Pencapaian Kami. > Kumpulan ini memulakan operasi pada 1 April 1976 sebagai usaha sama antara pemegang saham dari Arab Saudi dan Malaysia.

Similar documents
Y Bhg Tan Sri Azman Hashim acquired 100.0% shareholding in the Group.

1976 > The Group commenced operations on 1 April 1976 as a joint venture comprising Arab and Malaysian shareholders.

Pengurusan Pelaburan. Perantara dan Institusi Pasaran. Penguatkuasaan

PERINTAH PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (GOLONGAN PENGGUNA DATA) 2013 PERSONAL DATA PROTECTION (CLASS OF DATA USERS) ORDER 2013

ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

ANUGERAH & Syarikat Insurans Terbaik, Malaysia

pengarah profil para Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Profil Para Pengarah. Y BHG TAN SRI AZMAN HASHIM Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif

MEDIA COVERAGE. TITLE : SESB bags US$41.6m Indonesia MEDIA : New Straits Times contract COMPANY : Scomi Energy Services Bhd DATE : 15 January 2016

PB604 : BUSINESS FINANCE

PENGENALAN MISI SYARIKAT INI ADALAH PENGLIBATAN SECARA AKTIF DALAM ARUS PEMBANGUNAN DAN EKONOMI NEGARA.

ABOUT US. 27 AmBank Group Corporate Profile 28 Our Milestones 32 Corporate Information 34 Group Corporate Structure 36 Strategic Business Entities

Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif

1. SAMBUNGAN PENUTUPAN PENUH JALAN JANGKA PENDEK SECARA DUA PERINGKAT DI JALAN RAYA SATU (MALAM)

PB ISLAMIC SMALLCAP FUND

Seminar Penyedia Latihan ezskill Bersama JPK Wilayah Sarawak

MENGHUBUNGKAN KEHIDUPAN DI ALAM MAYA % Pulangan Pegangan Saham. RM11.69 bilion. Menginsankan Perkhidmatan Kewangan LAPORAN TAHUNAN 2016

pencapaian penting KORPORAT Modal saham LPICB meningkat kepada

PB ISLAMIC CASH MANAGEMENT FUND

PB ISLAMIC BOND FUND

PB CASH MANAGEMENT FUND

PUBLIC ISLAMIC MIXED ASSET FUND

PUBLIC ISLAMIC STRATEGIC BOND FUND

PUBLIC e-islamic CASH DEPOSIT FUND

PUBLIC ASIA ITTIKAL FUND

PB GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PB SMALLCAP GROWTH FUND (PB DANA TUMBUH MODAL KECIL) (PBSCGF)

PUBLIC GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PUBLIC CHINA SELECT FUND

PUBLIC SUKUK FUND (PUBLIC DANA SUKUK) (PSKF)

PB CASH MANAGEMENT FUND PB DANA PENGURUSAN TUNAI (PBCMF)

KALENDAR PERISTIWA JANUARI

PUBLIC BOND FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PUBLIC ISLAMIC ALPHA-40 GROWTH FUND

PUBLIC ISLAMIC EQUITY FUND

PUBLIC GREATER CHINA FUND

PUBLIC ISLAMIC SELECT ENTERPRISES FUND

LIVING CARE. Critical Illness Insurance

PUBLIC EHSAN MIXED ASSET CONSERVATIVE FUND

PB DIVIDEND BUILDER EQUITY FUND

PUBLIC SINGAPORE EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI SINGAPURA) (PSGEF)

PUBLIC ISLAMIC ASIA LEADERS EQUITY FUND

PB SUKUK FUND PENYATAAN TANGGUNGJAWAB

PUBLIC ISLAMIC OPTIMAL GROWTH FUND

PUBLIC e-cash DEPOSIT FUND (PUBLIC DANA e-deposit TUNAI) (PeCDF)

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

PUBLIC ISLAMIC SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN ISLAMIK) (PISVF)

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND (PB DANA EKUITI CHINA AUSTRALIA) (PBCAUEF)

PUBLIC OPTIMAL GROWTH FUND

PB ISLAMIC EQUITY FUND

PUBLIC ISLAMIC ADVANTAGE GROWTH EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TUMBUH BERKELEBIHAN ISLAMIK) (PIAVGEF)

PUBLIC SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN) (PSF)

PUBLIC ISLAMIC DIVIDEND FUND

PUBLIC ISLAMIC OPPORTUNITIES FUND (PUBLIC DANA PELUANG ISLAMIK) (PIOF)

