PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

Similar documents
ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 MEI 2018 HINGGA 30 JUN 2018

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 JUN 2018 HINGGA 31 JULAI 2018

LIVING CARE. Critical Illness Insurance

an Sri Shahrir bin Abdul Samad Pengerusi FELDA 21Januari 2018

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

Item Bil Description of Works Remarks Main Switch Board

SISTEM PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

Sustainable Consumption

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRIINDIVIDU, REKA BENTUK LATIHAN DAN PERSEKITARAN KERJA DENGAN PEM INDAHAN LATIHAN DI SWM ENVIRONMENT SDN BHD.

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

PAY WITH YOUR PIN BAYAR DENGAN PIN ANDA

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

Pengurusan Pelaburan. Perantara dan Institusi Pasaran. Penguatkuasaan

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

APPLICATION OF DEMAND SIDE MANAGEMENT STRATEGIES TO REDUCE ENERGY CONSUMPTION IN UNIVERSITY BUILDINGS NAJAATUL FARIHAH BINTI HAMIDI

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

TECHNOLOGY AND INNOVATION MANAGEMENT AWARENESS AND PRACTISE A CASE STUDY IN BRITISH AMERICAN TOBACCO GSD (KL) SDN BHD

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

PB604 : BUSINESS FINANCE

MODELLING OF THROUGH-THE-ROAD HYBRID ELECTRIC VEHICLE OKE PAUL OMEIZA

MYLIB - KOLABORASI PERKONGSIAN SUMBER ELEKTRONIK : ISU DAN

PERINTAH PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (GOLONGAN PENGGUNA DATA) 2013 PERSONAL DATA PROTECTION (CLASS OF DATA USERS) ORDER 2013

STD 093/6/4. 01 Jun 2014 ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 JUN JULAI 2014

1. SAMBUNGAN PENUTUPAN PENUH JALAN JANGKA PENDEK SECARA DUA PERINGKAT DI JALAN RAYA SATU (MALAM)

1. PENUTUPAN JALAN JANGKA PANJANG DI LEBUHRAYA KL-SEREMBAN (ARAH KL)

Free ebook. Cara penggunaan product

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

1. Mechanics Make a minimum payment of RM 5 with Pay function using the Touch n Go ewallet to receive random cashback up to RM 888.

PEPERIKSAAN JULAI 2010

PERSOALAN PENDAHULUAN DALAM HPI

INSTRUCTION : This section consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) only.

ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN

Frequently Asked Questions (FAQ)

Seminar Penyedia Latihan ezskill Bersama JPK Wilayah Sarawak

JA606: VEHICLE DYNAMICS. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

STRUCTURE : 100 MARKS STRUKTUR : 100 MARKAH. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

FINITE ELEMENT (FE) MODEL OF BRAKE INSULATOR IN REDUCING BRAKE SQUEAL NOISE FOR MOTORCYCLES MUNDHER FADHIL ABDULRIDHA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGENALAN MISI SYARIKAT INI ADALAH PENGLIBATAN SECARA AKTIF DALAM ARUS PEMBANGUNAN DAN EKONOMI NEGARA.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. QUOTATION NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

A FREQUENCY CONTROLLER USING FUZZY IN ISOLATED MICROGRID SYSTEM

MyBot Bridge. 2 pasukan 4 peserta (2 wakil politeknik, 2 wakil sekolah) TEAM PELAJAR MyBot Operator Mentor 2

masa exam p.akaun ialah masa pindahkan jurnal ke dlm lejar.proses ni membuatkan sy pening.dan sy sering letakkan butir akaun d tempat yg slh.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

Get rewarded, download the Touch n Go e-wallet. Get standard or preferred TGV seats for RM7 before 7pm on 7 July.

