FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI (FESKAB 14) TARIKH 8-9 MAC 2014 (Pra-Feskab) 14-16 MAC 2014 (Feskab) TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KOLEJ AMINUDDIN BAKI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA
KERTAS KERJA FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI (FESKAB 14) KOLEJ AMINUDDIN BAKI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF IPTA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PROGRAM FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI (FESKAB 14) TEMA PROGRAM MATLAMAT PROGRAM 1. Merapatkan hubungan antara warga kolej yang terdiri daripada pelajar dari pelbagai kaum dan berbeza tahun pengajian. 2. Memupuk dan meneguhkan semangat perpaduan dan jati diri didalam diri setiap peserta dan warga kolej. 3. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman dalam kalangan penghuni kolej melalui interaksi, penyertaan dan pertukaran idea sepanjang program. 4. Merealisasikan hasrat universiti untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai nilai tambah dalam kalangan peserta melalui program ini. 5. Menonjolkan mahasiswa dan mahasiswi UKM yang berketrampilan, berkepimpinan dan berkebolehan melalui penyertaan dalam program yang disediakan. 6. Meningkatkan daya kepimpinan melalui aktiviti dan anjuran yang disertai. 2
7. Melatih daya dan kemahiran berorganisasi peserta melalui penganjuran program ini. ANJURAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) Sesi 2013/2014 KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. TARIKH 8-9 MAC 2014 14-16 MAC 2014 TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PESERTA SASARAN 1. Barisan Felo Kolej Aminuddin Baki 2. Barisan MEP Kolej Aminuddin Baki 3. Pihak Pentadbiran dan Pengurusan Kolej Aminuddin Baki 4. Penghuni Kolej Aminuddin Baki 5. Barisan Majlis Pengurusan Tertinggi Kolej Aminuddin Baki 6. Seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia KETUA PENGARAH Muhammad Johan Iskandar bin Zahari 3
2.0 TUJUAN Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPEL) untuk mendapatkan pertimbangan kewangan yang dipohon bagi menjayakan program Fiesta Kolej Aminuddin Baki (FESKAB 14). 3.0 PENGENALAN Penganjuran program Fiesta Kolej Aminuddin Baki(FESKAB) merupakan satu karnival hari keluarga tahunan untuk warga Kolej Aminuddin Baki. Karnival ini dirancang dan dilaksanakan bersama-sama oleh Sekretariat Hal Ehwal Siswi, Sekretariat Integrasi Perpaduan Kaum dan Sekretariat Sukan dan Rekreasi di bawah kelolaan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Aminuddin Baki. Program yang gemilang ini bertemakan akan diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula dari 7 Mac 2014 hingga 9 Mac 2014 yang merangkumi acara berbentuk holistik seperti sukan, kebudayaan, keusahawanan, dan ilmiah yang melibatkan warga Kolej Aminuddin Baki pada karnival FESKAB 2014 ini. Penganjuran program FESKAB 14 pada kali ini bertujuan untuk memangkin dan melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berilmu tinggi dan berkebolehan dalam merancang serta mengendalikan dan melaksanakan aktiviti yang berkapasiti besar melibatkan pelbagai aktiviti dan kerjasama bersama peringkat pengurusan iaitu daripada peringkat pelajar sehinggalah ke peringkat pentadbiran dan pengurusan kolej kediaman serta pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disamping kerjasama bersama pihak luar