PUBLIC SMALLCAP FUND

PB EURO PACIFIC EQUITY FUND PB DANA EKUITI EURO PASIFIK (PBEPEF)

PB BOND FUND (PB DANA BON) (PBBOND)

Board of Directors 20 FRASER & NEAVE HOLDINGS BHD ( V) LEMBAGA PENGARAH

PUBLIC INDONESIA SELECT FUND

PUBLIC ASIA ITTIKAL FUND PUBLIC DANA ASIA ITTIKAL (PAIF)

PB ASIA CONSUMER SECTOR FUND (PB DANA SEKTOR PENGGUNA ASIA) (PBACSF)

PUBLIC ADVANTAGE GROWTH EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TUMBUH BERKELEBIHAN) (PAVGEF)

LAPORAN TAHUNAN 2017 VERSI RINGKAS REIGNITE REIMAGINE REENGINEER REBUILD REDESIGN MENYELARAS KEKUATAN KE ARAH AFFIN YANG LEBIH HEBAT

PUBLIC ISLAMIC ENTERPRISES EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI PERUSAHAAN ISLAMIK) (PIENTEF)

PUBLIC INDEX FUND (PUBLIC DANA INDEKS) (PIX)

PUBLIC ISLAMIC TREASURES GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH KHAZANAH ISLAMIK) (PITGF)

PUBLIC e-flexi ALLOCATION FUND (PUBLIC DANA e-flexi ALOKASI) (PeFAF)

PUBLIC INDIA-GLOBAL EQUITY FUND

PUBLIC ISLAMIC EMERGING OPPORTUNITIES FUND

PUBLIC AUSTRALIA EQUITY FUND

PUBLIC SECTOR SELECT FUND PUBLIC DANA SEKTOR TERPILIH (PSSF)

PUBLIC ISLAMIC ASIA DIVIDEND FUND

PB GROWTH SEQUEL FUND (PB DANA SEKUEL TUMBUH) (PBGSQF)

PUBLIC ITTIKAL FUND (PUBLIC DANA ITTIKAL) (P ITTIKAL)

PB GROWTH FUND PB DANA TUMBUH (PBGF)

PUBLIC FAR-EAST PROPERTY & RESORTS FUND

PUBLIC STRATEGIC BOND FUND (PUBLIC DANA BON STRATEGIK) (PSTBF)

PUBLIC ISLAMIC ASEAN GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH ASEAN ISLAMIK) (PIASGF)

PUBLIC REGULAR SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN BERKALA) (PRSF)

PB AIMAN SUKUK FUND (PB DANA SUKUK AIMAN) (PBASF)

PB GLOBAL EQUITY FUND

PB ASIA EMERGING GROWTH FUND (PB DANA TUMBUH PASARAN BARU ASIA) (PBAEGF)

PB EURO PACIFIC EQUITY FUND

PB ISLAMIC EQUITY FUND (PB DANA EKUITI ISLAMIK) (PBIEF)

PUBLIC ISLAMIC GROWTH BALANCED FUND PUBLIC DANA TUMBUH IMBANG ISLAMIK (PIGRBF)

PB GLOBAL EQUITY FUND (PB DANA EKUITI GLOBAL) (PBGEF)

PB SINGAPORE ADVANTAGE-30 EQUITY FUND PB DANA EKUITI KELEBIHAN-30 SINGAPURA (PBSGA30EF)

PB ASIA EQUITY FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PB BALANCED FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PUBLIC CHINA SELECT FUND (PUBLIC DANA CHINA TERPILIH) (PCSF)

PB INFRASTRUCTURE BOND FUND

PUBLIC CHINA TITANS FUND (PUBLIC DANA CHINA TITAN) (PCTF)

PB ASIA REAL ESTATE INCOME FUND (PB DANA PENDAPATAN HARTANAH ASIA) (PBAREIF)

PB MIXED ASSET GROWTH FUND (PB DANA ASET TUMBUH CAMPURAN) (PBMAGRF)

PUBLIC ITTIKAL SEQUEL FUND (PUBLIC DANA SEKUEL ITTIKAL) (PITSEQ)

PB GLOBAL EQUITY FUND

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI GLOBAL ISLAMIK) (PISGEF)

PUBLIC EMERGING OPPORTUNITIES FUND (PUBLIC DANA PELUANG PASARAN BARU) (PEMOF)

Public South-East Asia Select Fund (PSEASF)

Transcription:

AMMB Holdings Berhad (223035-V) Laporan Tahunan 2016 Pencapaian Kami 14 Kumpulan AmBank telah menikmati banyak kejayaan sepanjang tiga dekad yang lalu. Bersama, kami telah membina salah satu institusi kewangan yang terbesar dan paling pantas berkembang di dalam negara. Arab-Malaysian Development Bank Berhad telah diperbadankan pada 5 Ogos 1975 sebagai usaha sama di antara Malaysian Industrial Development Finance Berhad dengan 55.0% pemegangan saham, Arab Investments For Asia (Kuwait) dengan 33.0% pemegangan saham, dan National Commercial Bank (Saudi Arabia) memegang 12.0% saham. Kami memulakan operasi pada 1 April 1976, dan pada Disember 1983 kami dikenali sebagai Arab-Malaysian Merchant Bank Berhad (AMMB) sehingga penjenamaan semula kami pada Jun 2002. Pada hari ini, kami telah berkembang menjadi sebuah Kumpulan dengan kekuatan tenaga kerja melebihi 12,000 orang. Dengan rangkaian cawangan yang meluas di seluruh negara, ATM dan perkhidmatan perbankan Internet seluruh negara, kami berbangga untuk mengakui Kumpulan AmBank sebagai salah sebuah daripada kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar dalam negara yang mudah diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa. 1976 1982 > YBhg Tan Sri Azman Hashim memperoleh 100.0% pegangan saham dalam Kumpulan ini. > Kumpulan ini memulakan operasi pada 1 April 1976 sebagai usaha sama antara pemegang saham dari Arab Saudi dan Malaysia. 1977 > Kumpulan ini memperoleh pemegangan saham sebanyak 70.0% dalam Malaysian Industrial Finance Company Limited ( MIFCL ), yang kemudiannya dinamakan Arab-Malaysian Finance Berhad ( AMFB ). 1980 > AMMB adalah Pengurus Utama Bersama Pinjaman Bertempoh Bersindiket 12-Tahun bernilai USD200.0 juta untuk Kerajaan Malaysia. > AMMB memulakan langkah penubuhan Malaysian Kuwaiti Investment Company Sdn Bhd, usaha sama antara Perbadanan Nasional Berhad, Kuwait Real Estate Investment Consortium dan Public Institution for Social Security, Kuwait. > AMMB bertindak sebagai Penasihat kepada Kuwait Real Estate Investment Consortium, Singapura. > AMFB menjadi institusi sektor swasta pertama di Malaysia yang mengeluarkan bon awam RM20.0 juta Bon Berjamin 8.5% 1987, tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur ( BSKL ) (sekarang Bursa Malaysia). Bon tersebut, yang dijamin oleh Bank, menandakan bab baru dalam sejarah pengumpulan dana sektor swasta untuk pasaran modal. > Kumpulan ini memperoleh baki 30% pemegangan saham AMFB, menjadikannya syarikat kewangan subsidiari milik penuh. 1983 > Kumpulan ini menubuhkan sebuah syarikat kredit dan pemajakan, Arab-Malaysian Credit Berhad. 1984 > Kumpulan ini melancarkan syarikat modal usaha niaga pertama di Malaysia untuk menjalankan pelaburan ekuiti swasta Malaysian Ventures Berhad. > Kumpulan mengatur kemudahan pemajakan leveraj (leverage) pertama di Malaysia untuk Sistem Televisyen Malaysia Berhad TV3. > AMMB melengkapkan kajian Kerajaan bagi penswastaan Jabatan Telekom. > Kumpulan in memperoleh Arab-Malaysian Insurance Berhad, syarikat insurans am yang dahulunya dikenali sebagai Teguh Insurance Company Sdn Bhd.

