LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 30 JUN 2017

Similar documents
LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 30 JUN 2016

PMB INVESTMENT BERHAD ( D) (Syarikat Kumpulan Pelaburan MARA) Level 20, 1 Sentral Jalan Rakyat Kuala Lumpur Sentral Kuala Lumpur

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 30 OGOS 2016

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 31 OGOS 2017

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 30 OGOS 2017

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2017

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 OGOS 2017

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 30 JUN 2017

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 OKTOBER 2017

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 30 OGOS 2015

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 31 MAC 2015

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 30 JUN 2016

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2016

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2017

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 30 NOVEMBER 2017

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 28 FEBRUARI 2015

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 JANUARI 2017

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 30 NOVEMBER 2016

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 JANUARI 2015

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 15 JANUARI 2014

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 OGOS 2014

PMB DANA AL-AIMAN LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 31 MEI 2018

LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 JANUARI 2017

(Dahulunya dikenali sebagai PMB Shariah Balanced Fund)

PB604 : BUSINESS FINANCE

NOTIS PENTING. Terima Kasih.

LAPORAN TAHUNAN ASM BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 MAC 2017

Allianz Life Insurance Malaysia Berhad ( X) Laporan Prestasi Dana 2012

PUBLIC e-flexi ALLOCATION FUND (PUBLIC DANA e-flexi ALOKASI) (PeFAF)

LAPORAN PENGURUS AMANAH SAHAM GEMILANG (ASG)

LAPORAN TAHUNAN ASM BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 MAC

PUBLIC ISLAMIC ENTERPRISES EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI PERUSAHAAN ISLAMIK) (PIENTEF)

LAPORAN TAHUNAN ASB 2 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 MAC

PUBLIC ISLAMIC ADVANTAGE GROWTH EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TUMBUH BERKELEBIHAN ISLAMIK) (PIAVGEF)

Allianz Life Insurance Malaysia Berhad ( X) 2016 LAPORAN PRESTASI DANA

PB ISLAMIC EQUITY FUND (PB DANA EKUITI ISLAMIK) (PBIEF)

PUBLIC ISLAMIC OPPORTUNITIES FUND (PUBLIC DANA PELUANG ISLAMIK) (PIOF)

PB SMALLCAP GROWTH FUND (PB DANA TUMBUH MODAL KECIL) (PBSCGF)

ASN IMBANG (MIXED ASSET BALANCED) 1 ( ASN IMBANG

ISI KANDUNGAN. Tajuk. Muka Surat. Maklumat Tabung. Prestasi Tabung. Laporan Pengurus. Penyata Pengurus. Penyataan Pemegang Amanah

PUBLIC ISLAMIC SELECT ENTERPRISES FUND

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND (PB DANA EKUITI CHINA AUSTRALIA) (PBCAUEF)

PUBLIC SINGAPORE EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI SINGAPURA) (PSGEF)

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI GLOBAL ISLAMIK) (PISGEF)

NOTIS PENTING. Terima Kasih.

NOTIS PENTING. Terima Kasih.

ISI KANDUNGAN. V. Penyataan Pemegang Amanah. B. Penyata Pendapatan Komprehensif. C. Penyata Kedudukan Kewangan. D. Penyata Perubahan Dalam Ekuiti

NOTIS PENTING. Terima Kasih.

NOTIS PENTING. Terima Kasih.

PUBLIC ISLAMIC EQUITY FUND

PUBLIC INDEX FUND (PUBLIC DANA INDEKS) (PIX)

PUBLIC SMALLCAP FUND

PUBLIC ISLAMIC SELECT ENTERPRISES FUND (PUBLIC DANA PERUSAHAAN TERPILIH ISLAMIK) (PISEF)

PUBLIC e-islamic CASH DEPOSIT FUND

PB ISLAMIC EQUITY FUND

PUBLIC ITTIKAL FUND (PUBLIC DANA ITTIKAL) (P ITTIKAL)

PUBLIC ISLAMIC GROWTH & INCOME FUND (PUBLIC DANA TUMBUH & PENDAPATAN ISLAMIK) (PISGIF)

PUBLIC REGULAR SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN BERKALA) (PRSF)

PUBLIC ADVANTAGE GROWTH EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TUMBUH BERKELEBIHAN) (PAVGEF)

PUBLIC ISLAMIC TREASURES GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH KHAZANAH ISLAMIK) (PITGF)

PUBLIC ISLAMIC SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN ISLAMIK) (PISVF)

PUBLIC SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN) (PSF)

PB ISLAMIC SMALLCAP FUND

PUBLIC GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PB ASIA CONSUMER SECTOR FUND (PB DANA SEKTOR PENGGUNA ASIA) (PBACSF)

ISI KANDUNGAN. V. Penyataan Pemegang Amanah. A. Penyata Untung atau Rugi dan Pendapatan Komprehensif. B. Penyata Pendapatan Komprehensif

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

PUBLIC INDONESIA SELECT FUND

PUBLIC EMERGING OPPORTUNITIES FUND (PUBLIC DANA PELUANG PASARAN BARU) (PEMOF)

PB ASIA EMERGING GROWTH FUND (PB DANA TUMBUH PASARAN BARU ASIA) (PBAEGF)

PUBLIC ISLAMIC OPTIMAL EQUITY FUND

PB GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PUBLIC AUSTRALIA EQUITY FUND

PB BOND FUND (PB DANA BON) (PBBOND)

PB CASH MANAGEMENT FUND PB DANA PENGURUSAN TUNAI (PBCMF)

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

PUBLIC ISLAMIC EMERGING OPPORTUNITIES FUND

PUBLIC SUKUK FUND (PUBLIC DANA SUKUK) (PSKF)

PUBLIC BOND FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PB ASIA PACIFIC DIVIDEND FUND (PB DANA DIVIDEN ASIA PASIFIK) (PBAPDF)

PUBLIC ISLAMIC STRATEGIC BOND FUND

PB GROWTH FUND PB DANA TUMBUH (PBGF)

ISI KANDUNGAN. V. Penyataan Pemegang Amanah. B. Penyata Pendapatan Komprehensif. C. Penyata Kedudukan Kewangan. D. Penyata Perubahan Dalam Ekuiti

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

PUBLIC e-cash DEPOSIT FUND (PUBLIC DANA e-deposit TUNAI) (PeCDF)

PB MIXED ASSET GROWTH FUND (PB DANA ASET TUMBUH CAMPURAN) (PBMAGRF)

PUBLIC ISLAMIC SELECT ENTERPRISES FUND (PUBLIC DANA PERUSAHAAN TERPILIH ISLAMIK) (PISEF)

PUBLIC ISLAMIC SECTOR SELECT FUND (PUBLIC DANA SEKTOR TERPILIH ISLAMIK) (PISSF)

PUBLIC ISLAMIC ASEAN GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH ASEAN ISLAMIK) (PIASGF)

PB SINGAPORE ADVANTAGE-30 EQUITY FUND PB DANA EKUITI KELEBIHAN-30 SINGAPURA (PBSGA30EF)

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

PB SUKUK FUND PENYATAAN TANGGUNGJAWAB

ISI KANDUNGAN. V. Penyataan Pemegang Amanah. B. Penyata Pendapatan Komprehensif. C. Penyata Kedudukan Kewangan. D. Penyata Perubahan Dalam Ekuiti

PUBLIC ISLAMIC SELECT TREASURES FUND (PUBLIC DANA KHAZANAH TERPILIH ISLAMIK) (PISTF)

PB AIMAN SUKUK FUND (PB DANA SUKUK AIMAN) (PBASF)

PUBLIC ISLAMIC OPTIMAL GROWTH FUND

PUBLIC ISLAMIC ALPHA-40 GROWTH FUND

PUBLIC ISLAMIC DIVIDEND FUND

PUBLIC ITTIKAL SEQUEL FUND (PUBLIC DANA SEKUEL ITTIKAL) (PITSEQ)

PB GLOBAL EQUITY FUND

Transcription:

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 30 JUN 2017 PMB INVESTMENT BERHAD (256439-D) (Syarikat Kumpulan Pelaburan MARA) Level 20, 1 Sentral Jalan Rakyat Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (1) Tuan/Puan Yang Dihargai PMB INVESTMENT BERHAD MAKLUMAN MENGENAI PRIVASI Berkuatkuasa 15 November 2013, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) diperkenalkan untuk mengawalselia pemprosesan data peribadi di dalam transaksi-transaksi komersial. Kami di PMB INVESTMENT BERHAD menilai tinggi privasi anda dan menggembeleng usaha untuk melindungi maklumat-maklumat peribadi anda dalam mematuhi kehendak-kehendak PDPA. Seiring dengan itu, PMB INVESTMENT BERHAD telah mengeluarkan Notis Privasi kepada semua pelanggan-pelanggan individu kami. Kandungan Notis Privasi tersebut melibatkan perkara-perkara mengenai pemprosesan maklumat-maklumat peribadi anda oleh pihak kami berkaitan dengan akaun pelaburan anda dan/atau perkhidmatan dengan kami. Sila luangkan masa untuk membaca dan mengambil maklum mengenai isi kandungan Notis Privasi berkenaan. Notis Privasi tersebut boleh dicapai di dalam laman web kami www.pmbinvestment.com.my dan/atau di pejabat kami sama ada di ibu pejabat atau cawangan-cawangan kami. Sila hubungi kami di bahagian Perhubungan Pelabur, talian 03-2785 9900 sekiranya anda memerlukan sebarang penjelasan mengenai perkara ini.

