PB INFRASTRUCTURE BOND FUND

Similar documents
PUBLIC BOND FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PB CASH MANAGEMENT FUND PB DANA PENGURUSAN TUNAI (PBCMF)

PB CASH MANAGEMENT FUND

PB ISLAMIC BOND FUND

PB BOND FUND (PB DANA BON) (PBBOND)

PUBLIC STRATEGIC BOND FUND (PUBLIC DANA BON STRATEGIK) (PSTBF)

PUBLIC e-cash DEPOSIT FUND (PUBLIC DANA e-deposit TUNAI) (PeCDF)

PB SUKUK FUND PENYATAAN TANGGUNGJAWAB

PUBLIC ISLAMIC STRATEGIC BOND FUND

PB ISLAMIC CASH MANAGEMENT FUND

PUBLIC OPTIMAL GROWTH FUND

PB DIVIDEND BUILDER EQUITY FUND

PB ISLAMIC SMALLCAP FUND

PB MIXED ASSET GROWTH FUND (PB DANA ASET TUMBUH CAMPURAN) (PBMAGRF)

PUBLIC ENHANCED BOND FUND (PUBLIC DANA BON DIPERKASA) (PEBF)

PUBLIC e-islamic CASH DEPOSIT FUND

PB BALANCED FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PB GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PUBLIC INDEX FUND (PUBLIC DANA INDEKS) (PIX)

PUBLIC GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PB AIMAN SUKUK FUND (PB DANA SUKUK AIMAN) (PBASF)

PUBLIC STRATEGIC GROWTH FUND

PUBLIC SUKUK FUND (PUBLIC DANA SUKUK) (PSKF)

PUBLIC EMERGING OPPORTUNITIES FUND (PUBLIC DANA PELUANG PASARAN BARU) (PEMOF)

PUBLIC ISLAMIC EQUITY FUND

PB GROWTH SEQUEL FUND (PB DANA SEKUEL TUMBUH) (PBGSQF)

PUBLIC ADVANTAGE GROWTH EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TUMBUH BERKELEBIHAN) (PAVGEF)

PUBLIC REGULAR SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN BERKALA) (PRSF)

PUBLIC ISLAMIC INFRASTRUCTURE BOND FUND (PUBLIC DANA BON INFRASTRUKTUR ISLAMIK) (PIINFBF)

PB GROWTH FUND PB DANA TUMBUH (PBGF)

PUBLIC AUSTRALIA EQUITY FUND

PB ASIA CONSUMER SECTOR FUND (PB DANA SEKTOR PENGGUNA ASIA) (PBACSF)

PB SMALLCAP GROWTH FUND (PB DANA TUMBUH MODAL KECIL) (PBSCGF)

PUBLIC SMALLCAP FUND

PUBLIC SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN) (PSF)

PUBLIC e-flexi ALLOCATION FUND (PUBLIC DANA e-flexi ALOKASI) (PeFAF)

PB ISLAMIC EQUITY FUND

PUBLIC AGGRESSIVE GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH AGGRESIF) (PAGF)

PUBLIC EQUITY FUND PUBLIC DANA EKUITI (PEF)

PUBLIC INDIA-GLOBAL EQUITY FUND

PUBLIC ISLAMIC EMERGING OPPORTUNITIES FUND

PUBLIC SECTOR SELECT FUND PUBLIC DANA SEKTOR TERPILIH (PSSF)

PB AUSTRALIA DYNAMIC BALANCED FUND PB DANA IMBANG DINAMIK AUSTRALIA (PBADBF)

PUBLIC INDONESIA SELECT FUND

PB AUSTRALIA DYNAMIC BALANCED FUND (PB DANA IMBANG DINAMIK AUSTRALIA) (PBADBF)

PB BALANCED SEQUEL FUND (PB DANA SEKUEL IMBANG) (PBBSQF)