1985 > Kumpulan memperoleh Perima Assurance Berhad, sebuah syarikat insurans hayat. Keduadua syarikat insurans hayat dan am kemudiannya digabungkan pada 1987, dan memegang lesen insurans komposit. Nama entiti ditukar kepada Arab-Malaysian Eagle Assurance Berhad (sekarang dikenali sebagai AmLife Insurance Berhad dan AmG Insurance Berhad). 1986 > Kumpulan telah memperoleh syarikat pembrokeran saham Kris Securities Sdn Bhd, yang kemudiannya dikenali sebagai AmSecurities Sdn Bhd. > Kumpulan berpindah ke ibu pejabat korporatnya di Jalan Raja Chulan. > Pada Disember 1986, Antah Holdings Berhad dan Tokai Bank Limited, Jepun telah masing-masing memperoleh 20.0% pegangan saham dalam Kumpulan. > Arab-Malaysian Unit Trusts Berhad dilancarkan untuk menguruskan dana amanah saham. 1987 > Pada 22 Januari 1987, AMMB melancarkan amanah saham pertama yang melabur 90.0% dalam sekuriti Kerajaan Malaysia, iaitu Arab-Malaysian Gilts, untuk menyediakan pendapatan dikecualikan cukai kepada pelabur individu di atas dana jangka pendek mereka. > Pada Julai 1987, AMMB melancarkan program AMIGOS (Arab-Malaysian Individuals Government Securities) untuk membolehkan pelabur runcit melabur dalam sekuriti kerajaan. > AMMB menaja penubuhan The Malaysia Fund Inc., sebuah syarikat dana pelaburan tertutup yang disenaraikan di Bursa Saham New York, untuk melabur dalam ekuiti syarikat-syarikat Malaysia yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur. The Malaysia Fund telah berjaya mengumpul dana sebanyak USD87.0 juta. 1988 > AMMB menjadi bank saudagar pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia. > AMMB dilantik sebagai Penasihat kepada Kerajaan untuk merangka Pelan Induk Penswastaan Nasional. > AMMB melancarkan dana amanah saham ekuiti yang pertama, digelar Arab-Malaysian First Fund. 1989 > Pada 21 April 1989, AMMB bersama dengan Nikko Securities Co. Ltd Tokyo dan International Finance Corporation, Washington melancarkan dana amanah saham dalam mata wang Dolar Amerika, The Malaysia Growth Fund, yang ditujukan kepada pelabur Jepun. > Pada 28 September 1989, Arab-Malaysian Property Trust menjadi amanah harta tanah pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia. 1990 > AMMB dilantik sebagai Penasihat dan Pengurus Penaja Jamin Pengapungan Telekom Malaysia Berhad. > AMFB memperoleh First Malaysia Finance Berhad. 15

AMMB Holdings Berhad (223035-V) Laporan Tahunan 2016 1991 > Pada Julai 1991, Kumpulan memperoleh pegangan ekuiti 49.0% dalam Fraser International Pte Ltd, syarikat induk Fraser Securities, Singapura. > AMMB, bersama dengan The Nikko Securities Co Ltd di Jepun, menaja penubuhan Malaysia Fund (Labuan), dana amanah saham luar pesisir pertama di Wilayah Persekutuan Labuan. > Pemerbadanan AMMB Holdings Berhad sebagai wadah bagi pelaksanaan skim penstrukturan semula korporat. Mengikut skim penstrukturan semula, AMMB Holdings Berhad telah menjadi syarikat induk Arab-Malaysian Banking Group, dan mengambil alih status penyenaraian AMMB. > Arab-Malaysian Finance Berhad, syarikat kewangan Kumpulan, disenaraikan di Bursa Malaysia. > Penubuhan AMMB Labuan (L) Ltd untuk menyediakan pengurusan dana luar pesisir. 1992 > AMMB Holdings Berhad memenangi Anugerah Pengurusan Asia untuk Pengurusan Kewangan dari Asian Institute of Management. 1993 > AMMB melancarkan Tabung Ittikal Arab-Malaysian, dana amanah saham Islam yang pertama pada 12 Januari 1993. > AMMB merupakan Pengurus Bersama Terbitan Bon Dragon bernilai USD300.0 juta oleh General Electric Corporation. > AMMB bertindak sebagai Pengurus dan Pengatur untuk Kemudahan Kredit Bersindiket bernilai RM240.0 juta untuk pembinaan Menara Kuala Lumpur. 1994 > Pada 1 Ogos 1994, Kumpulan telah menceburi bidang perbankan komersil melalui perolehan operasi Malaysia Security Pacific Asian Bank Limited dari Bank of America (Asia) Limited. Operasi perbankan komersil berkuat-kuasa di bawah Arab-Malaysian Bank Berhad. 1995 > Pada 1 April 1995, AMMB International (L) Ltd memulakan operasi perbankan luar pesisir di Labuan, sebagai bank saudagar pertama yang menawarkan perkhidmatan perbankan luar pesisir. > AMMB Futures Sdn Bhd memulakan perniagaan pembrokeran hadapan. 1996 > Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad memenangi Anugerah Keseluruhan untuk Laporan Tahunan Paling Cemerlang untuk enam tahun berturut-turut dari 1991 hingga 1996 dalam pertandingan NACRA. > Macquarie Bank Limited, Australia memperoleh 30.0% pegangan saham dalam AMMB Futures Sdn Bhd. > Macquarie Bank Limited, Australia memperoleh 30.0% pegangan saham dalam AMMB Asset Management Sdn Bhd dan Arab-Malaysian Unit Trust Berhad. > Kaji Selidik Far Eastern Economic Review mengenai 200 Syarikat Terkemuka Asia pada tahun 1996 telah meletakkan AMMB pada kedudukan teratas dalam kategori keseluruhan Bertindak Balas Dengan Inovatif Kepada Keperluan Pelanggan dan ketiga dari segi Kepimpinan Keseluruhan. > Visa International memberikan Kad Visa Al-Taslif AmBank Anugerah Kecemerlangan Ahli untuk Program Kad Paling Kreatif di Asia 1996. 1997 > AMMB Securities (HK) Limited memulakan operasi pembrokeran saham di Hong Kong. > Laman web Kumpulan AmBank telah dianugerahkan sebagai Laman Web Internet Terbaik untuk Tahun 1997 oleh Persatuan Industri Komputer Malaysia ( PIKOM ). 1998 > AMFB memperoleh aset dan liabiliti Abrar Finance Berhad, sejajar dengan rancangan Kerajaan untuk menyatukan industri. > AMMB menerima Anugerah Nasional Derivatif OTC dari Malaysian Monetary Exchange Berhad. 16

