PENGUATKUASAAN. Jadual 2 menunjukkan butiran mengenai individu yang didakwa pada tahun KEPUTUSAN PENGUATKUASAAN JENAYAH

Similar documents
Pengurusan Pelaburan. Perantara dan Institusi Pasaran. Penguatkuasaan

Pengurusan Pelaburan. Perantara dan Institusi Pasaran. Penguatkuasaan

KALENDAR PERISTIWA JANUARI

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

1. Mechanics Make a minimum payment of RM 5 with Pay function using the Touch n Go ewallet to receive random cashback up to RM 888.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. QUOTATION NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN DIRECT DEBIT

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

LIVING CARE. Critical Illness Insurance

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PB CASH MANAGEMENT FUND PB DANA PENGURUSAN TUNAI (PBCMF)

PB ISLAMIC CASH MANAGEMENT FUND

Get rewarded, download the Touch n Go e-wallet. Get standard or preferred TGV seats for RM7 before 7pm on 7 July.

PUBLIC e-islamic CASH DEPOSIT FUND

PAY WITH YOUR PIN BAYAR DENGAN PIN ANDA

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PB CASH MANAGEMENT FUND

PUBLIC e-cash DEPOSIT FUND (PUBLIC DANA e-deposit TUNAI) (PeCDF)

PB DIVIDEND BUILDER EQUITY FUND

PUBLIC SINGAPORE EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI SINGAPURA) (PSGEF)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PB ASIA CONSUMER SECTOR FUND (PB DANA SEKTOR PENGGUNA ASIA) (PBACSF)

PUBLIC GREATER CHINA FUND

PUBLIC OPTIMAL GROWTH FUND

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PB604 : BUSINESS FINANCE

PUBLIC e-flexi ALLOCATION FUND (PUBLIC DANA e-flexi ALOKASI) (PeFAF)

PB ISLAMIC SMALLCAP FUND

PB SINGAPORE ADVANTAGE-30 EQUITY FUND PB DANA EKUITI KELEBIHAN-30 SINGAPURA (PBSGA30EF)

PB GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

AKTA BAHAGIAN VII PENGENALAN: LEARNING OBJECTIVES: LERNING OUTCOMES:

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PUBLIC INDEX FUND (PUBLIC DANA INDEKS) (PIX)

PB ASIA PACIFIC DIVIDEND FUND (PB DANA DIVIDEN ASIA PASIFIK) (PBAPDF)

PUBLIC ISLAMIC ADVANTAGE GROWTH EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TUMBUH BERKELEBIHAN ISLAMIK) (PIAVGEF)

PUBLIC AUSTRALIA EQUITY FUND

PUBLIC INDONESIA SELECT FUND

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PUBLIC ISLAMIC ALPHA-40 GROWTH FUND

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND (PB DANA EKUITI CHINA AUSTRALIA) (PBCAUEF)

PB SUKUK FUND PENYATAAN TANGGUNGJAWAB

GARNIER MALAYSIA Peraduan Menangi BMW Ice Watch bernilai RM500 setiap satu untuk. 20 pemenang bersama Watsons Malaysia

PUBLIC ISLAMIC SELECT ENTERPRISES FUND

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

PB GROWTH FUND PB DANA TUMBUH (PBGF)

PUBLIC CHINA SELECT FUND

PUBLIC BOND FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PUBLIC ISLAMIC EQUITY FUND

PB ISLAMIC BOND FUND

PB ASIA EMERGING GROWTH FUND (PB DANA TUMBUH PASARAN BARU ASIA) (PBAEGF)

PB GLOBAL EQUITY FUND

PUBLIC GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PUBLIC ADVANTAGE GROWTH EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TUMBUH BERKELEBIHAN) (PAVGEF)

PUBLIC ISLAMIC ENTERPRISES EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI PERUSAHAAN ISLAMIK) (PIENTEF)

PUBLIC ISLAMIC EMERGING OPPORTUNITIES FUND

PB EURO PACIFIC EQUITY FUND PB DANA EKUITI EURO PASIFIK (PBEPEF)

PB ISLAMIC EQUITY FUND

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI GLOBAL ISLAMIK) (PISGEF)

PUBLIC SMALLCAP FUND

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

STRUCTURE : 100 MARKS STRUKTUR : 100 MARKAH. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

PUBLIC ISLAMIC MIXED ASSET FUND

PB SMALLCAP GROWTH FUND (PB DANA TUMBUH MODAL KECIL) (PBSCGF)

PB MIXED ASSET GROWTH FUND (PB DANA ASET TUMBUH CAMPURAN) (PBMAGRF)

PUBLIC SECTOR SELECT FUND PUBLIC DANA SEKTOR TERPILIH (PSSF)

PB GROWTH SEQUEL FUND (PB DANA SEKUEL TUMBUH) (PBGSQF)

CADANGAN KORPORAT CADANGAN DIPERTIMBANGKAN. (Jadual 4-7)

PB AIMAN SUKUK FUND (PB DANA SUKUK AIMAN) (PBASF)

PUBLIC ISLAMIC SELECT ENTERPRISES FUND (PUBLIC DANA PERUSAHAAN TERPILIH ISLAMIK) (PISEF)

PB ISLAMIC EQUITY FUND (PB DANA EKUITI ISLAMIK) (PBIEF)

PB CHINA ASEAN EQUITY FUND

PUBLIC STRATEGIC GROWTH FUND

PUBLIC ISLAMIC OPPORTUNITIES FUND (PUBLIC DANA PELUANG ISLAMIK) (PIOF)