PB SINGAPORE ADVANTAGE-30 EQUITY FUND PB DANA EKUITI KELEBIHAN-30 SINGAPURA (PBSGA30EF)

PUBLIC ISLAMIC ALPHA-40 GROWTH FUND

PUBLIC SINGAPORE EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI SINGAPURA) (PSGEF)

PUBLIC ITTIKAL FUND (PUBLIC DANA ITTIKAL) (P ITTIKAL)

PUBLIC ISLAMIC SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN ISLAMIK) (PISVF)

PUBLIC ISLAMIC ENTERPRISES EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI PERUSAHAAN ISLAMIK) (PIENTEF)

PB ISLAMIC EQUITY FUND (PB DANA EKUITI ISLAMIK) (PBIEF)

PUBLIC ISLAMIC SELECT ENTERPRISES FUND

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND (PB DANA EKUITI CHINA AUSTRALIA) (PBCAUEF)

PUBLIC STRATEGIC BALANCED FUND

PUBLIC FAR-EAST BALANCED FUND (PUBLIC DANA IMBANG TIMUR-JAUH) (PFEBF)

PUBLIC EHSAN MIXED ASSET CONSERVATIVE FUND

PUBLIC GREATER CHINA FUND

PB EURO PACIFIC EQUITY FUND PB DANA EKUITI EURO PASIFIK (PBEPEF)

PB GLOBAL EQUITY FUND

PUBLIC ISLAMIC SECTOR SELECT FUND (PUBLIC DANA SEKTOR TERPILIH ISLAMIK) (PISSF)

PUBLIC ISLAMIC ADVANTAGE GROWTH EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TUMBUH BERKELEBIHAN ISLAMIK) (PIAVGEF)

PUBLIC REGIONAL SECTOR FUND (PUBLIC DANA SEKTOR SERANTAU) (PRSEC)

PUBLIC ISLAMIC DIVIDEND FUND

PUBLIC ISLAMIC GROWTH & INCOME FUND (PUBLIC DANA TUMBUH & PENDAPATAN ISLAMIK) (PISGIF)

PUBLIC ISLAMIC MIXED ASSET FUND

PUBLIC ISLAMIC ASEAN GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH ASEAN ISLAMIK) (PIASGF)

PUBLIC ITTIKAL SEQUEL FUND (PUBLIC DANA SEKUEL ITTIKAL) (PITSEQ)

PUBLIC ISLAMIC SELECT TREASURES FUND (PUBLIC DANA KHAZANAH TERPILIH ISLAMIK) (PISTF)

PUBLIC ISLAMIC OPPORTUNITIES FUND (PUBLIC DANA PELUANG ISLAMIK) (PIOF)

PB GLOBAL EQUITY FUND

Public South-East Asia Select Fund (PSEASF)

PB EURO PACIFIC EQUITY FUND

PB ASIA PACIFIC DIVIDEND FUND (PB DANA DIVIDEN ASIA PASIFIK) (PBAPDF)

PUBLIC ISLAMIC GROWTH BALANCED FUND PUBLIC DANA TUMBUH IMBANG ISLAMIK (PIGRBF)

PUBLIC ISLAMIC OPTIMAL EQUITY FUND

PUBLIC STRATEGIC BALANCED FUND (PUBLIC DANA IMBANG STRATEGIK) (PSTBLF)

PB ASIA EQUITY FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PUBLIC ISLAMIC OPTIMAL GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH OPTIMAL ISLAMIK) (PIOGF)

PUBLIC ISLAMIC OPTIMAL GROWTH FUND

PUBLIC CHINA TITANS FUND (PUBLIC DANA CHINA TITAN) (PCTF)

PB ASEAN DIVIDEND FUND (PB DANA DIVIDEN ASEAN) (PBADF)

PUBLIC ISLAMIC SELECT ENTERPRISES FUND (PUBLIC DANA PERUSAHAAN TERPILIH ISLAMIK) (PISEF)

