Tahap Kesediaan Guru-Guru PKPG Kemahiran Hidup (KH) UTM Mengajar Lukisan Kejuruteraan Di Dalam Bahasa Inggeris

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRIINDIVIDU, REKA BENTUK LATIHAN DAN PERSEKITARAN KERJA DENGAN PEM INDAHAN LATIHAN DI SWM ENVIRONMENT SDN BHD.

TECHNOLOGY AND INNOVATION MANAGEMENT AWARENESS AND PRACTISE A CASE STUDY IN BRITISH AMERICAN TOBACCO GSD (KL) SDN BHD

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. Bahagian ini pengkaji akan melaporkan hasil kajian mengikut persoalan kajian

KREATIVITI PENGAJARAN GURU BAHASA ARAB DI MALAYSIA. *Mohammad Rusdi Bin Ab Majid Zawawi Ismail

Kata kunci-pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Jeli, Golongan Belia.

Sustainable Consumption

FINITE ELEMENT (FE) MODEL OF BRAKE INSULATOR IN REDUCING BRAKE SQUEAL NOISE FOR MOTORCYCLES MUNDHER FADHIL ABDULRIDHA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A FREQUENCY CONTROLLER USING FUZZY IN ISOLATED MICROGRID SYSTEM

APPLICATION OF DEMAND SIDE MANAGEMENT STRATEGIES TO REDUCE ENERGY CONSUMPTION IN UNIVERSITY BUILDINGS NAJAATUL FARIHAH BINTI HAMIDI

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

SISTEM PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

PEMIKIRAN REFLEKTIF GURU PELATIH BAHASA MELAYU NOR SAHARA BINTI MESMAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

POTENSI MALAYSIA SEBAGAI PENGELUAR PRODUK DAGING LEMBU HALAL DI PASARAN GLOBAL

SISTEM PENJEJAK PESAKIT DI HOSPITAL PUSAT PERUBATAN UKM (PPUKM) MENGGUNAKAN PERANTI MATA ARAH (BEACON) Mohamad Norizal Bin Abdullah Dr.

PERSOALAN PENDAHULUAN DALAM HPI

KEPUASAN SERTA HARAPAN MENGENAI HUBUNGAN ANTARA IBUBAPA DAN ANAK: BERDASARKAN KAWALAN FUZZY LOGIC

MODELLING DAMPING ELEMENT TO REDUCE DISC BRAKE SQUEAL NORAIDE BIN MD YUSOP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE STUDY ON THE IMPACT OF CONSTANT POWER LOAD TO A DIRECT CURRENT POWER SYSTEM DRIVEN BY PHOTOVOLTAIC, WIND - THYRISTOR RECTIFIER AND LINEAR SOURCES

MODELLING OF THROUGH-THE-ROAD HYBRID ELECTRIC VEHICLE OKE PAUL OMEIZA

FASILITATED INTERACTIVE TRAINER (FIT) CPR APP. Muhammad Amer Bin Mokhtar. Assoc. Prof. Dr. Maryati Mohd Yusof

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Item Bil Description of Works Remarks Main Switch Board

LIVING CARE. Critical Illness Insurance

OPTIMAL LOCATION OF FACTS FOR ATC ENHANCEMENT BY USING SENSITIVITY ANALYSIS RAIMON OMAR AL SHAIKH SALEM

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

(Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan dalam 7 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 7 printed pages)

RELIABILITY OF GENERIC SKILLS INVENTORY. Ahmad bin Esa Assoc. Prof. Dr. Jailani bin Mohd. Yunus Assoc. Prof. Dr. Noraini binti Kaprawi

OPTIMAL ANTI LOCK BRAKING SYSTEM WITH REGENERATIVE BRAKING IN HYBRID ELECTRIC VEHICLE DANA DEHGHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HASIL PEMBAKARAN EMISI RENDAH DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN API BIODIESEL BERBANTUKAN ALIRAN BERPUSAR MOHAMAD SHAIFUL ASHRUL BIN ISHAK

Get rewarded, download the Touch n Go e-wallet. Get standard or preferred TGV seats for RM7 before 7pm on 7 July.

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

PEMBANGUNAN PERMAINAN SERIUS UNTUK SIMULASI PENYELAMATAN DIRI SEMASA KEBAKARAN RUMAH

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

MODELING OF ELECTRIC DOUBLE LAYER CAPACITOR FATHIN ASILA BINTI MOHD PABLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMFORT ANALYSIS IN COMMERCIAL VEHICLE S PASSENGER SEAT TAM WEE KONG

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM PEMANTAUAN GILIRAN DI HOSPITAL CANSELLOR TUANKU MUKHRIZ. Nursyakirah Hamimah Binti Mohamad Halim Prof. Dr.

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

APLIKASI GO AMBULANCE

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structures questions. Answer FOUR (4) questions only.

