BAB KEBOLEHGUNAAN (USABILITY) 2.1 Pendahuluan

Similar documents
FASILITATED INTERACTIVE TRAINER (FIT) CPR APP. Muhammad Amer Bin Mokhtar. Assoc. Prof. Dr. Maryati Mohd Yusof

SISTEM PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

Item Bil Description of Works Remarks Main Switch Board

FINITE ELEMENT (FE) MODEL OF BRAKE INSULATOR IN REDUCING BRAKE SQUEAL NOISE FOR MOTORCYCLES MUNDHER FADHIL ABDULRIDHA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sustainable Consumption

JA606: VEHICLE DYNAMICS. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

INSTRUCTION : This section consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) only.

PERPUSTAKAAN DIGITAL PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

PROJEK SISTEM PENEMPAHAN PAKAIAN ATAS TALIAN NUR AFIQAH BT MD BAHARUDIN DR. SITI FADZILAH MAT NOOR ABSTRAK

MODELLING OF THROUGH-THE-ROAD HYBRID ELECTRIC VEHICLE OKE PAUL OMEIZA

APLIKASI PENGURUSAN TELE-REHABILITASI. Nursuhaila Laily binti Abd Jamil Prof Madya Dr Jamaiah binti Yahaya

PERSOALAN PENDAHULUAN DALAM HPI

MyBot Bridge. 2 pasukan 4 peserta (2 wakil politeknik, 2 wakil sekolah) TEAM PELAJAR MyBot Operator Mentor 2

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

SISTEM PENJEJAK PESAKIT DI HOSPITAL PUSAT PERUBATAN UKM (PPUKM) MENGGUNAKAN PERANTI MATA ARAH (BEACON) Mohamad Norizal Bin Abdullah Dr.

HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRIINDIVIDU, REKA BENTUK LATIHAN DAN PERSEKITARAN KERJA DENGAN PEM INDAHAN LATIHAN DI SWM ENVIRONMENT SDN BHD.

ABSTRAK. Kata kunci: kebolehgunaan antara muka pengguna, penilaian heuristik, aplikasi pembelajaran fonik.

APLIKASI GO AMBULANCE

ALAT PRAPEMPROSESAN DATA UNTUK SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Muhammad Faiz Bin Abdullah Prof. Madya Dr. Mohd Zakree Ahmad Nazri

ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi ENAM (6) soalan esei. Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

SISTEM PENGURUSAN STOK. Nur Rahimah Binti Mohd Razmi Pn. Hazilah Binti Mohd Amin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

REKA BENTUK KEPELBAGAIAN DIMENSI KONTEKS UNTUK SISTEM MUZIUM MAYA

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. Bahagian ini pengkaji akan melaporkan hasil kajian mengikut persoalan kajian

SISTEM PENGURUSAN KEBERSIHAN KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN UKM. Muhammad Farhan bin Mohd Yusoff Dr. Dian Indrayani binti Jambari

SECTION A : 100 MARKS BAHAGIAN A : 100 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

1. Mechanics Make a minimum payment of RM 5 with Pay function using the Touch n Go ewallet to receive random cashback up to RM 888.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEM 253 REKABENTUK MEKATRONIK I

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structures questions. Answer FOUR (4) questions only.

Frequently Asked Questions (FAQ)

APLIKASI DAN SISTEM PEMARKAHAN POSTER DI PUSAT PERMATA PINTAR

SISTEM JUAL BELI BARANGAN TERPAKAI UNTUK PELAJAR UKM MOHD NAZREEN MOHD GHANI MOHD ZAMRI MURAH

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structure questions. Answer any FOUR (4) questions.

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

SENARAI KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN PENGISTIHARAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

APLIKASI PENGESANAN BAS PRINCE OF SONGKHLA UNIVERSITY

PEMBANGUNAN PERMAINAN SERIUS UNTUK SIMULASI PENYELAMATAN DIRI SEMASA KEBAKARAN RUMAH

A FREQUENCY CONTROLLER USING FUZZY IN ISOLATED MICROGRID SYSTEM

OPTIMAL LOCATION OF FACTS FOR ATC ENHANCEMENT BY USING SENSITIVITY ANALYSIS RAIMON OMAR AL SHAIKH SALEM

PEPERIKSAAN JULAI 2010

PAY WITH YOUR PIN BAYAR DENGAN PIN ANDA

Sistem Maklumat Pengurusan Pusat Pengawalan Y & L Metal Components Sdn Bhd TAN KIAN JIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM PEMANTAUAN GILIRAN DI HOSPITAL CANSELLOR TUANKU MUKHRIZ. Nursyakirah Hamimah Binti Mohamad Halim Prof. Dr.

