ISI KANDUNGAN. V. Penyataan Pemegang Amanah. B. Penyata Pendapatan Komprehensif. C. Penyata Kedudukan Kewangan. D. Penyata Perubahan Dalam Ekuiti

Similar documents
LAPORAN PENGURUS AMANAH SAHAM GEMILANG (ASG)

ISI KANDUNGAN. V. Penyataan Pemegang Amanah. B. Penyata Pendapatan Komprehensif. C. Penyata Kedudukan Kewangan. D. Penyata Perubahan Dalam Ekuiti

NOTIS PENTING. Terima Kasih.

NOTIS PENTING. Terima Kasih.

ISI KANDUNGAN. V. Penyataan Pemegang Amanah. B. Penyata Pendapatan Komprehensif. C. Penyata Kedudukan Kewangan. D. Penyata Perubahan Dalam Ekuiti

ASN IMBANG (MIXED ASSET BALANCED) 1 ( ASN IMBANG

ISI KANDUNGAN. Tajuk. Muka Surat. Maklumat Tabung. Prestasi Tabung. Laporan Pengurus. Penyata Pengurus. Penyataan Pemegang Amanah

ISI KANDUNGAN. V. Penyataan Pemegang Amanah. A. Penyata Untung atau Rugi dan Pendapatan Komprehensif. B. Penyata Pendapatan Komprehensif

NOTIS PENTING. Terima Kasih.

LAPORAN TAHUNAN ASM BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 MAC 2017

PB604 : BUSINESS FINANCE

LAPORAN TAHUNAN ASM BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 MAC

NOTIS PENTING. Terima Kasih.

LAPORAN TAHUNAN ASB 2 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 MAC

NOTIS PENTING. Terima Kasih.

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 30 OGOS 2016

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 30 JUN 2016

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 30 JUN 2017

Allianz Life Insurance Malaysia Berhad ( X) 2016 LAPORAN PRESTASI DANA

Allianz Life Insurance Malaysia Berhad ( X) Laporan Prestasi Dana 2012

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 31 OGOS 2017

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 30 OGOS 2017

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2017

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

(Dahulunya dikenali sebagai PMB Shariah Balanced Fund)

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 30 OGOS 2015

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 28 FEBRUARI 2015

PMB INVESTMENT BERHAD ( D) (Syarikat Kumpulan Pelaburan MARA) Level 20, 1 Sentral Jalan Rakyat Kuala Lumpur Sentral Kuala Lumpur

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 OGOS 2017

DANA GROWTH TAKAFUL IKHLAS JULY 2013

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 15 JANUARI 2014

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 31 MAC 2015

100.00% 80.00% 60.00% 40.00% 20.00% 0.00% Nov-11. Feb %

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2016

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2017

PUBLIC e-flexi ALLOCATION FUND (PUBLIC DANA e-flexi ALOKASI) (PeFAF)

PB BOND FUND (PB DANA BON) (PBBOND)

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 JANUARI 2017

Allianz Life Insurance Malaysia Berhad ( X) Laporan Prestasi Dana 2014

PUBLIC BOND FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 30 JUN 2016

MAKLUMAT TABUNG 2 PRESTASI TABUNG 3 LAPORAN PENGURUS 5 PENYATA PENGURUS 12 PENYATA JAWATANKUASA SYARIAH 13 LAPORAN PEMEGANG AMANAH 14

45.00% 40.00% 35.00% 30.00% 25.00% 20.00% 15.00% 10.00% 5.00% 0.00% -5.00% Nov-11

DANA GROWTH TAKAFUL IKHLAS JUNE 2013

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% % Nov-11

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 30 NOVEMBER 2017

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 JANUARI 2017

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 OGOS 2014

100.00% 80.00% 60.00% 40.00% 20.00% 0.00% Dec-11. Nov-11. Jan-12. Feb-12. Mar-12. Apr %

DANA GROWTH TAKAFUL IKHLAS AUGUST 2013

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Mar-12. Dec-11. Jan-12. Feb-12. Dana Sasaran

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Dec-11. Jan-12. Mar-12. Feb-12. Dana Sasaran

100.00% 80.00% 60.00% 40.00% 20.00% 0.00% Nov-11. May-12. Feb %

PMB DANA AL-AIMAN LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 31 MEI 2018

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND (PB DANA EKUITI CHINA AUSTRALIA) (PBCAUEF)

PUBLIC ENHANCED BOND FUND (PUBLIC DANA BON DIPERKASA) (PEBF)

Mencapai prestasi yang mampan. Achieving sustainable performance

PB BALANCED FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PB MIXED ASSET GROWTH FUND (PB DANA ASET TUMBUH CAMPURAN) (PBMAGRF)

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% % Dec-11. Nov-11

90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Dec-11. Jan-12. Feb-12

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 30 JUN 2017

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 OKTOBER 2017

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% % Dana Sasaran

PB INFRASTRUCTURE BOND FUND

100.00% 80.00% 60.00% 40.00% 20.00% 0.00% Nov-11. May-12. Feb %

PUBLIC STRATEGIC BOND FUND (PUBLIC DANA BON STRATEGIK) (PSTBF)

PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER FINANCIAL STATEMENTS (Available in CD version only)

PB GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 30 NOVEMBER 2016

PUBLIC GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PB CASH MANAGEMENT FUND PB DANA PENGURUSAN TUNAI (PBCMF)

PB GROWTH FUND PB DANA TUMBUH (PBGF)

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Jan-12. Dec-11. Feb-12

PUBLIC ADVANTAGE GROWTH EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TUMBUH BERKELEBIHAN) (PAVGEF)

PUBLIC INDEX FUND (PUBLIC DANA INDEKS) (PIX)

Pengurusan Pelaburan. Perantara dan Institusi Pasaran. Penguatkuasaan

PUBLIC SINGAPORE EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI SINGAPURA) (PSGEF)

No. Syarikat H MAA TAKAFUL BERHAD

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Nov-11. Dec % Dana Sasaran

PB ASIA PACIFIC DIVIDEND FUND (PB DANA DIVIDEN ASIA PASIFIK) (PBAPDF)

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Jan-12. Dec-11. Feb-12. Mar-12

PB ASIA EMERGING GROWTH FUND (PB DANA TUMBUH PASARAN BARU ASIA) (PBAEGF)

90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00%

PUBLIC OPTIMAL GROWTH FUND

PUBLIC REGULAR SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN BERKALA) (PRSF)

LEMBAGA TABUNG HAJI Penyata Kewangan 2011

PB SINGAPORE ADVANTAGE-30 EQUITY FUND PB DANA EKUITI KELEBIHAN-30 SINGAPURA (PBSGA30EF)

KAMI MELINDUNGI IMPIAN ANDA

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 JANUARI 2015

PB SMALLCAP GROWTH FUND (PB DANA TUMBUH MODAL KECIL) (PBSCGF)

50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Dec-11. Nov %

PUBLIC INDONESIA SELECT FUND

PUBLIC SUKUK FUND (PUBLIC DANA SUKUK) (PSKF)

45.00% 40.00% 35.00% 30.00% 25.00% 20.00% 15.00% 10.00% 5.00% 0.00% -5.00%

PB ISLAMIC EQUITY FUND (PB DANA EKUITI ISLAMIK) (PBIEF)

Transcription:

ISI KANDUNGAN NO. TAJUK I. Maklumat Tabung II. Prestasi Tabung III. Laporan Pengurus IV. Penyata Pengurus V. Penyataan Pemegang Amanah VI. Laporan Juruaudit MUKASURAT 2 3 6 14 15 16 VII. Penyata Kewangan A. Penyata Untung atau Rugi B. Penyata Pendapatan Komprehensif C. Penyata Kedudukan Kewangan D. Penyata Perubahan Dalam Ekuiti E. Penyata Aliran Tunai F. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan VIII. Maklumat Korporat 18 19 20 21 22 23-48 49 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 1

Pemegang pemegang unit Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2) yang dihormati, AmanahRaya Trustees Berhad (ART) selaku Pemegang Amanah dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) selaku Pengurus ASN 2, dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan ASN 2 bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2014. I. MAKLUMAT TABUNG LAPORAN TAHUNAN AMANAH SAHAM NASIONAL 2 (ASN 2) a. b. c. Nama Tabung Kategori dan Jenis Tabung Objektif Pelaburan Tabung d. Penanda Aras Tabung Amanah Saham Nasional 2 Ekuiti / Pertumbuhan Objektif ASN 2 ialah untuk memberi peluang kepada pemegang-pemegang unit untuk mendapat pulangan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pulangan modal pada tahap risiko yang berpatutan melalui pelaburan dalam kepelbagaian portfolio sekuriti, terutamanya dalam ekuiti sekuriti Malaysia selaras dengan Suratikatan, Garis Panduan dan undang-undang sekuriti. ASN 2 menggunakan penanda aras cipta-suai yang menggabungkan Indeks FTSE Bursa Malaysia 100 ( FBM 100 ) dan kadar Faedah Pasaran Wang Antara Bank 3-bulan (KLIBOR 3-bulan) bagi tujuan perbandingan prestasinya. Kombinasi Penanda Aras Cipta-Suai % FBM 100 (100%) 80 KLIBOR 3-bulan 20 e. Polisi Pengagihan Pendapatan Tabung ASN 2 akan mengagihkan perolehan daripada pendapatannya, jika ada, tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan dan kelulusan daripada pemegang amanah f. Pegangan Unit Pecahan Pegangan Unit Pada 30 Jun 2014, seramai 9,916 individu telah menyertai ASN 2. Pecahan pegangan unit adalah seperti berikut: Bilangan Pemegang Bilangan % Unit % Unit Dilanggan 5,000 ke bawah 5,640 56.9 10,048,326 3.7 5,001 10,000 1,237 12.5 8,939,370 3.3 10,001 50,000 1,964 19.8 44,819,289 16.5 50,001 500,000 991 10.0 125,195,101 46.1 500,001 ke atas 84 0.8 82,324,901 30.4 Jumlah 9,916 100.0 271,326,987 100.0 2 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

II. PRESTASI TABUNG a. Perumpukan Aset (i) Perumpukan aset bagi ASN 2 adalah seperti berikut: Komponen Aset Dalam Portfolio Pelaburan di Pasaran Ekuiti Lain lain Pelaburan di Pasaran Modal (i) Sekuriti Berpendapatan Tetap Dan Sekuriti Hutang Tidak Disebut Harga (ii) Pelaburan Dalam Sekuriti Modal Bercantum (iii) Lain lain Pelaburan dan Aset Bersih Jumlah 30.06.2014 % 30.06.2013 % 30.06.2012 % 86.10 87.60 75.93 1.35 - - 1.47 2.41 2.52 11.08 9.99 21.55 100.00 100.00 100.00 (ii) Perumpukan Aset Mengikut Sektor Berdasarkan Nilai Pasaran: Sektor RM( 000) 30.06.2014 30.06.2013 30.06.2012 Pelaburan disebut harga Kewangan 84,875 58,074 48,353 Perkhidmatan/Perdagangan 134,241 86,681 66,124 Pembinaan 11,378 2,835 2,305 Perladangan 16,903 13,275 12,427 Barangan Industri 16,631 12,339 10,187 Infrastruktur 12,692 9,829 12,958 Hartanah 8,250 2,842 856 Teknologi 2,299 - - Barangan Pengguna 13,954 6,000 6,935 REITs 14,145 9,155 6,797 Lain-lain - - 41 Jumlah 315,368 201,030 166,983 Lain-lain Pelaburan di Pasaran Modal: (i) Sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga 4,962 - - (ii) Pelaburan dalam sekuriti modal bercantum 5,370 5,536 5,536 (iii) Lain-lain pelaburan dan aset bersih 40,486 22,934 47,375 Jumlah 366,186 229,500 219,894 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 3

b. Pengagihan Pendapatan Pengagihan Pendapatan 2014 2013 2012 Kadar Pengagihan Pendapatan (sen seunit) 6.90 7.10 6.50 Jumlah Pengagihan (RM juta) 18.77 12.61 11.96 Tarikh pembayaran 1 Julai 2014 1 Julai 2013 1 Julai 2012 Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2014, ASN 2 telah memperuntukkan sejumlah RM18.77 juta (2013: RM12.61 juta) iaitu bersamaan dengan 6.90 sen seunit (2013: 7.10 sen seunit) untuk pembayaran pengagihan pendapatan. ASN 2 telah memperolehi sumber pendapatan dari dividen kasar dari syarikat-syarikat pelaburan, keuntungan ternyata dari jualan pelaburan dan pendapatan dari lain-lain instrumen pasaran modal. Sumber Pendapatan Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 (RM Juta) 2013 (RM Juta) 2012 (RM Juta) Dividen kasar saham disebut harga 7.45 7.76 10.26 Keuntungan bersih ternyata daripada jualan pelaburan 13.49 9.69 3.25 Lain-lain Pendapatan 1.25 1.72 1.81 Jumlah 22.19 19.17 15.32 Sumber : Novagni c. Analisa Nilai Aset Bersih (NAB) Tabung Bagi jumlah NAB, ASN 2 telah mencatatkan kenaikan sebanyak 59.56% iaitu daripada RM229.50 juta kepada RM366.19 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2014. NAB seunit juga meningkat kepada RM1.3461 selepas pengagihan pendapatan berbanding RM1.2926. 4 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

