NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

Similar documents
ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN

ANUGERAH & Syarikat Insurans Terbaik, Malaysia

pencapaian penting KORPORAT Modal saham LPICB meningkat kepada

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

satu tujuan Matlamat tertumpu Syarikat mengemudi kami dalam memenuhi perhubungan strategik dan berkekalan dengan pelanggan kami.

CONTENTS KANDUNGAN. Corporate Social Responsibility (CSR) Tanggungjawab Sosial Korporat About Us 02 Perihal Kami 03

CONTENTS KANDUNGAN HIGHLIGHTS PETUNJUK PERFORMANCE OVERVIEW PETUNJUK PRESTASI LEADERSHIP KEPIMPINAN LIABILITY LIABILITI SUBSIDIARIES

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

Sustainable Consumption

LIVING CARE. Critical Illness Insurance

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PB604 : BUSINESS FINANCE

Get rewarded, download the Touch n Go e-wallet. Get standard or preferred TGV seats for RM7 before 7pm on 7 July.

PRINTED MATTER POSTAGE PAID BRUNEI DARUSSALAM NO. 37

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

STRUCTURE : 100 MARKS STRUKTUR : 100 MARKAH. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 MEI 2018 HINGGA 30 JUN 2018

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. QUOTATION NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PUBLIC e-flexi ALLOCATION FUND (PUBLIC DANA e-flexi ALOKASI) (PeFAF)

PUBLIC e-cash DEPOSIT FUND (PUBLIC DANA e-deposit TUNAI) (PeCDF)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PUBLIC INDEX FUND (PUBLIC DANA INDEKS) (PIX)

PUBLIC GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

SEMANGAT. Laporan Tahunan LAPORAN TAHUNAN British American Tobacco (Malaysia) Berhad (4372-M)

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNI.ASIA GENERAL INSURANCE BERHAD (Diperbadankan di Malaysia)

PUBLIC SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN) (PSF)

UNI.ASIA GENERAL INSURANCE BERHAD (Diperbadankan di Malaysia)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PUBLIC CHINA SELECT FUND

PUBLIC OPTIMAL GROWTH FUND

LIST OF PROPERTIES As at 31 December 2003

PUBLIC ISLAMIC STRATEGIC BOND FUND

PUBLIC e-islamic CASH DEPOSIT FUND

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

PB DIVIDEND BUILDER EQUITY FUND

PUBLIC BOND FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PUBLIC SECTOR SELECT FUND PUBLIC DANA SEKTOR TERPILIH (PSSF)

PB GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 JUN 2018 HINGGA 31 JULAI 2018

PUBLIC EQUITY FUND PUBLIC DANA EKUITI (PEF)

PB BOND FUND (PB DANA BON) (PBBOND)

Penyata Kewangan

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

Detik-detik Kehidupan

PUBLIC SINGAPORE EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI SINGAPURA) (PSGEF)

PB ASIA PACIFIC DIVIDEND FUND (PB DANA DIVIDEN ASIA PASIFIK) (PBAPDF)

PUBLIC STRATEGIC BOND FUND (PUBLIC DANA BON STRATEGIK) (PSTBF)

PUBLIC ISLAMIC EQUITY FUND

PUBLIC AUSTRALIA EQUITY FUND

PUBLIC ADVANTAGE GROWTH EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TUMBUH BERKELEBIHAN) (PAVGEF)

PB CASH MANAGEMENT FUND PB DANA PENGURUSAN TUNAI (PBCMF)

PUBLIC REGULAR SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN BERKALA) (PRSF)

PB EURO PACIFIC EQUITY FUND PB DANA EKUITI EURO PASIFIK (PBEPEF)

PUBLIC AGGRESSIVE GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH AGGRESIF) (PAGF)

Penyata-Penyata Kewangan 2016 Dinyatakan dalam Ringgit Malaysia Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Mac 2016

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND (PB DANA EKUITI CHINA AUSTRALIA) (PBCAUEF)

GARNIER MALAYSIA Peraduan Menangi BMW Ice Watch bernilai RM500 setiap satu untuk. 20 pemenang bersama Watsons Malaysia

Financial Calendar 1. Notice of Annual General Meeting and Notice of Dividend Entitlement 2. Statement Accompanying Notice of Annual General Meeting 6

PUBLIC REGIONAL SECTOR FUND (PUBLIC DANA SEKTOR SERANTAU) (PRSEC)

Other Information. seksyen 4 lain-lain maklumat. List of Group Properties 86. Shareholding Statistics 90. Senarai Hartanah Kumpulan 86

PUBLIC SMALLCAP FUND

PB GLOBAL EQUITY FUND

PB GROWTH SEQUEL FUND (PB DANA SEKUEL TUMBUH) (PBGSQF)

PUBLIC ISLAMIC SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN ISLAMIK) (PISVF)

PUBLIC ENHANCED BOND FUND (PUBLIC DANA BON DIPERKASA) (PEBF)

