AKTA BAHAGIAN VII PENGENALAN: LEARNING OBJECTIVES: LERNING OUTCOMES:

Similar documents
TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN DIRECT DEBIT

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

PERMOHONAN BEKALAN ELEKTRIK

Item Bil Description of Works Remarks Main Switch Board

1. Mechanics Make a minimum payment of RM 5 with Pay function using the Touch n Go ewallet to receive random cashback up to RM 888.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. QUOTATION NOTICE (Via eprocurement)

Frequently Asked Questions (FAQ)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

Get rewarded, download the Touch n Go e-wallet. Get standard or preferred TGV seats for RM7 before 7pm on 7 July.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

LIVING CARE. Critical Illness Insurance

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

Warta Kerajaan S E R I P A D U K A B A G I N D A

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PEPERIKSAAN JULAI 2010

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

GARNIER MALAYSIA Peraduan Menangi BMW Ice Watch bernilai RM500 setiap satu untuk. 20 pemenang bersama Watsons Malaysia

a) Korporat" bermaksud Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Berhad sebagaimana yang ditakrifkan di bawah undang-undang Malaysia.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. QUOTATION NOTICE (Via eprocurement)

STRUCTURE : 100 MARKS STRUKTUR : 100 MARKAH. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi ENAM (6) soalan esei. Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-496/16 DI ANTARA MOHAMED ASHARAT BIN RAMZAN ALI DAN HORNBILL SKYWAYS SDN BHD AWARD NO.

JA606: VEHICLE DYNAMICS. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

Free ebook. Cara penggunaan product

PERSOALAN PENDAHULUAN DALAM HPI

KUCHING. MEKANlKAL SULIT POLITEKNIK SULIT 8.30PG PG (2 JAM) TARIKH: 08 NOVEMBER 2010 (ISNIN) Jangan buka kertas soalan ini sehingga diberitahu.

Promosi ini dianjurkan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd ("PayNet") ("Penganjur") dengan kerjasama SME Corporation Malaysia.

PAY WITH YOUR PIN BAYAR DENGAN PIN ANDA

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

EEK 468 ELECTRICAL MACHINES AND DRIVES

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEM 253 REKABENTUK MEKATRONIK I

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 JUN 2018 HINGGA 31 JULAI 2018

$'11,n n, Lffi MALAYSIA. PEPERIKSAAI\ AKHIR SEMESTER II sesr PERALATAN BINAAN BPD BPC APRIL 2OO9 2 JAM 30 MINIT

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

KAEDAH-KAEDAH LALU LINTAS JALAN (LARANGAN PEMANDUAN KENDERAAN BARANGAN) (NO. 2) 2017

Enjoy 30% off when you book a Touch 'n Go ewallet-branded SOCAR at selected special zones!

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

Cara-cara permohonan: 1) Mengemukakan surat permohonan rasmi 2) Mengemukakan salinan kad pengenalan Penama yang telah ditetapkan 3) Mengemukakan

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 MEI 2018 HINGGA 30 JUN 2018

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structures questions. Answer FOUR (4) questions only.

PB604 : BUSINESS FINANCE

UPNM BUSINESS CENTRE SDN. BHD. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELETUPAN) 2013 MINERAL DEVELOPMENT (BLASTING) REGULATIONS 2013

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

INSTRUCTION : This section consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) only.

EEK 475 ECONOMY AND MANAGEMENT ON POWER SYSTEM

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

YEOH THIAM POH lwn. PLAS INDUSTRIES SDN BHD & SATU LAGI

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structure questions. Answer any FOUR (4) questions.

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

APPLICATION OF DEMAND SIDE MANAGEMENT STRATEGIES TO REDUCE ENERGY CONSUMPTION IN UNIVERSITY BUILDINGS NAJAATUL FARIHAH BINTI HAMIDI

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

Nama Syarikat: No. Pendaftaran: Tarikh Ditubuhkan : Aktiviti Utama Perniagaan: Alamat: No Telefon: No Fax: Poskod: Bandar: Negeri:

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) questions.