d. Maklumat Kewangan Perbandingan Maklumat Kewangan Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun Terdahulu: Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 2013 2012 Sebelum pengagihan pendapatan (RM) NAB (RM 000) 384,957 242,106 231,857 NAB seunit (RM) 1.4151 1.3636 1.2598 Selepas Pengagihan Pendapatan NAB (RM 000) 366,186 229,500 219,894 NAB seunit (RM) 1.3461 1.2926 1.1948 NAB seunit terendah (RM) 1.2447 1.1948 1.0504 NAB seunit tertinggi (RM) 1.4135 1.3783 1.2588 Unit Dalam Edaran ( 000) 272,043 177,543 184,043 Kadar Pengagihan (sen seunit) 6.90 7.10 6.50 Tarikh pengagihan pendapatan 1 Julai 2014 1 Julai 2013 1 Julai 2012 Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (%) 1 1.37 1.35 1.22 Nisbah Pusing Ganti Portfolio (kali) 2 0.53 0.46 0.47 Pulangan: - Modal (%) 3 4.14 8.19 1.06 - Pendapatan (%)(Yield) 4 5.13 5.49 5.44 Jumlah Pulangan (%) 5 9.47 14.13 6.56 Nota: 1. Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (NPP) adalah nisbah di antara jumlah bayaran pengurusan dan perbelanjaan Unit Amanah yang dikembalikan dengan purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian.perubahan antara NPP pada 30 Jun 2014 dan pada 30 Jun 2013 adalah tidak ketara. 2. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (NPGP) adalah nisbah purata bagi jumlah kos pembelian dan penjualan pelaburan dalam tahun kewangan dengan purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian. Perubahan NPGP untuk Tabung ASN 2 untuk tahun kewangan 2014 berbanding tahun kewangan 2013 adalah ketara. Peningkatan NPGP dari 0.46 kepada 0.53 adalah disebabkan oleh peningkatan aktiviti jual beli pelaburan. 3. Pulangan Pendapatan (Yield) : Pengagihan Pendapatan Seunit x 100 NAB Seunit Selepas Pengagihan Pendapatan 4. Pulangan Modal : NAB Seunit Selepas Pengagihan Pendapatan NAB Seunit Awal Tahun - 1 x 100 5. Jumlah Pulangan : ( ( Pulangan Modal Pulangan Pendapatan 1 + X 1 + 100 100 ( ( - 1 x 100 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 5

e. Pulangan Tabung Purata Pulangan Tahunan bagi ASN 2 berbanding penanda aras adalah seperti berikut: 1 tahun 3 tahun 5 tahun Jumlah Purata Pulangan (%) 9.47 10.01 13.66 Penanda Aras (%) 4.66 5.62 10.74 Sumber : Novagni Nota: Pengiraan pulangan tahunan (annualized return) adalah seperti berikut:- = [{(1+r 1 ) (1+r 2 )... (1+r n )} 1/n - 1] x 100 Di mana r = pulangan tahunan n = bilangan tahun III. LAPORAN PENGURUS a. Pencapaian Objektif Tabung ASN 2 telah berupaya mencapai objektif pelaburannya dalam menjana pengagihan pendapatan dan kenaikan modal yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit bagi tempoh enam bulan kewangan berakhir 30 Jun 2014. b. Perbandingan Prestasi Tabung ASN 2 Dengan Penanda Aras Prestasi pulangan bagi ASN 2 berbanding penanda aras cipta-suai adalah seperti berikut: Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2014 2013 2012 2011 2010 Jumlah Pulangan (%) 9.47 14.13 6.56 20.51 18.25 Penanda Aras (%) 4.66 10.62 1.77 18.63 19.13 Sumber : Novagni Sila ambil perhatian bahawa Pengurus tidak menjamin pulangan pelaburan. Pengagihan pendapatan, jika dibayar dan harga unit, mungkin turun atau naik. Prestasi tabung masa lalu tidak semestinya mencerminkan prestasi masa hadapan. c. Perubahan Ketara Terhadap Kedudukan Tabung Tiada perubahan ketara sepanjang tempoh kewangan enam bulan berakhir 30 Jun 2014. d. Situasi Yang Boleh Menjejaskan Kepentingan Pemegang Unit ASNB dan ASN 2 tidak mengalami situasi-situasi yang boleh menjejaskan kepentingan pemegang unit. 6 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

e. Komisyen Ringan ASNB dan Pengurus Pelaburan tabung unit amanahnya tidak menerima komisyen ringan daripada broker dan/atau wakil urus niaga yang dikendalikan untuk unit amanah. f. Polisi Pelaburan Polisi pelaburan ASN 2 ialah untuk melabur di dalam portfolio yang dipelbagaikan, terutamanya sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan bursa saham lain yang diiktirafkan, sekuriti yang tidak disenaraikan, instrumen berpendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan lain-lain instrumen pasaran modal, seperti yang tertakluk di dalam suratikatan ASN 2. ASN 2 boleh melaburkan sehingga 90% dari Nilai Aset Bersih dalam ekuiti dan bakinya dalam lainlain instrumen pasaran modal. Walau bagaimanapun, ASN 2 boleh mengambil strategi defensif mengikut kesesuaian pasaran. g. Strategi Pelaburan Sepanjang Tahun Kewangan i. Ekuiti Strategi pelaburan Tabung ASN 2 bagi tempoh tahun kewangan berakhir 30 Jun 2014 telah dilaksanakan dengan perumpukan aset ekuiti yang aktif dan mampu memberi pulangan kompetitif dalam keadaan pasaran saham yang masih dibelenggu dengan ketidaktentuan. Pengagihan aset dilaksanakan dengan mengambil kira faktor-faktor ekonomi domestik dan global, kadar pulangan pasaran saham serta kadar pulangan bagi sekuriti berpendapatan tetap bagi memastikan objektif ASN 2 tercapai. Secara keseluruhannya, purata pengagihan aset adalah lebih kepada ekuiti sepanjang tahun kewangan yang lalu. Pelaburan Tabung ASN 2 telah ditumpukan pada kombinasi saham-saham yang memberi pulangan dividen yang stabil dan juga mempunyai asas fundamental kukuh dan prospek perniagaan yang cerah dalam usaha mengekalkan prestasi ASN 2 dalam keadaan ekonomi dan pasaran yang dipengaruhi ketidaktentuan domestik dan global. Antara sektor-sektor yang menjadi tumpuan adalah sektor telekomunikasi yang bercirikan defensif untuk mendapat pulangan dividen yang stabil dan sektor minyak dan gas yang dianggarkan mempunyai pertumbuhan yang tinggi dan kukuh atas sokongan dan insentif daripada Kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP). Di samping itu, pengurus tabung juga mencari peluang untuk mengaut keuntungan melalui jual beli saham-saham yang dijangkakan dapat memberi pulangan jangka pendek dalam keadaan pasaran saham yang turun naik. ii. Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Wang Tunai Pengurus ASN 2 telah melabur dalam deposit pasaran wang jangka pendek dan sekuriti berpendapatan tetap untuk Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 7

mempelbagaikan pelaburan di samping mengurangkan risiko portfolio. Bagi tempoh 12 bulan berakhir 30 Jun 2014, jumlah Pelaburan dalam sekuriti berpendapatan tetap telah meningkat kepada RM10 juta berbanding RM5 juta pada tahun sebelumnya. Di samping itu, ASN 2 juga memberi tumpuan terutamanya dalam mengekalkan mudah tunai untuk memenuhi strategi dana. Pelaburan dalam sekuriti berpendapatan tetap dibuat dengan mengambil kira kualiti bon korporat dengan penarafan AA serta pelbagai faktor seperti perolehan, kecairan, tempoh matang dan kupon sesuai dengan objektif tabung. h. Ulasan Pasaran Ekuiti Pada tahun 2013, ekonomi global berkembang pada kadar 3.0%, iaitu lebih rendah berbanding dengan pertumbuhan pada kadar 3.2% yang telah dicatatkan pada tahun 2012 dan 3.5% yang telah diramalkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Pertumbuhan pada tahun 2013 dipengaruhi oleh pertumbuhan yang lebih perlahan yang direkodkan oleh ekonomi negara-negara yang sedang pesat membangun berikutan aliran masuk modal disebabkan oleh perubahan jangkaan pasaran terhadap pengurangan tahap dasar monetari akomodatif oleh Amerika Syarikat (A.S). Namun begitu, ekonomi global turut memperlihatkan prospek yang lebih baik oleh negara-negara maju seperti A.S serta zon Eropah dalam tahun yang sama. Pada suku pertama 2014, ekonomi A.S telah menguncup secara tidak diduga disebabkan oleh cuaca sejuk yang melampau, serta pengurangan perbelanjaan dalam sektor kesihatan (Suku pertama 2014: -2.9%, suku keempat 2013: 2.6%, suku ketiga 2013: 4.1%, seluruh tahun 2013: 1.9%). Bermula pertengahan tahun 2013 hingga Jun 2014, kadar inflasi adalah stabil pada paras 1-2%, dan pasaran kerja juga telah bertambah baik apabila kadar pengangguran turun daripada 7.5% pada Jun 2013 kepada 6.3% pada Jun 2014. Selain itu, sektor pengeluaran dan servis juga telah menunjukkan kemajuan apabila kedua-dua Purchasing Manager Indices (PMI) oleh Institute for Supply Management (ISM) bagi pengeluaran dan perkhidmatan secaranya konsistennya telah berada pada paras lebih daripada 50. Rizab Persekutuan (Federal Reserve) telah mula mengurangkan pembelian bon pada Januari 2014 dan pengurangan USD10billion secara beransur-ansur. Pada Jun 2014, pembelian bon telah berkurang daripada USD85 billion kepada USD35 billion. Program Pelonggaran Kuantitatif 3 (Quantitative Easing, QE3) dijangka akan tamat pada penghujung tahun 2014. Ini menunjukkan tahap keyakinan kerajaan Amerika Syarikat terhadap ekonomi di masa hadapan. Ekonomi zon Eropah pula mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.9% pada suku pertama 2014 berbanding 0.5% pada suku keempat 2013 dan -0.3% pada suku ketiga 2013 (2013: 0.4%). Bermula dari Oktober 2013 hingga Jun 2014, kadar inflasi telah mengalami penurunan ke paras kurang 8 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

daripada 1.0%. Aktiviti pinjaman turut kekal lemah apabila pinjaman kepada sektor swasta menurun sebanyak 2.0% berbanding pada bulan April yang jatuh sebanyak 1.8%. Selain itu, pasaran pekerja tidak menampakkan kemajuan sungguhpun kadarnya telah menurun dari 12.0% ke 11.6% dalam tempoh tersebut. Di samping itu, kadar pengangguran juga masih tinggi di negara-negara Eropah lain seperti Sepanyol (25.1%) dan Greece (26.8%). Berikutan kadar inflasi yang lemah, Bank Pusat Eropah (European Central Bank atau ECB) telah menurunkan kadar pinjaman daripada 0.50% kepada 0.25% pada November 2013. Pada Jun 2014, ECB telah sekali lagi menurunkan kadar pinjaman daripada 0.25% ke 0.15% dan kadar deposit daripada 0% kepada -1%. Selaras dengan penurunan tersebut, ECB juga telah mengumumkan langkah peminjaman yang lebih mudah kepada bank-bank bagi menggalakkan bank-bank ini untuk memberi pinjaman kepada sektor swasta. Ekonomi negara Jepun pula telah berkembang pesat pada kadar 5.9% pada suku pertama 2014 berbanding 0.3% pada suku keempat 2013 dan 1.3% pada suku ketiga 2013. Perkembangan pesat ini adalah berikutan pembelian big ticket items di saat-saat akhir sebelum perlaksanaan kenaikan cukai jualan daripada 5.0 ke 8.0% bermula 1 April 2014. Ekonomi Jepun telah berkembang pada kadar 1.6% pada tahun 2013. Daripada Jun 2013 hingga Mei 2014, kadar inflasi telah meningkat daripada 0.2% ke 3.7%. berikutan polisi ekonomi abenomics yang diumumkan oleh Perdana Menteri Shinzo Abe, reformasi struktur telah dilakukan bagi negara tersebut secara beransur-ansur. Pada Jun 2014, kerajaan telah mengumumkan langkah-langkah untuk menurunkan kadar cukai korporat kepada paras kurang daripada 30.0% dalam tempoh beberapa tahun. Bagi negara China pula, untuk suku pertama 2014, ekonomi negara itu berkembang lebih perlahan pada kadar 7.4% (suku keempat 2013: 7.7%, suku ketiga 2013: 7.8%, seluruh tahun 2013: 7.7%). Kebimbangan terhadap kemerosotan ekonomi telah membawa kepada pengumuman beberapa rangsangan pada tahun 2014. Ini termasuk beberapa langkah reformasi ekonomi seperti pemansuhan polisi seorang anak sebuah keluarga dan rancangan bagi meliberasikan jual beli yuan. Sementara itu, bacaan HSBC PMI mencatatkan kemerosotan dibawah paras 50 daripada Januari hingga Mei 2014. Namun begitu, terdapat tanda-tanda pemulihan dalam sektor pengeluaran China apabila Indeks PMI HSBC meningkat daripada 49.4 kepada 50.7 pada Jun 2014. Ekonomi Malaysia terus berkembang pada kadar 6.2% pada suku pertama 2014 berbanding 5.1% pada suku keempat 2013. Pertumbuhan ini didorong oleh pertumbuhan permintaan dalam negeri yang kukuh serta pemulihan dalam sektor eksport yang mencatatkan peningkatan sepuluh bulan berturut-turut sebanyak 18.9% bagi tempoh Julai 2013 hingga April 2014. Bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelarasan subsidi bermula dengan pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen pada 3 September 2013. Untuk tahun 2014, sebanyak RM3.3 bilion diunjurkan akan diperolehi daripada penjimatan susulan daripada pelarasan subsidi tersebut. Kadar inflasi telah mencatatkan pertumbuhan daripada 1.9% pada September 2013 hingga 3.5% pada Februari dan Mac 2014 dan Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 9

