KEPUASAN MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

Similar documents
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DEVELOPMENT HYDROGEN GAS GENERATOR FOR DUAL FUEL ENGINE USING YULL BROWN METHOD AHMAD ZAKI BIN ZAIMANI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

ENERGY BALANCE STUDY FOR 4 STROKE GASOLINE ENGINE ANALYSES ABDULLAH SHARIFFUDIN MOHAMAD BACHELOR OF MECHANICAL ENGINEERING UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DEVELOPMENT OF MICROHYDRO GENERATOR SYSTEM AHMAD ZUBAIDI BIN ABDUL MD RANI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ 10, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

ARC FLASH ANALYSIS STUDY IN INDUSTRY HARNA A/P ELAVARASU

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SMART SUN TRACKING WITH AUTOMATED CLEANING SYSTEM FOR PV MODULES AMIRAH AFIQAH BINTI AHMED

COMPARISON OF AUTOMATIC AND CVT TRANSMISSION FOR A CAR UNDER 1 LITER ENGINE

DESIGN, DETAIL ANALYSIS AND PERFORMANCE TESTING OF UAV PROPULSION SYSTEM CHE MUHAMMAD RIDHWAN BIN CHE HASHIM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SPRAY SIMULATION OF HYDROGEN FUEL FOR SPARK IGNITION ENGINE USING COMPUTATIONAL FLUID DYNAMIC (CFD)

HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRIINDIVIDU, REKA BENTUK LATIHAN DAN PERSEKITARAN KERJA DENGAN PEM INDAHAN LATIHAN DI SWM ENVIRONMENT SDN BHD.

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DESIGN AND SIMULATION AUTOMOBILE ACTIVE SUSPENSION SYSTEM MOHD ASQALANI BIN NAHARUDIN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

THE DEVELOPMENT OF ADAPTIVE LIGHTING SYSTEM FOR MOTORCYCLES ASYRAF BIN AMIR

M M W M ANTARA TAHAP KOMPETENSI DENGAN TAHAP PRESTASI M \ A DI KALANGAN PEHTADBJR KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI

WIRELESS SOLAR CHARGER SITI NOR AZURA BINTI RAHMAN

AUTOMATED GUIDED VEHICLE USING LINE FOLLOWING DETECTION MOHD KHAIRULZAMAN BIN A RAHMAN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. Bahagian ini pengkaji akan melaporkan hasil kajian mengikut persoalan kajian

TECHNOLOGY AND INNOVATION MANAGEMENT AWARENESS AND PRACTISE A CASE STUDY IN BRITISH AMERICAN TOBACCO GSD (KL) SDN BHD

INTELLIGENT SAFETY HELMET FOR MOTORCYCLIST FAEZAH BINTI HASHIM

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

AN AUTONOMOUS VEHICLE USING WALL FOLLOWING DETECTION MOHD AFFI BIN MOHD ALI

SENARAI KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN PENGISTIHARAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

CONTINUOUS BATTERY MONITORING (CBM) SYSTEM FOR EARLY BATTERY FAILURE DETECTION YUSOF BIN YUNUS

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

CASE STUDY: UNDERSTANDING TIlE PRINCIPLE AND MECHANISM OF ALTERNATOR MOTOR

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

">; rt.t A AS > T ' ' T i FV*-} M i l.i ivi\.' ; i V him l.-'.hi nivi JUTCrsJ i # i k t f i l w. H M i l!, c i : t CO a

ADJUSTABLE POWER MONITORING SYSTEM (APMS) FOR DAILY USAGE MOHAMMAD ZULKHAIRI BIN BADRULHISHAM

PENGURUSAN FASILITI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) KG. BARU HICOM, SHAH ALAM AINA SUHADA BINTI ABDULLAH

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

SISTEM PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PEMIKIRAN REFLEKTIF GURU PELATIH BAHASA MELAYU NOR SAHARA BINTI MESMAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Tahap Kesediaan Guru-Guru PKPG Kemahiran Hidup (KH) UTM Mengajar Lukisan Kejuruteraan Di Dalam Bahasa Inggeris

SISTEM PENGURUSAN PROOFREADING UTM KHO CHEE XAO

DESIGN AND DEVELOPMENT OF AN AUTOMOTIVE SEAT FOR SAFETY

Kata kunci-pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Jeli, Golongan Belia.