2000 > CFO Asia memilih laporan tahunan AMMB Holdings Berhad TK2000 sebagai satu daripada tiga laporan tahunan terbaik di Malaysia. 2001 > AMFB memperoleh MBf Finance Berhad. > AmBank dan AMFB, bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, melancarkan Tabung Perumahan Ehsan, skim pinjaman perumahan khas untuk golongan berpendapatan rendah di negeri Selangor. 2002 > Penggabungan Arab-Malaysian Finance Berhad dan MBf Finance Berhad, berikut peletakan hak aset dan liabiliti AMFB ke dalam MBf Finance Berhad. MBf Finance Berhad menukar namanya kepada AmFinance Berhad. AMFB telah ditukar menjadi syarikat induk. 2006 > Pada Januari 2006, AmPrivate Equity, dana ekuiti persendirian telah dilancarkan. > Pada 10 Mac 2006, Insurance Australia Group Limited ( IAG ), Australia memperoleh 30.0% pemegangan saham dalam AmAssurance Berhad. > Pada 20 April 2006, Am ARA REIT Managers Sdn Bhd telah diperbadankan dengan AIGB memegang 70.0% ekuiti dan ARA Asset Management (Malaysia) Limited memegang 30.0%, untuk mengurus penyenaraian AmFIRST REIT di Bursa Malaysia. > Pada 1 Mei 2006, AmIslamic Bank memulakan operasi dengan peletakan hak aset dan liabiliti islam AmBank (M) Berhad ke dalam subsidiari yang berasingan. > Pada 21 Disember 2006, AmFIRST REIT disenaraikan di Bursa Malaysia. > AmInvestment Group telah dianugerahkan dengan tujuh Anugerah Liga RAM oleh Rating Agency Malaysia untuk pencapaian cemerlang di dalam pasaran bon domestik. 2003 > Bangunan AmFinance, yang kini dikenali sebagai Menara AmBank, telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri ketika itu, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad. 2005 > Penswastaan AMFB Holdings Berhad diselesaikan. > AmInvestment Group Berhad ( AIGB ), operasi perbankan pelaburan Kumpulan, disenaraikan di Bursa Malaysia pada 18 Mei 2005. > Pada 1 Jun 2005, penggabungan AmBank dan AmFinance dilaksanakan untuk membentuk AmBank (M) Berhad, bank tempatan keenam terbesar di negara ini. 17