PB ISLAMIC EQUITY FUND

PB GROWTH FUND PB DANA TUMBUH (PBGF)

PUBLIC SUKUK FUND (PUBLIC DANA SUKUK) (PSKF)

PUBLIC ISLAMIC ADVANTAGE GROWTH EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TUMBUH BERKELEBIHAN ISLAMIK) (PIAVGEF)

PB SMALLCAP GROWTH FUND (PB DANA TUMBUH MODAL KECIL) (PBSCGF)

PUBLIC GREATER CHINA FUND

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN DIRECT DEBIT

PUBLIC ISLAMIC MIXED ASSET FUND

PB ASIA EMERGING GROWTH FUND (PB DANA TUMBUH PASARAN BARU ASIA) (PBAEGF)

PUBLIC CHINA TITANS FUND (PUBLIC DANA CHINA TITAN) (PCTF)

PUBLIC INDONESIA SELECT FUND

PUBLIC EMERGING OPPORTUNITIES FUND (PUBLIC DANA PELUANG PASARAN BARU) (PEMOF)

PB CASH MANAGEMENT FUND

PB INFRASTRUCTURE BOND FUND

Tradisi mencipta nilai

STATEMENT ACCOMPANYING NOTICE OF ANNUAL GENERAL MEETING Penyata Mengenai Notis Mesyuarat Agung Tahunan

PUBLIC ISLAMIC ALPHA-40 GROWTH FUND

PUBLIC ISLAMIC ENTERPRISES EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI PERUSAHAAN ISLAMIK) (PIENTEF)

PB SUKUK FUND PENYATAAN TANGGUNGJAWAB

PB SINGAPORE ADVANTAGE-30 EQUITY FUND PB DANA EKUITI KELEBIHAN-30 SINGAPURA (PBSGA30EF)

PUBLIC ISLAMIC SELECT ENTERPRISES FUND

PB ASIA EQUITY FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PB ISLAMIC CASH MANAGEMENT FUND

PB GLOBAL EQUITY FUND (PB DANA EKUITI GLOBAL) (PBGEF)

PB MIXED ASSET GROWTH FUND (PB DANA ASET TUMBUH CAMPURAN) (PBMAGRF)

PUBLIC ISLAMIC EMERGING OPPORTUNITIES FUND

Pengurusan Pelaburan. Perantara dan Institusi Pasaran. Penguatkuasaan

Transcription:

6 NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DENGAN INI DIMAKLUMKAN bahawa Mesyuarat Agung Tahunan yang Kelima Puluh akan diadakan di Bilik Sarawak, Basement II, Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, 11 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia pada hari Khamis, 24 Februari 2011 jam 11.00 pagi bagi tujuan-tujuan berikut: AGENDA Sebagai Urusan Biasa 1. Untuk menerima Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2010 berserta Laporan Pengarah dan Juruaudit yang berkenaan. Resolusi 1 2. Untuk memilih semula Para Pengarah berikut, yang akan bersara mengikut giliran menurut Artikel 97 Tataurusan Pertubuhan Syarikat dan mereka yang layak, menawarkan diri untuk pemilihan semula: i. Dato Yeoh Chin Kee ii. Encik Quah Poh Keat Resolusi 2 Resolusi 3 3. Untuk mempertimbangkan dan jika difi kirkan wajar, meluluskan Resolusi Biasa berikut menurut Seksyen 129 Akta Syarikat, 1965: i. Bahawa Tan Sri Dato' Sri Dr. Teh Hong Piow, bersara menurut Seksyen 129 Akta Syarikat, 1965, dan dengan ini dilantik semula sebagai Pengarah Syarikat untuk berkhidmat sehingga Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya. ii. Bahawa Tan Sri Dato' Thong Yaw Hong, bersara menurut Seksyen 129 Akta Syarikat, 1965, dan dengan ini dilantik semula sebagai Pengarah Syarikat untuk berkhidmat sehingga Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya. 4. Untuk meluluskan pembayaran yuran Para Pengarah sebanyak RM375,000.00 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2010. 5. Untuk melantik Juruaudit bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011 dan memberi kuasa kepada Para Pengarah untuk menetapkan imbuhan Juruaudit. Resolusi 4 Resolusi 5 Resolusi 6 Resolusi 7 Dengan Perintah Lembaga Pengarah KONG THIAN MEE MAICSA 7024050 Setiausaha Syarikat Kuala Lumpur 27 Januari 2011 Corporate-Malay.indd 6 1/21/11 9:46:25 PM