mula turun ke 3.4% pada April dan Mei 2014. Ini menunjukkan kesan pelarasan subsidi oleh kerajaan termasuk pengurangan subsidi bahan api dan kenaikan tarif elektrik telah mula menyusut. Selain itu, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (Goods and Service Tax, GST) yang akan bermula pada 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2014. Langkah ini dapat meningkatkan keyakinan para pelabur serta agensi penarafan antarabangsa terhadap kedudukan kewangan dan kemantapan ekonomi negara. Separuh pertama 2014 mencatatkan permulaan yang sederhana bagi pasaran-pasaran saham serata dunia, di mana Indeks MSCI World hanya mencatat kenaikan sebanyak 5.0%, lebih rendah berbanding 7.1% kenaikan dalam tempoh yang sama tahun lepas. Indeks MSCI Eropah dan Indeks MSCI Asia ex-japan telah meningkat pada tahun ini, mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi pada 3.3% dan 5.3% berbanding prestasi yang kurang baik tahun lepas iaitu -0.7% dan -7.0% masing-masing. Walau bagaimanapun, pada separuh pertama 2014, indeks U.S DJIA dan indeks Nikkei 225 hanya mampu mencatat untung sebanyak 1.5% dan rugi sebanyak 6.9% berbanding prestasi yang sangat memberangsangkan pada tahun 2013 sebanyak 13.8% dan 31.6% masing-masing. Walaupun Indeks MSCI Asia ex-japan mencatat kenaikan lebih tinggi pada separuh pertama 2014, KOSPI Korea Selatan, SSE China dan Hang Seng Hong Kong mencatat kerugian berbanding Taiwan yang mencatat kenaikan sebanyak 9.1%. Bagi tempoh tahun kewangan berakhir 30 Jun 2014, penanda aras utama Bursa Malaysia iaitu Financial Times Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index (FBMKLCI) telah mencatatkan peningkatan sebanyak 109.17 mata atau 6.16% untuk ditutup pada 1,882.71 mata pada 30 Jun 2014, berbanding 1,773.54 mata yang dicatatkan pada 30 Jun 2013. Bagi tempoh yang sama, FBM KLCI telah mencatat paras tertinggi iaitu 1,892.33 mata pada 24 Jun, 2014, manakala paras terendah iaitu 1,686.17 mata telah dicatat pada 28 Ogos 2013. Semua penanda aras sektor dalam pasaran saham Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan sejajar dengan prestasi positif FBM KLCI. Sektor teknologi mencatatkan kenaikan tertinggi sebanyak 39.71% manakala sektor kepenggunaan mencatatkan kenaikan terendah sebanyak 0.58%, berbanding pada 28 Jun 2013. Antara sahamsaham FBM KLCI yang telah mencatatkan kenaikan yang tinggi bagi tempoh dalam tinjauan adalah Tenaga Nasional Berhad (47.10%), MISC Berhad (27.95%) dan Digi.Com Berhad (22.90%). i. Ulasan Pasaran Wang dan Kadar Faedah Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) dikekalkan pada tahap 3.00% semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) pada 8 Mei, 2014. Pada paras semasa OPR, keadaan monetari terus menyokong aktiviti ekonomi. BNM akan terus memberi tumpuan terhadap usaha memastikan pendirian dasar monetari adalah selaras dengan kestabilan harga dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan. Kali terakhir BNM melakukan 10 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

perubahan pada Dasar Monetari ialah pada 5 Mei, 2011, iaitu kenaikan sebanyak 0.25% kepada 3.00%. Peralihan dasar oleh beberapa ekonomi utama serta perkembangan geopolitik menyebabkan keadaan pasaran kewangan antarabangsa terus tidak menentu. Implikasi perubahan ini turut memberi kesan kepada pasaran bon Malaysia, iaitu Sekuriti Kerajaan Malaysia & sekuriti hutang swasta. Pergerakan Ringgit dan mata wang serantau lain dengan jangkaan pengumuman pengecilan skala program pelonggaran kuantitatif (quantitative easing, QE) oleh Federal Reserve AS telah mengakibatkan aliran keluar dana. Sepanjang tempoh tahun kewangan berakhir 30 Jun 2014, Ringgit telah menyusut nilai sebanyak 13.33% daripada paras terkukuh iaitu RM2.957/US$ pada 7 Mei 2013 kepada RM3.3511/US$ pada 4 Februari 2014, paras paling lemah sejak pertengahan tahun 2010 disebabkan oleh aliran keluar dana tersebut. Hasil daripada itu, kadar bagi sekuriti Kerajaan Malaysia 10 Tahun adalah tidak menentu dengan peningkatan sebanyak 16 mata asas pada tempoh Ogos 2013 (4.06%) sehingga Jan 2014 (4.22%) sebelum diniagakan pada 4.04% pada 30 Jun 2014. Keadaan yang sama juga berlaku terhadap pasaran sekuriti hutang swasta, di mana keadaan pasaran luar yang berubah-ubah hasil daripada pegangan asing yang rendah dan sokongan institusi-institusi domestik. j. Prospek Ekonomi dan Pasaran Saham Pada keseluruhannya, prospek ekonomi global dijangka berada dalam keadaan lebih baik pada tahun 2014 berbanding tahun sebelumnya. Berdasarkan laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF) April 2014, IMF mengunjurkan pertumbuhan ekonomi dunia pada kadar yang lebih tinggi bagi tahun 2014, iaitu 3.6% sebelum meningkat ke 3.9% pada 2015, didorong oleh pemulihan ekonomi negara maju yang semakin meningkat seperti di A.S daripada 1.9% (2013) kepada 2.8% (2014), United Kingdom daripada 1.8% (2013) kepada 2.9% (2014) dan Kesatuan Eropah daripada -0.5% (2013) kepada 1.2% (2014). Pertumbuhan ekonomi negara-negara membangun untuk 2014 juga dijangka lebih baik pada kadar 4.9% berbanding 4.7% untuk tahun 2013. Pertumbuhan ekonomi negara-negara membangun pula dijangka akan berkembang dari 4.7% pada tahun 2013 kepada 5.0% pada tahun 2014 disokong oleh permintaan yang tinggi dari negara maju. Risiko kepada pertumbuhan global masih wujud dalam bentuk deflasi dan kadar pertumbuhan rendah yang berlarutan di Kesatuan Eropah dan Jepun. Penarikan balik dasar pelonggaran kuantitatif yang dijangka akan berakhir pada tahun 2014 serta kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat mulai tahun 2015 akan mengakibatkan pengaliran keluar modal yang berterusan daripada negara-negara membangun yang boleh menggugat kestabilan pasaran modal serantau dan global secara keseluruhannya. Ekonomi negara China dijangkakan akan berkembang dengan lebih perlahan pada kadar 7.5% pada tahun 2014 berbanding 7.7% pada tahun 2013 (Sumber: IMF), Ini berikutan kerajaan China Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 11

mengekang pertumbuhan hutang dan melaksanakan pembaharuan untuk mengstruktur ekonomi dengan lebih seimbang serta tidak terlalu bergantung kepada aktiviti eksport. Bagi ekonomi Malaysia pula, pertumbuhan akan terus didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh di mana aktiviti pelaburan domestik dan penggunaan swasta yang menggalakkan dijangka akan menyokong pertumbuhan pada tahun 2014 dengan pelaksanaan projek-projek di bawah ETP terutamanya sektorsektor pembinaan, serta projek minyak dan gas. Eksport dijangka akan terus meningkat hasil daripada pemulihan ekonomi negara maju dan persekitaran luaran yang bertambah baik. Bagi tempoh Januari sehingga Mei 2014, Indeks Pengeluaran Perindustrian (Industrial Production Index, IPI) telah berkembang sebanyak 5.1% berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, eksport bagi bulan Mei 2014 telah meningkat sebanyak 16.3% berbanding tahun 2013. Melangkah ke hadapan, ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar 4.5% sehingga 5.5% bagi tahun 2014 (Sumber: BNM), Bagi tahun 2014, pasaran saham tempatan dijangka akan dipengaruhi oleh ketidakpastian yang berterusan mengenai dasar monetari di negara maju serta perkembangan geopolitik terutamanya di Asia Barat. Namun begitu, ekonomi negara yang stabil dan kukuh akan menarik minat dan mengekalkan keyakinan pelabur dalam pasaran saham tempatan yang disokong oleh kecairan domestik yang tinggi daripada pelabur institusi seperti syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (Government Linked Investment Companies, GLIC). Menurut konsensus firma-firma broker, FBM KLCI dijangka akan mencatatkan sedikit peningkatan untuk ditutup pada 1,935 mata bagi tahun 2014. Peningkatan dalam OPR dijangka berlaku pada suku ketiga tahun 2014 sejajar dengan prestasi ekonomi dalam yang mengalami pertumbuhan secara keseluruhan dan pemulihan ekonomi negara maju secara beransur-ansur. Prospek pertumbuhan yang kukuh dan inflasi yang kekal melebihi kadar purata jangka panjang dijangka mendorong BNM mengambil keputusan untuk menyelaraskan tahap akomodasi monetari. Bagi pasaran bon pula, kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia dijangka akan meningkat selaras dengan kenaikan OPR dan aliran keluar oleh pelabur asing secara berperingkat ekoran daripada keputusan Rizab Persekutuan AS untuk mengurangkan kadar pembelian bon mulai Januari 2014. Namun begitu, momentum ini mungkin dikurangkan dengan langkah-langkah liberalisasi pasaran bon yang diumumkan oleh Perdana Menteri yang akan memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada syarikat untuk menerbitkan bon bagi tempoh terbitan yang lebih singkat dan kos yang lebih rendah yang akan memberi petanda baik bagi pasaran bon di masa hadapan. 12 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

Bagi pasaran wang pula, Ringgit dijangka mengukuh selaras dengan pendirian dasar akomodatif. BNM juga akan terus memastikan keadaan pasaran ringgit kekal teratur di tengah-tengah keadaan perkembangan ekonomi global dan akan terus memantau peralihan dalam kecairan global yang merupakan pengaruh utama bagi mata wang tempatan. k. Strategi Pelaburan Masa Hadapan Bagi tempoh tahun kewangan berikutnya, strategi pelaburan untuk Tabung ASN 2 akan dilaksanakan dengan perumpukan aset ekuiti yang aktif dengan mengambil kira faktor-faktor ekonomi domestik dan global semasa, kadar pulangan pasaran saham serta kadar pulangan bagi sekuriti pendapatan tetap bagi memastikan objektif Tabung tercapai. Untuk aset ekuiti, pelaburan Tabung ASN 2 akan terus ditumpukan pada saham-saham dalam sektor-sektor yang dijangka dapat memberikan pulangan yang lebih baik dari penanda aras, yang mempunyai asas fundamental yang kukuh berdasarkan prospek ekonomi dan perniagaan, prestasi syarikat dan juga tema pelaburan semasa. Untuk mengekalkan keseimbangan antara pertumbuhan dan pulangan dividen yang tinggi, pengurus Tabung ASN 2 akan turut memilih saham-saham yang mempunyai prospek dividen yang tinggi dan stabil, yang diniagakan di bawah harga wajar. Di samping itu, pengurus Tabung akan sentiasa mengambil peluang untuk menjual saham-saham yang sudah mencapai nilai penuh pada tahap pasaran yang menguntungkan. Pengurus tabung akan memberi tumpuan pada sektor kewangan dan teknologi atas prospek perniagaan yang cerah dan kukuh manakala sektor Amanah Pelaburan Hartanah (REITs) dan telekomunikasi juga menjadi fokus untuk pulangan dividen yang stabil. Pengurus Tabung juga akan terus mencari peluang untuk menjual beli sahamsaham yang dijangkakan dapat memberi keuntungan jangka pendek mengikut keadaan pasaran saham. Strategi seterusnya, pelaburan dalam deposit pasaran wang jangka pendek akan dikekalkan bagi tujuan mudah tunai di samping penambahan pelaburan dalam sekuriti berpendapatan tetap korporat yang berkualiti dan berisiko rendah. Pelaburan dalam sekuriti berpendapatan tetap akan mengambil kira persekitaran ekonomi dan pasaran semasa di samping mengekalkan durasi jangka sederhana selaras dengan objektif tabung. Pengurus Tabung ASN 2 akan sentiasa mengkaji semula strategi pelaburan secara berkala dan mengikut keperluan semasa bagi mengekalkan keupayaan Tabung untuk memberi kadar pulangan yang kompetitif kepada pemegang unit dengan mengambilkira keadaan ekonomi dan juga persekitaran pelaburan yang sentiasa berubah-ubah. Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 13

AMANAH SAHAM NASIONAL 2 PENYATA PENGURUS Kepada Pemegang-pemegang Unit AMANAH SAHAM NASIONAL 2 Kami, sebagai Pengarah kepada AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD, selaku Pengurus kepada AMANAH SAHAM NASIONAL 2 ( Unit Amanah ), dengan ini menyatakan bahawa pada pendapat Pengurus, penyata kewangan bagi Unit Amanah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2014, berserta dengan nota-nota yang dikepilkan padanya telah disediakan dengan wajar menurut Piawaian Laporan Kewangan Malaysia dan Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa, bagi memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Unit Amanah pada 30 Jun 2014, dan keputusan serta aliran tunai bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut. Ditandatangani bagi pihak AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD selaku Pengurus kepada AMANAH SAHAM NASIONAL 2, menurut resolusi para Pengarah bertarikh 24 Julai 2014. Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid Pengerusi Tan Sri Dato Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman Pengarah Kuala Lumpur, Malaysia 14 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