yang lain. Justeru, dengan konsep pengajaran dan pembelajaran di luar kelas dalam merekrut pemangkin mahasiswa-mahasiswi yang berpengalaman luas, FESKAB 14 bakal melahirkan pemimpin yang berketerampilan, berkredibiliti dan berintergriti tinggi selaras dengan kemajuan dunia tanpa sempadan pada hari ini. Dalam menyokong hasrat universiti untuk melahirkan pelajar yang komited, cergas mental dan fizikal serta merangkumi pendedahan di peringkat kolej, universiti dan kebangsaan, Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Aminuddin Baki telah mengorak langkah bagi mencapai hasrat ini dengan menzahirkannya melalui penghasilkan program seperti ini. Berdasarkan hasil positif 4
selama perlaksanaannya, terbukti bahawa program seperti ini merupakan satu bidang yang diklasifikasikan sebagai pembelajaran luar kelas yang perlu dipelajari, difahami, dan dipraktikkan oleh golongan pelajar agar mereka menjadi insan yang berintelektual yang dapat berfikir secara cerdas dan mencipta idea kreatif khususnya dalam bidang berorganisasi seterusnya melahirkan insan yang berjaya dalam setiap aspek. Selain itu, aktiviti serta program yang akan dijalankan oleh FESKAB 14 pada kali ini bakal mengetengahkan empat teras utama yang diilhamkan daripada konsep struktur Inter-House ataupun rumah sukan yang telah dijalankan di Kolej Aminuddin Baki pada tahun ini dan tahun lalu. Empat teras berikut ialah keusahawanan, kebajikan, kebudayaan, dan sukan. Keempat-empat teras ini seterusnya akan memangkin para mahasiswa-mahasiswi serta mejadikan organisasi di bawah kolej menjadi lebih teratur dan berstruktur. FESKAB 14 juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara warga Kolej Aminuddin Baki serta memupuk semangat perpaduan sesama mahasiswa-mahasiswi pelbagai kaum di UKM sejajar dengan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. FESKAB 14 telah dirancang dengan teliti dan ianya bakal memastikan seluruh warga kolej serta warga UKM merasai kemeriahannya. Seterusnya, ianya adalah merupakan satu karnival hari keluarga yang memperkasakan aktiviti mega kolej serta menaikkan nama Kolej Aminuddin Baki. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang bagi melaksanakan program FESKAB 14 dan diharapkan penghasilan program ini dapat mencapai matlamat dan tujuan serta mendapat sokongan penuh daripada pihak UKM, badan-badan kerajaan serta swasta dan juga seluruh warga Kolej Aminuddin Baki. 5
4.0 OBJEKTIF 4.1 Mengeratkan hubungan antara warga kolej dengan staf-staf sokongan dan felo-felo Kolej Aminuddin Baki. 4.2 Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang dalam aktiviti berorganisasi bukan hanya dalam bidang akademik semata-mata disamping meningkat semangat kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan penghuni kolej dalam aktiviti yang disediakan dan melatih semangat kepimpinan dan berkumpulan peserta melalui penganjuran program ini. 4.4 Menggalakkan komunikasi dua hala secara lebih formal selaras dengan aliran sistem berorganisasi. 4.5 Melahirkan pelajar yang kreatif dan sentiasa berinovasi untuk menghasilkan percambahan idea baru dalam aspek berorganisasi. 5.0 MATLAMAT Matlamat utama projek ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar kepada aktiviti berorganisasi dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan diantara warga kolej yang terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan umur. Selain itu, program ini juga dijalankan untuk meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan peserta dan warga kolej seterusnya meningkatkan produktiviti kolej dan akhirnya menjulang nama Kolej Aminuddin Baki untuk mampu bersaing bersama kolej-kolej lain. 6