7 NOTA:- 1. Seorang ahli yang berhak hadir dan mengundi pada mesyuarat berhak melantik tidak lebih daripada dua (2) proksi (atau bagi kes korporat, wakil yang diberi kuasa) untuk hadir dan mengundi bagi pihaknya. Seorang proksi boleh atau tidak semestinya ahli Syarikat dan peruntukan Seksyen 149(1)(b) Akta Syarikat tidak diguna pakai dalam Syarikat. 2. Ahli Syarikat yang merupakan calon berdaftar seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Industri Sekuriti (Pendeposit Berpusat) (Pindaan) 2003 boleh melantik sekurang-kurangnya seorang (1) proksi tetapi tidak lebih daripada dua (2) proksi bagi setiap akaun sekuriti yang dipegang dengan saham biasa Syarikat berdasarkan kredit bagi akaun sekuriti tersebut. 3. Apabila ahli melantik dua (2) proksi, pelantikan tersebut boleh jadi tidak sah melainkan beliau menyatakan nisbah pemegangan sahamnya untuk diwakilkan oleh setiap proksi. 4. Instrumen pelantikan seorang proksi boleh secara tandatangan bertulis seorang yang melantik atau peguam yang diberi kuasa atau, sekiranya seorang yang melantik merupakan seorang korporat, sama ada dengan cap rasmi atau tandatangan seorang pegawai atau peguam yang diberi kuasa. 5. Instrumen pelantikan proksi hendaklah dihantar ke Pejabat Berdaftar Syarikat di Tingkat 6, Bangunan Public Bank, 6, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur tidak lewat daripada empat puluh lapan (48) jam sebelum waktu mesyuarat yang telah ditetapkan atau sebarang penangguhannya. PENYATA YANG DISERTAKAN BERSAMA NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (SELARAS DENGAN PERENGGAN 8.27 (2) SYARAT-SYARAT PENYENARAIAN BURSA MALAYSIA SECURITIES BERHAD) BUTIR-BUTIR INDIVIDU YANG DIPILIH UNTUK DILANTIK SEBAGAI PENGARAH Tiada individu yang dicalonkan untuk pemilihan baru sebagai Pengarah di Mesyuarat Agung Tahunan Kelima Puluh Syarikat. Corporate-Malay.indd 7 1/21/11 9:46:25 PM

8 KALENDAR KEWANGAN Tahun Kewangan 2010 KEPUTUSAN SUKU TAHUNAN 8 April 2010, Khamis 8 Julai 2010, Khamis 7 Oktober 2010, Khamis 11 Januari 2011, Selasa Tarikh pengumuman Tarikh pengumuman Tarikh pengumuman Tarikh pengumuman Keputusan yang disatukan yang belum diaudit bagi suku tahun pertama berakhir pada 31 Mac 2010 Keputusan yang disatukan yang belum diaudit bagi suku tahun kedua berakhir pada 30 Jun 2010 Keputusan yang disatukan yang belum diaudit bagi suku tahun ketiga berakhir pada 30 September 2010 Keputusan yang disatukan yang telah diaudit bagi suku tahun keempat berakhir pada 31 Disember 2010 TERBITAN BONUS & HAK 17 Ogos 2010, Selasa Notis tarikh kelayakan 1) Terbitan bonus sehingga 69,361,500 saham biasa baru bernilai RM1.00 sesaham dalam ( LPI ) ( Saham Bonus ) berdasarkan satu (1) Saham Bonus bagi setiap dua (2) saham biasa sedia ada bernilai RM1.00 sesaham dipegang dalam LPI pada jam 5.00 petang pada 1 September 2010. 2) Terbitan hak boleh lepas sehingga 13,872,300 saham biasa baru bernilai RM1.00 sesaham dalam LPI ( Saham Hak ) pada harga terbitan RM7.00 Sesaham Hak berdasarkan satu (1) Saham Hak bagi setiap sepuluh (10) saham biasa sedia ada bernilai RM1.00 sesaham dipegang dalam LPI pada jam 5.00 petang pada 1 September 2010. Corporate-Malay.indd 8 1/21/11 9:46:25 PM

9 DIVIDEN 8 Julai 2010, Khamis 23 Julai 2010, Jumaat 29 Julai 2010, Khamis Tarikh notis Tarikh kelayakan Tarikh pembayaran dividen interim Dividen interim tingkat tunggal sebanyak 10 sen sesaham biasa 11 Januari 2011, Selasa 26 Januari 2011, Rabu 31 Januari 2011, Isnin Tarikh notis Tarikh kelayakan Tarikh pembayaran dividen interim Dividen interim tingkat tunggal kedua sebanyak 45 sen sesaham biasa MESYUARAT AGUNG 20 Julai 2010, Selasa 11 Ogos 2010, Rabu Notis Mesyuarat Agung Luar Biasa Mesyuarat Agung Luar Biasa 27 Januari 2011, Khamis 24 Februari 2011, Khamis Notis Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-50 Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-50 Notis Laporan Tahunan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2010 Corporate-Malay.indd 9 1/21/11 9:46:25 PM

