MAS CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 3

Similar documents
laporan tahunan 2OO1/2002 MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BERHAD

Board of Directors 20 FRASER & NEAVE HOLDINGS BHD ( V) LEMBAGA PENGARAH

pengarah profil para Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

Profil Para Pengarah. Y BHG TAN SRI AZMAN HASHIM Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif

CONTENTS KANDUNGAN. Corporate Social Responsibility (CSR) Tanggungjawab Sosial Korporat About Us 02 Perihal Kami 03

corporate structure Struktur Korporat 100% Fraser & Neave (Malaya) Sdn Bhd 100% Malaya Glass Products Sdn Bhd 100% F&N Dairies (Malaysia) Sdn Bhd

CONTENTS KANDUNGAN HIGHLIGHTS PETUNJUK PERFORMANCE OVERVIEW PETUNJUK PRESTASI LEADERSHIP KEPIMPINAN LIABILITY LIABILITI SUBSIDIARIES

cover rationale rasional kulit depan

3 NOTICE OF ANNUAL GENERAL MEETING 11 STATEMENT ACCOMPANYING NOTICE OF ANNUAL GENERAL MEETING 12 CORPORATE INFORMATION 13 DIRECTORS PROFILE

ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN

Fraser & Neave Holdings Bhd V. board of. directors. lembaga pengarah

CORPORATE STRUCTURE AS AT 14 SEPTEMBER 2001 STRUKTUR KORPORAT PADA 14 SEPTEMBER 2001

1. Mechanics Make a minimum payment of RM 5 with Pay function using the Touch n Go ewallet to receive random cashback up to RM 888.

Seminar Penyedia Latihan ezskill Bersama JPK Wilayah Sarawak

BOARD OF DIRECTORS LEMBAGA PENGARAH

PB604 : BUSINESS FINANCE

LIVING CARE. Critical Illness Insurance

Get rewarded, download the Touch n Go e-wallet. Get standard or preferred TGV seats for RM7 before 7pm on 7 July.

HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRIINDIVIDU, REKA BENTUK LATIHAN DAN PERSEKITARAN KERJA DENGAN PEM INDAHAN LATIHAN DI SWM ENVIRONMENT SDN BHD.

Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 MEI 2018 HINGGA 30 JUN 2018

ANUGERAH & Syarikat Insurans Terbaik, Malaysia

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PRINTED MATTER POSTAGE PAID BRUNEI DARUSSALAM NO. 37

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 JUN 2018 HINGGA 31 JULAI 2018

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

Financial Calendar 1. Notice of Annual General Meeting and Notice of Dividend Entitlement 2. Statement Accompanying Notice of Annual General Meeting 6

engineered to exhilarate Perusahaan Otomobil Nasional Berhad Laporan Tahunan 2003 Annual Report

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

Detik-Detik Meyakinkan

KANDUNGAN / CONTENTS. Laporan dan Penyata Kewangan. Reports and Financial Statements

TELEKOM MALAYSIA BERHAD ( P) RASIONAL KONSEP. Abad Ke 21 sudah tiba. Di mana cabaran perubahan bertambah ketara.

STATEMENT ACCOMPANYING NOTICE OF ANNUAL GENERAL MEETING Penyata Mengenai Notis Mesyuarat Agung Tahunan

PENGENALAN MISI SYARIKAT INI ADALAH PENGLIBATAN SECARA AKTIF DALAM ARUS PEMBANGUNAN DAN EKONOMI NEGARA.

PUBLIC OPTIMAL GROWTH FUND

PUBLIC GREATER CHINA FUND

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. QUOTATION NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PUBLIC e-cash DEPOSIT FUND (PUBLIC DANA e-deposit TUNAI) (PeCDF)

membuka peluang, memenuhi impian opening doors, fulfilling dreams

PUBLIC GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PUBLIC AUSTRALIA EQUITY FUND

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN DIRECT DEBIT

Sustainable Consumption

(6265-P) Annual Report. Laporan Tahunan. Seeing Beyond Today

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

Pengurusan Pelaburan. Perantara dan Institusi Pasaran. Penguatkuasaan

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

Laporan Tahunan. Annual Report

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PB GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PB ISLAMIC CASH MANAGEMENT FUND

PUBLIC e-islamic CASH DEPOSIT FUND

PUBLIC BOND FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PUBLIC INDEX FUND (PUBLIC DANA INDEKS) (PIX)

PUBLIC SINGAPORE EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI SINGAPURA) (PSGEF)

PB CASH MANAGEMENT FUND

Frequently Asked Questions (FAQ)

PB GROWTH SEQUEL FUND (PB DANA SEKUEL TUMBUH) (PBGSQF)

PUBLIC ISLAMIC EQUITY FUND

PB CASH MANAGEMENT FUND PB DANA PENGURUSAN TUNAI (PBCMF)

PB ISLAMIC EQUITY FUND

PB ASIA CONSUMER SECTOR FUND (PB DANA SEKTOR PENGGUNA ASIA) (PBACSF)

PUBLIC e-flexi ALLOCATION FUND (PUBLIC DANA e-flexi ALOKASI) (PeFAF)

PUBLIC ISLAMIC SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN ISLAMIK) (PISVF)

PB ISLAMIC SMALLCAP FUND

PUBLIC REGULAR SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN BERKALA) (PRSF)

PUBLIC SMALLCAP FUND

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

PUBLIC ISLAMIC SELECT ENTERPRISES FUND

PERINTAH PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (GOLONGAN PENGGUNA DATA) 2013 PERSONAL DATA PROTECTION (CLASS OF DATA USERS) ORDER 2013

PUBLIC INDIA-GLOBAL EQUITY FUND

PUBLIC ISLAMIC ASEAN GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH ASEAN ISLAMIK) (PIASGF)

PUBLIC ISLAMIC STRATEGIC BOND FUND

PB ASIA PACIFIC DIVIDEND FUND (PB DANA DIVIDEN ASIA PASIFIK) (PBAPDF)

PUBLIC ISLAMIC EMERGING OPPORTUNITIES FUND

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

Notis Mesyuarat Agung Tahunan

PB DIVIDEND BUILDER EQUITY FUND

PUBLIC EMERGING OPPORTUNITIES FUND (PUBLIC DANA PELUANG PASARAN BARU) (PEMOF)

Tradisi mencipta nilai

PUBLIC INDONESIA SELECT FUND

PB SUKUK FUND PENYATAAN TANGGUNGJAWAB

PUBLIC CHINA SELECT FUND

PUBLIC EQUITY FUND PUBLIC DANA EKUITI (PEF)

PUBLIC SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN) (PSF)

PUBLIC STRATEGIC GROWTH FUND

PUBLIC AGGRESSIVE GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH AGGRESIF) (PAGF)

PUBLIC ISLAMIC ALPHA-40 GROWTH FUND

1. SAMBUNGAN PENUTUPAN PENUH JALAN JANGKA PENDEK SECARA DUA PERINGKAT DI JALAN RAYA SATU (MALAM)

LIST OF PROPERTIES As at 31 December 2003

PUBLIC ADVANTAGE GROWTH EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TUMBUH BERKELEBIHAN) (PAVGEF)

PUBLIC ISLAMIC ENTERPRISES EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI PERUSAHAAN ISLAMIK) (PIENTEF)

PUBLIC ISLAMIC OPPORTUNITIES FUND (PUBLIC DANA PELUANG ISLAMIK) (PIOF)

Transcription:

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 3

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 5 Kandungan 162 Notis Mesyuarat Agung Tahunan 164 PERUTUSAN PENGERUSI 168 PERUTUSAN PENGARAH URUSAN 172 LEMBAGA PENGARAH 179 Maklumat Korporat 182 Jawatankuasa Pengurusan 185 Penyata Pentadbiran Korporat 193 Laporan Jawatankuasa Audit 196 Penyata Kawalan Dalaman 198 Struktur Kumpulan 199 Angkatan Pesawat 200 Rangkaian Penerbangan 201 Peristiwa Penting 202 ULASAN OPERASI 202 Evolusi Perniagaan 206 Mengembangkan Sayap 210 Mendekati Penumpang 216 Menggerakkan Kargo, Menggerakkan Dunia 220 Terus Terbang dengan Selamat 226 Melabur dalam Teknologi dan Kualiti 230 PRESTASI KEWANGAN KUMPULAN 233 PENYATA KEWANGAN 306 STATISTIK PEGANGAN SAHAM 309 SENARAI HARTANAH KEPUNYAAN SYARIKAT 316 GLOSARI 319 BORANG PROKSI Nota: Jika ada kesangsian, sila rujuk teks Bahasa Inggeris

