BAB KEDUA ANALISIS KONTRASTIF. beberapa rujukan dan semakan daripada beberapa bahan kajian dan buku, penulis akan

Similar documents
PERSOALAN PENDAHULUAN DALAM HPI

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. Bahagian ini pengkaji akan melaporkan hasil kajian mengikut persoalan kajian

INSTRUCTION : This section consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) only.

FINITE ELEMENT (FE) MODEL OF BRAKE INSULATOR IN REDUCING BRAKE SQUEAL NOISE FOR MOTORCYCLES MUNDHER FADHIL ABDULRIDHA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRIINDIVIDU, REKA BENTUK LATIHAN DAN PERSEKITARAN KERJA DENGAN PEM INDAHAN LATIHAN DI SWM ENVIRONMENT SDN BHD.

MODELLING OF THROUGH-THE-ROAD HYBRID ELECTRIC VEHICLE OKE PAUL OMEIZA

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

SISTEM PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

TECHNOLOGY AND INNOVATION MANAGEMENT AWARENESS AND PRACTISE A CASE STUDY IN BRITISH AMERICAN TOBACCO GSD (KL) SDN BHD

MODELLING DAMPING ELEMENT TO REDUCE DISC BRAKE SQUEAL NORAIDE BIN MD YUSOP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM JUAL BELI BARANGAN TERPAKAI UNTUK PELAJAR UKM MOHD NAZREEN MOHD GHANI MOHD ZAMRI MURAH

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

Item Bil Description of Works Remarks Main Switch Board

SISTEM PENJEJAK PESAKIT DI HOSPITAL PUSAT PERUBATAN UKM (PPUKM) MENGGUNAKAN PERANTI MATA ARAH (BEACON) Mohamad Norizal Bin Abdullah Dr.

ANALISIS KONTRASTIF KATA ADJEKTIF BAHASA JEPUN DENGAN KATA ADJEKTIF BAHASA MELAYU

APLIKASI GO AMBULANCE

PAY WITH YOUR PIN BAYAR DENGAN PIN ANDA

JA606: VEHICLE DYNAMICS. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

SECTION A : 100 MARKS BAHAGIAN A : 100 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

$'11,n n, Lffi MALAYSIA. PEPERIKSAAI\ AKHIR SEMESTER II sesr PERALATAN BINAAN BPD BPC APRIL 2OO9 2 JAM 30 MINIT

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structure questions. Answer any FOUR (4) questions.

1. Mechanics Make a minimum payment of RM 5 with Pay function using the Touch n Go ewallet to receive random cashback up to RM 888.

CONTROL OF INVERTED PENDULUM-CART SYSTEM BASED ON FUZZY LOGIC APPROACH HASRULNIZAM BIN HASHIM

SISTEM PENGURUSAN STOK. Nur Rahimah Binti Mohd Razmi Pn. Hazilah Binti Mohd Amin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structures questions. Answer FOUR (4) questions only.

Tahap Kesediaan Guru-Guru PKPG Kemahiran Hidup (KH) UTM Mengajar Lukisan Kejuruteraan Di Dalam Bahasa Inggeris

(Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan dalam 7 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 7 printed pages)

FASILITATED INTERACTIVE TRAINER (FIT) CPR APP. Muhammad Amer Bin Mokhtar. Assoc. Prof. Dr. Maryati Mohd Yusof

THE STUDY ON THE IMPACT OF CONSTANT POWER LOAD TO A DIRECT CURRENT POWER SYSTEM DRIVEN BY PHOTOVOLTAIC, WIND - THYRISTOR RECTIFIER AND LINEAR SOURCES

APPLICATION OF DEMAND SIDE MANAGEMENT STRATEGIES TO REDUCE ENERGY CONSUMPTION IN UNIVERSITY BUILDINGS NAJAATUL FARIHAH BINTI HAMIDI

Memperkasakan Pelajar Pasca-Siswazah Indonesia Dalam Penulisan Akademik Bahasa Melayu

BAB 2 KAJIAN-KAJIAN LEPAS

OPTIMAL LOCATION OF FACTS FOR ATC ENHANCEMENT BY USING SENSITIVITY ANALYSIS RAIMON OMAR AL SHAIKH SALEM

Sustainable Consumption

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) questions.