10 PRESTASI SEPINTAS LALU KUMPULAN MAKLUMAT KEWANGAN PENTING 2010 2009 KEPUTUSAN KENDALIAN (RM 000) Hasil Kendalian Premium Bertulis Kasar Keuntungan Kendalian Keuntungan Sebelum Cukai 752,073 755,931 180,564 181,307 698,462 675,246 160,407 161,335 DATA PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN UTAMA (RM 000) Jumlah Aset Jumlah Liabiliti Ekuiti 2,246,462 1,086,220 1,160,242 1,894,506 993,833 900,673 NISBAH KEWANGAN (%) Nisbah Keuntungan Pulangan atas Ekuiti ( ROE ) Pulangan atas Aset Margin Kendalian Tuntutan Bersih Ditanggung 11.9 6.1 24.0 47.7 14.0 6.7 23.0 47.1 Nisbah Produktiviti Pendapatan Premium Bertulis Kasar setiap Kakitangan (RM 000) Bilangan Polisi Dikeluarkan setiap Kakitangan 1,345 2,134 1,244 1,912 Corporate-Malay.indd 10 1/21/11 9:46:25 PM

RINGKASAN PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN KUMPULAN 11 ASET Loji dan peralatan Pelaburan hartanah Pelaburan dalam syarikat bersekutu Pelaburan lain Aset diinsurans semula Pinjaman dan belum diterima, tidak termasuk belum diterima insurans Belum diterima insurans Kos pemerolehan tertunda Tunai dan kesetaraan tunai 26.7% 1.1% 3.6% 8.5% 0.4% 0.5% 0.5% 2010 15.7% 43.0% 3.7% 23.1% 0.5% 0.3% 0.7% 11.7% 1.2% 2009 15.4% 43.4% EKUITI & LIABILITI Modal saham Rizab Liabiliti kontrak insurans Belum dibayar insurans Liabiliti cukai tertunda, peminjaman, liabiliti kewangan lain dan belum dibayar lain Cukai belum dibayar 38.7% 0.2% 6.9% 9.9% 2.5% 2010 41.8% 9.5% 2.1% 40.4% 0.5% 7.3% 2009 40.2% Corporate-Malay.indd 11 1/21/11 9:46:25 PM

12 MAKLUMAT KORPORAT LEMBAGA PENGARAH Pengerusi Bukan Eksekutif Tan Sri Dato Sri Dr. Teh Hong Piow PSM, SSAP, SPMJ, SIMP, SSIJ, DSAP, DPMJ, Datuk Kurnia Sentosa Pahang, JP Hon LLD (M sia), FIBM (M sia), EFMIM (M sia), FCIB (UK), FCIS (Aust), FCMI (UK), FICM (UK), FInstAM (UK) Pengerusi Bersama Bebas Bukan Eksekutif Tan Sri Dato Thong Yaw Hong PSM, SIMP, DSAP, DIMP, JMN, SMP, JBS, AMN BA (Econs Hons), MPA (Harvard), AMP (Harvard), D.Econ (Hon) Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Eksekutif Encik Tee Choon Yeow B.Com., CA (NZ), CA (M), FCPA (Aust) Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Dato Yeoh Chin Kee DIMP FCPA (Aust), F Fin (Aust) Pengarah Bukan Eksekutif Encik Tan Kok Guan Chartered Insurer, B.Sc. (Hons.), MBA, ACII, AMII Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Dato Haji Abdul Aziz bin Dato Dr. Omar DIMP ACA (England & Wales), CA (M), FIBM (M sia) SETIAUSAHA SYARIKAT Cik Kong Thian Mee MAICSA 7024050 No. Tel : (03) 2262 8688 Emel : corporate@lonpac.com PEJABAT BERDAFTAR Tingkat 6, Bangunan Public Bank, 6, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia. No. Tel : (03) 2262 8688/ 2723 7888 No. Faks : (03) 2078 7455 JURUAUDIT Tetuan KPMG Akauntan Berkanun Level 10, KPMG Tower, 8, First Avenue, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. No. Tel : (03) 7721 3388 No. Faks : (03) 7721 3399 PENDAFTAR SAHAM Tricor Investor Services Sdn Bhd Level 17, The Gardens North Tower, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia. No. Tel : (03) 2264 3883 No. Faks : (03) 2282 1886 Emel : is.enquiry@my.tricorglobal.com PENYENARAIAN DI BURSA SAHAM Pasaran Utama di Bursa Malaysia Securities Berhad (Disenaraikan sejak 8 Januari 1993) IBU PEJABAT Tingkat 6, Bangunan Public Bank, 6, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia. No. Tel : (03) 2262 8688/ 2723 7888 No. Faks : (03) 2078 7455 LAMAN WEB www.lonpac.com HUBUNGAN PELABUR Encik Tee Choon Yeow No. Tel : (03) 2072 3500 Emel : cytee@lonpac.com Encik Tan Kok Guan No. Tel : (03) 2034 2670 Emel : kgtan@lonpac.com MEJA BANTUAN AGM No. Tel : (03) 2262 8675/ 2262 8687 No. Faks : (03) 2078 7455 Emel : corporate@lonpac.com Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Encik Quah Poh Keat FCCA (UK), CA (M), CPA (M), ACMA (UK), Fellow MIT (M sia) Corporate-Malay.indd 12 1/21/11 9:46:26 PM