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U)

Gold Standard / Standard Emas 999 (24K) 950 (23K) N/A 916 (22K) N/A 875 (21K) N/A X 835 (20K) N/A X 750 (18K) N/A X

PUBLIC e-flexi ALLOCATION FUND (PUBLIC DANA e-flexi ALOKASI) (PeFAF)

MODELLING OF THROUGH-THE-ROAD HYBRID ELECTRIC VEHICLE OKE PAUL OMEIZA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PROSES PINJAMAN PERALATAN (ASSET BOOKING)

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

KANDUNGAN CONTENTS. Ringkasan Indeks Perdagangan Luar Negeri (IPLN) 1-3 Summary of External Trade Indices (ETI)

CONTROL OF INVERTED PENDULUM-CART SYSTEM BASED ON FUZZY LOGIC APPROACH HASRULNIZAM BIN HASHIM

KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PEDIDIKAN TINGGI ARAHAN PERUBAHAN KERJA APK NO. 01

1. SAMBUNGAN PENUTUPAN PENUH JALAN JANGKA PENDEK SECARA DUA PERINGKAT DI JALAN RAYA SATU (MALAM)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

EEK 470 ELECTRICAL POWER DISTRIBUTION SYSTEM [SISTEM PENGAGIHAN ELEKTRIK KUASA]

TERMA & SYARAT KREDIT KAD UOB

GOLD RUSH TERMS AND CONDITIONS

Cara-cara permohonan: 1) Mengemukakan surat permohonan rasmi 2) Mengemukakan salinan kad pengenalan Anggota dan waris yang ingin dipindah milik 3)

THE STUDY ON THE IMPACT OF CONSTANT POWER LOAD TO A DIRECT CURRENT POWER SYSTEM DRIVEN BY PHOTOVOLTAIC, WIND - THYRISTOR RECTIFIER AND LINEAR SOURCES

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN JENAYAH KES NO. 42K-4-01/2016 & 42K-6-02/2016 ANTARA LAWAN

Frequently Asked Questions MUAMALAT GOLD-i Account

OPTIMAL LOCATION OF THYRISTOR CONTROLLED SERIES COMPENSATOR USING SENSITIVITY APPROACH NEW HUANG CHIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PUBLIC e-cash DEPOSIT FUND (PUBLIC DANA e-deposit TUNAI) (PeCDF)

Garis panduan ini menerangkan tatacara pengurusan pengkomersilan hasil penyelidikan.

FINITE ELEMENT (FE) MODEL OF BRAKE INSULATOR IN REDUCING BRAKE SQUEAL NOISE FOR MOTORCYCLES MUNDHER FADHIL ABDULRIDHA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SECTION A : 100 MARKS BAHAGIAN A : 100 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

PUBLIC e-islamic CASH DEPOSIT FUND

2. THE CONTRACT WORKS 1. THE PROPOSER BORANG CADANGAN BAGI SKIM TAKAFUL KONTRAKTOR SEMUA RISIKO PROPOSAL FORM FOR CONTRACTOR S ALL RISK TAKAFUL / /

Transcription:

AKTA BAHAGIAN VII PENGENALAN: Dalam bab ini pelatih-pelatih akan dapat menjelaskan dan menghuraikan dengan terperinci langkah-lankah dan tindakan yang perlu diambil oleh mana-mana pihak pengurusan majikan atau mana-mana premis apabila sabitan hal-hal kemalangan atau kebakaran yang melibatkan elektrik berlaku. Sekiranya hal ini berlaku perkara yang disebutkan tadi perlu dengan segera melaporkan kejadian itu terus kepada pihak Suruhanjaya bagi tindakannya selanjutnya. Pelatih juga akan dapat menjelaskan, menghuraikan dan memahami jenis-jenis kesalahan dan penalti yang dikenakan diatas kesalahan. LEARNING OBJECTIVES: Pelatih-pelatih mesti boleh:- Huraikan Penyiasatan oleh Suruhanjaya Tenaga sekiranya berlaku kemalangan atau kebakaran melibatakan elektrik. Huraikan jenis-jenis kesalahan dan tindakan penalti yang patut dikenakan. LERNING OUTCOMES: Di akhir pembelajaran pelatih-pelatih berkemampuan: Menghuraikan Penyiasatan oleh Suruhanjaya Tenaga sekiranya berlaku kemalangan atau kebakaran melibatakan elektrik. Menghuraikan maksud-maksud dalam Akta dan Peraturan ini Merujuk dalam akta dan peraturan ini berkaitan dengan kes-kes elektrik yang berlaku 25

