Profil Para Pengarah. Y BHG TAN SRI AZMAN HASHIM Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Similar documents
pengarah profil para Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Board of Directors 20 FRASER & NEAVE HOLDINGS BHD ( V) LEMBAGA PENGARAH

corporate structure Struktur Korporat 100% Fraser & Neave (Malaya) Sdn Bhd 100% Malaya Glass Products Sdn Bhd 100% F&N Dairies (Malaysia) Sdn Bhd

BOARD OF DIRECTORS LEMBAGA PENGARAH

Fraser & Neave Holdings Bhd V. board of. directors. lembaga pengarah

Detik-Detik Meyakinkan

membuka peluang, memenuhi impian opening doors, fulfilling dreams

CORPORATE STRUCTURE AS AT 14 SEPTEMBER 2001 STRUKTUR KORPORAT PADA 14 SEPTEMBER 2001

Best Islamic REIT Deal in South East Asia 2007

cover rationale rasional kulit depan

engineered to exhilarate Perusahaan Otomobil Nasional Berhad Laporan Tahunan 2003 Annual Report

(Company No M) a fresh. perspective perspektif baru. annual report 2005 laporan tahunan

VISI FALSAFAH MISI COGAN KATA

ANUGERAH & Syarikat Insurans Terbaik, Malaysia

technology TEKNOLOGI innovation INOVASI safety KESELAMATAN laporan tahunan 2003 annual report

laporan tahunan 2OO1/2002 MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BERHAD

Laporan Tahunan. Annual Report

MAKLUMAT KORPORAT CORPORATE INFORMATION

Memelihara Nilai Teras bagi Pertumbuhan Berkekalan

ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN

PENGENALAN MISI SYARIKAT INI ADALAH PENGLIBATAN SECARA AKTIF DALAM ARUS PEMBANGUNAN DAN EKONOMI NEGARA.

30 tahun Pertumbuhan Yang Mampan

Key Elements for Success Kunci Utama untuk Mencapai Kejayaan

Financial Calendar 1. Notice of Annual General Meeting and Notice of Dividend Entitlement 2. Statement Accompanying Notice of Annual General Meeting 6

3 NOTICE OF ANNUAL GENERAL MEETING 11 STATEMENT ACCOMPANYING NOTICE OF ANNUAL GENERAL MEETING 12 CORPORATE INFORMATION 13 DIRECTORS PROFILE

INNOVATION IS A PROCESS OF DISCOVERY

IJM CORPORATION BERHAD ( A) laporan tahunan

MAS CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 3

KANDUNGAN / CONTENTS. Laporan dan Penyata Kewangan. Reports and Financial Statements

PERINTAH PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (GOLONGAN PENGGUNA DATA) 2013 PERSONAL DATA PROTECTION (CLASS OF DATA USERS) ORDER 2013

Contents. Kandungan ANNUAL REPORT. laporan tahunan

Transformation Transformasi

Creating a distinct identity in the Oil & Gas industry Mencipta identiti tersendiri dalam industri Minyak & Gas

Soaring TOWARDS Higher GROWTH

Shaping The Growing Future

Pencapaian Kami. > Kumpulan ini memulakan operasi pada 1 April 1976 sebagai usaha sama antara pemegang saham dari Arab Saudi dan Malaysia.

MENJANA GEMILANG YANG LEBIH MASA DEPAN

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

TELEKOM MALAYSIA BERHAD ( P) RASIONAL KONSEP. Abad Ke 21 sudah tiba. Di mana cabaran perubahan bertambah ketara.

LAPORAN TAHUNAN galakan pemilikan rumah negara: merealisasikan impian

C M Y K C M Y K C M Y K

PETRA ENERGY BERHAD. PETRA ENERGY BERHAD H

MEDIA COVERAGE. TITLE : SESB bags US$41.6m Indonesia MEDIA : New Straits Times contract COMPANY : Scomi Energy Services Bhd DATE : 15 January 2016

VISI UNTUK MENJADI FIRMA PELABURAN DISTINKTIF BERTARAF DUNIA

satu tujuan Matlamat tertumpu Syarikat mengemudi kami dalam memenuhi perhubungan strategik dan berkekalan dengan pelanggan kami.