DISC BRAKE SQUEAL GENERATION DURING DRY AND WET CONDITIONS MUNEER NAJI WAHEED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Frequently Asked Questions (FAQ)

POLA DAN TRENDA DALAM PENYELIDIKAN BERKAITAN DENGAN KREATIVITI ATAU PEMIKIRAN KREATIF PADA PERINGKAT PASCA IJAZAH DI MALAYSIA ABSTRAK

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

PB604 : BUSINESS FINANCE

1. Mechanics Make a minimum payment of RM 5 with Pay function using the Touch n Go ewallet to receive random cashback up to RM 888.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPTIMIZATION ON FUEL GAS OPERATION FOR COMBINED CYCLE POWER PLANT MOHD IZAMUDDIN BIN MAHMUD

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

APLIKASI PENGURUSAN TELE-REHABILITASI. Nursuhaila Laily binti Abd Jamil Prof Madya Dr Jamaiah binti Yahaya

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

an Sri Shahrir bin Abdul Samad Pengerusi FELDA 21Januari 2018

This item is protected by original copyright

ALAT PRAPEMPROSESAN DATA UNTUK SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Muhammad Faiz Bin Abdullah Prof. Madya Dr. Mohd Zakree Ahmad Nazri

APLIKASI DAN SISTEM PEMARKAHAN POSTER DI PUSAT PERMATA PINTAR

NUMERICAL ANALYSIS OF ELASTOHYDRODYNAMIC LUBRICATION WITH BIO-BASED FLUIDS DEDI ROSA PUTRA CUPU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERPUSTAKAAN DIGITAL PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

Memperkasakan Pelajar Pasca-Siswazah Indonesia Dalam Penulisan Akademik Bahasa Melayu

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structure questions. Answer any FOUR (4) questions.

SISTEM PENGURUSAN KEBERSIHAN KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN UKM. Muhammad Farhan bin Mohd Yusoff Dr. Dian Indrayani binti Jambari

APLIKASI MAKLUMAT IPT BERSEPADU BERASASKAN ANDROID DENGAN SISTEM SOKONGAN GPS (JEJAK IPT)

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN DIRECT DEBIT

Seminar Penyedia Latihan ezskill Bersama JPK Wilayah Sarawak

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PENGENALAN MISI SYARIKAT INI ADALAH PENGLIBATAN SECARA AKTIF DALAM ARUS PEMBANGUNAN DAN EKONOMI NEGARA.

CURRENT CARRYING CAPABILTY OF POLYESTER CARBON COATED FOR ELECTRICAL CONDUCTOR MOHD HAIDIR BIN MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN FASILITI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) KG. BARU HICOM, SHAH ALAM AINA SUHADA BINTI ABDULLAH

PAY WITH YOUR PIN BAYAR DENGAN PIN ANDA

BAB KEBOLEHGUNAAN (USABILITY) 2.1 Pendahuluan

PEPERIKSAAN JULAI 2010

Free ebook. Cara penggunaan product

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

REKABENTUK SMART PUMP KITS BAGI MOTOSIKAL

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 MEI 2018 HINGGA 30 JUN 2018

STRUCTURE : 100 MARKS STRUKTUR : 100 MARKAH. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

">; rt.t A AS > T ' ' T i FV*-} M i l.i ivi\.' ; i V him l.-'.hi nivi JUTCrsJ i # i k t f i l w. H M i l!, c i : t CO a

MyBot Bridge. 2 pasukan 4 peserta (2 wakil politeknik, 2 wakil sekolah) TEAM PELAJAR MyBot Operator Mentor 2

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP SERVIS YANG DIBERIKAN OLEH SYARIKAT TELEKOM MALAYSIA TERHADAP KEDIAMAN : UNIFI DAN STREAMYX

APLIKASI PERMAINAN SERIUS SIMULASI PENGURUSAN BANJIR. Nurul Syahirah Binti Md Nawi Encik Hafiz Bin Mohd Sarim

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PROJEK SISTEM PENEMPAHAN PAKAIAN ATAS TALIAN NUR AFIQAH BT MD BAHARUDIN DR. SITI FADZILAH MAT NOOR ABSTRAK

Kata kunci: Rangkaian Gelang, Token, Prestasi, Simulasi, Rangkaian berprioriti, Penghantaran Tak Habisan dan Habisan.

CONTROL OF ENERGY CONVERSION IN A HYBRID WIND AND ULTRACAPACITOR ENERGY SYSTEM MAJID ABDULLATEEF ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 JUN 2018 HINGGA 31 JULAI 2018

BAB KEDUA ANALISIS KONTRASTIF. beberapa rujukan dan semakan daripada beberapa bahan kajian dan buku, penulis akan

THE LEVEL OF SERVICE QUALITY FOR THE PUBLIC TRANSPORT: A STUDY OF RAPID KUANTAN IN KUANTAN ROUTES MUHAMMAD FIRDAUS BIN ISMAIL

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

Faculty of Mechanical Engineering UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

OPTIMAL LOCATION OF THYRISTOR CONTROLLED SERIES COMPENSATOR USING SENSITIVITY APPROACH NEW HUANG CHIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSIJILAN MS IS DAN PERSEPSI KAKITANGAN TERHADAP AMALAN PENGURUSAN KUALITI : SATU KAJIAN KES DI BINTULU PORT SDN. BHD.

ABSTRAK. Kata kunci: kebolehgunaan antara muka pengguna, penilaian heuristik, aplikasi pembelajaran fonik.

FLUID AND HEAT FLOW PERFORMANCE IN HEAT EXCHANGER NURLIYANA BINTI MOHD NADZRI

SISTEM PENGURUSAN STOK. Nur Rahimah Binti Mohd Razmi Pn. Hazilah Binti Mohd Amin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

Transcription:

Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, Volume 6 June 2012, Pages 89-101 / ISSN: 221-776 Tahap Kesediaan Guru-Guru PKPG Kemahiran Hidup (KH) UTM Mengajar Di Dalam Bahasa Inggeris Azlina Mohd.Kosnin ¹ & Zarinah Md. Saleh ² ¹ Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor ABSTRAK : Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru guru PKPG Kemahiran Hidup ( KH ) UTM mengajar Di Dalam. Aspek yang dikaji dalam kajian ini meliputi tahap kesediaan guru guru PKPG dari aspek minat, sikap dan penguasaan mereka dalam mengajar di. Perkaitan antara minat, sikap dan penguasaan guru guru PKPG turut ditinjau. Sampel kajian melibatkan 112 orang responden yang sedang menuntut di UTM yang kini berada di tahun 4 SPH 2008. Soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan data kajian. Data mentah yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS 14.0 for windows. Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dikira.hasil daripada kajian yang telah dilakukan mendapati responden mempunyai tahap kesediaan yang sederhana sama ada dari aspek minat, sikap dan penguasaan. Kajian juga mendapati terdapat perkaitan kuat yang signifikan antara aspek minat, sikap dan penguasaan. Kata kunci: Bahasa Inggeris, kesediaan guru guru PKPG,, mengajar ABSTRACT : The objective of this research is to investigate PKPG ( Living Skills ) teachers readiness to teach Engineering Drawing in English. The aspects that were studied include PKPG teachers readiness in terms of interest, attitude and competency to teach Engineering Drawing in English. The relationship between interest, attitude and English Competency were also investigated. Respondents were 112 4th year UTM PKPG students. Questionnaire as used to gain research data. The raw data obtained were analysed using SPSS for windows ( Version 14.0 ). Results are presented in the form of frequency, percentage, mean and standard deviation. The study shows that the respondents readiness in term of interest, attitude and competency are moderate. The study also shows that there are strong significant correlations between interest, attitude and competency. Keywords: English, Teachers Readiness, PKPG, Teaching, Engineering Drawing 1.0 PENGENALAN Kemajuan sains dan teknologi menuntut kita agar boleh menggunakan dan berbahasa Inggeris dengan baik dan fasih. Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terpenting di dalam perhubungan dan perdagangan antarabangsa, kini ia menjadi bahasa kedua terpenting di dalam sistem pendidikan di Negara ini. Dengan bahasa Inggeris individu dapat berinteraksi dengan lebih baik dan berkesan dengan semua Negara di dunia atau berinteraksi secara global. Kebanyakan sumber-sumber penyelidikan dan bacaan adalah di dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa Inggeris telah diwajibkan di semua sekolah kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi, perdagangan dan juga hal ehwal

Azlina Mohd.Kosnin & Zarinah Md. Saleh / Journal of Technical, Vocational & Engineering Education 90 antarabangsa. Dengan pengajaran bahasa Inggeris di semua sekolah, peluang bagi pelajar untuk mendapatkan pelajaran tinggi lebih terbuka luas. Justeru itu, para guru perlu mengambil berat dan memainkan peranan bagi menjayakan usaha kerajaan bagi memastikan pelajar yang akan dihasilkan mempunyai kualiti dan mantap kemahiran berkomunikasi di. Dengan penguasaan bahasa Inggeris dan akademik yang cemerlang pelajar dapat melangkah lebih jauh dan mempunyai masa depan yang cerah dan terjamin kerjayanya. Sejumlah peruntukan yang besar telah disediakan oleh pihak Kerajaan bagi menjamin dan meningkatkan kualiti sistem pendidikan Negara agar mampu mencapai hasrat ke arah wawasan 2020. Pada Belanjawan 2006, Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengatakan bahawa RM 5 bilion diperuntukkan dalam bidang pendidikan serta latihan. Ini kerana pembangunan sumber manusia adalah elemen penting dalam memastikan negara terus berdaya saing dan berdaya tahan, lebih-lebih lagi dalam era ekonomi yang berlandaskan pengetahuan serta bertunjangkan sains dan teknologi. Produk pendidikan yang berkualiti mempunyai pasaran di serata dunia. Kualiti pendidikan kini dinilai dengan kayu ukuran di peringkat global. Pendidikan hari ini perlu membuktikan kualiti yang boleh mengupayakan graduan di perlengkap ilmu dan kemahiran yang dapat memenuhi keperluan sumber manusia peringkat global. Sumber manusia yang berupaya berkomunikasi melalui lingua franca yang difahami oleh komuniti global. Lingua franca yang membolehkan urusan perdagangan dan penyebaran ilmu berfungsi secara berkesan. Keupayaan menguasai lingua franca yang diterima secara global, tidak lagi satu kemewahan atau luxury, tetapi satu kemestian atau necessity. Pendidikan perlu dilihat dari perspektif baru. Kaedah pendidikan menuntut kepada satu keberanian membuat pembaharuan secara radikal (Manzaidi Mohd Amin, Selasa, 4 April 2006). 1.1 Pernyataan Masalah Kertas Taklimat Jemaah Menteri bertarikh 19 Julai 2002 adalah merangkumi semua mata pelajaran Sains Tulen, Matematik, Teknikal dan Teknologi Maklumat. Pengenalan pelajaran di di sekolah sama ada di SM Teknik atau SM Kebangsaan mungkin menimbulkan masalah kepada guru-guru PKPG dan khususnya kepada para pelajar. Guru perlu memainkan peranan yang penting bagi merealisasikan impian dan wawasan Negara. Sebelum mengajar di, mereka perlu menguasai bahasa Inggeis dengan baik agar ilmu yang disampaikan dapat diterima oleh pelajar dengan lebih baik dan berkesan. Justeru itu, kajian yang akan dijalankan ini adalah bagi mengenalpasti tahap kesediaan guru-guru PKPG Kemahiran Hidup dari aspek minat, sikap serta penguasaan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran di. 1.2 Objektif Kajian Objektif kajian yang akan dijalankan ini ialah : 1. Mengenalpasti tahap kesediaan guru PKPG Kemahiran Hidup mengajar Lukisan Kejuruteraan di dari aspek minat. 2. Mengenalpasti tahap kesediaan guru PKPG Kemahiran Hidup mengajar Lukisan Kejuruteraan di dari aspek sikap.