PUBLIC INDIA-GLOBAL EQUITY FUND

PERMOHONAN BEKALAN ELEKTRIK

PUBLIC ISLAMIC ASEAN GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH ASEAN ISLAMIK) (PIASGF)

PUBLIC SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN) (PSF)

PUBLIC AGGRESSIVE GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH AGGRESIF) (PAGF)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. QUOTATION NOTICE (Via eprocurement)

PB ASEAN DIVIDEND FUND (PB DANA DIVIDEN ASEAN) (PBADF)

PUBLIC ISLAMIC OPTIMAL EQUITY FUND

PB GLOBAL EQUITY FUND

PB ASIA EQUITY FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PUBLIC EMERGING OPPORTUNITIES FUND (PUBLIC DANA PELUANG PASARAN BARU) (PEMOF)

PUBLIC CHINA SELECT FUND (PUBLIC DANA CHINA TERPILIH) (PCSF)

PUBLIC ISLAMIC SELECT ENTERPRISES FUND (PUBLIC DANA PERUSAHAAN TERPILIH ISLAMIK) (PISEF)

Public South-East Asia Select Fund (PSEASF)

a) Korporat" bermaksud Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Berhad sebagaimana yang ditakrifkan di bawah undang-undang Malaysia.

PB GLOBAL EQUITY FUND (PB DANA EKUITI GLOBAL) (PBGEF)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PUBLIC REGULAR SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN BERKALA) (PRSF)

Transcription:

Tinjauan Operasi

PENGUATKUASAAN Pada tahun 2004, Suruhanjaya terus mempertingkat aktiviti penguatkuasaan, sejajar dengan objektifnya untuk melindungi integriti dan mendukung ketelusan dalam pasaran modal. Standard tadbir urus korporat yang tinggi, di samping kebertanggungjawaban, integriti dan profesionalisme pegawai utama, penasihat dan perantara berlesen, amat penting bagi pasaran modal berfungsi secara berkesan dan efisien dalam persekitaran DBR. Oleh itu, usaha penguatkuasaan pada tahun 2004 tertumpu kepada salah laku korporat melibatkan isu tadbir urus korporat dan kes yang membabitkan kebertanggungjawaban pegawai utama dan profesional PLC. Undang-undang sekuriti memberikan Suruhanjaya kuasa penguatkuasaan yang luas, termasuk kuasa untuk memulakan penyiasatan, memulakan pendakwaan dan mengenakan kompaun dengan persetujuan Pendakwa Raya. Suruhanjaya juga mempunyai kuasa untuk menjalankan prosiding sivil dan mengenakan sekatan pentadbiran. Berbekalkan pelbagai bentuk penguatkuasaan yang ada, Suruhanjaya mengambil pendekatan proaktif yang strategik dalam menjalankan tugas penguatkuasaannya, dengan mengambil kira faktor seperti keperluan terhadap tindakan pantas, juga keperluan untuk melindungi pelabur dan memelihara keyakinan terhadap pasaran modal. Jika perlu, Suruhanjaya menyusuli secara serentak dalam tindakan pentadbiran dan tindakan sivil serta pendakwaan jenayah. Pencapaian dalam usaha penguatkuasaan Suruhanjaya pada tahun 2004 diperincikan dalam Jadual 1. adalah amat penting. Justeru, dalam satu tindakan pada tahun 2004 yang belum pernah dilakukan sebelumnya, Suruhanjaya memulakan beberapa pendakwaan jenayah yang besar terhadap profesional PLC kerana melakukan pelbagai kesalahan berkaitan penzahiran korporat, daripada memberi kenyataan palsu kepada Suruhanjaya hinggalah kepada menyebabkan maklumat palsu dikeluarkan dalam prospektus syarikat yang memohon penyenaraian di bursa. Sebanyak lapan individu didakwa di mahkamah jenayah pada tahun 2004. Ini termasuk juruaudit luaran bagi dua PLC dan seorang akauntan bagi sebuah PLC, memandangkan berperanan penting daripada penasihat profesional. Jadual 2 menunjukkan butiran mengenai individu yang didakwa pada tahun 2004. KEPUTUSAN PENGUATKUASAAN JENAYAH Beberapa kes yang didakwa di mahkamah pada tahun-tahun sebelum ini mencapai keputusan pada tahun 2004. Mahkamah telah mengenakan denda daripada RM200,000 hingga RM400,000 bagi dua kes jualan singkat. Suruhanjaya turut mengenakan kompaun daripada RM50,000 hingga RM500,000 ke atas lapan individu bagi pelbagai kesalahan sekuriti, selepas mengambil kira kedudukan fakta kes dan implikasi pelanggaran tersebut. Jadual 3 menunjukkan butiran kes penguatkuasaan jenayah pada tahun 2004. PENDAKWAAN JENAYAH Pendakwaan jenayah terus menjadi bahagian penting dalam usaha penguatkuasaan Suruhanjaya walaupun pada ketika tindakan sivil dan pentadbiran sedang dijalankan. Dalam persekitaran DBR, ketepatan dan kecukupan maklumat yang dizahirkan kepada pengawal selia dan umum TINDAKAN SIVIL Pada tahun 2004, Suruhanjaya telah memulakan tindakan penguatkuasaan sivil berhubung satu kes perdagangan orang dalam, berkesudahan dengan bayaran denda sivil dan penyerahan kembali hasil keuntungan daripada aktiviti perdagangan orang dalam tersebut. Ini merupakan pencapaian besar bagi Suruhanjaya. 2-62 TINJAUAN OPERASI

