MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL INKUIRI-KREATIVITI CHUZAIRY BIN HANRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRIINDIVIDU, REKA BENTUK LATIHAN DAN PERSEKITARAN KERJA DENGAN PEM INDAHAN LATIHAN DI SWM ENVIRONMENT SDN BHD.

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. Bahagian ini pengkaji akan melaporkan hasil kajian mengikut persoalan kajian

TECHNOLOGY AND INNOVATION MANAGEMENT AWARENESS AND PRACTISE A CASE STUDY IN BRITISH AMERICAN TOBACCO GSD (KL) SDN BHD

PEMIKIRAN REFLEKTIF GURU PELATIH BAHASA MELAYU NOR SAHARA BINTI MESMAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FINITE ELEMENT (FE) MODEL OF BRAKE INSULATOR IN REDUCING BRAKE SQUEAL NOISE FOR MOTORCYCLES MUNDHER FADHIL ABDULRIDHA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FASILITATED INTERACTIVE TRAINER (FIT) CPR APP. Muhammad Amer Bin Mokhtar. Assoc. Prof. Dr. Maryati Mohd Yusof

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

APPLICATION OF DEMAND SIDE MANAGEMENT STRATEGIES TO REDUCE ENERGY CONSUMPTION IN UNIVERSITY BUILDINGS NAJAATUL FARIHAH BINTI HAMIDI

MODELLING DAMPING ELEMENT TO REDUCE DISC BRAKE SQUEAL NORAIDE BIN MD YUSOP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Kesediaan Guru-Guru PKPG Kemahiran Hidup (KH) UTM Mengajar Lukisan Kejuruteraan Di Dalam Bahasa Inggeris

HASIL PEMBAKARAN EMISI RENDAH DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN API BIODIESEL BERBANTUKAN ALIRAN BERPUSAR MOHAMAD SHAIFUL ASHRUL BIN ISHAK

MODELLING OF THROUGH-THE-ROAD HYBRID ELECTRIC VEHICLE OKE PAUL OMEIZA

PERSOALAN PENDAHULUAN DALAM HPI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structures questions. Answer FOUR (4) questions only.

CURRENT CARRYING CAPABILTY OF POLYESTER CARBON COATED FOR ELECTRICAL CONDUCTOR MOHD HAIDIR BIN MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

(Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan dalam 7 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 7 printed pages)

THE STUDY ON THE IMPACT OF CONSTANT POWER LOAD TO A DIRECT CURRENT POWER SYSTEM DRIVEN BY PHOTOVOLTAIC, WIND - THYRISTOR RECTIFIER AND LINEAR SOURCES

Sustainable Consumption

SENARAI KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN PENGISTIHARAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

PEPERIKSAAN JULAI 2010

CONTROL OF INVERTED PENDULUM-CART SYSTEM BASED ON FUZZY LOGIC APPROACH HASRULNIZAM BIN HASHIM

MODELING OF ELECTRIC DOUBLE LAYER CAPACITOR FATHIN ASILA BINTI MOHD PABLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION : This section consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) only.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA REDUCTION OF TOTAL HARMONIC REDUCTION IN TORQUE CHARACTERISTICS IN TWO-PHASE SIDE BY SIDE BRUSHLESS DC MOTOR NG SENG SHIN

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

JA606: VEHICLE DYNAMICS. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

OPTIMAL LOCATION OF FACTS FOR ATC ENHANCEMENT BY USING SENSITIVITY ANALYSIS RAIMON OMAR AL SHAIKH SALEM

A FREQUENCY CONTROLLER USING FUZZY IN ISOLATED MICROGRID SYSTEM

SISTEM PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

ZULHILMI AFIQ BIN ZULKIFLE

KREATIVITI PENGAJARAN GURU BAHASA ARAB DI MALAYSIA. *Mohammad Rusdi Bin Ab Majid Zawawi Ismail

MENGANALISA KEROSAKAN PENYERAP SHIMMY (SHIMMY DAMPER) TERHADAP UNIT PENDARATAN PESAWAT RINGAN (MODEL:EAGLE 150B). NORIZAL BIN ARSHAD

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEM 253 REKABENTUK MEKATRONIK I

KECEKAPAN HABA EKZOS DAN PENGGUNAAN BAHAN API TENTU BREK (BSFC) ENJIN DIESEL DENGAN BAHAN API BIODIESEL

NUMERICAL ANALYSIS OF ELASTOHYDRODYNAMIC LUBRICATION WITH BIO-BASED FLUIDS DEDI ROSA PUTRA CUPU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

SISTEM PENGURUSAN PROOFREADING UTM KHO CHEE XAO

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

SISTEM PENYAMPAIAN MAKLUMAT SECARA MASA NYATA DALAM JABATAN KECEMASAN

Item Bil Description of Works Remarks Main Switch Board

KEPUASAN MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ALAT PRAPEMPROSESAN DATA UNTUK SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Muhammad Faiz Bin Abdullah Prof. Madya Dr. Mohd Zakree Ahmad Nazri

PEMBANGUNAN PERMAINAN SERIUS UNTUK SIMULASI PENYELAMATAN DIRI SEMASA KEBAKARAN RUMAH

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN KHAS MAC 2011 HBAE1203 SEMESTER MEI 2012 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK NO. MATRIKULASI :

SISTEM PENJEJAK PESAKIT DI HOSPITAL PUSAT PERUBATAN UKM (PPUKM) MENGGUNAKAN PERANTI MATA ARAH (BEACON) Mohamad Norizal Bin Abdullah Dr.

$'11,n n, Lffi MALAYSIA. PEPERIKSAAI\ AKHIR SEMESTER II sesr PERALATAN BINAAN BPD BPC APRIL 2OO9 2 JAM 30 MINIT

">; rt.t A AS > T ' ' T i FV*-} M i l.i ivi\.' ; i V him l.-'.hi nivi JUTCrsJ i # i k t f i l w. H M i l!, c i : t CO a

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) questions.

ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi ENAM (6) soalan esei. Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM PEMANTAUAN GILIRAN DI HOSPITAL CANSELLOR TUANKU MUKHRIZ. Nursyakirah Hamimah Binti Mohamad Halim Prof. Dr.

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

OPTIMIZATION ON FUEL GAS OPERATION FOR COMBINED CYCLE POWER PLANT MOHD IZAMUDDIN BIN MAHMUD

PAY WITH YOUR PIN BAYAR DENGAN PIN ANDA

ELECTRIC CAR VOLTAGE MONITORING SYSTEM NAJMI AZFAR BIN MOHD ROSLI

DISC BRAKE SQUEAL GENERATION DURING DRY AND WET CONDITIONS MUNEER NAJI WAHEED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

APLIKASI PENGURUSAN TELE-REHABILITASI. Nursuhaila Laily binti Abd Jamil Prof Madya Dr Jamaiah binti Yahaya

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PROSES PINJAMAN PERALATAN (ASSET BOOKING)

M M W M ANTARA TAHAP KOMPETENSI DENGAN TAHAP PRESTASI M \ A DI KALANGAN PEHTADBJR KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI

SISTEM PENGURUSAN STOK. Nur Rahimah Binti Mohd Razmi Pn. Hazilah Binti Mohd Amin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structure questions. Answer any FOUR (4) questions.