GARNIER MALAYSIA Peraduan Menangi BMW Ice Watch bernilai RM500 setiap satu untuk. 20 pemenang bersama Watsons Malaysia

MEMACU POTENSI INDUSTRI DAN MASYARAKAT

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

ANUGERAH & Syarikat Insurans Terbaik, Malaysia

NUMERICAL ANALYSIS OF ELASTOHYDRODYNAMIC LUBRICATION WITH BIO-BASED FLUIDS DEDI ROSA PUTRA CUPU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI DAN SISTEM PEMARKAHAN POSTER DI PUSAT PERMATA PINTAR

EAL 574/4 Perancangan & Dasar Pengangkutan

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG & JALAN KUCHING 08 JUN 2018

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

CURRENT CARRYING CAPABILTY OF POLYESTER CARBON COATED FOR ELECTRICAL CONDUCTOR MOHD HAIDIR BIN MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Board of Directors 20 FRASER & NEAVE HOLDINGS BHD ( V) LEMBAGA PENGARAH

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. QUOTATION NOTICE (Via eprocurement)

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN DIRECT DEBIT

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

NATIONAL LAND FINANCE CO OPERATIVES SOCIETY(NLFCS)

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. Bahagian ini pengkaji akan melaporkan hasil kajian mengikut persoalan kajian

$'11,n n, Lffi MALAYSIA. PEPERIKSAAI\ AKHIR SEMESTER II sesr PERALATAN BINAAN BPD BPC APRIL 2OO9 2 JAM 30 MINIT

Laporan Status Pasaran Harta Tanah Property Market Status Report

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

STD 093/6/4. 1 November 2015 ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 NOVEMBER DISEMBER 2015

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PROSES PINJAMAN PERALATAN (ASSET BOOKING)

MENCORAK PENERAJU PASARAN

UCAPAN BAJET TAHUN Oleh YAB DATO SERI ABDULLAH BIN HJ. AHMAD BADAWI PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN

Amir Hussain Md. Ishak Ketua Pustakawan, Universiti Putra Malaysia Pengerusi PERPUN

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

PENGURUSAN FASILITI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) KG. BARU HICOM, SHAH ALAM AINA SUHADA BINTI ABDULLAH

SECTION A : 100 MARKS BAHAGIAN A : 100 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

Sijil Pendaftaran Syarikat

PUBLIC GREATER CHINA FUND

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

Garis panduan ini menerangkan tatacara pengurusan pengkomersilan hasil penyelidikan.

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM PEMANTAUAN GILIRAN DI HOSPITAL CANSELLOR TUANKU MUKHRIZ. Nursyakirah Hamimah Binti Mohamad Halim Prof. Dr.

SMART METER-TNB DUAL TARIFF FOR DOMESTIC APPLICATION NASYRAH BT ABDUL RAHIM

1. SAMBUNGAN PENUTUPAN JALAN BERKALA DI LEBUHRAYA KL-SEREMBAN, KM310.5 ARAH SELATAN

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

OPTIMAL ANTI LOCK BRAKING SYSTEM WITH REGENERATIVE BRAKING IN HYBRID ELECTRIC VEHICLE DANA DEHGHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG DAN JALAN IPOH 13 JUN 2018

pengarah profil para Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif

PB ASIA CONSUMER SECTOR FUND (PB DANA SEKTOR PENGGUNA ASIA) (PBACSF)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PUBLIC INDIA-GLOBAL EQUITY FUND

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR, JALAN KEPONG DAN JALAN JINJANG PERMAI 2 21 JUN 2018

APLIKASI GO AMBULANCE

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) questions.

EEK 475 ECONOMY AND MANAGEMENT ON POWER SYSTEM

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

Transcription:

NO SOALAN :20 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DARIPADA PERTANYAAN : V.B. TUAN WONG CHEN (KELANA JAVA) LISAN TARIKH 25.11.2014 Y.B. TUAN WONG CHEN [ KELANA JAVA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- a) daripada 6,000 pekerja yang bakal hilang kerja dalam cadangan penstrukturan semula Penerbangan Malaysia (MAS), apakah peratusan orang yang terdiri daripada pekerja pengurusan pertengahan dan pengurusan atasan; dan b) berapakah jumlah pengarah yang bakal hilang kerja dalam penstrukturan semula MAS.