AMMB Holdings Berhad (223035-V) Laporan Tahunan 2016 2007 > Kumpulan AmBank melengkapkan integrasi AmSecurities Sdn Bhd ke dalam AmInvestment Bank pada 3 Mac 2007. AmInvestment Bank mula beroperasi sebagai bank pelaburan penuh dari 5 Mac 2007, menawarkan perkhidmatan perbankan saudagar dan pembrokeran saham. > Pada 18 Mei 2007, Kumpulan AmBank memperingati kemasukan Kumpulan Perbankan ANZ (Australia dan New Zealand) sebagai rakan kongsi strategik dan pelabur utama. > Memorandum Persefahaman ( MOU ) ditandatangani di antara AmInvestment Bank Berhad dan Woori Investment & Securities Co Ltd, pada 29 November 2007 untuk mempromosikan kepentingan bersama kedua-dua pihak melalui kerjasama dalam perniagaan perbankan pelaburan. 2008 > Menyempurnakan terbitan hak AMMB Holdings Berhad ( AMMB ) dan penswastaan AIGB pada 15 Januari 2008, di mana AIGB secara efektif menjadi subsidiari milik penuh AMMB. > Melengkapkan pemindahan Aktiviti Berasaskan Dana daripada AmInvestment Bank kepada AmBank (M) Berhad dan AmIslamic Bank Berhad pada 12 April 2008 sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula korporat dalaman selepas penswastaan AIGB. > Penubuhan AmG Insurance Berhad untuk memudahcarakan pemisahan perniagaan insurans komposit AmAssurance Berhad kepada perniagaan insurans am dan hayat. > Malaysian Ventures Management Incorporated Sdn Bhd ( MVMI ), subsidiari pengurusan dana ekuiti swasta bagi AMMB, memasuki perjanjian usaha sama dengan Konzen Capital Ltd, anggota Konzen Group, untuk menguruskan satu dana berasaskan air di Asia bernilai USD320 juta. > AmBank dan ANZ memeterai perjanjian perkhidmatan teknikal untuk menubuhkan perniagaan pertukaran asing, kadar faedah dan derivatif komoditi Kumpulan AmBank. > Pembrokeran Saham Islam (khidmat jendela) dilancarkan di bawah jenama AmIslamic, jenama sejagat bagi produk dan perkhidmatan Islam di semua subsidiari Kumpulan AmBank. > Pada 9 Disember 2008, Friends Provident PLC (dijenamakan semula sebagai Friends Life FPL Limited bermula 1 Julai 2011) memperoleh 30.0% kepentingan dalam AmLife Insurance Berhad (dahulu dikenali sebagai AmAssurance Berhad). > IAG meningkatkan pegangan kepentingan dalam AmG Insurance Berhad kepada 49.0% daripada 30.0%. 2009 > AmIslamic Funds Management Sdn Bhd mendapat lesen untuk pengurusan dana Islam dari Suruhanjaya Sekuriti untuk menjalankan pengurusan instrumen kewangan Islam luar pesisir dan domestik untuk pelabur institusi dan runcit. > AmCapital (B) Sdn Bhd dibuka secara rasmi pada 11 Mei 2009, membawa kepakaran dalam pengurusan dan kewangan Islam dan khidmat nasihat pelaburan ke Brunei Darussalam. > YBhg Tan Sri Dato Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia melancarkan Buku Panduan Bon Korporat Malaysia keluaran Kumpulan AmBank, sumber maklumat mengenai pasaran bon korporat yang pertama seumpamanya di Malaysia. > ANZ menukar bon boleh ubahnya menjadi 194,915,254 saham biasa baru sekaligus menaikkan pegangan sahamnya kepada 23.91%. > Program Komuniti AmBank-MyKasih dilancarkan di Sentul, Kuala Lumpur pada 4 November 2009. 2010 > AmBank (M) Berhad berjaya menerbitkan RM1.42 bilion nota jangka panjang pada 25 Mac 2010, di bawah Program Terbitan Nota Jangka Panjang 30 Tahun RM7.0 bilion yang baru dibangunkannya, sekaligus menjadi institusi kewangan pertama di Malaysia yang menerbitkan nota sedemikian. > Kumpulan AmBank meneruskan pelancaran Program Komuniti RM1 juta AmBank-MyKasih di Kuching, Kota Bharu, Subang Jaya, Kota Kinabalu, Lembah Kelang (Cheras, Kelang dan Pandan Jaya). Program ini juga diperbaharui di Sentul dan Pulau Pinang, di mana keluarga yang menderita kemiskinan tegar diberikan elaun makan dengan menggunakan MyKad. 18