COMFORT ANALYSIS IN COMMERCIAL VEHICLE S PASSENGER SEAT TAM WEE KONG

MANUAL &SR6KAS PFBGUUAAH MAT. ^ UTSIM mm. MITGMASI mm TOPOGRAFI BAGU. piuir»«vrrus. i'mi r i ;. j. j \ ' j. h i f i' ' i:! {!«! i i!

MyBot Bridge. 2 pasukan 4 peserta (2 wakil politeknik, 2 wakil sekolah) TEAM PELAJAR MyBot Operator Mentor 2

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

APLIKASI DAN SISTEM PEMARKAHAN POSTER DI PUSAT PERMATA PINTAR

MEREKA SISTEM GEAR (BY WIRE)

FLUID AND HEAT FLOW PERFORMANCE IN HEAT EXCHANGER NURLIYANA BINTI MOHD NADZRI

PB604 : BUSINESS FINANCE

Pembinaan Modul Aktiviti Seni Kreatif (ASK) Untuk Pendidikan Prasekolah. Ling Pik Kuong Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Sarawak.

RELIABILITY OF GENERIC SKILLS INVENTORY. Ahmad bin Esa Assoc. Prof. Dr. Jailani bin Mohd. Yunus Assoc. Prof. Dr. Noraini binti Kaprawi

PROJEK SISTEM PENEMPAHAN PAKAIAN ATAS TALIAN NUR AFIQAH BT MD BAHARUDIN DR. SITI FADZILAH MAT NOOR ABSTRAK

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

APLIKASI MAKLUMAT IPT BERSEPADU BERASASKAN ANDROID DENGAN SISTEM SOKONGAN GPS (JEJAK IPT)

Frequently Asked Questions (FAQ)

SISTEM PENGURUSAN KEBERSIHAN KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN UKM. Muhammad Farhan bin Mohd Yusoff Dr. Dian Indrayani binti Jambari

Saya / kami akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya / kami. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Tandatangan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

PERSIJILAN MS IS DAN PERSEPSI KAKITANGAN TERHADAP AMALAN PENGURUSAN KUALITI : SATU KAJIAN KES DI BINTULU PORT SDN. BHD.

ROBUST ELECTRONIC BRAKE FORCE DISTRIBUTION IN HYBRID ELECTRIC VEHICLES YEOH WEI CHERNG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STRUCTURE : 100 MARKS STRUKTUR : 100 MARKAH. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

This item is protected by original copyright

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL AND EXPERIMENTAL STUDIES OF HOMOGENEOUS CHARGE COMPRESSION IGNITION ENGINE PERFORMANCE MOHAMMAD IZADI NAJAFABADI

OPTIMAL LOCATION OF THYRISTOR CONTROLLED SERIES COMPENSATOR USING SENSITIVITY APPROACH NEW HUANG CHIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI GO AMBULANCE

KAJIAN MENGENAI DAYA AERODINAMIK PADA SAYAP HADAPAN KERETA LUMBA MENGGUNAKAN KAEDAH SIMULASI CFD MIRNI BINTI ABDUL GHANI

DEVELOPMENT OF ELECTRICAL DISCHARGE MACHINING POWER GENERATOR MUHD ABU BAKAR BIN MUHD RADZI

EKSPERIMENTASI INSTRUMEN MENERBITKAN IDEA UNTUK PENGHASILAN KARYA SENI. oleh MOHD FARIZAL BIN PUADI

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

SAIDATINA AISHAH BINTI MOHD SHAH B

CONTROL OF ENERGY CONVERSION IN A HYBRID WIND AND ULTRACAPACITOR ENERGY SYSTEM MAJID ABDULLATEEF ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

POLA DAN TRENDA DALAM PENYELIDIKAN BERKAITAN DENGAN KREATIVITI ATAU PEMIKIRAN KREATIF PADA PERINGKAT PASCA IJAZAH DI MALAYSIA ABSTRAK

KREATIVITI DALAM KALANGAN PENSYARAH ALIRAN SAINS SOSIAL DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, JOHOR BAHRU: SATU APLIKASI TEORI IDENTITI PERANAN KREATIF

Transcription:

MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL INKUIRI-KREATIVITI CHUZAIRY BIN HANRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL INKUIRI-KREATIVITI CHUZAIRY BIN HANRI Tesis ini dikemukakan Sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Oktober 2013

ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tandatangan : Nama Penulis : Tarikh :

iii Untuk ibu dan ayah atas doa, harapan dan titisan kasih saying Untuk isteri atas sokongan dan pengorbanan Untuk penyelia atas segala ilmu dan tunjuk ajar

iv Penghargaan Bersyukur ke hadrat ALLAH kerana dengan izinnya saya telah dapat menyempurnakan tesis ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat. Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia disertasi PM. Dr. Mohammad Yusof bin Hj. Arshad yang tidak jemu-jemu memberikan bimbingan dan tunjuk ajar serta nasihat yang berguna. Penghargaan ditujukan buat isteri dan ahli keluarga tercinta yang tetap memberikan sokongan dalam menempuh cabaran dan dugaan sepanjang menyiapkan tesis ini. Penghargaan juga ditujukan kepada Pengetua, rakan-rakan guru dan semua pelajar dari sekolah menengah di daerah Kota Tinggi yang terlibat dalam kajian ini. Tidak lupa juga kepada para sahabat yang sentiasa memberi sokongan moral sepanjang tempoh menyiapkan disertasi ini. Semoga Allah memberi sebaik-baiknya ganjaran dan balasan di atas sumbangan yang diberikan.

v Abstrak Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengamalan pengajaran guru dalam menggalakkan kreativiti dan membina modul bagi membantu guru dalam menggalakkan kreativiti pelajar. Bagi mencapai tujuan ini, kajian deskriptif dilaksanakan secara kualitatif dan kuantitatif dalam dua fasa. Kajian Fasa I mengkaji amalan pengajaran guru dalam menggalakkan kreativiti dan masalah pengajaran guru yang boleh menghalang penggalakan kreativiti pelajar. Bagi mencapai tujuan tersebut, lima orang guru daripada daerah Kota Tinggi dicerap pengajaran mereka. Cerapan kelas direkod, ditranskrip, dikod dan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif melalui statistik deskriptif. Dapatan kajian Fasa I mendapati guru kurang menggalakkan kreativiti pelajar. Guru lebih banyak mengawal pembelajaran pelajar, aktiviti sumbang saran idea kurang dijalankan dan guru hanya memfokuskan kepada idea yang betul sahaja, pembelajaran pelajar lebih banyak melalui penerangan dan aktiviti pengajaran adalah lebih berpusatkan guru. Dalam kajian Fasa II, Modul Kimia Kreatif telah dibina berdasarkan kepada dapatan kajian Fasa I dan digunakan di dalam pengajaran untuk diuji keberkesanannya. Modul Kimia Kreatif dibina berdasarkan kepada Model Inkuiri-Kreativiti yang mengandungi empat fasa iaitu Fasa Permulaan, Fasa Eksplorasi, Fasa Pengukuhan dan Fasa Aplikasi dan diuji kepada lima orang guru. Dengan menggunakan modul, pengajaran guru semakin baik. Guru lebih cenderung memberikan kebebasan kepada pelajar untuk meneroka dan mengawal sendiri pembelajaran mereka. Aktiviti sumbang saran idea dijalankan dengan lebih baik dan dijalankan dengan lebih kerap. Pembelajaran pelajar melalui pengalaman meningkat dan aktiviti pengajaran guru lebih banyak berpusatkan pelajar. Respon daripada pelajar menunjukkan pelajar semakin kreatif dengan merangka sendiri eksperimen dan membina sendiri pengetahuan mereka. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan implikasi untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kimia khususnya dalam menggalakkan daya kreativiti pelajar.