AMANAH SAHAM NASIONAL 2 PENYATAAN PEMEGANG AMANAH BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2014 Kepada Pemegang-Pemegang Unit AMANAH SAHAM NASIONAL 2 Kami, AmanahRaya Trustees Berhad telah bertindak selaku Pemegang Amanah kepada AMANAH SAHAM NASIONAL 2 bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2014. Pada pendapat kami, AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD, selaku Pengurus telah mengurus AMANAH SAHAM NASIONAL 2 selaras dengan had-had kuasa pelaburan yang diberikan kepada Pengurus dan Pemegang Amanah mengikut Suratikatan, lain-lain peruntukan Suratikatan, Garispanduan Tabung Unit Amanah yang diterimapakai, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan undang-undang lain yang berkuatkuasa dengan mengambil kira segala pengecualian yang telah diberikan kepada AMANAH SAHAM NASIONAL 2 bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2014. Kami juga berpendapat bahawa: (a) (b) prosedur dan proses yang digunakan oleh Pengurus untuk menilai dan/atau menentukan harga unit AMANAH SAHAM NASIONAL 2 adalah mencukupi dan penilaian/penentuan harga adalah dibuat selaras dengan Suratikatan dan mana-mana kehendak kawalseliaan; dan penjadian dan perlucutan unit yang dilaksanakan adalah selaras dengan Suratikatan, Garispanduan dan lain-lain peruntukan undang-undang berkaitan. (c) pengagihan kepada pemegang-pemegang unit AMANAH SAHAM NASIONAL 2 sepertimana yang diisytiharkan oleh Pengurus adalah selaras dengan objektif pelaburan AMANAH SAHAM NASIONAL 2. Yang Benar, AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD HABSAH BINTI BAKAR Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur, Malaysia 18 Ogos 2014 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 15

LAPORAN JURUAUDIT BEBAS KEPADA PEMEGANG- PEMEGANG UNIT AMANAH SAHAM NASIONAL 2 ( Unit Amanah ) Laporan penyata kewangan Kami telah mengaudit penyata kewangan Amanah Saham Nasional 2, yang mengandungi Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 2014, Penyata Untung atau Rugi, Penyata Pendapatan Komprehensif, Penyata Perubahan dalam Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut, dan rumusan dasar-dasar perakaunan dan lain-lain nota keterangan yang dibentangkan pada muka surat 18 hingga 48. Tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah terhadap laporan kewangan Pengurus adalah bertanggungjawab ke atas penyediaan penyata kewangan berdasarkan Piawaian Laporan Kewangan Malaysia dan Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa. Tanggungjawab ini termasuk: penyediaan, perlaksanaan dan mengekalkan kawalan dalaman berkaitan penyediaan, pelaksanaan dan mengekalkan kawalan dalaman berkaitan penyediaan dan persembahan yang saksama penyata kewangan, yang bebas dari kesilapan yang material, samada disebabkan kesilapan atau pecah amanah; memilih dan melaksanakan polisi perakaunan yang bersesuaian; dan membuat anggaran perakaunan yang bersesuaian berdasarkan situasi semasa. Pemegang Amanah adalah bertanggungjawab untuk memastikan Pengurus menyimpan rekod perakaunan dan lain-lain rekod yang diperlukan untuk persembahan penyata kewangan yang saksama. Tanggungjawab Juruaudit Tanggungjawab kami ialah untuk menyatakan pendapat mengenai penyata kewangan tersebut, berdasarkan audit kami. Kami telah menjalankan audit menurut Piawaian Pengauditan berkenaan yang diluluskan di Malaysia. Piawaian tersebut memerlukan kami merancang dan melaksanakan audit untuk mendapat kepastian yang munasabah sama ada penyata kewangan ini bebas dari kesilapan yang material. Audit merangkumi pelaksanaan prosedur-prosedur bagi memperoleh bukti yang menyokong jumlah dan pendedahan di dalam penyata kewangan. Prosedur-prosedur yang dipilih adalah berdasarkan kepada pertimbangan kami, termasuk penilaian keatas risiko kesilapan yang material pada penyata kewangan; sama ada disebabkan oleh pecah amanah atau kesilapan. Dalam membuat penilaian risiko terbabit, kami mengambil kira kawalan dalaman yang relevan kepada penyediaan dan persembahan yang saksama Unit Amanah, tetapi bukan bertujuan untuk menyatakan pendapat terhadap keberkesanan kawalan dalaman Unit Amanah. Audit 16 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

juga termasuk menilai prinsip-prinsip perakaunan yang digunakan dan anggaran-anggaran penting yang dibuat oleh Pengurus Unit Amanah, di samping menilai gambaran keseluruhan yang diberikan oleh penyata kewangan. Kami percaya bahawa audit kami telah memberikan asas yang munasabah untuk menyatakan pendapat kami. Pendapat Pada pendapat kami, penyata kewangan tersebut telah disediakan dengan wajar menurut Piawaian Laporan Kewangan Malaysia dan Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa bagi memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Unit Amanah pada 30 Jun 2014 dan prestasi kewangannya, penyata perubahan dalam nilai aset bersih boleh agih kepada pemegang-pemegang unit serta aliran tunai bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut. Lain-lain perkara 1. Laporan ini disediakan hanya kepada pemegang-pemegang Unit Amanah, sebagai sebuah badan dan tanpa tujuan lain. Kami tidak mempunyai tanggungjawab kepada pihak-pihak lain terhadap kandungan laporan ini. Hanafiah Raslan & Mohamad AF: 0002 Akauntan Bertauliah Ahmad Zahirudin bin Abdul Rahim No. 2607/12/12(J) Kuala Lumpur, Malaysia Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 17

AMANAH SAHAM NASIONAL 2 PENYATA UNTUNG ATAU RUGI BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2014 Nota 30.06.2014 RM 30.06.2013 RM PENDAPATAN Faedah dan lain-lain pendapatan 1,247,089 1,722,885 Pendapatan dividen 7,452,371 7,764,138 Keuntungan bersih daripada perubahan nilai saksama melalui untung rugi (FVTPL) 1,118,151 1,332,345 9,817,611 10,819,368 PERBELANJAAN Yuran pengurus 4 2,645,190 2,327,400 Yuran pemegang amanah 5 211,651 186,375 Ganjaran juruaudit 23,000 23,000 Yuran ejen cukai 1,200 2,500 Perbelanjaan Pentadbiran 735,620 605,331 3,616,661 3,144,606 PENDAPATAN BERSIH SEBELUM CUKAI 6,200,950 7,674,762 CUKAI 6 - - PENDAPATAN BERSIH SELEPAS CUKAI 6,200,950 7,674,762 Pengagihan pelaburan 7 18,770,967 12,605,553 Pengagihan kasar dan bersih seunit 6.90 sen 7.10 sen Tarikh Pengagihan 1 Julai 2014 1 Julai 2013 Pendapatan bersih selepas cukai terdiri daripada berikut: Ternyata 6,863,039 7,213,847 Tidak ternyata (662,089) 460,915 6,200,950 7,674,762 Nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata ini. 18 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

AMANAH SAHAM NASIONAL 2 PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2014 30.06.2014 RM 30.06.2013 RM PENDAPATAN BERSIH SELEPAS CUKAI 6,200,950 7,674,762 Lain-lain pendapatan komprehensif tidak dikelaskan semula kepada untung atau rugi dalam tempoh berikutnya Keuntungan bersih daripada perubahan nilai saksama melalui lain-lain pendapatan komprehensif (FVTOCI) 17,842,685 23,252,929 JUMLAH PENDAPATAN KOMPREHENSIF BAGI TAHUN SEMASA 24,043,635 30,927,691 Lain-lain pendapatan komprehensif terdiri daripada berikut: Ternyata 18,575,388 16,030,549 Tidak ternyata 5,468,247 14,897,142 24,043,635 30,927,691 Nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata ini. Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 19

AMANAH SAHAM NASIONAL 2 PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN PADA 30 JUN 2014 ASET Nota 30.06.2014 RM 30.06.2013 RM Pelaburan pada nilai saksama melalui lain-lain pendapatan komprehensif (FVTOCI) 8 310,670,000 200,988,333 Pelaburan pada nilai saksama melalui untung rugi (FTVPL) 9 15,030,215 7,818,500 Deposit dengan institusi kewangan 10 60,256,168 30,394,236 Tuntutan cukai 166,697 2,486,388 Pendapatan belum diterima 11 656,681 377,743 Tunai di bank 5,000 87,394 JUMLAH ASET 386,784,761 242,152,594 LIABILITI Peruntukan pengagihan 7 18,770,967 12,605,553 Pelbagai pemiutang 51,000 47,000 Jumlah terhutang kepada broker saham 1,777,015 - JUMLAH LIABILITI 20,598,982 12,652,553 NILAI ASET BERSIH UNIT AMANAH 366,185,779 229,500,041 EKUITI Modal pemegang unit 12 277,078,590 151,390,879 Rizab 89,107,189 78,109,162 JUMLAH EKUITI / NILAI ASET BERSIH UNTUK PEMEGANG UNIT 366,185,779 229,500,041 UNIT DALAM EDARAN 12 272,043,000 177,543,000 NILAI ASET BERSIH SEUNIT 1.3461 1.2926 Nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata ini. 20 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

AMANAH SAHAM NASIONAL 2 PENYATA PERUBAHAN DALAM EKUITI BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2014 Modal Pemegang Unit RM Rizab-rizab lain -Ternyata RM -Tak ternyata RM Jumlah Ekuiti RM Pada 1 Julai 2012 160,107,119 20,165,608 39,621,416 219,894,143 Penjadian unit untuk jualan - - - - Penjadian unit untuk pengagihan pelaburan (30 Jun 2012) 11,414,589 - - 11,414,589 Pembatalan unit (20,664,240) - - (20,664,240) Pengimbangan pengagihan 533,411 - - 533,411 Pengagihan pendapatan - (12,605,553) - (12,605,553) Jumlah pendapatan komprehensif bagi tahun semasa - 7,213,847 23,713,844 30,927,691 Pindahan keuntungan ternyata ke pendapatan belum diagihkan - 8,816,702 (8,816,702) - Pada 30 Jun 2013 151,390,879 23,590,604 54,518,558 229,500,041 Pada 1 Julai 2013 151,390,879 23,590,604 54,518,558 229,500,041 Penjadian unit untuk jualan 113,089,509 - - 113,089,509 Penjadian unit untuk pengagihan pelaburan (30 Jun 2013) 12,028,587 - - 12,028,587 Pembatalan unit (9,244,720) - - (9,244,720) Pengimbangan pengagihan 15,539,694 - - 15,539,694 Pengagihan pendapatan (5,725,359) (13,045,608) - (18,770,967) Jumlah pendapatan komprehensif bagi tahun semasa - 6,863,039 17,180,596 24,043,635 Pindahan keuntungan ternyata ke pendapatan belum diagihkan - 11,712,349 (11,712,349) - Pada 30 Jun 2014 277,078,590 29,120,384 59,986,805 366,185,779 Nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata ini. Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 21

AMANAH SAHAM NASIONAL 2 PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2014 30.06.2014 RM 30.06.2013 RM ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI OPERASI DAN PELABURAN Perolehan daripada jualan pelaburan 103,532,523 103,433,433 Pembelian pelaburan (193,938,025) (121,753,917) Faedah diterima 1,283,792 1,762,470 Dividen bersih diterima 7,105,901 7,542,849 Yuran pengurusan dibayar (2,645,190) (2,327,400) Yuran pemegang amanah dibayar (211,651) (186,375) Perbelanjaan pentadbiran dibayar (755,820) (626,831) Cukai dikembalikan 2,350,520 - Tunai bersih digunakan dalam aktiviti operasi dan pelaburan (83,277,950) (12,155,771) ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PEMBIAYAAN Perolehan daripada penjadian unit 140,657,790 11,948,000 Tunai dibayar untuk pembatalan unit (9,244,720) (20,664,240) Pengagihan kepada pemegang unit (12,605,553) (11,962,795) Tunai bersih dihasilkan daripada/ (digunakan dalam) aktiviti pembiayaan 118,807,517 (20,679,035) PENINGKATAN/(PENGURANGAN) BERSIH DALAM TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI 35,529,567 (32,834,806) TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI PADA AWAL TAHUN 21,611,601 54,446,407 TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN 57,141,168 21,611,601 TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI TERDIRI DARIPADA: Tunai di bank 5,000 87,394 Deposit dengan institusi kewangan (Nota 10) 60,256,168 30,394,236 Deposit dengan tempoh matang lebih dari 3 bulan (3,120,000) (8,870,029) Tunai dan persamaan tunai 57,141,168 21,611,601 Nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata ini. 22 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

AMANAH SAHAM NASIONAL 2 NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN - 30 JUN 2014 1. UNIT AMANAH, PENGURUS DAN KEGIATAN- KEGIATAN UTAMA AMANAH SAHAM NASIONAL 2 (berikutnya dirujuk sebagai Unit Amanah ) ditubuhkan selaras dengan perlaksanaan Suratikatan bertarikh 8 Jun 1999, di antara Pengurus, Amanah Saham Nasional Berhad ( ASNB ), Pemegang Amanah, AmanahRaya Trustees Berhad dan Pemegang Unit Berdaftar Unit Amanah. Kegiatan utama Unit Amanah ialah melabur dalam Pelaburan Dibenarkan seperti yang didefinasikan di bawah Klausa 1 Suratikatan. Pelaburan Dibenarkan termasuk pelaburan jangka pendek dan ekuiti, saham atau debentur syarikat yang disenaraikan di mana-mana bursa saham atau mana-mana syarikat yang disyorkan oleh Pengurus dan dipersetujui oleh Pemegang Amanah. Unit Amanah ini mula beroperasi pada 9 Jun 1999 dan akan meneruskan operasinya sehingga ditamatkan oleh Pemegang Amanah seperti yang diperuntukkan di bawah Klausa 24(1) Suratikatan. ASNB adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad ( PNB ). Kegiatan utama ASNB ialah mengurus unit amanah. PNB ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia. Kegiatan utama Syarikat ialah membeli dan memegang saham untuk meningkatkan hak milik pegangan modal saham oleh masyarakat Bumiputera di dalam sektor korporat di Malaysia. PNB telah dilantik sebagai Pengurus Pelaburan bagi Unit Amanah di bawah Perjanjian Pengurusan Pelaburan bertarikh 6 Julai 1999. Penyata kewangan ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah ASNB untuk diterbitkan menurut resolusi para Pengarah pada 24 Julai 2014. 2. ASAS PENYEDIAAN Penyata kewangan beraudit Unit Amanah bagi tahun berakhir 30 Jun 2014, telah disediakan selaras dengan Malaysian Financial Reporting Standards ( MFRS ) dan International Financial Reporting Standards ( IFRS ). Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 23

