang dibina menggunakan mesin larik 23 2 Gambaran komponen motor elektrik. 24 3 Gambaran shaft penyambung yang dibina menggunakan mesin larik 25 SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1 Jadual Penilaian Bermatrik 23 2 Merekod kos barangan yang digunakan. 42
9 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1. Pengenalan Masalah Sepertimana yang kita fahami, kaedah menukar gear dalam keadaan mudah iaitu dengan teknologi Tiptronic atau Pedal Shift yang dilengkapkan ke dalam sistem kereta-kereta model baru pada masa kini. Kaedah ini membantu kelancaran penukaran gear pada sesuatu masa. Sistem ini telah kami aplikasikan pada go-kart bertujuan untuk memudahkan kendalian gear dengan lebih cekap. Cara ini boleh membantu meningkatkan prestasi enjin pada go-kart. Selain itu, kami boleh mengurangkan alatan yang ada pada kabin go-kart seterusnya mengutamakan keselesaan pemandu.kaedah ini digunakan untuk
memudahkan pemandu menukar gear tanpa mengalihkan kedudukan tangan dalam keadaan laju. Pada pemerhatian kami, salah satu punca kekalahan pasukan POLISAS Racing Team adalah pada kecekapan penukaran gear pada waktu tertentu. Dengan itu kami bersepakat akan menghasilkan sistem penukaran gear (by wire). 1.2. Penyataan Masalah Projek yang hendak dijalankan perlu dapat menyelesaikan suatu masalah dengan meneliti dan mengkaji permasalahan yang dihadapi dan penyelesaiannya seperti berikut.: a) Pemandu go-kart sukar menukar gear semasa membelok di selekoh tajam. b) Kehilangan keupayaan enjin jika terlalu lewat atau terlalu cepat menukar gear. c) Pemandu menjadi kelam kabut ketika memandu akibat kesukaran menukar gear.
xi 1.3. Objektif a) Mengenalpasti kaedah yang lebih efisien untuk penukaran gear. b) Memudahkan pemandu ketika mengawal jentera dalam keadaan laju dan di selekoh tajam. c) Menjimatkan ruang didalam kabin pemandu. 1.4. Skop Projek Skop pada projek ini mengkhususkan kepada kenderaan go-kart dengan menggantikan sistem penukaran gear menggunakan tombol gear kepada sistem penukaran gear menggunakan wayar.