KANDUNGAN RANGKA KERJA & KOMITMEN ORGANISASI & PENGEMUDIAN RINGKASAN MAKLUMAT PEMEGANG SAHAM KAJIAN & LAPORAN PERNIAGAAN TANGGUNGJAWAB KORPORAT

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 15 MEI 2017) Tarikh MoU Luput. PTJ Peneraju 22 Januari 1996 Tiada Pejabat Pendaftar

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 31 Oktober 2014)

WE ARE. focused. on growth Annual Report Laporan Tahunan

PUBLIC CHINA SELECT FUND

Penyata-Penyata Kewangan 2016 Dinyatakan dalam Ringgit Malaysia Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Mac 2016

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 30 November 2016)

PUBLIC CHINA SELECT FUND (PUBLIC DANA CHINA TERPILIH) (PCSF)

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 15 OGOS 2017)

DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA Mesyuarat Agung

PB ASIA CONSUMER SECTOR FUND (PB DANA SEKTOR PENGGUNA ASIA) (PBACSF)

ANNUAL REPORT 2004 LAPORAN TAHUNAN 2004

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 31 Januari 2017)

Directors Profile Profil Para Pengarah

PUBLIC GREATER CHINA FUND

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 29 Februari 2016)

PUBLIC AUSTRALIA EQUITY FUND

PB SINGAPORE ADVANTAGE-30 EQUITY FUND PB DANA EKUITI KELEBIHAN-30 SINGAPURA (PBSGA30EF)

LAPORAN TAHUNAN BERKEMBANG SEIRING TEKNOLOGI

PUBLIC ISLAMIC ASEAN GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH ASEAN ISLAMIK) (PIASGF)

Al- AQAR healthcare ReIt

PUBLIC SINGAPORE EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI SINGAPURA) (PSGEF)

Penyata, Statistik dan Aktiviti

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI GLOBAL ISLAMIK) (PISGEF)

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 2 MEI 2018)

PB GROWTH SEQUEL FUND (PB DANA SEKUEL TUMBUH) (PBGSQF)

CONTENTS KANDUNGAN. Corporate Social Responsibility (CSR) Tanggungjawab Sosial Korporat About Us 02 Perihal Kami 03

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND (PB DANA EKUITI CHINA AUSTRALIA) (PBCAUEF)

LEMBAGA TABUNG HAJI. Laporan Tahunan TABUNG HAJI 2011 Annual Report

PB EURO PACIFIC EQUITY FUND

PB GLOBAL EQUITY FUND

PB GLOBAL EQUITY FUND (PB DANA EKUITI GLOBAL) (PBGEF)

PUBLIC ISLAMIC OPTIMAL EQUITY FUND

PUBLIC FAR-EAST PROPERTY & RESORTS FUND

PB EURO PACIFIC EQUITY FUND PB DANA EKUITI EURO PASIFIK (PBEPEF)

OPERASI BERMULA LAPORAN KEMAJUAN TAHUNAN.

(6265-P) Annual Report. Laporan Tahunan. Seeing Beyond Today

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 31 Disember 2017)

PUBLIC EMERGING OPPORTUNITIES FUND (PUBLIC DANA PELUANG PASARAN BARU) (PEMOF)

PUBLIC e-islamic CASH DEPOSIT FUND

laporan tahunan BANGKIT MENGATASI CABARAN

PB ISLAMIC SMALLCAP FUND

PB ASIA EMERGING GROWTH FUND (PB DANA TUMBUH PASARAN BARU ASIA) (PBAEGF)

L a p o r a n Ta h u n a n

PB GLOBAL EQUITY FUND

Public South-East Asia Select Fund (PSEASF)

PUBLIC INDONESIA SELECT FUND

PUBLIC EQUITY FUND PUBLIC DANA EKUITI (PEF)

PUBLIC INDEX FUND (PUBLIC DANA INDEKS) (PIX)

PB CHINA PACIFIC EQUITY FUND PB DANA EKUITI CHINA PASIFIK (PBCPEF)

PUBLIC CHINA TITANS FUND (PUBLIC DANA CHINA TITAN) (PCTF)

Rising. challenge. to the. PETRA PERDANA BERHAD A 2006 annual report laporan tahunan

PUBLIC ISLAMIC OPPORTUNITIES FUND (PUBLIC DANA PELUANG ISLAMIK) (PIOF)

Amir Hussain Md. Ishak Ketua Pustakawan, Universiti Putra Malaysia Pengerusi PERPUN

Transcription:

24 AMMB Holdings Berhad (223035-V) Laporan Tahunan 2013 Profil Para Pengarah Y Bhg Tan Sri Azman Hashim, seorang warganegara Malaysia berusia 74 tahun, telah dilantik menganggotai Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad pada 15 Ogos 1991 dan menjadi Pengerusi Syarikat sejak 1991. Beliau merupakan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Syarikat. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Skim Saham Eksekutif Syarikat. Tan Sri Azman juga adalah Pengerusi Lembaga beberapa subsidiari Syarikat iaitu AmBank (M) Berhad, AmInvestment Bank Berhad, AmIslamic Bank Berhad, AmGeneral Insurance Berhad [dahulu dikenali sebagai Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad], AmLife Insurance Berhad, AmFamily Takaful Berhad, AmGeneral Holdings Berhad [dahulu dikenali sebagai AmG Insurance Berhad], AmInvestment Group Berhad dan AMFB Holdings Berhad. Tan Sri Azman, seorang Akauntan Berkanun (FCPA), ahli Fellow Institut Akauntan Berkanun dan ahli Fellow Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun, telah berkecimpung dalam industri perbankan sejak 1960 ketika beliau menyertai Bank Negara Malaysia dan berkhidmat di sana sehingga 1964. Beliau beramal sebagai Akauntan Bertauliah dalam Azman Wong Salleh and Co. dari 1964 hingga 1971. Beliau menyertai Lembaga Malayan Banking Berhad dari 1966 sehingga 1980 dan adalah Pengarah Eksekutifnya dari 1971 hingga 1980. Beliau adalah Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank Berhad, sebuah subsidiari Malayan Banking Berhad, dari 1980 hingga April 1982 apabila beliau mengambilalih AmInvestment Bank Berhad. Tan Sri Azman ialah Pengerusi Eksekutif AmcorpGroup Berhad dan RCE Capital Berhad dan Pengerusi bagi Malaysian South- South Corporation Berhad. Beliau menganggotai Lembaga Pembangunan MasMelayu Berhad dan Asian Institute of Finance Berhad. Tan Sri Azman juga terlibat dalam beberapa organisasi amal sebagai Pengerusi dan Pemegang Amanah Yayasan AmGroup dan Yayasan Kepimpinan Perdana, dan adalah Pemegang Amanah bagi Yayasan Azman Hashim, Yayasan Perpaduan Nasional, Yayasan Hati Malaysia, Yayasan Tuanku Najihah dan Yayasan Canselor Universiti Terbuka Malaysia. Y BHG TAN SRI AZMAN HASHIM Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Tan Sri Azman adalah Pengerusi Institut Bank-Bank Malaysia, Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia, dan Perbadanan Produktiviti Malaysia, Pengerusi Emeritus Pacific Basin Economic Council (PBEC) International dan Pengerusi Bersama Meja Bulat Malaysia-Singapura. Beliau adalah Presiden Persatuan Selatan- Selatan Malaysia, Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun, Kelab SAHABAT Penjara Malaysia dan Majlis Perniagaan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) serta Bendahari Yayasan Malaysia-Australia. Beliau adalah Ahli Majlis Penasihat Perniagaan APEC, Suruhanjaya Trilateral (Kumpulan Asia-Pasifik), Majlis Perniagaan Malaysia-British dan Majlis Perniagaan Malaysia- Cina serta Majlis Perniagaan Asia Timur. Beliau juga merupakan Ketua Mesyuarat Perniagaan ASEAN-Jepun (Jawatankuasa Malaysia, Keizai Doyukai) dan adalah ahli Lembaga Penasihat AIM bagi Tanggungjawab Sosial Korporat. Beliau juga merupakan Pro-Canselor, Universiti Terbuka Malaysia dan Ahli Badan Pentadbir bagi Organisasi Produktiviti Asia serta Panel Penasihat Antarabangsa, Pusat Antarabangsa bagi Pengajian dalam Kewangan Islam Bank Negara Malaysia (INCEF) dan yang terbaru, Asian Banking School Sdn Bhd.

