Saya / kami akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya / kami. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Tandatangan

Similar documents
FINITE ELEMENT (FE) MODEL OF BRAKE INSULATOR IN REDUCING BRAKE SQUEAL NOISE FOR MOTORCYCLES MUNDHER FADHIL ABDULRIDHA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRIINDIVIDU, REKA BENTUK LATIHAN DAN PERSEKITARAN KERJA DENGAN PEM INDAHAN LATIHAN DI SWM ENVIRONMENT SDN BHD.

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structure questions. Answer any FOUR (4) questions.

ZULHILMI AFIQ BIN ZULKIFLE

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

KECEKAPAN HABA EKZOS DAN PENGGUNAAN BAHAN API TENTU BREK (BSFC) ENJIN DIESEL DENGAN BAHAN API BIODIESEL

FLUID AND HEAT FLOW PERFORMANCE IN HEAT EXCHANGER NURLIYANA BINTI MOHD NADZRI

MENGANALISA KEROSAKAN PENYERAP SHIMMY (SHIMMY DAMPER) TERHADAP UNIT PENDARATAN PESAWAT RINGAN (MODEL:EAGLE 150B). NORIZAL BIN ARSHAD

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

GEAR RATIO INVESTIGATION OF AUTOMOTIVE MANUAL TRANSMISSION MUHAMAD AMIR SHAH ARIF HARUN. A thesis submitted in partial fulfillment of the

INSTRUCTION : This section consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) only.

MEMBANGUNKAN PENJANA ELEKTRIK MUDAH ALIH MENGGUNAKAN CECAIR PETROLEUM GAS MOHD RIDZUAN BIN JAMIL UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SENARAI KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN PENGISTIHARAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) questions.

KAJIAN MENGENAI DAYA AERODINAMIK PADA SAYAP HADAPAN KERETA LUMBA MENGGUNAKAN KAEDAH SIMULASI CFD MIRNI BINTI ABDUL GHANI

MODELLING OF THROUGH-THE-ROAD HYBRID ELECTRIC VEHICLE OKE PAUL OMEIZA

THE STUDY ON THE IMPACT OF CONSTANT POWER LOAD TO A DIRECT CURRENT POWER SYSTEM DRIVEN BY PHOTOVOLTAIC, WIND - THYRISTOR RECTIFIER AND LINEAR SOURCES

DESIGN AND SIMULATION OF PRECHAMBER WITH HIGH PRESSURE CNG INJECTOR SYSTEM FOR SINGLE CYLINDER FOUR STROKE ENGINE MOHD FADZLI BIN MAT LAZIM

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

CONTROL OF INVERTED PENDULUM-CART SYSTEM BASED ON FUZZY LOGIC APPROACH HASRULNIZAM BIN HASHIM

SIMULATION OF AUTOMATIC STEERING SYSTEM ZULFADLI BIN KASMANI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

OPTIMAL LOCATION OF FACTS FOR ATC ENHANCEMENT BY USING SENSITIVITY ANALYSIS RAIMON OMAR AL SHAIKH SALEM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA REDUCTION OF TOTAL HARMONIC REDUCTION IN TORQUE CHARACTERISTICS IN TWO-PHASE SIDE BY SIDE BRUSHLESS DC MOTOR NG SENG SHIN

SISTEM PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

A FREQUENCY CONTROLLER USING FUZZY IN ISOLATED MICROGRID SYSTEM

OPTIMAL ANTI LOCK BRAKING SYSTEM WITH REGENERATIVE BRAKING IN HYBRID ELECTRIC VEHICLE DANA DEHGHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APPLICATION OF DEMAND SIDE MANAGEMENT STRATEGIES TO REDUCE ENERGY CONSUMPTION IN UNIVERSITY BUILDINGS NAJAATUL FARIHAH BINTI HAMIDI

AUTOMATED GUIDED VEHICLE USING LINE FOLLOWING DETECTION MOHD KHAIRULZAMAN BIN A RAHMAN

FASILITATED INTERACTIVE TRAINER (FIT) CPR APP. Muhammad Amer Bin Mokhtar. Assoc. Prof. Dr. Maryati Mohd Yusof

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structures questions. Answer FOUR (4) questions only.