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 162 Notis Mesyuarat Agung Tahunan Agenda Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Malaysian Airline System Berhad yang Ketiga Puluh Dua akan diadakan di Nirwana Ballroom 1, Lobi Bawah, Hotel Mutiara Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur pada hari Isnin, 8 September, 2003, jam 10.00 pagi bagi tujuan-tujuan berikut:- SEBAGAI URUSAN BIASA 1 Untuk menerima dan meluluskan Laporan Pengarah dan Akaun Yang Telah Diaudit bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2003 bersama dengan Laporan Juruaudit yang dilampirkan. RESOLUSI 1 SEBAGAI URUSAN KHAS 6 Untuk mempertimbang dan jika difikirkan wajar, meluluskan Resolusi Biasa berikut:- Kuasa untuk menerbit dan memperuntuk saham 2 Untuk melulus pembayaran yuran para Pengarah bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2003. RESOLUSI 2 3 Untuk melantik semula para Pengarah berikut yang akan bersara menurut Artikel 139 Tataurusan Pertubuhan Syarikat, dan oleh kerana layak, menawarkan diri mereka untuk dilantik semula:- (i) Tan Sri Dato Seri Azizan Bin Zainul Abidin RESOLUSI 3 (ii) Tan Sri Dato Dr. Samsudin Bin Hitam RESOLUSI 4 (iii) Dato Md. Nor Bin Md. Yusof RESOLUSI 5 4 Untuk melantik semula para Pengarah berikut yang akan bersara menurut Artikel 137 Tataurusan Pertubuhan Syarikat, dan oleh kerana layak, menawarkan diri mereka untuk dilantik semula: (i) Datu Haji Salleh Bin Haji Sulaiman RESOLUSI 6 (ii) Datuk Haji Abdillah @ Abdullah Bin Hassan @ S Hassan RESOLUSI 7 (iii) Dato Gumuri Bin Hj Hussain RESOLUSI 8 Bahawa tertakluk kepada Akta Syarikat, 1965 Tataurusan Pertubuhan Syarikat dan kelulusan pihak-pihak berkuasa yang berkenaan, para Pengarah dengan ini diberi kuasa berhubung dengan Seksyen 132D Akta Syarikat, 1965 untuk menerbit dan memperuntuk saham dalam Syarikat pada bila-bila masa sehingga tamat Mesyuarat Agung Tahunan akan datang dan mengikut syarat-syarat dan peraturan-peraturan tertentu bagi tujuan-tujuan yang tertentu mengikut pertimbangan yang difikirkan layak oleh Lembaga Pengarah dengan syarat jumlah agregat saham-saham yang diterbitkan tidak melebihi 10% daripada modal saham terbitan Syarikat pada waktu tersebut. RESOLUSI 10 7 Menjalankan sebarang urus niaga biasa lain yang notis mengenainya telahpun diberikan. RESOLUSI 11 5 Untuk melantik semula Tetuan Ernst & Young sebagai Juruaudit Syarikat dan memberi kuasa kepada para Pengarah untuk menetapkan bayaran khidmat mereka. RESOLUSI 9 DENGAN PERINTAH LEMBAGA PENGARAH RIZANI BIN HASSAN (LS 05125) SETIAUSAHA SYARIKAT Kuala Lumpur, 16 Ogos 2003 162 LAPORAN TAHUNAN 2002 / 2003

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 163 NOTA PENJELASAN UNTUK PERKARA 6 DALAM AGENDA: Resolusi tertakluk kepada Seksyen 132D, Akta Syarikat, 1965. Resolusi Biasa yang dicadangkan di bawah perkara 6 dalam Agenda, jika dluluskan, akan memberi kuasa kepada para Pengarah untuk menerbitkan saham dalam Syarikat sehingga satu jumlah yang tidak melebihi 10% jumlah keseluruhan modal saham terbitan Syarikat, bergantung kepada kepatuhan syarat-syarat berperaturan yang berkaitan. Kelulusan ini diperlukan bagi mengelak sebarang kelewatan dan kos melaksanakan mesyuarat agung untuk terbitan saham seumpamanya. Kuasa ini, jika tidak ditarik balik atau dipinda oleh Syarikat dalam mesyuarat agung, akan tamat pada Mesyuarat Agung Tahunan akan datang. NOTA 1 Seseorang ahli syarikat yang layak untuk menghadiri dan mengundi di Mesyuarat tersebut layak untuk melantik proksi untuk menghadiri dan mengundi bagi pihak dirinya. Seorang proksi boleh, tetapi tidak semestinya terdiri daripada ahli Syarikat dan seseorang ahli boleh melantik sesiapa sahaja sebagai proksinya dan peruntukan Seksyen 149(1)(b) Akta Syarikat, 1965 tidak terpakai ke atas Syarikat. 2 Dalam kes ahli korporat, suratcara perlantikan proksi mesti dimeteraikan dengan Cop Mohor atau ditandatangani oleh pegawai atau peguamnya, yang diberi kuasa sedemikian. 3 Seseorang pemegang saham boleh melantik lebih daripada 2 proksi untuk menghadiri mesyuarat. Sekiranya ahli melantik dua atau lebih proksi, beliau harus menetapkan bahagian saham pegangannya yang akan diwakili oleh setiap proksi. 4 Hak Orang Asing untuk mengundi berhubung dengan sekuriti yang didepositkan oleh mereka adalah tertakluk kepada Seksyen 41(1)(e) dan Seksyen 41(2) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 dan Peraturan-Peraturan Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) (Hak Milik Asing) 1996. Kedudukan Pendeposit sedemikian dalam hal ini akan ditentukan berdasarkan kepada Rekod Pendeposit Mesyuarat Agung sedemikian yang mana sahamnya yang melebihi had pemegang saham asing Syarikat sebanyak 45% pada tarikh Rekod Pendeposit Mesyuarat Agung boleh menghadiri Mesyuarat tersebut tetapi tidak berhak mengundi. Berikutan itu proksi yang dilantik oleh Pendeposit sedemikian yang tidak berhak mengundi, juga tidak berhak mengundi dalam Mesyuarat tersebut. 5 Suratcara perlantikan proksi hendaklah diserahkan ke Pejabat Berdaftar Syarikat di Tingkat 33, Bangunan MAS, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, tidak kurang dari 48 jam sebelum waktu untuk mengadakan Mesyuarat atau sebarang penangguhan seterusnya. 6 Pemegang-pemegang saham adalah diminta memberi perhatian kepada Syarat- Syarat Penyenaraian Bursa Saham Kuala Lumpur yang menbenarkan seseorang ahli Syarikat di mana dia adalah penama seperti yang ditafsirkan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991, untuk melantik sekurangkurangnya satu (1) proksi bagi setiap akaun sekuriti yang dipegang dengan saham-saham biasa Syarikat yang berhak dikreditkan terhadap akaun sekuriti tersebut. Notis Mesyuarat Agung Tahunan Penyata Mengiringi Notis Mesyuarat Agung Tahunan Para Pengarah yang dicalonkan untuk perlantikan semula pada Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-32 yang akan diadakan di Nirwana Ballroom 1, Lobi Bawah, Mutiara Hotel Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur pada hari Isnin, 8 September 2003, jam 10.00 pagi adalah seperti berikut: MAKLUMAT INDIVIDU MAKLUMAT KEHADIRAN PADA PENGARAH DAN KETERANGAN NAMA PENGARAH MESYUARAT PENGARAH LAIN YANG DIPERLUKAN Tan Sri Dato Seri Azizan Bin Zainul Abidin Rujuk kepada muka surat 185 Rujuk kepada muka surat 172 (Artikel 139 Tataurusan Pertubuhan Syarikat) Laporan Tahunan ini Laporan Tahunan ini Tan Sri Dato Dr. Samsudin Bin Hitam Rujuk kepada muka surat 185 Rujuk kepada muka surat 173 (Artikel 139 Tataurusan Pertubuhan Syarikat) Laporan Tahunan ini Laporan Tahunan ini Dato Md. Nor Bin Md. Yusof Rujuk kepada muka surat 185 Rujuk kepada muka surat 172 (Artikel 139 Tataurusan Pertubuhan Syarikat) Laporan Tahunan ini Laporan Tahunan ini Datu Hj. Salleh Bin Hj. Sulaiman Rujuk kepada muka surat 185 Rujuk kepada muka surat 174 (Artikel 137 Tataurusan Pertubuhan Syarikat) Laporan Tahunan ini Laporan Tahunan ini Datuk Hj. S Abdillah @ Abdullah Bin Hassan @ S Hassan Rujuk kepada muka surat 185 Rujuk kepada muka surat 176 (Artikel 137 Tataurusan Pertubuhan Syarikat) Laporan Tahunan ini Laporan Tahunan ini Dato Gumuri Bin Hj. Hussain Tidak berkenaan* Rujuk kepada muka surat 177 (Artikel 137 Tataurusan Pertubuhan Syarikat) Laporan Tahunan ini *Dato Gumuri Bin Hj. Hussain dilantik selepas tahun kewangan berakhir 31 Mac 2003 Mesyuarat Agung Tahunan yang telah diadakan dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2003. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KETIGA PULUH SATU Tarikh : 30 September, 2002 Masa : 10.00 pagi Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2 Pusat Dagangan Dunia Putra 41, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur MESYUARAT AGUNG LUARBIASA Tarikh : 5 November, 2002 Masa : 10.00 pagi Tempat : Pacific Ballroom, Aras 2, Pan Pacific Hotel Jalan Putra, 50746 Kuala Lumpur 163

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 164 Perutusan Pengerusi Sungguhpun keuntungan tersebut dianggap sederhana, pencapaian ini seharusnya diberi pujian memandangkan keadaan ekonomi dan politik yang tidak menentu. Sukacita saya maklumkan bahawa laporan kewangan Malaysia Airlines bagi tahun 2002/2003 ditutup dengan mencatatkan keuntungan sebanyak RM 339.1 juta. Keuntungan ini begitu bermakna setelah kita mengalami kerugian yang berterusan selama lima tahun kebelakangan ini. Sungguhpun keuntungan tersebut dianggap sederhana, pencapaian ini seharusnya diberi pujian memandangkan keadaan ekonomi dan politik yang tidak menentu. Sementara terdapat tanda-tanda keyakinan di kalangan penumpang untuk kembali menggunakan pengangkutan udara pada setengah tahun pertama berbanding keadaan selepas berlakunya serangan di World Trade Centre pada 11 September, makluman perjalanan yang dikeluarkan oleh beberapa buah negara dan peperangan yang melanda Iraq merupakan antara halangan utama untuk mengekalkan pemulihan. 164 LAPORAN TAHUNAN 2002 / 2003