2. ASAS PENYEDIAAN (SAMB.) a. Menggunapakai awal MFRS 9 Financial Instruments : Classification and Measurement( MFRS 9 ) Unit Amanah telah menggunapakai MFRS 9 Financial Instruments (MFRS 9) (diterbitkan pada November 2009 dan disemak pada Oktober 2010) dan penyemakan yang berkenaan sebelum tarikh berkuatkuasa. Tarikh penggunaan permulaan (tarikh Unit Amanah menilai aset kewangan dan liabiliti kewangan yang ada) ialah 1 Julai 2011. Aset Kewangan MFRS 9 memperkenalkan keperluan baru dalam pengelasan dan pengukuran aset kewangan dalam skop MFRS 139 Financial Instruments: Recognition and Measurement. MFRS 9, terutamanya memerlukan semua aset kewangan dikelaskan dan seterusnya diukur sama ada secara kos lunasan atau nilai saksama bergantung kepada model perniagaan sesuatu entiti dalam menguruskan aset kewangan dan aset kewangan yang mempunyai ciri-ciri aliran tunai secara kontraktual. Seperti yang diperlukan oleh MFRS 9, instrumen hutang diukur secara kos lunasan hanya jika (i) aset tersebut dipegang dalam model perniagaan dimana aset dipegang untuk mendapatkan aliran tunai secara kontraktual dan (ii) terma-terma kontraktual instrumen tersebut akan menghasilkan pembayaran prinsipal dan faedah semata-mata atas baki prinsipal pada tarikh-tarikh tertentu. Walaubagaimanapun, Unit Amanah boleh memilih pada permulaan untuk menyatakan instrumen kewangan yang memenuhi ciri-ciri kos lunasan sebagai FVTPL sekiranya ia menghindari atau mengurangkan ketidakpadanan perakaunan. Instrumen ekuiti dikelaskan sama ada FVTPL atau nilai saksama melalui lain-lain pendapatan komprehensif ( FVTOCI ), bergantung kepada objektif pelaburan. Liabiliti Kewangan MFRS 9 juga mempunyai keperluan untuk mengkelasifikasi dan mengukur liabiliti kewangan. Suatu perubahan besar dalam mengambilkira dan mengukur liabiliti kewangan adalah berkenaan perubahan pada nilai saksama liabiliti kewangan (ditanda sebagai FVTPL) berikutan perubahan risiko kredit liabiliti itu sendiri yang mana diambilkira dalam lain-lain pendapatan komprehensif. 24 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

2. ASAS PENYEDIAAN (SAMB.) (b) Perubahan dalam polisi perakaunan MFRS baru dan telah disemak perlu digunakan oleh entiti dengan tempoh kewangan bermula pada atau selepas 1 Januari 2013. Penggunaan MFRS tidak memberi kesan kepada penyata kewangan Unit Amanah kecuali seperti yang dinyatakan di bawah: MFRS 13 Fair Value Measurement MFRS 13 menetapkan satu garis panduan dibawah MFRS untuk semua pengukuran nilai saksama. MFRS 13 tidak mengubah bagaimana entiti dikehendaki untuk menggunakan nilai saksama, tetapi menyediakan garis panduan bagi mengukur nilai saksama dibawah MFRS. MFRS 13 mendefinisikan nilai saksama sebagai exit price. Menggunapakai MFRS 13 tidak memberi sebarang kesan ke atas penyata kedudukan kewangan, prestasi dan penyata aliran tunai selain daripada pendedahan tambahan ke atas nilai saksama dalam penyata kewangan. (c) Piawaian yang diterbitkan tetapi belum berkuatkuasa Berikut merupakan Piawaian, Pindaan dan Tafsiran Jawatankuasa Isu-isu ( IC ) yang telah diterbitkan oleh Malaysian Accounting Standards Board ( MASB ) tetapi masih belum dikuatkuasakan dan belum digunapakai oleh Unit Amanah. Berkuatkuasa bagi tempoh kewangan bermula pada atau selepas 1 Januari 2014 Pindaan bagi MFRS 132 Financial Instruments: Presentation - Offsetting Financial Assets and Financial Liabilities Pindaan bagi MFRS 10, MFRS12 dan MFRS 127 Investment Entities* * MFRS, Pindaan dan Tafsiran Jawatankuasa Isu-isu ini tidak berkaitan dengan Unit Amanah. Unit Amanah merancang untuk menggunapakai pindaan di atas apabila ianya menjadi efektif. Pindaan ini dijangka tidak memberi kesan yang ketara kepada penyata kewangan Unit Amanah apabila digunapakai buat pertama kali. Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 25

3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING a. Aset-Aset Kewangan Kesemua kebiasaan pembelian dan penjualan aset kewangan yang biasa adalah diiktiraf dan dinyahiktirafkan berdasarkan asas perniagaan. Kebiasaan pembelian atau penjualan yang biasa adalah pembelian dan penjualan aset kewangan yang memerlukan penyerahan aset dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh peraturan atau amalan pasaran. Aset kewangan yang diiktiraf akan dikira keseluruhannya pada kos dilunaskan atau nilai saksama, bergantung kepada pengkelasan aset tersebut. (i) Pengkelasan Aset Kewangan Instrumen hutang yang memenuhi kriteria berikut akan diukur pada kos dilunaskan setelah ditolak kerugian rosotnilai (kecuali instrumen hutang yang ditetapkan pada nilai saksama melalui untung rugi pada permulaan pengiktirafan): aset tersebut dipegang berdasarkan model perniagaan dimana aset dipegang untuk mendapatkan aliran tunai secara kontraktual. terma-terma kontraktual instrumen tersebut akan menghasilkan pembayaran prinsipal dan faedah semata-mata atas baki prinsipal pada tarikh-tarikh tertentu. Instrumen ekuiti diklasifikasikan sebagai FVTPL atau FVTOCI, bergantung kepada objektif pelaburan. (ii) Kos yang dilunaskan dan kaedah kadar faedah berkesan Kaedah kadar faedah berkesan adalah kaedah untuk mengira kos dilunaskan bagi satu-satu instrumen hutang dan bagi memperuntukan pendapatan faedah bagi satusatu tempoh. Kadar faedah berkesan adalah kadar yang mengambilkira anggaran terimaan tunai masa hadapan yang telah didiskaunkan (termasuk yuran yang dibayar atau diterima yang merupakan sebahagian dari kadar faedah berkesan tersebut, kos transaksi dan lain-lain premium atau diskaun) di sepanjang tempoh hayat instrumen hutang tersebut, atau, bagi jangkamasa pendek, pada nilai bersih yang dibawa pada permulaan pengiktirafan. 26 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.) a. Aset-Aset Kewangan (samb.) (ii) Kos yang dilunaskan dan kaedah kadar faedah berkesan (samb.) Pendapatan diiktiraf atas asas faedah berkesan bagi instrumen hutang yang dikira pada kos dilunaskan. (iii) Aset kewangan pada nilai saksama melalui lainlain pendapatan komprehensif (FVTOCI) Pada permulaan pengiktirafan, Unit Amanah diberi pilihan untuk membuat pemilihan yang tidak boleh ditarikbalik (berasaskan pada setiap instrumen) bagi menandakan pelaburan dalam instrumen ekuiti sebagai FVTOCI. Penandaan sebagai FVTOCI tidak dibenarkan sekiranya instrumen ekuiti tersebut dipegang bagi tujuan jualbeli. Aset kewangan dikira untuk jualbeli sekiranya: ianya diperoleh dengan tujuan utamanya untuk dijual dalam tempoh terdekat; atau pada permulaan pengiktirafan, ianya adalah sebahagian dari portfolio instrumen kewangan yang diurus secara keseluruhannya oleh Unit Amanah yang mana telah menunjukkan corak pengambilan untung jangka pendek; atau ianya adalah instrumen derivatif yang tidak ditandakan dan tidak berkesan sebagai instrumen perlindungan nilai atau sebagai jaminan kewangan. Pelaburan dalam instrumen ekuiti pada FVTOCI pada permulaannya diukur pada nilai saksama ditambah kos transaksi. Berikutnya, ianya diukur pada nilai saksama dengan keuntungan dan kerugian hasil dari perubahan nilai saksama dikira dalam lain-lain pendapatan komprehensif dan dikumpul di dalam rizab penilaian pelaburan. Keuntungan atau kerugian terkumpul tidak akan dikelaskan semula pada untung rugi atas penjualan pelaburan tersebut. Unit Amanah telah menetapkan aset kewangan dengan objektif untuk pendapatan dividen yang diterima atau jangka masa sederhana dan jangka panjang sebagai FVTOCI. (iv) Aset kewangan pada nilai saksama melalui akaun untung rugi (FVTPL) Pelaburan dalam instrumen ekuiti dikelaskan sebagai FVTPL melainkan Unit Amanah menandakan pelaburan tersebut bukan untuk jualbeli pada permulaan pengiktirafan sebagai FVTOCI. Instrumen hutang yang tidak menepati ciri-ciri kos dilunaskan (rujuk ke atas) akan dikira sebagai FVTPL. Instrumen hutang yang menepati ciri-ciri kos dilunaskan Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 27

3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.) (iv) Aset kewangan pada nilai saksama melalui akaun untung rugi (FVTPL) (samb.) tetapi telah ditandakan sebagai FVTPL akan dikira sebagai FVTPL. Instrumen hutang akan ditandakan sebagai FVTPL sekiranya penandaan tersebut akan menghilangkan atau mengurangkan perbezaan yang ketara dalam pengiraan atau penilaian aset atau liabiliti yang dilakukan ke atas pelaburan tersebut. Unit Amanah telah menandakan aset kewangan yang dipegang untuk tujuan jualbeli sebagai FVTPL. Instrumen hutang dikelaskan semula dari kos dilunaskan kepada FVTPL apabila model perniagaan telah berubah sehingga menyebabkan ciri-ciri kos dilunaskan tidak lagi dipenuhi. Pengkelasan semula instrumen hutang yang ditandakan sebagai FVTPL adalah tidak dibenarkan. Aset kewangan FVTPL dikira pada nilai saksama pada setiap penghujung tempoh pelaporan dengan sebarang untung atau rugi hasil dari penilaian semula diambil kira dalam akaun untung rugi. Pendapatan faedah atas instrumen hutang pada FVTPL termasuk dalam untung atau rugi bersih seperti yang dijelaskan di atas. Pendapatan dividen dari pelaburan dalam instrumen ekuiti FVTPL dikira dalam akaun untung rugi apabila hak untuk menerima dividen telah dipastikan menurut MFRS 118, Revenue, dan termasuk dalam untung atau rugi bersih seperti yang dijelaskan di atas. (v) Rosotnilai dalam aset kewangan Aset kewangan yang dikira pada kos dilunaskan akan dinilai bagi sebarang rosotnilai pada setiap penghujung tempoh pelaporan. Aset kewangan dikira sebagai merosot sekiranya terdapat bukti yang nyata bahawa anggaran aliran tunai masa hadapan akan terjejas kesan daripada terjadinya satu atau lebih peristiwa selepas pengiktirafan awal aset kewangan tersebut. Bukti nyata rosotnilai termasuk: masalah kewangan yang ketara yang dihadapi oleh penerbit instrumen hutang atau pihak yang terlibat; atau pelanggaran kontrak seperti default dalam pembayaran kupon atau prinsipal; atau pihak penghutang berkemungkinan besar menjadi muflis atau memerlukan pengstrukturan semula; atau 28 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.) a. Aset-Aset Kewangan (samb.) (v) Rosotnilai dalam aset kewangan (samb.) ketiadaan pasaran aktif bagi aset kewangan tersebut disebabkan oleh masalah kewangan. Jumlah rosotnilai adalah perbezaan di antara nilai yang dibawa dan nilai semasa anggaran aliran tunai masa hadapan dengan mengambilkira jumlah pajakan dan jaminan, didiskaunkan pada kadar berkesan faedah asal. Nilai dibawa aset kewangan akan dikurangkan oleh kerugian rosotnilai bagi semua aset kewangan kecuali akaun penerimaan, di mana nilai dibawa dikurangkan melalui akaun elaun. Sebarang pembayaran balik jumlah yang telah dilupuskan akan dikreditkan ke dalam akaun elaun. Jika di dalam tempoh berikutnya terdapat pengurangan dalam kerugian rosotnilai dan pengurangan ini berkaitan dengan peristiwa yang terjadi setelah rosotnilai dilakukan, rosotnilai ini akan dikreditkan kembali ke akaun untung rugi setakat nilai dibawa tidak melebihi jumlah kos dilunaskan sekiranya rosotnilai tidak dilakukan. (iv) Penyahiktirafan Aset Kewangan Unit Amanah menyahiktirafkan aset kewangan hanya apabila hak atas aliran tunai dari aset tersebut berakhir, atau apabila Unit Amanah memindahmilikkan aset kewangan dan segala risiko dan pulangan pemilikan aset tersebut kepada entiti lain. Sekiranya Unit Amanah tidak memindahmilikkan dan tidak juga mengekalkan semua risiko dan pulangan pemilikan tetapi masih menguasai aset yang telah dipindahkan tersebut, Unit Amanah hendaklah mengambilkira kepentingan dalam aset tersebut dan liabiliti yang perlu dibayar olehnya. Sekiranya Unit Amanah mengekalkan sebahagian besar risiko dan pulang pemilikan, Unit Amanah akan terus mengiktiraf aset tersebut dan juga pinjaman bercagar bagi hasil yang diterima. Bagi penyahiktirafan aset kewangan pada kos dilunaskan, perbezaan di antara nilai dibawa dan jumlah yang diterima akan diambil kira dalam akaun untung rugi. Bagi penyahiktirafan aset kewangan pada FVTOCI, keuntungan atau kerugian terkumpul dalam rizab penilaian pelaburan tidak dikelaskan kembali ke akaun untung rugi tetapi dikelaskan kembali ke pendapatan nyata belum diagihkan. Pada penyahiktirafan aset kewangan pada FVTPL, keuntungan atau kerugian tak ternyata kumulatif dipindahkan ke akaun untung rugi semasa pelupusan. Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 29