STRUKTUR KORPORAT KUMPULAN Pada 31 Disember 2010 13 100% LONPAC INSURANCE BHD 100% CAWANGAN LUAR NEGARA - SINGAPURA 45% CAMPUBANK LONPAC INSURANCE PLC PENAJAAN JAMIN INSURANS AM KEBAKARAN MOTOR MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT PELBAGAI Bon Kejuruteraan Pelbagai Kesihatan Liabiliti Kemalangan Perseorangan Pekerja PENAJAAN JAMIN INSURANS AM KEBAKARAN MOTOR MARIN PELBAGAI Kejuruteraan Pelbagai Kesihatan Liabiliti Kemalangan Perseorangan Syarikat Malaysia Syarikat Luar Negara Syarikat-syarikat yang ditunjukkan di atas adalah syarikat yang aktif pada 31 Disember 2010. Corporate-Malay.indd 13 1/21/11 9:46:26 PM

14 PROFIL KORPORAT TENTANG KAMI ( LPI ), dahulunya dikenali sebagai London & Pacifi c Insurance Company Berhad, merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan. Syarikat telah menukar namanya kepada dan telah memindahkan keseluruhan perniagaan insuransnya kepada sebuah syarikat subsidiari milik penuhnya, Lonpac Insurance Bhd ( Lonpac ) setelah melaksanakan satu skim penyusunan semula pada 1 Mei 1999. LPI ditubuhkan pada 24 Mei 1962 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad dan telah didaftarkan sebagai syarikat insurans yang diluluskan pada 9 April 1963 di bawah Akta Insurans Malaysia, 1963. Saham LPI disenaraikan di Papan Kedua Bursa Malaysia Securities Berhad ( Bursa Securities ) pada 8 Januari 1993 dan kemudiannya dipindahkan ke Pasaran Utama Bursa Securities pada 17 Januari 1997. PERNIAGAAN TERAS KAMI Kumpulan LPI terus memberi tumpuan penting terhadap perniagaan terasnya di dalam pasaran insurans am melalui syarikat subsidiari milik penuhnya, Lonpac, dan komited untuk mencapai misi korporatnya iaitu Untuk menyediakan produk dan perkhidmatan terbaik bertaraf antarabangsa kepada pelanggan, disokong oleh kekuatan teknikal dan kewangan yang terbukti selaras dengan Pelan Induk Sektor Kewangan. LPI menumpukan strategi pertumbuhan utamanya kepada memaksimakan keberuntungan dengan memberi pulangan tertinggi kepada ekuiti para pemegang saham, meningkatkan bahagian pasaran dan ukur rujuk terhadap standard antarabangsa bagi peningkatan prestasi. KEHADIRAN DALAM PASARAN DOMESTIK LPI berusaha dengan gigih untuk mengukuhkan kehadiran dan bahagiannya dalam pasaran domestik dengan pelbagai produk insurans am, terutamanya dalam pengeluaran premium bukan motor dan kecemerlangan standard perkhidmatan. KEPELBAGAIAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN Kumpulan LPI melalui syarikat insuransnya, Lonpac menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan insurans am yang meliputi pelbagai kelas insurans am iaitu, harta benda, liabiliti, kewangan, faedah pekerja, projek, motor, marin serta insurans produk-produk peribadi. Dengan memberi tumpuan pada memaksimakan keberuntungan, Kumpulan berusaha memberi pulangan tertinggi kepada ekuiti para pemegang saham, meningkatkan bahagian pasaran dan ukur rujuk terhadap standard antarabangsa bagi peningkatan prestasi. Menyedari kepentingan prihatin pelanggan, Kumpulan LPI telah melancarkan Lonpac E-Assist, satu program bantuan percuma nilai tambahan pada tahun 2001. Memandangkan banyak maklum balas positif diterima daripada para pelanggan sedia ada mengenai perkhidmatan nilai tambahan ini termasuk pengalaman baik mereka dengan Lonpac E-Assist, satu lagi perkhidmatan nilai tambahan, iaitu Lonpac Home-Assist telah dilancarkan pada tahun 2004. Lonpac Home-Assist menawarkan perkhidmatan rujukan percuma mengenai masalah-masalah berkaitan rumah kediaman untuk kemudahan pemegang polisi kandungan rumah kediaman dan pemilik rumah. Dengan perkhidmatan-perkhidmatan nilai tambahan ini, Kumpulan mensasarkan untuk menghapuskan kesulitan yang dihadapi oleh pemegang polisi jika berlaku sebarang kecemasan. Sistem maklumat kami telah dinaik taraf untuk mendorong operasi perniagaan yang lebih baik dengan mengusahakan satu sistem yang dipertingkatkan, Pengurusan Hubungan Pelanggan ( CRM ). CRM merupakan satu set aplikasi yang menyediakan jualan, perkhidmatan, dan pemasaran berdasarkan maklumat yang menggariskan prosesproses perniagaan, mempertingkatkan kualiti data, dan membolehkan semua divisyen utama mendapatkan data dari sumber yang sama. CRM merupakan strategi perniagaan penting yang mendorong kepada kejuruteraan semula proses-proses pelanggan untuk memperbaiki pengalaman pelanggan dan meningkatkan hasil dan keberuntungan Syarikat. Secara ringkasnya, sistem CRM merupakan salah satu dari pelbagai cara untuk mempercepatkan langkah kami dalam melaksanakan teknologi di dalam perniagaan dan operasi kami untuk kekal kompetitif. Produk-produk baru dan inovatif serta perkhidmatan disediakan dari masa ke semasa demi memenuhi kehendak pelanggan yang semakin kompleks dan sofi stikated serta persekitaran pasaran yang kompetitif. Corporate-Malay.indd 14 1/21/11 9:46:26 PM