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 165 Tan Sri Dato Seri Azizan Bin Zainul Abidin Pengerusi Perutusan Pengerusi Penyeleraian aset-aset yang inovatif di bawah urusan skim WAU (Widespread Asset Unbundling), menghasilkan pengasingan pemilikan aset daripada operasi. Boleh dikatakan hampir setiap syarikat penerbangan mengalami tekanan akibat permintaan yang berkurangan bagi pengangkutan udara. Keadaan ini menjadi lebih sukar dengan kos operasi yang kian meningkat. Bagi Malaysia Airlines, keadaan ini dapat dipertahan walaupun diselubungi bebanan hutang yang tinggi. Langkahlangkah penstrukturan semula yang diambil telah meletakkan kita di landasan yang betul. Penyeleraian aset-aset yang inovatif di bawah urusan skim WAU (Widespread Asset Unbundling), menghasilkan pengasingan pemilikan aset daripada operasi. Sebaik sahaja penstrukturan semula ini siap dilaksanakan, kunci kira-kira Malaysia Airlines kembali memberangsangkan. Dengan perasaan yakin yang kian meningkat yang disusuli dengan perubahan dalam barisan lembaga pengarah dan pengurusan, Malaysia Airlines telah meletakkan beberapa matlamat utama dalam meningkatkan operasinya. 165

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 166 Perutusan Pengerusi Langkah-langkah awal yang diambil oleh pelbagai bahagian telah meletakkan sasaran dalam meningkatkan penawaran produk syarikat, kualiti perkhidmatan serta kepercayaan yang menyeluruh terhadap Syarikat. Langkah-langkah awal yang diambil oleh pelbagai bahagian telah meletakkan sasaran dalam meningkatkan penawaran produk syarikat, kualiti perkhidmatan serta kepercayaan yang menyeluruh terhadap Syarikat. Nyata terdapat peningkatan daripada segi perkhidmatan kabin, penjualan tiket dan pengendalian penumpang. Sementara itu peningkatan jelas dilihat di bahagian kejuruteraan dan sokongan teknikal. Di bahagian-bahagian lain seperti proses dan prosedur turut menyumbang dalam meningkatkan produktiviti dan penjimatan kos. Kita juga turut berbangga kerana sekali lagi Malaysia Airlines telah dipilih oleh Skytrax sebagai penerima anugerah Kakitangan Kabin Terbaik. 166 LAPORAN TAHUNAN 2002 / 2003

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 167 Perutusan Pengerusi Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kakitangan, pihak pengurusan, pemegang-pemegang saham dan lain-lain pemegang amanah di atas kesetiaan dan sokongan mereka sewaktu Malaysia Airlines berada dalam keadaan yang getir. Perubahan yang membanggakan ini datang daripada kesedaran kita untuk bingkas mengukuhkan pemulihan serta keupayaan syarikat untuk bertindak secara cepat dan berkesan terhadap cabaran yang datang. Prestasi cemerlang MASkargo adalah hasil daripada semangat baru ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kakitangan, pihak pengurusan, pemegang-pemegang saham dan lain-lain pemegang amanah di atas kesetiaan dan sokongan mereka sewaktu Malaysia Airlines berada dalam keadaan yang getir. Dalam tempoh tahun lalu, kita telah melancarkan kempen pengiklanan yang baru. Usaha berani ini telah menjadi semakin mencabar tetapi kita tidak akan goyah, dan akan tetap berazam untuk sentiasa melebihi jangkaan pada tahun-tahun yang akan datang. 167

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 168 Perutusan Pengarah Urusan Kumpulan telah memperoleh keuntungan selepas cukai sebanyak RM339.1 juta untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac, 2003, berbanding kerugian bersih selepas cukai sebanyak RM835.6 juta pada tahun kewangan yang lalu. Tahun dalam kajian adalah tahun yang paling mencabar bagi Malaysia Airlines. Ini adalah kerana, berbanding dengan tahuntahun yang lalu, penyusunan semula organisasi Struktur Korporat Kumpulan telah dilaksanakan dengan strategi kewangan yang belum pernah diguna pakai sebelum ini. Dikenali sebagai Penyeleraian Aset Meluas (WAU), (kami gembira kerana nama ini turut bersesuaian dengan logo kita), ia membawa konotasi penyusunan semula aset yang mengasingkan pengurusan kunci kira-kira daripada pengurusan operasi. Ini merupakan satu langkah yang tepat pada masanya, lebih-lebih lagi sewaktu menempuhi keadaan paling kritikal yang pernah dihadapi oleh syarikat penerbangan ini. Langkah ini terbukti berkesan kedudukan kewangan Kumpulan telah dapat diperbaiki dan syarikat penerbangan negara telah dapat diselamatkan. Justeru itu, kejayaan ini memang patut dilihat sebagai satu peristiwa penting dalam sejarah Syarikat. Pemulihan yang lebih cepat daripada jangkaan Saya gembira melaporkan di sini bahawa penyusunan semula organisasi ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya, hasil daripada perancangan yang teliti. Malah, proses pemulihan telahpun berjalan dengan lancar ia adalah lebih cepat, berbanding dengan proses pemulihan industri ini sendiri. Kejayaan ini telah terbukti di mana dalam kenyataan kewangan terkini, kita telah mencatatkan keuntungan yang mengagumkan, di sebalik pergolakan yang dihadapi. Kumpulan telah memperoleh keuntungan selepas cukai sebanyak RM339.1 juta untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac, 2003, berbanding kerugian bersih selepas cukai sebanyak RM835.6 juta pada tahun kewangan yang lalu. Jumlah pendapatan untuk keseluruhan tahun kewangan telah meningkat sebanyak RM199.2 juta, sementara jumlah perbelanjaan dalam tempoh yang sama telah menurun sebanyak RM699.7 juta. 168 LAPORAN TAHUNAN 2002 / 2003

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 169 Dato Md. Nor Bin Md. Yusof Pengarah Urusan Perutusan Pengarah Urusan Permintaan yang lebih menggalakkan berbanding dengan apa yang dijangkakan dalam perkhidmatan penumpang dan kargo, juga menjadi satu faktor yang menyumbang ke arah peningkatan dalam keputusan kewangan. Tetapi, WAU juga telah memainkan peranan yang penting dalam keputusan ini. WAU telah dikuatkuasakan pada 5 November, 2002 dan kali pertama struktur kos WAU diperkenalkan dan diuji sepenuhnya adalah pada suku tahun terakhir. Kejayaan ini perlu dinilai dengan mengambil kira pencapaian yang diperoleh dalam keadaan paling sukar pernah dihadapi dalam sejarah Malaysia Airlines. Ketika itu, kita terpaksa menghadapi bukan sahaja satu, malah beberapa siri kejutan luaran yang tidak dijangkakan. Walaupun hampir keseluruhan industri penerbangan menjadi lumpuh, namun Malaysia Airlines masih dapat bertahan. Banyak syarikat dalam industri ini termasuk beberapa buah syarikat yang besar, telah gagal berbuat demikian. Dalam menangani masalah ini, kejayaan kita adalah disebabkan tindakan pantas dan strategik yang didorong oleh langkah berani ke arah penstrukturan semula. Penstrukturan Semula yang Luar Biasa namun Boleh Dijustifikasikan Secara Komersil Pada hakikatnya, pesawat-pesawat Malaysia Airlines telah dipindahkan kepada kunci kira-kira PMB Penerbangan Malaysia Berhad. PMB merupakan sebuah entiti yang ditubuhkan dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan diperbadankan yang kini menjadi pemegang saham utama serta syarikat induk yang telah dilantik oleh Kerajaan. Angkatan pesawat yang telah dipindahkan ini, disewakan semula kepada Malaysia Airlines, dan Malaysia Airlines mengendalikan sektor domestik bagi pihak PMB. Dalam masa yang sama, Malaysia Airlines masih terus memiliki serta mengendalikan perniagaan antarabangsa dan kargo. Di sini, kita harus merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan kerana peranannya dalam menyakinkan PMB untuk menaja jamin pelan pemulihan kita. Komitmen mereka dan sokongan politik telah memungkinkan semua ini. Kepada para pengkritik dan skeptis tetapi masih menyokong kami, mereka perlu memahami matlamat strategik yang sebenar di sebalik langkah ini. Ia tidak sepatutnya dilihat sebagai satu usaha untuk menyelamatkan Malaysia Airlines semata-mata, tetapi juga sebagai satu urus niaga luar biasa yang boleh dijustifikasikan dari segi komersil. Rasional yang pertama dalam mengasingkan pengurusan kunci kira-kira daripada pengurusan operasi adalah pembahagian tanggungjawab yang pragmatik sejajar dengan kecekapan asas perkhidmatan berkaitan yang berbeza-beza. Malaysia Airlines kini boleh fokus kepada bahagian operasi sahaja. Ini merupakan trend moden ke arah unit perniagaan autonomi yang berasingan untuk mencapai lebih tumpuan dan keberkesanan. Terdapat juga alasan kukuh untuk penglibatan Kerajaan yang lebih besar. Ia membawa kepada kekuatan dan kegigihan pemegang saham yang tidak berbelah-bagi kini lebih relevan dalam konteks persekitaran industri yang mencabar. Ini jelas merupakan suatu jaminan sekuriti kewangan yang terbaik bagi Syarikat. Kini, kita telah ditaja jamin dengan kukuh dan justeru itu, kita tidak lagi akan menjadi mangsa kepada tekanan pasaran dan ragam pusingan ekonomi. Perniagaan ini memerlukan pembiayaan kewangan yang sungguh besar. Pembelian pesawat sahaja memerlukan modal yang tinggi. 169