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (2) MAKLUMAT KORPORAT PENGURUS PMB INVESTMENT BERHAD (Syarikat Kumpulan Pelaburan MARA) IBU PEJABAT Level 20, 1 Sentral Jalan Rakyat, Kuala Lumpur Sentral Peti Surat 10701 50722 Kuala Lumpur Tel: (03) 2785 9800 Faks: (03) 2785 9901 E-mel: investorrelation@pelaburanmara.com.my Laman Web: www.pmbinvestment.com.my LEMBAGA PENGARAH Dato Abdul Malik bin Ismail - Pengerusi Dato Sri Hj Abd Rahim bin Hj Abdul Dato Mohammad Safie bin Asnan @ Asnawi Prof. Dr. Faridah binti Hj Hassan Mansoor bin Ahmad Nik Mohamed Zaki bin Nik Yusoff Dato Ahmad Nazim bin Abd Rahman Najmi bin Hj Mohamed KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Najmi bin Hj Mohamed SETIAUSAHA SYARIKAT Shahrizat binti Othman JAWATANKUASA PELABURAN Mansoor bin Ahmad Nik Mohamed Zaki bin Nik Yusoff Dato Ahmad Nazim bin Abd Rahman Prof. Dr. Mohamed Aslam bin Mohamed Haneef PEMEGANG AMANAH AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD PENASIHAT SYARIAH BIMB SECURITIES SDN. BHD. JURUAUDIT BEBAS JAMAL, AMIN & PARTNERS

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (3) NO. KANDUNGAN MUKA SURAT 1. MAKLUMAT DANA 5 1.1 NAMA DANA 5 1.2 TARIKH PELANCARAN SEMULA DANA 5 1.3 KATEGORI/JENIS DANA 5 1.4 OBJEKTIF DANA 5 1.5 TANDA ARAS DANA 5 1.6 DASAR PENGAGIHAN DANA 5 1.7 KEDUDUKAN PEGANGAN UNIT 5 2. PENCAPAIAN DANA 6 7 2.1 KOMPOSISI DANA 6 2.2 PENGAGIHAN PENDAPATAN/TERBITAN UNIT PECAHAN 7 3. LAPORAN PENGURUS 8 16 3.1 ANALISA PRESTASI DANA 8 3.1.1 BANDINGAN PRESTASI DANA DENGAN OBJEKTIF PELABURAN 3.1.2 BANDINGAN PRESTASI DANA DENGAN TANDA ARAS 3.2 ANALISA PRESTASI DANA BERDASARKAN NILAI ASET BERSIH SEUNIT 8 8 10 3.3 POLISI DAN STRATEGI PELABURAN 10 3.4 PERUMPUKAN ASET-ASET DANA 10

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (4) NO. KANDUNGAN MUKA SURAT 3.5 SUASANA EKONOMI NEGARA 11 3.6 SUASANA BURSA SAHAM TEMPATAN SEMASA 14 3.7 SUASANA PASARAN WANG TEMPATAN SEMASA 15 3.8 PENGAGIHAN PENDAPATAN DAN KESAN TERHADAP NAB DANA 3.9 TERBITAN UNIT PECAHAN 16 3.10 KEPENTINGAN PEMEGANG-PEMEGANG UNIT 16 3.11 REBET DAN KOMISEN TIDAK LANGSUNG 16 15 4. PENYATAAN PEMEGANG AMANAH 17 5. PENYATAAN PENASIHAT SYARIAH 18 6. PENYATAAN PENGURUS 19 7. LAPORAN JURUAUDIT BEBAS 20 22 8. PENYATA KEWANGAN 23 39 9. ASAS PENGIRAAN MAKLUMAT PRESTASI DAN PENCAPAIAN DANA 40 41 10. MAKLUMAT TAMBAHAN 42 43 11. MAKLUMAT JARINGAN PERNIAGAAN 44 45 12. MAKLUMAT PERHUBUNGAN PELABUR 46 13. BORANG KEMASKINI MAKLUMAT PELABUR 47

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (5) 1. MAKLUMAT DANA 1.1 NAMA DANA PMB DANA MUTIARA - PMB MUTIARA. 1.2 TARIKH PELANCARAN SEMULA DANA 5 Ogos 2004. 1.3 KATEGORI / JENIS DANA Dana Ekuiti (Syariah) / Pertumbuhan dan Pendapatan. 1.4 OBJEKTIF DANA Menyediakan pelabur dengan pulangan stabil dan untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang dengan melabur dalam ekuiti dan sekuriti-sekuriti pendapatan tetap yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah. 1.5 TANDA ARAS DANA Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas Shariah (FBMSHA). 1.6 DASAR PENGAGIHAN DANA Pengagihan pendapatan (jika ada) akan diisytiharkan pada setiap akhir tahun kewangan bergantung kepada lebihan pendapatan sepanjang tempoh kewangan sama ada dalam bentuk tunai atau unit tambahan. 1.7 KEDUDUKAN PEGANGAN UNIT PADA 30 JUN 2017 Saiz Pegangan Unit Jumlah Pemegang Unit % Jumlah Unit Dipegang * % 5,000 dan ke bawah 1,283 67.67 1,961,669.42 12.91 5,001-10,000 244 12.87 1,733,737.20 11.41 10,001-50,000 327 17.25 6,654,194.91 43.78 50,001-500,000 41 2.16 3,914,393.94 25.75 500,001 dan ke atas 1 0.05 934,665.20 6.15 Jumlah 1,896 100.00 15,198,660.67 100.00 * Nota: Tidak termasuk unit Pengurus

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (6) 2. PENCAPAIAN DANA 2.1 KOMPOSISI DANA BERAKHIR 30 JUN Sektor 2017 2016 2015 Pasaran Utama: % % % Barangan Pengguna 1.02 3.36 6.06 Barangan Industri 19.13 15.47 4.63 Pembinaan 5.52 11.00 14.96 Dagangan & Perkhidmatan 40.54 28.15 22.73 Perbankan & Kewangan 4.98 6.08 - Hartanah 10.21 3.41 2.10 Perladangan 3.88 3.47 - Infrastruktur - - 8.90 Teknologi 0.51 1.43 15.28 Pasaran Ace: Pembinaan 2.83 - - Teknologi 3.27 - - Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) Islam - - 3.74 Waran Tersiarharga 0.60 - - Skim Pelaburan Kolektif - - 6.79 Deposit Islamik dan lain-lain 7.51 27.63 14.81 Jumlah 100.00 100.00 100.00 Maklumat Prestasi Nilai Aset Bersih (NAB) - xd (RM 000) 5,827 5,821 6,096 Unit Dalam Edaran ( 000) 15,204 15,922 16,346 NAB Seunit - xd (RM) 0.3833 0.3656 0.3729 NAB Seunit - xd: Tertinggi (RM) 0.4026 0.4090 0.4215 NAB Seunit - xd: Terendah (RM) 0.3636 0.3440 0.3570 Jumlah Pulangan # (%) 7.58 0.05 (6.83) - Pertumbuhan Modal # (%) 4.84 (1.96) (10.90) - Pengagihan Pendapatan (%) 2.74 2.01 4.07 Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (NPP) (%) * 1.95 1.97 1.85 Pusing Ganti Portfolio (PGP) (kali) ** 0.75 0.99 1.01 # Sumber: Lipper Pencapaian Dana pada masa lalu bukannya petunjuk atau gambaran pencapaian masa hadapan. Harga unit dan pulangan ke atas pelaburan akan berubah-ubah mengikut nilai pasaran.