SISTEM PENYAMPAIAN MAKLUMAT SECARA MASA NYATA DALAM JABATAN KECEMASAN

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

APLIKASI PENGURUSAN TELE-REHABILITASI. Nursuhaila Laily binti Abd Jamil Prof Madya Dr Jamaiah binti Yahaya

COMFORT ANALYSIS IN COMMERCIAL VEHICLE S PASSENGER SEAT TAM WEE KONG

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM PEMANTAUAN GILIRAN DI HOSPITAL CANSELLOR TUANKU MUKHRIZ. Nursyakirah Hamimah Binti Mohamad Halim Prof. Dr.

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Faculty of Mechanical Engineering UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Get rewarded, download the Touch n Go e-wallet. Get standard or preferred TGV seats for RM7 before 7pm on 7 July.

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN DIRECT DEBIT

NUMERICAL ANALYSIS OF ELASTOHYDRODYNAMIC LUBRICATION WITH BIO-BASED FLUIDS DEDI ROSA PUTRA CUPU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

ALAT PRAPEMPROSESAN DATA UNTUK SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Muhammad Faiz Bin Abdullah Prof. Madya Dr. Mohd Zakree Ahmad Nazri

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

A FREQUENCY CONTROLLER USING FUZZY IN ISOLATED MICROGRID SYSTEM

PERPUSTAKAAN DIGITAL PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

PEMBANGUNAN PERMAINAN SERIUS UNTUK SIMULASI PENYELAMATAN DIRI SEMASA KEBAKARAN RUMAH

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

OPTIMAL ANTI LOCK BRAKING SYSTEM WITH REGENERATIVE BRAKING IN HYBRID ELECTRIC VEHICLE DANA DEHGHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEPERIKSAAN JULAI 2010

PEMIKIRAN REFLEKTIF GURU PELATIH BAHASA MELAYU NOR SAHARA BINTI MESMAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

MyBot Bridge. 2 pasukan 4 peserta (2 wakil politeknik, 2 wakil sekolah) TEAM PELAJAR MyBot Operator Mentor 2

PANDUAN ASAS METATRADER 4

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

APLIKASI DAN SISTEM PEMARKAHAN POSTER DI PUSAT PERMATA PINTAR

MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL INKUIRI-KREATIVITI CHUZAIRY BIN HANRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

OPTIMIZATION ON FUEL GAS OPERATION FOR COMBINED CYCLE POWER PLANT MOHD IZAMUDDIN BIN MAHMUD

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

Frequently Asked Questions (FAQ)

CURRENT CARRYING CAPABILTY OF POLYESTER CARBON COATED FOR ELECTRICAL CONDUCTOR MOHD HAIDIR BIN MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB KEBOLEHGUNAAN (USABILITY) 2.1 Pendahuluan

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

PROJEK SISTEM PENEMPAHAN PAKAIAN ATAS TALIAN NUR AFIQAH BT MD BAHARUDIN DR. SITI FADZILAH MAT NOOR ABSTRAK

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. QUOTATION NOTICE (Via eprocurement)

ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi ENAM (6) soalan esei. Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEM 253 REKABENTUK MEKATRONIK I

DISC BRAKE SQUEAL GENERATION DURING DRY AND WET CONDITIONS MUNEER NAJI WAHEED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HASIL PEMBAKARAN EMISI RENDAH DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN API BIODIESEL BERBANTUKAN ALIRAN BERPUSAR MOHAMAD SHAIFUL ASHRUL BIN ISHAK

SAIDATINA AISHAH BINTI MOHD SHAH B

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

Kata kunci-pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Jeli, Golongan Belia.

APLIKASI PENGESANAN BAS PRINCE OF SONGKHLA UNIVERSITY

KREATIVITI PENGAJARAN GURU BAHASA ARAB DI MALAYSIA. *Mohammad Rusdi Bin Ab Majid Zawawi Ismail

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

This item is protected by original copyright

GEAR RATIO INVESTIGATION OF AUTOMOTIVE MANUAL TRANSMISSION MUHAMAD AMIR SHAH ARIF HARUN. A thesis submitted in partial fulfillment of the

ABSTRAK. Kata kunci: kebolehgunaan antara muka pengguna, penilaian heuristik, aplikasi pembelajaran fonik.