3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.) b. Liabiliti kewangan dan instrumen ekuiti (i) Pengkelasan sebagai hutang atau ekuiti Instrumen hutang atau ekuiti yang dikeluarkan oleh Unit Amanah dikelaskan sama ada sebagai liabiliti kewangan atau ekuiti bergantung kepada asas perjanjian dan definisi liabiliti kewangan dan instrumen ekuiti. (ii) Liabiliti Kewangan Liabiliti kewangan dalam skop MFRS 9 diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan hanya apabila Unit Amanah menjadi pihak kepada peruntukan kontrak instrumen kewangan. Liabiliti kewangan Unit Amanah termasuk pelbagai pemiutang diiktiraf pada mulanya pada nilai saksama ditambah kos urusniaga secara langsung dan berikutnya diiktiraf pada kos lunasan menggunakan kaedah kadar faedah berkesan. (iii) Penyahiktirafan Liabiliti Kewangan Unit Amanah menyahiktirafkan liabiliti kewangan hanya apabila tanggungan atau kewajipannya dilepaskan, dibatalkan atau tamat tempoh. Perbezaan di antara nilai dibawa liabiliti kewangan dan jumlah yang dibayar, termasuk sebarang aset bukan tunai yang dipindahmilik atau liabiliti diambilalih, diambil kira dalam akaun untung atau rugi. (iv) Modal pemegang unit Modal pemegang unit kepada Unit Amanah menepati tafsiran instrument puttable yang dikelaskan sebagai instrumen ekuiti mengikut pindaan MFRS 132, Financial Instruments: Presentation. Pengimbangan pengagihan mewakili purata jumlah yang boleh diagih yang termasuk dalam harga penjadian dan pembatalan unit. Jumlah tersebut dipulangkan kepada pemegang unit sama ada melalui pengagihan dan/atau dipinda dengan sepatutnya apabila unit dibatalkan. 30 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.) c. Pengiktirafan pendapatan Pendapatan dividen kasar daripada pelaburan disebut harga dan sekim pelaburan kolektif tidak tersenarai diambil kira mengikut asas pengisytiharan, apabila hak untuk menerima dividen telah dipastikan. Keuntungan ternyata daripada jualan pelaburan diambil kira berdasarkan perbezaan di antara pendapatan bersih dengan nilai dibawa oleh pelaburan tersebut. Pendapatan daripada pelaburan pada kos terlunas diakru berdasarkan kaedah kadar faedah berkesan / kadar keuntungan berkesan. d. Pengukuran nilai saksama Instrumen kewangan dikira pada nilai saksama pada setiap tarikh laporan. Nilai saksama adalah harga yang diterima untuk menjual aset atau bayaran untuk memindahkan liabiliti dalam urus niaga yang teratur antara peserta pasaran pada tarikh pengukuran. Pengukuran nilai saksama adalah berdasarkan kepada anggapan bahawa transaksi untuk menjual atau memindahkan liabiliti berlaku sama ada: Dalam pasaran utama bagi aset atau liabiliti, atau Sekiranya ketiadaan pasaran utama, dalam pasaran yang paling berfaedah bagi aset atau liabiliti Pasaran yang paling utama atau dimasuki oleh Unit Amanah. berfaedah mesti boleh Nilai saksama bagi aset atau liabiliti dikira dengan menggunakan andaian bahawa peserta pasaran menilai aset atau liabiliti, bertindak demi kepentingan ekonomi mereka yang terbaik. Unit Amanah menggunakan teknik penilaian yang sesuai dengan keadaan dan maklumat yang mencukupi untuk mengukur nilai saksama, memaksimumkan penggunaan input yang boleh diperhatikan dan meminimumkan penggunaan input yang tidak boleh diperhatikan. Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 31

3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.) d. Pengukuran nilai saksama(samb.) Semua aset yang mana nilai saksama diukur atau dinyatakan di dalam penyata kewangan dikategorikan dalam turutan nilai saksama, seperti berikut, berdasarkan input paras terendah yang penting kepada ukuran nilai saksama secara keseluruhan: Aras 1: Harga tak terlaras disebutharga dalam pasaran aktif bagi aset dan liabiliti atau serupa. Aras 2: Input yang berdasarkan maklumat yang boleh dilihat di pasaran, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Aras 3: Input yang tidak berdasarkan maklumat yang boleh dilihat di pasaran. Bagi aset yang diiktiraf di dalam penyata kewangan secara berulang, Unit Amanah akan tentukan sama ada pemindahan berlaku antara Tahap dalam turutan dengan menilai semula pengkategorian (berdasarkan kepada input paras terendah yang penting kepada pengukuran nilai saksama secara keseluruhan) pada akhir setiap tempoh pelaporan. (g) Penilaian dan Anggaran Perakaunan Yang Ketara Penyediaan penyata kewangan Unit Amanah memerlukan Pengurus untuk membuat pertimbangan, anggaran dan andaian yang memberi kesan kepada jumlah hasil, perbelanjaan, aset dan liabiliti dan pendedahan liabiliti luar jangka pada tarikh laporan. Walau bagaimanapun, ketidaktentuan tentang andaian dan anggaran ini boleh menyebabkan keputusan yang mana memerlukan pelarasan ketara kepada jumlah dibawa oleh aset atau liabiliti pada masa akan datang. Tiada pertimbangan utama telah dibuat oleh Pengurus dalam mengguna pakai dasar-dasar perakaunan Amanah. Tiada terdapat andaian utama mengenai masa depan dan lain - lain sumber utama ketidakpastian anggaran pada tarikh laporan ini, yang mempunyai risiko penting menyebabkan pelarasan penting kepada jumlah dibawa aset dan liabiliti dalam tempoh kewangan akan datang. 32 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

4. YURAN PENGURUS Klausa 26(8) Suratikatan memperuntukkan bahawa Pengurus berhak menerima yuran tidak melebihi 1% setahun daripada Nilai Aset Bersih ( NAB ) boleh agih kepada pemegang-pemegang Unit Amanah, dikira dan diakru secara harian seperti yang dipersetujui oleh Pengurus dan Pemegang Amanah. Yuran pengurusan yang dikenakan bagi tahun berakhir 30 Jun 2014 ialah 1% (2013: 1%) setahun daripada NAB Unit Amanah. 5. YURAN PEMEGANG AMANAH Klausa 26(7) Suratikatan memperuntukkan bahawa Pemegang Amanah berhak menerima yuran pada kadar yang dipersetujui oleh Pengurus dan Pemegang Amanah dari semasa ke semasa. Telah dipersetujui bahawa yuran Pemegang Amanah akan dikenakan sebanyak RM500,000 atau 0.08% setahun daripada NAB Unit Amanah, yang mana lebih rendah, dikira dan diakru secara harian. Yuran Pemegang Amanah yang dikenakan bagi tahun berakhir 30 Jun 2014 ialah 0.08% (2013: 0.08%) setahun daripada NAB Unit Amanah. 6. CUKAI Unit Amanah telah diberikan pengecualian daripada cukai pendapatan oleh Menteri Kewangan mengikut bidangkuasa yang diberikan kepadanya di bawah Seksyen 127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan, 1967, dari tahun taksiran 2007 hingga 2016. Tuntutan cukai merupakan cukai yang ditolak daripada punca atas pendapatan dividen yang diperolehi di Malaysia dan boleh dituntut daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Akta Cukai Pendapatan, 1967 telah dipinda bagi memperkenalkan sistem cukai korporat single-tier bermula dari tahun taksiran 2008. Menurut sistem cukai korporat single-tier, pengagihan dividen kepada pemegang-pemegang saham adalah dikecualikan daripada cukai. Bermula dari 1 Januari 2014, semua syarikat perlu membayar dividen mengikut sistem cukai single-tier.walaubagaimanapun, tidak akan ada tuntutan cukai yang boleh dituntut oleh Unit Amanah jika dividen yang diterima melalui sistem cukai single-tier kerana dividen tersebut adalah dikecualikan daripada cukai dan maka dengan itu tiada cukai boleh ditolak daripada sumber pembayaran dividen. Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 33

7. PERUNTUKAN PENGAGIHAN 30.06.2014 30.06.2013 RM RM Peruntukan bagi tahun semasa 18,770,967 12,605,553 Peruntukan tersebut merupakan pengagihan yang disyorkan sebanyak 6.90 sen seunit bagi tahun berakhir 30 Jun 2014 (2013: 7.10 sen) seunit yang akan diagihkan kepada pemegang-pemegang unit. Pengagihan ini dikira berdasarkan jumlah unit dalam edaran pada akhir tempoh kewangan. Sumber pengagihan Pengagihan kepada pemegang-pemegang unit adalah daripada sumber-sumber berikut: 30.06.2014 30.06.2013 RM RM Rizab pengagihan pendapatan 5,725,359 - Faedah dan lain-lain pendapatan 1,247,089 1,722,885 Pendapatan dividen 7,452,371 7,764,138 Keuntungan ternyata daripada jualan pelaburan - FVTPL 1,780,240 871,430 Keuntungan ternyata daripada jualan pelaburan - FVTOCI 6,182,569 5,391,706 22,387,628 15,750,159 Tolak: Perbelanjaan (3,616,661) (3,144,606) Jumlah pengagihan 18,770,967 12,605,553 Pengagihan kasar dan bersih seunit 6.90 sen 7.10 sen 8. PELABURAN PADA NILAI SAKSAMA MELALUI LAIN-LAIN PENDAPATAN KOMPREHENSIF 30.06.2014 30.06.2013 RM RM Pada Kos: Skim pelaburan kolektif tidak disenaraikan PNB Structured Investment Fund - 2,000,000 Pelaburan disebut harga (a) 251,015,604 145,464,275 Saham Biasa 237,220,571 139,751,992 REITs 13,795,033 5,712,283 251,015,604 147,464,275 Pada Nilai Saksama: Skim pelaburan kolektif tidak disenaraikan PNB Structured Investment Fund - 2,241,400 Pelaburan disebut harga (a) 310,670,000 198,746,933 Saham Biasa 296,524,814 189,591,663 REITs 14,145,186 9,155,270 310,670,000 200,988,333 34 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

8. PELABURAN PADA NILAI SAKSAMA MELALUI LAIN-LAIN PENDAPATAN KOMPREHENSIF (SAMB.) (a) Pelaburan Disebut Harga Pelaburan disebut harga pada 30 Jun 2014 adalah seperti berikut: Syarikat Unit Kos RM Nilai Saksama RM Nilai Saksama atas Nilai Aset Bersih pada 30.06.2014 % Pembinaan Gamuda Berhad 300,000 807,273 1,413,000 0.39 IJM Corporation Berhad 960,000 5,536,421 6,432,000 1.76 1,260,000 6,343,694 7,845,000 2.15 Barangan Pengguna British American Tobacco (Malaysia) Berhad 69,400 3,911,809 4,548,476 1.24 QL Resources Berhad 760,400 1,877,991 2,471,300 0.67 UMW Holdings Berhad 635,000 5,629,397 6,934,200 1.89 1,464,800 11,419,197 13,953,976 3.80 Kewangan AMMB Holdings Berhad 863,100 3,929,816 6,145,272 1.68 Bursa Malaysia Berhad 763,900 5,899,568 5,927,864 1.62 CIMB Group Holdings Berhad 2,417,589 16,332,808 17,696,752 4.83 Malayan Banking Berhad 2,209,986 17,870,709 21,724,162 5.93 Public Bank Berhad 1,203,318 12,821,466 24,256,485 6.62 RHB Capital Berhad 1,067,200 8,860,160 9,124,560 2.49 8,525,093 65,714,527 84,875,095 23.17 Barangan Industri Hartalega Holdings Berhad 567,200 3,537,879 3,522,312 0.96 Petronas Chemicals Group Berhad 550,000 3,732,863 3,723,500 1.02 Petronas Gas Berhad 383,100 4,564,978 9,385,950 2.56 1,500,300 11,835,720 16,631,762 4.54 Infrastruktur DiGi.Com Berhad 2,215,000 7,429,393 12,691,950 3.47 Perladangan Felda Global Ventures Holdings Berhad 489,700 2,228,135 2,037,153 0.56 IOI Corporation Berhad 1,115,000 4,540,176 5,853,750 1.60 Kuala Lumpur Kepong Berhad 372,400 8,328,400 9,012,080 2.46 1,977,100 15,096,711 16,902,983 4.62 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 35