Azlina Mohd.Kosnin & Zarinah Md. Saleh / Journal of Technical, Vocational & Engineering Education 91. Mengenalpasti tahap kesediaan guru PKPG Kemahiran Hidup mengajar Lukisan Kejuruteraan di dari aspek penguasaan. 4. Mengenalpasti perkaitan antara aspek minat dan sikap dengan kebolehan mereka dalam menguasai di dalam Bahasa Inggeris. 2.0 Peranan Guru Menurut kajian, mendidik itu ditafsirkan sebagai seni, ia tidak boleh dipraktis dan dipelajari. Ia merupakan sesuatu yang objektif atau perbuatan yang saintifik (Ee Ah Meng, 1998). Seseorang guru itu perlu mengetahui dengan mendalam akan mata pelajaran yang hendak diajarnya kerana dengan kurangnya pengetahuan guru di dalam mata pelajaran yang hendak diajarkannya akan mendatangkan rasa tidak percaya pada diri sendiri dan seterusnya menghilangkan kepercayaan pelajar kepada guru. Selain daripada peranan guru yang terdapat di dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Umpamanya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi kawan dan orang yang boleh dipercayai oleh pelajar untuk menyimpan rahsia mereka, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam persoalan sahsiah, menjadi contoh kebudayaan orang dewasa, menjadi penyebar nilai kebudayaan dan pembimbing dalam pembentukan sahsiah. Di dalam masyarakat membangun, seorang guru diharapkan menjadi ejen pembaharuan bagi masyarakatnya. Dengan kata lain seorang guru adalah seorang pembentuk masa hadapan masyarakat. 2.1 Kesediaan Menurut Abu Zahari dalam Siti Asma ( 2000 ), faktor-faktor dalaman ialah sifat yang ada pada diri seseorang yang akan menentukan sama ada dia mudah atau susah untuk menumpukan perhatian dalam jangka masa yang panjang atau hanya seketika sahaja terhadap sesuatu rangsangan yang diterimanya sama ada dari segi sikap, minat, pengetahuan dan keperluan fisiolagi lain. Kesediaan bergantung kepada perkembangan fizikal, sikap dan tingkah laku. Para guru dan pelajar harus bersedia menerima dan melaksanakan perubahan pada diri sendiri bersesuaian dengan suasana bagi mengekalkan kecemerlangan prestasi dalam pendidikan. Oleh itu, sebagai langkah menuju ke arah meningkatkan kecemerlangan dalam dunia pendidikan, guru perlulah menyahut seruan kerajaan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di. Perubahan yang dilakukan oleh kerajaan ini, haruslah dianggap sebagai satu cabaran yang harus dihadapi oleh semua guruguru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran di (Sidang Pengarang, 200). Persediaan yang secukupnya perlu bagi seseorang guru untuk menghadapi sebarang perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia. Ini kerana persediaan guru mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang bersedia untuk belajar sesuatu mempunyai keyakinan yang Di bawah konteks profesionalisme keguruan, pengetahuan yang diperolehi, kemahiran, kefahaman tugas dan tanggungjawab serta sikap seseorang guru itu merupakan faktor penentu yang penting. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, seseorang guru itu haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap serta mendalam, menguasai kemahiran mengajar, kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta bersikap positif terhadap pekerjaannya.

Azlina Mohd.Kosnin & Zarinah Md. Saleh / Journal of Technical, Vocational & Engineering Education 92.0 Rekabentuk Kajian Kajian yang dilakukan adalah berbentuk deskriptif. Kaedah ini sesuai untuk menerangkan keadaan atas perhubungan antara pembolehubah dan sesuai menrangkan sesuatu masalah atau fenomena yang sedang berlaku dengan mengambil data dalam satu masa tertentu sahaja dan selalunya menggunakan soal selidik ( Mohamad Najib dalam Khor Wen Fei, 2006 ). Dalam kajian ini penyelidik mengkaji tahap kesediaan guru PKPG Kemahiran Hidup mengajar di dari aspek sikap minat dan penguasaan. Selain itu perkaitan antara minat dan penguasaan mereka untuk mengajar di turut dikaji..1 Populasi Dan Sampel Kajian Kaedah pemilihan sampel yang di pilih merupakan kaedah persampelan tidak rawak. Secara umumnya, persampelan tidak rawak yang dipilih merupakan sampelan bertujuan. Iaitu penyelidik dengan sengaja memilih sampel dengan tujuan mendapatkan jumlah sampel yang mewakili populasi ( Mohd. Najib, 1999). Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih guru PKPG Kemahiran hidup yang kini berada di tahun 4 SPH, Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Bahru, Johor..2 Instrumen Kajian Untuk penyelidikan ini, soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik digunakan sebagai instrumen kajian. Item yang dibina adalah berdasarkan kepada kehendak objektif kajian. Ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehpercayaan kajian. Set soalan diedarkan kepada guru PKPG yang telah dipilih. Berdasarkan soal selidik yang disediakan, penyelidik yakin bahawa data yang diperolehi adalah tepat dan jitu. Menurut Norbaizura (2007) pemilihan soal selidik sebagai instrumen adalah berdasarkan beberapa sebab iaitu; (1) untuk memperolehi data yang lebih tepat dan responden dapat memberikan maklum balas yang lebih cepat terhadap perkara yang ingin dikaji berbanding dengan kaedah lain; (2) penyelelidik boleh berhubung atau bekerjasama dengan responden dengan lebih mudah; () menjimatkan masa, tenaga serta perbelanjaan / kos. 4.0 ANALISIS DATA 4.1 Analisis Data Bahagian Jantina Jadual 1 : Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina Jantina f % Lelaki 54 48.2 Perempuan 58 51.8 Jumlah 112 100