AMMB Holdings Berhad (223035-V) Laporan Tahunan 2013 25 Y Bhg Dato Azlan Hashim, seorang warganegara Malaysia berusia 71 tahun, telah dilantik menganggotai Lembaga AMMB Holdings Behad pada 12 Februari 1992 dan telah menjadi Timbalan Pengerusi Syarikat sejak 1992. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Maklumat Kumpulan dan ahli Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan. Dato Azlan pada masa ini adalah Pengerusi Bukan Eksekutif AmFraser International Pte Ltd, AmFaser Securities Pte Ltd, AmInternational (L) Ltd, PT AmCapital Indonesia dan Am ARA Reit Managers Sdn Bhd. Beliau juga menganggotai Lembaga Am ARA Reit Holdings Sdn Bhd, Metrod Holdings Berhad, Paramount Corporation Berhad, Sapura Industrial Behad dan Kesas Holdings Berhad. Beliau adalah Pemegang Amanah Yayasan AmGroup. Dato Azlan berkhidmat dengan Keretapi Tanah Melayu dari 1966 hingga 1971, di mana beliau adalah Ketua Akauntan selama dua tahun. Pada 1972, beliau telah menjadi Rakan Kongsi firma perakaunan awam, Azman Wong Salleh & Co., dan merupakan Rakan Kongsi Kanan di sana sebelum menyertai Lembaga Amcorp Properties Berhad dari 1982 hingga Julai 2007. Dato Azlan adalah ahli Fellow Institute of Chartered Accountants (Ireland), Institut Pembangunan Ekonomi, Bank Dunia, Washington D.C., U.S.A. dan Institut Jurubank Malaysia. Beliau juga seorang Akauntan Awam Bertauliah. Y BHG DATO AZLAN HASHIM Timbalan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Y A Bhg Tun Mohammed Hanif bin Omar, seorang warganegara Malaysia berusia 74 tahun, telah dilantik menganggotai Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad pada 6 Mei 1994. Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan Kumpulan dan Jawatankuasa Skim Saham Eksekutif Syarikat. Tun Mohammed juga adalah ahli Lembaga subsidiari-subsidiari syarikat iaitu AmBank (M) Berhad, AmIslamic Bank Berhad, AmInvestment Bank Berhad dan AMFB Holdings Berhad. Beliau pada masa ini adalah Timbalan Pengerusi Eksekutif Genting Berhad dan Genting Malaysia Berhad dan juga ahli Lembaga Genting Overseas Holdings Ltd. Beliau merupakan Ketua Polis Negara selama 20 tahun sehingga persaraan beliau pada Januari 1994. Beliau telah menerima Anugerah Kehormat dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei dan Filipina di atas sumbangan beliau yang tidak ternilai ke arah keselamatan rantau ini. Beliau telah menjadi Presiden Institut Pengurusan Malaysia sejak 2001. Beliau juga adalah Presiden Royal Asiatic Society Cawangan Malaysia. Beliau juga adalah ahli Majlis Equine Malaysia dan ahli Majlis Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia. Di samping itu, beliau juga adalah Pengerusi Yayasan Tun Razak, ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Hati Malaysia, Yayasan DayaDiri, Yayasan MCKK dan The Community Chest, Malaysia. Tun Mohammed Hanif menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera beliau dari University of Malaya, Singapura pada 1959, Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Buckingham University, United Kingdom pada 1986 dan memperolehi Sijil Pengamal Undang-Undang (Kepujian) dari Lembaga Kelayakan Undang-Undang pada 1987. Beliau telah dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-Undang oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1992, Doktor Kehormat Falsafah (Keselamatan Dalam Negeri) oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 2 Oktober 2011 dan Doktor Kehormat Undang-Undang oleh Universiti Buckingham pada 16 Mac 2012. Y A BHG TUN MOHAMMED HANIF BIN OMAR

26 AMMB Holdings Berhad (223035-V) Laporan Tahunan 2013 Profil Para Pengarah (Samb.) Y BHG TAN SRI DATUK CLIFFORD FRANCIS HERBERT Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif Y Bhg Tan Sri Datuk Clifford Francis Herbert, seorang warganegara Malaysia berusia 71 tahun, telah dilantik menganggotai Lembaga AMMB Holdings Berhad pada 16 April 2004. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kumpulan dan Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan Kumpulan dan ahli Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Syarikat. Tan Sri Datuk Clifford pada masa ini menganggotai Lembaga AmInvestment Bank Berhad, AmBank (M) Berhad, AmIslamic Bank Berhad, Genting Malaysia Berhad, Shell Refining Company (Federation of Malaya) Berhad, Moet Henessy Diageo Malaysia Sdn Bhd dan FIDE Forum. Tan Sri Datuk Herbert telah menyertai Perkhidmatan Awam Malaysia pada 1964 sebagai Penolong Setiausaha dalam Jabatan Perkhimatan Awam dari 1964 hingga 1968. Kemudiannya beliau telah berkhidmat dalam Kementerian Kewangan dari 1975 hingga 1997, memegang jawatan tertinggi dalam kerjaya awamnya sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Beliau telah bersara daripada perkhidmatan awam pada tahun 1997. Sebagai Ketua Setiausaha dalam Kementerian Kewangan, beliau juga dilantik sebagai Gabenor Silih Gantian Bank Dunia. Dari 1994 hingga 2000, Tan Sri Datuk Herbet adalah Pengerusi KL International Airport Berhad yang membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Beliau telah menjadi ahli lembaga beberapa badan berkanun dan syarikat awam berkait kerajaan yang antaranya adalah Kumpulan Khazanah Nasional Berhad, Malaysia Airline System Berhad, Petroliam Nasional Berhad, Bank Negara Malaysia Berhad, Suruhanjaya Sekuriti dan Pengerusi Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Selain daripada itu, Tan Sri Datuk Herbert juga terlibat dalam beberapa badan NGO. Tan Sri Datuk Herbert memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari University of Pittsburgh, U.S.A. dan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Ekonomi dari Universiti Malaya. Y Bhg Tan Sri Datuk Dr Aris Othman, seorang warganegara Malaysia berusia 68 tahun, telah dilantik menganggotai Lembaga AMMB Holdings Berhad pada 1 April 2004. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Syarikat dan ahli Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kumpulan dan Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan Kumpulan. Tan Sri Datuk Dr Aris juga adalah ahli Lembaga subsidiari Syarikat, AmInvestment Bank Berhad. Beliau pada masa ini adalah Pengarah YTL Power International Berhad. Tan Sri Datuk Dr Aris telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan dalam Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 1966 hingga 1986. Beliau telah dipinjamkan kepada Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Kuala Lumpur sebagai Ketua Pengurus Besar (Perancangan Korporat, Subsidiarisubsidiari Kewangan, Perbendaharaan dan Sumber Manusia) dari 1986 hingga 1989. Dari 1989 hingga 1999, Tan Sri Datuk Dr Aris telah berkhidmat dengan Kementerian Kewangan, di mana beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif (South East Asia Group) Bank Dunia, Washington D.C., U.S.A. dari 1991 hingga 1994 dan Ketua Setiausaha kepada Perbendaharaan dari 1998 hingga pertengahan 1999. Ini diikuti oleh kerjaya dalam perbankan di mana beliau telah memegang jawatan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad. Beliau juga adalah Pengerusi Malaysia Airport Holdings Berhad dan Pusat Reka Bentuk dan Inovasi Malaysia, Cyberjaya. Tan Sri Datuk Aris memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam Ekonomi Pembangunan dan Ijazah Sarjana Sastera dalam Ekonomi Politik kedua-dua dari Boston University, Massachusetts, Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Ekonomi Analitis dari Universiti Malaya. Y BHG TAN SRI DATUK DR ARIS OTHMAN Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