PUBLIC ISLAMIC SELECT ENTERPRISES FUND (PUBLIC DANA PERUSAHAAN TERPILIH ISLAMIK) (PISEF)

PB GLOBAL EQUITY FUND (PB DANA EKUITI GLOBAL) (PBGEF)

PB CHINA PACIFIC EQUITY FUND PB DANA EKUITI CHINA PASIFIK (PBCPEF)

PUBLIC CHINA SELECT FUND

PUBLIC ISLAMIC TREASURES GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH KHAZANAH ISLAMIK) (PITGF)

PB ASIA EMERGING GROWTH FUND (PB DANA TUMBUH PASARAN BARU ASIA) (PBAEGF)

PUBLIC ISLAMIC ASIA LEADERS EQUITY FUND

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI GLOBAL ISLAMIK) (PISGEF)

PB CHINA ASEAN EQUITY FUND

PUBLIC CHINA SELECT FUND (PUBLIC DANA CHINA TERPILIH) (PCSF)

PUBLIC ISLAMIC ASIA LEADERS EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TERAJU ASIA ISLAMIK) (PIALEF)

PUBLIC ISLAMIC OPTIMAL EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI OPTIMAL ISLAMIK) (PIOEF)

PUBLIC ISLAMIC ASIA DIVIDEND FUND

PB ISLAMIC ASIA STRATEGIC SECTOR FUND (PB DANA SEKTOR STRATEGIK ASIA ISLAMIK) (PBIASSF)

PUBLIC FAR-EAST PROPERTY & RESORTS FUND

PUBLIC ASIA ITTIKAL FUND

Transcription:

PB-18 29 September 2017 PB INFRASTRUCTURE BOND FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB Helaian Penting Produk ini telah diteliti dan diluluskan oleh pengarah-pengarah Public Mutual Berhad dan mereka secara bersama dan berasingan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas ketepatan maklumat. Setelah membuat semua pertanyaan yang munasabah, mereka mengesahkan bahawa berdasarkan pengetahuan dan kepercayaan mereka, tidak terdapat kenyataan palsu atau mengelirukan, atau ada fakta lain yang ketinggalan yang akan menjadikan sebarang kenyataan di dalam Helaian Penting Produk ini palsu atau mengelirukan. PENYATAAN PENAFIAN Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah membenarkan/mengiktiraf penerbitan PB Infrastructure Bond Fund dan satu salinan Helaian Penting Produk ini telah diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kebenaran yang diberikan untuk PB Infrastructure Bond Fund dan penyerah simpanan Helaian Penting Produk ini, tidak harus dianggap bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengesyorkan PB Infrastructure Bond Fund, atau bertanggungjawab untuk ketepatan kenyataan atau pendapat atau laporan yang dinyatakan di dalam Helaian Penting Produk ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang ketakdedahan bagi pihak Public Mutual Berhad, yang bertanggungjawab untuk PB Infrastructure Bond Fund dan tidak mengambil tanggungjawab ke atas kandungan Helaian Penting Produk ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak mengesahkan ketepatan atau kesempurnaan Helaian Penting Produk ini, dan secara jelas menolak sebarang liabiliti yang terbit daripada atau bersandarkan kepada seluruh atau mana-mana bahagian kandungannya. Helaian Penting Produk ini adalah terjemahan daripada versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Helaian Penting Produk versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad. HELAIAN PENTING PRODUK Helaian Penting Produk (PHS) ini hanya memaparkan ciri-ciri utama dan risiko dana amanah saham ini. Pelabur adalah dinasihatkan untuk meminta, membaca dan memahami prospektus dana sebelum membuat keputusan untuk melabur. Apakah produk ini? MAKLUMAT RINGKAS PRODUK Jenis produk Nama dana Modal dilindungi atau dijamin Pengurus dana Pemegang amanah dana Pengedar dana Dana amanah saham PB Infrastructure Bond Fund (PBINFBF) Tidak Public Mutual Berhad AmanahRaya Trustees Berhad Ejen Amanah Saham Institusi (IUTA), iaitu Public Bank Berhad CIRI-CIRI UTAMA PRODUK Apakah yang saya melabur? Kategori dana Objektif dana Bon Untuk menyediakan pendapatan* tahunan kepada pelabur melalui pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap syarikat-syarikat dalam sektor infrastruktur. Nota: *Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula melainkan pemegang unit memilih supaya agihan dibayar, tertakluk kepada terma dan syarat. Strategi pelaburan Dana ini bertujuan untuk memenuhi objektifnya dengan melabur minimum 70% daripada nilai aset bersihnya (NAB) dalam portfolio sekuriti pendapatan tetap dalam sektor infrastruktur dengan bakinya dilaburkan dalam instrumen pasaran wang dan deposit. Untuk mencapai peningkatan pempelbagaian, dana ini mungkin melabur sehingga 25% daripada NABnya dalam sekuriti pendapatan tetap asing. 1