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 170 Perutusan Pengarah Urusan Kini, Malaysia Airlines memiliki 100 buah pesawat 85 dalam kategori jet yang mana 48 daripadanya berukuran lebar. Secara punitifnya, semua ini amat mahal untuk dibiayai. Kerajaan juga mempunyai kepentingan untuk memastikan angkatan pesawat ini diselenggarakan. Pengangkutan udara amat penting dalam akitiviti ekonomi moden. Pendekatan perniagaan konvensional yang terlalu bergantung kepada pasaran bebas dan membiarkan tekanan daripada pasaran ini membuat pembetulan terhadap sebarang kegawatan, tidak lagi sesuai pada masa kini, terutamanya selepas kemelesetan pada tahun 1997, khususnya bagi industri penting seperti yang kita ceburi. Sehubungan itu, kita perlu bertindak secara strategik dan bukan hanya bertindak secara reaktif dan ad hoc. Sifat saling berhubung antara satu sama lain sudah menjadi suatu kemestian dalam masyarakat global. Justeru itu, memastikan jambatan udara ini dikekalkan adalah amat penting bagi pelaksanaan polisi dan perancangan Kerajaan. Namun pada masa yang sama, kita menyedari bahawa kosnya adalah tinggi. Atas dasar inilah, WAU telah dibentangkan, diterima dengan baik oleh Lembaga Pengarah dan dikuatkuasakan pada akhir suku tahun ketiga. Satu tindakan yang komprehensif telah dilaksanakan untuk menerapkan konsep baru ini dan untuk memastikan ia dapat diterima oleh kakitangan di semua peringkat. Sejurus selepas itu, ia disusuli dengan Pelan Perniagaan baru. Dan pada hari ini dan dalam masa yang singkat, kita telah dapat melihat beberapa tanda kemajuan. Semangat untuk Pulih dan Kesedaran Mengenai Kualiti, Terbukti Merupakan Aset Sebenar Namun begitu, adalah kurang bijak jika kita menganggap bahawa hanya strategi pemulihan ini sahaja yang menjadi pencetus seluruh kejayaan yang dicapai sepanjang tahun lalu. Ini adalah kerana prestasi Malaysia Airlines secara keseluruhannya pada waktu itu agak stabil. Malah, sebelum pemindahan pesawat, EBITDAR kita telah mencapai margin 21.7%. Ia adalah lebih baik berbanding dengan rakan-rakan seperniagaan di pasaran dan mengambil kira segala cabaran yang terpaksa ditempuhi. Atas sebab-sebab ini, pihak pengurusan memang boleh berbangga, serta saya secara peribadi ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan ini. Mereka ternyata tidak rela membiarkan tekanan yang dihadapi menjejaskan kualiti dan standard kita yang unggul dalam perkhidmatan pelanggan dan juga kebajikan kakitangan. Kesemua ini memang merupakan suatu ujian getir terhadap ketabahan kita, malah lebih daripada itu. Kita bukan sekadar berjaya mengendalikan operasi, malah kita telah berjaya beroperasi dengan sungguh cemerlang dan mencatatkan suatu rekod baru dalam prestasi. Kita telah melihat Malaysia Airlines mendominasi peringkat teratas di kalangan syarikat-syarikat penerbangan besar di dunia melalui tinjauan Skytrax terhadap syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa. Kita telah mengatasi pesaingpesaing kita untuk meraih Anugerah kategori Anak Kapal Terbaik Dunia 2002. Lebih menggembirakan lagi, sejurus sebelum laporan ini dikeluarkan, kita telah menerima Anugerah yang sama untuk tahun 2003. Ini membuktikan kejayaan kita mengekalkan kualiti. Justeru itu, saya mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah sama-sama menyumbang ke arah kejayaan yang sungguh bermakna ini. Sebenarnya kejayaan ini 170 LAPORAN TAHUNAN 2002 / 2003

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 171 Perutusan Pengarah Urusan bukanlah sesuatu yang memeranjatkan, sebaliknya ia mengesahkan tanggapan bahawa sifat bersopan-santun dan kemesraan adalah budaya hidup rakyat Malaysia yang merupakan aset yang utama, lebih-lebih lagi dalam industri perkhidmatan. Penganugerahan seumpama ini jelas menjadi faktor penting untuk menarik lebih ramai pelanggan. Kini Malaysia Airlines setanding dengan syarikat-syarikat penerbangan yang terbaik dan tergolong di kalangan syarikat penerbangan elit. Ini juga sejajar dengan imej baru Malaysia Airlines. Ekoran daripada penstrukturan semula ini, wujud keperluan untuk menyusun semula kedudukan kita di peringkat antarabangsa, bukan sekadar untuk memaklumkan kepada masyarakat umum mengenai penyusunan semula kita tetapi juga untuk mempromosikan kelebihan daya saing Malaysia Airlines. Kita Tidak Akan Terhalang oleh Risiko Persekitaran yang Mencabar, Bergolak dan Menggerunkan Sebagai mengakhiri laporan saya, walaupun masih terlalu awal, saya ingin menarik perhatian kepada segala perubahan yang telah kita laksanakan. Hakikatnya, model baru Malaysia Airlines ini telah terus diuji sebaik sahaja ia diperkenalkan, dengan beberapa peristiwa di luar jangkaan. Pada hari kita mengumumkan pembaharuan ini kepada masyarakat umum, pengeboman di Bali telah berlaku dan sebaik sahaja kontrak pembaharuan ini ditandatangani, berita mengenai kemungkinan berlaku perang di Iraq bertiup kencang. Akibatnya, kita terpaksa menghadapi perubahan iklim dari segi psikologi yang begitu mendadak. Pada masa yang sama, panduan perjalanan akibat pengeboman yang berlaku pula telah muncul dalam senario pasaran kita dan pengurusan krisis juga turut dimasukkan ke dalam agenda Lembaga Pengarah. Semua ini berlaku sebelum munculnya Sindrom Pernafasan Akut (SARS). Perkembangan-perkembangan yang berlaku ini merupakan cabaran di luar kawalan kita tetapi tidak di luar keupayaan kita untuk menanganinya. Saya gembira dapat melaporkan bahawa model baru kita ini telah terbukti boleh dilaksanakan dengan jayanya serta berdaya maju. Apa yang nyata, kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian kita setakat ini. Belum pernah lagi dunia dan industri penerbangan menjadi begitu tidak menentu. Tahap risiko dan ketidaktentuan ini tidak boleh diukur. Walaupun kita boleh maju tanpa sebarang halangan, penyusunan semula organisasi amat penting sebagai suatu peluang untuk pembaharuan. Ini akan bergantung kepada keupayaan kita mengekalkan semangat jitu dalam semua kakitangan yang mana ini akan membolehkan Pelan kita dilaksanakan dengan jaya. Semua kakitangan Malaysia Airlines telah menerima perubahan ini dengan positif dan bagi pihak pengurusan, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka. Mereka telah bersedia untuk menerima perubahan. Sememangnya bukan sahaja sistem yang akan diuji, malah kita semua akan turut menghadapi ujian yang sama. Kita juga perlu berterima kasih kepada pemegang-pemegang saham kerana kesabaran dan sokongan mereka sewaktu Syarikat berada dalam keadaan yang getir. Kami yakin dengan strategi pemulihan yang baru sahaja dimulakan ini, kita akan terus mengaut keuntungan yang berterusan. Kita harus melihat masa depan dengan optimis tetapi dalam masa yang sama terus berwaspada. Keyakinan kita bergantung kepada fakta bahawa kini kita memiliki angkatan pesawat yang stabil dan organisasi yang pragmatik dan boleh dijadikan tempat bergantung. Kemungkinan besar, tahun lepas akan tercatat dalam sejarah sebagai asas bagi Malaysia Airlines untuk memenuhi misinya dalam pertaruhan penerbangan global. 171

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 172 Lembaga Pengarah Tan Sri Dato Seri Azizan Bin Zainul Abidin Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Dato Md. Nor Bin Md. Yusof Pengarah Eksekutif Bukan Bebas Tan Sri Dato Seri Azizan Bin Zainul Abidin, berusia 68 tahun dan seorang warganegara Malaysia. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) daripada Universiti Malaya, Malaysia pada tahun 1959 dan telah mengikuti Kursus Pembangunan dan Pentadbiran di Oxford University, United Kingdom, Royal College of Defence Studies, United Kingdom dan Advanced Management Programme di Harvard Business School, Amerika Syarikat. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada 10 Februari, 1995 setelah bertugas sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif PETRONAS dari bulan Februari, 1998. Sebelum menyertai PETRONAS, beliau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Malaysia selama dua puluh lapan tahun (28) tahun dan telah memegang pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam termasuk Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Setiausaha Sulit Kanan kepada tiga (3) Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan dan Industri serta Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Tan Sri Dato Seri Azizan juga merupakan Presiden dan Ketua Eksekutif Perbadanan Putrajaya, pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru. Dato Md. Nor Bin Md. Yusof, berusia 55 tahun, seorang warganegara Malaysia. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan daripada University of Otago, New Zealand dan merupakan seorang Akauntan Bertauliah. Beliau telah mengikuti pelbagai program latihan pengurusan tinggi termasuk Advanced Management Programme di Wharton School dan Banking and Monetary Policies Programme yang dianjurkan oleh Harvard University. Sebelum menyertai Malaysian Airline System Berhad, beliau adalah penasihat kepada Kementerian Kewangan sejak bulan Mei 2000, selepas berkhidmat dengan Kumpulan Commerce Asset Holdings Berhad sebagai Pengarah sejak 22 Februari, 1988. Jawatan terakhir beliau adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di Bank of Commerce Berhad (BOC). Semasa tempoh berkhidmat di BOC, Dato Md. Nor juga merupakan Pengerusi Commerce International Merchant Bankers Berhad dan Pengarah di dalam Lembaga Pengarah Bank of Commerce (L) Ltd., Pos Malaysia Berhad, Cagamas Bhd., Labuan Offshore Financial Services Authority, Financial Park (Labuan) Sdn Bhd dan beberapa buah organisasi lain. Beliau juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bank-Bank Malaysia dan Pengerusi Biro Pengantaraan Perbankan. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Malaysian Airline System Berhad pada 15 Februari, 2001. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan. Ketika ini beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah bagi beberapa buah syarikat awam termasuk Petroliam Nasional Berhad, Kumpulan KLCC (Holdings) Berhad, Kuala Lumpur City Centre Berhad, Kuala Lumpur City Park Berhad, Malaysian Philharmonic Orchestra dan Dewan Filharmonik Petronas. Beliau telah menghadiri kesemua dua belas (12) Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan di sepanjang tahun kewangan. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Malaysian Airline System Berhad pada 14 Februari, 2001 dan juga merupakan ahli Jawatankuasa Lembaga Keselamatan dan Sekuriti. Ketika ini beliau juga adalah ahli Lembaga Pengarah Labuan Offshore Financial Services Authority. Beliau telah menghadiri kesemua dua belas (12) Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan di sepanjang tahun kewangan. 172 LAPORAN TAHUNAN 2002 / 2003

