Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 12 (2) 2014: Kertas Asli/Original Articles

Similar documents
Sains Malaysiana 47(4)(2018):

FINITE ELEMENT (FE) MODEL OF BRAKE INSULATOR IN REDUCING BRAKE SQUEAL NOISE FOR MOTORCYCLES MUNDHER FADHIL ABDULRIDHA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODELLING DAMPING ELEMENT TO REDUCE DISC BRAKE SQUEAL NORAIDE BIN MD YUSOP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. Bahagian ini pengkaji akan melaporkan hasil kajian mengikut persoalan kajian

MODELLING OF THROUGH-THE-ROAD HYBRID ELECTRIC VEHICLE OKE PAUL OMEIZA

A FREQUENCY CONTROLLER USING FUZZY IN ISOLATED MICROGRID SYSTEM

TECHNOLOGY AND INNOVATION MANAGEMENT AWARENESS AND PRACTISE A CASE STUDY IN BRITISH AMERICAN TOBACCO GSD (KL) SDN BHD

APPLICATION OF DEMAND SIDE MANAGEMENT STRATEGIES TO REDUCE ENERGY CONSUMPTION IN UNIVERSITY BUILDINGS NAJAATUL FARIHAH BINTI HAMIDI

JA606: VEHICLE DYNAMICS. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

COMFORT ANALYSIS IN COMMERCIAL VEHICLE S PASSENGER SEAT TAM WEE KONG

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structure questions. Answer any FOUR (4) questions.

CONTROL OF INVERTED PENDULUM-CART SYSTEM BASED ON FUZZY LOGIC APPROACH HASRULNIZAM BIN HASHIM

OPTIMAL LOCATION OF FACTS FOR ATC ENHANCEMENT BY USING SENSITIVITY ANALYSIS RAIMON OMAR AL SHAIKH SALEM

THE STUDY ON THE IMPACT OF CONSTANT POWER LOAD TO A DIRECT CURRENT POWER SYSTEM DRIVEN BY PHOTOVOLTAIC, WIND - THYRISTOR RECTIFIER AND LINEAR SOURCES

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) questions.

HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRIINDIVIDU, REKA BENTUK LATIHAN DAN PERSEKITARAN KERJA DENGAN PEM INDAHAN LATIHAN DI SWM ENVIRONMENT SDN BHD.

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA REDUCTION OF TOTAL HARMONIC REDUCTION IN TORQUE CHARACTERISTICS IN TWO-PHASE SIDE BY SIDE BRUSHLESS DC MOTOR NG SENG SHIN

SISTEM PENJEJAK PESAKIT DI HOSPITAL PUSAT PERUBATAN UKM (PPUKM) MENGGUNAKAN PERANTI MATA ARAH (BEACON) Mohamad Norizal Bin Abdullah Dr.

Item Bil Description of Works Remarks Main Switch Board

CURRENT CARRYING CAPABILTY OF POLYESTER CARBON COATED FOR ELECTRICAL CONDUCTOR MOHD HAIDIR BIN MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan dalam 7 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 7 printed pages)

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

CONTROL OF ENERGY CONVERSION IN A HYBRID WIND AND ULTRACAPACITOR ENERGY SYSTEM MAJID ABDULLATEEF ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Get rewarded, download the Touch n Go e-wallet. Get standard or preferred TGV seats for RM7 before 7pm on 7 July.

APLIKASI GO AMBULANCE

DEVELOPMENT OF ELECTRICAL DISCHARGE MACHINING POWER GENERATOR MUHD ABU BAKAR BIN MUHD RADZI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

MyBot Bridge. 2 pasukan 4 peserta (2 wakil politeknik, 2 wakil sekolah) TEAM PELAJAR MyBot Operator Mentor 2

NUMERICAL ANALYSIS OF ELASTOHYDRODYNAMIC LUBRICATION WITH BIO-BASED FLUIDS DEDI ROSA PUTRA CUPU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structures questions. Answer FOUR (4) questions only.

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

CONVERSION OF GLYCEROL TO METHANOL OVER COPPER AND NICKEL SUPPORTED ON HZSM-5 ZEOLITE BY HYDROTHERMAL PROCESS NURUL SYUHADA BT SPALIE

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL AND EXPERIMENTAL STUDIES OF HOMOGENEOUS CHARGE COMPRESSION IGNITION ENGINE PERFORMANCE MOHAMMAD IZADI NAJAFABADI

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM PEMANTAUAN GILIRAN DI HOSPITAL CANSELLOR TUANKU MUKHRIZ. Nursyakirah Hamimah Binti Mohamad Halim Prof. Dr.