ENERGY BALANCE STUDY FOR 4 STROKE GASOLINE ENGINE ANALYSES ABDULLAH SHARIFFUDIN MOHAMAD BACHELOR OF MECHANICAL ENGINEERING UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

CURRENT CARRYING CAPABILTY OF POLYESTER CARBON COATED FOR ELECTRICAL CONDUCTOR MOHD HAIDIR BIN MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Tandatangan :... Nama Penulis : ANAS BIN AZMI Tarikh : 13 Mei 20

HASIL PEMBAKARAN EMISI RENDAH DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN API BIODIESEL BERBANTUKAN ALIRAN BERPUSAR MOHAMAD SHAIFUL ASHRUL BIN ISHAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Item Bil Description of Works Remarks Main Switch Board

PEPERIKSAAN JULAI 2010

MyBot Bridge. 2 pasukan 4 peserta (2 wakil politeknik, 2 wakil sekolah) TEAM PELAJAR MyBot Operator Mentor 2

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

SISTEM PENGURUSAN PROOFREADING UTM KHO CHEE XAO

TECHNOLOGY AND INNOVATION MANAGEMENT AWARENESS AND PRACTISE A CASE STUDY IN BRITISH AMERICAN TOBACCO GSD (KL) SDN BHD

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

NUMERICAL ANALYSIS OF ELASTOHYDRODYNAMIC LUBRICATION WITH BIO-BASED FLUIDS DEDI ROSA PUTRA CUPU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ELECTRIC CAR VOLTAGE MONITORING SYSTEM NAJMI AZFAR BIN MOHD ROSLI

DEVELOPMENT OF A 10 NEWTON HYDROGEN PEROXIDE MONOPROPELLANT ROCKET THRUSTER KUBERARAAJ NAMBARAJA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL AND EXPERIMENTAL STUDIES OF HOMOGENEOUS CHARGE COMPRESSION IGNITION ENGINE PERFORMANCE MOHAMMAD IZADI NAJAFABADI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

FABRICATION OF A PROTOTYPE LOW POWER MOTOR FOR INDOOR VENTILATION SIMON THEOPHYLUS YUSUF

DEVELOPMENT OF MICROHYDRO GENERATOR SYSTEM AHMAD ZUBAIDI BIN ABDUL MD RANI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DEVELOPMENT OF ELECTRICAL DISCHARGE MACHINING POWER GENERATOR MUHD ABU BAKAR BIN MUHD RADZI

ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi ENAM (6) soalan esei. Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

MEMBANGUNKAN FABRIKASI MESIN PEMBENGKOK PAIP YANG DIGERAKKAN DENGAN KUASA MOTOR MANUAL MOHD RIDZUAN BIN AB KADIR

JA606: VEHICLE DYNAMICS. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

DISC BRAKE SQUEAL GENERATION DURING DRY AND WET CONDITIONS MUNEER NAJI WAHEED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SECTION A : 100 MARKS BAHAGIAN A : 100 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. Bahagian ini pengkaji akan melaporkan hasil kajian mengikut persoalan kajian

WIRELESS SOLAR CHARGER SITI NOR AZURA BINTI RAHMAN

COMFORT ANALYSIS IN COMMERCIAL VEHICLE S PASSENGER SEAT TAM WEE KONG

AN AUTONOMOUS VEHICLE USING WALL FOLLOWING DETECTION MOHD AFFI BIN MOHD ALI

MODELLING DAMPING ELEMENT TO REDUCE DISC BRAKE SQUEAL NORAIDE BIN MD YUSOP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

EFFECT OF EXHAUST GAS RECIRCULATION TO PERFORMANCE AND EMISSIONS OF DIESEL ENGINE MUSTAQIM BIN MOHAMAD

ARC FLASH ANALYSIS STUDY IN INDUSTRY HARNA A/P ELAVARASU

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEM 253 REKABENTUK MEKATRONIK I

THE ANALYSIS OF THE FORCES THAT ACT ON THE MOTORCYCLE BRAKE PEDAL DURING EMERGENCY BRAKE

OPTIMAL LOCATION OF THYRISTOR CONTROLLED SERIES COMPENSATOR USING SENSITIVITY APPROACH NEW HUANG CHIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEVELOPMENT HYDROGEN GAS GENERATOR FOR DUAL FUEL ENGINE USING YULL BROWN METHOD AHMAD ZAKI BIN ZAIMANI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SMART SUN TRACKING WITH AUTOMATED CLEANING SYSTEM FOR PV MODULES AMIRAH AFIQAH BINTI AHMED