vi Abstract This research was conducted to investigate teachers teaching practices in nurturing creativity and developing module in helping them nurturing students creativity. To achieve those objectives, a descriptive study was conducted qualitatively and quantitatively in two main phases. Phase I was conducted to investigate teachers teaching practices in nurturing creativity and problems that inhibit the process of nurturing students creativity. Five teachers from Kota Tinggi district were observed to achieve the objective. Class observation was recorded, transcribed, coded and analysed qualitatively and quantitatively through descriptive statistics. The findings of the Phase I study showed that teachers did not encourage students' creativity. Teachers tend to control students' learning, brainstorming activities were not much conducted and teachers only focused on the right ideas, students learning process was more towards learning through teacher s explanation and teachers teaching activities were more towards teacher-centered. Those findings were then used as a basis to develop Chemistry Creative Module. In Phase II of the study, Chemistry Creative Module was developed based on findings of the Phase I study and used in teaching to test its effectiveness. Chemistry Creative Module was developed based on the Inquiry-Creativity Model that contains four phases which were Engagement Phase, Exploration Phase, Enhancement Phase and Application Phase and tested on five teachers. By using these modules, teachers teaching practice was improved. Teachers tend to give freedom for students to investigate and control their own learning. Brainstorming activities were improved and done more frequent. Students' learning through experience had increased and teachers teaching activities were more towards student-centered. Students responses showed that they had become more creative by designing their own experiment and construct their own knowledge. The findings of this study are hoped to give an impact to enhance teaching and learning chemistry effectiveness especially in nurturing students creativity.

vii ISI KANDUNGAN BAB Pengakuan Dedikasi Penghargaan Abstrak Abstact Isi Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senaran Singkatan Senarai Lampiran TAJUK MUKA SURAT ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Sistem Pendidikan yang Berorientasikan 2 Peperiksaan 1.3 Pengajaran Sains secara Tradisional 3 1.4 Kreativiti dalam Sains 5 1.5 Penggalakkan Kreativiti dalam Sains 1.5.1 Pemikiran Kreatif 1.5.2 Penggalakkan Kreativiti secara Inkuiri 7 7 8 1.6 Pernyataan Masalah 10 1.7 Objektif Kajian 11 1.8 Persoalan Kajian 11 1.9 Kerangka Konsep 12 1.10 Kepentingan Kajian 14 1.11 Skop Kajian 14 1.12 Definisi Operasi 15 1.13 Rumusan 16 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 17 2.2 Konsep Kreativiti 2.2.1 Definisi Kreativiti 2.2.2 Jenis Kreativiti 2.2.3 Ciri-ciri Kreativiti 17 18 19 21 2.3 Strategi Pengajaran yang Menggalakkan Kreativiti 21

viii 2.3.1 Keseimbangan antara Kawalan Guru dan Kebebasan Pelajar 2.3.2 Aktiviti Sumbang Saran Idea 2.3.3 Pembelajaran Melalui Pengalaman 2.3.4 Pengajaran Berpusatkan Pelajar 2.4 Masalah yang Menghalang Penggalakkan 23 23 24 25 Kreativiti 25 2.5 Topik Elektrokimia dan Asid dan Bes 2.5.1 Topik Elektrokimia 28 29 2.5.2 Topik Asid dan Bes 31 2.6 Strategi Penggalakkan Kreativiti dalam Sains 2.6.1 Seni dalam Sains 2.6.2 Penggunaan Teknologi 2.6.3 Penggunaan Pendekatan Inkuiri 2.6.4 Perbandingan Strategi Penggalakkan Kreativiti dalam Sains 2.7 Pengajaran secara Inkuiri 2.7.1 Tahap Inkuiri 2.7.2 Model BSCS5E 2.7.3 Model Kerangka Inkuiri 2.7.4 Model Arends 2.7.5 Perbandingan Antara Model-Model Inkuiri 32 32 34 35 35 37 38 40 41 42 43 2.8 Proses Kreatif 45 2.9 Pembinaan Model Inkuiri-Kreativiti 48 2.10 Rumusan 50 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 51 3.2 Rekabentuk Kajian 51 3.3 Kajian Fasa I 3.3.1 Cerapan Kelas Fasa I 3.3.2 Sampel Kajian Fasa I 3.3.3 Analisis Data Fasa I 3.4 Kajian Fasa II 3.4.1 Proses Pembangunan Modul 3.4.2 Pentadbiran Modul 3.4.3 Sampel Kajian Fasa II 3.4.4 Instrumen Kajian Fasa II 3.4.5 Analisis Data Fasa II 52 52 53 54 54 54 55 57 58 59 3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Kajian 61 3.6 Rumusan 61

ix 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan 64 4.2 Penggalakkan Kreativiti di dalam Kelas Kimia 64 4.2.1 Keseimbangan antara Kawalan dan Kebebasan Sebelum Penggunaan Modul 64 4.2.2 Sumbang Saran Idea Sebelum Penggunaan Modul 70 4.2.3 Pembelajaran Melalui Pengalaman Sebelum Penggunaan Modul 73 4.2.4 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Sebelum Penggunaan Modul 76 4.2.5 Kesimpulan Penggalakkan Kreativiti Pelajar 81 4.3 Modul Kimia Kreatif 84 4.4 Model Pengajaran Inkuiri-Kreativiti 84 4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 87 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit 88 4.5.2 Subtopik Elektrolisis Sebatian Lebur 89 4.5.3 Subtopik Elektrolisis Larutan Akueus 90 4.5.4 Subtopik Elektrolisis dalam Industri 91 4.5.5 Subtopik Sel Voltan 92 4.5.6 Subtopik Siri Elektrokimia 92 4.6 Pembangunan Modul Kimia Kreatf bagi Topik Asid dan Bes 94 4.6.1 Subtopik Menganalisis Sifat-Sifat Asid dan Bes 97 4.6.2 Subtopik Mensintesiskan Konsep Asid Kuat, Asid Lemah, Alkali Kuat dan Alkali Lemah 99 4.6.3 Subtopik Menganalisis Kepekatan Asid dan Alkali 4.6.4 Subtopik Menganalisis Peneutralan 100 102 4.7 Rumusan Pembangunan Modul Inkuiri-Kreativiti 103 4.8 Keberkesanan Modul Kimia Kreatif 4.8.1 Proses Pengajaran dan Pembelajaran Semasa Penggunaan Modul 4.8.1.1 Keseimbangan antara Kawalan dan Kebebasan Semasa Penggunaan Modul 4.8.1.2 Aktiviti Sumbang Saran Idea Semasa Penggunaan Modul 103 103 104 119