SUB TOPIC: 3.0 PART VII NOTIFICATTION OF ACCIDENT OR FIRE SUB SUB TOPIC: 3.1.1 Seksyen 33: Serious Accident to be Reported, Investigation by The Commission Information: BAHAGIAN VII Kemalangan serius hendaklah dilaporkan. Penyiasatan oleh Suruhanjaya. 33. (1) Bilamasa apa-apa kemalangan atau kebakaran yang menyebabkan atau mengakibatkan kehilangan nyawa atau cedera kepada mana-mana orang atau kerosakan serius pada harta telah berlaku berkaitan dengan apa-apa pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik, pemunya, pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan dan pihak pengurusannya hendaklah melaporkan kemalangan atau kebakaran itu kepada Suruhanjaya mejalui cara yang tercepat yang ada, dan kemudiannya, dengan seberapa sedikit kelengahan yang mungkin, hendaklah melaporkan secara bertulis kepada Suruhanjaya mengenai fakta-fakta perkara itu setakat yang diketahui oleh mereka masingmasing. (2) Suruhanjaya hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik apabila menerima laporan pertama mengarahkan seseorang pegawai diberi kuasa supaya - (a) melawat tempat di mana kemalangan atau kebakaran itu berlaku; (b) membuat penyiasatan permulaan mengenai hal keadaan itu; (c) merekodkan secara bertulis dapatan-dapatannya yang boleh disokong dengan fotograf-fotograf yang relevan, selepas penyiasatan itu; (d) diberikan fotograf, laporan perubatan atau dokumen relevan lain daripada mana-mana orang atau pihak berkuasa tanpa apa-apa pembayaran fee dan 26

orang atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi apa-apa permintaan sedemikian; (e) mengemukakan laporannya kepada Pengerusi; dan (f) jika telah berlaku apa-apa kehilangan nyawa atau terdapat sebab mempercayai bahawa mana-mana orang telah dicederakan sehingga membawa maut, menghantar suatu salinan dapatannya kepada majistret yang terdekat. (3) Sekiranya berlaku kehilangan nyawa atau cedera parah kepada mana-mana orang disebabkan oleh apa-apa kemalangan atau kebakaran berkaitan dengan manamana pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik, tiada pengubahpindaan atau penambahan boleh, tanpa keizinan Suruhanjaya, dibuat pada mana-mana bahagian pepasangan, loji atau kelengkapan itu yang mungkin telah membantu menyebabkan kemalangan atau kebakaran itu dan tiada apa-apa pengubahpindaan boleh dibuat, tanpa keizinan itu, pada tempat berlakunya kemalangan atau kebakaran sehinggalah pegawai diberi kuasa telah menyelesaikan penylasatannya: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung di dalam seksyen ini boleh berkuatkuasa untuk mengganggu kerja penyelamatan atau kerja yang perlu bagi keselamatan am nyawa atau harta. (4) Jika berdasarkan suatu penyiasatan permulaan di bawah subseksyen (2) ternyata kepada pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan itu bahawa terdapat sebab untuk mempercayai bahawa kemalangan atau kebakaran itu telah disebabkan oleh apa-apa kegagalan untuk mematuhi Akta ini atau apa-apa perintah sah yang diberikan oleh Suruhanjaya, atau jika pegawai diberi kuasa yang rnembuat penyiasatan itu berpuas hati bahawa kemalangan atau kebakaran itu mungkin boleh dicegah jika langkah berawas-awas yang wajar telah diambil dan dipatuhi semasa mengerjakan mana-mana pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik, Suruhanjaya boleh menyiasat hal keadaan kemalangan atau kebakaran itu dengan lebih lanjut berserta dengan pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan permulaan itu dan jika Suruhanjaya berpendapat bahawa presiding jenayah patut dibawa terhadap mana-mana orang, maka Suruhanjaya hendaklah 27