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

STRUCTURE : 100 MARKS STRUKTUR : 100 MARKAH. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

CONTROL OF INVERTED PENDULUM-CART SYSTEM BASED ON FUZZY LOGIC APPROACH HASRULNIZAM BIN HASHIM

APLIKASI MAKLUMAT IPT BERSEPADU BERASASKAN ANDROID DENGAN SISTEM SOKONGAN GPS (JEJAK IPT)

PANDUAN ASAS METATRADER 4

APPLICATION OF DEMAND SIDE MANAGEMENT STRATEGIES TO REDUCE ENERGY CONSUMPTION IN UNIVERSITY BUILDINGS NAJAATUL FARIHAH BINTI HAMIDI

COMFORT ANALYSIS IN COMMERCIAL VEHICLE S PASSENGER SEAT TAM WEE KONG

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

LIVING CARE. Critical Illness Insurance

MODELLING DAMPING ELEMENT TO REDUCE DISC BRAKE SQUEAL NORAIDE BIN MD YUSOP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Get rewarded, download the Touch n Go e-wallet. Get standard or preferred TGV seats for RM7 before 7pm on 7 July.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

SISTEM PENGURUSAN PROOFREADING UTM KHO CHEE XAO

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN DIRECT DEBIT

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PROSES PINJAMAN PERALATAN (ASSET BOOKING)

TECHNOLOGY AND INNOVATION MANAGEMENT AWARENESS AND PRACTISE A CASE STUDY IN BRITISH AMERICAN TOBACCO GSD (KL) SDN BHD

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

(Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan dalam 7 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 7 printed pages)

$'11,n n, Lffi MALAYSIA. PEPERIKSAAI\ AKHIR SEMESTER II sesr PERALATAN BINAAN BPD BPC APRIL 2OO9 2 JAM 30 MINIT

SISTEM PENYAMPAIAN MAKLUMAT SECARA MASA NYATA DALAM JABATAN KECEMASAN

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) questions.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

APLIKASI PERMAINAN SERIUS SIMULASI PENGURUSAN BANJIR. Nurul Syahirah Binti Md Nawi Encik Hafiz Bin Mohd Sarim

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

CONTROL OF ENERGY CONVERSION IN A HYBRID WIND AND ULTRACAPACITOR ENERGY SYSTEM MAJID ABDULLATEEF ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CURRENT CARRYING CAPABILTY OF POLYESTER CARBON COATED FOR ELECTRICAL CONDUCTOR MOHD HAIDIR BIN MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

RELIABILITY OF GENERIC SKILLS INVENTORY. Ahmad bin Esa Assoc. Prof. Dr. Jailani bin Mohd. Yunus Assoc. Prof. Dr. Noraini binti Kaprawi

KUCHING. MEKANlKAL SULIT POLITEKNIK SULIT 8.30PG PG (2 JAM) TARIKH: 08 NOVEMBER 2010 (ISNIN) Jangan buka kertas soalan ini sehingga diberitahu.

ELECTRIC CAR VOLTAGE MONITORING SYSTEM NAJMI AZFAR BIN MOHD ROSLI

DEVELOPMENT OF A 10 NEWTON HYDROGEN PEROXIDE MONOPROPELLANT ROCKET THRUSTER KUBERARAAJ NAMBARAJA

OPTIMAL ANTI LOCK BRAKING SYSTEM WITH REGENERATIVE BRAKING IN HYBRID ELECTRIC VEHICLE DANA DEHGHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PEMANTAUAN PRESTASI BAS SHAUN LOH CHIA CHIEH ASSOC. PROF. DR. MOHAMMAD FAIDZUL NASRUDIN

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA REDUCTION OF TOTAL HARMONIC REDUCTION IN TORQUE CHARACTERISTICS IN TWO-PHASE SIDE BY SIDE BRUSHLESS DC MOTOR NG SENG SHIN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. QUOTATION NOTICE (Via eprocurement)

EEK 468 ELECTRICAL MACHINES AND DRIVES

Kata kunci-pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Jeli, Golongan Belia.

PB604 : BUSINESS FINANCE

FREQUENCY RESPONSE ON THE EFFECT OF COMBINE CYCLE LOAD REJECTION TEST NORAZIAH BINTI HUSSIN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

This item is protected by original copyright

DESIGN OF A MICROCONTROLLER-BASED PASSIVE STANDBY UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) NIK MOHAMAD ANIS BIN NIK HARON

OPTIMAL LOCATION OF THYRISTOR CONTROLLED SERIES COMPENSATOR USING SENSITIVITY APPROACH NEW HUANG CHIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EAL 574/4 Perancangan & Dasar Pengangkutan

THE STUDY ON THE IMPACT OF CONSTANT POWER LOAD TO A DIRECT CURRENT POWER SYSTEM DRIVEN BY PHOTOVOLTAIC, WIND - THYRISTOR RECTIFIER AND LINEAR SOURCES

Tahap Kesediaan Guru-Guru PKPG Kemahiran Hidup (KH) UTM Mengajar Lukisan Kejuruteraan Di Dalam Bahasa Inggeris

FLUID AND HEAT FLOW PERFORMANCE IN HEAT EXCHANGER NURLIYANA BINTI MOHD NADZRI

OPTIMIZATION ON FUEL GAS OPERATION FOR COMBINED CYCLE POWER PLANT MOHD IZAMUDDIN BIN MAHMUD

Transcription:

8 BAB 2 KEBOLEHGUNAAN (USABILITY) 2.1 Pendahuluan Kebolehgunaan merupakan salah satu faktor yang digunakan untuk mengukur sejauh mana penerimaan pengguna terhadap suatu sistem. Kebolehgunaan suatu antaramuka pengguna merupakan satu isu penting. Namun, ukuran kebolehgunaan suatu sistem adalah suatu yang subjektif. Terdapat beberapa faktor yang menentukan bahawa suatu sistem itu boleh digunakan (usable). Antara faktor-faktor yang selalu digunakan sebagai ukuran kebolehgunaan adalah seperti berikut:? Pembelajaran (learnibility)? Keberkesanan (efficiency)? Kebolehingatan (memorability)? Kadar ralat (errors)? Kepuasan (satisfaction)? Persembahan (presentation)? Susun-atur skrin (screen layouts)? Istilah yang digunakan dan maklumat yang disediakan oleh sistem? Keupayaan sistem (system capabilities) Pembangunan sebuah sistem berkomputer, biasanya melibatkan dua proses pengumpulan data iaitu kajian dan pengujian. Kajian kebolehgunaan dilakukan untuk membantu dalam membuat keputusan awal terhadap rekabentuk antaramuka pengguna. Pada kebiasaannya, kajian ini dilakukan pada bila-bila masa dalam fasa rekabentuk sistem. Pengujian kebolehgunaan pula dilakukan untuk menilai keputusan rekabentuk yang telah dibuat. Keputusan rekabentuk ini boleh berbentuk

9 spesifikasi atau prototaip sistem. Pengujian tersebut boleh meningkatkan kebolehgunaan sistem dengan cara mengurangkan masalah kebolehgunaan rekabentuk sistem tersebut. Kajian dan pengujian kebolehgunaan yang dilakukan dengan betul akan memberi manfaat, terutamanya daripada sudut penjimatan kos pembangunan sistem. Sistem yang bolehguna dapat mengurangkan kos latihan, khidmat sokongan pelanggan dan meningkatkan kepuasan pengguna. 2.2 Kebolehgunaan Dalam Domain Penerimaan Sistem Penerimaan suatu sistem terbahagi kepada dua faktor utama iaitu penerimaan dari aspek sosial dan juga praktik (Rajah 2.1). Penerimaan daripada aspek sosial bergantung kepada kepercayaan dan kehidupan sosial. Manakala penerimaan daripada segi praktik pula merangkumi aspek-aspek seperti keberkesanan (usefulnes), kos, keboleharapan (reliability) dan keserasian (compatibility). Faktor keberkesanan merujuk kepada sejauh mana suatu sistem mencapai matlamatnya. Ia mengandungi dua kategori iaitu utiliti dan kebolehgunaan. Utiliti merujuk kepada kefungsiaan sistem. Penerimaan Sistem Penerimaan Praktik Penerimaan Sosial Keberkesanan Rajah Utiliti 5.1: Kebolehgunaan? Mudah digunakan? Berkesan? Mudah ingat? Kadar ralat rendah? Kepuasan pengguna Rajah 2.1: Kebolehgunaan dalam domain peneriman sistem

10 2.3 Heuristik Kebolehgunaan (Usability Heuristics/Principles) Terdapat banyak prinsip atau panduan-panduan untuk merekabentuk antaramuka pengguna. Walauagaimanapun, terdapat 10 prinsip (atau lebih dikenali sebagai heuristik kebolehgunaan) yang sering digunakan. Heuristik-heuristik kebolehgunaan tersebut adalah seperti berikut: 1. Rekabentuk ringkas dan semulajadi (Simple and natural dialogue) 2. Bertutur dalam bahasa pengguna (Speak the user language) 3. Mengurangkan beban ingatan pengguna (Minimise user memory load) 4. Keseragaman (Consistency) 5. Maklum balas (System feedback) 6. Jalan keluar yang jelas (Clearly mark exits) 7. Jalan pintas (Short-cut) 8. Mesej ralat yang baik (Good error messages) 9. Mengelakkan ralat (Prevent errors) 10. Bantuan dan dokumentasi (Help and documentation) 2.3.1 Rekabentuk Ringkas Dan Semulajadi Antaramuka pengguna mestilah seringkas yang mungkin dan bersifat semulajadi. Setiap dialog seharusnya mengelakkan maklumat-maklumat yang tidak perlu atau yang tidak berkaitan. Ini kerana, untuk setiap ciri atau elemen baru yang ditambah, bermakna satu lagi perkara baru yang perlu dipelajari oleh pengguna. Pendekatan yang seharusnya digunakan adalah dengan hanya mempersembahkan maklumat yang diperlukan mengikut kesesuaian dari sudut masa dan tempat. Selain daripada itu, rekabentuk elemen-elemen bergrafik dalam antaramuka pengguna moden merupakan perkara yang perlu dititik beratkan.