6.0 PENGISIAN PROGRAM 6.1 PROGRAM PRA-FESKAB 6.1.1 Pertandingan Sukan Antara Inter-house Kolej Aminuddin Baki Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan semangat rumah sukan dalam kalangan warga Kolej Aminuddin Baki. Seluruh warga kolej telah dibahagikan engikut rumah sukan masing-masing iaitu Vanbrugh (merah), Exeter (biru), Hertford (hijau), Ashby (kelabu), Ourmond (Jingga), Laureates (Kuning), Rayvens (Ungu) dan Woodsworth (coklat). Antara acara sukan yang akan dipertandingkan ialah Bola jaring, Bola Sepak, Bola Tampar dan Futsal. 6.1.2 Peratandingan Pantun dan Debat Antara inter-house Kolej Aminuddin Baki Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesenian dan kebudayaan dalam kalangan warga kolej. Ini juga melibatkan inter-house bagi menggalakkan peserta bersemangat untuk menangkan rumah sukan masing-masing. 6.2 PROGRAM FESKAB 6.2.1 Bengkel Kecantikan dan Penampilan Diri Bengkel kecantikan ini merupakan slot penajaan di mana demonstrasi kecantikan dan penampilan diri akan diadakan dalam kalangan peserta. Bengkel ini adalah terbuka kepada semua pelajar. Ia adalah bertujuan untuk mendedahkan para peserta tentang penampilan diri bersesuaian imej seorang mahasiswa yang beretiket. 6.2.2 Rumah Hantu KAB Rumah hantu ini merupakan program tahunan yang wajib diadakan pada setiap anjuran FESKAB. Program ini merupakan program yang mendapat sambutan hangat dan juga merupakan permintaan daripada pelajar kolej sendiri untuk mengadakan rumah hantu. 7
6.2.3 Malam Kebudayaan Inter-house Kolej Aminuddin Baki Malam kebudayaan ini akan diserikan dengan persembahan teater, nyanyian, lakonan dan sketsa daripada peserta peserta inte-rhouse. Setiap inter-house akan menghantar wakil kumpulan masing-masing. Tajuk persembahan akan di berikan kemudian. 6.2.4 Acara Berbasikal FESKAB 14 seluruh UKM Acara ini akan diadakan pada waktu pagi pada hari pertama program FESKAB. Ini bertujuan untuk memberitahu seluruh warga UKM agar hadir bersama-sama untuk meraikan fiesta keluarga Kolej Aminuddin Baki. Laluan trek adalah sekitar UKM dibantu penguatkuasaan Wisma Aman untuk mengawal lalu lintas. Peserta adalah terdiri daripada warja kolej. 6.2.5 Pertunjukan Kereta Hybrid Pertunjukkan kereta hybrid ini adalah untuk menarik perhatian khususnya warga kolej yang sukakan reka bentukdan aksesori kereta hybrid yang berada di pasaran. Para pengunjung boleh mencuba dan membawa sendiri kereta hybrid dan menunggangnya di kawasan trek yang disediakan. 6.2.6 Pertunjukan oleh Professional Parkour Malaysia dan Skyrunner Pertunjukan oleh Professional Parkour Malaysia dan Skyrunner diadakan sekali lagi atas permintaan warga kolej. Program ini berfokuskan kepada remaja remaja muda yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar yang menjadi tren pada masa kini. 6.2.7 Rock-climbing Acara ini adalah acara pertama yang diadakan pada FESKAB 14. Ini adalah untuk melihat sejauh mana warga boleh menyukai aktivi lasak ini. Acara ini menguatkan ketahanan fizikal dan mental peserta disamping mampu mengekalkan stamina dan kestabilan semasa kesukaran. 6.2.8 MasterChef KAB Pertandingan MasterChef KAB juga adalah acara pertama kali dibuat pada FESKAB 14. Peserta terdiri daripada pasangan yang akan bertanding memasak paling sedap dalam masa yang ditetapkan. Tema masakan akan dirahsiakan dan diberitahu hanya sebelum pertandingan bermula. 8