COMPARISON OF AUTOMATIC AND CVT TRANSMISSION FOR A CAR UNDER 1 LITER ENGINE

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

MEREKA SISTEM GEAR (BY WIRE)

Faculty of Mechanical Engineering UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DESIGN, DETAIL ANALYSIS AND PERFORMANCE TESTING OF UAV PROPULSION SYSTEM CHE MUHAMMAD RIDHWAN BIN CHE HASHIM

DESIGN AND ANALYSIS OF THREE WHEEL PROTOTYPE CAR CHASSIS

CONTROL OF ENERGY CONVERSION IN A HYBRID WIND AND ULTRACAPACITOR ENERGY SYSTEM MAJID ABDULLATEEF ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN OF A COMFORTABLE BUS PASSENGER SEAT LIEW KEAN FEI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

OPTIMIZATION ON FUEL GAS OPERATION FOR COMBINED CYCLE POWER PLANT MOHD IZAMUDDIN BIN MAHMUD

MEREKA BENTUK DAPUR SURIA YANG PRAKTIKAL DIGUNAKAN UNTUK MEMASAK ALIA RUZANNA BINTI AZIZ

DESIGN OF CONTROL SYSTEM FOR AUTOMATIC STEERING MOHD RAUF BIN JAMALUDIN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DEVELOPMENT OF FOLDED-WHEEL FOR DISABLED WHEECHAIR LUQMAN HAKIM BIN MOHD AZAM. (Design and Innovation)

This item is protected by original copyright

SPRAY SIMULATION OF HYDROGEN FUEL FOR SPARK IGNITION ENGINE USING COMPUTATIONAL FLUID DYNAMIC (CFD)

SHOPPING CART ANTI-THEFT SECURITY SYSTEM NAZRIN BIN OTHMAN

DESIGN AND ANALYSIS PERSONAL ELECTRIC VEHICLE FOR UTEM MUHAMMAD HAZWAN BIN MD JAMAL

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK FINAL YEAR PROJECT 2 BEKU /2014 FINAL YEAR PROJECT REPORT

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

MODELING OF ELECTRIC DOUBLE LAYER CAPACITOR FATHIN ASILA BINTI MOHD PABLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PENGURUSAN STOK. Nur Rahimah Binti Mohd Razmi Pn. Hazilah Binti Mohd Amin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DESIGN OF DOUBLE STATOR ARC TYPE PERMANENT MAGNET GENERATOR FOR PALM OIL MECHANICAL CUTTER APPLICATION

DESIGN AND FABRICATION OF ENGINE MOUNTING FOR UTeM FORMULA SYLE RACE CAR MOHD SABIRIN BIN RAHMAT UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

(Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan dalam 7 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 7 printed pages)

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM PEMANTAUAN GILIRAN DI HOSPITAL CANSELLOR TUANKU MUKHRIZ. Nursyakirah Hamimah Binti Mohamad Halim Prof. Dr.

Transcription:

Saya / kami akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya / kami karya ini adalah memadai dari segi segi skop dan kualiti untuk tujuan peanugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Tandatangan :. Nama Penyelia :... Tarikh :...

KESAN PENGURANGAN BUNYI OLEH PENYENYAP JENIS REAKTIF (DIFFUSING SILENCER) DARIPADA PERUBAHAN BENTUK, ISIPADU DAN OFFSET PAIP MASUKAN DAN KELUARAN MUHAMAD SHAH RUL BIN KAMARUDDIN Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknikal Malaysia Melaka MEI 2009

ii Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ringkasan dan petikan yang tiap-tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya Tandatangan :. Nama : MUHAMAD SHAH RUL BIN KAMARUDDIN Tarikh : 7 MEI 2009

iii DEDIKASI Untuk keluarga saya yang saya kasihi terutama sekali ibubapa saya yang banyak membimbing dan mengajar saya sehingga sekarang.

iv PENGHARGAAN Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala limpah kurnianya berjaya juga saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Saya juga berterima kasih kepada Encik Faizul Akmar Bin Abdul Kadir, Pensyarah di Jabatan Automotif Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) selaku Penyelia Projek Sarjana Muda kerana menjadi penyelia bagi projek saya pada kali ini. Tanpa bimbingan dan nasihat dari beliau mungkin saya tidak dapat menyiapkan laporan ini pada masa yang ditetapkan. Selain itu, saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih saya pada pihak universiti di mana sedikit sebanyak membantu saya dalam melaksanakan projek ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak memberikan idea-idea yang bernas serta pandangan semasa membuat laporan ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan sepenuh penghargaan saya kepada ibubapa dan keluarga saya di mana tanpa sokongan mereka pastinya segala perkara yang dilakukan tidak akan menjadi. Adalah diharapkan agar laporan ini akan menjadi sumber rujukan kepada pelajar lain kelak. Sekian, terima kasih.