AMMB Holdings Berhad (223035-V) Laporan Tahunan 2013 27 Y BHG DATO ROHANA TAN SRI MAHMOOD Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Y Bhg Dato Rohana Tan Sri Mahmood, seorang warganegara Malaysia berusia 58 tahun, telah dilantik menganggotai Lembaga AMMB Holdings Berhad pada 8 Julai 2011. Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan Kumpulan Syarikat dan Jawatankuasa Teknologi Maklumat Kumpulan. Dato Rohana juga merupakan ahli Lembaga subsidiari Syarikat, iaitu AmInvestment Bank Berhad. Dato Rohana pada masa ini adalah Pengerusi dan Pengasas RM Capital Partners Sdn Bhd sebuah dana ekuiti swasta Malaysia. Beliau pernah menjadi Pengerusi dan Pengasas bersama Ethos Capital Sdn Bhd sebuah dana ekuiti swasta Malaysia sejak tahun 2007. Dana tersebut berakhir dengan jayanya pada November 2012. Dato Rohana adalah ahli Lembaga Pemegang Amanah Asia Society, New York, ahli Lembaga Penasihat ACE Limited International, New York dan ahli Lembaga Pacific Basin Economic Council (PBEC). Dato Rohana adalah Pengerusi Tropicana Corporation Berhad (dahulu dikenali sebagai Dijaya Corporation Berhad). Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah pelbagai syarikat swasta dan syarikat tersenarai termasuk Paramount Corporation Berhad, KDU University College Sdn. Bhd, YIM Technology Resources Sdn Bhd dan AmWater Investment Management Pte Ltd. Dato Rohana adalah Presiden Emiritus dan ahli pengasas Kuala Lumpur Business Club, sebuah organisasi eksklusif rangkaian dan pembangunan perniagaan (melalui undangan sahaja) yang terhad kepada 100 ahli pemimpin korporat dan perniagaan yang terkemuka di Malaysia. Beliau merupakan ahli Fellow yang unggul dan ahli Lembaga Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia. Sebelum ke ISIS, Dato Rohana telah berkhidmat dengan Kementerian Luar Negeri Malaysia. Dato Rohana memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Politik, dari Essex University dan Ijazah Sarjana dalam Perhubungan Antarabangsa, dari Sussex University, United Kingdom. Y Bhg Dato Larry Gan Nyap Liou, seorang warganegara Malaysia berusia 58 tahun, telah dilantik ke Lembaga AMMB Holdings Berhad pada 15 Mac 2012. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Maklumat Kumpulan dan ahli Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan dan Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan Kumpulan. Dato Larry Gan pada masa ini adalah Pengerusi Cuscapi Berhad, Catcha Media Berhad dan Diversified Gateway Solutions Berhad. Beliau menganggotai Lembaga AmBank (M) Berhad, AmIslamic Bank Berhad, Tanjong Public Limited, Formis Resources Berhad, Saujana Resort (M) Berhad dan lain-lain syarikat sendirian Berhad. Dato Larry Gan adalah Pengarah Kumpulan Pemerhati Pemegang Saham Minoriti dan Pengerusi Dewan Perdagangan British Malaysia. Dato Larry Gan telah bersama dengan Accenture, firma perunding pengurusan dan teknologi global selama 26 tahun sehingga beliau bersara pada Disember 2004. Beliau telah memegang banyak jawatan kepimpinan global termasuk Rakan Kongsi Pengurus Asia dan Pembangunan Korporat Asia Pasifik. Beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat CEO dan ahli Majlis Pengurusan Global dari 1997 hingga 2004. Beliau telah berkhidmat sebagai Pengerusi Persatuan Industri Komputer Malaysia (PIKOM), dan ahli Think Tank Kementerian Sains dan Teknologi, Tribunal Hak Cipta dan Labuan International Financial Exchange Committee. Dato Larry Gan adalah seorang Perunding Pengurusan Bertauliah dan Akauntan Berkanun. Y BHG DATO LARRY GAN NYAP LIOU @ GAN NYAP LIOW Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