Free ebook. Cara penggunaan product

MODELING OF ELECTRIC DOUBLE LAYER CAPACITOR FATHIN ASILA BINTI MOHD PABLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PB604 : BUSINESS FINANCE

SISTEM PEMANTAUAN PRESTASI BAS SHAUN LOH CHIA CHIEH ASSOC. PROF. DR. MOHAMMAD FAIDZUL NASRUDIN

REKABENTUK SMART PUMP KITS BAGI MOTOSIKAL

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

Farlister Glenn Gainus

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA REDUCTION OF TOTAL HARMONIC REDUCTION IN TORQUE CHARACTERISTICS IN TWO-PHASE SIDE BY SIDE BRUSHLESS DC MOTOR NG SENG SHIN

GLYCERINE PITCH FROM GLYCERINE CONCENTRATION PROCESS AS ALTERNATIVE FUEL FOR BOILER OPERATIONS KIRUBAHARAN A/L MERAPAN

SISTEM PENGURUSAN PROOFREADING UTM KHO CHEE XAO

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

Transcription:

BAB KEDUA ANALISIS KONTRASTIF 2.0 Pendahuluan Dalam bab ini, penulis akan menjalankan tinjauan terhadap kajian analisis kontrastif, yang akan digunakan oleh penulis berkaitan dengan tajuk kajian yang dipilih. Melalui beberapa rujukan dan semakan daripada beberapa bahan kajian dan buku, penulis akan mengenengahkan beberapa pendapat dan pandangan dari kalangan ahli linguistik berkaitan dengan kajian analisis kontrastif dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya serta hubungan analisis ini dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing selain bahasa ibunda. 2.1 Definisi Analisis Kontrastif Moeliono (1988:32) menjelaskan bahawa analisis adalah penguraian suatu pokok atas berbagai bahagiannya dan penelaahan bahagian itu sendiri serta hubungan antara bahagian untuk memperoleh pengertian yang tepat dan pemahaman erti keseluruhan. Manakala kontrastif pula diertikan sebagai perbezaan atau pertentangan antara dua perkara. Perbezaan inilah yang menarik untuk dibicarakan, diteliti dan difahami. Istilah analsis kontrastif menurut James (1890:220) ialah :. Having described the target element (TL), one compares this with corresponding element in the learners mother tongue that is one does of Contrastive Analysis.. 15

Mengikut Kamus Linguistik (1997:187) pula, perbandingan dalam konteks bahasa bermaksud pemerian butir dan pola yang serupa atau berbeza antara dua bahasa atau lebih, atau dua tempoh atau lebih dalam perkembangan sesuatu bahasa untuk mencari hubungan genetik, tipologi atau prinsip supaya pengajaran bahasa lebih berkesan. Menurut Sidi Gazalba (1981:82) mentakrifkannya sebagai menyelidiki faktor-faktor tertentu yang berhubung dengan suasana suatu perkara dan membandingkan suatu faktor dengan faktor lain dalam menganalisa hubungan sebab-akibatnya. Dalam kajian penulis ini, perkara yang dikaji atau diselidik adalah berkaitan dengan struktur binaan ayat di dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu sebagai satu kajian kontrastif. Menurut Corder (1993:148) pula iaitu :.. this is the process of comparing different languanges. The languages involved are, in the first place, the mother tongue of the learner and the second language. This activity yields a account of the difference between L1 and L2 or predicts learning problems or learning items.. Menurut Fisiak (1992), analisis konstrastif merupakan subdisiplin dalam bidang linguistik yang menumpukan kepada aspek perbandingan secara sistematik ciri-ciri linguistik tertentu ke atas dua bahasa atau lebih dengan tujuan untuk melihat perbezaan dan persamaan antara kedua-duanya. James (1998) pula menyatakan bahawa analisis kontrastif ialah analisis yang digunakan untuk mencari sesuatu perbezaan yang sering membuat pelajar bahasa kedua mengalami kesulitan untuk memahami dan menguasai bahasa tersebut. Dengan adanya analisis kontrastif ini diharapkan pelajar dapat memahami bahasa kedua atau bahasa asing dengan lebih mudah. Menurut Kridalaksana (1993), analisis kontrastif ialah kaedah sinkronis dalam menganalisis bahasa dengan tujuan menunjukkan persamaan dan perbezaan antara bahasa- 16