x 4.8.1.3 Pembelajaran Pelajar Semasa Penggunaan Modul 124 4.8.1.4 Pengajaran Guru Semasa Penggunaan Modul 4.8.2 Produk Kreatif Pelajar 4.8.3 Rumusan Keberkesanan Modul 141 155 161 4.9 Rumusan 163 5 KESIMPULAN DAN IMPLIKASI KAJIAN 5.1 Pengenalan 164 5.2 Pengamalan Pengajaran Guru dan Subjek Kimia 165 5.3 Kelemahan Guru dalam Menggalakkan Kreativiti 166 5.4 Pembangunan Modul Kimia Kreatif Berdasarkan Model Inkuiri-Kreativiti 167 5.5 Keberkesanan Modul Kimia Kreatif dalam Menggalakkan Kreativiti Pelajar 168 5.6 Implikasi Kajian 169 5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 171 5.8 Kesimpulan 171 Rujukan 173 Lampiran 187

xi NO. JADUAL SENARAI JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Perbandingan antara strategi penggalakkan kreativiti dalam sains 36 2.2 Ringkasan Model Schwab 38 2.3 Model BSCS 5E 40 2.4 Model Kerangka Inkuiri 42 2.5 Perbandingan Model Inkuiri 45 2.6 Ringkasan Model Proses Kreatif 47 3.1 Latar belakang responden kajian Fasa I 53 3.2 Latar belakang responden kajian Fasa II 57 3.3 Komponen Kreatif yang Dianalisis 60 3.4 Ringkasan sampel, instrumen, analisis data berdasarkan persoalan kajian 63 4.1 Ringkasan keseimbangan antara kawalan dan kebebasan 66 4.2 Aktiviti pengajaran guru 70 4.3 Ringkasan aktiviti sumbang saran idea GK1 dan GK4 72 4.4 Aktiviti pembelajaran yang dijalankan guru 75 4.5 Ringkasan aktiviti pengajaran guru 79 4.6 Keseluruhan pengamalan pengajaran guru 81 4.7 Ringkasan dapatan kajian bagi elemen strategi pengajaran 83 4.8 Ringkasan subtopik dan aktiviti yang dirangka 87 4.9 Ringkasan ciri strategi pengajaran yang diwujudkan bagi setiap aktiviti 88 4.10 Penerangan aktiviti dalam subtopik elektrolit dan bukan elektrolit 89 4.11 Penerangan aktiviti dalam subtopik elektrolisis sebatian lebur 90 4.12 Penerangan aktiviti dalam subtopik elektrolisis larutan akueus 91 4.13 Penerangan aktiviti dalam subtopik elektrolisis dalam industri 92 4.14 Penerangan aktiviti dalam subtopik sel voltan 93 4.15 Penerangan aktiviti dalam subtopik siri elektrokimia 94 4.16 Ringkasan subtopik dan aktiviti yang dirangka bagi topik Asid dan Bes 95 4.17 Ringkasan ciri strategi pengajaran yang diwujudkan bagi setiap aktiviti bagi topik Asid dan Bes 96 4.18 Penerangan aktiviti dalam subtopik menganalisis sifat-sifat asid dan bes 97 4.19 Penerangan aktiviti dalam subtopik mensintesiskan konsep asid kuat, asid lemah, alkali kuat dan alkali lemah 99 4.20 Penerangan aktiviti dalam subtopik menganalisis 100

kepekatan asid dan alkali 4.21 Penerangan aktiviti dalam subtopik peneutralan 102 4.22 Kawalan guru dan kebebasan pelajar keseluruhan semasa menggunakan modul 105 4.23 Kawalan guru dan kebebasan pelajar fasa permulaan 107 4.24 Kawalan guru dan kebebasan pelajar fasa eksplorasi 110 4.25 Kawalan guru dan kebebasan pelajar fasa pengukuhan 114 4.26 Kawalan guru dan kebebasan pelajar fasa aplikasi 117 4.27 Pembelajaran pelajar keseluruhan semasa menggunakan modul 126 4.28 Pembelajaran pelajar fasa permulaan 128 4.29 Pembelajaran pelajar fasa eksplorasi 133 4.30 Pembelajaran pelajar fasa pengukuhan 135 4.31 Pembelajaran pelajar fasa aplikasi 139 4.32 Aktiviti pengajaran guru keseluruhan semasa menggunakan modul 142 4.33 Aktiviti pengajaran guru fasa permulaan 144 4.34 Aktiviti pengajaran guru fasa eksplorasi 147 4.35 Aktiviti pengajaran guru fasa pengukuhan 150 4.36 Aktiviti pengajaran guru fasa aplikasi 153 4.37 Keseluruhan suasana yang diwujudkan sebelum dan selepas penggunaan modul 161 xii

xiii NO. RAJAH SENARAI RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Kerangka konsep ubahsuai Model BSCS5E dan proses kreatif 12 1.2 Ringkasan kajian 13 2.1 Pembangunan Model Inkuiri-Kreativiti 49 2.2 Model Inkuiri-Kreativiti 49 3.1 Ringkasan pentadbiran modul 56 4.1 Ringkasan penyelesaian masalah fasa demi fasa secara umum 86

xiv SENARAI SINGKATAN P&P BSCS SCIS BPK KPM Pengajaran dan Pembelajaran Biological Science Curriculum Study Science Curriculum Improvement Study Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Transkrip Data Fasa I 187 B Modul Kimia Kreatif Panduan Guru 188 C Modul Kimia Kreatif untuk Pelajar 189 D Produk Kreatif 190 E Transkrip Temubual 191

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dunia sekarang banyak mengalami perubahan dan yang paling ketara adalah perubahan dalam dunia pekerjaan. Pada masa sekarang, kualiti pekerja tidak seperti kualiti pekerja di zaman dahulu. Ini disebabkan oleh perubahan daripada era industri kepada era ilmu pengetahuan. Di era ilmu pengetahuan, pekerja dikenali sebagai Knowledge Worker yang perlu mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu yang baru (Ordonez & Maclean, 2007), mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan boleh bekerja secara berkumpulan (Florida & Goodnight, 2005; Fosnot, 2005). Ini akan memberikan impak kepada sistem pendidikan di Malaysia kerana bagi menghasilkan Knowledge Worker yang berproduktiviti tinggi, sistem pendidikan harus berubah dari sedia ada kepada sesuatu yang lebih dinamik. Adakah kita telah bersedia? Menyedari akan hakikat ini, kerajaan telah mengisytiharkan tahun 2010 sebagai tahun inovatif dan kreatif sebagai usaha untuk mencapai wawasan 2020. Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) menuntut pendidikan berkualiti diperluaskan dan sepatutnya dapat membangunkan budaya kreatif dan inovatif bermula dari peringkat prasekolah lagi terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Persoalannya adakah kreativiti dan inovasi pelajar dapat digalakkan? Bagaimanakah caranya?