v ABSTRAK Kajian serta penyelidikan tertumpu ke atas penyenyap bunyi jenis reaktif (diffusing silencer) yang digunakan pada enjin 2 lejang menerusi kajian terhadap beberapa pembolehubah seperti bentuk, isipadu kotak penyenyap dan juga kedudukan paip masukan dan keluaran. Pengunaan perisian komputer GT-SUITE digunakan sepenuhnya dalam kajian ini untuk proses merekabentuk serta melakukan proses analisis terhadap kebisingan bunyi yang terhasil daripada enjin 2 lejang. Dengan bantuan perisian ini, proses simulasi ke atas enjin 2 lejang dilakukan dengan mengunakan penyenyap yang direka bentuk bagi menentukan konfigurasi penyenyap yang sesuai. Proses analisis akan dilakukan bagi menentukan konfigurasi penyenyap yang paling optimum mengurangkan bunyi

vi ABSTRACT This research mainly focuses on the 2 stroke engine silencer with designing the variable shapes, volume, and also the pipe offset of the silencer. The uses of the computer software, GT-SUITE completely will help to do the designing process and also the analysis to the noise that produce by the 2 stroke engine. With this software, the simulation process will be done on the 2 stroke engine by using the silencers that are design to determine the right silencer configuration. Then, the analysis process also will be done to figure out the right configuration of the silencer the can giving optimum noise attenuation.

vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI GAMBARAJAH SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi viii xii xiii xvii xviii BAB I PENGENALAN 1 1.1 Latar Belakang Projek 1 1.2 Kepentingan Projek 2 1.3 Objektif 3 1.4 Skop 3 1.5 Penyataan Masalah 4 BAB II KAJIAN LITERATUR 6 2.1 Bunyi 6 2.1.1 Konsep Bunyi 6 2.1.2 Pemindahan Bunyi 8 2.1.3 Kebisingan Bunyi 9 2.1.4 Akta dan Perundangan 10

viii BAB PERKARA MUKA SURAT 2.2 Enjin 11 2.2.1 Enjin 2 Lejang 11 2.2.2 Kitaran dan Proses Enjin 11 2 Lejang 2.2.3 Kebaikan dan Kelemahan 13 Enjin 2 Lejang 2.2.4 Perbezaan Enjin 2 Lejang 14 dan 4 Lejang 2.2.5 Punca Kebisingan Bunyi 15 pada Enjin 2 Lejang 2.3 Sistem Penyenyap Ekzos 17 2.4 Penyenyap Bunyi 18 2.4.1 Penyenyap Bunyi Reaktif 18 (Diffusion Silencer) 2.4.2 Penyenyap Bunyi Serapan 19 (Absorption Silencer) 2.4.3 Penyenyap Bunyi Resonan 21 (Side-Resonant Silencer) 2.5 Anechoic Chamber 22 2.6 Perisian GT-SUITE 23

ix BAB PERKARA MUKA SURAT BAB III KAEDAH KAJIAN 24 3.1 Peringkat 1 : Mengumpul Maklumat 25 Serta Rujukan Berkaitan 3.1.1 Kajian Terhadap Sumber Ilmiah 25 3.1.2 Kajian Kepada Rekabentuk 25 Sedia Ada 3.2 Peringkat 2 : Mengenal Pasti Punca 26 Masalah dan Penyelesaian 3.2.1 Mengenal Pasti Masalah 26 3.2.2 Kaedah dan Penyelesaian 27 3.3 Peringkat 3 : Mengenalpasti Parameter 28 untuk Kajian 3.4 Peringkat 4 : Merakabentuk Penyenyap 29 Bunyi 3.5 Peringkat 5 : Proses Rekabentuk 32 Penyenyap 3.6 Peringkat 6 : Proses Analisa 36 Penyenyap 3.6.1 Ujian Kebisingan Bunyi 36 3.6.2 Ujian Penyenyap Terhadap 38 Kuasa Enjin 3.7 Peringkat 7 : Perbincangan Hasil 41 Penyenyap