JAWAPAN Tuan Yang di-pertua, Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, menurut piawaian dan penanda aras industri bagi syarikat penerbangan yang mempunyai persamaan dengan MAS dari segi saiz, laluan dan pelan perniagaan, jumlah optimum tenaga kerja yang diperlukan oleh MAS adalah seramai kira-kira 14,000 orang bagi memastikan operasi yang cekap dan produktif. justeru itu, adalah dianggarkan seramai kira-kira 6,000 pekerja akan terlibat dalam proses pemberhentian (retrenchment). Ketika ini, MAS giat melaksanakan proses tapisan untuk menentukan outfit terbaik dari semua peringkat pengurusan dan sokongan bagi memperoleh kos operasi yang optimum. Bagi memberikan sokongan kepada kira-kira 6,000 kakitangan MAS yang terlibat dalam proses pemberhentian tersebut, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) akan menubuhkan sebuah pusat khas atau Outplacement Centre (OPC) di bawah Pelan Penyusunan Semula MAS. OPC

ini akan menyediakan khidmat sokongan berkaitan yang diperlukan oleh pelbagai kumpulan pekerja yang akan meninggalkan MAS. lni termasuklah sokongan profesional, emosi dan kewangan untuk membantu mereka bera.lih pekerjaan ke peringkat seterusnya dalam kerjaya masing-masing. OPC akan diletakkan di bawah naungan Pusat Latihan Semula Korporat (CRC) yang ditubuhkan bagi penyusunan semula dan sokongan perkhidmatan. CRC akan meliputi bidang seperti perancangan kewangan dan persaraan, panduan kerjaya dan kaunseling, penjalinan hubungan dengan majikan serta badan-badan berkanun yang berpotensi. Tuan Yang di-pertua, Perjumpaan dengan kakitangan MAS menerusi beberapa sesi turun padang yang telah diadakan menunjukkan bahawa terdapat sokongan meluas ke atas penubuhan CRC dan OPC daripada kakitangan MAS di samping keinginan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai penyusunan semula ini. Kesatuan pekerja MAS berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai CRC dan OPC, khususnya jenis

Latihan Semula yang disediakan, proses pemilihan, tempoh latihan, dan jangka masa untuk menyiapkan pusat tersebut. Penempatan semula 6,000 orang pekerja dan jumlah pampasan bagi skim pemberhentian i ni sedang dimuktamadkan sementara menunggu penyelesaian program penilaian bakat yang sedang dilaksanakan di MAS. Selain daripada skim pemberhentian, Khazanah juga sedang menilai skim untuk memastikan bahawa bakat terbaik diberi insentif dan dikekalkan dalam "MAS Baru". Memandangkan jumlah dana yang besar serta usaha dan masa yang banyak diperlukan untuk menjayakan Pelan Pemulihan MAS ini, adalah kritikal bagi Kerajaan untuk memastikan pembentukan sebuah syarikat penerbangan yang berjaya dan mampan yang dapat menyumbang kepada ekonomi negara menjelang penghujung pelaksanaan rancangan ini. Oleh itu, Khazanah komited untuk memastikan proses pemindahan, penghijrahan dan pemberhentian yang melibatkan kakitangan MAS dilaksanakan dengan penuh cermat, adil dan menurut proses yang ditetapkan bagi meminimumkan kesan kepada mereka yang terlibat.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT SOALAN: 21 PERTANYAAN DARIPADA LIS AN YB DATO' NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG 1 TARIKH 25 NOVEMBER 2014 (SELASA) SO ALAN Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong 1 minta PERDANA MENTERI menyatakan pencapaian program-program yang dilaksanakan oleh Talent Corp sehingga kini dan bagaimana ia telah menyumbang kepada pembangunan modal insan tempatan dan ukuran sumbangannya kepada pembangunan ekonomi negara secara keseluruhan.