11 Penggunaan warna juga memainkan peranan penting dalam antaramuka pengguna. Warna sering digunakan untuk mengkategori, membeza dan menonjolkan objek-objek tertentu. Walaubagaimanapun, penggunaan warna yang berlebihan seharusnya dielakkan kerana boleh mengurangkan kebolehgunaan antaramuka pengguna. Susun-atur skrin (screen layouts) juga memainkan peranan penting untuk menghasilkan rekabentuk yang lebih ringkas dan semulajadi. 2.3.2 Bertutur Dalam Bahasa Pengguna Dialog mestilah menggunakan bahasa yang difahami oleh pengguna. Sebarang maklumat yang berorientasikan-mesin atau bahasa pengaturcaraan mestilah dielakkan sama sekali. Selain itu, frasa-frasa yang digunakan mestilah yang difahami oleh kebanyakkan pengguna dan bukannya oleh segelintir sahaja. Penggunaan singkatan dan bahasa yang tidak piawai juga harus dielakkan kerana ia boleh disalah tafsirkan dan boleh mengelirukan pengguna. Pemetaan diantara model konsep atau model pemahaman pengguna dengan maklumat komputer merupakan satu kaedah berguna untuk menghasilkan persembahan maklumat yang lebih difahami. Dalam konteks ini, penggunaan metafora merupakan salah satu pendekatan yang boleh digunakan. Metafora memainkan peranan yang amat penting dalam antaramuka pengguna. Objek-objek yang dilihat diskrin, nama bagi suatu arahan, jenis interaksi pengguna, cara sistem bertindak-balas dan sebagainya adalah berdasarkan kepada frasa-frasa yang biasa digunakan. Sebagai contoh frasa-frasa seperti atas-meja (desktop), ikon, menu, tetingkap, potong (cut), salin (copy) dan tampal (paste) merupakan sebahagian daripada metafora objek atau tindakan yang sering digunakan dalam antaramuka pengguna.

12 2.3.3 Mengurangkan Beban Ingatan Pengguna Pengguna tidak seharusnya dibebankan untuk mengingat atau menghafal semasa berinteraksi dengan sistem. Sebagai contoh, penggunaan menu dapat mengurangkan beban mengingat berbanding dengan penggunaan baris-arahan. Aplikasi yang menggunakan antaramuka berasaskan menu adalah lebih memuaskan, berkuasa dan fleksibel berbanding aplikasi yang menggunakan sistem baris-arahan. Dalam kes-kes tertentu format maklumat perlu disampaikan dengan jelas. Sebagai contoh, konvensyen penamaan arahan dalam sistem baris- arahan. 2.3.4 Keseragaman Ciri-ciri seragam dalam suatu antaramuka pengguna dapat mengelakkan pengguna berasa was-was atau ragu-ragu apabila menggunakan suatu arahan atau fungsi buat pertama kali. Di samping itu, ia dapat mempercepatkan interaksi. Sebagai contoh, dalam persekitaran Windows, apabila pengguna hendak melaksanakan fungsi cetak (print) ia boleh menjangka bahawa arahan tersebut boleh dicapai daripada menu File Print walaupun pengguna tersebut pertama kali menggunakan perisian tersebut. Keseragaman antaramuka boleh dicapai melalui piawaian industri dan panduan-panduan antaramuka pengguna yang sedia ada. Keseragaman dalam rekabentuk antaramuka pengguna tidak terhad kepada rekabentuk skrin semata-semata tetapi ia juga meliputi kefungsian dan pemahaman logik sistem yang dibangunkan. 2.3.5 Maklum Balas Sistem seharusnya memberitahu pengguna segala aktiviti-aktiviti yang sedang berlaku atau status semasa sistem. Status sistem merangkumi menunggu input daripada pengguna, memproses input, memaparkan output, dan sebagainya. Contoh maklum balas sistem yang baik boleh dilihat semasa proses penyalinan fail dalam

13 sistem pengoperasian Microsoft Windows, yang mana sistem akan memaparkan status penyalinan daripada awal sehingga fail tersebut disalin sepenuhnya. Masa dan jangka masa suatu maklum balas adalah bergantung kepada keadaan dan fungsi yang memerlukan maklum balas tersebut. Dalam kes fungsi atau operasi yang perlu diselesaikan dalam jangka masa tertentu, antaramuka pengguna boleh menggunakan maklum balas berterusan untuk memaklumkan pengguna bahawa sistem sedang melakukan sesuatu. Proses penyalinanan fail di atas merupakan salah satu contoh bagi kes ini. Selain itu, maklum balas sistem perlu dilakukan untuk semua keadaan tidak kira maklum balas yang dimulakan oleh tindakan pengguna atau pun maklum balas yang disebabkan oleh sistem itu sendiri misalnya bila berlaku kerosakan sistem atau sistem gagal berfungsi. 2.3.6 Jalan Keluar Yang Jelas Sistem seharusnya mengelakkan pengguna daripada terperangkap dalam manamana skrin, aktiviti atau situasi semasa berinteraski dengan sistem. Apabila pengguna melakukan kesilapan, misalnya tersilap pilih arahan, ia sepatutnya boleh keluar daripada kesilapan tersebut tanpa sebarang masalah. Sebagai contoh, dalam proses cetakan dokumen, apabila terdapat masalah seperti pencetak kehabisan kertas, maka sistem seharusnya mengeluarkan mesej yang menunjukkan operasi cetak tidak dapat diteruskan dan memberi peluang kepada pengguna untuk membatalkan proses tersebut. Antaramuka pengguna juga seharusnya menyediakan kemudahan Undo untuk membolehkan pengguna kembali kepada keadaan sebelumnya.