Azlina Mohd.Kosnin & Zarinah Md. Saleh / Journal of Technical, Vocational & Engineering Education 9 Jadual 1 menunjukkan taburan guru PKPG mengikut jantina. Terdapat 54 orang ( 48.2 % ) responden adalah lelaki dan 58 orang (51.8 %) responden adalah perempuan. Secara keseluruhannya, bilangan responden perempuan adalah lebih ramai. 4.2 Tahap kesediaan guru PKPG Kemahiran Hidup mengajar Lukisan Kejuruteraan di dari aspek minat. Dapatan kajian berkaitan tahap kesediaan guru PKPG Kemahiran Hidup mengajar Lukisan Kejuruteraan di dari aspek minat ditunjukkan dalam jadual 2 di bawah. Jadual 2 : Taburan tahap kesediaan guru dari aspek minat Item 1.Saya minat untuk mengajar Lukisan Kejuruteraan di dalam bahasa Inggeris 2.Pengajaran Lukisan Kejuruteraan dalam bahasa Inggeris menjadikan pengajaran saya lebih seronok dan menarik.walaupun kebolehan bahasa Inggeris saya sederhana, saya yakin saya boleh mengajar 4.Saya minat mengajar disebabkan kepentingannya pada masa hadapan 5.Pada usia ini, saya yakin tahap keyakinan saya untuk mengajar dapat dipertingkatkan 6.Saya lebih berminat jika proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan menggunakan bahasa Inggeris Tahap persetujuan Min SP STS TS KS S SS 26 8 1 14 2.%.9% 27.7% 12.5% 28 25% 18 16.1% 17 15.2% 12 10.7% 21 18.8% 41 6.6% 4 0.4% 1 27.7% 27 24.1% 4 8.4% 27 24.1% 2 20.5% 4 0.4% 2 28.6% 29.5% 1 11.6% 29 25.9% 2 20.5% 6 2.1% 12 10.7% 8 7.1% 7 6.% 5 4.5% 2.7 1.05 2.0 1.05 2.77 1.20 2.75 1.1 2.95 1.08 2.40 0.99

Azlina Mohd.Kosnin & Zarinah Md. Saleh / Journal of Technical, Vocational & Engineering Education 94 7.Saya gemar membaca buku-buku yang berkaitan Lukisan Kejuruteraan dalam bahasa Inggeris 24 21.4% 5 1.% 4 0.4% 16 14.% 2.45 1.06 Jumlah 2.57 1.08 Jadual 2 merupakan taburan tahap kesediaan guru dari aspek minat dalam pengajaran Lukisan Kejuruteraan. Daripada data yang dikumpul, julat min pada bahagian ini adalah 2.0 hingga 2.95. Hasil daripada kajian yang telah dilakukan responden lebih cenderung untuk memilih pilihan jawapan kurang setuju. Seramai 8 (.9 % ) orang responden tidak setuju dengan kenyataan Saya minat untuk mengajar di. Ini menunjukkan responden tidak / kurang berminat untuk mengajar di. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris akan menjadikan pengajaran mereka tidak seronok, tidak menarik serta kurang berkesan. Berdasarkan pernyataan Pengajaran saya akan lebih berkesan dengan menggunakan bahasa Inggeris menunjukkan seramai 41 ( 6.6 % ) orang responden tidak setuju dengan kenyataan berkenaan. Oleh yang demikian mereka lebih selesa, yakin dan lebih berminat untuk mengajar di dalam bahasa melayu. Kajian turut mendapati seramai ( 29.5 % ) orang responden tidak meminati subjek bahasa Inggseris ketika dibangku sekolah lagi dan seramai 5 ( 1. % ) orang responden tidak minat / gemar membaca buku-buku yang bekaitan di dalam bahasa Inggeris. Hasil dapatan kajian berdasarkan jadual di atas, secara keseluruhannya didapati tahap kesediaan guru-guru PKPG ( UTM ) mempunyai tahap kesediaan dari aspek minat berada di tahap yang sederhana dengan mencatatkan nilai min 2.57. Antara faktor utama yang mendorong tahap kesdiaan dari aspek minat yang rendah ialah kebolehan berbahasa Inggeris guru-guru PKPG itu sendiri berada di tahap yang sederhana. Ini menyebabkan mereka kurang berkeyakinan dan berminat untuk mengajar di. Seterusnya mereka beranggapan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris akan menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran tidak seronok dan tidak menarik. Tahap kesediaan minat yang rendah, turut dipengaruhi oleh minat responden itu sendiri terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris ketika mereka di bangku persekolahan lagi serta minat untuk membaca buku-buku yang menggunakan bahasa Inggeris.