6.2.9 Konsert amal bersama anak yatim oleh artis jemputan Konsert amal ini dianjurkan adalah untuk meraikan anak-anak yatim terpilih di sekitar kawasan UKM dan Hulu Langat. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk memberi interaksi secara terus antara anak-anak yatim ini dengan artis jemputan. Selain itu, satu tabung kebajikan akan diedarkan semasa konsert berlangsung untuk membantu keperluan kewangan anak-anak yatim ini. Dengan program seperti ini, pengunjung konsert dapat bergembira sambil beramal. Penaja penuh bagi konsert amal ini bakal menjadi Penaja Utama dan berpeluang mendapat beberapa manfaat yang lumayan. 6.2.10 Ummah Talk Pihak FESKAB juga akan mengadakan ummah talk mengenai tajuk hangat dalam kalangan pelajar. Hal ini adalah untuk merangsang keperibadian pelajar untuk menjadi individu yang lebih baik dan bebas daripada gejala sosial. 6.2.11 Slot Bersama Kanak kanak Bagi slot bersama kanak-kanak, pertandingan mewarna antara kanak-kanak akan diadakan sambil ditemani oleh pelajar pelajar Kolej Aminuddin Baki. Hal ini untuk memupuk semangat cintakan ilmu antara kanak- kanak di peringkat umur yang masih muda di samping melihat keletah para pelajar bersama si anak kecil. 7.0 TEMA 8.0 ANJURAN BERSAMA 9
Majlis Sesi 2013/2014, Kolej Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia. Eksekutif Pelajar (MEP) 9.0 TARIKH PROGRAM 8-9 Mac 2014 (Sabtu, Ahad) 14-16 Mac 2014 (Jumaat, Sabtu, Ahad) 10.0 TEMPAT PROGRAM Kolej Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia 11.0 PESERTA Antara pihak-pihak yang bakal terlibat dengan program Fiesta Kolej Aminuddin Baki (FESKAB) 2014 ialah: Semua barisan Majlis Pengurusan Tertinggi FESKAB 2014. Semua Ahli Jawatankuasa FESKAB 2014. Mahasiswa dan mahasiswi Kolej Aminuddin Baki serta kolej-kolej lain yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pihak Pentadbiran dan Pengurusan Kolej Aminuddin Baki. Barisan felo Kolej Aminuddin Baki. Seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia. 12.0 CADANGAN PERASMI FESKAB dijangka akan dirasmikan oleh YBhg.Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif dan pemegang saham utama SYABAS dan Puncak Niaga Holdings Berhad. 10
13.0 PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban Kemahiran Komunikasi Kemahiran Menunjukkan Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan dan Kerja Berorganisasi Kemahiran Kreatif dan Inovatif 14.0 STRUKTUR ORGANISASI RUJUK LAMPIRAN A 15.0 TENTATIF PROGRAM RUJUK LAMPIRAN B 16.0 BELANJAWAN RUJUK LAMPIRAN C 11
17.0 PEJABAT URUSAN Sebarang maklumat, penerangan, pertanyaan dan urusan surat-menyurat, sila hubungi : Muhammad Johan Iskandar bin Zahari 014-7578300 Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Sesi 2013/2014 Kolej Aminuddin Baki Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-89213074 Faksimili: 03-89215835 E-mel: mepkab1314@gmail.com 12
