TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR. DAING NASIR IBRAHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN PERISIAN KOMPUTER KEPADA MAKMAL FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA & SUMBER ASLI DAN MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN BERSAMA INDUSTRI PADA HARI RABU, 5 FEBRUARI 2014, PUKUL 10:30 PAGI DI DEWAN TUN FATIMAH, UMP KAMPUS GAMBANG SALUTASI Yang Berbahagia Dato Nasri Nasron, Ketua Pegawai Eksekutif, Setegap Ventures Petroleum (Malaysia) Sdn Bhd; Profesor Jasmin Baba, Pengarah Eksekutif MIGHT-METEOR Advanced Manufacturing Sdn Bhd; Encik Mohamed Nizam Hanafiah, Pengarah Urusan Didaktik Engineering Werks Sdn Bhd; 1
Rakan-rakan saya dari UMP: Yang Hormat Profesor Dato Dr. Mortaza Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa); Yang Hormat Profesor Dato Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni); Profesor Dr. Mashitah Ibrahim. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi); Dekan-dekan, Pengarah-pengarah dan Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab; Wakil-wakil industri, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati; Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. 2
KATA PEMBUKA 1. Alhamdulillah, sukalah saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Ta ala kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izin-nya, maka kita dapat bertemu dalam majlis pada pagi ini. 2. Majlis ringkas pada pagi ini menandakan satu lagi pencapaian UMP dalam konteks koloborasi dan perkongsian pintarnya dengan rakanrakan industri. 3. Justeru, pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Setegap Ventures Petroleum (Malaysia) Sdn. Bhd, Yang Berbahagia Dato Nasri Nasron; Pengarah Eksekutif MIGHT- METEOR Advanced Manufacturing Sdn Bhd, Profesor Jasmin Baba dan Pengarah Urusan Didaktik Engineering Werks Sdn Bhd, Encik Mohamed Nizam Hanafiah serta wakil-wakil industri ke UMP Kampus Gambang sempena majlis ini. 3
PEMANTAPAN JARINGAN UMP-DIDAKTIK ENGINEERING WERKS SDN BHD 4. Tuan-tuan dan puan-puan, Penyerahan perisian komputer kepada Makmal Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli oleh Didaktik Engineering Werks Sdn Bhd dalam majlis ini adalah manifestasi keberkesanan hubungan UMP dan industri untuk meningkatkan lagi keupayaan fasiliti pengajaran dan pembelajaran di sini. 5. Perisian komputer bernilai RM 15 ribu yang disumbangkan oleh Didaktik Engineering Werks ini membolehkan Pusat Kawalan Simulasi di Makmal Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli dioperasikan bagi manfaat para mahasiswa dan tenaga pengajar di Fakulti tersebut. 6. Perkembangan ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam jaringan kerjasama UMP dengan Didaktik Engineering Werks yang telah terjalin sejak bulan Disember 2012. 4
7. Dari sudut yang lain pula, keupayaan dan penguasaan kemahiran yang berkaitan juga dapat ditingkatkan dalam kalangan mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, kerana aplikasi perisian yang disumbangkan ini digunakan secara meluas dalam industri minyak dan gas di Malaysia. 8. Justeru, kerjasama antara UMP dengan Didaktik Engineering Werks dilihat mempunyai prospek yang besar dan luas untuk terus diteroka. Kesediaan syarikat ini dalam pengambilan mahasiswa dan staf UMP untuk latihan industri dan program sangkutan (attachment) juga amat-amat dihargai. MEMORANDUM PERSEFAHAMAN UMP-MIGHT METEOR ADVANCED MANUFACTURING SDN BHD 9. Tuan-tuan dan puan-puan, UMP turut mengalu-alukan MIGHT-METEOR Advanced Manufacturing Sdn Bhd sebagai rakan strategik terbaharu kami melalui Memorandum Persefahaman yang ditandatangani dalam majlis ini. 5
10. Sebagai sebuah pusat pengembangan sumber manusia dalam bidang industri berteknologi tinggi yang diiktiraf, persefahaman dengan MIGHT-METEOR Advanced Manufacturing bakal memberi nilai tambah yang tidak sedikit kepada UMP, khususnya dalam aspek pendedahan teknologi dan inovasi kepada graduan Universiti ini. 11. Persefahaman dengan MIGHT-METEOR ini meliputi bantuan padanan pekerjaan, penyediaan dan penilaian modul Pendidikan Berintegrasi di samping merangka program berkaitan keusahawanan untuk para graduan yang berminat dengan kerjasama Pusat Keusahawanan UMP. 12. Lebih menarik lagi, walaupun MoU antara UMP dengan MIGHT- METEOR hanya dimuktamadkan pagi ini, kerjasama kedua-dua pihak sebenarnya telah pun berjalan seawall tahun 2012. 6
13. Dengan bantuan MIGHT-METEOR, seramai 34 graduan UMP setakat ini telah menjalani latihan berkaitan dan telah pun ditawarkan pekerjaan di 20 buah syarikat berteknologi tinggi di seluruh Malaysia. Malah, ada dalam kalangan graduan ini menerima tawaran gaji permulaan setinggi RM 4,000 daripada syarikat-syarikat berkenaan. 14. Adalah menjadi harapan saya dan pihak pengurusan UMP agar kerjasama ini dapat terus dilestari dengan manfaat pulangan nilai daya saing kepada kedua-dua pihak. 7
MENEROKA PROSPEK KERJASAMA DENGAN SETEGAP VENTURES PETROLEUM SDN BHD 15. Tuan-tuan dan puan-puan, UMP sentiasa komited untuk meluaskan jaringan strategiknya sejajar dengan hasrat Pelan Strategik UMP 2011-2015 dan perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat UMP, peluang jaringan ini sentiasa diteroka dengan melihat rakan industri yang berpotensi dan berdaya saing. 16. Justeru, pihak pengurusan UMP amat berbesar hati kerana dapat memulakan inisiatif bagi meninjau prospek kerjasama dengan Setegap Ventures Petroleum Sdn Bhd melalui pemetraian Perjanjian Tanpa Pendedahan (NDA Non-disclosure Agreement) pada pagi ini. 8
17. Reputasi cemerlang Setegap Ventures memang telah diketahui umum dengan kejayaannya memenangi anugerah Best KPI Achiever s Award for PETRONAS Vendor Development Programme bagi tempoh dua tahun berturut-turut pada 2011 dan 2012. 18. Usahama yang difokuskan bersama Setegap Ventures melalui NDA ini meliputi projek penyelidikan bersama yang telah pun menjalani kerja-kerja permulaannya sejak tahun 2012. 19. Pihak pengurusan UMP juga amat menghargai keprihatinan Setegap Ventures dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya dengan mengambil mahasiswa Universiti ini untuk menjalani latihan industri. Perkembangan ini mengisyaratkan prospek yang lebih luas dan besar untuk diteroka bersama oleh kedua-dua pihak pada masa hadapan. 9
KATA PENUTUP 20. Tuan-tuan dan puan-puan, Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan setinggitinggi ucapan penghargaan kepada pasukan dari Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat UMP yang diketuai oleh Profesor Dr. Zulkifli Yaacob atas komitmen dan dedikasi mereka bagi merealisasikan penganjuran majlis ini. 21. Tidak ketinggalan juga, terima kasih diucapkan kepada rakanrakan industri yang hadir atas sokongan berterusan yang diberikan kepada UMP, sekaligus membolehkan jaringan strategik kita dapat terus diperkukuhkan, Insya-Allah. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 10