28 AMMB Holdings Berhad (223035-V) Laporan Tahunan 2013 Profil Para Pengarah (Samb.) ENCIK SHAYNE CARY ELLIOTT Encik Shayne Cary Elliott, seorang warganegara New Zealand berusia 49 tahun, telah dilantik menganggotai Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad pada 18 Jun 2013. Encik Eliott telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan di Australia and New Zealand Banking Group Limited ( ANZ ) pada Jun 2012. Beliau bertanggungjawab dalam semua aspek kewangan termasuklah Undang- Undang, Perbendaharaan dan Perhubungan Pelabur. Dalam peranan ini, beliau juga turut bertanggungjawab bagi Strategi dan Penggabungan dan Pengambilalihan Kumpulan. Sebelum ini, Encik Eliott adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Institusi, memantau semua perniagaan yang berkaitan dengan pelanggan perniagaan, korporat, dan institusi ANZ. Encik Eliott menyertai ANZ pada Jun 2009. Sebelum itu, beliau adalah Ketua Pegawai Operasi EFG Hermes, bank pelaburan terbesar di Timur Tengah. Beliau bertanggungjawab ke atas strategi korporat, risiko, sumber manusia, pemasaran dan melaksanakan proses tadbir urus dan pengurusan perniagaan. Encik Eliott pernah berkhidmat dengan Citigroup di mana beliau memegang pelbagai jawatan kanan merentasi geografi dan sektor perniagaan sepanjang 20 tahun. Di antara jawatan yang dipegangnya ketika berkhidmat dengan Citigroup termasuk: Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Transaksi Global Asia Pasifik, Ketua Pegawai Eksekutif Corporate Bank Australia/New Zealand dan Pegawai Korporat Negara, Naib Presiden Perancangan Korporat New York, Ketua Jualan Derivatif Pelabur London dan Ketua Jualan dan Perdagangan New Zealand. Encik Ellliott memegang Ijazah Perniagaan, Pengurusan dan Kewangan dari University of Auckland, New Zealand. Encik Mark David Whelan, seorang warganegara Australia berusia 53 tahun, telah dilantik ke Lembaga AMMB Holdings Berhad pada 2 Januari 2009. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kumpulan Syarikat. Beliau pada masa ini adalah Pengarah Urusan, Perbankan Korporat dan Komersial (Australia) di Australia and New Zealand Banking Group Limited ( ANZ ). Encik Whelan merupakan ahli penting dalam Pasukan Kepimpinan Australia. Pasukannya menyediakan penyelesaian kepada pelanggan bagi pasaran Komersial dan Korporat melalui pengurus berdedikasi yang menumpukan kepada segmen Perniagaan Korporat, Perniagaan Kecil, dan Perniagaan Tani. Ia juga termasuk Esanda Finance, salah satu syarikat aset kewangan terkemuka di Australia. Sebelum ini, Encik Whelan adalah Pengarah Urusan ANZ untuk perniagaan Institusi, Komersial dan Perbankan Peribadi di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika ( APEA ), berpengkalan di Hong Kong. Dalam keupayaan ini, tanggungjawab Encik Whelan termasuk rangkaian penuh produk dan perkhidmatan korporat, institusi dan kewangan komersial ANZ di seluruh APEA. Tanggungjawab beliau juga termasuk Perbankan Perhubungan, Pemberian Pinjaman Khusus, Pasaran dan Perbankan Transaksi di seluruh rantau. Beliau telah berkhidmat di seluruh Australia, Amerika Syarikat, Singapura dan Hong Kong. Beliau menyertai ANZ pada November 2004 sebagai Ketua Jualan, Pasaran, sebelum memegang jawatan Pengarah Urusan Bersama, Pasaran pada 2005 dan kemudiannya sebagai Pengarah Urusan, Institusi Asia pada 2007. Sebelum menyertai ANZ, Encik Whelan telah berkhidmat di Westpac Bank di mana beliau memegang beberapa jawatan kanan termasuk Pengurus Besar, Jualan Pelabur Global dan Pengurus Besar, Perbankan Institusi, Victoria. Dalam keupayaan ini, tanggungjawabnya termasuklah pengagihan produk Pasaran ke dalam segmen Komersial. Sebelum menyertai Westpac Bank, Encik Whelan bekerja untuk Citibank dan Caterpillar. Encik Whelan memiliki Diploma Graduan dalam Percukaian dan Diploma Perakaunan dari Royal Melbourne Institute of Technology. Beliau juga adalah ahli Fellow Certified Practising Accountants, dan ahli Financial Treasury Association Limited, Australian Financial Markets Association dan Australian Institute of Company Directors. ENCIK MARK DAVID WHELAN