Suruhanjaya juga mengambil tindakan mahkamah bagi memohon kelegaan sivil berhubung kes yang maklumat palsu dan mengelirukan telah dikemukakan berkaitan dengan cadangan korporat oleh sebuah syarikat yang mengalami kesulitan kewangan. Dalam hal ini, Suruhanjaya turut menggunakan kuasa pentadbirannya dengan membatalkan kelulusan yang diberikan sebelum itu kepada syarikat tersebut bagi skim penyusunan semulanya. Jadual 4 menggariskan tindakan sivil yang telah diambil oleh Suruhanjaya. TINDAKAN PENTADBIRAN Di samping mempunyai kuasa untuk memulakan pendakwaan jenayah dan mengeluarkan tawaran kompaun serta melaksanakan tindakan penguatkuasaan sivil, Suruhanjaya turut diberi kuasa untuk mengambil tindakan pentadbiran. Ini termasuk kuasa untuk membatalkan kelulusan yang diberi bagi melaksanakan cadangan korporat, menolak pembaharuan lesen, juga mengeluarkan celaan awam atau persendirian, surat amaran atau peringatan kerana menyalahi undangundang sekuriti atau garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya. Pada tahun dalam kajian, pelbagai tindakan pentadbiran diambil bertujuan untuk menghalang kemudaratan selanjutnya kepada pelabur, serta bertindak sebagai pencegahan dan peringatan kepada pihak yang melakukan kesalahan mengenai obligasi masing-masing. Jadual 5 dan 6 menggariskan tindakan pentadbiran yang telah diambil oleh Suruhanjaya. TINJAUAN OPERASI 2-63

Jadual 1 Pencapaian Penguatkuasaan pada Tahun 2004 Statistik Utama Pesalah yang didakwa 8 individu. Pesalah yang didenda 1 individu dan 2 syarikat. Orang yang dibebaskan daripada tuduhan 1 individu. Pesalah yang dikompaun 8 individu Inisiatif Pendakwaan Jenayah Utama Tuduhan Jenayah Pecah Amanah Terhadap Pengarah Tan Hooi Chong, pengarah Kiara Emas Asia Industries Bhd (Kiara Emas), telah dituduh melakukan jenayah pecah amanah melibatkan RM16.9 juta hasil terbitan hak Kiara Emas. Yip Yee Foo dan Chung Wai Meng, pengarah Cold Storage (Malaysia) Bhd (CSM), dituduh atas kesalahan penipuan sekuriti dan jenayah pecah amanah melibatkan RM185 juta dana CSM. Pendakwaan Terhadap Para Profesional Tan Kam Sang, akauntan Kiara Emas, dan Ravandran a/l Thangaveloo, rakan kongsi Tetuan Arthur Andersen & Co, dituduh atas kesalahan mengemukakan maklumat palsu kepada Suruhanjaya mengenai status penggunaan hasil terbitan hak Kiara Emas. Ng Chee Loong, prinsipal Tetuan Ng & Associates, dituduh atas kesalahan menyebabkan prospektus Energro Bhd, yang mengandungi maklumat palsu, diterbitkan. Pendakwaan Berikutan Pembatalan Kelulusan Suruhanjaya Wira Tjakrawinata (juga dikenali sebagai Kenneth Chow), seorang rakyat Indonesia, dituduh kerana gagal memaklumi Suruhanjaya bahawa maklumat yang dikemukakan kepada Suruhanjaya berhubung dengan cadangan penyusunan semula Omega Holdings Bhd berkemungkinan palsu, dan menyebabkan prospektus Energro Bhd yang tidak memasukkan maklumat penting serta mengandungi maklumat palsu, diterbitkan. Sabit Kesalahan Utama Credit Lyonnais Ltd dan CIMB Securities Sdn Bhd disabitkan atas kesalahan jualan singkat dan masing-masing dikenakan denda RM400,000. Tindakan Sivil Utama Tindakan sivil dimulakan terhadap Wan Azmi Wan Abdul Rahman dan Kuala Lumpur City Securities Sdn Bhd berhubung dengan salah laku perdagangan orang dalam melibatkan saham Padiberas Nasional Bhd. Tindakan mahkamah telah diambil bagi memohon kelegaan sivil berhubung dengan cadangan yang dibuat kepada Suruhanjaya untuk skim penyusunan semula Omega Holdings Bhd yang melibatkan Energro Bhd. Tindakan Pentadbiran Utama Kelulusan yang diberi untuk skim penyusunan semula Omega Holdings Bhd telah dibatalkan. Lesen pengurus dana Aiwanna Manage Assets Sdn Bhd telah dibatalkan. 2-64 TINJAUAN OPERASI