14 2.3.7 Jalan Pintas Kemudahan jalan pintas dalam antaramuka pengguna adalah penting kepada pengguna pakar dan berpengalaman. Ia bertujuan untuk mempercepatkan interaksi dengan sistem. Kemudahan jalan pintas sangat berguna bagi fungsi-fungsi yang kerap digunakan. Kebanyakkan antaramuka pengguna moden menyediakan kemudahan ini. Jalan pintas yang sering digunakan adalah seperti penggunaan kekunci fungsi, double click mouse, penggunaan kekunci pemecut (accelarator keys) dan kekunci gantian (alternate keys) dalam menu dan sebagainya. Kemudahaan jalan pintas telah digunakan dengan meluas dalam aplikasi-aplikasi penyuntingan hiperteks dengan menggunakan penjana struktur. Dalam sistem hiperteks pula, kemudahan penanda buku disediakan untuk membolehkan pengguna menyimpan lokasi-lokasi yang diingini atau yang sering dilawati dan boleh kembali ke lokasi-lokasi tersebut dengan pantas. Dalam aplikasi-aplikasi yang berasaskan pemprosesan perkataan pula, biasanya menyediakan jalan pintas untuk capaian pantas terhadap dokumen-dokumen yang telah dibuka sebelum ini atau fail-fail yang sering dibuka dalam bentuk senarai sejarah. 2.3.8 Mesej Ralat Yang Baik Mesej ralat memainkan peranan yang penting dalam kebolehgunaan suatu sistem. Ia menyediakan mekanisma pemberitahuan amaran dan menunjukkan situasi bahawa pengguna berada dalam keadaan bermasalah serta membantu pengguna untuk lebih memahami sistem.

15 Terdapat empat peraturan yang perlu diikuti dalam penggunaan mesej ralat: 1. Mesej ralat yang digunakan mestilah jelas dan mudah difahami. Ia mestilah disampaikan dalam bentuk ayat, frasa atau konsep yang mudah difahami oleh pengguna. Penggunaan kod untuk menunjukkan sesuatu ralat haruslah dielakkan sama sekali. 2. Mesej yang disampaikan seharusnya khusus dan bukanya umum. 3. Mesej ralat yang disampaikan sebaiknya menyediakan cadangan penyelesaian terhadap ralat yang telah dilakukan. 4. Penyampaian mesej ralat mestilah secara bersopan-santun dan bukan sebaliknya. 2.3.9 Mengelakkan Ralat Rekabentuk yang baik seboleh-bolehnya mengelakkan pengguna daripada melakukan kesilapan. Sebagai contoh, interaksi melalui menu dapat mengurangkan pengguna daripada melakukan kesilapan berbanding dengan interaksi menggunakan baris-arahan. 2.3.10 Bantuan Dan Dokumentasi Bantuan dan dokumentasi merupakan kemudahan penting dalam kebanyakkan sistem kerana ia menerangkan cara menggunakan sistem, ciri-ciri khusus sistem dan membolehkan pengguna mengendalikan sistem dengan lebih berkesan. Kebanyakkan sistem antaramuka pengguna menyediakan kemudahan bantuan walaupun ia tidak semestinya perlu disediakan. Mesin juru wang berautomasi (ATM) merupakan salah satu daripada sebahagian kecil sistem yang tidak mempunyai kemudahan tersebut.

16 Bantuan dan dokumentasi atas-talian berbanding adalah lebih baik berbanding dengan manual pengguna. Kemudahan rujukan atas-talian membantu pengguna untuk mempelajari sistem dengan lebih cepat dan mudah. Pengguna juga jarang membaca manual. Sesetengah bantuan atas-talian menyediakan kemudahan-kemudahan yang berguna seperti hiperteks dan konteks-sensitif. 2.4 Kitar Hayat Kejuruteraan Kebolehgunaan Kitar hayat kejuruteraan kebolehgunaan merupakan metodologi yang menjurus kepada pembangunan sistem yang melibatkan interaksi di antara manusia dengan komputer. Kebolehgunaan merupakan sebuah konsep yang luas dan ianya boleh digunakan dalam projek-projek yang besar yang melibatkan penghasilan produkproduk secara versi demi versi. Langkah-langkah yang perlu diikuti semasa membangunkan suatu sistem adalah seperti berikut: 1. Kenalpasti pengguna (Know the user) 2. Analisa kompetitif (Competitive analysis) 3. Menakrifkan matlamat kebolehgunaan (Goal setting) 4. Rekabentuk selari (Parallel design) 5. Rekabentuk partisipatori (Participatory design/ User-centered design) 6. Menyelaraskan keseluruhan rekabentuk (Co-ordinating the whole interfaces) 7. Analisa heuristik (Heuristic Evaluation/Analysis) 8. Pemprototaipan (Prototyping) 9. Pengujian empirikal (Empirical testing) 10. Rekabentuk berulang (Iterative design) 11. Maklumbalas daripada pengguna (User s Feedback)