bahasa atau dialek-dialek dengan tujuan untuk mencari prinsip yang dapat diterapkan dalam masalah praktis, seperti pengajaran bahasa dan terjemahan. Pendapat Kridalaksana adalah sama dengan pendapat Richards, Platt (1993) dengan mengatakan bahawa analisis kontrastif adalah pembandingan sistem kebahasaan daripada dua bahasa, seperti sistem bunyi atau sistem tatabahasanya. Daripada pendapat-pendapat di atas dapatlah diperolehi beberapa pemahaman tentang analisis kontrastif. Antaranya adalah seperti yang berikut: Pertama : Analisis kontrastif ialah kaedah yang membuat perbandingan unsur yang terdapat dalam dua bahasa atau lebih dari rumpun yang tidak sama, bertujuan untuk mengetahui persamaan dan perbezaan unsur tersebut. Unsur yang dimaksudkan adalah bervariasi daripada unsur bahasa yang terkecil, iaitu sistem bunyi hinggalah kepada unsur bahasa yang paling besar, iaitu wacana. Bahkan, menurut Lado (1966) analisis kontrastif juga melibatkan perbandingan dua budaya. Kedua : Perbandingan unsur bahasa yang terbabit dilakukan secara sinkronis atau deskriptif, iaitu membuat perbandingan dalam suatu masa yang tertentu dan terbatas tanpa melibatkan perkembangan historis daripada bahasa yang sedang dibandingkan. Ketiga : Hasil perbandingan tersebut adalah untuk pelbagai keperluan, iaitu untuk tujuan pemahaman hinggalah untuk keperluan praktis, seperti untuk pengajaran, penterjemahan, dan penelitian (Lado, 1966). Dengan yang demikian, pengkajian analisis kontrastif meliputi pengkajian teoretis dan 17

pengkajian praktis. Pengkajian teoretis bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang kebahasaan, manakala pengkajian praktis bertujuan untuk keperluan praktis, seperti pengajaran dan penyusunan bahan pengajaran, (Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Rosli Talip, 2006). Dalam erti kata lain, kajian ini melibatkan dua bahasa dari rumpun yang berlainan untuk mencari dan mengkaji sebarang persamaan dan perbezaan yang bertujuan untuk mengukur tahap kesukaran yasng dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari bahasa sasaran atau bahasa asing dengan mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya. Analisis kontrastif ini adalah salah satu bidang yang dikaji di dalam linguistik terapan. Bahasa Arab merupakan bahasa yang akan dibandingkan dengan bahasa Melayu atau bahasa ibunda dalam kajian ini, yang mana perbandingan itu akan dilakukan dari aspek eleman asas pembinaan ayat kedua-dua bahasa. Antara ciri utama bahasa Arab yang berasal dari rumpun Semitik, iaitu : 1- Mempunyai bentuk derivasi (al-isytiqa:q/ al-tasri:f) dan infleksi (al-i ra:b) 2- Membezakan antara maskulin dan feminin 3- Mempunyai kata tunggal, dual, dan kata jama 4- Perubahan pada perkataan atau susunannya akan melibatkan perubahan makna 5- Hubungan antara setiap perkataan dalam struktur ayat dapat dilihat tanda kasus/baris pada akhir setiap perkataannya Bahasa Melayu juga dikenali sebagai bahasa ibunda di kalangan penduduk Malaysia dan ianya adalah bahasa kebangsaan. Ia merupakan cabang dari rumpun Austrenosia. Antara ciri yang ada pada bahasa Melayu adalah seperti berikut : 18