Jadual 2 Pendakwaan Jenayah pada Tahun 2004 Bil. Jenis Kesalahan Tertuduh Fakta Kes Tarikh Dituduh Pendakwaan Jenayah yang Diambil Orang yang Dituduh 1. Pemalsuan rekod broker niaga hadapan K Sivachandran a/l Kuhiappan Sivachandran, wakil broker niaga hadapan yang berlesen, dituduh menyebabkan maklumat terdapat dalam borang pesanan dan buku pesanan AOF Futures Sdn Bhd, broker niaga hadapan berlesen, dipalsukan. Maklumat yang didakwa dipalsukan adalah berkaitan dengan nombor akaun kepunyaan pelanggan bawah pengurusan Sivachandran. Sivachandran dituduh pada 7 Mei 2004. 2. Mengemukakan maklumat palsu kepada Suruhanjaya Tan Kam Sang Ravandaran a/l Thangeveloo Tan ialah bekas akauntan Kiara Emas Asia Industries Berhad (Kiara Emas) manakala Ravandaran ialah bekas rakan kongsi audit Tetuan Andersen & Co yang bertugas bagi audit Kiara Emas. Tan dan Ravandaran didakwa pada 13 Ogos 2004. Mereka berdua didakwa mengemukakan maklumat palsu kepada Suruhanjaya dalam Follow-Up Questionnaires bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 1997, 1998, 1999 dan 2000 mengenai status hasil terbitan hak Kiara Emas, apabila sebenarnya RM16.9 juta hasil terbitan hak telah digunakan sepenuhnya sehingga 31 Disember 1996, dan ini melanggari syarat Suruhanjaya. Melanggari syarat kelulusan Suruhanjaya Jenayah pecah amanah Tan Hooi Chong Tan, pengarah Kiara Emas, dituduh melakukan jenayah pecah amanah berkaitan dengan RM16.9 juta hasil terbitan hak Kiara Emas. Dia juga didakwa atas tiga tuduhan alternatif bersubahat dengan Kiara Emas bagi mengguna hasil terbitan hak Kiara Emas dan ini melanggari syarat kelulusan Suruhanjaya. Tan dituduh pada 16 September 2004. 3. Penipuan sekuriti Jenayah pecah amanah Yip Yee Foo Chung Wai Meng Yip dan Chung, pengarah Cold Storage (Malaysia) Bhd (CSM), dituduh menipu CSM dengan memindahkan RM185 juta dana CSM untuk membayar pembelian saham CSM oleh Fulham Finance and Trade Ltd dan Excoplex Sdn Bhd. Yip dan Chung dituduh pada 24 September 2004. Yip dan Chung dikenakan tuduhan alternatif melakukan jenayah pecah amanah bagi RM185 juta tersebut. 4. Gagal memaklumi Suruhanjaya bahawa maklumat yang dikemukakan kepada Suruhanjaya mungkin palsu. Wira Tjakrawinata (juga dikenali sebagai Kenneth Chow) Wira dituduh gagal memaklumi Suruhanjaya apabila dia menyedari, sebelum pelaksanaan sepenuhnya cadangan penyusunan semula Omega Holdings Bhd, bahawa maklumat mengenai perjanjian konsesi antara Milan Auto (M) Sdn Bhd dan Fiat Auto SpA mungkin palsu. Wira dan Ng dituduh pada 14 Oktober 2004. Menyebabkan pengeluaran prospektus yang tidak dimasukkan maklumat penting dan terdapat palsu. Wira juga dituduh menyebabkan prospektus Energro Bhd diterbitkan, yang mengandungi- tiada kemasukan maklumat penting bagi perjanjian konsesi jualan tersebut; dan maklumat palsu mengenai perolehan bagi tahun berakhir 31 Disember 2003 dan bilangan kereta Alfa Romeo yang dijual pada tahun 2003. TINJAUAN OPERASI 2-65

Bil. Jenis Kesalahan Tertuduh Fakta Kes Tarikh Dituduh Pendakwaan Jenayah yang Diambil Orang yang Dituduh Menyebabkan prospektus yang diterbitkan mengandungi maklumat palsu Ng Chee Loong Ng, prinsipal Tetuan Ng & Associates ialah bekas juruaudit Milan Auto (M) Sdn Bhd dan akauntan yang mumbuat laporan bagi Energro Bhd, dituduh menyebabkan prospektus Energro Bhd diterbitkan, yang mengandungi maklumat palsu mengenai perolehan Milan Auto bagi tahun berakhir 31 Disember 2003. Jadual 3 Penguatkuasaan Jenayah pada Tahun 2004 Bil. Jenis Kesalahan Pesalah Fakta Kes Hukuman Hasil Pendakwaan Jenayah Pesalah yang Didenda 1. Jualan singkat CIMB Securities Sdn Bhd (CIMB Securities) Credit Lyonnais Securities Pte Ltd (Credit Lyonnais) Ng Wai Hong CIMB Securities, Credit Lyonnais dan Ng, wakil peniaga CIMB Securities, melakukan jualan singkat 141,000 unit saham Proton Bhd CIMB Securities dan Credit Lyonnais masing-masing didenda RM400,000 dan Ng didenda RM200,000 (atau satu tahun penjara). CIMB Securities dan Credit Lyonnais memfailkan rayuan terhadap sabit kesalahan dan hukuman. Pendakwa raya memfailkan rayuan balas terhadap hukuman CIMB Securities dan Credit Lyonnais. Jualan singkat Ng Wai Hong Ng telah membuat jualan singkat 22,000 unit saham Arab Malaysian Corporation Bhd. Ng dikenakan denda RM300,000 (atau satu tahun penjara). Bil. Jenis Kesalahan Yang Dituduh Fakta Kes Keputusan Hasil Pendakwaan Jenayah Orang yang Dibebaskan 1. Mengemukakan penyata palsu kepada Suruhanjaya Tan Siew Hui Tan, Pengawal Kewangan Kumpulan TCL Premier Holdings Bhd (TCL), mengemukakan maklumat palsu kepada Suruhanjaya berhubung dengan peruntukan saham pekerja TCL menurut penyenaraian TCL. Didapati tidak bersalah dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 6 Januari 2004 pada akhir kes pendakwaan. 2-66 TINJAUAN OPERASI