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 173 Lembaga Pengarah Dari kiri ke kanan Dato N. Sadasivan a/l N. N. Pillay Pengarah / Datuk Hj. S Abdillah @ Abdullah Bin Hassan @ S Hassan Pengarah / Keong Choon Keat Pengarah / Dato Md. Nor Bin Md. Yusof Pengarah Urusan / Martin Gilbert Barrow Pengarah / Tan Sri Dato Seri Azizan Bin Zainul Abidin Pengerusi / Dato Zaharaah Binti Shaari Pengarah / Datu Hj. Salleh Bin Hj. Sulaiman Pengarah / Dato Gumuri Bin Hj. Hussain Pengarah / Dato Mohamed Azman Bin Yahya Pengarah / Tan Sri Dato Dr. Samsudin Bin Hitam Pengarah Tan Sri Dato Dr. Samsudin Bin Hitam Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Dato Zaharaah Binti Shaari Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Tan Sri Dato Dr. Samsudin Bin Hitam, berusia 55 tahun, seorang warganegara Malaysia. Berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Pengajian Melayu daripada Universiti Malaya, Malaysia pada tahun 1970. Beliau kemudiannya memperoleh Sarjana Sains dalam Agricultural Economics dan Ijazah Kedoktoran dalam Land Resources, kedua-duanya daripada University of Wisconsin, Amerika Syarikat, masing-masing pada tahun 1977 dan 1986. Beliau memulakan kerjayanya dengan Perbendaharaan Negara sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Belanjawan pada tahun 1970 dan kemudian menjadi Penolong Pengarah, Bahagian Belanjawan pada tahun 1973. Pada tahun 1980, beliau telah dilantik sebagai Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Belanjawan. Pada tahun 1986, beliau menyertai Unit Perancangan Ekonomi (EPU) sebagai Setiausaha kepada Panel Ekonomi dan kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Ekonomi Makro pada tahun 1987. Pada tahun 1992, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Sektoral) EPU dan kemudiannya sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Makro). Pada tahun 1998, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengarah EPU sebelum kembali ke Perbendaharaan Negara pada bulan Jun 2000 sebagai Ketua Setiausaha. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Malaysian Airline System Berhad pada 21 Julai, 2000. Beliau juga merupakan ahli dalam Jawatankuasa Lembaga Audit dan Jawatankuasa Pencalonan. Ketika ini beliau juga adalah ahli Lembaga Pengarah dalam beberapa buah syarikat awam termasuk Petroliam Nasional Berhad, Khazanah Nasional Berhad dan Bintulu Port Holdings Berhad dan kumpulannya. Beliau juga merupakan ahli lembaga pelbagai badan berkanun termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kumpulan Wang Amanah Pencen dan Bank Negara Malaysia. Beliau telah menghadiri tujuh (7) daripada (12) Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan di sepanjang tahun kewangan. Dato Zaharaah Binti Shaari, berusia 54 tahun, seorang warganegara Malaysia. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) daripada Universiti Malaya, Malaysia pada tahun 1971 dan kemudiannya memperoleh Sarjana Sains dalam Transport Planning and Management daripada Polytechnic of Central London, United Kingdom. Beliau memulakan kerjayanya dengan Kementerian Pengangkutan sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Penerbangan Awam pada tahun 1971 dan kemudian sebagai Penolong Setiausaha Kanan di Pembangunan Penerbangan Awam, Bahagian Pengangkutan Udara dan Hal Ehwal Antarabangsa. Pada tahun 1974, beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bahagian Pengangkutan Udara dan Hal Ehwal Antarabangsa dan kemudiannya ke jawatan Setiausaha Rendah Penerbangan di Kementerian Pengangkutan. Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Belanjawan di Kementerian Kewangan dan kemudiannya sebagai Pengarah Belanjawan pada tahun 1996 sebelum menyandang jawatannya sekarang sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan pada tahun 1999. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Malaysian Airline System Berhad pada 1 Oktober, 1999. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Lembaga Audit dan Jawatankuasa Ganjaran. Ketika ini beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Airports Holding Berhad dan Penerbangan Malaysia Berhad. Beliau juga merupakan Pengerusi Bintulu Port Authority, Ipoh Cargo Terminal Sdn Bhd. dan Perbadanan Aset Keretapi serta Timbalan Pengerusi Pelabuhan Johor dan Perbadanan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Beliau telah menghadiri lapan (8) daripada dua belas (12) Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan di sepanjang tahun kewangan. 173

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 174 Lembaga Pengarah Datu Hj. Salleh Bin Hj. Sulaiman Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Keong Choon Keat Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Datu Haji Salleh Bin Haji Sulaiman berusia 53 tahun, seorang warganegara Malaysia. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains daripada Universiti Malaya pada tahun 1973 dan kemudian memperoleh Sarjana Pendidikan daripada University of London, United Kingdom pada tahun 1980. Beliau juga merupakan ahli Fellow Kennedy School of Government, Harvard University, Cambridge, USA. Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 1975 sebagai Pegawai Pendidikan/Guru. Dari tahun 1977 hingga tahun 2001, beliau memegang pelbagai jawatan termasuk Penolong Kanan, Guru Besar, Pegawai Pembangunan di Jabatan Pendidikan, Pegawai Projek Kanan dan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan (SEDC); Pengurus Besar di Borneo Development Corporation Sdn. Bhd.; Pengurus Besar di Bintulu Development Authority (BDA); Penolong Kanan Pengarah dan Timbalan Pengarah di Yayasan Sarawak ; Pengarah Urusan di Centre Modern Management dan seterusnya ke jawatan Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak sebelum menyandang jawatannya sekarang sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. Beliau dilantik sebagai Pengarah Malaysian Airline System Berhad pada 1 Oktober, 2002. Beliau juga merupakan ahli dalam Jawatankuasa Lembaga Audit, Jawatankuasa Lembaga Keselamatan dan Sekuriti dan Jawatankuasa Pencalonan. Beliau tidak memegang mana-mana jawatan pengarah dalam syarikat awam. Beliau telah menghadiri lima (5) daripada lima (5) Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan di sepanjang tahun kewangan sejak perlantikannya sebagai ahli Lembaga Pengarah Malaysian Airline System Berhad. Keong Choon Keat berusia 59 tahun, dan seorang warganegara Malaysia. Beliau merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants dan Malaysian Institute of Certified Public Accountants serta seorang ahli Fellow Institute of Chartered Accountants di England dan Wales. Beliau pernah bertugas dengan Bristol Myers & Company Ltd di Middlesex, England sebagai seorang Akauntan pada tahun 1968 dan kemudiannya menyertai Malaysian Tobacco Company Bhd. sebagai Akauntan pada tahun 1969. Dari tahun 1974 hingga 1999, beliau bertugas di UMW Holdings Bhd. di mana beliau telah memegang pelbagai jawatan pengurusan daripada Pengurus Besar kepada Pengarah Akaun Kumpulan sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Eksekutif pada tahun 1988. Selepas bersara pada tahun 1999, beliau menyertai firma perunding yang menyediakan perkhidmatan perundingan pengurusan kerjaya dan penempatan di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Malaysian Airline System Berhad pada 16 April, 2001. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Audit dan Ahli Jawatankuasa Ganjaran. Beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah bagi beberapa buah syarikat awam termasuk JT International Berhad, Chin Teck Plantations Berhad, Negri Sembilan Oil Palms Berhad, Pacificmas Sdn Bhd, The Pacific Insurance Berhad dan Crest Builder Holdings Berhad. Beliau telah menghadiri sebelas (11) daripada dua belas (12) Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan di sepanjang tahun kewangan. 174 LAPORAN TAHUNAN 2002 / 2003