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FACULTY OF ELECTRICAL ENGINEERING FINAL YEAR PROJECT REPORT COST MONITORING DIGITAL POWER METER PREPARED BY:

MANUAL &SR6KAS PFBGUUAAH MAT. ^ UTSIM mm. MITGMASI mm TOPOGRAFI BAGU. piuir»«vrrus. i'mi r i ;. j. j \ ' j. h i f i' ' i:! {!«! i i!

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

FINITE ELEMENT (FE) MODEL OF BRAKE INSULATOR IN REDUCING BRAKE SQUEAL NOISE FOR MOTORCYCLES MUNDHER FADHIL ABDULRIDHA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MICRO WIND POWER GENERATOR NORAISAH BINTI ABU

PAY WITH YOUR PIN BAYAR DENGAN PIN ANDA

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 MEI 2018 HINGGA 30 JUN 2018

LIVING CARE. Critical Illness Insurance

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

ZULHILMI AFIQ BIN ZULKIFLE

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PROSES PINJAMAN PERALATAN (ASSET BOOKING)

Sustainable Consumption

SCANNEI AVAILABLE ONtW! PERPUSTAKAAN UTHM * *

HASIL PEMBAKARAN EMISI RENDAH DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN API BIODIESEL BERBANTUKAN ALIRAN BERPUSAR MOHAMAD SHAIFUL ASHRUL BIN ISHAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 JUN 2018 HINGGA 31 JULAI 2018

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

SISTEM PENJEJAK PESAKIT DI HOSPITAL PUSAT PERUBATAN UKM (PPUKM) MENGGUNAKAN PERANTI MATA ARAH (BEACON) Mohamad Norizal Bin Abdullah Dr.

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SHOPPING CART ANTI-THEFT SECURITY SYSTEM NAZRIN BIN OTHMAN

PEPERIKSAAN JULAI 2010

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP SERVIS YANG DIBERIKAN OLEH SYARIKAT TELEKOM MALAYSIA TERHADAP KEDIAMAN : UNIFI DAN STREAMYX

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MENGANALISA KEROSAKAN PENYERAP SHIMMY (SHIMMY DAMPER) TERHADAP UNIT PENDARATAN PESAWAT RINGAN (MODEL:EAGLE 150B). NORIZAL BIN ARSHAD

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 11, Issue 1 (2018) 34-49

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

Item Bil Description of Works Remarks Main Switch Board

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

FASILITATED INTERACTIVE TRAINER (FIT) CPR APP. Muhammad Amer Bin Mokhtar. Assoc. Prof. Dr. Maryati Mohd Yusof

Seminar Penyedia Latihan ezskill Bersama JPK Wilayah Sarawak

PERMOHONAN BEKALAN ELEKTRIK

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

GARNIER MALAYSIA Peraduan Menangi BMW Ice Watch bernilai RM500 setiap satu untuk. 20 pemenang bersama Watsons Malaysia

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. QUOTATION NOTICE (Via eprocurement)

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN DIRECT DEBIT

SISTEM PENGURUSAN KEBERSIHAN KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN UKM. Muhammad Farhan bin Mohd Yusoff Dr. Dian Indrayani binti Jambari

1. Mechanics Make a minimum payment of RM 5 with Pay function using the Touch n Go ewallet to receive random cashback up to RM 888.