15 RANGKAIAN PENGAGIHAN YANG MELUAS Kumpulan LPI mempunyai satu kumpulan pemasaran dalaman yang mahir, yang diasuh dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan melalui program pembangunan sumber manusia yang berterusan. Di samping itu, Kumpulan mempunyai ejenejen insurans berkelayakan yang berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia ( PIAM ) di serata negara. Dengan 16 cawangan tempatan di seluruh negara, 3 buah pejabat Wilayah dan sebuah cawangan luar negara di Singapura serta sebuah syarikat insurans bersekutu di Kemboja, Kumpulan LPI mensasarkan untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pelanggan-pelanggan yang sedia ada dan berpotensi. Kumpulan LPI secara berterusan menaik taraf infrastruktur dan sistem teknologi maklumatnya, untuk sejajar dengan matlamat negara ke arah ekonomi berdasarkan pengetahuan (K-based) di mana persaingan pasaran semakin terdorong kepada maklumat dengan tujuan meningkatkan produktiviti, kecekapan operasi, keberkesanan kos dan daya saing dalam industri. Kecekapan dalam persekitaran teknologi maklumatnya secara ringkas menunjukkan kualiti perkhidmatan yang dipertingkatkan untuk para pelanggannya terutamanya dari segi masa pemprosesan. STANDARD PEMBERIAN PERKHIDMATAN YANG HEBAT Kumpulan LPI sentiasa menitikberatkan keutamaan perkhidmatan pelanggan dan kepuasan pelanggan sejak penubuhannya pada tahun 1962. Kakitangan di semua peringkat dilatih untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan sedia ada atau berpotensi secara profesional pada tahap terbaik sejajar dengan misi korporat Kumpulan iaitu Untuk menyediakan produk dan perkhidmatan terbaik bertaraf antarabangsa kepada pelanggan, disokong oleh kekuatan teknikal dan kewangan yang terbukti selaras dengan Pelan Induk Sektor Kewangan. Kumpulan berusaha dengan berterusan untuk memberikan khidmat pelanggan yang berkualiti dengan matlamat untuk memberi kelebihan perbezaan yang meletakkan Kumpulan jauh dari pesaing-pesaingnya. Kumpulan mengesahkan fokusnya terhadap kepuasan pelanggan dengan pembukaan rasmi Pusat Perkhidmatan Pelanggan pada tahun 2004, dengan menempatkan pelanggan di tumpuan perniagaannya. Kumpulan menyediakan laman webnya secara berterusan, www.lonpac.com, yang dikemas kini dengan berita-berita terkini mengenai Kumpulan, produk dan perkhidmatan baru, isu-isu semasa pasaran insurans dan maklumat-maklumat berkaitan insurans. Ini merupakan satu lagi inisiatif yang diambil oleh Kumpulan sebagai sebahagian daripada strategi prihatin pelanggannya dalam menyediakan laman web perniagaan berinformasi tinggi kepada pemegang saham dan masyarakat umum secara keseluruhannya. Laman web ini juga bertindak sebagai saluran bagi pelanggan mengemukakan pertanyaan dan menyalurkan maklum balas atau membuat aduan kepada Kumpulan. Kesemua komitmen positif terhadap peningkatan dan penyediaan perkhidmatan bernilai intrinsik tinggi yang berterusan kepada pelanggannya begitu serasi dengan pembangunan Kumpulan LPI ke arah amalan dan standard terbaik antarabangsa. Komited terhadap pelanggan-pelanggannya yang dihargai, Kumpulan terus memfokuskan usahanya terhadap strategi prihatin pelanggan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan serta memastikan standard pemberian perkhidmatan yang hebat bagi pelanggan sedia ada dan yang berpotensi. Corporate-Malay.indd 15 1/21/11 9:46:26 PM