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (7) 2.1 KOMPOSISI DANA (SAMB.) * Peratusan NPP mengalami sedikit penyusutan iaitu sebanyak 0.02 peratusan mata pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017 berbanding dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya. Penyusutan ini adalah disebabkan oleh penurunan jumlah perbelanjaan pengurusan sebanyak 6.45%. Pada masa yang sama saiz purata Dana juga mengalami penurunan pada kadar yang hampir sama, sebanyak 5.31%. ** Peratusan untuk PGP menyusut kepada 0.75 kali bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017 daripada 0.99 kali pada tempoh yang sama tahun sebelumnya. Ini adalah disebabkan oleh pengurangan aktiviti jualan dan belian saham terutamanya pada separuh tahun kedua tahun kewangan Dana ekoran keadaan pasaran saham tempatan yang tidak menentu. Aktiviti pembelian dan penjualan dilakukan berdasarkan strategi pelaburan yang berubah mengikut keadaan pasaran semasa. * PURATA PULANGAN (BERAKHIR 30 JUN) 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun PMB MUTIARA 7.58% 0.09% 2.75% FBMSHA 5.94% (1.43%) 3.11% * PULANGAN TAHUNAN BERAKHIR 30 JUN 15 JUN 2017 2016 2015 2014 2013 PMB MUTIARA 7.58% 0.05% (6.83%) 5.63% 9.81% FBMSHA 5.94% (0.87%) (8.80%) 9.10% 13.57% * Sumber: Lipper 2.2 PENGAGIHAN PENDAPATAN/TERBITAN UNIT PECAHAN TARIKH/TAHUN Pengagihan - Kasar (sen seunit) - Bersih (sen seunit) BERAKHIR 30 JUN 2017 2016 2015 1.00 0.75 1.80 ^ 1.00 ^ 0.75 ^ 1.70 Nisbah Unit Pecahan - - - ^ Pengagihan dalam bentuk unit. Nota: Unit Pecahan (jika ada) tidak layak menerima pengagihan pendapatan untuk tahun kewangan semasa. Sila rujuk muka surat 40-41 bagi asas pengiraan. Pencapaian Dana pada masa lalu bukannya petunjuk atau gambaran pencapaian masa hadapan. Harga unit dan pulangan ke atas pelaburan akan berubah-ubah mengikut nilai pasaran.

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (8) 3. LAPORAN PENGURUS Bagi tempoh dua belas (12) bulan berakhir 30 Jun 2017 (1 Julai 2016 hingga 30 Jun 2017). 3.1 ANALISA PRESTASI DANA 3.1.1 BANDINGAN PRESTASI DANA DENGAN OBJEKTIF PELABURAN Sepanjang tempoh kajian, Dana telah mencapai objektifnya iaitu memperolehi pertumbuhan modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang. Berdasarkan sumber Lipper, pulangan Dana untuk jangkamasa 3, 5 dan 10 tahun masing-masing mencatat sebanyak 0.28%, 14.56% dan 2.89%. Bagi tempoh setahun berakhir 30 Jun 2017, Dana mencatat pulangan sebanyak 7.58%. Pengurus telah mengisytihar pengagihan pendapatan dalam bentuk unit sebanyak 1.00 sen (bersih) seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017. 3.1.2 BANDINGAN PRESTASI DANA DENGAN TANDA ARAS Prestasi Dana berbanding tanda aras bagi tempoh 1, 3 dan 5 tahun berakhir 30 Jun 2017 adalah seperti berikut:- Graf di atas menunjukkan pergerakan pulangan Dana bagi tempoh setahun berakhir 30 Jun 2017. Sepanjang tempoh tersebut, NAB Seunit Dana meningkat 7.58%, berbanding peningkatan 5.94% pada penanda aras.

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (9) 3.1.2 BANDINGAN PRESTASI DANA DENGAN TANDA ARAS (SAMB.) Bagi tempoh 3 tahun berakhir 30 Jun 2017, NAB seunit Dana naik 0.28% berbanding penurunan pada penanda aras sebanyak 4.22%. Sila rujuk graf di atas. Graf di atas pula mencerminkan pergerakan pulangan Dana untuk jangkamasa 5 tahun berakhir 30 Jun 2017. Sepanjang tempoh tersebut, NAB seunit Dana menokok 14.56% berbanding kenaikan penanda aras sebanyak 16.53%.

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (10) 3.2 ANALISA PRESTASI DANA BERDASARKAN NILAI ASET BERSIH SEUNIT Sepanjang tempoh kajian, NAB seunit meningkat sebanyak RM0.0277 atau 7.58% iaitu daripada RM0.3656 (xd) pada 30 Jun 2016 kepada RM0.3933 (CD) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017. 3.3 POLISI DAN STRATEGI PELABURAN Polisi pelaburan Dana ialah melabur dalam portfolio pelaburan yang pelbagai merangkumi ekuiti dan sekuriti berpendapatan tetap tersiarharga dan lain-lain bentuk pelaburan yang dibenarkan dan mematuhi prinsipprinsip Syariah. Dana dilabur terutamanya dalam portfolio pelaburan yang pelbagai dalam ekuiti dan sekuriti berkaitan ekuiti patuh Syariah syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang mempunyai prospek dalam pertumbuhan dan/atau mempunyai hasil dividen sebanyak 3% setahun atau lebih. Dana melabur di antara 70% dan 99.5% daripada nilai aset bersih dalam ekuiti. 3.4 PERUMPUKAN ASET-ASET DANA Pecahan seunit mengikut kelas aset adalah seperti berikut:- PECAHAN SEUNIT MENGIKUT KELAS ASET 30 Jun 2017 (%) 30 Jun 2016 (%) Perubahan Peratus Mata Purata Pendedahan Pelaburan (%) Ekuiti 91.89 72.37 19.52 82.13 Waran tersiarharga 0.60-0.60 0.30 Deposit Islamik dan lainlain 7.51 27.63 (20.12) 17.57 Pada 30 Jun 2017, pegangan ekuiti Dana ialah 91.89% berbanding 72.37% pada 30 Jun 2016. Sebanyak 0.60% dilabur dalam waran tersiarharga manakala baki 7.51% berada dalam deposit Islamik dan lain-lain bentuk pelaburan patuh Syariah yang bersesuaian dengan polisi dan objektif Dana.

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (11) 3.4 PERUMPUKAN ASET-ASET DANA (SAMB.) PERUMPUKAN ASET PMB MUTIARA PADA 30 JUN 2017 PERUMPUKAN ASET PMB MUTIARA PADA 30 JUN 2016 3.5 SUASANA EKONOMI NEGARA Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dilapor pada 16 Februari 2017 berkembang pada kadar 4.5% pada suku akhir 2016 berbanding 4.3% pada suku ketiga. Ini menjadikan pertumbuhan tahun 2016 sebanyak 4.2% berbanding 5.0% pada 2015, satu penurunan kadar pertumbuhan ekonomi negara yang agak ketara. Namun demikian, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 5.6% pada suku pertama 2017, lebih tinggi daripada 4.5% yang dicatat pada suku keempat 2016. Pertumbuhan yang lebih tinggi ini disokong oleh permintaan dalam negara yang bertambah kukuh, khususnya perbelanjaan sektor swasta. Penggunaan swasta berkembang 6.6% pada suku pertama 2017 berbanding 6.1% pada suku sebelumnya disokong oleh penggunaan ke atas makanan & minuman bukan alkohol, komunikasi dan perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain. Semua sektor mengikut kaedah pengeluaran mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan kecuali sektor perlombongan dan pengkuarian. Sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian merupakan pemacu utama ekonomi.

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (12) 3.5 SUASANA EKONOMI NEGARA (SAMB.) Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia Untuk Suku Pertama 2017 Sektor 2017 2016 2016 Sektor 2017 2016 2016 Penawaran S1 S4 S1 Permintaan S1 S4 S1 Pertanian 8.3% (2.5%) (3.8%) Pembinaan 6.5% 5.1% 8.0% Perkhidmatan 5.8% 5.5% 5.1% Penggunaan Akhir Swasta Penggunaan Akhir Kerajaan Pembentukan Modal Tetap Kasar 6.6% 6.1% 5.2% 7.5% (4.2%) 2.7% 10.0% 2.4% 0.1% Pembuatan 5.6% 4.7% 4.6% Eksport 9.8% 2.2% 1.0% Perlombongan 1.6% 5.0% (1.2%) Import 12.9% 1.6% 2.3% KDNK 5.6% 4.5% 4.1% KDNK 5.6% 4.5% 4.1% (Sumber: Laman sesawang BNM dan Jabatan Statistik Malaysia) Inflasi (Sumber: Laman sesawang Jabatan Statistik Malaysia) Secara keseluruhannya, inflasi berkembang sebanyak 2.1% pada tahun 2016 berbanding 2.1% pada tahun 2015. Untuk tempoh lima bulan pertama 2017, inflasi berada lebih tinggi, iaitu pada kadar 4.2%. Indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol merupakan pendorong utama kepada kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tempoh Januari hingga Mei 2017, mencatat peningkatan 4.1%.