2 Terdapat beberapa percanggahan pendapat antara ahli-ahli akademik mengenai kebolehajaran kreativiti. Ada antara mereka berpendapat bahawa kreativiti hanya wujud di dalam diri pelajar yang terpilih sahaja. Terdapat juga ahli akademik yang berpendapat bahawa kreativiti boleh diajar dan dipupuk dalam diri pelajar (Kampylis et al., 2009; Hong & Kang 2009). Ini kerana kreativiti berkait rapat dengan pemikiran pada aras tinggi iaitu pemikiran kreatif dan pemikiran kreatif ini boleh diajar dan dipupuk dengan kaedah yang sesuai (dehaan, 2009). Sekiranya kreativiti boleh diajar dan dipupuk, adakah secara realitinya sistem pendidikan di Malaysia sekarang menggalakkan kreativiti pelajar? Adakah sistem pendidikan Malaysia memberikan ruang kepada pelajar untuk menggalakkan kreativiti mereka sendiri melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas? 1.2 Sistem Pendidikan yang Berorientasikan Peperiksaan Masalah utama yang menghalang penggalakkan kreativiti yang dilaporkan ialah tekanan peperiksaan (Zohar, 2008; Zawojewski & McCarthy, 2007; Craft, 2005; Maisuria, 2005; Hayes, 2004). Terlalu banyak peperiksaan menyebabkan guru menghadapi masalah dalam menggalakkan kreativiti pelajar. Dalam kajian Maisuria (2005), tekanan peperiksaan yang tinggi menyebabkan guru mengajar cara-cara untuk lulus dalam peperiksaan dan ini menyebabkan kurangnya penekanan kepada kreativiti. Dalam kajian yang dijalankan oleh Hong & Kang (2009) pula, beliau mendapati masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam menggalakkan kreativiti pelajar adalah banyak masa digunakan untuk menghabiskan silibus untuk menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan. Ini kerana, guru berpendapat bahawa aktiviti yang menggalakkan kreativiti tidak diuji dalam peperiksaan. Maka, mereka merasakan bahawa aktiviti tersebut tidak perlu digalakkan. Sistem pendidikan di Malaysia terlalu fokus kepada peperiksaan. Pelajar akan menduduki tiga peperiksaan awam sepanjang persekolahan mereka iaitu satu pada peringkat sekolah rendah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dua pada peringkat menengah, Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran

3 Malaysia (SPM). Sekiranya pelajar menyambung pelajaran mereka ke tingkatan 6 mereka terpaksa menempuh lagi satu peperiksaan awam iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Disebabkan terlalu banyak peperiksaan awam dan pencapaian pelajar diukur melalui bilangan A yang diperolehi dalam peperiksaan tersebut, guru menghadapi tekanan peperiksaan yang sangat besar yang menyumbang kepada masalah yang menghalang kepada penggalakkan kreativiti. Kesan daripada tekanan peperiksaan ini, guru cenderung untuk mengajar pelajar bagaimana untuk lulus dalam peperiksaan. Guru juga akan memfokuskan kepada teknik dan kaedah yang terbaik bagi menjawab soalan peperiksaan dan pengajaran mereka kurang menggalakkan kreativiti. 1.3 Pengajaran Sains Secara Tradisional Pengajaran tradisional adalah kaedah pemberian fakta dan konsep yang berpusatkan kepada guru (Aliakbar et al, 2006; Steinhorst & Keeler, 1995). Strategi utama kaedah tradisional adalah kuliah. Sesi pengajaran dan pembelajaran dikawal oleh guru yang memfokuskan kepada pengetahuan asas. Kelas dimulai dengan guru memberikan pengenalan kepada tajuk yang diajar, diikuti dengan pemberian fakta dan konsep secara kuliah dan disudahi dengan guru menyimpulkan apa yang telah dipelajari (Kenneth, 2009). Dalam kaedah tradisional hampir 80% masa pengajaran dikuasai oleh guru. Walaupun kaedah ini amat berkesan untuk memperkenalkan topik yang akan diajar pada masa tersebut, menyediakan pelajar untuk belajar, berkesan dalam menyimpulkan isi pengajaran dan menjimatkan masa, namun pelajar bersifat pasif dengan hanya mendengar dan mengambil nota di dalam kelas. Proses pengajaran dan pembelajaran sudah tentu membosankan dan tidak memotivasikan pelajar untuk belajar sains. Memandangkan fungsi guru sebagai pemberi maklumat, pelajar terus bergantung kepada guru. Maka, ia tidak membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan kreativiti (Kenneth, 2009)

4 memandangkan mereka hanya menerima input yang diberikan guru secara terus dan tidak mensintesis input tersebut. Guru perlu menyokong pemikiran kreatif pelajar dengan menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan memberikan ganjaran kepada idea kreatif pelajar (Sternberg & Grigorenko, 2004). Namun begitu, didapati pada masa sekarang guru kurang menerima idea kreatif pelajar (Kennedy, 2005). Walaupun kreativiti memerlukan idea yang unik dan relevan, tetapi guru hanya memberi penekanan kepada idea yang relevan sahaja dan tidak mementingkan idea unik dan kreatif daripada pelajar, dan ini akan menghalang pelajar daripada berfikir secara kreatif (Runco, 2004). Disebabkan penekanan yang lebih diberikan kepada idea yang relevan sahaja akan menyebabkan ketakutan kepada pelajar untuk mengemukakan idea unik dan kreatif (Nickerson, 1999). Dalam kajian Beghetto (2007) mendapati guru kurang memberi perhatian terhadap idea unik pelajar yang kurang relevan dan guru lebih suka menerima idea pelajar yang relevan berbanding idea pelajar yang unik semasa perbincangan di dalam kelas. Ini akan menyekat pemikiran kreatif pelajar dan seterusnya mengekang kreativiti pelajar. Pengajaran secara tradisional juga tidak memberikan kebebasan kepada pelajar untuk mengawal pembelajaran masing-masing. Ketiadaan suasana pembelajaran yang bebas menyebabkan pelajar takut untuk mengemukakan idea baru atau bertanyakan soalan yang luar biasa (Kennedy, 2005). Ketiadaan kebebasan dalam pendidikan akan melahirkan pelajar yang hanya mahir dalam bidang yang telah ditentukan di dalam kurikulum. Mereka hanya belajar dengan menerima segala ilmu yang diberikan guru secara terus, dan mengaplikasikan sebahagian daripada ilmu tersebut semasa peperiksaan. Pelajar seperti ini boleh berjaya di dalam peperiksaan dengan menghafal fakta. Masalah yang timbul daripada proses belajar seperti ini adalah tiada apa yang baru dihasilkan dan pelajar tidak memproses input yang diberikan menggunakan pemikiran kreatif mereka (Erez, 2004). Oleh itu, kebebasan perlu ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memupuk kreativiti pelajar dan modul yang dibina akan mengambil kira kebebasan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menjana kreativiti.