17.0 PENUTUP Fiesta Kolej Aminuddin Baki (FESKAB 14) dan seluruh warga kerja mengharapkan agar karnival hari keluarga Kolej Aminuddin Baki ini akan mendapat sokongan, penyertaan dan sambutan daripada semua warga Kolej Aminuddin Baki khasnya serta seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia umumnya. Disamping itu, diharapkan agar setiap program dan aktiviti yang dianjurkan dan berasaskan empat bidang kekuatan iaitu keusahawanan, kebajikan, kebudayaan, dan sukan bakal memberi kesan yang positif, impak yang mendalam, dan kemeriahan yang maksima serta menjadi salah satu kayu ukur yang bermanfaat buat para siswa dan siswi untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam berorganisasi. Selain itu, FESKAB bakal memperkasakan aktiviti kolej yang meningkatkan penglibatan mahasiswa-mahasiswi dalam beraktiviti. Justeru itu, diharapkan FESKAB 14 dapat menjadi salah satu platform untuk memangkin usaha kearah melahirkan generasi muda dan bakal pemimpin yang berketerampilan, berfikiran kreatif dan kritis, serta mampu menerajui cara kerja dalam pelbagai bidang, seterusnya memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan warga Kolej Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia Diharapkan semoga program ini dapat memberi impak kepada pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan khususnya kepada pelajar yang terlibat secara langsung serta menggalakkan lagi penglibatan para pelajar seterusnya membuka ruang kepada pelajar untuk mendapatkan pendedahan luas kepada aktiviti berorganisasi. Disamping, membuka minda pelajar untuk menerima ilmu dan pengetahuan baru yang berguna untuk mereka. 13
Disediakan oleh, EN. MUHAMMAD JOHAN ISKANDAR BIN ZAHARI Ketua Pengarah Fiesta Kolej Aminuddin Baki 2014 Kolej Aminuddin Baki Universiti Kebangsaan Malaysia 14
LAMPIRAN A STRUKTUR ORGANISASI FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI (FESKAB 14) Penaung YBhg. Prof. Tan Sri Dato Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengerusi YBhg. Prof. Dato Ir. Dr. Othman A. Karim Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM. Penasihat Prof. Madya Dr. Ramli bin Omar Pengetua, Kolej Aminuddin Baki, UKM. En. Mohd Fairus Bin Shafie Timbalan Pengetua, Kolej Aminuddin Baki, UKM. Pengerusi Program Mohd Reffi Hidayat bin Roslan A140729 (FTSM/2/017-2302683) Ketua Pengarah Muhammad Johan Iskandar bin Zahari A141651 (FST/1/014-7578300) 15
Timbalan Ketua Pengarah Nur Adhariah binti Kamaruzaman (A141968) (FTSM/2/013-2745748) Setiausaha Nurul Shafiqah Nadia Bt Rosmaili (A140307) (FST/2/012-3743413) Timbalan Setiausaha Khamisah Bt Mohd Noor A145531 (FST/1/017-7073502) Bendahari Siti Husnul Hotimah Binti Samsuddin (A139861) (FEP/2/019-5766259) Timbalan Bendahari Siti Aisyah Aredha Bt Roslan (A145647) (FST/1/012-4749824) Ketua Penyelaras Publisiti Nurfaizzin Binti Ismail (FTSM/2/017-6494989) Ketua Penyelaras Tugas-Tugas Khas Nurul Falah Binti Abdul Latif (FEP/2/017-3318044) 16
Ketua Penyelaras Teknikal Muhammad Edwin Bin Ambo Rifai (FTSM/2/014-8615519) Ketua Penyelaras Protokol Siti Nurema Syahira Binti Samion (FST/2/013-7001767) Ketua Penyelaras Program Nur Shahida binti Abdul Hamid (FEP/2/012-9428594) Ketua Penyelaras Persembahan Ulya Sabirah Binti Mohd Hanafi (FEP/2/017-6453501) Ketua Penyelaras Jamuan Lee Veng Chuan (FST/2/017-3480398) Ketua Penyelaras Cenderamata Noor Hasniza Binti Khalid (FST/2/017-4272324) Ketua Penyelaras Keselamatan/Kebajikan Wan Mohamed Ridzwan Bin Wan Ismail (FST/1/012-7075519) Ketua Penyelaras Pemasaran Yusnidar Binti Usman (FEP/2/0178805277) Ketua Penyelaras Ekspo Tamilarasi A/P Letchumanan (FPEND/2/016-6054957) Ketua Penyelaras Rumah Hantu Zaid Asyraf (FPEND/4/017-6244036) Ketua Penyelaras logistik Muhammad Fauzan Bin Nor Azman (FPEND/1) 17