Azlina Mohd.Kosnin & Zarinah Md. Saleh / Journal of Technical, Vocational & Engineering Education 95 4. Tahap kesediaan guru PKPG Kemahiran Hidup mengajar Lukisan Kejuruteraan dari aspek sikap. Jadual di bawah menerangkan tentang dapatan hasil kajian yang berkaitan Tahap kesediaan guru PKPG Kemahiran Hidup mengajar di dari aspek sikap. Item 2.Proses Pengajaran dan pembelajaran tidak membebankan saya 4.Pengetahuan saya mengenai sains dan teknologi meningkat jika saya dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik. 6.Pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris dapat membantu saya meningkatkan kualiti bahasa Inggeris saya 7.Saya bersedia untuk mengajar Lukisan Kejuruteraan dalam bahasa Inggeris 8.Saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengajar Lukisan Kejuruteraan dan berinteraksi dengan menggunakan bahasa Inggeris 9.Berfikiran positif membantu saya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran saya kelak Jadual : Taburan tahap kesediaan guru dari aspek sikap Tahap persetujuan Min SP STS TS KS S SS 17 15.2% 7 6.% 2 1.8% 21 18.8% 24 21.4% 4 0.4% 8 7.1% 10 8.9% 29 25.9% 29.5% 1 27.7% 18 16.1% 17 15.2% 2 28.6% 5 1.% 11 9.8% 25 22.% 58 51.8% 69 61.6% 24 21.4% 15 1.4% 77 68.8% 5 4.5% 21 18.8% 14 12.5% 6 5.4% 5 4.5% 18 16.1% 2.70 1.11.69 1.05.74 0.85 2.68 1.16 2.50 1.10.92 0.77 Jumlah.21 1.01

Azlina Mohd.Kosnin & Zarinah Md. Saleh / Journal of Technical, Vocational & Engineering Education 96 Jadual merupakan taburan tahap kesediaan guru dari aspek sikap dalam pengajaran Lukisan Kejuruteraan. Daripada data yang dikumpul, julat min pada bahagian ini adalah 2.50 hingga.92. Hasil daripada kajian yang dijalankan didapati responden lebih cenderung untuk memilih pilihan jawapan setuju di mana item 6 dan 9 menunjukkan peratusan yang melebihi 60 %. Kebanyakkan responden menyatakan bahawa bahasa Inggeris penting untuk pembangunan sesebuah Negara. Responden juga bersetuju bahawa kemahiran berkomunikasi mampu meningkatkan keyakinan mereka ketika berkomunikasi dengan orang lain terutamanya warga asing. Dapatan kajian juga mendapati guru-guru PKPG mempunyai sikap yang positif dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka kelak walaupun ada diantara mereka yang beranggapan bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris akan membebankan mereka. Hasil daripada analisis yang dilakukan, didapati majoriti guru-guru PKPG mempunyai tahap sikap yang sederhana dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dengan mencatatkan nilai min.21 iaitu pada tahap yang sederhana Secara keseluruhannya, responden juga didapati mempunyai sikap yang positif dalam meningkatan kualiti dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di agar ilmu yang akan disampaikan kelak dapat diterima dengan lebih baik oleh pelajar. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu mereka dalam mempertingkat dan memperkasakan kemahiran bahasa Inggeris mereka pada masamasa yang akan datang. 4.4 Tahap kesediaan guru PKPG Kemahiran Hidup mengajar Lukisan Kejuruteraan dari aspek penguasaan? Dapatan kajian berdasarkan tahap kesediaan guru PKPG Kemahiran Hidup mengajar Lukisan Kejuruteraan di dari aspek penguasaan boleh dilihat pada jadual 4 di bawah. Jadual 4 : Taburan tahap kesediaan guru dari aspek penguasaan Item 1.Banyak kelebihan yang saya akan perolehi apabila mengajar Lukisan Kejuruteraan di dalam bahasa Inggeris 2.Saya mampu bertutur dengan lancar.saya tidak akan menghadapi masalah dalam memahami istilah 4.Saya boleh menulis bahasa Inggeris dengan Tahap persetujuan Min SP STS TS KS S SS 15 1.4% 26 2.2% 21 18.8% 19 17% 17 15.2% 7 % 25 22.% 8.9% 29 25.9% 29.5% 29.55 20 17.9% 9 4.8% 1 11.6% 28 25% 1 27.7% 12 10.7% 5 4.5% 4.6%.14 1.20 2.7 1.04 2.74 1.16 2.66 1.15

Azlina Mohd.Kosnin & Zarinah Md. Saleh / Journal of Technical, Vocational & Engineering Education 97 baik 5.Lebih mudah mengajar berbanding bahasa melayu 6.Saya mahir menterjemahkan perkataan bahasa Inggeris kepada bahasa melayu 7.Saya tidak malu bercakap untuk mengajar 8.Tidak sukar bertutur walaupun ia mempunyai tatabahasa yang sukar 9.Tahap penguasaan bahasa Inggeris saya sudah cukup dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan dalam bahasa Inggeris 10.Saya sentiasa meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris saya dengan membuat bacaan dalam bahasa Inggeris 0 26.8% 27 24.1% 16 14.% 16 14.% 21 18.8 % 8 7.1% 2 28.6% 5 1.% 25 22.% 41 6.6% 42 7 5% 27 24.1 % 26 2.2% 4 0.4% 1 27.7% 27 24.1% 1 27.7 % 19 46.4 % 21 18.8% 14 12.5% 29.5% 2 20.5% 15 1.4 % 52 46.4 % 2 1.8% 7 6.% 5 4.5% 6 5.4% 2.41 1.15 2.6 1.0 2.91 1.15 2.64 1.09 2.4 1.02.18 1.08 Jumlah 2.7 1.11 Jadual di atas merupakan taburan tahap kesediaan guru dari aspek penguasaan dalam pengajaran. Daripada data yang dikumpul, julat min pada bahagian ini adalah 2.6 hingga.18. Hasil kajian mendapati hanya ( 2.7 % ) orang responden mampu untuk bertutur dengan lancar dan hanya 4 (.6 % ) orang responden berupaya untuk menulis dengan baik. Manakala 2 ( 1.8 % ) orang responden mempunyai kemahiran dalam menterjemahkan perkataan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Berdasarkan pernyataan Tahap penguasaan bahasa Inggeris saya sudah cukup dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris kebanyakkan responden 42 ( 7.5 % ) tidak bersetuju. Walaupun tahap penguasaan bahasa Inggeris masih belum mencukupi, responden sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan membuat bacaan dalam bahasa Inggeris. Hasil daripada analisis yang dilakukan, didapati majoriti guru guru PKPG mempunyai tahap kebolehan di dalam penguasaaan bahasa Inggeris yang sederhana dengan mencatatkan nilai min 2.7.