KECEKAPAN HABA EKZOS DAN PENGGUNAAN BAHAN API TENTU BREK (BSFC) ENJIN DIESEL DENGAN BAHAN API BIODIESEL

SISTEM JUAL BELI BARANGAN TERPAKAI UNTUK PELAJAR UKM MOHD NAZREEN MOHD GHANI MOHD ZAMRI MURAH

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Lot 1841, Kampung Rhu Tapai Merang, Setiu, Terengganu, Malaysia.

KEPUASAN SERTA HARAPAN MENGENAI HUBUNGAN ANTARA IBUBAPA DAN ANAK: BERDASARKAN KAWALAN FUZZY LOGIC

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA PIEZOELECTRIC ENERGY HARVESTING FLOOR MAT

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

APLIKASI GO AMBULANCE

Transcription:

KEPUASAN MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR PRISCILLA ANAK TALAM @ TALAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL:KEPUASAN MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR SESI PENGAJIAN: : 2008/2009 Saya PRISCILLA ANAK TALAM @ TALAB (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: NO 59. LOT 2361, TAMAN JUTARIA, JALAN MATANG, 93050 KUCHING, SARAWAK Tarikh: (TANDATANGAN PENYELIA) DR. HAMDAN BIN SAID Tarikh: Catatan: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursusu dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Tandatangan :... Nama Penyelia : Dr. Hamdan Bin Said Tarikh :..

KEPUASAN MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR PRISCILLA ANAK TALAM @ TALAB Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA APRIL 2009

ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :. Nama Penulis : Priscilla Anak Talam @ Talab Tarikh :...

iii DEDIKASI Teristimewa Buat Ayah Dan Emakku, EN.JOHN TALAM AK MANYON & PN. LANJING AK KASA, Yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan buatku, Pengorbananmu akan ku kenang sehingga akhir hayat. Buat Saudara Kandungku Yang Dikasihi, ROSEYTA, THOMAS, REBECCA, KATHLINA, HELEN & DOMINIC Terima kasih ku ucapkan di atas tunjuk ajar dan pengorbanan kalian. Buat Sahabat-Sahabat Semua, AIMI, DIYANA, HASMA, LYNDA, MELISSA, SHAFINA, ZAWANI Budi dan jasa kalian akan ku kenang selagi hayat dikandung badan, Kenangan bersama kalian sentiasa segar dalam ingatan. Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian sepanjang pengajianku, Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.

iv PENGHARGAAN Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat saya menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih buat Dr. Hamdan bin Said selaku penyelia Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini. Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan seperjuangan khususnya kepada pelajar 4 SPH (Perdana) dan tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek penulisan ini. Akhir sekali istimewa untuk ahli keluarga, ibu dan ayah, pengorbanan serta dorongan yang diberikan amat dihargai. Semoga segala pengorbanan dan budi baik kalian mendapat keberkatan Tuhan.

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kehidupan di Kolej Kediaman Tun Fatimah. Kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kehidupan ini ditinjau dari enam aspek iaitu persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan, layanan staf dan ahli jawatankuasa mahasiswi kolej kediaman, pentadbiran pejabat, pengawasan dan keselamatan, dan program dan aktiviti pembangunan yang dijalankan. Kajian deskriptif ini menggunakan soal selidik daripada kajian terdahulu (Mohd Nazaruddin Bin Mohd Ali, 2008) sebagai instrumen kajian dan seramai 310 orang responden Kolej Tun Fatimah yang dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini. Data dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan dapatan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswi berpuas hati terhadap kualiti kehidupan di Kolej Tun Fatimah dalam semua enam aspek yang dikaji. Kajian ini juga memberikan cadangan untuk menambahbaik tahap kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kehidupan di kolej kediaman dan cadangan untuk kajian lanjutan yang boleh dilakukan.