Sustainable Consumption

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

OPTIMAL ANTI LOCK BRAKING SYSTEM WITH REGENERATIVE BRAKING IN HYBRID ELECTRIC VEHICLE DANA DEHGHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

This item is protected by original copyright

FABRICATION OF A PROTOTYPE LOW POWER MOTOR FOR INDOOR VENTILATION SIMON THEOPHYLUS YUSUF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EXPERIMENTAL AND SIMULATED PERFORMANCE STUDY OF A SMALL-SCALE GAS TURBINE ENGINE USING JET A-1 AND PALM OIL BIODIESEL BLENDS

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

DEVELOPMENT OF A 10 NEWTON HYDROGEN PEROXIDE MONOPROPELLANT ROCKET THRUSTER KUBERARAAJ NAMBARAJA

SUPERCRITICAL CARBON DIOXIDE EXTRACTION OF CASTOR OIL SEED JIBRIN MOHAMMED DANLAMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HASIL PEMBAKARAN EMISI RENDAH DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN API BIODIESEL BERBANTUKAN ALIRAN BERPUSAR MOHAMAD SHAIFUL ASHRUL BIN ISHAK

SAIDATINA AISHAH BINTI MOHD SHAH B

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

MODELING OF ELECTRIC DOUBLE LAYER CAPACITOR FATHIN ASILA BINTI MOHD PABLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

LIVING CARE. Critical Illness Insurance

Keywords: Jatropha curcas, biodiesel, temperature profile, emission, oil burner

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

POTENSI MALAYSIA SEBAGAI PENGELUAR PRODUK DAGING LEMBU HALAL DI PASARAN GLOBAL

PERSOALAN PENDAHULUAN DALAM HPI

DISC BRAKE SQUEAL GENERATION DURING DRY AND WET CONDITIONS MUNEER NAJI WAHEED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

SISTEM PENGURUSAN STOK. Nur Rahimah Binti Mohd Razmi Pn. Hazilah Binti Mohd Amin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi ENAM (6) soalan esei. Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

THE DEVELOPMENT OF A SUSPENSION SPRING IN TERM OF DIMENSION MOHD FADHIRUL AMRAN BIN ALI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

ELECTRIC CAR VOLTAGE MONITORING SYSTEM NAJMI AZFAR BIN MOHD ROSLI

PAY WITH YOUR PIN BAYAR DENGAN PIN ANDA

FLUID AND HEAT FLOW PERFORMANCE IN HEAT EXCHANGER NURLIYANA BINTI MOHD NADZRI

EEK 468 ELECTRICAL MACHINES AND DRIVES

SISTEM PEMANTAUAN PRESTASI BAS SHAUN LOH CHIA CHIEH ASSOC. PROF. DR. MOHAMMAD FAIDZUL NASRUDIN

PERUBAHAN HARGA PETROL, PERTUKARAN MOD KENDERAAN DAN KESELAMATAN JALAN RAYA DI MALAYSIA

STATIC AND DYNAMIC ANALYSIS OF A LADDER FRAME TRUCK CHASSIS

SISTEM PENYAMPAIAN MAKLUMAT SECARA MASA NYATA DALAM JABATAN KECEMASAN

$'11,n n, Lffi MALAYSIA. PEPERIKSAAI\ AKHIR SEMESTER II sesr PERALATAN BINAAN BPD BPC APRIL 2OO9 2 JAM 30 MINIT

APLIKASI DAN SISTEM PEMARKAHAN POSTER DI PUSAT PERMATA PINTAR

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEM 253 REKABENTUK MEKATRONIK I

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

HAZILA BINTI NAYAN. A project report submitted in partial fulfillment of the requirement for the award of the Degree of Master of Manufacturing

Free ebook. Cara penggunaan product

Tahap Kesediaan Guru-Guru PKPG Kemahiran Hidup (KH) UTM Mengajar Lukisan Kejuruteraan Di Dalam Bahasa Inggeris

Farlister Glenn Gainus

KECEKAPAN HABA EKZOS DAN PENGGUNAAN BAHAN API TENTU BREK (BSFC) ENJIN DIESEL DENGAN BAHAN API BIODIESEL

INSTRUCTION : This section consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) only.

Kata kunci: Rangkaian Gelang, Token, Prestasi, Simulasi, Rangkaian berprioriti, Penghantaran Tak Habisan dan Habisan.

REKA BENTUK KEPELBAGAIAN DIMENSI KONTEKS UNTUK SISTEM MUZIUM MAYA

OPTIMAL LOCATION OF THYRISTOR CONTROLLED SERIES COMPENSATOR USING SENSITIVITY APPROACH NEW HUANG CHIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN OF A LIFT REDUCTION DEVICE FOR PASSENGER CAR

GLYCERINE PITCH FROM GLYCERINE CONCENTRATION PROCESS AS ALTERNATIVE FUEL FOR BOILER OPERATIONS KIRUBAHARAN A/L MERAPAN

STRUCTURE : 100 MARKS STRUKTUR : 100 MARKAH. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

SECTION A : 100 MARKS BAHAGIAN A : 100 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

OPTIMIZATION ON FUEL GAS OPERATION FOR COMBINED CYCLE POWER PLANT MOHD IZAMUDDIN BIN MAHMUD

APLIKASI PENGURUSAN TELE-REHABILITASI. Nursuhaila Laily binti Abd Jamil Prof Madya Dr Jamaiah binti Yahaya

KEPUASAN SERTA HARAPAN MENGENAI HUBUNGAN ANTARA IBUBAPA DAN ANAK: BERDASARKAN KAWALAN FUZZY LOGIC

PEMBANGUNAN PERMAINAN SERIUS UNTUK SIMULASI PENYELAMATAN DIRI SEMASA KEBAKARAN RUMAH

PROJEK SISTEM PENEMPAHAN PAKAIAN ATAS TALIAN NUR AFIQAH BT MD BAHARUDIN DR. SITI FADZILAH MAT NOOR ABSTRAK

PB604 : BUSINESS FINANCE

ALAT PRAPEMPROSESAN DATA UNTUK SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Muhammad Faiz Bin Abdullah Prof. Madya Dr. Mohd Zakree Ahmad Nazri

