MEMBANGUNKAN FABRIKASI MESIN PEMBENGKOK PAIP YANG DIGERAKKAN DENGAN KUASA MOTOR MANUAL MOHD RIDZUAN BIN AB KADIR

Similar documents
KECEKAPAN HABA EKZOS DAN PENGGUNAAN BAHAN API TENTU BREK (BSFC) ENJIN DIESEL DENGAN BAHAN API BIODIESEL

ZULHILMI AFIQ BIN ZULKIFLE

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

FLUID AND HEAT FLOW PERFORMANCE IN HEAT EXCHANGER NURLIYANA BINTI MOHD NADZRI

HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRIINDIVIDU, REKA BENTUK LATIHAN DAN PERSEKITARAN KERJA DENGAN PEM INDAHAN LATIHAN DI SWM ENVIRONMENT SDN BHD.

CURRENT CARRYING CAPABILTY OF POLYESTER CARBON COATED FOR ELECTRICAL CONDUCTOR MOHD HAIDIR BIN MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEMBANGUNKAN PENJANA ELEKTRIK MUDAH ALIH MENGGUNAKAN CECAIR PETROLEUM GAS MOHD RIDZUAN BIN JAMIL UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MENGANALISA KEROSAKAN PENYERAP SHIMMY (SHIMMY DAMPER) TERHADAP UNIT PENDARATAN PESAWAT RINGAN (MODEL:EAGLE 150B). NORIZAL BIN ARSHAD

CONTROL OF INVERTED PENDULUM-CART SYSTEM BASED ON FUZZY LOGIC APPROACH HASRULNIZAM BIN HASHIM

Saya / kami akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya / kami. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Tandatangan

KAJIAN MENGENAI DAYA AERODINAMIK PADA SAYAP HADAPAN KERETA LUMBA MENGGUNAKAN KAEDAH SIMULASI CFD MIRNI BINTI ABDUL GHANI

FINITE ELEMENT (FE) MODEL OF BRAKE INSULATOR IN REDUCING BRAKE SQUEAL NOISE FOR MOTORCYCLES MUNDHER FADHIL ABDULRIDHA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

MODELLING OF THROUGH-THE-ROAD HYBRID ELECTRIC VEHICLE OKE PAUL OMEIZA

SENARAI KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN PENGISTIHARAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

THE STUDY ON THE IMPACT OF CONSTANT POWER LOAD TO A DIRECT CURRENT POWER SYSTEM DRIVEN BY PHOTOVOLTAIC, WIND - THYRISTOR RECTIFIER AND LINEAR SOURCES

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

OPTIMAL ANTI LOCK BRAKING SYSTEM WITH REGENERATIVE BRAKING IN HYBRID ELECTRIC VEHICLE DANA DEHGHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EEK 468 ELECTRICAL MACHINES AND DRIVES

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Item Bil Description of Works Remarks Main Switch Board

MEREKA SISTEM GEAR (BY WIRE)

INSTRUCTION : This section consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) only.

Line detector robot / Robot garisan

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structures questions. Answer FOUR (4) questions only.

OPTIMAL LOCATION OF FACTS FOR ATC ENHANCEMENT BY USING SENSITIVITY ANALYSIS RAIMON OMAR AL SHAIKH SALEM

ELECTRIC CAR VOLTAGE MONITORING SYSTEM NAJMI AZFAR BIN MOHD ROSLI

SISTEM PENGURUSAN PROOFREADING UTM KHO CHEE XAO

SIMULATION OF AUTOMATIC STEERING SYSTEM ZULFADLI BIN KASMANI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) questions.

GEAR RATIO INVESTIGATION OF AUTOMOTIVE MANUAL TRANSMISSION MUHAMAD AMIR SHAH ARIF HARUN. A thesis submitted in partial fulfillment of the

DEVELOPMENT OF ELECTRICAL DISCHARGE MACHINING POWER GENERATOR MUHD ABU BAKAR BIN MUHD RADZI

APPLICATION OF DEMAND SIDE MANAGEMENT STRATEGIES TO REDUCE ENERGY CONSUMPTION IN UNIVERSITY BUILDINGS NAJAATUL FARIHAH BINTI HAMIDI