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (13) 3.5 SUASANA EKONOMI NEGARA (SAMB.) Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) (Sumber: Laman sesawang Jabatan Statistik Malaysia) Pertumbuhan IPP bagi tahun 2016 meningkat sebanyak 3.8% berbanding 4.7% pada tahun 2015. Pada bulan Mei 2017, IPP meningkat sebanyak 4.6% berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam sektor pembuatan, 7.3% dan elektrik 2.5%. Walau bagaimanapun indeks perlombongan menurun sebanyak 2.3%. Perdagangan Luar Negara (Sumber: Laman sesawang Jabatan Statistik Malaysia) Eksport pada tahun 2016 meningkat 1.1% kepada RM785.9 billion manakala import berkembang sebanyak 1.9% kepada RM698.7 billion berbanding 2015. Namun imbangan dagangan menurun sebanyak RM4.3 billion atau 4.7% kepada RM87.3 billion memandangkan kadar peningkatan import mengatasi kadar peningkatan eksport. Untuk tempoh lima bulan pertama 2017, imbangan dagangan Malaysia mencatatkan penyusutan sebanyak 8.7%, mencecah nilai RM33.1 billion. Jumlah perdagangan untuk tempoh lima bulan pertama 2017 bernilai RM723.0 billion berbanding RM576.6 billion yang dicatat dalam tempoh yang sama tahun lepas.

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (14) 3.6 SUASANA BURSA SAHAM TEMPATAN SEMASA Bagi tempoh setahun berakhir 30 Jun 2017, penanda aras utama ekuiti patuh Syariah Malaysia iaitu Indeks FBMSHA meningkat 719.21 mata atau 5.94% kepada 12,822.15 manakala penanda aras utama Bursa Malaysia iaitu FBM KLCI meningkat 109.59 mata atau 6.63% kepada 1,763.67. Bagi tempoh tersebut, Indeks FBMSHA mencatat paras tertinggi 13,099.07 mata pada 15 Mei 2017 dan paras terendah 11,891.57 mata pada 23 Disember 2016. Sementara itu, FBM KLCI mencatat paras tertinggi, 1,792.35 mata pada 14 Jun 2017 manakala paras terendah pula ialah 1,616.64 mata yang dicatat pada 14 November 2016. Julat pergerakan Indeks FBMSHA untuk tempoh tersebut ialah 1,207.50 mata berbanding 1,898.74 mata pada tempoh yang sama tahun sebelumnya. Sepanjang setengah tahun kedua 2016, turun naik pasaran saham tempatan terus dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap keadaan ekonomi Malaysia berikutan kemerosotan wang Ringgit, keputusan mengejut Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman, keputusan kewangan syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang kurang memberangsangkan sepanjang 2016 dan ketidakstabilan harga komoditi. Perkara-perkara ini kemudiannya ditokok oleh faktor ketidakpastian terhadap momentum pertumbuhan dan perubahan polisi di kalangan negara-negara ekonomi utama dunia. Antara faktor luar yang mempengaruhi turun naik pasaran sepanjang setengah tahun kedua 2016 termasuk kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi negara China, ketidaktentuan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat serta kemungkinan perubahan polisi selepas kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 8 November 2016. Perkara-perkara yang dinyatakan ini telah menyebabkan pengaliran keluar dana asing sebanyak RM8.6 billion sepanjang suku terakhir 2016 dan telah menyebabkan FBMSHA ditutup lebih rendah berbanding tahun terdahulu. Namun demikian, pasaran saham tempatan mula meningkat pada separuh pertama tahun 2017 ekoran dari peningkatan harga minyak mentah dunia berikutan persetujuan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 1.2 juta tong sehari bermula Januari 2017, data-data ekonomi tempatan yang lebih baik dari jangkaan, serta keputusan kewangan syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang bertambah baik. Sehubungan itu, pelabur asing juga dilihat membuat kemunculan semula ke pasaran tempatan, dengan jumlah pengaliran masuk dana asing bersih sebanyak RM10.1 billion untuk tempoh enam bulan pertama 2017. Dalam keadaan pasaran yang mencabar ini, berdasarkan sumber Lipper, NAB seunit Dana meningkat sebanyak 7.58% bagi tempoh setahun berakhir 30 Jun 2017.

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (15) 3.7 SUASANA PASARAN WANG TEMPATAN SEMASA Dalam tempoh setahun berakhir 30 Jun 2017, Jawatankuasa Dasar Kewangan (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada kadar 3.00%. Walau bagaimanapun, kadar ini pertama kali diturunkan dari 3.25% setahun yang lalu di mesyuarat MPC yang berlangsung pada 13 Julai 2016 ekoran dari persekitaran global yang tidak menentu. Berikutan penurunan pada bulan Julai, MPC terus mengekalkan kadar OPR dalam mesyuarat-mesyuarat seterusnya yang berlangsung pada 7 September dan 23 November 2016 serta pada 19 Januari, 2 Mac dan 12 Mei pada tahun 2017. Menurut BNM, ekonomi global dijangka akan terus berkembang memandangkan aktiviti perindustrian dan perdagangan global semakin meningkat. Pertumbuhan juga menjadi lebih sekata antara ekonomi maju dengan ekonomi sedang pesat membangun. Penunjuk ekonomi pula memberi gambaran bahawa prospek ekonomi global akan terus bertambah baik. Dalam kalangan ekonomi maju, peningkatan semula pelaburan dijangka memberikan dorongan tambahan kepada aktiviti ekonomi, manakala pertumbuhan ekonomi sedang pesat membangun dijangka disokong oleh aktiviti dalam negara yang mampan dan permintaan luar negara yang lebih kukuh. Walau bagaimanapun, masih terdapat pelbagai risiko kepada pertumbuhan ekonomi global seperti perlindungan perdagangan, perkembangan geopolitik, dan turun naik harga komoditi. Risiko ini juga boleh mencetuskan semula ketidaktentuan pasaran kewangan. Melangkah ke hadapan, momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia sejak separuh kedua tahun 2016 dijangka bertambah kukuh pada suku pertama 2017 dan dijangka kekal sepanjang tahun. Pertumbuhan ekonomi dijangka akan dipacu terutamanya oleh aktiviti permintaan dalam negara, sealiran dengan keadaan pertumbuhan upah dan pekerjaan yang berterusan, serta pelaksanaan projek-projek pelaburan yang sedang dan akan dijalankan. Untuk sektor luaran, berikutan pertumbuhan global yang bertambah baik, eksport dijangka akan berkembang dengan lebih kukuh dan menyumbang secara positif kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. (Sumber: Laman sesawang Bank Negara Malaysia) 3.8 PENGAGIHAN PENDAPATAN DAN KESAN TERHADAP NAB DANA Berdasarkan kepada pendapatan semasa Dana, Pengurus dengan persetujuan Pemegang Amanah telah menetapkan pengagihan pendapatan dalam bentuk unit sebanyak 1.00 sen (bersih) seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017. Kesan daripada pengagihan pendapatan ini, NAB seunit Dana dilaraskan daripada RM0.3933 (cd) kepada RM0.3833 (xd).