FREQUENCY RESPONSE ON THE EFFECT OF COMBINE CYCLE LOAD REJECTION TEST NORAZIAH BINTI HUSSIN

PEMIKIRAN REFLEKTIF GURU PELATIH BAHASA MELAYU NOR SAHARA BINTI MESMAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

DESIGN AND FABRICATION OF ENGINE MOUNTING FOR UTeM FORMULA SYLE RACE CAR MOHD SABIRIN BIN RAHMAT UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Transcription:

Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 12 (2) 2014: 9-16 Kertas Asli/Original Articles Perbandingan Dos Sinaran antara Prosedur Urografi Intravena (IVU) dan Tomografi Berkomputer Helikal Tanpa Kontras (UHCT) Urografi (Radiation Dose Comparison between Intravenous Urography (IVU) and Unenhanced Helical Computed Tomography (UHCT) Urography) AKMAL SABARUDIN, KANAGA KUMARI CHELLIAH & HAMZAINI ABDUL HAMID ABSTRAK Urografi intravena (IVU) dan tomografi berkomputer helikal tanpa kontras (UHCT) urografi adalah dua prosedur utama yang akan dijalankan semasa penyiasatan radiologi bagi pengesanan urolitiasis (batu karang) pada sistem genitourinari. Dedahan terhadap sinaran radiasi merupakan faktor kebimbangan utama dalam kedua-dua prosedur. Oleh itu, satu kajian perbandingan dos sinaran telah dijalankan antara prosedur IVU dan UHCT urografi di samping menentukan faktor dedahan optimum bagi kedua-dua prosedur tersebut. Kajian ini telah dijalankan ke atas fantom antropomorfi k seluruh tubuh mengikut protokol sebenar bagi prosedur UHCT urografi dan penghasilan radiografi bersiri berserta dengan pemberian media berkontras bagi prosedur IVU. Sebanyak tiga parameter dedahan voltan tiub digunakan iaitu 75 kvp, 80 kvp dan 85 kvp bagi prosedur IVU dan 100 kvp, 120 kvp dan 140 kvp bagi prosedur UHCT urografi. Hasil dos sinaran bagi prosedur IVU yang diperolehi adalah 1.40 msv, 2.10 msv dan 2.79 msv bagi 75 kvp, 80 kvp dan 85 kvp. Manakala bagi prosedur UHCT urografi, sebanyak 0.76 msv, 1.32 msv dan 1.82 msv dos sinaran direkodkan bagi 100 kvp, 120 kvp dan 140 kvp. Hasil kualiti imej optimum adalah menggunakan dedahan sebanyak 85 kvp bagi prosedur IVU dan 120 kvp bagi prosedur UHCT urografi. Kesimpulannya, walaupun tidak terdapat perbezaan signifi kan, dos sinaran yang terhasil daripada prosedur IVU adalah kekal lebih tinggi daripada prosedur UHCT urografi. Kata kunci: Urografi intravena; tomografi berkomputer helikal tanpa kontras urografi ; dos sinaran; kualiti imej ABSTRACT Intravenous urography (IVU) and unenhanced helical computed tomography (UHCT) urography are the two main procedures performed in the radiological investigation for urolithiasis (urinary stone). However, exposure to ionizing radiation is the main concern in both procedures. Therefore, a dose comparison study was conducted between IVU and UHCT urography procedures to determine the optimum exposure parameters in this study. An anthropomorphic whole body phantom was used following the exact procedure of UHCT urography and series of imaging for IVU with an administration of contrast media. Three different exposure parameters were used for IVU with 75 kvp, 80 kvp and 85 kvp while 100 kvp, 120 kvp and 140 kvp for UHCT urography respectively. As a result, the radiation doses for IVU were 1.40 msv, 2.10 msv and 2.79 msv corresponding to 75 kvp, 80 kvp and 85 kvp. On the other hand, the radiation doses for UHCT urography were 0.76 msv, 1.32 msv and 1.82 msv for 100 kvp, 120 kvp and 140 kvp, respectively. However the optimum image was obtained at 85 kvp for IVU and 120 kvp for UHCT urography. In conclusion, the doses obtained from IVU were consistently higher than UHCT urography but not signifi cantly different. Keywords: Intravenous urography; unenhanced helical computed tomography urography; radiation dose; image quality PENDAHULUAN Prosedur urografi intravena (IVU) merupakan prosedur berkontras yang masih diguna pakai sehingga kini dalam pengesanan urolitiasis atau kalkuli trek urinari kerana mempunyai keberkesanan diagnostik yang tinggi (Kim & Cho 2003; Chen & Zagoria 1999). Namun begitu, prosedur ini tidak dijadikan prosedur piawai dalam pengimejan trek urinari kerana mempunyai kelemahan dalam beberapa aspek seperti sensitiviti yang rendah dalam pengesanan lesi kecil dan kontraindikasi pesakit kepada media berkontras. Maka, satu prosedur menggunakan imbasan tomografi berkomputer (CT) yang dinamakan sebagai tomografi berkomputer helikal tanpa kontras (UHCT) urografi telah diperkenalkan bagi mengatasi kelemahan pada prosedur IVU. Prosedur UHCT mampu menunjukkan lesi mikro dengan jelas kerana imej yang dihasilkan adalah dalam bentuk hirisan yang nipis secara berterusan di samping tidak menggunakan media berkontras (Kim & Cho 2003). Namun begitu, kedua-dua prosedur IVU dan UHCT urografi melibatkan penggunaan sinaran mengion di mana pendedahan terhadap sinaran akan memberi kesan stokastik terhadap organ-organ radiosensitif di dalam kawasan rantau abdomen dan pelvis seperti testis, ovari, ginjal, kelenjar 9