vi ABSTRACT This study intends to identify students satisfaction towards the quality of life Kolej Tun Fatimah. The quality of life was surveyed through six aspects that are college environment, facilities and services, staff and Student Committee Members for College Development, office s administration, safety and monitoring, and developmental programs and activities conducted. The instrument used in this study was adopted from (Mohd Nazaruddin Bin Mohd Ali, 2008). This descriptive study used the previous study questionnaire as the research instrument. There were 310 respondents of Kolej Tun Fatimah participated in this study. The data were analyzed using the Statistical Packages for Social Science (SPSS) software and the findings were presented in the form of frequencies, percentages, and mean. The findings indicated that the students were satisfied towards the quality of life at the Kolej Tun Fatimah UTM in all aspects surveyed. This study also proposed suggestions to improve the quality of life at the residential college, and further studies that can be carried out.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi SENARAI KANDUNGAN ` vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xiii SENARAI SINGKATAN xiv SENARAI LAMPIRAN xv I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 4 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 5 1.6 Kepentingan Kajian 6 1.7 Batasan Kajian 7 1.8 Definisi Istilah 7

viii 1.8.1 Persekitaran Kolej Kediaman 7 1.8.2 Kepuasan Pelanggan 8 1.8.3 Kemudahan dan Perkhidmatan 8 1.8.4 AJK Mahasiswa dan Kakitangan 9 1.8.5 Kualiti kehidupan 10 1.8.6 Pengawasan dan Keselamatan Kolej Kediaman 10 1.9 Penutup 11 II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 12 2.2 Sejarah Penubuhan Kolej Kediaman 12 2.2.1 Kolej Kediaman di UTM 14 2.2.2 Sejarah Penubuhan Kolej Tun Fatimah 15 2.3 Kualiti Kehidupan 16 2.4 Kepuasan Pelanggan 17 2.4.1 Definisi 17 2.5 Persekitaran Tempat Tinggal 20 2.5.1 Rakan-Rakan Di Kolej Kediaman 21 2.6 Kemudahan dan Perkhidmatan di UTM 23 2.6.1 Persamaan dengan Universiti Luar Negara 25 2.7 Layanan Staf Dan AJK Mahasiswa Kolej Kediaman 25 2.8 Pentadbiran Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman 27 2.9 Pengawasan dan Keselamatan di Kolej Kediaman 30 2.10 Model Kepuasan Pelanggan 32 2.10.1 Model Kano 32 2.10.2 Model Servqual 34 2.10.3 Model Kualiti Perkhidmatan 36 2.11 Elemen Kepuasan Pelanggan 38 2.12 Penutup 40

ix III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 41 3.2 Rekabentuk Kajian 41 3.3 Lokasi Kajian 42 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 42 3.5 Instrumen Kajian 43 3.5.1 Bahagian B dan C 45 3.5.2 Bahagian D dan E 45 3.5.3 Bahagian F dan G 46 3.6 Kajian Rintis 46 3.7 Prosedur Kajian 47 3.8 Analisis Data 48 3.8.1 Bahagian B dan C 48 3.8.2 Bahagian D dan E 49 3.8.3 Bahagian B, C, D dan E 50 3.8.4 Bahagian B, C, D, E, F dan G 50 3.9 Penutup 51 IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 52 4.2 Bahagian A - Profil Latar Belakang Responden 53 4.2.1 Klasifikasi Pengajian Akademik 53 4.2.2 Jumlah Semester Menetap di Kolej Tun Fatimah 54 4.2.3 Perancangan Penginapan Masa Hadapan 54 4.2.4 Aras Bilik di Kolej Tun Fatimah 55 4.3 Bahagian B, C, D, E, F dan G- Pernyataan Maklumbalas Responden 55 4.3.1 Bahagian B-Persekitaran di KTF 55 4.3.2 Bahagian C- Kemudahan dan Perkhidmatan 59 4.3.3 Bahagian D- Layanan Staf dan AJK mahasiswa 62 4.3.4 Bahagian E-Pentadbiran Pejabat Pengurusan 65