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 175 Lembaga Pengarah Martin Gilbert Barrow Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Dato N. Sadasivan a/l N.N. Pillay Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Martin Gilbert Barrow berusia 59 tahun, seorang warganegara Britain. Beliau mempunyai kelulusan daripada Oxford and Cambridge Board Examination A levels dalam Sains dan Matematik. Kemudiannya beliau telah menghadiri kursus Pemasaran dan Kewangan. Beliau menyertai Jardine Matheson, Hong Kong pada tahun 1965. Dari tahun 1975 sehingga tahun 1980, beliau ditukarkan ke Jepun sebagai Pengarah Urusan untuk operasi kumpulan tersebut di sana. Beliau dinaikkan pangkat ke jawatan Presiden Olayan Saudi Holding Company, syarikat bersekutu Kumpulan di Arab Saudi dari tahun 1980 hingga 1983. Beliau kembali ke Hong Kong sebagai Pengarah Urusan Wilayah, operasi Jardine di Hong Kong dan China pada tahun 1983 dan dilantik sebagai Pengarah Jardine Matheson Ltd. di Ibu Pejabat Kumpulan dari tahun 1989 sehingga tahun 2001. Di samping itu, beliau juga aktif dalam perkhidmatan awam dan pernah menjadi Pengerusi Persatuan Pelancongan Hong Kong dari tahun 1988 sehingga tahun 1996 dan ahli Lembaga Penasihat Penerbangan. Beliau bersara daripada Jardine Matheson pada Jun 2001. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Malaysian Airline System Berhad pada 29 Ogos, 2001 dan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Keselamatan dan Sekuriti. Beliau tidak memegang lain-lain jawatan pengarah dalam syarikat awam di Malaysia. Beliau telah menghadiri sembilan (9) daripada dua belas (12) Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan di sepanjang tahun kewangan. Dato N. Sadasivan a/l N. N. Pillay berusia 63 tahun, seorang warganegara Malaysia. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Ekonomi daripada Universiti Malaya, Malaysia pada tahun 1963. Beliau memulakan kerjayanya dengan Lembaga Pembangunan Ekonomi, Singapura sebagai Ahli Ekonomi/Ketua Bahagian Kemudahan Industri pada tahun 1963. Dari tahun 1968 sehingga tahun 1995, beliau telah berkhidmat dengan Badan Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) di mana beliau memegang pelbagai jawatan pengurusan, daripada Pengarah Bahagian kepada Timbalan Ketua Pengarah sebelum dinaikkan pangkat kepada Ketua Pengarah pada tahun 1984. Selepas bersara pada tahun 1995, beliau menubuhkan syarikat perundingnya sendiri iaitu SKA Management Consultants Sdn Bhd. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Malaysian Airline System Berhad pada 1 Disember, 2001. Beliau merupakan ahli Jawatankuasa Lembaga Audit, Jawatankuasa Pencalonan dan Jawatankuasa Ganjaran. Ketika ini, beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah bagi beberapa buah syarikat awam termasuk Chemical Company of Malaysia Berhad, Petronas Gas Berhad, Leader Universal Holdings Berhad, Amanah Capital Partners Berhad, APM Automotive Holdings Berhad dan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad. Beliau juga merupakan Pengarah di Bank Negara Malaysia. Beliau telah menghadiri sebelas (11) daripada dua belas (12) Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan di sepanjang tahun kewangan. 175

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 176 Lembaga Pengarah Dato Mohamed Azman Bin Yahya Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Dato Mohamed Azman Bin Yahya berusia 39 tahun, seorang warganegara Malaysia. Beliau berkelulusan Ijazah Kepujian Kelas Pertama dalam Ekonomi daripada London School of Economics & Political Science, University of London dan merupakan ahli Malaysian Institute Of Accountants dan Institute of Chartered Accountants di England dan Wales dan Fellow Malaysian Institute of Bank. Beliau merupakan pengasas dan Ketua Eksekutif Kumpulan Symphony House Berhad, sebuah Kumpulan IT dan perkhidmatan korporat yang disenaraikan. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Pemanduan bagi Penstrukturan Semula Bank-Bank Malaysia, panel penasihat Pelan Induk Perbankan Malaysia, Majlis Penasihat Pasaran Modal Suruhanjaya Sekuriti dan Malaysia Venture Capital Management Berhad. Beliau juga merupakan Pengerusi Pengurusan Danaharta Nasional Berhad. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Malaysian Airline System Berhad pada 1 Disember, 2001. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Ganjaran. Beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah bagi beberapa buah syarikat awam termasuk Sime Darby Berhad, Pharmaniaga Berhad, Island & Peninsular Berhad, PLUS Expressway Berhad, dan AE Multi Holdings Berhad dan Symphony House Berhad. Beliau telah menghadiri sembilan (9) daripada dua belas (12) Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan di sepanjang tahun kewangan. Datuk Hj. S Abdillah @ Abdullah Bin Hj. Hassan @ S Hassan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Datuk Abdillah @ Abdullah B Hassan @ S Hassan berusia 53 tahun, seorang warganegara Malaysia. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) daripada Universiti Malaya, Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Pentadbiran di Jabatan Timbalan Perdana Menteri di Sabah dalam tahun 1974 dan selepas itu dilantik sebagai Pegawai Daerah Kudat dalam tahun 1977. Dalam tahun 1980, beliau telah ditukarkan ke Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sebagai Setiausaha Tetap. Dalam tahun 1984, beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Urusan Dalaman & Penyelidikan sebelum beliau dilantik sebagai Pengarah di Jabatan Perkhidmatan Awam dalam tahun 1994. Selepas itu beliau berpindah untuk berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Negeri dalam tahun 1996 sebelum memegang jawatan sekarang sebagai Setiausaha Tetap kepada Menteri Kewangan Negeri. Sebelum perlantikan beliau sebagai Pengarah Malaysian Airline System Berhad pada 10 Mac, 2003, beliau adalah Pengarah Silih Ganti kepada Datuk Kee Mustafa. Beliau juga merupakan Pengarah di beberapa buah syarikat awam termasuk Bank Pembangunan Sabah Berhad, Borneo Housing Mortgage Finance Bhd dan Progressive Insurance Berhad. Beliau telah menghadiri dua (2) daripada sebelas (11) Mesyuarat Lembaga Pengarah sebagai Pengarah Silih Ganti kepada Datuk Kee Mustafa dan satu (1) Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan di sepanjang tahun kewangan sejak dilantik sebagai Pengarah Malaysian Airline System Berhad. 176 LAPORAN TAHUNAN 2002 / 2003

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 177 Review Lembaga of Pengarah Operations Dato Gumuri Bin Hj. Hussain Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Dato Gumuri Bin Hj. Hussain berusia 56 tahun, seorang warganegara Malaysia. Beliau merupakan seorang ahli Malaysian Institute of Accountants, the Malaysian Institute of Certified Public Accountants dan juga merupakan ahli Fellow di Institute of Chartered Accountants di England dan Wales. Beliau merupakan bekas rakan kongsi kanan di PricewaterhouseCoopers Malaysia dan Timbalan Pengerusi Lembaga Urus Tadbirnya. Beliau telah bersama dengan PricewaterhouseCoopers dan firma sebelumnya, Pricewaterhouse sejak tahun 1975. Beliau menyertai Penerbangan Malaysia Berhad sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif pada 16 Ogos, 2002 selepas bersara daripada PricewaterhouseCoopers. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Malaysian Airline System Berhad pada 20 Mei, 2003. Beliau adalah juga pengarah syarikat awam, Kurnia Setia Berhad. Jusof Bin Ismail (Pengarah Silih Ganti kepada Tan Sri Dato Dr. Samsudin Bin Hitam) Jusof Bin Ismail berusia 41 tahun, seorang warganegara Malaysia dan seorang Pengarah Silih Ganti kepada Y.Bhg. Tan Sri Dato Dr. Samsudin Bin Hitam. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya, Malaysia dalam tahun 1985 dan kemudiannya memperoleh Diploma Pentadbiran Awam daripada Institut Tadbiran Awam Negara Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 1987 dan Sarjana Ekonomi daripada Williams College, Massachusetts, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjayanya dengan Perbendaharaan sebagai Penolong Setiausaha Bahagian Ekonomi (Seksyen Kewangan Awam) dalam tahun 1988. Pada tahun 1997, beliau telah ditukarkan ke Divisyen Kewangan (Seksyen Pengswastaan) Perbendaharaan sebagai Penolong Setiausaha sebelum perlantikannya pada tahun 2000 sebagai Pegawai Khas kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Silih Ganti kepada Tan Sri Dato Dr. Samsudin Bin Hitam pada 28 Ogos, 2000. Beliau tidak pernah menghadiri mana-mana Lembaga Mesyuarat yang diadakan di sepanjang tahun kewangan. Datuk Wan Abdul Kadir Bin Wan Yubi @ Datuk Wan Ali Tuanku Yubi (Pengarah Silih Ganti kepada Datu Hj. Salleh Hj. Sulaiman) Datuk Wan Abdul Kadir Bin Wan Yubi @ Datuk Wan Ali Tuanku Yubi berusia 53 tahun, seorang warganegara Malaysia. Beliau adalah Pengarah Silih Ganti kepada Y.Bhg. Datu Haji Salleh Haji Sulaiman. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya, Malaysia dalam tahun 1973 dan meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Pendidikan di University of Birmingham dalam tahun 1982. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Pendidikan di Jabatan Pendidikan Sarawak, satu perlantikan Kerajaan Persekutuan dalam tahun 1974 dan selepas itu dilantik Pegawai Kanan Pendidikan. Pada tahun 1984, beliau ditukarkan ke Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak sebagai Penolong Setiausaha Utama (Kontrak). Dalam tahun 1987, beliau berkhidmat sebagai Residen Divisen Limbang Sarawak beberapa tahun sebelum menjawat jawatan Setiausaha Tetap kepada Kementerian Pembangunan Tanah dalam tahun 1988 di mana beliau memegang jawatan tersebut selama empat setengah tahun. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai Pengurus Besar Lembaga Pembangunan & Lindungan Tanah dalam tahun 1992 dan telah berpindah balik ke Perkhidmatan Awam Negeri sebagai Timbalan Setiausaha Kewangan Negeri dalam tahun 1994. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Kewangan Negeri dalam tahun 1995 177