adrenal dan lain-lain di mana ia boleh memberikan kesan buruk terhadap pembentukan sel dan genetik seperti mutasi sel atau kromosom pada sebarang nilai dos sinaran ambang (Hall 1999). Satu kjian melaporkan bahawa sebanyak 70% dos sinaran yang diterima oleh pesakit sepanjang menjalani pemeriksaan perubatan adalah berpunca daripada pemeriksaan imbasan CT (Linton & Metler 2003). Dalam kajian yang lain, dilaporkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara peningkatan organ dos dengan prosedur ulangan imbasan CT (pengulangan imbasan CT sebanyak 2 hingga 3 kali menghasilkan dos sinaran dalam julat antara 30 msv hingga 90 msv) sekaligus meningkatkan risiko kanser (Brenner & Elliston 2004; Brenner & Hall 2007). Sehubungan dengan itu, beberapa kajian perbandingan dos sinaran antara prosedur UHCT urografi dan IVU telah dilakukan bagi menilai taburan dos sinaran yang diterima oleh pesakit sepanjang prosedur tersebut (Nawfel et al. 2004; Parsons et al. 2003; Pfister et al. 2003). Kajian mendapati bahawa dos yang diterima oleh fantom seluruh tubuh pada prosedur UHCT urografi bertabur secara seragam dan lebih tinggi sebanyak 2 kali ganda (11.20 msv) berbanding prosedur IVU (5.55 msv). (Nawfel et al. 2004; Pfister et al. 2003). Menurut kajian lain, modifikasi pada parameter dedahan CT seperti menggunakan pitch yang tinggi dan voltan tiub yang rendah dapat mengurangkan dos sinaran semasa prosedur UHCT urografi sehingga 2.8 msv (Rossee et al. 2000; Meagher et al. 2001). Peningkatan pitch dari 1.0 ke 2.0 juga mampu mengurangkan dos sinaran sebanyak 50% (Moller 2000). Manakala prosedur IVU yang melibatkan penghasilan imej radiografi secara bersiri antara 5 hingga 6 dedahan juga dikhuatiri menghasilkan dos sinaran yang tinggi kepada pesakit (Meagher et al. 2001). Oleh sebab itu, satu kajian eksperimen mengenai perbandingan dos sinaran antara prosedur IVU dan prosedur UHCT urografi dijalankan bagi mengukur jumlah dos sinaran yang diterima oleh pesakit. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan parameter dedahan yang optimum bagi kedua-dua prosedur tersebut. BAHAN DAN KAEDAH Kajian yang dijalankan merupakan sebuah kajian prospektif berbentuk eksperimental dos sinaran ke atas fantom seluruh tubuh (Pixy, USA) dengan menggunakan dua modaliti yang berbeza iaitu pengimbas CT (Somatom Sensation 16, Siemens, Jerman) bagi prosedur UHCT urografi dan mesin sinar-x konvensional (ML02F, GE Medical Systems, USA) bagi prosedur IVU. Media berkontras tidak ionik (Iopamiro 300, Bracco, Italy) juga digunakan bagi memberikan kontras imej pada trek urinari dalam prosedur IVU. PROSEDUR UROGRAFI INTRAVENA Kajian dijalankan mengikut protokol sebenar prosedur IVU di mana sebanyak 5 siri dedahan radiografi meliputi 4 radiografi rantau kidney-ureter-bladder (KUB) dan satu radiografi rantau ginjal (kidney view). Ringkasan prosedur IVU ditunjukkan dalam carta alir pada Rajah 1. RAJAH 1. Carta alir prosedur IVU yang melibatkan 5 siri pengimejan bermula dengan penghasilan imej kawalan sehingga penghasilan imej pos-mikturisi Dalam kajian ini, sebanyak tiga faktor dedahan berlainan voltan tiub digunakan sebagai parameter dedahan iaitu 75 kvp, 80 kvp dan 85 kvp dengan nilai half-value layer (HVL) sebanyak 2.5 mm Al. Nilai voltan tiub ditentukan berdasarkan nilai-nilai piawai yang biasa dilakukan untuk pemeriksaan radiografi trek urinari atau rantau abdomen bagi saiz pesakit sthenic (normal) (Nawfel 2004; Kim & Cho 2003). Manakala arus tiub yang digunakan dikawal secara automatik mengikut saiz ketebalan objek. Oleh kerana hanya satu fantom yang digunakan bagi setiap parameter dedahan, ketebalan dan ketumpatan tisu digunakan adalah tetap menjadikan arus tiub yang digunakan sepanjang pemeriksaan hampir sama bagi menghasilkan imej dengan kontras dan densiti yang optimum (~32 mas bagi kesemua faktor dedahan). Setiap siri dedahan diulangi sebanyak tiga kali. PROSEDUR TOMOGRAFI BERKOMPUTER HELIKAL TANPA KONTRAS UROGRAFI Prosedur UHCT urografi dijalankan dengan menggunakan kolimasi pengesan 16 1.5 mm, ketebalan hirisan sebanyak 5.0 mm, medan imbasan berjulat dari 270 mm hingga 330 mm, pergerakan meja pemeriksaan per-putaran gantri sebanyak 10.8 mm; pitch sebanyak 1.0, nilai HVL sebanyak 5.0 mm Al, dengan parameter tiub voltan sedia 10