1- Tiada perbezaaan antara maskulin dan feminin 2- Tiada kelainan antara kata tunggal, dual dan jama 3- Perubahan makna tidak berlaku disebabkan fungsi sesuatu golongan kata, tetapi adalah disebabkan faktor kedudukan perkataan dalam struktur ayat 4- Tidak memerlukan tanda kasus/baris pada perkataannya. Secara amnya, bahasa Melayu bersifat aglutinatif iaitu melibatkan imbuhan pada awalan, pertengahan/sisipan dan juga akhiran, ringkas dan mudah serta tidak mengalami perubahan dalaman seperti bahasa Arab (Munif, 2001:45) 2.2 Latar Belakang Sejarah Permulaan Analisis Kontrastif Penemuan dasar teori yang sekarang dikenal dengan analisis kontrastif (contrastive analysis) dirumuskan pada tahun 1957 (wikipedia, 2007). Lado menyatakan bahawa ;.. those elements which are similar to (the learners) native language will be simple for him, and those elements that are different will be difficult Dari penyataan tersebut dapat disimpulkan bahawa pelajar akan mudah belajar sesuatu bahasa sekiranya bahasa yang dipelajarinya memiliki kesamaan komponen dengan bahasa pertamanya atau bahasa ibundanya. Sebaliknya, jika komponen tersebut berbeza, maka pelajar akan menemukan kesulitan kesukaran. Robert Lado, adalah seorang linguis yang cukup terkenal. Lado mula-mula mengemukakan teori perbandingan. Hal ini meliputi pendeskripsian bahasa, membandingkannya dan memperbaiki kesalahan berbahasa. 19

Sejak tahun 1960-an, teknik analisis kontrastif, telah tersebar luas dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelbagai kalangan sarjana. Selanjutnya, Center of Applied Linguistic di Wasington, DC telah membantu perkembangan teori ini. Dengan adanya dukungan tersebut, diharapkan bahawa kesulitan dalam mempelajari bahasa kedua telah dipetakan dengan analisis kontrastif. Hal ini memungkinkan untuk mengadakan kursus-kursus bahasa yang lebih efisien. Analisis kontrastif yang berpijak pada behaviorisme diharapkan juga dapat memberikan sumbangan kepada reka bentuk kurikulum yang efektif untuk pembelajaran bahasa kedua. Analisis kontrastif juga telah dikembangkan oleh ahli linguistik seperti Fries (1945), Weinreich (1953) dan Politzer (1965). Lado (1957:2) berpendapat bahawa :. Individuals tend to transfer the forms and meanings and the distribution of forms and meanings of their native language and culture to a foreign language and culture.. Terdapat pelbagai kaedah atau analisis linguistik yang dapat digunakan untuk mengkaji masalah pembelajaran bahasa kedua. Satu daripadanya ialah melalui analisis linguistik kontrastif. Menurut Corder (1993:148), kajian perbandingan atau kontrastif ini terbahagi kepada tiga : a- Kajian perbandingan intralingual b- Kajian perbandingan interlingual c- Analisis kesilapan Tumpuan penulis di sini adalah kajian perbandingan intralingual atau kajian kontrastif. Andaian utama dalam teori ini adalah sejauh mana kesulitan dan kesukaran serta kesilapan dalam penuturan dan penulisan bahasa kedua yang dilakukan oleh pelajar yang 20

berkait rapat dengan perbezaaan antara bahasa ibunda dan juga bahasa kedua. Disebabkan kewujudan masalah tersebut, maka munculah teori yang berteraskan konsep pemindahan dan gangguan bahasa ibunda, yang menegaskan pemerihalan bahasa ibunda dan bahasa kedua serta perbandingan kedua-dua bahasa untuk memperlihatkan persamaan dan perbezaaan yang ada. Andaian dalam analisis kontrastif adalah sesuatu persamaan itu akan memudahkan pembelajaran oleh pelajar, sebalikya sesuatu perbezaan itu akan mendatangkan kesulitan dan boleh menjadi penghalang sekiranya tidak diatasi dengan sebaiknya. Oleh itu, kaedah ini, iaitu secara analisis kontrastif ini dapat digunakan untuk menelah dan menjangkakan aspekaspek bahasa pertama yang akan menjadi masalah dalam pembelajaran bahasa kedua. 2.3 Hipotesis Analisis Kontrastif Analisis kontrastif ini dihasilkan dengan tujuan memperlihatkan satu hipotesis yang cuba menerangkan situasi yang wujud dalam bahasa kedua. Hipotesis ini berkait rapat dengan pandangan behaviorisme dan struktulisme dalam pembelajaran bahasa wujud melalui pengumpulan tabiat seseorang. Proses menganalisis struktur bahasa yang dipelajari akan menghasilkan satu perbandingan linguistik, iaitu sama ada terdapat persamaan atau perbezaan di antara bahasa pertama (ibunda/primer) dan bahasa kedua(asing/sekunder). Perbezaan yang wujud akan menyebabkan berlaku beberapa kesukaran dan gangguan di dalam mempelajari bahasa kedua ini. Namun melalui perbezaan yang wujud inilah sebenar dapat membantu pengajar membuat sebarang telahan dan menghuraikan struktur yang menimbulkan kesukaran di kalangan pelajar. Hipotesis ini sebenamya berkait rapat dengan konsep behaviorisme dan strukturalisme dalam pembelajaran bahasa. Melalui konsep behaviourisme, ahli linguistik 21