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 178 Lembaga Pengarah di mana beliau memegang jawatan tersebut selama enam (6) tahun sebelum memilih untuk bersara awal daripada Perkhidmatan Awam Negeri dalam bulan November pada tahun 2000. Beliau juga merupakan seorang bekas Pengarah di Borneo Housing Mortgage Finance Berhad, Malaysian International Shipping Corporation Bhd., Amanah Saham Sarawak Bhd. dan Sarawak Oil Palms Bhd. Pada masa ini Datuk Wan Ali ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah di Sarawak Enterprise Corporation Berhad sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur. Sebelum beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Silih Ganti kepada Y.Bhg. Datu Haji Salleh Haji Sulaiman pada 6 Januari, 2003, beliau adalah Pengarah Silih Ganti kepada Y.Bhg. Datu Dr. Hatta Solhi. Beliau juga adalah Pengarah dalam beberapa syarikat awam termasuk Cahya Mata Sarawak Berhad, Sarawak Enterprise Corporation Berhad dan Kumpulan dan Rashid Hussain Berhad. Beliau telah menghadiri satu (1) daripada sembilan (9) Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan di sepanjang tahun kewangan sebagai Pengarah Silih Ganti kepada Datu Dr. Hatta Bin Solhi. Abdul Rahman Bin Abdul Ghani (Pengarah Silih Ganti kepada Datuk Abdillah @ Abdullah Bin Hassan @ S Hassan) Abdul Rahman Bin Abdul Ghani, berusia 52 tahun, seorang warganegara Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Silih Ganti kepada Y.Bhg. Datuk Abdillah @ Abdullah Bin Hassan @ S Hassan. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera University of Queensland, Australia pada tahun 1977. Kerjayanya bermula dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Penguasa Kastam di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja pada tahun 1977 dan kemudian beliau telah berkhidmat di Perkhidmatan Awam Negeri termasuk dengan Badan Berkanun dan agensi-agensi sejak 23 tahun lalu dengan memegang pelbagai jawatan kanan. Jawatannya yang terakhir adalah sebagai Pencetak Kerajaan di Jabatan Percetakan Kerajaan Negeri Sabah sebelum menyertai Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd., sebuah syarikat induk yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa dari 17 April, 2000. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Silih Ganti kepada Datuk Abdillah @ Abdullah Bin Hassan @ S Hassan pada 11 Julai, 2003. Beliau juga merupakan pengarah sebuah syarikat awam iaitu Borneo Housing Martgage Finance Berhad. Tiada seorangpun daripada para Pengarah ini mempunyai pertalian kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah dan/atau pemegang saham utama atau mempunyai kepentingan yang bertentangan dengan Malaysian Airline System Berhad. Tiada seorangpun daripada para Pengarah ini telah disabitkan dengan kesalahan untuk apa jua kesalahan (selain kesalahan trafik, jika ada). 178 LAPORAN TAHUNAN 2002 / 2003

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 179 Maklumat Korporat pada 15 Julai 2003 Maklumat Korporat Lembaga Pengarah Tan Sri Dato Seri Azizan Bin Zainul Abidin (Pengerusi) (Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif) Dato Md. Nor Bin Md. Yusof (Pengarah Urusan) (Pengarah Eksekutif Bukan Bebas) Tan Sri Dato Dr. Samsudin Bin Hitam (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif) Dato Zaharaah Binti Shaari (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif) Datu Hj. Salleh Bin Hj. Sulaiman (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Keong Choon Keat (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Martin Gilbert Barrow (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Dato N. Sadasivan a/l N. N. Pillay (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Dato Mohamed Azman Bin Yahya (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Datuk Hj. S Abdillah @ Abdullah Bin Hassan @ S Hassan (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Dato Gumuri Bin Hj. Hussain (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif) Datuk Wan Abdul Kadir Bin Wan Yubi @ Datuk Wan Ali Tuanku Yubi (Pengarah Silih Ganti kepada Datu Haji Salleh Bin Haji Sulaiman) Jusof Bin Ismail (Pengarah Silih Ganti kepada Tan Sri Dato Dr. Samsudin Bin Hitam) Abdul Rahman Bin Abdul Ghani (Pengarah Silih Ganti kepada Datuk Hj. S Abdillah @ Abdullah Bin Hassan @ S Hassan) Senarai Pengurusan Kanan Divisyen Perkhidmatan Korporat Dr. Mohamadon Bin Abdullah Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat Dr. Wafi Nazrin Bin Abdul Hamid Pengurus Besar, Perkhidmatan Korporat Adnan Bin Shahbudin Penolong Pengurus Besar, Kawalan & Keselamatan Mariah Binti Sheikh Hussien Penolong Pengurus Besar, Perkhidmatan Korporat Zawiah Binti Mat Aruf Penolong Pengurus Besar, Komunikasi Korporat Divisyen Jualan, Pengedaran & Pemasaran Dato Ahmad Fuaad Bin Mohd Dahalan Pengurus Besar Kanan, Jualan, Pengedaran & Pemasaran Dato Abdul Rashid Khan Bin Abdul Rahim Khan Pengurus Besar, Jualan Barat Danny Kondic Pengurus Besar, Jualan Timur Dato Shamin Ahmad Bin Mohamad Ishaq Pengurus Besar, Perkhidmatan Pemasaran Dato Tuan Ibrahim Bin Tengku Abdullah Pengurus Besar Serantau, Timur Tengah Azlan Bin Hussain Penolong Pengurus Besar Serantau, Australia/New Zealand Md Saat Bin A Samad Penolong Pengurus Besar, Pengedaran 179

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 180 Maklumat Korporat pada 15 Julai 2003 Phang Pow Ing Penolong Pengurus Besar, Pengurusan & Perancangan Jualan Azmil Hisham Bin Abd Rahman Penolong Pengurus Besar, Pembangunan Produk & Perkhidmatan Raja Noor Diana Binti Raja Zainal Karib Khan Penolong Pengurus Besar, Sokongan Pemasaran Suhaila Binti Hj Shamsuddin Penolong Pengurus Besar, Pengurusan Pelanggan & Perkhidmatan Kualiti Shauqi Bin Ahmad Pengurus Kawasan Sabah & Brunei Divisyen Rangkaian & Pengurusan Hasil Paul A. Mooney Pengurus Besar Kanan, Rangkaian & Pengurusan Hasil Dr Mohd Amin Bin Mohd Yassin Khan Pengurus Besar, Rangkaian & Perancangan Operasi Kym Joylene Clarke Penolong Pengurus Besar, Pengurusan Hasil Liow Ngit Sing Penolong Pengurus Besar, Perancangan Operasi Mohd Razali Bin Harun Penolong Pengurus Besar, Urus Niaga Pesawat Divisyen Operasi Teknikal & Darat Tajuden Bin Abu Bakar Pengurus Besar Kanan, Operasi Teknikal & Darat Mohd Roslan Bin Ismail Pengurus Besar, Kejuruteraan & Penyelenggaraan Abdullah Bin Muda Penolong Pengurus Besar, Pengurusan Penerbangan Hayati Binti Dato Ali Penolong Pengurus Besar, Pengurusan Pengendalian Darat Iszham Bin Idris Penolong Pengurus Besar, Sokongan Penyelenggaraan Nizuyir Bin Buyong Penolong Pengurus Besar, Perkhidmatan Bantuan Darat Wan Abdul Rahim Bin Hj Wan Ishak Penolong Pengurus Besar, Operasi Penyelenggaraan Yusop Bin Jaridi Penolong Pengurus Besar, Perkhidmatan Lapangan Terbang Divisyen Operasi Penerbangan Dato Kapten Mohd Nawawi Bin Awang Pengurus Besar Kanan, Operasi Penerbangan Kapten Mohd Azharuddin Bin Osman Pengurus Besar, Operasi Penerbangan (Operasi & Pembangunan) Shulhameed Bin Marican Pengurus Besar, Perkhidmatan Dalam Penerbangan Kamal Azran Bin Adam Penolong Pengurus Besar, Perancangan & Produktiviti Tenaga Kerja Kapten Ooi Teow Siew Penolong Pengurus Besar, Kawalan Mutu, Projek & Proses Divisyen Kewangan Low Chee Teng Ketua Pegawai Kewangan Mohd Sukri Bin Husin Pengurus Besar, Laporan Berkumpulan, Kawalan & Belanjawan Khoo Ewe Phung Pengurus Besar, Perkhidmatan Perakaunan Ahmad Ramzi Bin Muhamad Bukhari Penolong Pengurus Besar, Perbendaharaan & Pelaburan 180 LAPORAN TAHUNAN 2002 / 2003