Bil. Jenis Kesalahan Yang Dituduh Fakta Kes Keputusan Hasil Pendakwaan Jenayah Orang yang Dibebaskan Pendakwa Raya mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Mahkamah Sesyen. Bil. Jenis Kesalahan Pesalah Fakta Kes Jumlah Kompaun Kes yang Dikompaun 1. Sesiapa yang membuka akaun CDS menggunakan nama dan kad pengenalan berlainan untuk memudahcarakan permohonan berbilang saham IPO Wong Wing Tat Wong menggunakan identiti pihak ketiga untuk membuka beberapa akaun CDS sedangkan dia ialah pemilik benefisial. Akaun tersebut dibuka untuk memudahkan beliau membuat permohonan berbilang saham IPO. Wong dikenakan bayaran kompaun RM106,000 bagi kesalahan tersebut. 2. Menjalankan perniagaan broker niaga hadapan tanpa lesen Menjalankan perniagaan penasihat niaga hadapan tanpa lesen Lye Ek Seang Lye menjalankan perniagaan broker niaga hadapan melalui Ambang Pintar Sdn Bhd tanpa lesen. Lye menjalankan perniagaan penasihat niaga hadapan melalui Ambang Pintar Sdn Bhd tanpa lesen. Lye dikenakan kompaun RM500,000 bagi kesalahan tersebut. Disebabkan pengenaan kompaun, dakwaan ke atas Lye digugurkan pada 24 Jun 2004. 3. Sekuriti tidak dideposit atas nama pemilik benefisial Low Lai Peng Low Peng Wai Low Lai Peng bukan pemilik benefisial saham Halim Mazmin Bhd yang disimpan dalam akaun CDSnya dengan OSK Securities Bhd. Low Peng Wai sebagai remisier kepada Low Lai Peng, menyedari hakikat ini dan beliau membantu Low Lai Peng melakukan kesalahan ini. Dikenakan kompaun RM300,000 tiap seorang bagi kesalahan ini. 4. Gagal memaklumi Suruhanjaya bahawa penyata yang dikemukakan kepada Suruhanjaya tidak dilengkapi dengan maklumat penting Yeo Eck Liong Megat Zabidi Megat Husain Yeo, pengarah urusan Yeo Aik Resources Bhd (Yeo Aik), gagal memaklumi Suruhanjaya tentang pertukaran pemilik benefisial bagi saham pegangan Bumiputra dalam Yeo Aik sebelum syarikat itu disenaraikan di Papan Kedua BSKL. Saham bahagian Bumiputra dalam Yeo Aik, yang sebelum ini diperuntukkan kepada Megat Zabidi, telah dipindahkan daripada Megat Zabidi kepada Yeo sebelum penyenaraian Yeo Aik. Yeo dikenakan kompaun RM100,000 bagi kesalahan ini. Megat dikenakan kompaun RM50,000 kerana membantu melakukan kesalahan ini. 5. Mengemukakan maklumat mengelirukan kepada Suruhanjaya Low Bok Tek Low Hup Seng Kedua-duanya, pengarah Taiping Super Berhad (TSB), mengemukakan maklumat mengelirukan kepada Suruhanjaya berkaitan dengan peruntukan saham TSB kepada pekerja menurut penyenaraian TSB. Kedua-duanya dikenakan kompaun RM150,000 seorang bagi kesalahan tersebut. TINJAUAN OPERASI 2-67

Bil. Jenis Kesalahan Pesalah Fakta Kes Tarikh Surat Amaran Amaran yang Dikeluarkan 1. Menjalankan urus niaga sekuriti dan memberi khidmat nasihat pelaburan tanpa memiliki lesen Bellador Advisory Services (Labuan) Ltd Peter Taylor (warga negara British) James Kirby (warga negara British) Bellador Advisory Services (Labuan) Ltd (BASL) memberi nasihat pelaburan kepada bakal pelabur dan menarik pelabur untuk memasuki perjanjian bagi membeli sekuriti, tanpa memiliki lesen. Peter Taylor dan James Kirby, pengarah BASL, menjalankan aktiviti tersebut melalui BASL. Surat amaran dikeluarkan pada 29 Jun 2004. 2. Memberi kebenaran membuka dan menggunakan lebih daripada satu akaun sekuriti atas nama pihak ketiga untuk memudahcarakan permohonan saham berbilang IPO Kong Seng Thiam Yee Meng Phang Kong, Pengawal Kewangan, dan Yee, Pengurus Kanan Bahagian Kredit dan Kewangan WK Securities Sdn Bhd, membenarkan Wong Wing Tat membuka dan menggunakan lebih daripada satu akaun sekuriti atas nama pihak ketiga di WK Securities Sdn Bhd bagi memudahcarakan permohonan saham berbilang IPO. Surat amaran dikeluarkan pada 30 April 2004. Jadual 4 Tindakan Sivil yang Diambil pada Tahun 2004 Tindakan Sivil yang Diambil Perkara dan Keputusan Tuntutan Sivil dan Penalti Tindakan bagi tuntutan sivil dan penalti sivil berkaitan dengan aktiviti perdagangan orang dalam Tindakan sivil telah diambil berkaitan dengan salah laku perniagaan orang dalam melibatkan saham Padiberas Nasional Bhd. Denda sivil berjumlah RM150,000 dan RM300,000 telah diperoleh masingmasing daripada Wan Azmi Abdul Rahman dan Kuala Lumpur City Securities Sdn Bhd. Sebagai tambahan, RM2 juta telah diperoleh semula daripada Kuala Lumpur City Securities Sdn Bhd sebagai penyerahan semula hasil daripada keuntungan haram. Pelabur yang terlibat akan diberi pampasan ganti rugi daripada perolehan penyerahan semula keuntungan tersebut. Kelegaan Sivil Tindakan mahkamah untuk tuntutan kelegaan sivil berkaitan cadangan penyusunan semula yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Tuntutan dimulakan untuk medapat kelegaan sivil berkaitan dengan cadangan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya bagi skim penyusunan semula Omega Holdings Bhd yang termasuk cadangan perolehan Energro Bhd. Kelegaan yang dituntut termasuk, antara lain, perintah supaya pihak yang dituntut memberi ganti rugi kepada mereka yang menanggung kerugian. Kes ini kini menunggu perbicaraan mahkamah. 2-68 TINJAUAN OPERASI