berpendapat bahawa pembelajaran bahasa wujud melalui pengumpulan tabiat seseorang. Proses menganalisis struktur bahasa yang dipelajari akan memperlihatkan satu perbandingan linguistik, iaitu sama ada terdapat perbezaan di antara bahasa pertama dengan bahasa kedua. Perbezaan yang wujud pula merupakan faktor yang menyulitkan pembelajaran bahasa yang baru. Dengan terdapatnya perbezaan antara kedua-dua bahasa tersebut, guru dapat mengetahui permasalahan sebenar yang timbul dan tindakan seterusnya akan dijalankan termasuklah menelah dan menghuraikan serta menghasilkan kaedah yang sesuai untuk mengatasinya. Menurut Politzer (1960) menyatakan bahawa sekiranya terdapat perbezaan yang besar di antara kedua-dua bahasa, maka kemungkinan gangguan dan kesukaran itu yang wujud juga adalah besar. Oleh itu, pelajar perlu dilatih dengan cara yang berterusan dengan bimbingan yang sebaiknya dengan melakukan pengulangan sekerap yang mungkin, penelitian struktur kedua-dua bahasa sehinggalah kesulitan tersebut dapat diatasi dan selanjutnya kesalahan dapat dielakkan atau dikurangkan. Bagi Skinner (1938) pula menegaskan bahawa dalam memperolehi perlakuan bahasa, pelajar itu hendaklah menggunakan perlakuan itu sendiri. Perlakuan seseorang itu akan mengakibatkan berlakunya sesuatu kesudahan. Penggunaan approximation secara berulang-ulang akan menghasilkan sesuatu yang dikehendaki dan penggunaan strategi kontijensi pengukuhan, proses ini akan mendatangkan tidak balas. Oller dan Zaihossciny (1970), mereka mendapati bahawa pelajar mengalami kesulitan menyusun urutan makna bahasa sasaran atau asing, tidak sahaja apabila terdapatnya perbezaan yang kecil di antara bahasa pertama dengan bahasa sasaran, malahan apabila ada perbezaan dalam bahasa sasaran itu juga. Justeru itu, perlu ditegaskan bahawa masalah kesilapan tidak boleh terlalu dianggap menyeluruh tetapi perlu meliputi kesilapan dalam bahasa itu sendiri selain kesilapan antara bahasa. 22

Kesimpulannya, kesalahan adalah dianggap counter productive iaitu kesalahan akan menyekat proses pembelajaran. Oleh itu, langkah-langkah yang perlu diambil adalah untuk meminimumkan kesalahan melalui pembetulan secara berulang-ulang kali dan juga secara sepontan. 2.3.1 Versi Kuat Analisis Kontrastif Versi kuat analisi kontrastif terletak pada hujah bahawa proses pembelajaran bahasa kedua pada kenyataannya adalah proses pembelajaran butiran dan struktur yang berlainan daripada bahasa pertama pelajar. Banathy, Tiger dan Waddle (1966) telah menyatakan :.. the change that has to take place in the language behaviour of a foreign language student can be equated with the difficulties between the structure of the student native language and culture and that or the target language and culture. Differences between two languages can be established by contrastive linguistic analysis What the student has ti learn equals the sum of the differences established by contrastive analysis.. Versi kuat ini menyediakan segala maklumat yang diperlukan oleh pengamalnya. Seperti penggunaannya, kaedah untuk memudahkan, kekuatan motivasinya, pemilihan yang betul dan susunan kata dan struktur dalam pembelajaran bahasa sasaran atau bahasa asing. Lado (1957) mengatakan bahawa;.. the teacher who has made a comparison of the foreign language with the native language of the student will know better what the real learning problems are, and can better provide for teaching them.. 23