x BAB PERKARA MUKA SURAT BAB IV KEPUTUSAN KAJIAN 42 4.1 Keputusan Ujian Penyenyap Terhadap 42 Transmission Loss 4.1.1 Keputusan Kajian Kes 1 43 4.1.2 Keputusan Kajian Kes 2 45 4.1.3 Keputusan Kajian Kes 3 47 4.2 Keputusan Ujian Penyenyap Terhadap 49 Kuasa Enjin 4.2.1 Keputusan Ujian Terhadap 49 Kuasa Enjin 4.2.2 Keputusan Ujian Kuasa 50 Enjin Dengan Pengunaan Penyenyap 4.2.3 Keputusan Kajian Kes 1 50 4.2.4 Keputusan Kajian Kes 2 52 4.2.5 Keputusan Kajian Kes 3 54 BAB V PERBINCANGAN 56 5.1 Kesan Terhadap Transmission Loss 56 5.1.1 Perbincangan Keputusan 57 Kes 1 5.1.2 Perbincangan Keputusan 58 Kes 2 5.1.3 Perbincangan Keputusan 60 Kes 3

xi BAB PERKARA MUKA SURAT 5.2 Kesan Terhadap Brake Power 61 5.2.1 Perbincangan Keputusan 62 Kes 1 5.2.2 Perbincangan Keputusan 63 Kes 2 5.2.3 Perbincangan Keputusan 64 Kes 3 5.3 Perbandingan Keputusan Terbaik 65 5.3.1 Perbandingan Antara 65 Keputusan Terbaik Ujian Transmission Loss 5.3.2 Perbandingan Antara 67 Keputusan Terbaik Ujian Brake Power BAB VI KESIMPULAN DAN CADANGAN 69 6.1 Kesimpulan 69 6.2 Cadangan 71 RUJUKAN 72 LAMPIRAN 74

xii SENARAI JADUAL BIL. TAJUK MUKA SURAT 3.4.1 Konfigurasi Untuk Kes 1 30 3.4.2 Konfigurasi Untuk Kes 2 31 3.4.3 Konfigurasi Untuk Kes 3 31 3.6.2.1 Spesifikasi Silinder Enjin 39 4.1.1.1 Parameter Kes 1 43 4.1.2.1 Parameter Kes 2 45 4.1.3.1 Parameter Kes 3 47 4.2.3.1 Parameter Kes 1 50 4.2.4.1 Parameter Kes 2 52 4.2.5.1 Parameter Kes 3 54

xiii SENARAI GAMBARAJAH BIL. TAJUK MUKA SURAT 2.2.2(a) Stuktur Enjin 2 Lejang 11 (sumber: Rujukan internet, 5 Ogos 2008) 2.2.2(b) Kitaran Enjin 2 Lejang 12 (sumber: Rujukan internet, 7 Ogos 2008) 2.2.5 Punca Kebisingan Bunyi pada Enjin 2 Lejang 16 (Gordon P.Blair, 1996) 2.3 Sistem Ekzoz Enjin 2 Lejang 17 (Gordon P.Blair, 1996) 2.4.1 Penyenyap Bunyi (Diffusion Silencer) 19 (Gordon P.Blair, 1996) 2.4.2 Penyenyap Bunyi Serapan 20 (Gordon P.Blair, 1996) 2.4.3 Penyenyap Bunyi Serapan 21 (Gordon P.Blair, 1996) 2.5 Acoustic Anechoic Chamber 22 2.6 Perisian GT-SUITE 23 3.3.1 Keratan Rentas Penyenyap Bunyi 28 (Diffusion Silencer) 3.3.2 Keratan Rentas Penyenyap Bunyi 29 (Diffusion Silencer) 3.5.1 Pemilihan Bentuk kebuk 33 3.5.2 Mengubah Diameter 33