Jadual 5 Butiran Tindakan Pentadbiran Penting pada Tahun 2004 Jenis Kesalahan/ Pesalah Apa yang Dilakukan oleh Pesalah Sekatan Dikenakan/ Kelanggaran Tindakan Diambil Lesen Syarikat Tidak Diperbaharui Tidak layak dan tidak patut dilesenkan. Gagal mematuhi syarat pelesenan Aiwanna Manage Assets Sdn Bhd Aiwanna gagal mematuhi syarat tambahan pelesenan yang dikenakan oleh Suruhanjaya. Walaupun telah diberi tempoh berpatutan untuk menjelaskan hutang kepada pelanggannya, Aiwanna gagal berbuat demikian dan didapati tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk menjalankan perniagaan mengurus dana. Lesen mengurus dana telah dibatalkan. Pembatalan Kelulusan Pelaksanaan Penyusunan Semula Korporat Mengemukakan maklumat palsu kepada Suruhanjaya berkaitan dengan cadangan korporat. Omega Holdings Bhd/ Energro Bhd Energro Bhd gagal memaklumkan kepada Suruhanjaya tentang penamatan perjanjian konsesi jualan, yang memberi kesan penting ke atas keupayaan syarikat berdaya maju selepas penyusunan semulanya. Akibatnya, pelaksanaan penyusunan semula yang diluluskan itu tidak lagi berdaya maju. Kelulusan bagi penyusunan semula syarikat dibatalkan. Jadual 6 Bilangan Tindakan Pentadbiran pada Tahun 2004 Jenis Kemungkiran Bilangan Tindakan Diambil Pembatalan Kelulusan bagi Pelaksanaan Penyusunan Semula Korporat Penzahiran maklumat palsu kepada Suruhanjaya berkaitan dengan cadangan penyusunan semula korporat. 1 Jumlah 1 Lesen Peserta Pasaran Dibatalkan/Tidak Diperbaharui Tiada keupayaan kewangan untuk menjalankan perniagaan mengurus dana dan gagal mematuhi syarat 1 pelesenan. Wakil peniaga terlibat dalam amalan perniagaan yang memperdayakan dan tidak betul. 1 1 Celaan Persendirian Jumlah 2 Gagal mematuhi peruntukan bagi mengehadkan pengiklanan untuk dana unit amanah. 1 Kenyataan mengelirukan dan kenyataan penzahiran yang tidak mencukupi dalam iklan dan/atau bahan promosi dana unit amanah. 1 Percanggahan dalam pengemukaan/pengisytiharan maklumat yang dibuat kepada Suruhanjaya. 1 Gagal melaksanakan ketekunan wajar dan profesionalisme pada tahap yang munasabah yang diharapkan daripada penasihat apabila mengemukakan cadangan yang menepati keperluan dan hasrat Garis Panduan Terbitan. Gagal menunjukkan tahap profesionalisme dan ketekunan wajar yang memuaskan seperti yang diharapkan daripada syarikat awam semasa mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya. 3 3 Tidak memasukkan maklumat penting dalam laporan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya. 1 1 Keputusan Suruhanjaya kini menunggu rayuan bagi ketetapan Menteri Kewangan di bawah peruntukan seksyen 28 SIA. TINJAUAN OPERASI 2-69