AMMB Holdings Berhad (223035-V) Laporan Tahunan 2013 29 ENCIK GILLES PLANTÉ Encik Gilles Planté, berbangsa Australia/ Perancis berusia 49 tahun telah dilantik ke Lembaga AMMB Holdings Berhad pada 8 Oktober 2012. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan Kumpulan Syarikat, Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan dan Jawatankuasa Skim Saham Eksekutif. Encik Planté ialah Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO ) Asia Pasifik, Australia and New Zealand Banking Group ( ANZ ) dan Pengerusi Australia and New Zealand Bank (China) Company Limited ( ANZ China ). Beliau juga bertanggungjawab kepada Perbendaharaan untuk Jabatan Institusi dan Antarabangsa ANZ. Dalam peranan ini, beliau bertanggungjawab geografi untuk perniagaan dan perkongsian ANZ di 26 buah negara termasuk Greater China (China, Hong Kong dan Taiwan), Greater Mekong (Vietnam, Cambodia, Myanmar dan Laos), Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan dan Thailand, Papua New Guinea dan Fiji. Encik Planté menyertai ANZ pada tahun 1997 selepas 10 tahun berkhidmat di Perancis, Tokyo, New York dan Singapura kebanyakannya dengan Credit Suisse. Semasa perkhidmatannya di ANZ, beliau telah memegang beberapa jawatan termasuklah CEO Asia Timur Laut, Eropah dan Amerika dan CEO Asia. Beliau sebelum ini adalah Pengarah Urusan Pasaran Global, Ketua Pasaran Eropah dan Amerika dan Ketua Mata Wang dan Derivatif Komoditi. Encik Planté juga merupakan ahli Lembaga Esanda, salah satu penyedia pembiayaan kenderaan terbesar di Australia, Shanghai Rural Commercial Bank dan Bank of Tianjin di Tanah Besar Cina. Encik Planté memegang Ijazah Sarjana Sains dari Ecole Spéciale de Méchanique et d Electricité (EMSE) di Paris. Encik Soo Kim Wai, seorang warganegara Malaysia berusia 52 tahun telah dilantik ke Lembaga AMMB Holdings Berhad pada 4 Oktober 2002. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan Kumpulan Syarikat. Beliau pada masa ini adalah Pengarah Urusan Kumpulan bagi Amcorp Group Berhad. Encik Soo menyertai Amcorp Group Berhad pada 1989 sebagai Pengurus Kanan, Kewangan dan sejak itu telah memegang beberapa jawatan sebelum beliau dinaikkan pangkat ke jawatan semasa beliau. Sebelum itu, beliau berkhidmat dengan Plantation Agencies Sdn Bhd dari 1985 hingga 1989, dan dalam profesion perakaunan selama lima tahun dengan Deloitte Kassim Chan dari 1980 hingga 1985. Beliau menganggotai Lembaga RCE Capital Berhad, Amcorp Properties Berhad, ECM Libra Financial Group Berhad dan lain-lain syarikat sendirian berhad dan syarikatsyarikat asing. Beliau juga adalah Ahli Lembaga Dewan Perniagaan Malaysia British. Encik Soo adalah Akauntan Berkanun (Institut Akauntan Malaysia), Akauntan Awam Bertauliah (Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia), ahli Fellow Certified Practising Accountant (CPA), Australia dan ahli Fellow Association of Chartered Certified Accountant (ACCA), United Kingdom. ENCIK SOO KIM WAI