ada pada sistem CT (100 kvp, 120 kvp dan 140 kvp) dan arus tiub yang dikawal secara automatik (300-500 mas). Walaupun arus tiub dikawal secara automatik, nilai arus tiub maksimum yang ditetapkan adalah sebanyak 350 ma bagi ketiga-tiga faktor dedahan di mana nilai efektif milliampere-second (mas) akan ditentukan berdasarkan tempoh masa imbasan dan juga ketebalan objek yang diimbas. Selain itu, nilai pitch yang digunakan adalah dalam julat 1.0 hingga 3.0 dengan ketebalan hirisan sebanyak 5.0 mm (Meagher et al. 2001). Sebelum imbasan dilakukan, satu imej topografi perlu dihasilkan bertujuan untuk perancangan plana hirisan sebenar bagi imbasan prosedur UHCT urografi. Dua teknik bagi mengurangkan dos sinaran pada pesakit semasa imbasan topografi dilakukan iaitu dengan menggunakan parameter dedahan minimum (80 kvp dan 50 mas) serta putaran tiub sinar-x sebanyak 180 (Sperry & Knowles 2005). PENGUKURAN DOS SINARAN Secara umumnya, dos sinaran efektif ditentukan dalam kedua-dua prosedur UHCT urografi dan IVU. Namun begitu, dos sinaran permukaan, entrance skin dose (ESD) diukur secara langsung dalam kajian ini dengan menggunakan cip TLD-100. Cip-cip TLD diletakkan di atas permukaan kulit fantom pada kawasan organ radiosensitif semasa dedahan dilakukan bagi menentukan radiasi pada titik tertinggi daripada taburan dos keseluruhan yang merangkumi radiasi dari bim primer dan sekunder. Dalam kajian ini, gonad merupakan organ radiosensitif yang dipilih untuk menentu ukur jumlah dos sinaran yang diterima. Dos sinaran dibaca dan direkod dalam milligray (mgy) selepas melalui satu siri pemprosesan bacaan dos yang merangkumi proses sepuh lindap (annealing) dan kalibrasi. Proses sepuh lindap dan bacaan dos sinaran dilakukan menggunakan mesin Harshaw-5500 (Thermo Electron Corp., USA), sementara kalibrasi dilakukan menggunakan mesin sinar-x (HVL= 2.5 mm Al), mesin tomografi berkomputer (HVL= 5.0 mm Al) dan beberapa alatan lain seperti survey meter sinaran digital (model 660), kebuk pengionan (model 660-3) dan unit pembaca dos (model 660-1). Kalibrasi TLD dilakukan bagi mendapatkan bentuk graf bagi penukaran dos sinaran daripada unit nanocoulomb (nc) kepada milligray (mgy) dengan pendedahan sinaran yang dikenal pasti nilainya. TLD hanya diproses selepas 24 jam didedahkan kepada sinaran radiasi. TLD yang digunakan dalam kajian ini berbentuk mikro-segi empat sama dan dibungkus dengan plastik bernombor. Proses penukaran unit daripada mgy kepada msv adalah berdasarkan rumus; E = D Q N E = Dos sinaran efektif D = Dos terserap yang diperolehi dari bacaan TLD Q = Faktor kualiti sinaran (faktor kualiti bagi sinar-x adalah 1) N = Faktor pendarab sinaran (faktor pendarab bagi sinar-x adalah 1) Data jumlah dos sinaran yang diperolehi pada fantom akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan direkod untuk dianalisa secara statistik. Jumlah cip TLD yang digunakan adalah sebanyak 72 keping cip iaitu sebanyak 36 keping cip bagi prosedur IVU dan 36 keping cip bagi prosedur UHCT urografi. Setiap parameter dedahan bagi prosedur IVU memerlukan sebanyak 3 keping cip TLD yang dilekatkan pada kawasan gonad dan 1 keping cip sebagai kawalan. Setiap parameter dedahan pula akan diulang sebanyak 3 kali dengan menggunakan cip TLD berlainan bagi mendapatkan bacaan purata. Bacaan purata ini akan direkodkan bagi mengurangkan ketakpastian pengukuran. Teknik pengukuran dos sinaran yang sama juga digunakan bagi prosedur UHCT urografi di mana teknik lokalisasi cip TLD adalah pada kawasan gonad. PENILAIAN KUALITI IMEJ Penilaian kualiti imej bagi prosedur IVU dan UHCT urografi dilakukan oleh dua orang pakar radiologi yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam penilaian imej radiografi. Kedua-dua orang pakar radiologi tersebut tidak dimaklumkan mengenai faktor dedahan dan protokol pengimejan. Setiap set imej dinilai secara subjektif menggunakan skor 4-point. Perincian mengenai skala penilaian kualiti imej ditunjukkan dalam Jadual 1. JADUAL 1. Perincian skor bagi penilaian kualiti imej Skor Tafsiran skala Perincian 1 Sangat baik Semua struktur dapat ditunjukkan dengan jelas tanpa kehadiran sebarang artifak. Penilaian terhadap imej dapat dilakukan dengan baik dan berkesan kerana imej terhasil mempunyai nilai diagnostik yang tinggi. 2 Baik Kehadiran hingar yang mengganggu kejelasan struktur sempadan salur darah berserta kehadiran artifak yang minimum. Imej masih mempunyai nilai diagnostik dan penilaian imej dapat dilakukan dengan baik. 3 Memuaskan Kekaburan pada struktur sempadan salur darah. Paparan struktur anatomi agak terhad akibat kehadiran hingar yang tinggi. Imej yang mempunyai nilai diagnostik yang terhad dan penilaian imej masih boleh dilakukan. 4 Tidak Sempadan salur darah dan tisu sekeliling tidak jelas kelihatan. Kehadiran hingar yang tinggi memuaskan mengganggu penglihatan struktur anatomi serta penilaian terhadap imej tidak dapat dilakukan. 11