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 181 Maklumat Korporat Heng Geok Chin Penolong Pengurus Besar, Akaun Kewangan Josephine Liew Lup Foong Ketua Kewangan Jualan, Pengedaran & Pemasaran Md Yasin Bin Bachik Penolong Pengurus Besar, Pengurusan Laporan Hasil Penumpang/Projek Subramaniam a/l Munusamy Penolong Pengurus Besar, Perkhidmatan Kewangan Yoon Chooi Wan Penolong Pengurus Besar, Sistem Kewangan Zabariah Binti Md Ibrahim Ketua Kewangan Operasi Teknikal & Darat Divisyen Kargo Ong Jyh Jong Pengurus Besar Kanan, Kargo Perancangan Perkhidmatan Teknologi & Maklumat Marzida Binti Mohd Noor Pengurus Besar Kanan, Perancangan & Perkhidmatan Teknologi Maklumat Divisyen Pengurusan Projek & Asurans Mohd. Nadziruddin Bin Mohd. Basri Pengurus Besar, Pejabat Pengurusan Program Ahmad Muzzaffar Bin Ahmad Mustapha Penolong Pengurus Besar, Pembelian Ahmad Shamsuddin Bin Muhiyuddin Penolong Pengurus Besar, Pengurusan Harta Mohamad Fadzil Bin Mohamad Ariff Penolong Pengurus Besar, Pembangunan Harta Jabatan Audit Dalaman Shahnaz Al Sadat Binti Tan Sri Sheikh Abdul Mohsien Pengurus Besar, Audit Dalaman Divisyen Sumber Manusia Mohamed Yusof Bin Ahmad Muhaiyuddin Pengurus Besar, Pengurusan Sumber Manusia Setiausaha Syarikat Rizani Bin Hassan LS 05125 Pejabat Berdaftar Tingkat 33, Bangunan MAS Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur, Malaysia Tel : 603 2161 0555 Faks : 603 2161 3472 (Utama) Faks : 603 2162 8305 (Setiausaha Syarikat) Website : malaysia-airlines.com Pejabat Pendaftaran Saham Malaysian Share Registration Services Sdn. Bhd. Tingkat 7, Exchange Square, Bukit Kewangan 50250 Kuala Lumpur, Malaysia Tel : 603 2026 8099 Faks : 603 2026 3736 Juruaudit Tetuan Ernst & Young Aras 23A, Menara Millenium Jalan Damansara, Pusat Bandar Damansara Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia Tel : 603 2087 7000 Faks : 603 2095 9076 (Utama) Faks : 603 2095 9078 (Audit) Penyenaraian Bursa Saham Kuala Lumpur 181

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 182 Jawatankuasa Pengurusan Pada 15 Julai 2003 Dato Ahmad Fuaad Bin Mohd Dahalan Pengurus Besar Kanan, Jualan, Pengedaran dan Pemasaran Dato Ahmad Fuaad Bin Mohd Dahalan berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) daripada Universiti Malaya pada tahun 1973. Beliau telah menyertai Kementerian Luar Negeri pada bulan April 1973. Kerjayanya dengan Malaysia Airlines bermula pada bulan Julai 1973 dan sebahagian daripada tugas-tugas utama beliau termasuklah di Tokyo, Jakarta, Manila dan Paris. Beliau telah dilantik sebagai Pengurus Wilayah, Sarawak pada tahun 1984 dan Pengurus Wilayah, Semenanjung Malaysia & Singapura pada tahun 1987. Pada tahun 1990, beliau telah memegang jawatan sebagai Naib Presiden, Benua Amerika, beribu pejabat di Los Angeles sebelum bertukar ke London pada tahun 1997 sebagai Naib Presiden, United Kingdom & Eropah. Pada bulan Jun 2001, beliau telah kembali ke Kuala Lumpur untuk menjawat jawatannya sekarang iaitu sebagai Pengurus Besar Kanan, Jualan, Pengedaran dan Pemasaran. Low Chee Teng Ketua Pegawai Kewangan Low Chee Teng menyertai Malaysia Airlines sebagai seorang akauntan pada tahun 1977. Sejak dari itu dan sehingga perlantikan ke jawatannya sekarang sebagai Ketua Pegawai Kewangan pada bulan September 2002 lalu, beliau telah mempunyai 25 tahun pengalaman yang luas dalam urusan kewangan syarikat. Beliau berkelulusan Sarjana Muda dalam Commerce & Administration daripada Victoria University, Wellington, New Zealand dan Sarjana dalam Business Administration (MBA) (Kepujian) daripada International Management Centre, UK. Beliau juga merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants dan Institute of Chartered Accountants of New Zealand. Marzida Binti Mohd Noor Pengurus Besar Kanan, Perancangan dan Perkhidmatan Teknologi Maklumat Marzida Binti Mohd Noor merupakan seorang Pengurus Kanan Perkhidmatan dan Perancangan Teknologi Maklumat, berkelulusan Sarjana Sains dalam Decision Sciences, Indiana University, Bloomington, Indiana, Amerika Syarikat dan Sarjana Sains dalam Management Information System, United States International University, California, Amerika Syarikat. Sebelum menyertai Malaysia Airlines, beliau berkhidmat dengan KPMG dari tahun 1989 sehingga tahun 1992 sebagai Perunding Pengurusan Teknologi Maklumat. Beliau menyertai Malaysia Airlines pada tahun 1992 sebagai Pengawal Maklumat Perdagangan dan telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Teknologi Maklumat Unit Pengurusan Teknologi Maklumat pada tahun 1996. Pada tahun 1998, beliau telah dilantik sebagai Naib Presiden Perancangan Teknologi Maklumat dan Pengarah program untuk Projek 2000 Malaysia Airlines. Beliau telah dipinjamkan kepada Trifiniti Networks Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Projek dari pertengahan tahun 2000 sehingga Mac 2001. Pada bulan Jun 2001, beliau diberikan tugas untuk mengetuai Bahagian Teknologi Maklumat Malaysia Airlines sebagai Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan dan Perancangan Teknologi Maklumat. Dr. Mohamadon Bin Abdullah Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat Dr. Mohamadon Bin Abdullah menyertai Malaysia Airlines pada tahun 1972 sebagai Pelatih Pengurusan selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya. Jawatan pertama beliau adalah di Bahagian Sumber Manusia sebagai Eksekutif Sumber Manusia. Beliau telah berkhidmat dengan Syarikat selama lebih 30 tahun. Beliau 182 LAPORAN TAHUNAN 2002 / 2003

MAS 00519 CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 183 Jawatankuasa Pengurusan Berdiri dari Kiri ke Kanan Duduk dari Kiri ke Kanan Mohd Nadziruddin Bim Mohd Basri / Ong Jyh Jong / Dato Kapten Mohd. Nawawi Bin Awang / Paul A. Mooney / Tajeden Bin Abu Bakar / Rizani Bin Hassan / Mohamed Yusof Bin Ahmad Muhaiyuddin / Low Chee Teng Marzida Binti Mohd Noor / Dr. Mohamadon Bin Abdullah / Dato Md Nor Bin Md Yusof / Dato Ahmad Fuaad Bin Mohd Dahalan / Shahnaz Al Sadat telah bertugas di Jabatan Sumber Manusia di bahagian Perhubungan Industri, Latihan dan Pembangunan serta Pembangunan Pengurusan. Seterusnya beliau telah berkhidmat di Bahagian Kejuruteraan, Jualan Penumpang, Perkhidmatan Pelanggan dan Operasi Penerbangan. Perlantikan terakhir beliau sebelum menjawat jawatannya sekarang adalah sebagai Naib Presiden Kanan Operasi Penerbangan. Airlines pada bulan Januari 2001. Beliau telah memainkan peranan penting dalam memperkenalkan perkhidmatan fret dan bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai inisiatif bertaraf dunia dan kerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan lain. Beliau kini memegang jawatan Penasihat kepada Air Cargo Europe dan menjadi penceramah di persidangan logistik antarabangsa. Dato Kapten Mohd. Nawawi Bin Awang Pengurus Besar Kanan, Operasi Penerbangan Paul A. Mooney Pengurus Besar Kanan, Rangkaian dan Pengurusan Hasil Dato Kapten Mohd. Nawawi Bin Awang, memulakan kerjayanya dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia pada tahun 1970 dan menyertai Malaysia Airlines pada tahun 1975. Beliau telah menerbangkan pelbagai jenis pesawat semasa berkhidmat dengan TUDM dan Malaysia Airlines, dan ditauliahkan untuk mengendali pesawat B747-400. Beliau telah mencatatkan masa penerbangan selama 15,000 jam. Sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar Kanan Operasi Penerbangan pada bulan Jun 2001, beliau merupakan Naib Presiden Operasi Penerbangan sejak tahun 1996. Dato Kapten Nawawi merupakan ahli UK Chartered Institute of Transport dan berkelulusan MBA daripada University of Strathclyde, Scotland. Ong Jyh Jong Pengurus Besar Kanan, Kargo Ong Jyh Jong menyertai Malaysia Airlines pada tahun 1984 setelah memperoleh Sarjana Muda (Kepujian) dalam Sains Sosial daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti termasuk sebagai Pengurus Daerah Phuket, Pengurus Australia Selatan, Pengurus Jualan Agensi dan Pengurus Besar Jualan Kargo. Pada tahun 1996 beliau meninggalkan Malaysia Airlines untuk menyertai lainlain perniagaan dalam industri kargo dan menyertai semula Malaysia Paul A. Mooney berkelulusan Sarjana Sains dalam Aeronautics (Kepujian) dan Ijazah Bersekutu dalam Aviation Management (Kepujian), Saint Louis University, Amerika Syarikat. Sebelum menyertai Malaysia Airlines beliau telah berkhidmat dengan Qantas Airways, menimba pengalaman dalam jualan, perancangan pendapatan, pemasaran laluan, pengurusan pendapatan dan strategi pembangunan aktiviti perjanjian syarikat penerbangan. Beliau telah dilantik sebagai Pengurus Besar Kanan, Rangkaian dan Pengurusan Hasil Malaysia Airlines pada 2 Julai, 2001. Tajuden Bin Abu Bakar Pengurus Besar Kanan, Operasi Teknikal dan Darat Tajuden Bin Abu Bakar menyertai Malaysia Airlines sebagai jurutera penyelenggaraan pesawat berlesen pada tahun 1976 dan telah terlibat secara aktif dalam pelbagai bidang teknologi penerbangan termasuk penyelenggaraan dan kejuruteraan pesawat, pengeluaran pesawat, pengurusan projek usaha sama dan pengurusan operasi. Beliau berkelulusan Sarjana Sains dalam Engineering Business Management daripada University of Warwick, UK dan merupakan Timbalan Presiden Penyelenggaraan dan Kejuruteraan sebelum menjawat jawatan Pengurus Besar Kanan, Operasi Teknikal dan Darat pada tahun 2001. 183