> Kumpulan AmBank melancarkan bangunan Kechara Soup Kitchen ( KSK ) selepas menaja pengubahsuaian serta kos perabot dan kelengkapan premis itu dengan sumbangan berjumlah RM350,000. > AmIslamic Bank berjaya menerbitkan RM550 juta Sukuk Senior di bawah Program Sukuk Musharakah Senior 30 tahun RM3.0 bilion. > Pada 15 Disember, Standard & Poor s Rating Services ( S&P ) menaikkan penarafan kredit matawang asing jangka panjang untuk AmBank (M) Berhad kepada BBB dari BBB- dan penarafan jangka pendek kepada A-2 dari A-3. S&P turut menaikkan penarafan kredit mata wang asing jangka panjang untuk AmInvestment Bank Berhad kepada BBB dari BBB-, dan penarafan jangka pendek kepada A-2 dari A-3. > AmInvestment Bank menerima dua anugerah Pengurus Ekuiti Terbaik, dari Finance Asia dan Alpha South East Asia. 2011 > Kumpulan terus dikenali sebagai pemimpin industri dengan pelbagai anugerah termasuk: >> Rumah Bon Domestik Terbaik Malaysia, dari The Asset Triple A Country Awards 2010, untuk tahun kedua berturut-turut >> Kumpulan Bon Terbaik di The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards 2011 >> Lima anugerah di RAM League Awards 2011 untuk kecemerlangan dalam pasaran bon >> Ketua Pegawai Kewangan Terbaik untuk Perhubungan Pelabur Permodalan Besar di MIRA Inaugural Malaysia Investor Relations Awards yang pertama >> Anugerah Terbaik Asia di Corporate Governance Asia Recognition Awards 2011 > Pada 8 Disember, Perkhidmatan Penilaian Standard & Poor s (S&P) menaikkan penarafan kredit matawang asing jangka panjang untuk kedua-dua AmBank (M) Berhad dan AmInvestment Bank Berhad kepada BBB+ daripada BBB. 2012 > Kumpulan AmBank dan ANZ menandatangani Perjanjian Prinsip-prinsip Perniagaan untuk bekerjasama dalam bidang-bidang perniagaan perbankan termasuk perbankan Islam, perbankan transaksi dan pengurusan kekayaan merentasi 27 negara, termasuk Australia, China, Indonesia, Singapura dan Vietnam. > AmSignature Priority Banking dilancarkan, membawakan perbankan peribadi kepada segmen mewah. > Penyelesaian AmBank-ANZ Get Set menawarkan kepada pelajar-pelajar yang berhasrat untuk belajar di Australia, kemudahan prapembukaan akaun di Malaysia bagi memudahcarakan pemindahan dana. > Pada 9 Januari 2012, AmFamily Takaful Berhad memulakan perniagaan Takaful Keluarga. > Bahagian Pengurusan Dana AmInvestment Bank meraikan 30 tahun kejayaan dengan aset di bawah pengurusan yang paling tinggi setakat ini, melebihi RM30 bilion. > Platform tanggungjawab sosial korporat baru, AmKasih dilancarkan. > AMMB Holdings Berhad menukar nama saham pendeknya kepada AMBANK. > Kumpulan AmBank melengkapkan pengambilalihan Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad dan muncul sebagai syarikat insurans motor nombor 1 di Malaysia. > Kumpulan AmBank melengkapkan pengambilalihan MBF Cards (M sia) Sdn Bhd. 2013 > Penerbitan sulung Bon dan Sukuk Dagangan Bursa (ETBS) di Bursa Malaysia oleh DanaInfra Nasional Berhad, mewujudkan kelas aset baru di Bursa, dengan AmInvestment Bank sebagai salah satu Pengatur Utama. > AmInvest melancarkan Skim Persaraan Swasta (PRS) dengan Dana AmPRS - Growth, Dana AmPRS Moderate dan Dana AmPRS Conservative pada 2 April 2013. > Moody s Investor Services menaikkan penarafan kredit AmBank (M) Berhad kepada Baa1/P-2 daripada Baa2/P-3. > Kumpulan AmBank meraih anugerah berprestij Bank Terbaik Malaysia 2013 (The Banker Magazine) sebagai pengiktirafan terhadap pengurusan kukuh, model perniagaan yang baik dan pengurusan risiko yang berhemah. 19