17 Model kitar hayat kejuruteraan kebolehgunaan di atas mencadangkan supaya memperuntukkan lebih masa terhadap analisa dan rekabentuk untuk mengelakkan sistem daripada direkabentuk semula. Fasa-fasa dalam kitar hayat kejuruteraan kebolehgunaan diterangkan dalam seksyen-seksyen berikut. 2.4.1 Kenalpasti Pengguna Peringkat ini merupakan langkah pertama dalam kajian kebolehgunaan yang bertujuan untuk mengkaji, mengenalpasti dan memahami pengguna yang akan menggunakan sistem. Kajian-kajian yang dilakukan merangkumi keperluan pengguna, kepuasan, kemahiran komputer dan sebagainya. Istilah pengguna tidak terhad kepada pengguna akhir sahaja tetapi ia juga merangkumi pemasang dan penyelenggara sistem. Masalah yang sering dihadapi dalam mengenali pengguna adalah kesukaran untuk mendapatkan pengguna sasaran. Pengkelasan jenis pengguna juga merupakan satu tugas yang sukar dilaksanakan. Pengetahuan tentang kelayakan akademik, umur, pengalaman kerja dan pengetahuan umum komputer adalah penting untuk memahami masalah pembelajaran pengguna. Maklumat tentang paras pembelajaran pengguna amat penting terutamanya jika suatu sistem itu adalah kompleks dan memerlukan kursus-kursus latihan. Sekiranya antaramuka yang akan digunakan adalah mudah atau tanpa sebarang latihan, ia perlu direkabentuk seringkas yang mungkin. Terdapat beberapa kaedah untuk mengenali pengguna. Kaedah yang sering digunakan adalah kajian selidik dan temubual.

18 2.4.2 Analisa Kompetitif Pada peringkat ini, produk-produk atau perisian-perisian yang setara dikaji untuk memperbaiki sistem yang sedang dibangunkan. Produk-produk sedemikian boleh dijadikan prototaip yang terbaik untuk pembangunan produk. Penilaian heuristik dan pengujian oleh pengguna boleh dibuat berdasarkan kepada produkproduk setara demikian memandangkan produk-produk tersebut telah siap sepenuhnya dan pengujian boleh dijalankan dengan mudah. Analisa perbandingan diantara beberapa produk boleh menghasilkan keputusan yang lebih baik. Ia juga boleh menghasilkan panduan-panduan baru dan memberi cadangan idea yang lebih baik terhadap rekabentuk. Di samping itu, kajian terhadap produk-produk yang tidak berasaskan komputer juga boleh membantu dalam rekabentuk sistem berkomputer. 2.4.3 Menyediakan Matlamat Kebolehgunaan Semasa mengkaji kebolehgunaan suatu sistem, parameter-parameter kebolehgunaan mestilah boleh diukur. Sebelum merekabentuk antaramuka pengguna yang baru, metrik-metrik kebolehgunaan mestilah ditakrif dan dibincangkan terlebih dahulu. Terdapat juga faktor-faktor dalam kajian kebolehgunaan yang sukar untuk diukur. Paras peneriman suatu produk adalah amat penting. Paras prestasi atau keupayaan sistem boleh ditentukan dalam proses penentuan matlamat. Paras penerimaan sekurang-kurangnya mempunyai paras penerimaan minimum.

19 2.4.4 Rekabentuk Selari Rekabentuk dilakukan secara selari merupakan pendekatan yang sering digunakan semasa merekabentuk sistem yang melibatkan bilangan pereka yang ramai. Rekabentuk selari merupakan satu pendekatan yang mantap memandangkan ia memberi peluang untuk memilih rekabentuk awalan daripada pelbagai alternatif dan seterusnya mengembangkannya. Syarikat-syarikat besar biasanya akan membentuk beberapa kumpulan pereka untuk menghasilkan rekabentuk-rekabentuk alternatif sebelum pihak atasan membuat keputusan terhadap rekabentuk yang akan digunakan. Seorang pereka boleh menghasilkan beberapa rekabentuk awalan sebelum memutuskan rekabentuk akhir. Rekabentuk selari memberi kelebihan terutamanya daripada segi mempercepatkan proses pembangunan sistem. 2.4.5 Rekabentuk Partisipatori Pengumpulan maklumat rekabentuk daripada pengguna dengan hanya menggunakan teknik cerapan, kajian selidik atau temubual tidak dapat menyelesaikan semua masalah rekabentuk antaramuka pengguna atau sistem. Pengguna sasaran mesti diberi peluang untuk melibatkan diri dalam proses rekabentuk terutamanya daripada segi mendapatkan pandangan mereka. Pengguna perlu ditanya tentang keperluan dan kefahaman mereka terhadap sistem yang akan dihasilkan. Rekabentuk mestilah melibatkan pengguna sebanyak yang mungkin. Ini bertujuan untuk memastikan pengaruh pengguna dalam rekabentuk tersebut cukup kuat kerana antaramuka yang akan dihasilkan akan digunakan kelak oleh pengguna itu sendiri. Proses merekabentuk antaramuka pengguna boleh dianggap sebagai satu sel yang mana pengguna dijadikan nukleas dalam sel tersebut. Dalam sel hidup, nukleas merupakan kernel kepada sel tersebut. Sekiranya nukleas berkeadaan baik, maka sel tersebut akan berfungsi dengan baik. Hal yang sama berlaku dalam pembangunan