5 Realiti yang berlaku di Malaysia adalah guru masih mengamalkan kaedah pengajaran tradisional yang tidak menggalakkan daya kreativiti pelajar. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Martin et al (2004), aktiviti yang diamalkan oleh guru di dalam kelas sains adalah seperti berikut iaitu guru memberi kuliah (25%), guru membantu pelajar (19%), pelajar menyelesaikan masalah tanpa bimbingan guru (11%) dan menyemak kerja rumah bersama-sama (13%). Ini menunjukkan bahawa guru masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional yang tidak mengembangkan daya kreativiti pelajar. Sesetengah penulis dan penyelidik (Koh, 2009; Norrizan, 2000) berpendapat bahawa sistem pendidikan di Malaysia hanya memfokuskan kepada pengajaran secara tradisional iaitu berorientasikan peperiksaan dan penghafalan sahaja seterusnya menghalang penggalakkan kreativiti. Kesan daripada itu pelajar di Malaysia mempunyai daya kreativiti yang rendah (Norfauzi, 2002). Chua (2004) mendapati min skor kreativiti pelajar Malaysia lebih rendah berbanding skor min pelajar Amerika Syarikat pada peringkat usia yang sama. Oleh itu, kaedah pengajaran perlu ditukar kepada satu pengajaran yang lebih kondusif dalam usaha menggalakkan kreativiti pelajar. l.4 Kreativiti dalam Sains Semua mata pelajaran yang dipelajari di sekolah sebenarnya terdapat peluang bagi menggalakkan kreativiti dan ia bergantung sama ada guru tersebut ingin menggalakkan kreativiti di dalam kelas ataupun tidak. Pada masa sekarang guru hanya beranggapan mata pelajaran bersifat artistik sahaja seperti kelas muzik, sastera dan lukisan memberikan peluang kepada pelajar untuk menggalakkan kreativiti dan tidak kepada mata pelajaran sains (Kampylis et. al., 2009). Mata pelajaran sains sebenarnya memberikan lebih banyak ruang kepada penggalakkan kreativiti memandangkan banyak aktiviti dalam sains yang boleh digunakan bagi menggalakkan kreativiti (Torrance, 1992). Proses dalam sains banyak memberikan ruang kepada kreativiti (Meador, 2003). Seperti contoh, dalam proses pemerhatian, pelajar perlu fleksibel dan sensitif dalam melakukan

6 pemerhatian terhadap fenomena yang ingin dikaji. Pelajar perlu melihat masalah bukan hanya daripada satu aspek sahaja tetapi perlu mengambil kira aspek-aspek yang lain. Fleksibiliti dan sensitiviti merupakan salah satu elemen dalam kreativiti. Namun begitu, kreativiti dalam sains berbeza dengan kreativiti dalam bidang seni dan artistik kerana pembelajaran sains bukan hanya menguasai pengetahuan sains atau hanya mengikut prosedur yang ditetapkan tetapi pelajar perlu berfikir melampaui pengetahuan dan prosedur sedia ada dalam proses memahami sesuatu fenomena. Dalam menyelesaikan masalah harian menggunakan konsep sains, pelajar perlu menggunakan pengetahuan sedia ada, mensintesis pengetahuan tersebut untuk memikirkan beberapa kemungkinan penyelesaian kepada masalah dan akhirnya menghasilkan penyelesaian hasil daripada kombinasi pengetahuan dan prosedur yang sedia ada (Hu & Adey, 2002). Park (2011), telah memperkenalkan satu model bagi mengenalpasti kreativiti saintifik melalui tiga dimensi utama iaitu pemikiran kreatif, pengetahuan saintifik dan kemahiran inkuiri saintifik. Seseorang pelajar boleh dikategorikan dalam kreativiti saintifik apabila dia merangka satu eksperimen yang tidak terikat dengan prosedur di dalam buku teks (kemahiran inkuiri saintifik) bagi menguji sesuatu teori (pengetahuan saintifik) dan merangka eksperimen tersebut melalui pemikiran mencapah (pemikiran kreatif). Kriteria dan proses yang dialami oleh pelajar dalam mengasilkan sesuatu yang kreatif dalam sains adalah berbeza berbanding kreativiti dalam seni yang hanya memerlukan pengetahuan dan pemikiran kreatif tetapi tidak memerlukan kemahiran inkuiri saintifik. Berdasarkan hujah di atas, kreativiti perlu dipupuk dalam subjek sains. Dalam memupuk daya kreativiti pelajar pemikiran kreatif pelajar haruslah diasah kerana kreativiti dan pemikiran kreatif berkaitan antara satu sama lain. Pelajar perlu memiliki kemahiran pemikiran kreatif yang tinggi supaya kreativiti mereka semakin meningkat.

7 1.5 Penggalakkan Kreativiti dalam Sains Subjek sains memberikan ruang kepada guru untuk menggabungkan kreativiti dan pemikiran kritis (Helgeson, 1998). Oleh itu, dalam pendidikan sains banyak perhatian diberikan kepada penggalakkan pemikiran aras tinggi pelajar dan penyelesaian masalah. Dalam kebanyakan pemikiran aras tinggi yang terlibat dalam sains, kemahiran berfikir secara kreatif merupakan kemahiran berfikir yang paling berharga dan paling penting. 1.5.1 Pemikiran Kreatif Kemahiran berfikir secara kreatif memainkan peranan penting dalam bidang saintifik terutama sekali dalam menentukan hipotesis dan permasalahan dan merangka langkah penyelesaian bagi hipotesis dan masalah tersebut (Hu & Adey, 2002s). Pemikiran kreatif yang bersifat mencapah (Guilford, 1967) membolehkan seseorang melihat sesuatu perkara daripada pelbagai aspek yang membawa kepada pembinaan hipotesis dan permasalahan yang lebih menyeluruh dan berkesan dan seterusnya menguji hipotesis dan menyelesaikan permasalahan dengan lebih baik. Komponen-komponen pemikiran kreatif termasuk memahami bahagianbahagian yang tidak lengkap, jurang, masalah dan kesukaran untuk mendapatkan pengetahuan secara intuitif; membuat andaian mengenai bahagian-bahagian, jurang, masalah dan kesukaran; menetapkan hipotesis, menguji hipotesis tersebut, membanding hasil ujikaji, untuk menetapkan dan menilai hipotesis baru dan akhir sekali untuk menjelaskan keputusan akhir ujikaji (Saeki et al., 2001). Kesemua proses ini berlaku secara intuitif. Oleh itu, ianya berlaku dalam keadaan tidak sedar. Untuk menggalakkan pemikiran kreatif satu proses yang memberikan ruang yang ampuh untuk sesuatu pengetahuan terus dikembangkan perlu disediakan. Banyak kajian lepas yang telah mengkaji proses ini dan mewujudkan model