x 4.3.5 Bahagian F- Pengawasan Dan Keselamatan 66 4.3.6Bahagian G- Program Dan Aktiviti Pembangunan 69 4.4 Analisis Tahap Penerimaan 67 4.5 Rumusan 72 4.6 Kesimpulan 73 4.7 Penutup 74 V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 75 5.2 Perbincangan kajian 75 5.3 Bahagian A - Latar belakang responden 76 5.4 Bahagian B, C, D, E, F dan G - Perbincangan Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan Kajian 76 5.4.1 Persekitaran Kolej Tun Fatimah 77 5.4.2 Kemudahan dan perkhidmatan 78 5.4.3 Layanan Oleh Staf dan AJK Mahasiswa 79 5.4.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan 80 5.4.5 Pengawasan Dan Keselamatan 81 5.4.6 Program Dan Aktiviti Pembangunan 82 5.5 Rumusan 83 5.6 Kesimpulan 84 5.7 Cadangan 85 5.7.1 Cadangan Kepada Kolej Tun Fatimah 85 5.7.2 Cadangan Lanjutan 87 RUJUKAN 88 LAMPIRAN A-D 92-95

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 TAJUK Jadual penentuan saiz sampel Krejcie And Morgan(1970) Senarai item mengikut aspek Jadual skala likert Jadual skala likert Jadual skala binari Analisis kebolehpercayaan kajian rintis Jadual pengkategorian tahap kepuasan Jadual pengkategorian tahap kepuasan Pemeringkatan min tahap kepuasan mahasiswi Pemeringkatan peratusan tahap kepuasan mahasiswi Klasifikasi pengajian akademik Jumlah semester menetap di Kolej Tun Fatimah Perancangan penginapan tahun hadapan Aras bilik di kolej Tun Fatimah Analisis persekitaran Kolej Tun Fatimah Analisis kemudahan dan perkhidmatan Analisis layanan staf dan AJK Mahasiswa Analisis pentadbiran pejabat pengurusan Analisis pengawasan dan keselamatan Analisis program dan aktiviti pembangunan Analisis tahap penerimaan responden terhadap keseluruhan kajian bahagian B dan C MUKA SURAT 43 44 45 45 46 47 49 47 50 50 53 54 54 55 58 61 64 66 67 68

xii 4.12 4.13 Analisis tahap penerimaan responden terhadap keseluruhan kajian bahagian D dan E Analisis tahap penerimaan responden terhadap keseluruhan kajian bahagian F dan G 69 70 71

xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Model Kano 34 2.2 Model kepuasan pelanggan 35 2.3 Model kualiti perkhidmatan 37 2.4 Elemen kepuasan pelanggan 38 2.5 Faktor mempengaruhi jualan 39

xiv SENARAI SINGKATAN UTM - Universti Teknologi Malaysia KTF - Kolej Tun Fatimah SPSS - Statistical Package for Social Sciences IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam USM - Universiti Sains Malaysia UiTM - Universiti Teknologi Mara DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka HEP - Hal Ehwal Pelajar C - Cemerlang B - Bagus SD - Seperti Dijangka SPD - Sedikit Peningkatan Diperlukan L - Lemah SS - Sangat Setuju S - Setuju TP - Tidak Pasti TS - Tidak Setuju STS - Sangat Tidak Setuju

xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 92 B Surat Kebenaran dari TNC (HEP) 93 C Surat Pengesahan dari Fakulti Pendidikan 94 D Surat Pengesahan Kerjasama dari Kolej Tun Fatimah 95

BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap individu mempunyai tahap kepuasan yang berbeza-beza terhadap sesuatu perkhidmatan atau produk. Kotler dan Clarke (1987) menyifatkan kepuasan sebagai pernyataan yang berkaitan dengan perasaan yang dirasai oleh individu yang menggunakan perkhidmatan atau produk. Kepuasan merupakan salah satu fungsi yang berkaitan dengan tahap jangkaan dan juga pelaksanaannya. Jangkaan dibina berdasarkan pengalaman yang pernah dialami dengan keadaan yang sama atau hampir sama dengan pernyataan yang dilakukan oleh rakan-rakan, persatuan atau organisasi lain. Dalam usaha mencari kepuasan diri, individu ini akan berusaha memenuhi keperluan dirinya. Chickering (1969) berpendapat bahawa pembangunan diri individu yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi banyak dipengaruhi oleh persekitaran institusi tersebut. Persekitaran ini termasuklah objektif dan saiz universiti, kurikulum di amalkan, pengajian dan penilaian yang dilaksanakan, susun atur kolej kediaman yang terdapat dalam kampus, fakulti dan corak pentadbiran universiti, dan budaya yang cuba diterapkan dalam kalangan siswa-siswi. Siswa-

2 siswi yang terdedah dengan budaya berdikari, berakhlak mulia, berilmu dan berketerampilan menjadi idaman ramai. Pembudayaan sebegini kerap dilakukan melalui program-program peningkatan diri seperti ceramah keagamaan, kursus motivasi, dan bengkel pembangunan diri. Kehadiran ceramah, kursus, dan bengkel yang relevan sudah tentu dapat meningkatkan kepuasan siswa-siswi untuk tinggal di kolej kediaman. 1.2 Latar Belakang Masalah Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan di sediakan untuk kegunaan siswasiswi di Kolej kediaman. Semua kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan ini bertujuan untuk membantu siswa-siswi menghadapi dunia pendidikan peringkat tinggi. Di antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di kolej kediaman adalah blok-blok penginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. Mahasiswa memerlukan persekitaran kolej kediaman yang kondusif untuk membolehkan pencapaian akademik yang cemerlang dan pembangunan diri yang seimbang. Ini selari dengan Shafie Jusoh (1994) yang berpendapat bahawa pembinaan kolej kediaman di institusi pengajian tinggi bertujuan untuk mengumpul siswa-siswi bagi mencapai kecemerlangan akademik. Tinggal di kolej kediaman membawa impak yang besar bukan sahaja kepada penghuninya tetapi juga orang yang rapat dengan penghuni kolej kediaman tersebut. Keadaan ini pada kebiasaannya disebabkan oleh persekitaran kolej kediaman yang lebih mendorong penghuninya untuk melibatkan diri dalam berbagai aktiviti dalam kampus. Persekitaran yang baik ini membolehkan siswa-siswi memberikan perhatian yang lebih terhadap pencapaian akademik mereka. Pengalaman hidup yang memuaskan hati penghuninya sudah tentu dapat membina persepsi positif mereka terhadap iklim sosial di kampus. Mereka akan merasa seronok dan gembira kerana

3 persekitaran di kampus adalah lebih akademik dan menyokong terhadap aktiviti pembelajaran. Interaksi dan hubungan akrab antara sesama mereka sudah tentu dapat mewujudkan kematangan fikiran yang membawa kepada pertumbuhan serta pembangunan peribadi yang baik (Blimling, 1999). Menyedari akan kepentingan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan siswa-siswi dan akhirnya memberikan kepuasan kepada penghuninya pihak pengurusan kolej kediaman dan pengurusan Hal Ehwal Pelajar sesebuah universiti telah berusaha meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan. Tindakan ini dilakukan dengan harapan untuk memberikan keselesaan kepada para penghuni kolej kediaman. Pihak kolej kediaman misalnya telah menyediakan perkhidmatan dobi, televisyen dan permainan video, padang permainan, dan kemudahan permohonan pembaikan mengenai sesuatu kerosakan atas talian. Di sebalik usaha yang giat dilakukan ini masih kedapatan siswa-siswi UTM misalnya yang keluar kampus hampir saban minggu. Keadaan ini diburukkan lagi dengan adanya siswa-siswi yang keluar kampus bahkan saban hari. Keadaan ini menimbulkan banyak persoalan kepada pihak pentadbiran universiti. Misalnya adakah kejadian ini berlaku disebabkan oleh persekitaran kampus yang masih tidak kondusif? Atau adakah kejadian ini disebabkan oleh masih ada kekurangan kemudahan dan perkhidmatan asas dalam kampus? Apakah kejadian ini berlaku disebabkan siswa-siswi tidak berpuas hati dengan persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan? Adakah mahasiswa-mahasiswi keluar meninggalkan kampus kerana mencari tempat yang lebih baik dan lebih selamat untuk mengulangkaji pelajaran mereka? Adakah suasana persekitaran di kolej kediaman tidak menyenangkan sehingga memaksa mereka mencari tempat lain yang lebih kondusif? Tindak-tanduk dan kejadian-kejadian yang berlaku ini seolah-olah menunjukkan bahawa kedapatan aspek-aspek tertentu yang tidak menepati kehendak pelanggan. Temubual dengan siswa-siswi yang menghuni kolej kediaman memperlihatkan masih terdapat lagi rungutan-rungutan yang berkaitan dengan