AMMB Holdings Berhad (223035-V) Laporan Tahunan 2016 > Subsidiari milik penuh AMMB Holdings Berhad, AMAB Holdings Sdn Bhd, dan subsidiari MetLife Inc., MetLife International Holdings Inc., menandatangani perjanjian jualan saham pada 28 April 2014, yang membabitkan penjualan kepentingan ekuiti dalam AmLife Insurance Bhd dan AmFamily Takaful Berhad. Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden amerika syarikat, Barack Obama. Ini menandakan permulaan perkongsian strategik untuk perniagaan Insurans Hayat dan Takaful Keluarga kami. > Kumpulan AmBank melancarkan tiga buku mewah (coffee table books) yang memaparkan Koleksi Unta, Koleksi Seni dan Koleksi Lukisan oleh Datuk Mohd Nor Khalid, lebih dikenali sebagai Lat. Pelancaran ini disaksikan oleh Tan Sri Dato Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank negara Malaysia. > Kumpulan AmBank melancarkan posisi jenama baru pada 19 September 2013, menandakan permulaan baru untuk Kumpulan dan syarikat-syarikat dalam keluarganya, dengan posisi jenama Bank Anda. Bank Malaysia. AmBank. > Kumpulan AmBank menyumbang RM5.0 juta kepada Kerusi Perkhidmatan Kewangan AmBank Universiti Malaya. > AmBanCS, sistem perbankan teras baru Kumpulan, beroperasi dengan jayanya pada 18 November 2013. > RAM Ratings meningkatkan penarafan institusi kewangan AmBank (M) Bhd, AmIslamic Bank Bhd dan AmInvestment Bank Bhd daripada AA3/Positif/ P1 kepada AA2/Stabil/P1. Penarafan korporat AMMB Holdings Bhd juga dinaikkan daripada A1/Positif/P1 kepada AA3/Stabil/P1. 2014 > AmIslamic Bank menerbitkan pasaran modal sukuk subordinat Tier 2 patuh Basel III yang pertama di Malaysia. > AmBank memperkenalkan laman web perbankan runcit yang baru, www.ambank.com.my, dengan lebih banyak maklumat untuk diakses serta fungsi navigasi mesra pengguna. > Pengenalan jenama baru AmMetLife dan AmMetLife Takaful, yang menggambarkan perkongsian strategik baru antara Kumpulan AmBank dan MetLife Inc. > Pada 23 Jun 2014, Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi, Kumpulan AmBank merasmikan cawangan lapangan terbang pertama dan Biro Pertukaran Wang (BDC) pertama di lapangan terbang kos rendah domestik dan antarabangsa yang baru di Kuala Lumpur KLIA2, untuk memberi kemudahan kepada pengembara dan pengunjung. BDC menawarkan perkhidmatan tukaran wang untuk 29 jenis matawang dan dibuka 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. > Sejajar dengan aspirasi Perbankan Runcit bagi TK2015 untuk terus memacu pendekatan perniagaan bagi deposit kos rendah dan untuk menyediakan pelanggan dengan rangkaian luas penyelesaian bertumpu pelanggan yang menyeluruh, Perbankan Perniagaan Kecil ( SBS ) telah dilancarkan pada Oktober 2014. > AmBank melancarkan TRUE Lab, sebuah platform komuniti digital yang direka untuk membolehkan golongan professional muda memberi idea penyelesaian perbankan yang mereka ingini. 20

2015 > Penawaran TRUE yang kedua Produk TRUE, merangkumi akaun transaksi TRUE, akaun savers TRUE, Kad Debit MasterCard TRUE dan Kad Kredit Visa TRUE dilancarkan pada September 2015. > Dalam usaha untuk mengharmonikan perhubungan di antara jenama Islam di bawah naungan Kumpulan AmBank, jenama AmIslamic Bank ditukar kepada AmBank Islamic. Sehubungan dengan itu, nama entiti sah juga akan ditukar daripada AmIslamic Bank Berhad kepada AmBank Islamic Berhad bermula dari Isnin, 18 Mei 2015. > AmFIRST REIT mengumumkan Cadangan Pengambilalihan MYDIN Hypermall di Pulau Pinang pada 15 April 2015 dengan jumlah pertimbangan tunai RM250 juta. > Datin Maznah Mahbob, Ketua Pegawai Eksekutif AmInvest, telah ditempatkan di kalangan 50 individu terutama di dunia yang telah memberi impak besar ke atas industri Islam dalam dalam 2015 oleh ISLAMICA 500. > AmBank selesai transaksi PIN & PAY pertamanya pada 4 September 2015 untuk muncul antara bank di Malaysia pertama menggunakan kad berkeupayaan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN), yang mematuhi standard global Europay, MasterCard dan Visa (EMV). Transaksi ini dijalankan di Kedai Buku Popular, Avenue K, Kuala Lumpur. > Pada Disember 2015, AmGeneral Insurance Berhad telah berpindah ibu pejabat ke Menara Shell. 2016 > Pada Januari 2016, AmMetlife Insurance dan AmMetlife Takaful telah memindahkan ibu pejabat mereka ke Menara 1Sentrum untuk terus menyokong peningkatan bilangan pelanggan dan rakan kongsi perniagaan di lokasi yang lebih berpusat. > AmInvestment Services Berhad, perniagaan pengurusan amanah saham dan dana jenama AmInvest kini telah dikenali sebagai AmFunds Management Berhad, bermula 10 September 2015. AmInvest, jenama tersebut kini terdiri daripada dua entiti; AmFunds Management Berhad dan AmIslamic Funds Management Sdn Bhd yang menguruskan penyelesaian perlaburan biasa dan Islam masingmasing untuk amanah saham, skim persaraan swasta, menguruskan dana, dana borong dan dana dagangan bursa secara berasingan. 21