xiv BIL. TAJUK MUKA SURAT 3.5.3 Mengubah Diameter Cross Section 34 3.5.4 Mengubah Kedudukan Paip Masukan Dan Keluaran 34 3.5.5 Rekabentuk Dalam Bentuk 2D 35 3.5.6 Rekabentuk Dalam Bentuk 3D 35 3.6.1.1 Eksperimen Menganalisa Pengurangan Bunyi 36 3.6.1.2 Proses Simulasi Menganalisa Pengurangan Bunyi 37 3.6.1.3 Pelan Simulasi Menganalisa Pengurangan Bunyi 38 3.6.2.1 Menetapkan Spesifikasi Silinder Enjin 39 3.6.2.2 Pelan Sistem Enjin 40 4.1.1.1 Konfigurasi 1 44 4.1.1.2 Graf Konfigurasi 1 44 4.1.1.3 Konfigurasi 2 44 4.1.1.4 Graf Konfigurasi 2 44 4.1.1.5 Konfigurasi 3 44 4.1.1.6 Graf Konfigurasi 3 44 4.1.1.7 Konfigurasi 4 45 4.1.1.8 Graf Konfigurasi 4 45 4.1.2.1 Parameter kes 2 46 4.1.2.2 Graf Konfigurasi 1 46 4.1.2.3 Graf Konfigurasi 2 46 4.1.2.4 Graf Konfigurasi 3 46 4.1.2.5 Graf Konfigurasi 4 46 4.1.2.6 Graf Konfigurasi 5 46 4.1.3.1 Parameter kes 3 47 4.1.3.2 Graf Konfigurasi 1 47 4.1.3.3 Graf Konfigurasi 2 48 4.1.3.4 Graf Konfigurasi 3 48

xv BIL. TAJUK MUKA SURAT 4.1.3.5 Graf Konfigurasi 4 48 4.1.3.6 Graf Konfigurasi 5 48 4.2.1.1 Enjin 49 4.2.1.2 Graf Keputusan Prestasi Enjin 49 4.2.2 Ujian Penggunaan Penyenyap Bunyi pada Enjin 50 4.2.3.1 Konfigurasi 1 51 4.2.3.2 Graf Konfigurasi 1 51 4.2.3.3 Konfigurasi 2 51 4.2.3.4 Graf Konfigurasi 2 51 4.2.3.5 Konfigurasi 3 51 4.2.3.6 Graf Konfigurasi 3 51 4.2.3.7 Konfigurasi 4 52 4.2.3.8 Graf Konfigurasi 4 52 4.2.4.1 Parameter kes 2 53 4.2.4.2 Graf Konfigurasi 1 53 4.2.4.3 Graf Konfigurasi 2 53 4.2.4.4 Graf Konfigurasi 3 53 4.2.4.5 Graf Konfigurasi 4 53 4.2.4.6 Graf Konfigurasi 5 53 4.2.5.1 Parameter kes 3 54 4.2.5.2 Graf Konfigurasi 1 54 4.2.5.3 Graf Konfigurasi 2 54 4.2.5.4 Graf Konfigurasi 3 54 4.2.5.5 Graf Konfigurasi 4 55 4.2.5.6 Graf Konfigurasi 5 55

xvi BIL. TAJUK MUKA SURAT 5.1.1.1 Graf Perbandingan Kes 1 57 5.1.2.1 Graf Perbandingan Kes 2 58 5.1.3.1 Graf Perbandingan Kes 3 60 5.2.1.1 Graf Perbandingan Kes 1 62 5.2.2.1 Graf Perbandingan Kes 2 63 5.2.3.1 Graf Perbandingan Kes 3 64 5.3.1.1 Graf Terbaik Setiap Kes Transmission Loss 65 5.3.2.1 Graf Terbaik Setiap Kes Brake Power 67

xvii SENARAI SIMBOL L = Paras Bunyi (db) P = Tekanan Bunyi di Tempat Pengukuran (u bar) P o = Piawaian Tekanan Bunyi (2 x 10-4 u bar) A = Luas Permukaan, mm 2 TDC = Top Dead Center BDC = Bottom Dead Center D = Diameter, mm L = Panjang, mm c = kelajuan bunyi T = suhu mutlak d 1 = Diameter paip masukan, mm d 2 = Diameter paip keluaran, mm L = Panjang Kebuk Penyenyap Bunyi l 1 = Panjang Offset Paip Masukan l 2 = Panjang Offset Paip Keluaran V = Isipadu, L a = Paksi major b = Paksi Minor t = Ketebalan kotak Penyenyap f = Frekuensi λ = Panjang Gelombang