Apakah yang saya melabur? (samb ) Peruntukan aset Sekuriti pendapatan tetap Minimum 70% daripada NAB Baki NAB dana akan dilaburkan dalam aset cair. Siapakah yang sesuai untuk dana ini? KESESUAIAN PRODUK Profil pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana yang mahukan pendapatan* tahunan. Nota: Jangka sederhana merujuk kepada tempoh 3 hingga 5 tahun. *Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula melainkan pemegang unit memilih supaya agihan dibayar, tertakluk kepada terma dan syarat. RISIKO-RISIKO UTAMA Apakah risiko-risiko utama yang berkaitan dengan produk ini? Risiko kadar faedah Risiko kredit Risiko industri/sektor Risiko kecairan Risiko kadar faedah merujuk kepada kesan perubahan kadar faedah ke atas penilaian sekuriti pendapatan tetap dan aset cair. Apabila kadar faedah meningkat, harga sekuriti pendapatan tetap pada umumnya akan merosot dan ini akan mengurangkan nilai pasaran pelaburan dana di dalam sekuriti pendapatan tetap. Keadaan bertentangan akan berlaku apabila kadar faedah jatuh. Pulangan pelaburan dana dalam aset cair bergerak selaras dengan kadar faedah. Penurunan kadar faedah akan mengurangkan pulangan dari pelaburan dana dalam aset cair. Sebagai contoh, apabila kadar faedah jatuh, penempatan deposit akan dilaburkan semula pada kadar faedah yang lebih rendah dan mengakibatkan pulangan yang lebih rendah kepada dana. Risiko kredit berkaitan dengan kedudukan kredit penerbit sekuriti atau aset cair yang bergantung kepada kemampuan penerbit untuk membuat pembayaran faedah dan/atau prinsipal tepat pada masanya. Sekiranya penerbit sekuriti atau aset cair mungkir dalam pembayaran faedah dan/atau prinsipal, nilai dana mungkin akan terjejas. Risiko industri/sektor timbul apabila dana melabur dengan banyak di dalam industri atau sektor tertentu. Disebabkan tahap kepelbagaian yang rendah terhadap industri/sektor tertentu, dana akan mudah terdedah kepada faktor yang berkaitan industri/sektor di mana dana melabur. Sebarang perubahan penting yang berkaitan dengan sektor infrastruktur boleh mendatangkan kesan buruk terhadap NAB dana ini. Risiko kecairan merujuk kepada kemudahan untuk mencairkan aset bergantung kepada jumlah aset yang diniagakan di pasaran. Jika dana memegang aset yang tidak cair atau yang sukar untuk dilupuskan, nilai dana akan menerima kesan negatif apabila aset tersebut terpaksa dijual pada harga yang kurang memuaskan. Anda dinasihatkan untuk membaca prospektus dana dan memahami risiko yang terlibat dan, jika perlu, berunding dengan penasihat profesional anda sebelum melabur. Apakah yuran dan caj yang terlibat? YURAN & CAJ Caj jualan Caj penebusan Sehingga 1.0% daripada NAB seunit. Pengurus boleh mengikut budi bicaranya untuk mengenakan caj jualan yang lebih rendah. Tiada 2