ANALISIS STATISTIK Data yang diperolehi dianalisa menggunakan perisian SPSS versi 19.0 (SPSS Inc, Chicago, USA). Secara statistiknya, perbezaan yang signifikan ditentukan oleh pekali statistik, p sekiranya nilai p < 0.05. Ujian-t dua hujung, korelasi Spearman dan ujian statistik kappa digunakan dalam kajian ini. KEPUTUSAN PERBANDINGAN DOS SINARAN DALAM PROSEDUR IVU DAN UHCT UROGRAFI Dalam prosedur IVU, dos sinaran yang diperolehi bagi setiap parameter dedahan adalah berbeza secara signifikan. Dos sinaran efektif yang diperolehi adalah sebanyak 1.40 ± 0.01 msv, 2.10 ± 0.02 msv dan 2.79 ± 0.03 msv bagi dedahan 75 kvp, 80 kvp dan 85 kvp. Perincian dos untuk siri radiografi bagi prosedur IVU ditunjukkan dalam Jadual 2. Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan korelasi linear yang signifikan antara dos sinaran dengan parameter dedahan (kvp) yang digunakan dalam prosedur IVU (Rajah 2a). Prosedur UHCT urografi juga menunjukkan bahawa dos sinaran radiasi berbeza secara signifikan bagi setiap parameter dedahan yang digunakan di mana jumlah dos sinaran efektif yang diperolehi adalah sebanyak 0.76 ± 0.06 msv, 1.32 ± 0.04 msv dan 1.82 ± 0.08 msv bagi dedahan 100 kvp, 120 kvp dan 140 kvp dengan pitch sebanyak 1.0. Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan korelasi linear yang signifikan antara dos sinaran dengan parameter dedahan (kvp) yang digunakan dalam prosedur UHCT urografi (Rajah 2b). JADUAL 2. Perincian dos efektif (ED) bagi setiap imej dedahan dalam prosedur IVU Bahagian imej Faktor dedahan (msv) dedahan 75 kvp 80 kvp 85 kvp Imej kawalan 0.31 ± 0.00 0.53 ± 0.00 0.66 ± 0.00 Imej 5 minit 0.30 ± 0.00 0.48 ± 0.00 0.63 ± 0.00 Imej 10 minit 0.01 ± 0.00 0.01 ± 0.00 0.02 ± 0.00 Imej lepasan 0.36 ± 0.00 0.51 ± 0.01 0.67 ± 0.01 Imej pos-mikturisi 0.39 ± 0.00 0.57 ± 0.01 0.82 ± 0.01 Dos kawalan 0.04 ± 0.00 0.11 ± 0.00 0.09 ± 0.00 Dos kumulatif 1.40 ± 0.01 2.10 ± 0.02 2.79 ± 0.03 prosedur Namun begitu, walaupun nilai dos sinaran efektif pada prosedur IVU lebih tinggi berbanding dos sinaran efektif terhasil daripada prosedur UHCT urografi, perbezaan bacaan dos tersebut adalah tidak signifikan (p = 0.126). PENILAIAN KUALITI IMEJ BAGI PROSEDUR IVU DAN UHCT UROGRAFI Penilaian imej secara subjektif telah dilakukan oleh dua orang pakar radiologi mendapati bahawa imej optimum yang terhasil bagi prosedur IVU adalah menggunakan faktor dedahan sebanyak 85 kvp (Rajah 3a-e). Persetujuan ini telah dicapai oleh kedua-dua penilai dengan skor kappa yang sangat baik iaitu sebanyak 0.68. Manakala dedahan optimum bagi prosedur UHCT urografi adalah sebanyak 120 kvp (Rajah 4) dan telah dipersetujui oleh kedua-dua penilai dengan skor kappa yang sangat baik pada 0.74. RAJAH 2. Graf korelasi antara parameter dedahan (kvp) dan dos sinaran efektif (msv). (a) Terdapat hubungan linear yang kuat (r 2 = 0.97) antara dos sinaran dan parameter dedahan bagi prosedur IVU seperti yang ditunjukkan dalam taburan dos pada graf. (b) Graf yang mewakili prosedur UHCT urografi juga menunjukkan terdapat kekuatan hubungan yang positif (r 2 = 0.94) dari hasil korelasi antara dos sinaran dan parameter dedahan 12