Azlina Mohd.Kosnin & Zarinah Md. Saleh / Journal of Technical, Vocational & Engineering Education 98 Walaupun tahap bahasa Inggeris pada tahap yang sederhana, guru-guru PKPG mempunyai insiatif yang kuat dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan melakukan aktiviti membaca buku-buku yang berkaitan. Mereka juga bersedia untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan menggunakan bahasa Inggeris. Dengan langkah-langkah ini penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru-guru PKPG akan dapat dipertingkatan sama ada secara lisan atau pun bukan lisan. 4.5 Perkaitan antara tahap kesediaan guru PKPG dari aspek minat dan sikapdengan kebolehan mereka dalam menguasai di dalambahasa Inggeris. Jadual 5 di bawah menunjukkan sejauh manakah perkaitan antara kesediaan guru PKPG dari aspek minat dan sikap dengan kebolehan mereka menguasai di dalam Bahasa Inggeris. Jadual 5 : Nilai r dan p bagi analisis korelasi pearson untuk menunjukkan perkaitan tahap kesediaan guru PKPG dari aspek minat dan sikap dengan penguasaan. Tahap kesediaan Minat Sikap Nota : ** Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.01 Penguasaan r=0.77** p=0.00 r=0.77** p=0.00 Jadual 5 merupakan analisis kolerasi pearson perkaitan antara kesediaan guru PKPG dari aspek minat dan sikap dengan penguasaan mereka dalam mengajar di. Pekali kolerasi yang diperolehi masing masing menunjukkan nilai 0.77. Nilai signifikan yang diperolhi p<0.01. Ini menunjukkan bahawa terdapat perkaitan signifikan yang tinggi / kuat di antara kesediaan guru PKPG dari aspek minat dan sikap dengan kebolehan mereka menguasai di. 5.0 PERBINCANGAN 5.1 Tahap kesediaan guru PKPG Kemahiran Hidup mengajar Lukisan Kejuruteraan di dari aspek minat. Secara keseluruhannya, responden mempunyai tahap kesediaan dari aspek minat adalah rendah. Ini menunjukkan bahawa kebanyakkan guru guru PKPG tidak / kurang berminat untuk mengajar di. Daripada data yang dikumpul, julat min pada bahagian ini adalah 2.25 hingga 2.95. Responden menunjukkan persepsi yang negatif dengan menyatakan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahasa Inggeris akan menjadikan pengajaran mereka tidak seronok, tidak menarik serta kurang berkesan. Oleh kerana itu mereka lebih selesa, yakin dan lebih berminat untuk mengajar di dalam bahasa Melayu. Sejajar dengan itu telah wujud pelbagai maklum balas yang menunjukkan masih ramai guru yang masih belum bersedia untuk mengajar mata pelajaran yang berkaitan

Azlina Mohd.Kosnin & Zarinah Md. Saleh / Journal of Technical, Vocational & Engineering Education 99 di. Ini merupakan cabaran yang amat besar terhadap guru-guru yang telah dilatih untuk menyampaikan pengajaran di dalam bahasa Melayu, dan kemudian terpaksa mengajar di dengan tepat serta penggunaan perkataan dan tatabahasa yang penuh dengan kesilapan ( Khor Wen Fei, 2006 ). Seharusnya, para pendidik perlu mengambil peluang dan cabaran ini bagi meningkatkan taraf pendidikan dan juga kemahiran komunikasi agar dapat berinteraksi dengan lebih baik dan berkesan secara global. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Fatimahwati ( 2006 ), didapati minat mempengaruhi tahap kesediaan guru untuk mengajar mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan di. Purata nilai min yang ditunjukkan 4.01. Secara keseluruhannya faktor minat banyak mempengaruhi guru teknikal dalam pengajaran mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan di. Tahap kesediaan guru PKPG Kemahiran Hidup mengajar di dari aspek sikap. Daripada data yang dikumpul, julat min pada bahagian ini adalah 2.50 hingga.92. Secara keseluruhannya responden mempunyai tahap kesediaan yang sederhana dalam pengajaran menggunakan bahasa Inggeris. Dapatan kajian juga mendapati guru guru PKPG mempunyai sikap yang positif dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran walaupun ada di antara mereka yang beranggapan bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris akan membebankan mereka. Responden menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat membantu mereka dalam mempertingkatkan kemahiran bahasa Inggeris dan segala ilmu pengetahuan yang akan disampaikan dapat diterima dengan lebih baik oleh pelajar. Analisis keseluruhan kajian ini didapati sejajar dengan keseluruhan kajian yang dijalankan oleh Fatimahwati ( 2006 ), menunjukkan guru guru teknikal yang terlibat secara langusung dalam pengajaran dan pembelajaran di mempunyai persepsi dan sikap yang begitu positif dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Keseluruhan data min yang yang dicapai pada tahap yang tinggi iaitu 4.01. Responden juga mempunyai sikap yang positif bagi meningkatkan kualiti pengajaran dengan melakukan banyak bacaan bahan rujukan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan di dalan bahasa Inggeris dengan menunjukkan nilai min.5 pada tahap sederhana. Di mana 8 responden ( 47 % ) bersetuju, 6 responden ( 5 % ) tidak pasti dan orang responden ( 18 % ) tidak setuju. Guru yang mempunyai sikap yang positif mampu menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran dengan lebih baik dan yakin. Responden juga bersetuju bahawa bahasa Inggeris mempunyai kepentingan dalam pembangunan sesebuah Negara dan perhubungan antara manusia secara global. 5.2 Tahap kesediaan guru PKPG Kemahiran Hidup mengajar Lukisan Kejuruteraan di dari aspek sikap. Daripada data yang dikumpul, julat min pada bahagian ini adalah 2.50 hingga.92. Secara keseluruhannya responden mempunyai tahap kesediaan yang sederhana dalam pengajaran menggunakan bahasa Inggeris. Dapatan kajian juga mendapati guru guru PKPG mempunyai sikap yang positif dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran walaupun ada di antara mereka yang beranggapan bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris akan membebankan mereka. Responden menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat membantu