4 kehidupan di kolej kediaman. Misalnya rungutan berkaitan dengan persekitaran kolej kediaman yang tidak menarik. Pokok-pokok hiasan terbiar tanpa penjagaan yang baik. Terdapat juga siswa-siswi yang merasakan kawalan yang terlalu longgar sehinggakan terlalu bebas untuk lelaki keluar dan masuk kekawasan kediaman pada bila-bila masa. Terdapat juga yang merasakan tiada atau kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan siswa-siswi dalam menjaga kebersihan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kolej kediaman. Senario ini dan kejadian-kejadian lain yang telah dinyatakan di atas menjadikan kajian ini perlu dilakukan. 1.3 Pernyataan Masalah Persekitaran yang kondusif, kemudahan dan perkhidmatan berkualiti, layanan staf dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswa yang profesional, pentadbiran pejabat pengurusan yang cekap, pengawasan dan keselamatan yang tinggi mutunya, program dan aktiviti pembangunan yang menarik serta mampu memberikan cabaran kepada siswa-siswi, sudah tentu dapat memberikan kepuasan kepada penghuni kolej. Berasaskan kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh siswa-siswi, pihak pengurusan Universiti Teknologi Malaysia amnya dan pihak Hal Ehwal Pelajar khususnya ingin mengetahui kepuasan siswa-siswi terhadap kualiti kehidupan di kolej kediaman. Tahap kualiti kehidupan yang tinggi sedikit sebanyak membawa kesan positif terhadap kecemerlangan akademik dan bukan akademik. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kehidupan di Kolej Tun Fatimah, UTM, Skudai, Johor.

5 1.4 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk: i) Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap persekitaran Kolej Tun Fatimah. ii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kemudahan dan perkhidmatan di Kolej Tun Fatimah. iii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap layanan staf dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswa di Kolej Tun Fatimah. iv) Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap pentadbiran pejabat pengurusan di Kolej Tun Fatimah. v) Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap pengawasan dan keselamatan di Kolej Tun Fatimah. vi) Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap program dan aktiviti pembangunan yang dijalankan di Kolej Tun Fatimah. 1.5 Persoalan Kajian Kajian ini bertujuan menjawab persoalan kajian berikut: i) Apakah mahasiswi berpuashati dengan persekitaran Kolej Tun Fatimah? ii) Apakah mahasiswi berpuashati dengan kemudahan dan perkhidmatan Kolej Tun Fatimah? iii) Apakah mahasiswi berpuashati dengan layanan yang diberikan oleh staf dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tun Fatimah? iv) Apakah mahasiswi berpuashati dengan pentadbiran pejabat pengurusan di Kolej Tun Fatimah?

6 v) Adakah mahasiswi berpuashati dengan pengawasan dan keselamatan di Kolej Tun Fatimah? vi) Adakah mahasiswi berpuashati dengan program dan aktiviti pembangunan yang dijalankan di Kolej Tun Fatimah?