16 PROFIL KORPORAT (samb ) PENARAFAN KEWANGAN YANG KUKUH Pada September 2010, A.M. Best mengesahkan semula penarafan keteguhan kewangan pada taraf A- (Cemerlang) dan penarafan pengeluar kredit (ICR) pada taraf a- kepada syarikat subsidiari insurans milik penuh LPI, Lonpac. Tinjauan terhadap kedua-dua penarafan ini adalah stabil. Penarafan ini mencerminkan keupayaan Lonpac dalam mengekalkan prestasi penajaan jamin yang memberangsangkan walaupun berada di dalam persekitaran operasi yang kompetitif dalam pasaran terasnya. Penarafan ini juga mengiktiraf usaha Lonpac untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti serta mengurangkan risiko pelaburannya. ANUGERAH DAN PENGHORMATAN Syarikat Insurans Am bagi Tahun 2010 Lonpac menjadi syarikat pertama dari Malaysia yang memenangi Anugerah Syarikat Insurans Am bagi Tahun 2010 yang berprestij ini di Anugerah Industri Insurans Asia ke-14 tahun 2010. Anugerah ini mengiktiraf keupayaan Lonpac memenuhi kehendak pelanggan dan prestasi kewangan yang kukuh. terbaik, termasuk pengurusan risiko dan kawalan dalaman, komunikasi dan kepatuhan terhadap undang-undang, prestasi kewangan dan operasi. LPI dikurniakan Anugerah Tiga Terbaik (Keseluruhan) dalam Indeks Tadbir Urus Korporat Malaysia ( MCG ) 2010 oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti ( MSWG ) kerana mendapat A+ dalam Indeks MCG 2010 dan memperolehi markah cemerlang dalam semua kategori. LPI juga dikurniakan Anugerah Mesyuarat Agung Tahunan ( AGM ) Paling Segera dan Anugerah Kecemerlangan dalam Indeks MCG 2010 bagi dua tahun berturut-turut. LPI mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya yang ke-48 pada 12 Februari 2009 dan yang ke-49 pada 11 Februari 2010 iaitu dalam 43 hari dan 42 hari selepas berakhir tahun kewangan tersebut. LPI dikurniakan Anugerah Kecemerlangan untuk amalan tadbir urus korporatnya yang terpuji dan cemerlang. Indeks tahunan MCG ini mewujudkan kesedaran dan menggalakkan amalan-amalan tadbir urus korporat terbaik di kalangan syarikat-syarikat tersenarai awam di Malaysia. Anugerah ini mengiktiraf syarikat-syarikat di atas standard contoh amalanamalan tadbir urus korporat mereka di sepanjang tahun. Syarikat Insurans Terbaik Lonpac dianugerahkan Syarikat Insurans Ketiga Terbaik Keseluruhan mengikut Rantau Asia 2010 oleh Euromoney, mengatasi beberapa syarikat insurans besar yang lain dari negara-negara Asia seperti Jepun, China, India dan Korea. Pada tahun 2009, Lonpac merangkul kesemua 5 kategori anugerah Euromoney Tahun 2009 untuk menggondol pemenang keseluruhan anugerah Syarikat Insurans Terbaik Malaysia. 5 kategori tersebut adalah: Syarikat Insurans Terbaik bagi Inovasi, Malaysia Syarikat Insurans Terbaik bagi Harga, Malaysia Kepelbagaian Produk Terbaik, Malaysia Syarikat Insurans Terbaik bagi Resolusi Tuntutan, Malaysia Perunding Terbaik bagi Pindahan Risiko Insurans, Malaysia Kecemerlangan Tadbir Urus Korporat Kecemerlangan tadbir urus korporat LPI terbukti dengan pengurniaan Anugerah Merit Tadbir Urus Perusahaan Malaysian Business CIMA bagi enam (6) tahun berturut-turut sejak tahun 2005. Anugerah ini mengiktiraf syarikat-syarikat atas kecemerlangan organisasi mereka dalam mencapai prestasi di samping mematuhi standard-standard dan amalan-amalan yang ditetapkan di mana para pemenang dinilai berdasarkan prinsipprinsip tadbir urus perniagaan dan korporat dan amalan-amalan Peningkatan Nilai Pemegang Saham LPI menerima pengiktirafan untuk usahanya dalam meningkatkan nilai pemegang saham dengan memenangi Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG di bawah kategori Perkhidmatan Kewangan bagi tahun keenam berturut-turut sejak tahun 2005. LPI muncul sebagai Pemenang Sektor di bawah kategori Perkhidmatan Kewangan bagi Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG sebanyak tiga kali, pada tahun 2005, 2006 dan 2008. Anugerah ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan kecemerlangan korporat menerusi peningkatan tahap pendedahan dan menetapkan amalanamalan terbaik yang boleh diteladani. Corporate-Malay.indd 16 1/21/11 9:46:31 PM