20 sistem komputer. Sekiranya keperluan-keperluan pengguna dipenuhi, sistem akan berfungsi dengan baik dan mencapai matlamatnya. Penglibatan pengguna dalam proses rekabentuk bukanlah bermaksud mereka diberi kebenaran untuk membuat keputusan rekabentuk. Ini kerana, mereka lebih cenderung untuk membuat keputusan yang memihak kepada diri mereka sendiri tanpa memikirkan faktor-faktor lain. Sebagai contoh, keputusan yang dibuat mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana diluar daripada kemampuan teknologi yang sedia ada. Oleh yang demikain, semua keputusan rekabentuk ditentukan oleh pereka sistem. Pengguna hanya berperanan untuk memperelokkan lagi keputusan berdasarkan pandangan dan kehendak mereka. 2.4.6 Penyelarasan Keseluruhan Rekabentuk Keseragaman penyelarasan dalam pembangunan perisian merupakan isu penting. Ia bukannya sekadar keseragaman rekabentuk skrin, tetapi juga meliputi sistem bantuan secara atas-talian, dokumentasi dan tutorial dan latihan. Pada peringkat keseluruhan rekabentuk, keseragaman dicapai melalui penyelarasan berpusat daripada pihak atasan terhadap pelbagai aspek rekabentuk antaramuka pengguna. Selain itu, piawaian antaramuka boleh memainkan peranan penting terhadap keseragaman antaramuka yang hendak dihasilkan. Keseragaman juga boleh diperolehi melalui pemprototaipan dan teknologi pembangunan perisian.

21 2.4.7 Analisa Heuristik Pada kebiasaannya terdapat beberapa panduan, heuristik atau prinsip-prinsip yang diikuti semasa proses pembangunan antaramuka pengguna. Panduan-panduan ini boleh berbentuk umum, khusus berdasarkan kategori atau khusus berdasarkan produk, yang biasanya digunakan dalam penilaian heuristik. Penilaian antaramuka pengguna merupakan satu proses yang penting dalam rekabentuk dan pembangunan antaramuka pengguna. Penyiasatan atau penilaian heuristik merupakan salah satu teknik yang sering digunakan. Penilaian heurisitk merupakan penyiasatan antaramuka pengguna yang sistematik. Ia melibatkan beberapa orang pemeriksa (terdiri daripada pakar-pakar heuristik) yang akan menyiasat dan menilai antaramuka tersebut berdasarkan kepada prinsip-prinsip kebolehgunaan atau heuristik. 2.4.8 Pemprototaipan Prototaip merupakan model bagi suatu produk. Ia boleh dibangunkan dengan lebih cepat dan kos yang lebih rendah serta boleh diubah-ubah sehingga rekabentuk yang lebih baik dihasilkan. Pengujian kebolehgunaan antaramuka pengguna boleh dijalankan berdasarkan kepada prototaip antaramuka tersebut.

22 CIRI-CIRI Senario Prototaip Mendatar Prototaip Menegak Sistem Lengkap KEFUNGSIAN Rajah 2.2: Prototaip menegak, mendatar dan senario Pemprototaipan dijalankan sama ada dengan mengurangkan ciri-ciri sistem (pemprototaipan menegak) atau dengan mengurangkan paras kefungsiaan sistem (pemprototaipan mendatar) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2. Dalam pemprototaipan menegak, prototaip yang dihasilkan hanya mengandungi ciri-ciri terpilih sahaja. Ini bermakna hanya ciri-ciri yang dipilih sahaja yang akan diuji, tetapi dengan menggunakan data dan pengguna sebenar. Dalam pemprototaipan mendatar, paras kefungsiaan sistem akan dikurangkan. Hasilnya adalah sebuah sistem yang merangkumi antaramuka pengguna tetapi tidak berfungsi. Kebaikan kaedah pemprototaipan ini adalah ia membolehkan pengujian keseluruhan antaramuka walaupun pengujian tersebut tidak nyata. Pada hari ini terdapat banyak peralatan dan bahasa pengaturcaraan untuk menghasilkan prototaip dengan lebih mudah dan pantas. Antara peralatan dan bahasa yang sering digunakan adalah seperti sistem hiperteks, peralatan gubahan, sistem pangkalan data dan peralatan penjana skrin. Sekiranya terdapat pengaturcara yang mempunyai kemahiran tinggi, adalah lebih baik menggunakan teknik prototaip interaktif yang mana pengaturcara tersebut akan menulis aturcara secara sepontan berdasarkan input atau masalah yang diberi oleh pengguna pada masa yang sama.