8. PELABURAN PADA NILAI SAKSAMA MELALUI LAIN- LAIN PENDAPATAN KOMPREHENSIF (SAMB.) (a) Pelaburan Disebut Harga (samb.) Syarikat Unit Kos RM Nilai Saksama RM 36 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 Nilai Saksama atas Nilai Aset Bersih pada 30.06.2014 % Hartanah IJM Land Berhad 1,338,100 4,127,360 4,576,302 1.25 Mah Sing Group Berhad 1,054,600 2,415,770 2,404,488 0.66 Sunway Berhad 417,533 1,242,554 1,269,300 0.35 2,810,233 7,785,684 8,250,090 2.26 Teknologi Malaysian Pacific Industries Berhad 350,800 1,754,527 1,782,064 0.49 UNISEM (Malaysia) Berhad 353,800 478,499 516,548 0.14 704,600 2,233,026 2,298,612 0.63 Perdagangan & Perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Berhad 587,448 3,794,467 4,687,835 1.28 Amway (Malaysia) Holdings Berhad 314,100 3,478,454 3,737,790 1.02 ASTRO Malaysia Holdings Berhad 1,950,000 6,801,016 6,844,500 1.87 Axiata Group Berhad 2,382,000 12,349,970 16,602,540 4.53 Daya Materials Berhad 2,978,400 1,027,548 923,304 0.25 Dialog Group Berhad 1,728,000 3,577,646 6,549,120 1.79 Gas Malaysia Berhad 899,800 2,579,786 3,275,272 0.89 Icon Offshore Berhad 601,900 1,113,515 1,113,515 0.30 IHH Healthcare Berhad 1,922,000 6,795,644 8,418,360 2.30 Maxis Berhad 1,100,000 6,362,600 7,425,000 2.03 MISC Berhad 800,000 5,366,325 5,200,000 1.42 MY E.G. Services Berhad 798,400 2,242,432 2,427,136 0.66 Petronas Dagangan Berhad 270,300 4,322,670 6,498,012 1.77 Pos Malaysia Berhad 270,000 1,444,500 1,444,500 0.39 Prestariang Berhad 1,082,600 1,531,769 2,056,940 0.56 Sime Darby Berhad 1,530,056 13,951,665 14,795,642 4.04 SapuraKencana Petroleum Berhad 1,262,732 3,327,873 5,530,766 1.51 Tenaga Nasional Berhad 1,520,012 13,141,123 18,513,746 5.06 Telekom Malaysia Berhad 1,679,384 9,815,416 10,664,088 2.91 UMW Oil & Gas Corporation Berhad 1,258,000 5,158,945 5,233,280 1.43 YTL Corporation Berhad 700,000 1,179,255 1,134,000 0.31 25,635,132 109,362,619 133,075,346 36.32 Jumlah saham biasa 46,092,258 237,220,571 296,524,814 80.96 REITs Axis Real Estate Investment Trust 1,697,035 5,557,515 5,617,186 1.53 Capitamalls Malaysia Trust 1,350,000 1,981,780 1,998,000 0.55 KLCC Property Holdings Berhad 1,000,000 6,255,738 6,530,000 1.78 4,047,035 13,795,033 14,145,186 3.86 Jumlah Pelaburan disebut harga 50,139,293 251,015,604 310,670,000 84.82

9. PELABURAN PADA NILAI SAKSAMA MELALUI UNTUNG ATAU RUGI 30.06.2014 30.06.2013 RM RM Pada kos: Sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga (a) 5,000,000 - Nota Islam Jangka Sederhana 2,000,000 - Bon Subordinat 3,000,000 - Pelaburan dalam sekuriti modal bercantum (b) 5,000,000 5,000,000 Pelaburan disebut harga Saham biasa (c) 4,697,805 1,824,000 14,697,805 6,824,000 Pada nilai saksama: Sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga (a) 4,962,400 - Nota Islam Jangka Sederhana 1,981,000 - Bon Subordinat 2,981,400 - Pelaburan dalam sekuriti modal bercantum (b) 5,370,000 5,536,500 Pelaburan disebut harga Saham biasa (c) 4,697,815 2,282,000 15,030,215 7,818,500 (a) Sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga Sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga pada 30 Jun 2014 adalah seperti berikut: Nilai Saksama atas Nilai Aset Bersih Nilai Nilai pada Nominal Kos Saksama 30.06.2014 RM RM RM % Nota Islam Jangka Sederhana 4.30% Telekom Malaysia Berhad (18 Disember 2020) 2,000,000 2,000,000 1,981,000 0.54 Bon Subordinat 4.13% Etiqa Insurance Berhad (5 Julai 2018) 3,000,000 3,000,000 2,981,400 0.81 Jumlah sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga 5,000,000 5,000,000 4,962,400 1.36 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 37

9. PELABURAN PADA NILAI SAKSAMA MELALUI UNTUNG ATAU RUGI (SAMB.) (b) Pelaburan dalam sekuriti modal bercantum Pelaburan dalam sekuriti modal bercantum pada 30 Jun 2014 adalah seperti berikut: Nilai Saksama atas Nilai Aset Bersih Nilai Nilai pada Nominal Kos Saksama 30.06.2014 RM RM RM % 6.85% Malayan Banking Berhad dan Cekap Mentari Berhad (27 Jun 2018) 5,000,000 5,000,000 5,370,000 1.47 Pada 27 Jun 2008, Amanah Saham Nasional 2 telah memiliki RM5 juta dalam nilai nominal terdiri daripada Non-Cumulative Perpetual Capital Securities ( NCPCS ), yang dikeluarkan oleh Malayan Banking Berhad ( Maybank ) dan dicantum dengan Subordinated Notes ( Sub-Notes ), yang dikeluarkan oleh Cekap Mentari Berhad ( CMB ), subsidiari milik penuh Maybank (dikenali secara kolektif sebagai Sekuriti Modal Bercantum. Setiap NCPCS dan Sub-Notes mempunyai kadar faedah tetap sebanyak 6.85% setahun. NCPCS boleh ditebus menurut pilihan Maybank pada tarikh pembayaran faedah ke-20 atau 10 tahun daripada tarikh pembelian Sub-Notes, tertakluk kepada syarat-syarat tebus yang perlu dipenuhi. Sub-Notes boleh ditebus menurut pilihan CMB pada tarikh pembayaran faedah, dan tidak boleh lebih awal daripada berlakunya assignment events ( events dinyatakan dalam terma Sekuriti Modal Bercantum), tertakluk kepada syarat-syarat tebus yang perlu dipenuhi. (c) Pelaburan disebut harga Pelaburan disebut harga pada 30 Jun 2014 adalah seperti berikut: Nilai Saksama atas Nilai Aset Bersih Nilai pada Kos Saksama 30.06.2014 Syarikat Unit RM RM % Pembinaan Gamuda Berhad 750,000 3,532,490 3,532,500 0.96 Perdagangan & Perkhidmatan Icon Offshore Berhad 629,900 1,165,315 1,165,315 0.32 Jumlah pelaburan disebut harga 1,379,900 4,697,805 4,697,815 1.28 38 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

10. DEPOSIT DENGAN INSTITUSI KEWANGAN 30.06.2014 30.06.2013 RM RM Pada kos Bank-bank berlesen 48,863,826 23,751,314 Lain-lain institusi kewangan 11,392,341 6,642,922 60,256,168 30,394,236 Purata Tempoh PWKFE (% tahunan) Matang (Hari) 30.06.2014 30.06.2013 30.06.2014 30.06.2013 Bank-bank berlesen 3.49 3.30 19 92 Lain-lain institusi kewangan 3.49 3.08 13 1 Deposit dengan institusi kewangan adalah termasuk baki dengan tempoh matang kurang daripada 90 hari berjumlah RM57,136,168 (2013: RM21,524,207). 11. PENDAPATAN BELUM DITERIMA 30.06.2014 30.06.2013 RM RM Dividen 479,818 164,177 Pendapatan faedah 176,864 213,566 656,681 377,743 12. MODAL PEMEGANG UNIT 30.06.2014 30.06.2013 Unit Unit Unit yang dibenarkan 2,500,000,000 2,500,000,000 30.06.2014 30.06.2013 Unit RM Unit RM Pada awal tahun 177,543,000 151,390,879 184,043,000 160,107,119 Penjadian unit untuk -jualan 91,600,000 113,089,509 - - -pengagihan semula pelaburan 9,900,000 12,028,587 10,000,000 11,414,589 101,500,000 125,118,096 10,000,000 11,414,589 Pembatalan unit (7,000,000) (9,244,720) (16,500,000) (20,664,240) 94,500,000 115,873,376 (6,500,000) (9,249,651) Pengimbangan pengagihan bagi tahun semasa - 15,539,694-533,411 Pindahan pengimbangan pengagihan - (5,725,359) - - Pada akhir tahun 272,043,000 277,078,590 177,543,000 151,390,879 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 39

12. MODAL PEMEGANG UNIT (SAMB.) Sepanjang tahun berakhir 30 Jun 2014, Pengurus tidak memegang sebarang unit di dalam Unit Amanah. Pada 30 Jun 2014, PNB secara sah memegang 716,013 (2013: 476,597) unit, merangkumi 0.26% (2013: 0.27%) daripada jumlah unit yang diterbitkan. 13. URUS NIAGA DENGAN SYARIKAT-SYARIKAT BROKER SAHAM/BROKER/ DEALER/INSTITUSI KEWANGAN Sepuluh syarikat broker saham/broker/dealer/institusi kewangan terbesar mengikut nilai urus niaga adalah seperti berikut: Syarikat Broker ASNB tidak mempunyai pegangan ekuiti secara langsung di dalam syarikat-syarikat tersebut. ** PNB dan/atau tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB mempunyai pegangan ekuiti secara langsung di dalam syarikat induk terakhir bagi syarikat-syarikat broker berkenaan. Segala urusan dengan syarikat-syarikat broker saham telah dilaksanakan menurut perjalanan biasa berdasarkan syarat-syarat di dalam industri broker saham. 14. PUSING GANTI PORTFOLIO Peratusan Daripada Nilai Urus Nilai Niaga Urus Niaga RM % Nilai Yuran Broker RM Maybank Investment Bank Berhad ** 64,127,941 22.49 111,509 22.76 MIDF Amanah Investment Bank Berhad** 32,841,214 11.52 50,807 10.38 Aminvestment Bank Berhad** 22,122,103 7.76 39,963 8.16 Kenanga Investment Bank Berhad 20,195,087 7.08 35,715 7.29 RHB Investment Bank Berhad** 17,867,655 6.27 31,668 6.47 CIMB Investment Bank Berhad ** 17,249,269 6.05 41,621 8.50 Affin Investment Bank Berhad 15,810,982 5.54 29,133 5.95 KAF-Seagroatt & Campbell Securities Sdn. Berhad 14,495,197 5.08 26,624 5.44 TA Securities Holdings Berhad 10,348,779 3.63 18,612 3.80 Alliance Investment Bank Berhad 9,571,276 3.36 17,558 3.59 Lain-lain 60,552,310 21.22 86,488 17.66 285,181,813 100.00 489,698 100.00 30.06.2014 30.06.2013 Pusing Ganti Portfolio 0.53 kali 0.46 kali Pusing Ganti Portfolio dikira berdasarkan nisbah antara purata jumlah kos pembelian dan penjualan pelaburan dalam tempoh kewangan kepada purata NAB harian Unit Amanah. 40 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 Peratusan Daripada Yuran Broker %

15. NISBAH PERBELANJAAN PENGURUSAN 30.06.2014 30.06.2013 Nisbah Perbelanjaan Pengurusan 1.37% 1.35% Nisbah Perbelanjaan Pengurusan dikira berdasarkan nisbah antara jumlah bayaran pengurusan dan perbelanjaan Unit Amanah kepada purata NAB harian Unit Amanah. 16. RISIKO KEWANGAN DAN DASAR PENGURUSAN MODAL (a) Pengenalan Unit Amanah ini terdedah kepada pelbagai risiko termasuk risiko pasaran, risiko kredit dan risiko kecairan. Walaupun risiko kewangan jenis ini adalah yang terpenting bagi setiap jenis instrumen kewangan, Pengurus dan Pemegang Amanah ingin menekankan bahawa senarai ini tidak bertujuan untuk membentuk satu senarai lengkap semua risiko yang wujud dalam pelaburan Unit Amanah. Objektif pengurusan risiko kewangan Unit Amanah adalah untuk mengurangkan kerugian modal. (b) Struktur pengurusan risiko dan aktiviti Pengurus dan Pengurus Pelaburan bertanggungjawab untuk mengenal pasti, menilai dan mengawal risiko. Aktiviti pengurusan risiko adalah berdasarkan rangka kerja pengurusan syarikat. Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah, Pengurus dan Pengurus Pelaburan bertanggungjawab terhadap pengurusan risiko keseluruhan Unit Amanah. Pengurusan risiko kewangan dilaksanakan melalui kajian dasar, sistem kawalan dalaman dan pematuhan kepada kuasa pelaburan dan sekatan yang ditetapkan dalam Garis Panduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia dan garis panduan pelaburan unit amanah. Kajian semula strategi pelaburan termasuk analisis asas kepada ekonomi, sektor dan sekuriti dijalankan sebagai sebahagian daripada kawalan risiko kewangan Unit Amanah. (c) Risiko pasaran Risiko pasaran adalah risiko dimana nilai saksama aliran tunai masa hadapan instrumen kewangan akan berubah-ubah disebabkan oleh perubahan dalam pembolehubah pasaran seperti kadar faedah dan harga ekuiti. Risiko maksimum yang terhasil daripada instrumen kewangan menyamai nilai saksama. Risiko pasaran diuruskan melalui pemantauan yang konsisten dan tindak balas yang cepat untuk pelbagai faktor yang boleh menjejaskan Unit Amanah. (i) Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 41