17 Selain itu, LPI telah menerima keahlian dalam Kelab Billion Ringgit The Edge dan berada di kedudukan kedua dalam kategori Pulangan Tertinggi Ke atas Ekuiti Dalam Tempoh 3 Tahun dan Pulangan Tertinggi kepada Pemegang Saham Dalam Tempoh 3 Tahun bagi Sektor Kewangan. LPI juga merupakan pemenang di bawah kategori Pulangan Terbaik kepada Pemegang Saham bagi Anugerah Tadbir Urus Perusahaan Malaysian Business CIMA bagi tahun 2008 dan 2010. Kecemerlangan Dalam Pelaporan Korporat Tahunan LPI dianugerahkan Sijil Merit Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (NACRA) bagi tahun 2006 dan 2009 yang mencerminkan usaha-usaha Kumpulan untuk mengeluarkan laporan tahunan yang cepat, berinformasi, berfakta dan mesra pembaca serta standard tadbir urus korporat yang tinggi dan memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan Kumpulan di dalam pelaporan korporat tahunan. Kecemerlangan Perakaunan Pengurusan LPI dianugerahkan Sijil Finalis dan Sijil Merit Anugerah Kebangsaan untuk Perakaunan Pengurusan (NAfMA) masingmasing pada tahun 2006 dan 2007, sebagai pengiktirafan ke atas amalan-amalan perakaunan pengurusannya yang terpuji. Pengiktirafan seumpama ini mencerminkan amalanamalan perakaunan pengurusan yang boleh diteladani dalam Kumpulan LPI. Anugerah NAfMA mengiktiraf amalan-amalan terbaik dalam perakaunan pengurusan oleh syarikat-syarikat di Malaysia yang menjurus kepada pewujudan nilai dan prestasi perniagaan yang cemerlang. TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT Kumpulan LPI memahami kepentingan Tanggungjawab Sosial Korporat ( TSK ) sebagai suatu lanjutan kepada usaha berterusan Kumpulan dalam memupuk budaya tadbir urus korporat yang teguh. Kedua-dua tadbir urus korporat dan TSK akan memastikan pengekalan perniagaan melalui amalan perniagaan yang baik memandangkan kedua-dua tadbir urus korporat dan TSK mempengaruhi strategi korporat dan diatur dari elemen-elemen tanggungjawab, kebertanggungjawaban, ketelusan dan pengekalan yang sama. Mengakui kepentingan TSK, Kumpulan LPI komited dan memainkan peranannya sebagai warga korporat yang bertanggungjawab sosial dan terus mendukung TSKnya dengan menyumbang semula kepada masyarakat di mana ia berkhidmat. Kumpulan melaksanakan pelbagai inisiatif dalam menyumbang kepada masyarakat termasuk menganjurkan lawatan sosial dan menderma kepada rumah anak-anak yatim, rumah warga emas dan pusat jagaan kanak-kanak dengan keperluan istimewa di samping menganjurkan kempen keselamatan jalan raya, kempen derma darah dan taklimat kesihatan. Selain itu, sumbangan-sumbangan sosial dihulurkan bagi menyokong acara-acara sukan yang dianjurkan di dalam Negara dan aktiviti-aktiviti memungut dana kebajikan. Kumpulan LPI juga percaya bahawa prestasi bukan sahaja dinilai melalui pewujudan nilai ekonomi tetapi juga kesan ke atas masyarakat dan persekitaran. Inisiatif-inisiatif Kumpulan terhadap persekitaran hijau termasuk menyediakan tong kitar semula di tempat kerja, melancarkan Kempen Saya Cintakan Bumi Kurangkan-Guna Semula-Kitar Semula serta pengagihan beg mesra alam sekitar secara percuma kepada masyarakat umum, mengambil bahagian dalam Waktu Bumi Global anjuran Tabung Kehidupan Liar dan Alam Sekitar Sedunia dan menganjurkan aktiviti kesedaran lain seperti Merentas Hutan. Pada tahun 2010, Kumpulan dikurniakan Anugerah Merit di bawah kategori Tanggungjawab Sosial Korporat bagi Anugerah Tadbir Urus Perusahaan Malaysian Business CIMA 2010. Kumpulan memegang teguh kepada falsafah bahawa dalam memenuhi TSK, kami juga meningkatkan reputasi, nilai jenama, jualan dan kesetiaan pelanggan kami. Oleh itu, nilainilai positif ini mampu meningkatkan nilai jangka panjang pihak-pihak yang berkepentingan. KAKITANGAN YANG BERDEDIKASI DAN BERPENGETAHUAN LUAS Kumpulan LPI berbangga dan berbesar hati mempunyai sekumpulan 562 orang kakitangan yang berdedikasi dan berpengetahuan luas yang komited dengan penuh semangat untuk menaikkan tahap kecemerlangan Kumpulan. Kumpulan LPI menganggap kakitangannya sebagai aset yang tidak ternilai untuk terus kekal dan cemerlang di dalam persekitaran perniagaan yang penuh persaingan. Oleh itu, Kumpulan terus memupuk modal insannya dengan kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan yang penting dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih cekap. Selain itu, sistem ganjaran prestasi dan pengiktirafan pencapaian kakitangan disediakan bagi menjana budaya prestasi yang kukuh yang dapat memacu ke arah standard pemberian perkhidmatan yang hebat. Corporate-Malay.indd 17 1/21/11 9:46:42 PM