JAWAPAN: VB SENATOR DATO' SRI ABDUL WAHID OMAR, MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang di-pertua, 1. Sejak ditubuhkan pada 2011, TalentCorp bertindak menangani isu keperluan tenaga berkemahiran tinggi dalam negara melalui kerjasama efektif (effective partnership) bersama sektor awam dan swasta melalui empat inisiatif iaitu: a. Pertamanya, meningkat kebolehpasaran graduan; b. Keduanya, menggalakkan kepelbagaian bakat khususnya modal insan wanita; c. Ketiganya, menarik kepulangan profesional Malaysia di luar negara; dan d. Keempatnya, memudahcara bakat asing berkemahiran tinggi untuk terus bekerja di Malaysia. 2. Kejayaan inisiatif TalentCorp boleh dilihat melalui Laporan Tahunan Program Transformasi Ekonomi (ETP} 2013 seperti berikut: Bil.., KPI -- Sa saran Sebenar ' :... ' -. ~-.. -... 1. Bilangan permohonan yang diluluskan di bawah Returning Expert Programme 1,200 900 (REP) - 2. Bilangan permohonan yang diluluskan di bawah Resident 800 859 Pass-Talent (RP-T) 2

3. Pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam {JPA) di bawah inisiatif Scholarship 400 424 Talent Attraction & Retention (STAR) 4. Bilangan tempat latihan yang diisi di bawah Structured 10,000 10,824 Internship Programme (SIP) 3. Walaupun TalentCorp lebih dikenali dengan usaha memudahkan kepulangan profesional warga Malaysia di luar negara, peranan dan usaha yang lebih besar sebenarnya diberikar. ur.tuk membangt.:n dan memanfaatkan secara optimum bakat yang tersedia di tanahair. Sebagai contoh, melalui inisiatif peningkatan kebolehpasaran (employability) graduan universiti tempatan, fokus diberikan kepada 3 aspek penting iaitu untuk meningkatkan kesedaran (awareness), pendedahan (exposure) dan kebolehpasaran graduan. Pencapaian melalui program Graduate Employability Management Scheme (GEMS) dan Upskilling dapat dilihat apabila lebih 85o/o daripada peserta kedua-dua program ini mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan selepas menamatkan program. Daripada lebih 500 majikan yang mengambil bahagian dalam program GEMS, hampir 30 /o adalah syarikat multinasional. 4. Selain daripada itu, TalentCorp juga giat menggalakkan kepelbagaian gender dan penyertaan dalam tenaga kerja. Melalui usaha ini, portal Flexworklife telah dilancarkan pada bulan Julai 2013 sebagai satu repositori idea-idea dan amalan terbaik mengenai pengaturan kerja yang fleksibel dan kemudahan yang 3

mesra keluarga. Sehingga September 2014, lebih 70 majikan termasuk syarikat multinasional telah mengambil bahagian melalui hampir 350 iklan kerjaya separuh masa dan fleksibel. Tuan Yang di-pertua, 5. Bagi memudahcara kepulangan tenaga profesional Malaysia di luar negara untuk kembali berkhidmat dalam negara pula, Kerajaan melalui TalentCorp telah melaksanakan Returning Expert Programme (REP). Sejak pelaksanaannya dikendalikan oleh TalentCorp pada 2011, hampir 3,000 profesional warga Malaysia telah diluluskan di bawah program ini sehingga Ogos 2014. 6. Usaha TalentCorp dalam memanfaatkan pengetahuan profesional Malaysia dari luar negara tidak hanya terhad dengan memudahcara kepulangan mereka ke tanah air. Jaringan modal insan berkemahiran tinggi iaitu Global Malaysian Network (GMN) juga telah diwujudkan. Jaringan ini merupakan platform yang memudahcara usaha rakyat Malaysia di luar negara untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat yang memanfaatkan golongan modal insan tempatan. 7. Sebagai contoh, beberapa siri perkongsian pengetahuan telah diadakan di antara pakar-pakar Malaysia di luar negara dengan organisasi serta syarikat di Malaysia seperti berikut: a. Usaha sama pakar penyelidik di antara Universiti Cambridge dengan Collaborative Research in Engineering, Science & Technology (CREST); 4