Walau bagaimanapun, tidak semua tenaga pengajar mempunyai masa atau kemahiran untuk menjalankan perbandingan secara teliti dan sistemtik antara kedua-dua bahasa. Oleh itu, kaedah analisis kontrastif ini tidak dapat juga dirumuskan bahawa ia dapat menyelesaikan masalah pembelajaran dan pengajaran bahasa sasaran tersebut secara menyeluruh. Kini analisis kontrastif hanya ditentukan untuk memberikan hipotesis, ramalan dan penerangan mengenai perlakuan dalam pembelajaran. Ini telah diterangkan oleh Kreszowski (1974) ;.. the pedagogical value of contrastive analysis is becoming less and less obvious and the solutions there in more and more remowed to a remote area near the horizon. The best that contrastive analysis can do is to predict areas of potential mistakes without making any claims as to whether or not and in what circumstances the are likely to occur an actual performance. 2.3.2 Versi Lemah Analisis Kontrastif Versi lemah analisis kontrastif pula adalah versi yang bersifat a posterion, iaitu menjelaskan sesuatu kesalahan apabila kesalahan itu dilakukan. Dalam hal ini, konsep telahan tidak terlibat. Dengan cara demikian, para penyelidik dapat melihat bukit-bukti kesalahan yang kuat dan cuba menghuraikannya dengan merujuk kepada dua sistem bahasa, iaitu bahasa ibunda dan bahasa sasaran. Secara praktiknya, analisis kontrastif dapat dilaksanakan dengan menjalankan satu analisis terhadap kedua-dua bahasa, misalnya bahasa Arab dan bahasa Melayu untuk mengenalpasti asas-asas utama pembentukan binaan ayat. Kemudian bahan-bahan tersebut akan digredkan mengikut kontinum mudah hingga kompleks. Akhirnya, konteks linguistik akan dikawal supaya kesilapan berlaku pada paras yang minimum. 24

Fries (1945) dan Politzer (1960) menyatakan bahawa dalam proses pembelajaran bahasa kedua, pelajar akan memindahkan bentuk struktur dan sistemnya daripada bahasa pertama kepada bahasa kedua. sekiranya terdapat perbezaan yang luas dari segi nahu keduadua bahasa tersebut, maka sebagai akibatnya pelajar akan terus memperlihatkan korpus bahasa yang janggal dan salah. Dalam hal ini, pelajar bukan sahaja tidak mempelajari sistem bahasa kedua secara langsung, malahan cuba membebankan sistem bahasa pertama ke atas sistem bahasa kedua, lantas berlakulah gangguan dan kesalahan. 2.4 Kesimpulan Kajian analisis kontrastif ini dianggap sebagai kajian yang paling sesuai untuk digunakan bagi mencungkil apakah persamaan dan perbezaan yang terdapat antara dua bahasa. Melalui kajian analisis kontrastif ini juga, penulis dapat menggunakannya sebagai jambatan untuk mendapatkan sebarang persamaan dan perbezaan yang berlaku di antara bahasa yang dikaji, iaitu bahasa Arab sebagai bahasa sasaran dan bahasa Melayu sebagai bahasa ibundanya. Hasilnya nanti pelajar dan guru dapat melihat dengan jelas tentang struktur-struktur asas binaan ayat bahasa ibunda dan juga bahasa sasaran. Struktur kedua-dua bahasa ini dapat dihuraikan satu persatu dan kemudiannya diperbandingkan secara selari akan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Struktur bahasa ibunda yang berbeza dengan bahasa sasaran dianggap menyukarkan penguasaan pelajar. Sebaliknya, struktur bahasa sasaran yang menunjukkan persamaan dengan bahasa ibunda diandaikan akan memudahkan pembelajaran. Namun begitu, tidak semua perbezaan yang timbul merupakan masalah, kerana kadang-kadang berlaku juga keadaan di mana ciri-ciri yang berbeza itu tidak menjadi masalah kepada pelajar. Mungkin terdapat faktor lain yang mempengaruhi keadaan ini. Perbezaan yang timbul itu tidak menjadi 25

masalah sekiranya struktur tersebut hanya terdapat di dalam struktur bahasa ibunda sahaja tanpa wujudnya di dalam bahasa sasaran. 26