RAJAH 3. Imej bersiri bagi prosedur IVU merangkumi (a) imej kawalan, (b) imej 5 minit selepas pemberian media berkontras, (c) imej 10 minit selepas melalui posisi trendelenburg, (d) imej lepasan (release) yang bertujuan bagi meningkatkan aliran kontras pada distal ureter. (e) Imej pos-mikturisi dihasilkan setelah media berkontras dibersihkan dari trek urinari fantom 13

RAJAH 4. Imej hirisan lintang (axial) pada kaviti abdomen dan pelvis bagi prosedur UHCT urografi PERBINCANGAN Kajian ini mengilhamkan dua hasilan penting yang boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk aplikasi klinikal. Pertama, terdapat perbezaan signifikan dalam jumlah dos sinaran yang akan diterima pesakit sekiranya faktor dedahan diubah (kvp) sama ada bagi prosedur IVU ataupun UHCT urografi. Konsep ini penting untuk dipertimbangkan terutama dalam menentukan faktor dedahan pada pesakit pediatrik. Kedua, faktor dedahan yang dipilih jelas menunjukkan kesan secara langsung terhadap pembentukan imej di mana semakin tinggi voltan tiub yang dipilih, semakin tinggi penembusan sinaran terhadap objek sekaligus mengurangkan sinaran terserak yang memberikan hingar dan keterukan kualiti sesuatu imej. Dalam kajian ini, didapati bahawa dos sinaran efektif yang diperolehi semasa prosedur UHCT adalah jauh lebih rendah (0.76-1.82 msv) berbanding prosedur IVU (1.40-2.79 msv) di mana ia bertentangan dengan kajian-kajian lalu (UHCT = 11.20 msv; IVU = 5.55 msv)(nawfel et al. 2004; Pfister et al. 2003). Ini adalah disebabkan beberapa faktor seperti pengenalan perisian dos rendah pada sistem tomografi berkomputer (Silverman et al. 2009) dan pengubahsuaian teknik topografi semasa prosedur UHCT (Sperry & Knowles 2005). Andaian bahawa penggunaan kolimasi bim kecil semasa penghasilan imej rantau ginjal semasa prosedur IVU dipercayai dapat mengurangkan dos sinaran pada pesakit adalah meleset sama sekali. Ini kerana kolimasi yang kecil pada rantau ginjal hanya dilakukan sekali sahaja daripada keseluruhan siri pengimejan IVU. Ini sekaligus menjadi faktor alasan mengapa dos efektif semasa prosedur IVU lebih tinggi berbanding dos sinaran setara dalam prosedur UHCT urografi (Yakoumakis et al. 2001). Kajian lain juga menyokong bahawa dos sinaran yang diukur di luar kolimasi bim adalah sangat rendah secara signifikan sekaligus menjadikan penggunaan kolimasi bim adalah faktor utama dalam kaedah perlindungan sinaran terutama semasa pemeriksaan radiografi pediatrik (Armpilia et al. 2002). Selain itu, teknologi termaju dalam pembangunan unit CT juga membantu memberikan dos sinaran yang rendah kepada pesakit dengan beberapa teknik tertentu seperti pengubahsuaian bim semasa penghasilan imej topografi. Teknik pengubahsuaian dalam menghasilkan imej topografi menjadi faktor utama pengurangan dos sinaran radiasi dalam prosedur imbasan tomografi berkomputer urografi. Dalam kajian ini, modifikasi yang telah dilakukan adalah dengan menggunakan tiub sinar-x pada posisi 180 menjadikannya pada kedudukan posterior pesakit. Ini dapat mengurangkan sinaran radiasi pada pesakit di mana sinaran terhasil akan menghentam meja pemeriksaan CT terdahulu sebelum menembusi badan pesakit. Fenomena ini akan menyebabkan tenaga sinar-x yang rendah akan diserap oleh meja pemeriksaan dan secara tidak langsung, ia akan mengurangkan dos radiasi pada kawasan gonad, tiroid, payudara dan kawasan berdekatan tanpa menjejaskan kualiti imej (Sperry & Knowles 2005). Penggunaan perisian pengurangan dos sinaran atau combined applications to reduce exposure (CARE) pada