b. Perkongsian pengetahuan pakar solar dari Belgium dengan syarikat semikonduktor di Pulau Pinang; dan c. Usaha sama warga Malaysia yang berkhidmat di Silicon Valley dan Washington dengan agensi-agensi seperti Multimedia Development Corporation (MDeC), Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) dan Small and Medium Enterprises Corporation (SMECorp) untuk membantu meningkatkan daya saing dan membuka jaringan keusahawanan yang lebih mapan kepada syarikat-syarikat tempatan. 8. TalentCorp juga memainkan peranan dengan meningkatkan kesedaran mengenai peluang-peluang kerjaya yang ditawarkan di tanahair melalui program temu seru (outreach) serta pameran kerjaya kepada golongan profesional dan pelajar Malaysia. Para profesional juga dihubungkan dengan majikan yang berpotensi di Malaysia melalui pelbagai platform. Pada September 2014, portal Global Malaysian (http://mystarjob.com/globalmalaysians) telah dilancarkan sebagai satu medium hebahan yang menyenaraikan peluang kerjaya di dalam negara yang disasarkan kepada profesional warga Malaysia di seberang laut. Tuan Yang di-pertua, 9. Bagi memudahcara bakat berkemahiran tinggi asing bekerja di Malaysia, TalentCorp juga bekerjasama dengan Jabatan lmigresen Malaysia (JIM) melalui pemberian/kelulusan kemudahan RP-T. Sebagai tambahan kepada kejayaan program RP-T, Sahagian Khidmat Ekspatriat (Expatriate SeNices Division - ESD), JIM juga 5

telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada bulan Julai 2014. Melalui ESD, ekspatriat dan pihak majikan tidak perlu lagi berurusan dengan pelbagai bahagian berlainan di JIM. ESD berperanan sebagai pusat sehenti kepada ekspatriat dalam menyediakan semua urusan imigresen melalui satu platform data bersepadu dan secara talian. 10. Dalam mendepani cabaran talent war, dengan izin, yang dihadapi di peringkat global pada hari ini, TalentCorp akan terus melipatgandakan usaha melalui pelbagai pendekatan dalam melaksanakan mandat untuk memudahcara keperluan modal insan berkemahiran tinggi yang diperlukan dalam sektoi ekonomi utama negara bagi memacu ETP dalam mencapai matlamat menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Sekian, terima kasih. 6

SOALAN ( 22) PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA PERTANYAAN TARIKH DARIPADA LIS AN 25 NOVEMBER 2014 [SELASA] Y.B. DR. MICHEL TEO YU KENG [ MIRI] SOALAN.- Y.B. DR. MICHEL TEO YU KENG [ MIRI ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan :- (a) apakah langkah-langkah penyelesaian masalah setinggan di Bandaraya Miri di mana keadaan rumah setinggan adalah usang lagi mudah dimusnahkan dan atap rumahnya akan berterbangan apabila ditiup oleh angin pada musim hujan. Tambahan pula dengan keadaan yang tiada bekalan air dan elektrik dibekalkan; dan (b) langkah diambil untuk memastikan go Iongan sasar seperti setinggan mendapat fokus utama Kementerian apabila perancangan pembinaan rumah mampu milik dilaksanakan. 1

JAWAPAN :- Tuan Yang di-pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa kini Jabatan Perumahan Negara (JPN) sedang dalam peringkat pembinaan 500 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Lambir, Miri, Sarawak. PPR merupakan program di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di mana ia merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu golongan setinggan dan golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan kemudahan perumahan yang selesa pada harga yang berpatutan. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan November 2014 2