Jenis Kelanggaran Bilangan Tindakan Diambil Celaan Persendirian Gagal menepati masa bagi menyempurnakan dokumentasi untuk melanjutkan tempoh bon. 1 Gagal mematuhi syarat kelulusan Suruhanjaya. 3 Gagal melaksanakan tawaran mandatori menurut Malaysian Code on Take-overs and Mergers 1998. 3 Gagal mematuhi Garis Panduan Terbitan bagi keperluan atau syarat jaminan untung. 2 Jumlah 19 Amaran Gagal memaklumkan kepadai Suruhanjaya mengenai perubahan butiran bagi entiti berlesen dan individu berlesen dalam tempoh yang ditetapkan. 3 Jumlah 3 Teguran Gagal menarik perhatian kepada prospektus dana unit amanah dalam iklan syarikat. 1 Gagal mematuhi tatacara Guidelines on Unit Trust Funds yang mengehadkan urusan perniagaan broker/peniaga. 1 Gagal mematuhi Guidelines on Unit Trust Advertisements and Promotional Materials berkaitan dengan penonjolan 1 berlebihan yang diberikan kepada ciri-ciri sampingan dalam iklan dan/atau bahan promosi dana unit amanah. Gagal mematuhi syarat kelulusan Suruhanjaya. 6 Gagal menepati masa bagi menyempurnakan dokumentasi untuk melanjutkan tempoh bon. 2 Gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam surat ikatan amanah. 1 Terdapat percanggahan dalam maklumat yang dikemukakan/pengisytiharan kepada Suruhanjaya. 2 Gagal membuat pengumuman dan memberi notis untuk membuat tawaran mandatori menurut Malaysian 2 Code on Take-overs and Mergers 1998 dalam tempoh yang ditetapkan. Tidak menunjukkan standard munasabah bagi ketekunan wajar dan profesionalisme yang diharapkan daripada 1 penasihat apabila mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya. Gagal memaklumkan Suruhanjaya mengenai perubahan butiran bagi entiti berlesen dalam tempoh yang 1 ditetapkan. Gagal mematuhi syarat pelesenan. 1 Peringatan Jumlah 19 Tidak menepati masa dalam mengemukakan permohonan untuk melanjutkan tempoh bagi melaksanakan 8 cadangan. Gagal menyerahkan penyata kewangan tahunan yang diaudit kepada Suruhanjaya dalam masa yang ditetapkan. 60 Tidak mematuhi syarat kelulusan Suruhanjaya. 8 Terdapat percanggahan dalam maklumat yang dikemukakan kepada Suruhanjaya. 1 Tiada keupayaan untuk bertindak sebagai ejen kemudahan berkaitan dengan terbitan PDS. 1 Tidak mematuhi Guidelines on Asset Valuation. 3 2-70 TINJAUAN OPERASI

Jenis Kelanggaran Bilangan Tindakan Diambil Peringatan Tidak mematuhi Garis Panduan Terbitan. 4 Tiada penzahiran bagi obligasi cukai syarikat dalam cadangan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya. 1 Tidak menunjukkan standard munasabah bagi ketekunan wajar dan tahap profesionalisme yang diharapkan daripada penasihat apabila mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya. 3 Gagal mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya terlebih dahulu sebelum mencagar saham moratorium. 1 Tidak mematuhi keperluan berkaitan dengan permohonan untuk melanjutkan tempoh bagi melaksanakan cadangan. 1 Memberikan nasihat pelaburan di luar skop lesen wakil peniaga. 2 Gagal memberitahu syarat dan peraturan Suruhanjaya kepada pemegang saham substansial, yang peratus pegangan ekuitinya agak tinggi. 1 Jumlah 94 TINJAUAN OPERASI 2-71

TINDAKAN PENGUATKUASAAN TERHADAP PENGARAH DAN PENASIHAT PROFESIONAL SYARIKAT Sudah diterima umum bahawa dalam sesebuah syarikat, pemimpin dan mereka yang menerajui perjalanan syarikat bertanggungjawab memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang. Selain daripada keperluan umum yang dikehendaki oleh undang-undang, tokoh-tokoh utama ini juga berkewajipan memastikan standard tinggi integriti dan tadbir urus dipatuhi. Tiada tolak ansur terhadap kegagalan korporat yang disebabkan oleh salah laku pengarah syarikat. Lebihlebih lagi dalam konteks pasaran modal Malaysia, berikutan peralihan daripada pengawalseliaan berdasarkan merit kepada rejim DBR. Bawah persekitaran DBR, Suruhanjaya menilai cadangan korporat berdasarkan maklumat yang diberi oleh syarikat, pengarahnya dan penasihat profesionalnya. Oleh itu, amat penting maklumat tepat diberikan kepada Suruhanjaya, bukan yang palsu serta mengelirukan. Bagaimanapun, kegagalan korporat dan penyusunan semula yang dilakukan selepas itu ekoran daripada krisis kewangan Asia Timur, menunjukkan bahawa mereka yang diamanahkan untuk memelihara dan menjaga kesejahteraan syarikat, serta mereka yang diamanahkan untuk memberi nasihat profesional, juga merupakan mereka yang bertanggungjawab terhadap banyak kegagalan korporat. Inilah yang menyebabkan seksyen 32B SCA memperuntukkan penekanan kewajipan statutori ke atas mereka yang mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya termasuk syarikat, pengarahnya dan penasihat profesionalnya, bagi memastikan cadangan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya tidak mempunyai maklumat yang palsu atau mengelirukan, atau tidak memasukkan maklumat penting. Kegagalan mematuhi kewajipan ini boleh dikenakan bayaran penalti yang tinggi denda tidak melebihi RM3 juta atau dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau keduaduanya sekali. Menyedari peranan penting pengarah syarikat dan penasihat profesional mereka, Suruhanjaya, sejak beberapa tahun lalu, menggiatkan pengawasan ke atas pengarah syarikat dan penasihat mereka. Bahkan, semasa seksyen 32B SCA mula diperkenalkan, Suruhanjaya memberi masa kepada mereka yang terlibat dalam mengemukakan cadangan korporat untuk membina proses dalaman dan mencapai standard yang tinggi sebagaimana yang diharapkan. Dengan memberi masa yang mencukupi bagi pasaran bertindak dengan lebih pantas, tiba masanya bagi Suruhanjaya mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih serius, termasuk memulakan pendakwaan jenayah bagi memastikan pengarah dan penasihat syarikat menjalankan tanggungjawab perundangan dengan sempurna. Pendakwaan yang dilakukan oleh Suruhanjaya berkaitan dengan salah laku pengarah dan penasihat syarikat pada tahun 2004 mencerminkan betapa Suruhanjaya memandang berat terhadap usaha ke arah mempertingkat tanggungjawab serta ketekunan wajar pengarah dan penasihat syarikat. Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Pengarah/Pengarah Bayangan Tan Hooi Chong Tan Hooi Chong, pengarah Kiara Emas Asia Industries Bhd (Kiara Emas), didakwa melakukan pecah amanah RM16.9 juta yang merupakan sebahagian daripada hasil terbitan hak Kiara Emas. Dia juga menghadapi tiga 2-72 TINJAUAN OPERASI