mengemukakan kepada Pendakwa Raya suatu salinan laporan pegawai diberi kuasa itu dengan pendapat Suruhanjaya mengenai hal keadaan dan dapatan itu. (5) Mana-mana orang yang terlibat dengan mana-mana penyiasatan yang diadakan di bawah seksyen ini berhak, apabila dibayar fi yang ditetapkan, menerima suatu salinan laporan, pendapat dan pernyataan Suruhanjaya dalam perjalanan penyiasataannya. (6) Mana-mana orang yang, tanpa sebab sah, melanggar atau gagal mematuhi subseksyen (1) dan (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi lima ribu ringglt. 28

Soalan 1 : Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak Suruhanjaya Tenaga setelah medapat laporan kemalagan atau kebakaran? Jawapan 1: Melantik seorang pegawai yang diberi kuasa untuk menyiasat kes tersebut seperti yang ada pada Seksyen 33 Sub 2, 3, 4 dan 6 sehinggalah kes tersebut selesai. Soalan 2: Berapakah bayaran denda yang disabitkan kesalahan dalam seksyen ini? Jawapan 2: Bayaran denda itu ialah sebanyak tidak Lima Ribu Ringgit. (RM5 K) 29

SUB TOPIC: 3.1 BAHAGIAN IX KESALAHAN DANPENALTI SUB SUB TOPIC: 3.1.1 Seksyen 37 PENERANGAN: BAHAGIAN IX Kesalahan-kesalahan. 37. (1) Mana-mana orang yang mengganggu atau melaraskan apa-apa pepasangan atau bahagiannya atau mengilang atau mengimport atau menjual apa-apa kelengkapan sehingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan bahaya kepada nyawa atau anggota badan manusia atau kerosakan pada mana-mana kelengkapan atau harta lain adalah melakukan suatu kesalahan dan bagi setiap kesalahan sedemikian, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (2) Mana-mana orang yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan gopoh atau cuai menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada mana-mana orang atau harta berkenaan dengan mana-mana pepasangan atau kelengkapan atau suatu bahagiannya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (3) Mana-mana orang yang mengikut apa-apa cara dengan curang - (a) mengambil elektrik; (b) menggunahabis elektrik; (c) mengguna elektrik; (d) mengubahpinda indeks apa-apa meter atau alat lain yang digunakan di atas atau berkaitan dengan apa-apa pepasangan mana-mana 30

(e) pihak berkuasa bekalan atau mana-mana pepasangan berlesen untuk merekodkan keluaran atau penggunahabisan elektrik; atau menghalang apa-apa meter atau alat sedemikian daripada merekodkan dengan sempurnanya keluaran atau penggunahabisan elektrik, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara 'selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (4) Mana-mana orang yang, berlanggaran dengan seksyen 9, menggunakan, mengerjakan atau mengendalikan atau membenarkan digunakan, dikerjakan atau dikendalikan apa-apa pepasangan adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiaphari atau sebahagian daripada sehariselama kesalahan itu berterusan selepas sabitan. (5) Mana-mana orang yang berlanggaran dengan seksyen 9, membekalkan elektrik daripada suatu pepasangan kepada atau bagi penggunaan manamana orang adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, dan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan. (6) Mana-mana pemegang lesen yang tanpa kebenaran nyata daripada Suruhanjaya membekalkan elektrik atau meletakkan apa-apa talian bekalan atau membina apa-apa kerja elektrik di luar kawasan bekalan yang dinyatakan dalam lesennya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi lima ribu ringgit, dan mana-mana talian atau kerja tak dibenarkan sedemikian boleh, selepas sabitan, dialihkan mengikut perintah Surahanjaya, dan jikaperintah itu tidak dipatuhi, kos-kos munasabah bagi pengalihan sedemikian boleh didapatkan kembali daripada pemegang lesen. 31