kawalan mas automatik menjadikan mesin tomografi berkomputer hirisan berganda 16 hirisan berupaya menghasilkan dos sinaran yang jauh lebih rendah berbanding mesin CT biasa yang tidak mempunyai perisian tersebut. Ini sekaligus dapat memberikan andaian terhadap pengurangan dos sinaran dalam kajian ini (Silverman et al. 2009). Perbezaan penggunaan voltan tiub dalam penghasilan imej IVU mahupun UHCT urografi telah menunjukkan bahawa terdapat satu pilihan utama imej terbaik bagi setiap prosedur. Pemilihan imej ini ditentukan daripada sokongan faktor densiti yang memuaskan, hingar latar belakang dan penghasilan kontras imej yang sangat bagus (Pallwein-Prettner et al. 2011). Namun begitu, tiada skala tetap klasifikasi bagi penilaian imej yang dilakukan secara subjektif kerana ia bergantung sepenuhnya kepada mata pemerhati semata-mata. Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang timbul sepanjang kajian dijalankan. Pertama, penggunaan parameter dedahan yang sedikit. Penggunaan parameter yang sedikit sekaligus menjejaskan kenormalan taburan data. Namun begitu, selepas melakukan proses saringan terhadap pemilihan faktor dedahan berdasarkan imej radiografi dan sumber rujukan lain, imej yang terhasil daripada faktor dedahan yang tidak bersesuaian (underexposed & overexposed) telah disingkirkan meninggalkan hanya 3 faktor dedahan yang bersesuaian dengan ketebalan fantom antropomorfik. Kedua, penilaian kualiti imej yang terhasil dari prosedur IVU tidak begitu memuaskan akibat penggunaan fantom yang tidak mempunyai struktur anatomi yang lengkap sekaligus menimbulkan kesukaran dalam penilaian imej oleh pakar radiologi. Penilaian kualiti imej terjejas akibat ketiadaan beberapa organ badan yang penting dalam trek urinari untuk dinilai seperti tisu parenkima ginjal, 1/3 ureter tengah dan 1/3 ureter inferior. Kesimpulannya, dengan teknologi termaju yang diadaptasi pada sistem tomografi berkomputer (Silverman et al. 2009; Sperry & Knowles 2005), UHCT urografi berjaya menghasilkan dos sinaran jauh lebih rendah berbanding prosedur IVU walaupun tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik. Selain itu, daripada penilaian imej dalam kajian ini jelas menunjukkan bahawa prosedur IVU dengan faktor dedahan sebanyak 85 kvp dan prosedur UHCT urografi dengan faktor dedahan sebanyak 120 kvp menjadi pilihan utama dalam penerimaan imej secara diagnostik. Brenner, D.J. & Elliston, C.D. 2004. Estimated radiation risks potentially associated with full-body CT screening. Radiology 232(3): 735-738. Brenner, D.J. & F Hall, E.J. 2007. Computed tomography: an increasing source of radiation exposure. New England Journal of Medicine 357(22): 2277-2284. Hall, E.J. 1999. Radiobiology for the Radiologist. Ed ke-5. Philadelphia: Lippincott Williams & Wilkins. Kim, J.K. & Cho, K.S. 2003. CT urography and virtual endoscopy: promising imaging modalities for urinary tract evaluation. British Journal of Radiology 76: 199-209. Linton, O.W. & Mettler, F.A. 2003. National conference on dose reduction in CT, with an emphasis on pediatric patients. American Journal of Roentgenology 181(2): 321-329. Meagher, T., Sukumar V.P., Collingwood, J., Crawley, T., Schofield, D., Henson, J., Lakin, K. & Connolly, J.G. 2001. Low dose computed tomography in suspected accute renal colic. Clinical Radiology Journal 56(11): 873-876. Moller, T.B. 2000. Normal Findings in Radiology. Ed. Ke-2. Italy: CIC Edizioni Internazionali. Nawfel, R.D., Judy, P.F., Schleipman, A.R., & Silverman, S.G., 2004. Patient Radiation Dose at CT Urography and Conventional Urography. Radiology 232: 126-132. Pallwein-Prettner, L., Flory, D., Rotter, C.R., Pogner, K., Syre, G., Fellner, C., Frauscher, F., Aigner, F., Krause, F.S. & Fellner, F. 2011. Assessment and characterization of common renal masses with CT and MRI. Insights Imaging 2: 543-556. Parsons, J.K., Lancini, V., Shetye, K., Regan, F., Potter, S.R. & Jarret, T.W. 2003. Urinary stone size: Comparison of abdominal plain radiography and non-contrast CT measurement. Journal of EndoUrology 17: 725-728. Pfister, S.A., Deckart, A., Laschke, S., Dellas, S., Otto, U., Buitrago, C., Roth, J., Wiesner, W. & Gasser, T.C. 2003. Unenhanced helical computed tomography vs intravenous urography in patients with acute flank pain: accuracy and economic impact in a randomized prospective trial. European Radiology 13(11): 2513-2510. Rossee, C.J., Zagoria, R., Dixon, R. 2000. Is there a learning curved in diagnostic urolithiasis with noncontrast helical computed tomography?. Canada Associates Radiology Journal 51: 177-181. Silverman, S.G., Levendecker, J.R. & Amis, E.S. 2009. What is the current role of CT urography and MR urography in the evaluation of the urinary tract? Radiology 250: 309-323. Sperry, K.J. & Knowles, P. 2005. Changes in technique can reduce radiation dose in CT examination. American Journal of Roentgenology 185: 509-515. Yakoumakis, E., Tsalafoutas, I.A., Nikolaou, D., Nazos, I., Koulentianos, E. & Proukakis, C.H. 2001. Differences in effective dose estimation from dose area product and entrance surface dose measurements in intravenous urography. British Journal of Radiology 74: 727-734. RUJUKAN Armpilia, C.I., Fife, A.J. & Croasdale, P.L. 2002. Radiation dose quantities and risk in neonates in a special care baby unit. British Journal of Radiology 75: 590-595. 15

Akmal Sabarudin Kanaga Kumari Chelliah Program Pengimejan Diagnostik & Radioterapi Pusat Pengajian Sains Diagnostik & Kesihatan Gunaan Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia 50300 Kuala Lumpur, MALAYSIA Hamzaini Abdul Hamid Jabatan Radiologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak 56000 Kuala Lumpur, MALAYSIA Correspondence author: Akmal Sabarudin Email address: akmal.sabarudin@kkl.ukm.my Tel: +6032687 8071; Fax: +6032687 8108 Received: May 2013 Accepted for publication: December 2013 16