Azlina Mohd.Kosnin & Zarinah Md. Saleh / Journal of Technical, Vocational & Engineering Education 100 mereka dalam mempertingkatkan kemahiran bahasa Inggeris dan segala ilmu pengetahuan yang akan disampaikan dapat diterima dengan lebih baik oleh pelajar. Analisis keseluruhan kajian ini didapati sejajar dengan keseluruhan kajian yang dijalankan oleh Fatimahwati ( 2006 ), menunjukkan guru guru teknikal yang terlibat secara langusung dalam pengajaran dan pembelajaran di mempunyai persepsi dan sikap yang begitu positif dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Keseluruhan data min yang yang dicapai pada tahap yang tinggi iaitu 4.01. Responden juga mempunyai sikap yang positif bagi meningkatkan kualiti pengajaran dengan melakukan banyak bacaan bahan rujukan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan di dalan bahasa Inggeris dengan menunjukkan nilai min.5 pada tahap sederhana. Di mana 8 responden ( 47 % ) bersetuju, 6 responden ( 5 % ) tidak pasti dan orang responden ( 18 % ) tidak setuju. Guru yang mempunyai sikap yang positif mampu menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran dengan lebih baik dan yakin. Responden juga bersetuju bahawa bahasa Inggeris mempunyai kepentingan dalam pembangunan sesebuah Negara dan perhubungan antara manusia secara global. 5. Tahap kesediaan guru PKPG Kemahiran Hidup mengajar Lukisan Kejuruteraan di dari aspek penguasaan. Daripada data yang dikumpul, julat min pada bahagian ini adalah 2.6 hingga.18. Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa guru guru PKPG mempunyai tahap penguasaan berada di tahap yang sederhana. Hasil kajian yang dilakukan, didapati sejajar dengan kajian yang telah dilakukan oleh Fatimahwati ( 2006 ), hasil dari kajian yang dilakukan di dapati tahap penguasaan dalam bahasa Inggeris guru teknikal berada pada tahap sederhana iaitu pada nilai min 2.5. Walapupun tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka di tahap yang sederhana, guru guru PKPG ini mempunyai inisiatif yang positif dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan melakukan pembacaan yang berkaitan. Mereka juga bersedia untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris tanpa timbulnya perasaan malu, semata-mata untuk mempertingkatan penguasaan bahasa Inggeris dalam komunikasi. Tindakan yang dilakukan responden sejajar dengan pendapat Atan Long ( 1998 ) bahawa penguasaan dalam sesuatu mata pelajaran atau kemahiran merupakan aset penting bagi seseorang guru yang mempunyai pengetahuan yang secukupnya dapat melakukan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Berbagai cara boleh dilakukan untuk meningkatkan tahap penguasaan guru terhadap sesuatu mata pelajaran seperti menghadiri seminar, ceramah, dan kursus dalam perkhidmatan. Dengan lagkah-langkah yang diambil, mampu membantu responden untuk mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris mereka pada masa akan datang sama ada secara lisan ataupun bukan lisan.

Azlina Mohd.Kosnin & Zarinah Md. Saleh / Journal of Technical, Vocational & Engineering Education 101 5.4 Perkaitan antara kesediaan guru PKPG dari aspek minat dan sikap dengan penguasaan mereka dalam mengajar di dalam Bahasa Inggeris. Hasil analisis menjelaskan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara ksediaan guru PKPG dari aspek minat dan sikap dengan penguasaan mereka dalam mengajar Lukisan Kejuruteraan di. Nilai signifikan yang diperolehi p<0.01. RUJUKAN Atan Long (1998). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Ee Ah Meng (1998). Psikologi Perkembangan Aplikasi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Fatmahwati Ramli (2006). Tahap persediaan guru Teknikal Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Pengajian kejuruteraan Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Kuantan, Pahang.Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Ijazah Sarjana Muda. Khor Wen Fei (2006). Persepsi Guru Sains ETeMS Terhadap Perlaksanaan Pengajaran Subjek Sains (ETeMS) di Sekolah Menengah Kawasan Skudai. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Ijazah Sarjana Muda. Manzaidi Mohd Amin ( Selasa, 4 April 2006 ). Guru Patut Bersedia Martabat Pendidikan Negara ke Taraf Dunia. Berita Harian. Dimuat turun dari http://opac.psz.utm.my :800 Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Norbaizura Ali (2007). Amalan Kepimpinan Transformasi Guru Besar Di Dua BuahSekolah Di Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Ijazah Sarjana Muda. Sidang Pengarang (200). Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Petaling Jaya : Penerbit Femina. Siti Asma Morad (2000). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Persediaan Guru-Guru Pelatih UTM Tahun Tiga STP ( Perdana ) Sebelum Menjalani Latihan Mengajar. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Ijazah Sarjana Muda.