xviii SENARAI LAMPIRAN BIL. TAJUK MUKA SURAT 1 REKABENTUK ASAS MODEL 74

1 BAB I PENGENALAN Bahagian pertama laporan ini memberi penjelasan yang terperinci tentang maklumat asas projek sarjana muda yang di jalankan. Bahagian pengenalan memberikan maklumat tentang latar belakang projek, kepentingan projek, objektif projek, skop projek, serta penyataan masalah yang menyebabkan projek ini dijalankan. 1.1 Latar Belakang Projek Projek ini dijalankan dengan mengkaji, mereka bentuk dan membuat analisa untuk mencari cara penyelesaian bagi mengurangkan dan meredam kebisingan pada bunyi penyenyap yang digunakan oleh enjin 2 lejang. Dengan itu, penyenyap bunyi akan direka bentuk dan di analisa tentang kebolehannya mengurangkan bunyi pada enjin 2 lejang berdasarkan mungubah pemboleh ubah seperti saiz, isipadu dan kedudukan paip pada penyenyap bunyi tersebut. Penyenyap bunyi yang di gunakan pada enjin 2 lejang adalah terdiri daripada tiga jenis bahagian yang mempunyai fungsi dan kebolehan untuk meredam dan mengurangkan bunyi pada frekuensi yang berbeza iaitu penyenyap bunyi jenis reaktif (diffusion silencer), penyenyap bunyi serapan (absorption silencer) dan penyenyap bunyi (side resonans).

2 Bagaimanapun, skop projek ini hanyalah untuk penyenyap bunyi jenis reaktif (diffusion silencer) sahaja. Pelbagai jenis reka bentuk, komposisi isipadu dan nisbah jarak kedudukan paip masuk dan paip keluar akan dibuat analisa secara simulasi dengan mengunakan perisian komputer sebagai bantuan. Perisian komputer yang digunakan adalah GT-SUITE. Penyenyap bunyi yang sesuai berdasarkan kemampuan mengurangkan bunyi secara optimum akan dipilih sebagai hasil dalam kajian projek ini. 1.2 Kepentingan Projek Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk mengurangkan masalah bunyi bising yang terhasil daripada enjin 2 lejang. Biasanya pada enjin motosikal yang menghasilkan bunyi yang kuat. Ekoran daripada itu, faktor bunyi memainkan peranan dalam kehidupan manusia apabila bunyi di kelaskan sebagai satu jenis pencemaran, iaitu pencemaran bunyi. Sehubungan dengan itu, faktor kebisingan bunyi dapat memberi impak dalam kehidupan manusia. Pelbagai implikasi buruk yang berlaku terhadap manusia, seperti menganggu perhatian manusia, meningkatkan tekanan, dan yang paling teruk dapat memberi masalah pada kesihatan manusia. Dengan itu, penyenyap bunyi yang efektif haruslah di reka agar dapat mengawal masalah pencemaran bunyi ini. Penelitian secara mendalam akan dibuat dalam projek ini berdasarkan kesan yang akan berlaku pada kadar kebisingan bunyi dengan mengubah bentuk penyenyap bunyi, sebagai contoh menggunakan bentuk silinder, segi empat, dan elips. Hasil yang paling efektif yang dapat meredam bunyi yang maksimum akan digunakan untuk kajian seterusnya. Kesan berdasarkan perubahan isipadu penyenyap bunyi juga dikaji untuk mengetahui kesannya pada pengurangan bunyi. Seterusnya, nisbah jarak kedudukan paip masuk dan keluaran juga dikaji supaya dapat meredam bunyi yang terhasil

3 daripada enjin pada kadar maksimum. Sebelum membuat analisa terhadap penyenyap bunyi, sumber sumber bunyi daripada enjin 2 lejang juga akan dikenalpasti. Bagaimanapun, projek ini tertumpu khusus pada kesan kepada untuk mengurangkan bunyi berdasarkan mengubah pemboleh ubah yang terdapat pada penyenyap bunyi jenis reaktif (diffusing silencer) sahaja seperti saiz, isipadu dan bentuknya. 1.3 Objektif Projek Objektif projek sarjana muda ini adalah untuk mengkaji kadar pengurangan bunyi pada penyenyap bunyi jenis (diffusing silencer) yang di gunakan pada enjin 2 lejang dengan mengubah jenis bentuk, isipadu and jarak kedudukan antara paip masuk dan paip keluar. 1.4 Skop Kajian Skop kajian adalah untuk mengurangkan bunyi bising yang dihasilkan pada enjin 2 lejang. Kajian dilakukan pada spesifik enjin 2 lejang, 250 cc dengan satu silinder. Skop kajian ini hanya tertumpu pada penyenyap bunyi jenis (difusion silencer) sahaja. Fokus utama adalah untuk menentukan dan membuat analisa pada bentuk kotak penyenyap bunyi dengan menggunakan pelbagai bentuk berbeza seperti bentuk silinder, segi empat, dan elips. Kemudian, isipadu kotak penyenyap akan diubah berdasarkan bentuk yang telah ditetapkan dimana untuk mengkaji kesan terhadap pengurangkan kebisingan bunyi. Seterusnya, nisbah jarak kedudukan paip masuk dan paip keluar pada kotak penyenyap pula akan di ubah bagi menentukan pengurangan bunyi pada tahap maksimum dapat dikurangkan. Hasil kajian yang paling efektif di analisa berdasarkan kesan pengurangan bunyi yang terbaik.