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (16) 3.9 TERBITAN UNIT PECAHAN Tiada pengagihan unit pecahan dicadangkan sepanjang tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017. 3.10 KEPENTINGAN PEMEGANG-PEMEGANG UNIT Sepanjang tempoh kajian, tiada sebarang kejadian yang menjejaskan kepentingan pemegang-pemegang unit selain daripada urusniagaurusniaga yang dijalankan selaras dengan Suratikatan Amanah, Garispanduan Tabung Unit Amanah, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan undang-undang lain yang berkuatkuasa. 3.11 REBET DAN KOMISEN TIDAK LANGSUNG Sepanjang tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017, Pengurus tidak menerima sebarang imbuhan daripada institusi-institusi broker saham selain daripada laporan ataupun material penyelidikan yang berkaitan dengan ekonomi, pasaran saham termasuk analisa penyelidikan terhadap sesuatu syarikat yang tersenarai ataupun yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (17) 4. PENYATAAN PEMEGANG AMANAH Kepada Pemegang-Pemegang Unit PMB DANA MUTIARA Kami, AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD telah bertindak selaku Pemegang Amanah kepada PMB DANA MUTIARA bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017. Pada pendapat kami, PMB INVESTMENT BERHAD, selaku Pengurus, telah melaksana dan mengurus PMB DANA MUTIARA selaras dengan had-had kuasa pelaburan yang diberikan kepada Pengurus mengikut Suratikatan, undangundang sekuriti dan Garispanduan Tabung Unit Amanah yang diterimapakai bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017. Kami juga berpendapat bahawa: (a) (b) (c) Penilaian dan penentuan harga adalah dibuat selaras dengan Suratikatan dan mana-mana kehendak kawalseliaan; Penjadian dan perlucutan unit dilaksanakan adalah selaras dengan Suratikatan dan lain-lain peruntukan undang-undang berkaitan; dan Pengagihan kepada pemegang-pemegang unit PMB DANA MUTIARA sepertimana yang diisytiharkan oleh Pengurus adalah sesuai dan selaras dengan objektif pelaburan PMB DANA MUTIARA. Untuk dan bagi pihak AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD HABSAH BINTI BAKAR Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur, Malaysia 18 Ogos 2017

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (18) 5. PENYATAAN PENASIHAT SYARIAH PEMEGANG-PEMEGANG UNIT YANG DIHORMATI Kami telah bertindak sebagai Penasihat Syariah kepada PMB INVESTMENT BERHAD, selaku Pengurus bagi PMB DANA MUTIARA untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017. Tanggungjawab kami adalah untuk memastikan prosedur dan proses yang dilaksanakan oleh PMB INVESTMENT BERHAD serta peruntukanperuntukan yang termaktub di dalam Suratikatan Induk Tambahan Keempat Belas bertarikh 6 September 2016 yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 14 Oktober 2016 adalah mematuhi Syariah. Pada pendapat kami, berdasarkan laporan-laporan berkala dan penerangan yang kami terima, untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017, PMB INVESTMENT BERHAD telah mengurus dan mentadbir PMB DANA MUTIARA mengikut kehendak Syariah dan mematuhi segala garispanduan, arahan mahupun keputusan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dari aspek Syariah. Kami juga mengesahkan bahawa portfolio PMB DANA MUTIARA yang dikendalikan oleh PMB INVESTMENT BERHAD adalah mengandungi sekuriti-sekuriti yang dikategorikan sebagai patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sementara itu, pelaburan juga telah dibuat melalui simpanan dan instrumen kewangan patuh Syariah dengan institusi kewangan Islam yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia. Untuk dan bagi pihak BIMB SECURITIES SDN BHD IR. DR. MUHAMAD FUAD ABDULLAH Pegawai Syariah Yang Dilantik KUALA LUMPUR 21 Ogos 2017

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (19) 6. PENYATAAN PENGURUS Kepada Pemegang-Pemegang Unit PMB DANA MUTIARA Kami, sebagai Pengarah kepada PMB INVESTMENT BERHAD, selaku Pengurus PMB DANA MUTIARA berpendapat penyata kewangan yang dibentangkan memberikan maklumat dan pandangan yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Dana pada 30 Jun 2017, perubahan dalam ekuiti, prestasi kewangan serta aliran tunai Dana untuk tahun kewangan yang berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (Malaysian Financial Reporting Standards - MFRS), Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa (International Financial Reporting Standards - IFRS) dan diubahsuai menurut Garispanduan Tabung Unit Amanah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Untuk dan bagi pihak PMB INVESTMENT BERHAD Selaku Pengurus, PMB DANA MUTIARA NAJMI BIN HAJI MOHAMED Pengarah YBHG. DATO AHMAD NAZIM BIN ABD RAHMAN Pengarah KUALA LUMPUR 16 Ogos 2017

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (20) 7. LAPORAN JURUAUDIT BEBAS Kepada Pemegang-Pemegang Unit PMB DANA MUTIARA Laporan ke atas Penyata Kewangan Pendapat Kami telah mengaudit penyata kewangan untuk PMB DANA MUTIARA, yang merangkumi Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 2017, Penyata Pendapatan Komprehensif, Penyata Perubahan Dalam Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut, serta polisi-polisi perakaunan penting dan nota-nota penerangan yang lain yang dikemukakan. Pada pendapat kami, penyata kewangan Dana memberi gambaran benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Dana pada 30 Jun 2017 dan prestasi kewangan, perubahan dalam ekuiti dan aliran tunai Dana untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017 selaras dengan Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (MFRS) dan Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa (IFRS). Kami juga mengesahkan pengiraan Nisbah Perbelanjaan Pengurusan dan Pusing Ganti Portfolio yang dibentangkan pada nota 16 dan 17 adalah bertepatan dan munasabah. Jadual yang dibentangkan telah diambil terutamanya dari rekod perakaunan dan lain-lain rekod Dana yang telah dikenakan ujian-ujian dan lain-lain tatacara audit sewaktu pemeriksaan kami ke atas penyata kewangan Dana untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017. Pada pendapat kami, pada keseluruhannya maklumat itu telah dibentangkan dengan saksama jika dipandang dari semua segi penting berkenaan dengan penyata kewangan itu. Asas Bagi Pendapat Kami telah menjalankan audit kami mengikut piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia dan Piawaian Pengauditan Antarabangsa. Tanggungjawab kami di bawah piawaian dihuraikan dengan lanjut dalam bahagian Tanggungjawab Juruaudit ke atas Audit Penyata Kewangan dalam laporan kami. Kami percaya bahawa bukti audit yang kami perolehi adalah mencukupi dan sesuai untuk memberi asas yang munasabah bagi pendapat kami. Kebebasan dan Tanggungjawab Etika Lain Kami bebas daripada Dana mengikut Undang-Undang Kecil (atas Etika Profesional, Kelakuan dan Amalan) Institut Akauntan Malaysia ( Undang-Undang Kecil ) dan Lembaga Piawaian Etika Antarabangsa untuk Kod Etika Akauntan bagi Akauntan Profesional ( Kod IESBA ) dan kami telah memenuhi tanggungjawab etika yang lain mengikut undang-undang kecil dan Kod IESBA. Maklumat Selain daripada Penyata Kewangan dan Laporan Juruaudit Pengurus Dana bertanggungjawab kepada maklumat lain. Maklumat-maklumat lain merangkumi Laporan Pengurus dan Penyata Pengurus, tetapi tidak termasuk penyata kewangan Dana dan laporan juruaudit kami.

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (21) Laporan Juruaudit Bebas Kepada Pemegang-Pemegang Unit PMB DANA MUTIARA (SAMB.) Maklumat Selain daripada Penyata Kewangan dan Laporan Juruaudit (Samb.) Pendapat kami ke atas penyata kewangan Dana tidak meliputi maklumat lain dan kami tidak menyatakan sebarang bentuk jaminan mengenainya. Sehubungan dengan pengauditan kami ke atas penyata kewangan Dana, adalah tanggungjawab juruaudit untuk membaca Laporan Pengurus dan dengan berbuat demikian, mempertimbangkan sama ada Laporan Pengurus tidak konsisten secara ketara dengan penyata kewangan Dana atau dengan pengetahuan kami yang diperolehi ketika audit, atau sebaliknya memberi salahnyata yang ketara. Jika, berdasarkan kerja yang telah kami lakukan, kami membuat kesimpulan bahawa terdapat salah nyata yang ketara dalam Laporan Pengurus, kami dikehendaki melaporkan hakikat itu. Kami tidak menemui apa-apa untuk dilaporkan mengenai hal ini. Tanggungjawab Pengurus ke atas Penyata Kewangan Pengurus bertanggungjawab ke atas penyediaan dan pembentangan yang saksama ke atas penyata kewangan mengikut Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (MFRS), Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) dan Garispanduan Tabung Unit Amanah oleh Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia dan Pengurus menentukan kawalan dalaman yang berkaitan untuk memastikan penyediaan penyata kewangan adalah bebas daripada salah nyata yang ketara sama ada melibatkan penipuan atau kesilapan. Pemegang Amanah bertanggungjawab memastikan Pengurus menyimpan rekod-rekod perakaunan dalam keadaan sempurna seperti yang dikehendaki bagi memperolehi pembentangan yang saksama ke atas penyata kewangan. Tanggungjawab Juruaudit ke atas Audit Penyata Kewangan Objektif kami adalah untuk memperolehi keyakinan yang munasabah sama ada penyata kewangan Dana secara keseluruhannya adalah bebas daripada salah nyata yang ketara, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan dan mengeluarkan laporan juruaudit yang merangkumi pendapat kami. Jaminan yang munasabah adalah jaminan tahap tinggi, tetapi bukan satu jaminan bahawa sesuatu pengauditan yang dijalankan mengikut piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia dan Piawaian Pengauditan Antarabangsa akan sentiasa dapat mengesan salah nyata yang material apabila ia wujud. Salah nyata boleh timbul daripada penipuan atau kesilapan dan dianggap material jika, secara individu atau secara agregat, mereka boleh secara munasabah mempengaruhi keputusan ekonomi yang diambil oleh pengguna berdasarkan penyata kewangan ini. Sebagai sebahagian daripada audit mengikut piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia dan Piawaian Pengauditan Antarabangsa, kami menggunakan pertimbangan profesional dan mengekalkan keraguan profesional di seluruh audit. Kami juga:

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (22) Laporan Juruaudit Bebas Kepada Pemegang-Pemegang Unit PMB DANA MUTIARA (SAMB.) Tanggungjawab Juruaudit ke atas Audit Penyata Kewangan (Samb.) Mengenal pasti dan menilai risiko salah nyata yang ketara dalam penyata kewangan Dana, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan, merangka dan melaksanakan prosedur audit terhadap risiko-risiko berkenaan dan mendapatkan bukti audit yang mencukupi dan sesuai untuk menyediakan asas bagi pendapat kami. Risiko tidak mengesan salah nyata yang ketara akibat daripada penipuan adalah lebih tinggi daripada salah nyata yang terhasil daripada kesilapan, kerana penipuan mungkin melibatkan pakatan sulit, pemalsuan, peninggalan secara sengaja, memberi gambaran yang salah, atau melampaui kawalan dalaman. Mendapatkan pemahaman mengenai kawalan dalaman yang berkaitan dengan audit bagi tujuan merangka prosedur audit yang bersesuaian dengan keadaan, tetapi bukan bertujuan untuk menyatakan pendapat mengenai keberkesanan kawalan dalaman Dana. Menilai kesesuaian dasar perakaunan yang digunakan dan kemunasabahan anggaran perakaunan dan pendedahan yang berkaitan yang dibuat oleh Pengurus. Menilai keseluruhan pembentangan, struktur dan kandungan penyata kewangan Dana, termasuk pendedahan dan sama ada penyata kewangan mewakili urusniaga dan peristiwa yang dapat mencapai pembentangan yang saksama. Kami berkomunikasi dengan Pengurus mengenai, antara lain, skop yang dirancang dan masa audit dan penemuan penting, termasuk apa-apa kekurangan yang ketara dalam kawalan dalaman yang kami mengenal pasti semasa audit kami. Lain-Lain Perkara Laporan ini disediakan kepada para pemegang unit Dana untuk membuat laporan berkenaan pendapat kami sebagai satu badan, menurut Garispanduan Tabung Unit Amanah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kami tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak yang lain bagi kandungan laporan ini. JAMAL, AMIN & PARTNERS (No: AF 1067) Akauntan Bertauliah AHMAD HILMY BIN JOHARI (No: 2977/03/18(J)) Akauntan Bertauliah KUALA LUMPUR 16 Ogos 2017

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (23) 8. PENYATA KEWANGAN PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN PADA 30 JUN 2017 ASET PELABURAN 4 NOTA 2017 2016 Saham tersiarharga di Malaysia 5,329,710 4,196,280 Waran tersiarharga di Malaysia 33,600 - Deposit Islamik dengan institusi kewangan berlesen di Malaysia 5 461,411 1,492,415 LAIN-LAIN ASET RM RM 5,824,721 5,688,695 Terhutang oleh Broker Saham 143,754 288,937 Keuntungan dari Deposit Islamik diterima terakru 890 468 Dividen diterima terakru 5,730 14,885 Tuntutan Cukai 1,039 1,039 Simpanan Al-Wadiah 134,453 157,515 285,866 462,844 JUMLAH ASET 6,110,587 6,151,539 LIABILITI Terhutang kepada Pengurus 6 7,426 7,331 Terhutang kepada Pemegang Amanah 248 244 Terhutang kepada Broker Saham 146,370 215,841 Pengagihan 7 152,040 119,415 Lain-lain sipiutang 3,828 3,723 JUMLAH LIABILITI 309,912 346,554 EKUITI Modal Unit Bersih 8 6,879,634 7,155,626 Kerugian terkumpul (1,078,959) (1,350,641) JUMLAH EKUITI 5,800,675 5,804,985 JUMLAH EKUITI DAN LIABILITI 6,110,587 6,151,539 UNIT DALAM EDARAN 8 15,204,000 15,922,000 NILAI ASET BERSIH SEUNIT (RM) - XD 9 0.3815 0.3646

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (24) PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF UNTUK TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2017 PENDAPATAN PELABURAN NOTA 2017 2016 Keuntungan Dari Deposit Islamik 22,904 36,790 Hibah Dari Simpanan Al-Wadiah 434 587 Dividen Kasar 126,239 133,112 Pendapatan Dari Skim Pelaburan Kolektif - 17,096 Keuntungan Dari Penjualan Pelaburan 176,630 101,146 Lain-lain Pendapatan - 2,980 Keuntungan/(Kerugian) Bersih Pelaburan Di atas Perubahan Nilai Pasaran Wajar (Fair Value) PERBELANJAAN RM RM 10 242,568 (119,496) 568,775 172,215 Yuran Pengurus 11 89,113 94,565 Yuran Pemegang Amanah 12 2,970 5,783 Yuran Audit 2,500 2,500 Yuran Agen Cukai 900 700 Yuran Broker Saham Dan Lain-Lain Kos Transaksi 13 29,282 44,997 Cukai Barangan dan Perkhidmatan 6,724 8,011 Perbelanjaan Pentadbiran 13,564 12,191 KEUNTUNGAN BERSIH SEBELUM CUKAI 145,053 168,747 423,722 3,468 Cukai 14 - - KEUNTUNGAN BERSIH SELEPAS CUKAI KEUNTUNGAN BERSIH SELEPAS CUKAI TERHASIL OLEH: 423,722 3,468 KEUNTUNGAN DIREALISASI 181,154 122,964 KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) BELUM DIREALISASI 10 242,568 (119,496) 423,722 3,468

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (25) PENYATA PERUBAHAN DALAM EKUITI UNTUK TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2017 NOTA Modal Unit Bersih Kerugian Terkumpul Jumlah Ekuiti RM RM RM Baki pada 1 Julai 2015 7,317,524 (1,234,694) 6,082,830 Keuntungan direalisasi - 122,964 122,964 Kerugian belum direalisasi - (119,496) (119,496) Perolehan daripada penjadian unit Penjelasan tunai bagi perlucutan unit 566,150-566,150 (728,048) - (728,048) Pengagihan 7 - (119,415) (119,415) Baki pada 30 Jun 2016 7,155,626 (1,350,641) 5,804,985 Baki pada 1 Julai 2016 7,155,626 (1,350,641) 5,804,985 Keuntungan direalisasi - 181,154 181,154 Keuntungan belum direalisasi - 242,568 242,568 Perolehan daripada penjadian unit Penjelasan tunai bagi perlucutan unit 131,288-131,288 (407,280) - (407,280) Pengagihan 7 - (152,040) (152,040) Baki pada 30 Jun 2017 6,879,634 (1,078,959) 5,800,675

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (26) PENYATA ALIRAN TUNAI UNTUK TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2017 ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PELABURAN DAN OPERASI 2017 2016 RM RM Perolehan dari penjualan pelaburan 4,295,566 6,226,127 Perolehan dari skim pelaburan kolektif - 446,436 Pembelian pelaburan (4,967,686) (5,727,789) Dividen diterima 135,394 131,286 Keuntungan dari deposit Islamik 22,482 36,463 Hibah dari simpanan Al-Wadiah 434 587 Lain-lain pendapatan - 2,980 Yuran Pengurus telah dijelaskan (89,018) (95,267) Yuran Pemegang Amanah telah dijelaskan (2,967) (6,074) Yuran audit telah dijelaskan (2,500) (2,000) Yuran agen cukai telah dijelaskan (800) (700) Lain-lain perbelanjaan (49,564) (65,259) Tunai bersih (digunakan dalam)/diperolehi daripada aktiviti pelaburan dan operasi (658,659) 946,790 ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PEMBIAYAAN Perolehan daripada penjadian unit 11,873 288,268 Penjelasan tunai bagi perlucutan unit (407,280) (728,048) Tunai bersih digunakan dalam aktiviti pembiayaan (KURANGAN)/LEBIHAN BERSIH DALAM TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI DIBAWA KE HADAPAN TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI DIHANTAR KE HADAPAN TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI (395,407) (439,780) (1,054,066) 507,010 1,649,930 1,142,920 595,864 1,649,930 Simpanan Al-Wadiah 134,453 157,515 Deposit Islamik 461,411 1,492,415 595,864 1,649,930