8 pengajaran bagi menggalakkan pemikiran kreatif (Ott& Pozzi, 2010; Rose, 2009; Torrance, 1993; Klahr & Dunbar, 1988). Antara model yang boleh diaplikasikan dalam subjek sains adalah model yang dikemukakan oleh Klahr & Dunbar (1988) dan Rose (2009). Kedua-dua model ini menerangkan fasa hipotesis dan eksperimen (Klahr & Dunbar, 1988) dan fasa aplikasi (Rose, 2009). Fasa-fasa ini digunakan dalam menyelesaikan masalah dalam sains dimana penyelesaian masalah adalah proses kreatif dalam sains (Jardine, 2000). Proses pembinaan penerangan berlaku dalam fasa hipotesis. Pelajar akan membina sebanyak mungkin penerangan saintifik mengenai sesuatu fenomena dengan melihat fenomena itu daripada pelbagai aspek. Dalam fasa eksperimen, pelajar akan menguji penerangan yang telah mereka bina sebelum ini. Oleh itu, pelajar berpeluang mereka eksperimen dengan menggunakan imaginasi tersendiri walaupun ianya masih baru bagi pelajar. Fasa yang terakhir adalah fasa aplikasi iaitu pelajar menggunakan kefahaman mereka daripada eksperimen yang telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah yang praktikal dan berkaitan dengan dunia sebenar. Kesemua fasa ini menggalakkan pemikiran kreatif pelajar dengan memberikan ruang yang cukup untuk pelajar mengembangkan idea mereka. 1.5.2 Penggalakan Kreativiti Secara Inkuiri Dalam konteks kreativiti, inkuiri boleh dikatakan sebagai sintesis pemerhatian, refleksi dan maklumat secara kreatif dan berterusan dimana proses inkuiri membolehkan pelajar membina sendiri pengetahuan mereka (Hammerman, 2006). Keadaan ini membuktikan bahawa inkuiri berpusatkan kepada pelajar memandangkan pelajar mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan proses pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan pelajar dalam menentukan proses pengajaran dan pembelajaran dan dibimbing oleh guru sebagai fasilitator akan menggalakkan lagi kreativiti pelajar.

9 Pengajaran secara inkuiri memberikan kebebasan kepada pelajar untuk meneroka dan dengan bimbingan guru mereka tidak tersasar daripada objektif pembelajaran (Robertson, 2007). Kebebasan dengan bimbingan guru membolehkan pelajar meneroka sendiri pengetahuan tetapi tidak tersasar dari matlamat kurikulum. Keadaan ini boleh menggalakkan kreativiti pelajar kerana pelajar akan berfikir dengan lebih fleksibel tanpa terikat dengan fakta dan prosedur di dalam buku teks. Penggunaan teknik makmal berdasarkan kepada pemikiran kreatif dan kritikal boleh menggalakkan kreativiti. Kajian yang dijalankan oleh Koray & Koksal (2009) terhadap guru sains membuktikan bahawa penggunaan teknik makmal boleh menggalakkan kreativiti guru sains. Penemuan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Haigh (2007) yang mendapati kaedah eksperimen secara terbuka boleh menggalakkan kreativiti pelajar. Keterbukaan dalam merangka eksperimen memberikan ruang kepada pelajar untuk menggunakan pemikiran kreatif dan kritikal seterusnya menggalakkan lagi kreativiti mereka memandangkan pemikiran ini amat berkait rapat dengan kreativiti. Kajian yang telah dijalankan oleh Longo (2010) mendapati pelajar yang belajar melalui pengajaran secara inkuiri bukan sahaja boleh menguasai topik yang diajar tetapi mereka juga lebih kreatif berbanding pelajar yang belajar dalam suasana pengajaran tradisional. Ini kerana mereka memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran di mana mereka boleh meneroka dan menyelesaikan masalah yang telah mereka pilih. Pelajar perlu bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah yang mereka pilih lebih daripada guru kerana semasa proses menyelesaikan masalah pelajar mungkin akan melakukan kesilapan tetapi mereka belajar daripada kesilapan tersebut (Sternberg & Lubart, 2007). Belajar melalui pengalaman membuatkan mereka lebih fleksibel dan kreatif dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam kehidupan seharian. Oleh itu, sudah terbukti bahawa inkuiri boleh menggalakkan kreativiti pelajar. Selain memberikan kebebasan kepada pelajar yang menjadi tunjang utama kepada penggalakkan kreativiti, ia juga melatih pelajar untuk berfikir secara kreatif. Penggunaan pendekatan inkuiri juga meningkatkan kefahaman pelajar dengan

10 mengaitkan apa yang mereka pelajari dengan situasi kehidupan seharian. Dengan itu suatu pembinaan modul kreativiti dalam pengajaran sains perlu dibangunkan. 1.6 Pernyataan Masalah Kreativiti perlu dipupuk dalam diri pelajar bagi melahirkan pekerja yang fleksibel dan berdaya saing pada masa akan datang. Namun begitu, sistem pendidikan Malaysia tidak menggalakkan kreativiti pelajar memandangkan pengajaran yang masih dijalankan secara tradisional. Pengajaran secara tradisional yang berpusatkan guru, tiada kebebasan dalam pengajaran dan pembelajaran dan terlalu fokus kepada peperiksaan menghalang penggalakkan kreativiti. Oleh itu, satu teknik pengajaran perlu dibangunkan bagi memastikan berlakunya penggalakkan kreativiti dalam diri pelajar. Subjek sains banyak memberikan peluang bagi menggalakkan kreativiti pelajar. Proses dalam sains yang mirip dengan proses kreativiti secara umum menunjukkan bahawa banyak peluang yang diberikan oleh subjek sains dalam menggalakkan kreativiti. Selain itu, proses sains itu sendiri mempunyai ciri-ciri kreatif. Walaupun proses sains mirip kepada proses kreatif secara umum, kreativiti dalam sains amat berbeza dengan kreativiti dalam bidang artistik. Kreativiti dalam sains bukan sekadar menghasilkan sesuatu yang kreatif tetapi menggabungkan elemen kemahiran inkuiri saintifk, pengetahuan saintifik dan pemikiran kreatif bagi menghasilkan produk kreatif tersebut. Salah satu pendekatan pengajaran sains yang menggalakkan kreativiti adalah pendekatan inkuiri. Pendekatan inkuiri adalah berpusatkan pelajar dan ia memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan pembelajaran mereka dan seterusnya memberikan ruang kepada penggalakkan kreativiti. Kebebasan yang disediakan apabila menggunakan kaedah inkuiri juga akan memberikan ruang kepada pelajar untuk mengasah daya kreativiti mereka. Selain itu, pembelajaran melalui pengalaman

11 yang disediakan daripada pengajaran secara inkuiri juga akan menggalakkan lagi kreativiti pelajar. Bagi tujuan di atas, pengamalan pengajaran guru akan dikaji. Seterusnya, kelemahan yang terdapat dalam pengajaran guru akan dijadikan asas untuk membina sebuah modul. Modul tersebut cuba untuk menambah baik pengamalan pengajaran guru agar proses penggalakkan kreativiti pelajar lebih efektif. Oleh itu, menjadi hasrat kajian ini untuk membina modul bagi menggalakkan lagi kreativiti pelajar. 1.7 Objektif Kajian Berdasarkan kepada permasalahan kajian di atas, objektif kajian ini adalah: (i) (ii) (iii) (iv) mengkaji pengamalan pengajaran guru kimia dalam menggalakkan kreativiti mengkaji kelemahan pengajaran guru dalam menggalakkan kreativiti berdasarkan kepada strategi pengajaran yang digunakan membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada Model Inkuiri-Kreativiti mengkaji keberkesanan modul dalam a. menggalakkan kreativiti pelajar dalam sains b. mewujudkan persekitaran yang menggalakkan kreativiti 1.8 Persoalan Kajian Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan iaitu: (i) Apakah amalan pengajaran guru dalam subjek kimia dalam menggalakkan kreativiti pelajar?