4 1.5 Penyataan Masalah Bunyi yang dikeluarkan oleh enjin 2 lejang biasanya pada motosikal adalah terlalu kuat dan berbagai seterusnya mengakibatkan kebisingan. Jika dibandingkan dengan enjin jenis 4 lejang, enjin 2 lejang menghasilkan bunyi berkali ganda lebih kuat ekoran daripada enjin 2 lejang yang menghasilkan kuasa pada setiap putaran enjin. Manakala, enjin 4 lejang akan menghasilkan kuasa pada setiap 2 kali putaran enjin. Dengan itu, jelas menunjukan bahawa enjin 2 lejang akan menghasilkan bunyi 2 kali ganda lebih kuat daripada enjin 4 lejang kerana setiap lejang kuasa berlaku akan menghasilkan bunyi seterusnya di keluarkan oleh salur ekzoz. Suhubungan itu juga, enjin 2 lejang juga menhasilkan bunyi yang kuat daripada enjin 4 lejang kerana struktur enjin yang terdapat pada enjin 2 lejang adalah stuktur ringkas dan kecil. Seterusnya, memberi bunyi yang asli daripada enjin. Akibat daripada pencemaran bunyi ini juga, pelbagai masalah timbul dan menganggu kehidupan manusia. Kesan bunyi terhadap manusia boleh di bahagikan kepada dua iaitu kesan kepada telinga (Auditory Effect) dan juga kesan di luar telinga (Non Auditory Effect). Selain itu juga, pencemaran bunyi juga boleh mengangu mental (pyscology) seseorang individu. Kesan kepada telinga manusia (Auditory Effect) pula boleh dikelaskan kepada dua kelas iaitu kesan semerta dan kesan kronik. Kesan semerta boleh disebabkan oleh bunyi bising dan bunyi yang kuat melebihi 120 db sekiranya didengari oleh manusia akan menyebabkan selaput tympanum dan kerosakan tulang kecil pendengaran. Seterusnya boleh menyebabkan hilang pendengaran kekal. Manakala kesan kronik pula apabila seseorang itu terdedah kepada bunyi yang melebihi 85 db selama 8 jam sehari selama 5 tahun boleh juga menyebabkan korosakan koklia yang tinggi. Kesan di luar telinga (Non Auditory Effect) iaitu pada sistem tubuh badan (Fisiology) pula boleh menganggu serta meningkatkan tekanan darah melalui galakan ANS(Autonomy Nerves System) akibat daripada pergerakan otot yang cepat. Gangguan tehadap sistem kawalan manusia juga boleh berlaku dengan terasa sakit kepala, pening, loya, dan pergerakan mata yang tidak dapat dikawal dengan betul (sumber: Rujukan internet, 25 Julai 2008).

5 Akibat daripada itu, pelbagai masalah mental (pyscology) tidak dapat di urus dengan baik oleh manusia. Seseorang akan berasa cepat marah, sering berasa cemas dan boleh mengakibatkan keletihan daripada ketegangan dan gangguan saraf. Seseorang akan berasa tidak selesa dan seterusnya menganggu percakapan dan akhirnya boleh mengakibatkan kesan buruk pada tingkah laku manusia. Sebagai contoh, akibat berasa tertekan, mutu kerja juga akan menurun akibat masalah ini. Oleh itu, masalah bunyi (unwanted noise) ini menjadi masalah yang amat serius dan harus dibendung kerana banyak memberi kesan negatif pada kehidupan manusia (Mansur Ibrahim & Asri, 1997).