Apakah yuran dan caj yang terlibat? (samb ) Caj tukar ganti Caj pemindahan Yuran pengurusan Yuran pemegang amanah Tukar ganti keluar untuk unit beban rendah dan unit beban-1% dari dana ke dalam dana ekuiti/aset campuran/seimbang akan dikenakan caj jualan masing-masing sehingga 5.25% dan 4.5% daripada NAB seunit. Tukar ganti keluar untuk unit beban rendah dari dana ke dalam dana bon lain akan dikenakan caj jualan sehingga 0.75% daripada NAB seunit. Semua urus niaga tukar ganti keluar yang lain dari dana akan dikenakan yuran seperti berikut: Yuran tukar ganti sehingga 0.25% daripada NAB seunit atau minimum sebanyak RM50 bagi tukar ganti yang dilakukan dalam tempoh 90 hari dari tarikh pembelian atau tukar ganti unit ke dalam dana. Yuran tukar ganti ini akan disimpan oleh dana. Yuran tukar ganti sehingga RM25* bagi setiap urus niaga untuk tukar ganti selepas 90 hari dari tarikh pembelian atau tukar ganti unit ke dalam dana. Nota: Unit beban-1% adalah unit yang telah dikenakan caj jualan sebanyak 1.0%. Unit beban rendah adalah unit yang dikenakan caj jualan sebanyak 0.25% atau kurang. *Berkuat kuasa dari 1 Januari 2018, yuran tukar ganti sehingga RM50 akan dikenakan. RM25 setiap pemindahan. Nota: Berkuat kuasa dari 1 Januari 2018, caj sehingga RM50 akan dikenakan untuk setiap pemindahan. 0.75% setahun daripada NAB. 0.35% setahun daripada NAB, tertakluk kepada yuran minimum sebanyak RM18,000 dan yuran maksimum RM300,000 setahun. Nota: Semua yuran dan caj di atas tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang perlu dibayar oleh anda. Terdapat yuran dan caj yang terbabit dan anda dinasihatkan mempertimbangkannya sebelum membuat pelaburan dalam dana. PRESTASI PBINFBF Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 30 Jun 2017 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun Sejak Permulaan* PBINFBF (%) 4.03 4.86 4.23 5.13 FDR 12 Bulan (%)** 3.11 3.38 3.43 3.48 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2011* 2012 2013 2014 2015 2016 2017 PBINFBF (%) 6.85 5.33 4.19 1.46 5.72 4.21 4.03 FDR 12 Bulan (%)** 3.12 3.15 3.14 3.16 3.34 3.36 3.11 Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBINFBF mencatatkan jumlah pulangan sebanyak +4.03% bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak +3.11% dalam tempoh yang sama. Nota: * Angka yang ditunjukkan ialah untuk tempoh sejak permulaan dana (31 Mei 2010). ** Penanda aras Kadar Deposit Tetap 12 Bulan (12-MFD) dikira berdasarkan pulangan harian daripada 12-MFD yang disebut oleh Public Bank Berhad. Pengiraan pulangan di atas adalah berasaskan NAB kepada NAB, dan sumbernya diperoleh daripada Lipper. Pulangan tahunan purata dana diperoleh dengan membahagikan jumlah pulangan dana dengan bilangan tahun bawah kajian. Tarikh permulaan ialah hari terakhir tempoh tawaran awal. 3

Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2015 2016 2017 PTR (kali) 0.19 0.34 0.63 PTR dana meningkat daripada 0.19 kali bagi tahun kewangan berakhir 2015 kepada 0.34 kali bagi tahun kewangan berakhir 2016 dan meningkat lagi kepada 0.63 kali bagi tahun kewangan berakhir 2017 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih tinggi yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2015 2016 2017 Agihan kasar seunit (sen) 3.25 4.00 4.50 Agihan bersih seunit (sen) 3.25 4.00 4.50 Agihan adalah dalam bentuk tunai. PRESTASI DANA PADA MASA LALU TIDAK MENJADI PETUNJUK UNTUK PRESTASI MASA HADAPAN. Penilaian MAKLUMAT TAMBAHAN NAB dana ini dikira dan harga unit disiarkan pada setiap hari urus niaga di www.publicmutual.com.my. Pembelian dan penebusan unit Anda boleh membeli dan menebus unit dana pada mana-mana hari urus niaga pada NAB dana yang ditentukan seterusnya. Pelaburan permulaan Pelaburan permulaan minimum*: RM1,000. Pelabur yang merupakan pelanggan Public Mutual Online (PMO) boleh membeli unit dana secara dalam talian. Sekiranya anda bukan pelanggan PMO dan ingin menjadi pelanggan PMO, sila hantarkan borang permohonan PMO secara peribadi di mana-mana pejabat cawangan Public Mutual Berhad atau Public Bank Berhad atau Ibu Pejabat Public Mutual Berhad. Jika sebaliknya, sila hantarkan borang permohonan pelaburan yang lengkap bersama-sama dengan cek kepada mana-mana cawangan Public Bank Berhad. Untuk pelabur kali pertama Public Mutual Berhad, anda dikehendaki mengisi borang pelabur baru. Nota: *Pengurus boleh mengubah jumlah minimum pelaburan permulaan dari masa ke semasa. Pelaburan tambahan Pelaburan tambahan minimum: RM100. Anda boleh melabur secara berkala melalui PMO, arahan debit terus kepada bank atau dengan membuat deposit cek ke dalam akaun kutipan yang terdapat di Public Bank Berhad. Bagaimana Anda Perlu Menulis Cek Pelabur Individu Pelaburan Permulaan Pelaburan Tambahan Cek mestilah dibayar kepada: Public Mutual Berhad - Nombor Kad Pengenalan Baru Pemegang Pertama. Public Mutual Berhad - Nombor Akaun Dana yang Disasarkan atau Public Mutual Berhad - Nombor Kad Pengenalan Baru Pemegang Pertama. 4

Pembelian dan penebusan unit (samb ) Bagi pelabur korporat, cek bagi pelaburan permulaan mestilah dibayar kepada Public Mutual Berhad - Nombor Pendaftaran Syarikat Anda. Cek bagi pelaburan tambahan mestilah dibayar kepada Public Mutual Berhad - Nombor Akaun Dana yang Disasarkan atau Nombor Pendaftaran Syarikat Anda. Sila tulis nama, nombor kad pengenalan baru/nombor pasport/nombor pendaftaran syarikat dan nombor telefon anda di belakang cek. Hak bertenang Hanya untuk pelabur kali pertama Public Mutual Berhad. Permintaan anda mesti dihantar kepada pejabat cawangan Public Bank Berhad di mana anda membeli unit anda, dalam tempoh 6 hari urus niaga dari tarikh borang permohonan pelaburan dan bayaran diterima oleh Public Mutual Berhad. Bayaran balik penuh akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh perlaksanaan hak ini. Bayaran balik bagi setiap unit yang dipegang adalah jumlah harga unit pada hari unit dibeli dan caj jualan (dan GST) yang dikenakan pada hari unit dibeli. Perbadanan atau institusi, kakitangan Pengurus dan sesiapa yang berdaftar untuk berurus niaga dalam dana amanah saham tidak layak untuk hak bertenang ini. Penebusan Unit penebusan minimum: 1,000 unit. Anda boleh melaksanakan permohonan penebusan anda melalui PMO atau dengan mengisi dan menyerahkan borang belian balik pada mana-mana hari perniagaan kepada pejabat cawangan Public Mutual Berhad atau Public Bank Berhad yang terdekat atau Ibu Pejabat Public Mutual Berhad. Hasil penebusan anda akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan permohonan anda. Jika penebusan separa menyebabkan baki di dalam akaun anda dengan dana kurang daripada 1,000 unit, Pengurus boleh menebus keseluruhan akaun. ANDA DILARANG MEMBUAT BAYARAN TUNAI UNTUK PELABURAN PERUNDING AMANAH SAHAM DAN KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD TIDAK DIBENARKAN MENERIMA PELABURAN DALAM BENTUK TUNAI DALAM APA JUA KEADAAN. Public Mutual Berhad tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian yang ditanggung sekiranya anda memberi wang tunai kepada perunding amanah saham atau kakitangan kami. ANDA DILARANG MEMBUAT BAYARAN TUNAI KEPADA PERUNDING AMANAH SAHAM ATAU KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD. BNM/21/12-2016 ANDA DILARANG MENGELUARKAN CEK DI ATAS NAMA PERUNDING AMANAH SAHAM ATAU KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD. 5