16. RISIKO KEWANGAN DAN DASAR PENGURUSAN MODAL (SAMB.) (i) Risiko harga ekuiti Risiko ekuiti adalah risiko bahawa nilai saksama instrumen kewangan akan berubah-ubah disebabkan oleh perubahan dalam pembolehubah pasaran, iaitu harga ekuiti, kadar faedah, kadar pertukaran asing dan harga komoditi. Risiko pasaran diuruskan melalui kepelbagaian portfolio dan perubahan dalam peruntukan aset, dan tindak balas pantas kepada pelbagai faktor yang boleh menjejaskan Unit Amanah. Sensitiviti risiko harga ekuiti Berikut adalah anggaran terbaik Pengurus atas kesan ke atas lainlain pendapatan komprehensif bagi tahun semasa disebabkan oleh perubahan munasabah dalam indeks ekuiti, dengan semua pemboleh ubah lain tidak berubah seperti dalam jadual di bawah: Indeks Pasaran Perubahan pada harga ekuiti % Kesan ke atas lain-lain pendapatan komprehensif tahun semasa Naik/ (Turun) RM FTSE Bursa Malaysia KLCI 2014 +10 29,708,885 2013 +10 19,513,952 Satu penurunan setara dalam indeks di atas akan menyebabkan kesan yang bertentangan. Analisis sensitiviti di atas mengandaikan bahawa portfolio ekuiti bergerak sejajar dengan indeks di atas. Risiko penumpuan harga ekuiti Penumpuan harga ekuiti Unit Amanah dianalisa oleh instrumen ekuiti Unit Amanah mengikut sektor adalah seperti di Nota 8 dan 9. (ii) Risiko kadar faedah Risiko kadar faedah adalah disebabkan oleh perubahan dalam kadar faedah yang menjejaskan nilai saksama instrumen berpendapatan tetap. Unit Amanah aktif dalam menguruskan risiko kadar faedah dengan menjalankan kajian kerap ke atas kadar faedah dan jangkaan pasaran. Sensitiviti risiko kadar faedah Jadual berikut menunjukkan sensitiviti lain-lain pendapatan komprehensif Unit Amanah bagi tahun semasa keatas perubahan yang munasabah dalam kadar faedah, dengan semua pemboleh ubah lain tidak berubah. 42 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

16. RISIKO KEWANGAN DAN DASAR PENGURUSAN MODAL (SAMB.) (c) Risiko pasaran(samb.) (ii) Risiko kadar faedah(samb.) Sensitiviti risiko kadar faedah(samb.) Sensitiviti adalah kesan perubahan yang diandaikan dalam kadar faedah pada: lain-lain pendapatan komprehensif selama satu tahun, berdasarkan aset kewangan kadar terapung yang dipegang pada akhir tempoh pelaporan; perubahan dalam nilai saksama pelaburan untuk tahun kewangan, berdasarkan penilaian semula aset kewangan kadar tetap pada akhir tempoh pelaporan. Sensitiviti perubahan dalam pendapatan faedah dan lain-lain Naik/ Perubahan (Turun) mata asas* RM Sensitiviti perubahan dalam nilai saksama pelaburan (Turun)/ Naik RM 2014 Deposit dengan 150,640/ institusi kewangan +25/-25 (150,640) - Pelaburan pada nilai saksama (25,831)/ melalui untung rugi +25/-25-25,831 2013 Deposit dengan 75,986/ institusi kewangan +25/-25 (75,986) - Pelaburan pada nilai saksama (5,950)/ melalui untung rugi +25/-25-5,950 * Pergerakan yang diandaikan dalam mata asas bagi analisa sensitiviti kadar faedah berdasarkan pemerhatian ke atas persekitaran semasa pasaran yang diawasi. Jadual berikut menganalisa pendedahan risiko kadar faedah Unit Amanah. Aset dan liabiliti Unit Amanah diletakkan pada nilai saksama dan dikategorikan berdasarkan kepada penentuan semula harga kontraktual atau tarikh kematangan kontrak yang mana terdahulu. Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 43

16. RISIKO KEWANGAN DAN DASAR PENGURUSAN MODAL (SAMB.) (c) Risiko pasaran (Samb.) (ii) Risiko kadar faedah (Samb.) Sensitiviti risiko kadar faedah (Samb.) 2014 1 bulan hingga 3 bulan RM 3 bulan hingga 1 tahun RM 1 tahun hingga 10 tahun RM Tanpa faedah RM Jumlah RM Kadar faedah % Aset: Pelaburan pada FVTOCI - - - 310,670,000 310,670,000 - Pelaburan pada FVTPL - - 10,332,400 4,697,815 15,030,215 5.52 Deposit dengan institusi kewangan 57,136,168 3,120,000 - - 60,256,168 3.49 Lain-lain aset - - - 828,378 828,378 - Jumlah aset 57,136,168 3,120,000 10,332,400 316,196,193 386,784,761 Liabiliti: Lain-lain liabiliti - - - 20,598,982 20,598,982 Jumlah liabiliti - - - 20,598,982 20,598,982 Jumlah jurang sensitiviti faedah 57,136,168 3,120,000 10,332,400 295,597,211 366,185,779 2013 Aset: Pelaburan pada FVTOCI - - - 200,988,331 200,988,331 - Pelaburan pada FVTPL - - 5,536,500 2,282,000 7,818,500 6.19 Deposit dengan institusi kewangan 21,524,207 8,870,029 - - 30,394,236 3.25 Lain-lain aset - - - 2,951,525 2,951,525 - Jumlah aset 21,524,207 8,870,029 5,536,500 206,221,856 242,152,592 Liabiliti: Lain-lain liabiliti - - - 12,652,553 12,652,553 Jumlah liabiliti - - - 12,652,553 12,652,553 Jumlah jurang sensitiviti faedah 21,524,207 8,870,029 5,536,500 193,569,303 229,500,039 44 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

16. RISIKO KEWANGAN DAN DASAR PENGURUSAN MODAL (SAMB.) (d) Risiko kredit Risiko kredit adalah risiko kerugian dalam nilai yang mungkin ditanggung apabila pihak-pihak berkaitan dengan instrumen kewangan gagal atau enggan menunaikan tanggungjawab mereka. Risiko kredit diuruskan dengan memastikan Unit Amanah hanya akan melabur dalam instrumen berpendapatan tetap yang dianggap selamat dalam melunaskan kewajipan kewangannya dan mempunyai penilaian kredit yang baik. Unit Amanah ini juga sentiasa mengkaji senarai instrumen-instrumen berpendapatan tetap yang diluluskan daripada institusi-institusi kewangan sebagai rakan niaga bagi apa-apa urusniaga sekuriti. Pendedahan risiko kredit Pada tarikh laporan, pendedahan maksimum Unit Amanah terhadap risiko kredit diwakili oleh jumlah dibawa setiap kelas aset kewangan yang diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan. Kualiti kredit aset kewangan Unit Amanah melabur dalam sekuriti hutang yang diberi penarafan kredit sekurang-kurangnya gred pelaburan oleh agensi penarafan kredit. Jadual berikut menganalisa portfolio sekuriti hutang Unit Amanah mengikut kategori penarafan: Penarafan Kredit 2014 2013 % % % % atas sekuriti atas nilai atas sekuriti atas nilai hutang aset bersih hutang aset bersih AAA 19.17 0.54 - - AA1 28.85 0.81 - - AA2 51.98 1.47 100.00 2.41 100.00 2.82 100.00 2.41 (e) Risiko kecairan Risiko kecairan pasaran adalah risiko sekuriti yang tidak boleh dijual pada harga pasaran akibat jumlah yang didagangkan di pasaran menyebabkan sekuriti-sekuriti terbabit dijual pada harga diskaun. Risiko kecairan juga adalah risiko bahawa Unit Amanah akan menghadapi kesukaran dalam melaksanakan tuntutan yang berkaitan dengan liabiliti kewangan yang diselesaikan secara tunai atau aset kewangan lain. Pendedahan kepada risiko kecairan mungkin timbul jika Unit Amanah dikehendaki membayar liabiliti atau menebus unit lebih awal daripada yang dijangkakan. Unit Amanah ini terdedah kepada penebusan tunai unit-unit pada secara tetap. Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 45

16. RISIKO KEWANGAN DAN DASAR PENGURUSAN MODAL (SAMB.) (e) Risiko kecairan(samb.) Dasar Pengurus adalah untuk sentiasa mengekalkan aset cair secara berhemah dan pada tahap yang mencukupi untuk memenuhi keperluan operasi dan permintaan penebusan oleh pemegang unit. Aset cair terdiri daripada tunai, deposit dengan institusi kewangan dan lain-lain instrumen yang mampu ditukar menjadi wang tunai dalam tempoh 7 hari. Jadual berikut meringkaskan profil kematangan unit dalam terbitan dalam Unit Amanah (diklasifikasikan sebagai instrumen ekuiti) dan liabiliti kewangan. Baki tertunggak dalam tempoh enam bulan samaada dengan nilai yang dibawa kerana kesan pendiskaunan adalah tidak ketara. Jadual di bawah juga menganalisa profil kematangan aset kewangan Unit Amanah (tidak didiskaunkan mengikut kesesuaian) dan ekuiti bagi memberikan pandangan yang lengkap terhadap tanggungan kontraktual dan tahap kecairan Unit Amanah. Kurang dari 1 bulan hingga 1 bulan 1 tahun Jumlah Liabiliti Kewangan RM RM RM Lain-lain liabiliti 2014 18,770,967 1,828,015 20,598,982 2013 12,605,553 47,000 12,652,553 Pengkelasan kematangan adalah berdasarkan baki tempoh dari akhir tempoh pelaporan hingga tarikh matang kontrak. Apabila pihak yang berurusan dengan Unit Amanah mempunyai pilihan untuk menentukan tarikh pembayaran, liabiliti tersebut hendaklah diperuntukkan untuk tempoh yang terawal dimana Unit Amanah diperlukan untuk membuat pembayaran. (f) Risiko penumpuan Risiko tumpuan adalah risiko kesan buruk terhadap Unit Amanah yang timbul akibat daripada mempunyai pegangan yang besar dalam satu aset tertentu, sektor atau keselamatan. Risiko dapat dikurangkan dengan mengenakan had pelaburan. 17. INSTRUMEN KEWANGAN DAN PENDEDAHAN BERKAITAN Nilai Saksama Kaedah dan andaian seperti berikut digunakan dalam anggaran nilai saksama bagi setiap kelas instrumen kewangan yang berikut: 46 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

16. INSTRUMEN KEWANGAN DAN PENDEDAHAN BERKAITAN (SAMB.) (i) Tunai dan persamaan tunai, instrumen pasaran kewangan, jumlah terhutang daripada/ (kepada) broker saham, tuntutan cukai, peruntukan pengagihan, dan pendapatan belum diterima Nilai dibawa merupakan anggaran nilai saksama disebabkan oleh tempoh matang yang pendek bagi instrumen-instrumen kewangan ini. (ii) Pelaburan di sebut harga Nilai saksama saham disebut harga, waran dan REITs ditentukan berdasarkan harga terakhir yang disebut di Bursa Malaysia pada tarikh penyata kedudukan kewangan. (iii) Sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga dan sekuriti modal bercantum Nilai saksama bagi sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga, dan sekuriti modal bercantum ditentukan berdasarkan harga yang dikeluarkan oleh Bond Pricing Agency Sdn. Bhd., agensi bon berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti, pada tarikh penyata kedudukan kewangan. (iv) Skim pelaburan kolektif tidak disenaraikan Nilai saksama bagi skim pelaburan kolektif tidak disenaraikan adalah berdasarkan kepada harga terbitan pembelian terakhir. 18. TURUTAN NILAI SAKSAMA Unit Amanah menggunakan turutan berikut untuk menentukan nilai saksama semua instrumen kewangan yang dibawa pada nilai saksama: Aras 1: Harga tak terlaras disebutharga dalam pasaran aktif bagi aset dan liabiliti atau serupa. Aras 2: Input yang berdasarkan maklumat yang boleh dilihat di pasaran, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Aras 3: Input yang tidak berdasarkan maklumat yang boleh dilihat di pasaran. Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 47

18. TURUTAN NILAI SAKSAMA (SAMB.) 2014 Aras 1 Aras 2 Aras 3 Jumlah Pelaburan pada nilai saksama melalui lain-lain pendapatan komprehensif (FVTOCI) Ekuiti disebut harga 310,670,000 - - 310,670,000 Pelaburan pada nilai saksama melalui untung rugi (FTVPL) Ekuiti disebut harga 4,697,815 - - 4,697,815 Pelaburan dalam sekuriti modal bercantum - 5,370,000-5,370,000 Sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga - 4,962,400-4,962,400 4,697,815 10,332,400-15,030,215 2013 Aras 1 Aras 2 Aras 3 Jumlah Pelaburan pada nilai saksama melalui lain-lain pendapatan komprehensif (FVTOCI) Skim pelaburan kolektif tidak disenaraikan - 2,241,400-2,241,400 Ekuiti disebut harga 198,746,933 - - 198,746,933 198,746,933 2,241,400-200,988,333 Pelaburan pada nilai saksama melalui untung rugi (FTVPL) Ekuiti disebut harga 2,282,000 - - 2,282,000 Pelaburan dalam sekuriti modal bercantum - 5,536,500-5,536,500 2,282,000 5,536,500-7,818,500 Tiada pindahan dari Aras 1 dan Aras 2 dalam tahun kewangan semasa dan sebelumnya. 17. LAPORAN BERSEGMEN Unit Amanah diuruskan secara satu bahagian iaitu pelaburan di dalam pelbagai instrumen kewangan. Aktiviti-aktiviti Unit Amanah adalah berhubung-kait dan setiap aktiviti adalah berkaitan dengan satu sama lain. Justeru, semua keputusan penting operasi adalah berdasarkan satu strategi pelaburan yang diintegrasikan dan prestasi Unit Amanah dinilai secara keseluruhan. Kesemua pelaburan Unit Amanah adalah di Malaysia. 19. MATA WANG Semua jumlah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia ( RM ). 48 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014

Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014 49

Amanah Saham Nasional Berhad Tingkat Bawah, Lot 1 Circular Blok A Harbour Town, Jalan Pantai, 91100 Lahad Datu, Sabah Tel: 089-863680/681/672/673 Faks: 089-863675 50 Laporan Tahunan ASN 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2014