(7) Mana-mana pemegang lesen yang tanpa sebab yang sah gagal mematuhi apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan. (8) Mana-mana orang yang gagal atau abai untuk mendaftarkan apa-apa pepasangan di bawah seksyen21 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan apabila disabitkan, denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan. (9) Mana-mana orang yang, tanpa kebenaran yang wajar, memadamkan atau merosakkan apa-apa lampu awam atau merosakkan atau mencacatkan apaapa tiang, pendakap atau kaedah lain bagi menopangkan suatu lampu awam adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (10) Mana-mana orang yang tanpa keizinan sah daripada pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, melekatkan atau menyebabkan dilekatkan apa-apa iklan, bil atau notis atau apa-apa kertas pada atau atas, atau selainnya mencacatkan apa-apa bangunan, tiang atau pendakap atau kelengkapan lain atau kepungannya yang digunakan bagi atau berkaitan dengan apa-apa pepasangan awam adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi satu ribu ringgit. (11) Mana-mana orang yang dengan sengaja atau dengan cuai - (a) menyebabkan pembaziran elektrik yang dilencongkan dari aliran perjalanannya yang patut; atau 32

(b) memecahkan, menumbangkan, menyebabkan dijatuhkan atau dirosakkan apa-apa talian bekalan, tiang, pancang atau kelengkapan, pepasangan atau mana-mana bahagian daripadanya yang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang bersambung dengan bekalan elektrik,adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dlkenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (12) (a) Tiada seorang pun tanpa kebenaran sah daripada pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengusahakan apa-apa kerja atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti berhampiran dengan apa-apa pepasangan elektrik atau sebahagian daripadanya mengikut cara yang berkemungkinan mengganggu mana-mana pepasangan elektrik atau menyebabkan bahay a kepada mana-mana orang atau harta. (b) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya. (13)(a) Tiada seorang pun boleh memasang apa-apa pendawaian atau persambungan elektrik pada pendawaian yang ada. pada mana-mana premis tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada suatu pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen. (b) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan apabila disabitkan, denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (14) Mana-mana orang yang merosakkan apa-apa meter atau alat lain yang digunakan atas atau berkaitan dengan mana-mana pepasangan berlesen bagi merekodkan keluaran atau penggunahabisan elektrik adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima 33

ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya. (15) Mana-mana orang yang didapati bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, denda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan. (16) Bilamasa mana-mana ejen atau pengkhidmat dalam menjalankan pekerjaannya melakukan atau tidak meninggalkan daripada melakukan sesuatu perbuatan yang perlakuan atau peninggalan daripada melakukan perbuatan itu oleh prinsipal atau majikannya akan menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini, maka ejen atau pengkhidmat itu adalah melakukan kesalahan itu, dan prinsipal atau majikannya dan mana-mana orang yang pada masa perbuatan atau peninggalan itu adalah penjaga perniagaan yang berkenaan dengannya perbuatan atau peninggalan itu berlaku adalah melakukan kesalahan itu melainkan jika prinsipal atau majikan atau mana-mana orang sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, membuktikan sehingga memuaskan had mahkamah bahawa dia telah mengambil segala langkah dan awasan yang munasabah untuk mencegah perbuatan atau peninggalan itu. 34

Soalan 1: Nyatakan ada berapakah Sub kesalahan dan Penalti dibawah Seksyen 37? Jawapan 1: 16 Sub. Soalan 2: Sekiranya sebuah pengilang mengeluarkan barang elektrik yang tidak terjamin kualiti dan keselamatan keatas pengguna terhadap barangan keluarannya, maka dibahagian Sub seksyen mana yang harus dirujuk bagi hujah ini? Jawapan 2: Sub Seksyen 37 (1). 35

SUMMARY Di dalam modul ini pelatih telah mempelajari: 1. Kemalangan serius hendaklah dilaporkan. Penyiasatan oleh Suruhanjaya. Seksyen 33. 2. Kesalahan dan Penalti. Jenis-jenis Kesalahan. Seksyen 37 REFERENCES 1. Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (MDC Publisher Sdn Bhd) 36