23 Senario merupakan prototaip paling minimum yang boleh dihasilkan. Namun, ia terhad kepada prototaip menegak dan mendatar. Selain itu, pengguna tidak boleh bergerak bebas di sepanjang sistem. Kelebihan teknik senario adalah ia boleh digunakan semasa merekabentuk antaramuka pengguna dan juga semasa awal penilaian antaramuka tersebut untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna. 2.4.9 Pengujian Empirikal Pengujian merupakan salah satu peringkat terpenting dalam pembangunan sistem untuk memastikan sistem tersebut bolehguna apabila dilancarkan kelak. Pengujian antaramuka pengguna biasanya melibatkan pengguna sasaran. Salah satu pendekatan yang digunakan adalah sama ada ia perlu melibatkan pengguna sebenar atau tidak dan sama ada antaramuka sebenar digunakan atau tidak. Pemprototaipan, seperti yang dibincangkan sebelum ini, merupakan salah satu pendekatan yang tidak menggunakan sistem sebenar semasa pengujian. Jadual 2.1: Skala perkadaran ketegasan Skala Masalah dan keterangan 0 Bukan masalah kebolehgunaan (Tiada masalah langsung) 1 Masalah kosmetik (Masalah perlu diselesaikan jika ada lebih masa) 2 Masalah kebolehgunaan minor (prioriti rendah untuk selesaikan masalah) 3 Masalah kebolehgunaan major (penting untuk selesaikan masalah) 4 Bencana kebolehgunaan (Masalah perlu diselesaikan) Salah satu kaedah untuk menguji antaramuka pengguna dikenali sebagai perkadaran ketegasan atau severity rating. Dalam kaedah ini, beberapa orang pakar kebolehgunaan (boleh juga terdiri daripada seorang pakar sahaja) akan menguji antaramuka tersebut dan cuba mengenalpasti masalah-masalah kebolehgunaan yang terdapat pada antaramuka tadi. Setiap masalah kebolehgunaan yang telah dikenalpasti akan diberi pemberat berdasarkan kepada skala ketegasan. Jadual 2.1 menunjukkan skala ketegasan yang sering digunakan dalam kaedah tersebut.

24 Satu lagi kaedah pengujian antaramuka adalah berdasarkan kepada pengujian kepuasan pengguna. Salah satu alatan pengukuran (soal selidik) kebolehgunaan yang berdasarkan kepada kepuasan pengguna dikenali sebagai QUIS (Questionnaire for User Interface Satisfaction). Alatan ini boleh digunakan untuk sebarang bentuk antaramuka pengguna dan pengukuran dibuat berdasarkan kepada sejauh mana pengguna berpuas hati terhadap sistem yang diuji. Dalam QUIS, paras kepuasan pengguna dinyatakan dalam bentuk skala likert. Setiap item menggunakan skala 9-mata dan di kedua-dua hujung skala (1 dan 9) akan diberikan keterangan (misalnya, kabur/jelas). Mata-1 merupakan nilai paling rendah (negatif) dan mata-9 pula merupakan nilai paling tinggi (positif) kebolehgunaannya. Rajah 2.3 menunjukkan beberapa contoh item dalam QUIS. Pengujian antaramuka (kebolehgunaan) QUIS terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu:? PART 3: Overall User Reactions? PART 4: Screen? PART 5: Terminology and System Information? PART 6: Learning? PART 7: System Capabilities

25 PART 3: Overall User Reactions Please circle the number which most appropriately reflect your impressions about using this system. Not Applicable=NA 3.1 Overall reaction to the system: terrible wonderful 1 2 3 4 5 6 7 8 9 NA 3.2 frustrating satisfying 1 2 3 4 5 6 7 8 9 NA 3.3 dull stimulating 1 2 3 4 5 6 7 8 9 NA 3.4 difficult easy 1 2 3 4 5 6 7 8 9 NA 3.5 Rajah 2.3: Item-item inadequate dalam power QUIS adequete power 1 2 3 4 5 6 7 8 9 NA 3.6 rigid flexible 1 2 3 4 5 6 7 8 9 NA PART 4: Screen 4.1 Characters on the computer screen hard to read easy to read 1 2 3 4 5 6 7 8 9 NA 4.1.1 Image of characters fuzzy sharp 1 2 3 4 5 6 7 8 9 NA 4.1.2 Character shapes (fonts) barely legible very legible 1 2 3 4 5 6 7 8 9 NA Rajah 2.3: QUIS

26 2.4.10 Rekabentuk Berulang Rekabentuk berulang merupakan salah satu cara untuk memastikan semua keperluan-keperluan pengguna dan sistem telah dikenalpasti dan juga untuk memastikan setiap fasa dalam pembangunan sistem dijalankan dengan lengkap. Teknik yang sering digunakan dalam rekabentuk berulang adalah pemprototaipan. Setiap keputusan rekabentuk perlu diprototaipkan terlebih dahulu supaya perubahan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah. Selepas suatu prototaip disiapkan, pengujian kebolehgunaan perlu dijalankan untuk menilai sejauh mana prototaip tersebut mencapai matlamatnya. 2.4.11 Maklum Balas Daripada Pengguna Maklum balas daripada pengguna biasanya diperolehi selepas prototaip atau versi pertama dikeluarkan. Bagaimana pun, versi tersebut masih lagi dalam proses kajian. Ia digunakan untuk memandu pengeluaran prototaip yang seterusnya. Salah satu kaedah untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna adalah melalui kajian selidik.