tuduhan alternatif melanggar syarat dan peraturan yang dikenakan oleh Suruhanjaya berhubung dengan penggunaan hasil terbitan hak tersebut. Yip Yee Foo dan Chung Wai Meng Yip Yee Foo dan Chung Wai Meng, pengarah Cold Storage (Malaysia) Bhd, didakwa menipu syarikat itu sejumlah RM185. Mereka juga menghadapi tuduhan alternatif pecah amanah bagi jumlah yang sama. Siasatan ke atas kes ini begitu penting dan memerlukan bantuan tiga agensi penguatkuasaan asing disebabkan wujudnya pembabitan urus niaga rentas sempadan. Dalam kes ini, Suruhanjaya memperoleh manfaat besar daripada hubungan kerja yang terjalin baik dengan pengawal selia asing, terutama di peringkat pengumpulan bukti dalam proses penyiasatan. Wira Tjakrawinata (Juga dikenali sebagai Kenneth Chow) Kes berkaitan penyusunan semula Omega Holdings Bhd (Omega) oleh Energro Bhd (Energro) ini merupakan satu lagi tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh Suruhanjaya pada tahun 2004. Energro telah mengemukakan cadangan bagi mengambil alih status penyenaraian Omega yang diluluskan oleh Suruhanjaya pada Ogos 2003. Pada ketika saham Energro menghampiri tarikh disenaraikan di Bursa Malaysia, Suruhanjaya mendapati bahawa pengarah Energro gagal memaklumkan kepada Suruhanjaya mengenai perubahan penting yang berlaku dalam syarikat. Terutamanya, pengarah tidak memaklumkan bahawa, selepas Suruhanjaya meluluskan cadangan mereka, perniagaan utama Energro pemasaran dan pengedaran kereta Alfa Romeo di Malaysia tidak lagi wujud. Maklumat yang dikumpulkan menunjukkan perjanjian konsesi jualan antara Milan Auto (M) Sdn Bhd, pemegang saham yang menguasai Energro, dengan Fiat Auto SpA dari Itali, telah pun ditamatkan semenjak Suruhanjaya meluluskan cadangan itu. Sebaik sahaja memperoleh penemuan ini, Suruhanjaya memulakan tindakan penguatkuasaan sivil bagi melindungi kepentingan pelabur/pelanggan yang menyertai penyusunan semula tersebut dan juga membatalkan pengambilalihan Omega oleh Energro. Ini diikuti beberapa bulan kemudiannya, dengan penguatkuasaan jenayah ke atas Wira Tjakrawinata, seorang warga negara Indonesia, kerana gagal memaklumi Suruhanjaya apabila mendapat tahu bahawa maklumat yang dikemukakan kepada Suruhanjaya adalah palsu. Hubungan antarabangsa yang kukuh sekali lagi membolehkan tindakan pantas diambil oleh Suruhanjaya. Ini ketara bukan sahaja pada peringkat penyiasatan kes tetapi paling penting dalam penangkapan Wira. Penangkapan dibuat di Singapura, dengan bantuan Jabatan Hal Ehwal Jenayah Singapura, berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan di Kuala Lumpur. Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Penasihat Profesional Berdasarkan standard integriti dan profesionalisme yang amat tinggi yang diharapkan daripada penasihat profesional, tahun 2004 menyaksikan beberapa tindakan diambil terhadap peserta pasaran modal dalam kategori ini. Tan Kam Sang dan Ravandran a/l Thangaveloo Tan Kam Sang ialah akauntan Kiara Emas manakala Ravandran ialah rakan kongsi audit Messrs Arthur Anderson & Co yang bertanggungjawab ke atas pengauditan Kiara Emas. Kedua-duanya didakwa di bawah seksyen 32B SCA kerana mengemukakan maklumat palsu kepada Suruhanjaya berhubung dengan status hasil terbitan hak Kiara Emas. TINJAUAN OPERASI 2-73

Ng Chee Loong Ng Chee Loong, prinsipal Messrs Ng & Associates merupakan juruaudit Milan Auto dan akauntan pelapor bagi Energo. Dia dituduh menyebabkan prospektus Energo, yang mengandungi maklumat palsu berhubung dengan rekod kewangan Milan Auto, dikeluarkan. Kesimpulan Tindakan penguatkuasaan yang diambil pada tahun 2004 menjadi peringatan kepada pengarah dan penasihat profesional syarikat bahawa dalam melindungi kepentingan pelabur dan integriti pasaran modal Malaysia, Suruhanjaya akan terus berwaspada dan tidak akan teragak-agak untuk menggunakan pelbagai bidang kuasanya apabila perlu. 2-74 TINJAUAN OPERASI