12 (ii) (iii) (iv) Apakah kelemahan yang dilakukan oleh guru dalam menggalakkan kreativiti pelajar? Adakah modul yang dibangunkan dapat menggalakkan kreativiti pelajar? Adakah modul yang dibangunkan berdasarkan kepada Model Inkuiri- Kreativiti berkesan dalam mewujudkan persekitaran yang menggalakkan kreativiti? 1.9 Kerangka Konsep Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah proses kreatif saintifik dan model pengajaran inkuiri. Memandangkan guru merupakan medium kepada penggalakkan kreativiti, pengamalan pengajaran guru perlu mengarah kepada penggalakkan kreativiti. Modul pengajaran yang dibina perlu berupaya dalam membantu guru mengubah strategi pengajaran yang sedia ada kepada strategi pengajaran yang lebih mengarah kepada penggalakkan kreativiti. Teori proses kreatif saintifik hasil daripada gabungan proses-prose kreatif daripada kajian-kajian lepas digunakan dalam kajian ini kerana proses kreatif akan mewujudkan ruang yang cukup bagi percambahan idea kreatif seterusnya menggalakkan pemikiran kreatif yang menjadi tunjang utama dalam menggalakkan kreativiti. Pendekatan inkuiri digunakan bagi menggalakkan kreativiti pelajar memandangkan pendekatan ini berpotensi untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan kreativiti. Model pengajaran inkuiri BSCS5E digunakan dan diubahsuai supaya menepatu proses kreatif. Kesemua perkara ini dibincangkan dalam Bab 2. Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep kajian. Fasa Permulaan Fasa Eksplorasi Fasa Pengukuhan Fasa Aplikasi Persediaan Pembuktian Pengaplikasian Penggalakkan Kreativiti Rajah 1.1: Kerangka konsep ubahsuai Model BSCS5E dan proses kreatif

13 Pemerhatian kelas dijalankan bagi mengkaji pengamalan pengajaran guru dan masalah yang menghalang penggalakkan kreativiti. Seterusnya, satu Model Inkuiri- Kreativiti dihasilkan bagi menambah baik dan menyelesaikan masalah dan kekurangan pengajaran guru seperti yang dikesan semasa pemerhatian kelas. Model ini akan digunakan dalam modul pengajaran yang akan dibina. Seterusnya, modul akan diuji keberkesanannya melalui produk kreatif dan pengajaran guru. Rajah 1.2 menunjukkan ringkasan kajian secara keseluruhan. FASA I PEMERHATIAN BILIK DARJAH FASA II PEMBANGUNAN MODUL MODEL INKUIRI-KREATIVITI MODEL BSCS 5E PROSES KREATIF FASA PERMULAAN PERSEDIAAN FASA EKSPLORASI PEMBUKTIAN FASA PENERANGAN PENGAPLIKASIAN FASA APLIKASI PENGUJIAN MODUL Rajah 1.2: Ringkasan Kajian

14 1.10 Kepentingan Kajian Kajian ini dapat memberikan kepentingan kepada: i. Guru Dengan adanya kajian ini, guru boleh merefleksi pengajaran mereka dan mengubah pengajaran mereka sekiranya ianya tidak menggalakkan kreativiti. Perubahan strategi pengajaran ini amat penting agar penggalakkan kreativiti pelajar berlaku dengan lebih baik dan berkesan. Selain itu, guru boleh menggunakan modul ini dalam proses pengajaran mereka agar pelajar yang lebih kreatif boleh dihasilkan dan menjadi pemacu kepada kejayaan negara pada masa akan datang. ii. Pelajar Hasil kajian ini boleh memberikan kesedaran kepada pelajar kepentingan meningkatkan tahap kreativiti mereka. Dengan adanya kreativiti yang tinggi, mereka dapat menyelesaikan masalah dengan pelbagai pendekatan dan fleksibel, mampu menjana idea yang asli dan unik seterusnya berpotensi berkembang menjadi seorang perekacipta. Mereka juga turut menyedari kebolehan mereka yang boleh dimanfaatkan dalam memperolehi ilmu pengetahuan disamping dapat merefleksi kemahiran-kemahiran yang lain. 1.11 Skop Kajian Kajian ini hanya memfokuskan kepada penggalakkan kreativiti pelajar dalam subjek kimia bagi pelajar tingkatan empat. Kajian ini juga merangkumi pembelajaran konsep-konsep kimia dalam elektrokimia dan asid dan bes di kalangan pelajar tingkatan empat aliran sains.

15 1.12 Definisi Operasi Operasi kajian akan berkisar kepada beberapa definisi berikut: i. Kreativiti Kreativiti bermaksud kebolehan seseorang untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Sesuatu yang baru tersebut tidak semestinya baru kepada orang lain tetapi juga baru kepada diri sendiri. ii. Model Inkuiri-Kreativiti Model yang menggabungkan pendekatan inkuiri dan proses kreatif yang digunakan dalam kajian ini. iii. Pemikiran kreatif Kemahiran untuk berfikir secara mencapah. Kemahiran ini merupakan tunjang utama dalam menggalakkan kreativiti iv. Persekitaran kelas Persekitaran kelas merujuk kepada suasana di dalam kelas. Suasana yang kondusif perlu diwujudkan bagi menggalakkan lagi kreativiti pelajar. v. Modul pengajaran kreatif Modul pengajaran kreatif adalah modul yang dibangunkan untuk membantu guru menggalakkan kreativiti pelajar.

16 1.13 Rumusan Bab ini membincangkan secara keseluruhan berkaitan permasalahan yang berlaku dalam dunia pendidikan sains khususnya dalam menggalakkan kreativiti pelajar dalam sains. Pengajaran secara tradisional dan tekanan peperiksaan menjadi penghalang utama kepada penggalakkan kreativiti. Sehubungan itu, suatu strategi pengajaran dan pembelajaran iaitu Model Inkuiri-Kreativiti yang diaplikasikan dalam pembinaan modul telah dikemukakan bagi mengatasi permasalahan ini.