MAKLUMAT HUBUNGAN Siapakah yang perlu saya hubungi untuk maklumat lanjut mengenai dana? Untuk maklumat berkaitan dana, anda boleh berunding/menghubungi: Wakil korporat Public Bank Berhad yang berdaftar dengan Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM); Talian Perkhidmatan Pelanggan Public Bank Berhad di 1-800-22-9999; atau Talian Perkhidmatan Pelanggan Public Mutual Berhad di 03-6207 5000. Siapakah yang perlu saya hubungi untuk membuat aduan? 1. Bagi penyelesaian pertikaian dalaman, anda boleh menghubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan Public Bank Berhad di 1-800-22-9999 atau Talian Perkhidmatan Pelanggan kami di 03-6207 5000. 2. Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan proses penyelesaian pertikaian dalaman, sila rujuk pertikaian anda kepada Securities Industry Dispute Resolution Center (SIDREC): (a) melalui telefon kepada : 03-2282 2280 (b) melalui faks kepada : 03-2282 3855 (c) melalui e-mel kepada (d) melalui surat kepada : info@sidrec.com.my : Securities Industry Dispute Resolution Center (SIDREC) Unit A-9-1, Level 9, Tower A Menara UOA Bangsar No. 5, Jalan Bangsar Utama 1 59000 Kuala Lumpur 3. Anda juga boleh membuat aduan terus kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) walaupun anda telah memulakan proses penyelesaian pertikaian dengan SIDREC. Untuk membuat aduan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan SC: (a) melalui telefon kepada Aduan Hotline di : 03-6204 8999 (b) melalui faks kepada : 03-6204 8991 (c) melalui e-mel kepada : aduan@seccom.com.my (d) melalui borang aduan dalam talian yang tersedia di www.sc.com.my (e) melalui surat kepada : Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia No. 3, Persiaran Bukit Kiara Bukit Kiara 50490 Kuala Lumpur 4. Biro Aduan FIMM: (a) melalui telefon kepada : 03-2092 3800 (b) melalui faks kepada : 03-2093 2700 (c) melalui e-mel kepada : complaints@fimm.com.my (d) melalui borang aduan dalam talian yang tersedia di www.fimm.com.my (e) melalui surat kepada : Legal, Secretarial & Regulatory Affairs Federation of Investment Managers Malaysia 19-06-01, 6 th Floor Wisma Tune No. 19 Lorong Dungun Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur PHS ini akan dikemaskini pada 28 September 2018. Anda boleh merujuk kepada laman web kami di www.publicmutual.com.my untuk PHS yang telah dikemaskini. 6 PB-18B6