TENTATIF PROGRAM LAMPIRAN B HARI MASA PENGISIAN Pra-FESKAB SABTU (8 Mac 2014) 8.30 pagi - 2.30 petang - Pertandingan pantun dan debat Inter-House. AHAD (9 Mac 2014) 8.00 pagi 12.00tengah hari Pra-FESKAB - Aminuddin Baki s Sports Carnival (ABC) ( Pertandingan olahraga Inter-House ). - Penyampaian hadiah pertandingan olahraga Inter- House. JUMAAT (14 Mac 2014) 3.00 petang 7.30 malam 8.30 malam 11.00 malam - Bengkel kecantikan dan penampilan diri (slot penajaan). - Ekspo. -Rumah Hantu. - Ummah talk. - Bersurai. 18
SABTU (15 Mac 2014) 8.00 pagi 10.00pagi 11.00 pagi 2.30 petang -Acara berbasikal FESKAB sekitar UKM. -Ekspo. -Pertunjukan oleh Profesional Parkour. -Pertunjukkan Skyrunner. - Slot bersama maggi dan yakult -Permainan dan pertandingan Extreme Game ( Rock climbing/ dodgeball / fear factor ). - Penyampaian hadiah pertandingan Extream Game (Rock climbing/dodge-ball/fear factor ). 5.00 petang 7.30 malam 8.30 malam 11.00 malam -Rehearsal Konsert Amal. -Rumah hantu. -Konsert Amal bersama Anak Yatim -Bersurai. AHAD (16 Mac 2014) 8.30 pagi 9.00 pagi 10.00 pagi 12.00 t/hari -Senamrobik. -Pertandingan Street Soccer. - Ekspo. -Pesta buah-buahan. - Penyampaian hadiah pertandingan Street Soccer. -Pertandingan mewarna, bercerita, dan sukaneka kanak-kanak. - Penyampaian hadiah pertandingan mewarna, bercerita, dan sukaneka kanak-kanak. -Pertandingan Masterchef KAB 2.30 petang -Penyampaian hadiah Masterchef KAB 19
4.30 petang - Persiapan Majlis Penutup FESKAB 2014. MALAM PENUTUP FESKAB 2014 8.00 malam 8.30 malam 8.45 malam 8.50 malam 8.55 malam 9.10 malam 9.40 malam 10.10 malam 10.45 malam -Hadirin mengambil tempat. -Ketibaan Ayahanda Pengetua dan dif-dif jemputan. -Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis. -Bacaan doa. -Ucapan oleh ketua pengarah FESKAB ( Saudara Johan Iskandar Zahari). -Ucapan dan perasmian penutupan FESKAB 2014 oleh Ayahanda Pengetua Kolej Aminuddin Baki ( Prof. Madya Dr. Ramli Bin Omar ). - Persembahan multimedia. - Jamuan makan. -Persembahan khas oleh Kelab Kebudayaan KAB. -Penyampaian hadiah ( Pertandingan Fear-Factor, pertandingan pantun dan debat Inter-House, pertandingan Inter-House Culture Night, dan pemenang keseluruhan pertandingan Inter-House ). -Penyampaian cenderamata. -Majlis bersurai. 20
LAMPIRAN C BELANJAWAN Anggaran perbelanjaan Perkara Pengurusan dan Urusetia Belanja Am Kertas Alat tulis Telefon (I-Talk) RM 300.00 500.00 100.00 300.00 Post Publisiti dan Tugas-tugas Khas Banting Banner Poster Flyers Tag nama (RM2.00 X 100) Baju + Button Badge + Bag ( RM25 X 150) Jumlah 1,200.00 300.00 400.00 100.00 100.00 200.00 3750.00 Program Pra-Feskab -Pertandingan Sukan antara Inter-house KAB -Pertandingan Pantun dan Debat antara Inter-house Jumlah Jumlah 4850.00 600.00 500.00 1100.00 Program Utama Feskab -Bengkel Kecantikan dan Penampilan Diri -Rumah Hantu KAB -Malam Kebudayaan Inter-house KAB -Acara Berbasikal KAB -Pertunjukan Kereta Hybrid 500.00 400.00 400.00 900.00 3600.00 21
-Pertunjukan oleh Professional Parkour & Skyrunner -Rock Climbing -Pertandingan Masterchef KAB -Konsert artis Jemputan -Ummah Talk -Slot Bersama Kanak-kanak -Majlis Penutupan FESKAB 2014 Jumlah 800.00 6500.00 400.00 12000.00 1100.00 900.00 5200.00 32700.00 Kos Kos Pentadbiran Lain 3000.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 43850.00 22