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (27) NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2017 1. UNIT AMANAH, PENGURUS DAN AKTIVITI UTAMA PMB DANA MUTIARA diuruskan oleh PMB INVESTMENT BERHAD, mula dilancarkan pada 2 Februari 1970 dengan nama Kumpulan Modal Bumiputera Yang Keempat dan telah dilancarkan semula pada 5 Ogos 2004 sebagai ASM Dana Mutiara. Berdasarkan Prospektus Induk bertarikh 28 April 2014, Dana ini sekali lagi telah ditukarkan namanya daripada ASM Dana Mutiara kepada PMB DANA MUTIARA selari dengan perubahan nama Pengurus daripada ASM Investment Services Berhad kepada PMB INVESTMENT BERHAD. Dana ini akan terus beroperasi sehingga ia diberhentikan atau dibubarkan mengikut peruntukan Suratikatan Amanah dan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Aktiviti utama PMB DANA MUTIARA ialah urusniaga sekuriti bolehpasar di mana pelaburan dibuat di dalam Pelaburan Yang Dibenarkan sebagaimana yang didefinisikan di bawah Klausa 1 di dalam Suratikatan Amanah dan tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan berlandaskan Pinsip-Prinsip Syariah dari semasa ke semasa. Ini termasuk sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan di dalam instrumen pasaran kewangan yang diluluskan mengikut Prinsip-Prinsip Syariah. Pengurus adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Pelaburan MARA Berhad. Aktiviti utama Pengurus ialah pengurusan Dana-Dana Unit Amanah dan Dana Korporat. 2. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN Operasi Dana Unit Amanah ini adalah terdedah kepada beberapa risiko yang mana antara lainnya termasuklah risiko pasaran, risiko kecairan, risiko spesifik, risiko kadar keuntungan dan risiko harga ekuiti. Pengurusan risiko kewangan dilaksanakan melalui sistem kawalan dalaman serta sekatansekatan pelaburan yang digariskan di dalam Garispanduan Tabung Unit Amanah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan mengikut Prinsip-Prinsip Syariah. (a) (b) Risiko Pasaran Pendedahan kepada risiko pasaran terhasil dari perjalanan biasa perniagaan Unit Amanah melalui ketidakpastian dalam harga pasaran yang dipengaruhi oleh perubahan dalam persekitaran pasaran termasuk perubahan ekonomi secara global, peraturan, politik dan kadar keuntungan. Unit Amanah menguruskan risiko pasaran melalui garispanduan dan polisi pelaburan yang disediakan serta strategi kepelbagaian pengagihan portfolio aset Dana. Risiko Kecairan Unit Amanah menguruskan aliran tunai dengan menempatkan sebahagian tunai dalam deposit Islamik dengan memastikan pulangan yang maksimum dan mengambil peluang ke atas pelaburan dan peluang baru. Risiko kecairan adalah risiko Unit Amanah menghadapi kesulitan untuk mendapatkan dana bagi memenuhi komitmen kewangan.

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (28) NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2017 2. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN (SAMB.) (c) (d) (e) Risiko Spesifik Risiko spesifik adalah risiko yang dialami melalui pelaburan terhadap syarikat-syarikat yang mengalami perubahan dalam prestasi perniagaan, citarasa dan permintaan pengguna, tindakan undangundang dan amalan pengurusan. Risiko ini boleh dikurangkan melalui kepelbagaian dalam pelaburan dan sekatan pelaburan yang digariskan oleh Garispanduan Tabung Unit Amanah dan berlandaskan kepada Prinsip-Prinsip Syariah. Risiko Kadar Keuntungan Unit Amanah menguruskan risiko kadar keuntungan dengan mengekalkan portfolio instrumen kewangan berdasarkan garispanduan dan polisi pelaburan serta semakan yang kerap ke atas kadar keuntungan dan jangkaan pasaran. Risiko kadar keuntungan adalah risiko nilai instrumen kewangan Unit Amanah yang sensitif terhadap kadar keuntungan akan berubah-ubah disebabkan oleh perubahan dalam kadar keuntungan pasaran. Risiko Harga Ekuiti Risiko harga ekuiti adalah perubahan harga ekuiti yang akan naik atau turun disebabkan perubahan terhadap indeks ekuiti dan nilai saksama individu. Pendedahan risiko harga ekuiti timbul dari pelaburan tersiarharga Dana. Jadual di bawah menunjukkan kesan ke atas nilai aset bersih Dana pada tarikh pelaporan disebabkan kemungkinan perubahan dalam harga ekuiti dengan semua pembolehubah lain yang dipegang malar:- Perubahan Dalam Harga Ekuiti Kesan Ke Atas Nilai Aset Bersih Diagihkan % RM +5 / -5 268,166 / (268,166) 3. HURAIAN DASAR PERAKAUNAN PENTING (a) Asas Penyediaan Penyata kewangan ini telah disediakan menurut kelaziman kos sejarah dan diubahsuai bagi mematuhi Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (Malaysian Financial Reporting Standards - MFRS), Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa (International Financial Reporting Standards - IFRS) dan Garispanduan Tabung Unit Amanah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (29) NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2017 3. HURAIAN DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.) (a) Asas Penyediaan (samb.) Dasar perakaunan yang digunapakai bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017 adalah konsisten dengan yang digunapakai pada penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2016. Dana masih belum menerimapakai MFRS berikut yang diterbitkan oleh MASB tetapi belum berkuatkuasa. Tarikh Kuatkuasa Bagi Tahun Kewangan Bermula Pada Atau Selepas MFRS 9 Instrumen Kewangan (IFRS 9 diterbitkan oleh IASB pada Julai 2014) 1 Januari 2018 Penggunaan piawaian di atas dijangka tidak mempunyai kesan yang ketara ke atas penyata kewangan Dana. (b) Saham dan Waran Tersiarharga Saham dan waran tersiarharga adalah dinilaikan menurut harga tertinggi tawaran (Bid Price) pada penutup pasaran di Bursa Malaysia pada tarikh pelaporan. Ini adalah bagi mematuhi Piawaian Laporan Kewangan Malaysia - MFRS 139. Walau bagaimanapun Unit Amanah ini tertakluk kepada Suratikatan Amanah (Trust Deed) di mana saham dan waran tersiarharga adalah dinilaikan menurut harga penutup pasaran di Bursa Malaysia pada tarikh pelaporan. Oleh yang demikian, bagi sebarang urusniaga jual beli unit amanah pada tarikh pelaporan ini, harga sebenar jual beli unit amanah tersebut adalah dinyatakan di dalam nota 9. (c) (d) (e) Pendapatan Dividen Kiraan dividen-dividen dari pelaburan ditetapkan mengikut asas akruan sebaik sahaja harga saham syarikat berkenaan dicatat XD (tanpa dividen) di Bursa Malaysia. Pendapatan Dari Skim Pelaburan Kolektif Pendapatan dari skim pelaburan kolektif diiktiraf apabila hak untuk menerima pembayaran ditentukan. Keuntungan dari Deposit Islamik Keuntungan dari deposit Islamik adalah diambilkira berdasarkan asas akruan.