30 AMMB Holdings Berhad (223035-V) Laporan Tahunan 2013 Profil Para Pengarah (Samb.) ENCIK ASHOK RAMAMURTHY Pengarah Urusan Kumpulan Encik Ashok Ramamurthy, seorang warganegara Australia berusia 51 tahun, telah dilantik menganggotai Lembaga AMMB Holdings Berhad pada 2 Julai 2012 dan pada masa ini adalah Pengarah Urusan Kumpulan ( Group MD ) Syarikat. Beliau juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif AmBank (M) Berhad. Encik Ramamurthy juga menganggotai Lembaga AmInvestment Bank Berhad, AmIslamic Bank Berhad dan AmLife Insurance Berhad. Beliau menyertai Syarikat sebagai Ketua Pegawai Kewangan pada Julai 2007 dan kemudiannya telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Kewangan pada Oktober 2008. Sebelum perlantikan beliau sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, Encik Ramamurthy telah bekerja di Australia and New Zealand Banking Group Limited ( ANZ ) selama lebih kurang 23 tahun, merentas kawasan geografi termasuk New Zealand, Australia, India dan Malaysia. Kepakaran kefungsian beliau adalah di bidang kewangan di bahagian teras, dan digabungkan dengan pengurusan risiko, operasi dan perkhidmatan bersama dan strategi serta pengurusan perubahan. Beliau mempunyai pengalaman langsung sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan/ atau Ketua Pegawai Operasi dalam beberapa perniagaan ANZ termasuk Perbankan Komersil, Pasaran dan Perbendaharaan, Pengurusan Dana dan Insurans, Pengurusan Kekayaan, Produk Perbankan dan Perkhidmatan Transaksi, dan Perbankan Peribadi/Runcit. Beliau telah berjaya dalam membangunkan dan melaksanakan agenda-agenda transformasi dalam kerjaya beliau. Encik Ramamurthy memiliki Diploma Lepasan Siswazah dalam Pentadbiran Perniagaan XLRI, India (setaraf MBA) dan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan), Universiti Madras. Beliau adalah ahli Fellow Financial Services Institute of Australasia keahlian Fellow daripada FINSIA. Encik Alistair Marshall Bulloch, seorang warganegara Britain berusia 55 tahun adalah Pengarah Silih Gantian kepada Encik Shayne Cary Eliott, Encik Mark David Whelan dan Encik Gilles Planté. Beliau pada masa ini adalah Pengarah Urusan/Ketua bagi Perkongsian Asia di Australia and New Zealand Banking Group Limited ( ANZ ). Encik Bulloch bertanggungjawab mewujudkan hubungan penting kerajaan dan lain-lain perhubungan, mengambil kepimpinan strategik dengan klien-klien penting dan bertanggungjawab bagi semua rakan kongsi ANZ di rantau ini. Sebelum memegang jawatan ini, Encik Bulloch adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Asia Pasifik, Eropah dan Amerika (APEA) dan Ketua Pegawai Eksekutif Timur Laut Asia ANZ. Beliau bertanggungjawab untuk memacu pertumbuhan dan inovasi dalam perniagaan dan perkongsian ANZ di China, Hong Kong, Taiwan, Jepun dan Korea. Beliau adalah Pengerusi dan Pengarah ANZ Bank (Vietnam) Limited, ANZ Insurance Broker Co. Ltd (Taiwan), ANZ Royal Bank (Cambodia) Ltd., ANZ Bank (Taiwan) Limited dan Chongqing Liangping ANZ Rural Bank Co. Ltd (China), Pengarah ANZ Bank (China), ANZ Bank (Europe) Limited (United Kingdom), ANZ Bank (Lao), ANZ Capital (PVT) Limited (India), ANZ Pensions (UK) Limited, ANZ V-Trac International Leasing Company, Bank of Tianjin (China), Jikk Pty Ltd., Saigon Securities Inc. (Vietnam), Shanghai Rural Commercial Bank (China), Votraint No. 1103 Pty Ltd. Encik Bulloch adalah Ketua Perbankan Borong dan Komersil di Korea bagi Standard Chartered First Bank. Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman perbankan dan sebelum ini adalah Ketua Perhubungan Klien di China dan Taiwan. Encik Bulloch menghabiskan zaman kanak-kanaknya dan sebahagian besar kerjaya awalnya di Hong Kong dan beliau juga pernah bekerja di Timur Tengah dan Ireland. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Pengajian Perniagaan dari Dundee College of Technology, Scotland. ENCIK ALISTAIR MARSHALL BULLOCH (Pengarah Silih Gantian kepada Encik Shayne Cary Eliott, Encik Mark David Whelan dan Encik Gilles Planté)

AMMB Holdings Berhad (223035-V) Laporan Tahunan 2013 31 Maklumat Tambahan Tiada Pengarah mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Pengarah yang lain atau pemegang-pemegang saham utama Syarikat melainkan sebagaimana yang dinyatakan. Y Bhg Tan Sri Azman Hashim dan Y Bhg Dato Azlan Hashim adalah adik-beradik. Y Bhg Tan Sri Azman Hashim adalah Pengerusi Eksekutif dan pemegang saham utama dalam Amcorp Group Berhad ( Amcorp ), yang sebaliknya merupakan pemegang saham utama AMMB Holdings Berhad. Y Bhg Tan Sri Azman Hashim adalah Pengarah Clear Goal Sdn Bhd, syarikat milik keluarganya, yang dianggap antara pemegang saham utama AMMB Holdings Berhad menerusi kepentingannya dalam Amcorp. Encik Soo Kim Wai adalah Pengarah Urusan Kumpulan Amcorp yang merupakan pemegang saham utama AMMB Holdings Berhad. Encik Shayne Cary Elliot, Encik Mark David Whelan dan Mr Gilles Planté adalah wakil Lembaga dari Australia and New Zealand Banking Group Limited, salah satu pemegang saham utama AMMB Holdings Berhad. Tiada mana-mana Pengarah disabitkan kesalahan sepanjang 10 tahun yang lepas. Tiada Pengarah mempunyai konflik kepentingan dengan Syarikat selain yang diumumkan dan dinyatakan di dalam Nota 43 Penyata Kewangan di bawah Transaksi dan Baki Ketara dengan Pihak Berkaitan.