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (30) NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2017 3. HURAIAN DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.) (f) (g) (h) (i) (j) (k) Keuntungan/(Kerugian) dari Penjualan Pelaburan Kos yang diambilkira bagi menentukan keuntungan/(kerugian) dari penjualan pelaburan adalah berdasarkan kepada kos purata wajaran. Keuntungan/(Kerugian) Belum Direalisasi Keuntungan/(kerugian) belum direalisasi mewakili keuntungan/ (kerugian) akibat daripada perubahan pada Nilai Pasaran Wajar bagi saham dan waran tersiarharga yang menggunakan harga tertinggi tawaran (Bid Price) pada tarikh pelaporan berbanding dengan tarikh kewangan sebelumnya. Penjadian dan Perlucutan Unit Penerimaan dari penjadian unit dan pembayaran atas perlucutan unit adalah berdasarkan nilai pasaran unit yang terdiri dari bahagian modal dan bahagian pendapatan pada tarikh penjadian atau perlucutan berkenaan. Pengimbangan Agihan Pengimbangan agihan diambilkira pada tarikh penjadian dan perlucutan berdasarkan purata jumlah pendapatan yang boleh diagihkan termasuk dalam harga penjadian dan perlucutan unit. Tunai dan Persamaan Tunai Tunai dan persamaan tunai meliputi deposit Islamik dan simpanan Al-Wadiah dengan bank dan institusi kewangan berlesen di mana simpanan tersebut adalah berlandaskan Prinsip-Prinsip Syariah. Instrumen Kewangan Aset dan liabiliti kewangan yang dinyatakan dalam Penyata Kedudukan Kewangan adalah merangkumi tunai di bank, pelaburan sekuriti saham dan waran tersiarharga, simpanan di institusi-institusi kewangan, penghutang dan pemiutang. Polisi perakaunan tentang perkara-perkara tersebut dinyatakan dalam dasar perakaunan masing-masing. Instrumen kewangan diklasifikasikan sebagai aset atau liabiliti berdasarkan butiran perjanjian kontrak. Keuntungan dari deposit Islamik dan simpanan Al-Wadiah, dividen, keuntungan atau kerugian berkaitan instrumen kewangan yang diklasifikasikan sebagai aset, dilaporkan sebagai pendapatan atau kerugian dari pelaburan.

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (31) NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2017 4. PELABURAN Butir-butir adalah seperti berikut:- 2017 2016 RM RM (a) Saham tersiarharga @ jumlah kos 5,285,803 4,398,497 Lebihan/(Kurangan) nilai pasaran 43,907 (202,217) Nilai Pasaran 5,329,710 4,196,280 (b) Waran tersiarharga @ jumlah kos 37,156 - Kurangan nilai pasaran (3,556) - Nilai Pasaran 33,600 - (c) Deposit Islamik 461,411 1,492,415 Jumlah Pelaburan 5,824,721 5,688,695 Senarai Pelaburan adalah seperti di Jadual A. 5. DEPOSIT ISLAMIK Deposit Islamik adalah meliputi simpanan tetap berlandaskan Prinsip- Prinsip Syariah di dalam institusi kewangan berlesen seperti berikut:- 2017 2016 RM RM Bank-bank Islam 461,411 1,492,415 Purata kadar keuntungan sepanjang tahun kewangan dan purata tempoh akan matang simpanan pada tarikh penutup kewangan adalah seperti berikut:- Purata Kadar Keuntungan % Purata Tempoh Akan Matang Hari Bank-bank Islam 3.04 82 6. TERHUTANG KEPADA PENGURUS 2017 2016 RM RM Yuran pengurus yang terakru 7,426 7,331

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (32) NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2017 7. PENGAGIHAN Peruntukan ini merupakan pengagihan pendapatan (akhir) yang disyorkan sebanyak 1.00 sen (kasar) (bersih: 1.00 sen) seunit [2016: Pengagihan pendapatan dalam bentuk unit sebanyak 0.75 sen (kasar) (bersih: 0.75 sen) seunit] yang akan diagihkan dalam bentuk unit kepada pemegangpemegang unit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017 selaras dengan objektif Dana. Pengagihan ini dikira berdasarkan jumlah unit dalam edaran pada 30 Jun 2017. Pengagihan kepada Pemegang-Pemegang Unit adalah seperti berikut:- 2017 RM 2016 RM Dividen kasar 126,239 133,112 Keuntungan dari deposit Islamik 22,904 36,790 Hibah dari simpanan Al-Wadiah 434 587 Pendapatan dari skim pelaburan kolektif - 17,096 Keuntungan dari penjualan pelaburan 176,630 101,146 Lain-lain pendapatan - 2,980 Keuntungan tidak diagihkan pada tahun semasa (29,114) (3,549) 297,093 288,162 Perbelanjaan (145,053) (168,747) Cukai - - 152,040 119,415 Unit dalam edaran 15,204,000 15,922,000 Pengagihan kasar seunit (sen) 1.00 0.75 Pengagihan bersih seunit (sen) 1.00 0.75 8. MODAL UNIT BERSIH Baki dibawa ke hadapan Penjadian dalam tahun Perlucutan dalam tahun Baki dihantar ke hadapan 2017 2016 Unit RM Unit RM 15,922,000 7,155,626 16,346,000 7,317,524 360,000 131,288 1,462,000 566,150 16,282,000 7,286,914 17,808,000 7,883,674 (1,078,000) (407,280 ) (1,886,000) (728,048) 15,204,000 6,879,634 15,922,000 7,155,626

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (33) NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2017 9. NILAI ASET BERSIH Nilai Aset Bersih diambilkira setelah menolak jumlah liabiliti Dana daripada jumlah aset Dana. Bagi mematuhi MFRS 139 di dalam penyediaan Penyata Kewangan ini, saham dan waran tersiarharga telah dinilaikan menurut harga tertinggi tawaran (Bid Price) pada penutup pasaran di Bursa Malaysia pada tarikh pelaporan berbanding dengan Suratikatan Amanah yang menetapkan nilai pasaran pada harga terakhir yang disebut di Bursa Malaysia bagi penetapan harga jualan dan belian unit amanah pada tarikh tersebut. Oleh yang demikian, pada 30 Jun 2017 dan 30 Jun 2016 penyesuaian bagi nilai aset bersih seunit untuk tujuan agihan kepada pemegang-pemegang unit amanah pada tarikh di atas adalah seperti berikut:- 2017 2016 RM RM/Unit RM RM/Unit Nilai aset bersih seunit bagi agihan jual/beli unit amanah Perbezaan nilai aset bersih apabila mematuhi MFRS 139 Nilai aset bersih seunit yang boleh diagihkan kepada pemegangpemegang unit seperti yang dinyatakan di Penyata Kewangan 5,827,095 0.3833 5,820,545 0.3656 26,420 0.0018 15,560 0.0010 5,800,675 0.3815 5,804,985 0.3646 10. KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) BERSIH PELABURAN DI ATAS PERUBAHAN NILAI PASARAN WAJAR (FAIR VALUE) Keuntungan/(Kerugian) belum direalisasi dari saham tersiarharga Kerugian belum direalisasi dari waran tersiarharga Keseluruhan keuntungan/(kerugian) belum direalisasi Tolak: Kerugian belum direalisasi tahun terdahulu 2017 RM 2016 RM 43,907 (202,217) (3,556) - 40,351 (202,217) (202,217) (82,721) 242,568 (119,496)

>>> LAPORAN TAHUNAN PMB DANA MUTIARA >>> (34) NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2017 11. YURAN PENGURUS Yuran yang dibayar kepada Pengurus, PMB INVESTMENT BERHAD adalah dikira secara harian berdasarkan 1.5% setahun ke atas Nilai Aset Bersih sebelum mengambilkira yuran Pengurus dan yuran Pemegang Amanah terakru harian. 12. YURAN PEMEGANG AMANAH Yuran yang dibayar kepada Pemegang Amanah, AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD adalah dikira secara harian berdasarkan 0.05% setahun ke atas Nilai Aset Bersih sebelum mengambilkira yuran Pengurus dan yuran Pemegang Amanah terakru harian. 13. URUSNIAGA DENGAN BROKER/DEALER (01/07/2016 30/06/2017) Nama Broker/Dealer Nilai Transaksi RM % Komisen & Fi RM % BIMB Securities Sdn. Bhd. 1,851,860 20.80 6,976 23.82 Hong Leong Investment Bank Bhd. 1,545,218 17.36 4,470 15.27 Kenanga Investment Bank Bhd. 1,446,927 16.25 3,814 13.03 RHB Investment Bank Bhd. 1,101,962 12.38 3,224 11.01 Maybank Investment Bank Bhd. 984,622 11.06 3,222 11.01 KAF-Seagroatt & Campbell Securities Sdn. Bhd. 401,093 4.51 1,330 4.54 CIMB Investment Bank Bhd. 366,118 4.11 1,396 4.77 Affin Hwang Investment Bank Bhd. 312,408 3.51 1,161 3.96 Macquarie Capital Securities (M) Sdn. Bhd. 275,415 3.09 911 3.11 M & A Securities Sdn. Bhd. 179,551 2.02 1,430 4.88 Alliance Investment Bank Bhd. 144,290 1.62 514 1.76 AmInvestment Bank Bhd. 103,858 1.17 397 1.35 MIDF Amanah Investment Bank Bhd. 92,606 1.04 354 1.21 Mercury Securities Sdn. Bhd. 68,580 0.77 - - Public Investment Bank Bhd. 27,720 0.31 83 0.28 Jumlah Transaksi 8,902,228 100.00 29,282 100.00