This item is protected by original copyright

JA606: VEHICLE DYNAMICS. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

TECHNOLOGY AND INNOVATION MANAGEMENT AWARENESS AND PRACTISE A CASE STUDY IN BRITISH AMERICAN TOBACCO GSD (KL) SDN BHD

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

OPTIMAL LOCATION OF THYRISTOR CONTROLLED SERIES COMPENSATOR USING SENSITIVITY APPROACH NEW HUANG CHIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

HASIL PEMBAKARAN EMISI RENDAH DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN API BIODIESEL BERBANTUKAN ALIRAN BERPUSAR MOHAMAD SHAIFUL ASHRUL BIN ISHAK

A FREQUENCY CONTROLLER USING FUZZY IN ISOLATED MICROGRID SYSTEM

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEM 253 REKABENTUK MEKATRONIK I

AUTOMATED GUIDED VEHICLE USING LINE FOLLOWING DETECTION MOHD KHAIRULZAMAN BIN A RAHMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

NUMERICAL ANALYSIS OF ELASTOHYDRODYNAMIC LUBRICATION WITH BIO-BASED FLUIDS DEDI ROSA PUTRA CUPU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CONTROL OF ENERGY CONVERSION IN A HYBRID WIND AND ULTRACAPACITOR ENERGY SYSTEM MAJID ABDULLATEEF ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tandatangan :... Nama Penulis : ANAS BIN AZMI Tarikh : 13 Mei 20

COUPLING FOR POWER WINDOW MOTOR

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MODELLING DAMPING ELEMENT TO REDUCE DISC BRAKE SQUEAL NORAIDE BIN MD YUSOP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN ULTRA KAPASITOR KE ATAS MOTOR ELEKTRIK ABDUL ALIFF RAHIM BIN ABD RASHID UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DESIGN AND ANALYSIS BATTERY PACKAGING FOR ELECTRIC VEHICLE (EV) SIBRA MALLISI YUSSOF

PEPERIKSAAN JULAI 2010

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

PAY WITH YOUR PIN BAYAR DENGAN PIN ANDA

FASILITATED INTERACTIVE TRAINER (FIT) CPR APP. Muhammad Amer Bin Mokhtar. Assoc. Prof. Dr. Maryati Mohd Yusof

COMFORT ANALYSIS IN COMMERCIAL VEHICLE S PASSENGER SEAT TAM WEE KONG

COMPARISON OF AUTOMATIC AND CVT TRANSMISSION FOR A CAR UNDER 1 LITER ENGINE

MICRO WIND POWER GENERATOR NORAISAH BINTI ABU

MyBot Bridge. 2 pasukan 4 peserta (2 wakil politeknik, 2 wakil sekolah) TEAM PELAJAR MyBot Operator Mentor 2

(Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan dalam 7 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 7 printed pages)

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

OPTIMIZATION ON FUEL GAS OPERATION FOR COMBINED CYCLE POWER PLANT MOHD IZAMUDDIN BIN MAHMUD

Free ebook. Cara penggunaan product

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA REDUCTION OF TOTAL HARMONIC REDUCTION IN TORQUE CHARACTERISTICS IN TWO-PHASE SIDE BY SIDE BRUSHLESS DC MOTOR NG SENG SHIN

ENERGY BALANCE STUDY FOR 4 STROKE GASOLINE ENGINE ANALYSES ABDULLAH SHARIFFUDIN MOHAMAD BACHELOR OF MECHANICAL ENGINEERING UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SISTEM PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

WIRELESS SOLAR CHARGER SITI NOR AZURA BINTI RAHMAN

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

A SIMULATION STUDY OF RAILWAY VEHICLE DYNAMICS PERFORMANCE IBRAHIM BIN TALIB UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

CONTINUOUS BATTERY MONITORING (CBM) SYSTEM FOR EARLY BATTERY FAILURE DETECTION YUSOF BIN YUNUS

ROBUST ELECTRONIC BRAKE FORCE DISTRIBUTION IN HYBRID ELECTRIC VEHICLES YEOH WEI CHERNG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN OF CONTROL SYSTEM FOR AUTOMATIC STEERING MOHD RAUF BIN JAMALUDIN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ 6143

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

FABRICATION OF A PROTOTYPE LOW POWER MOTOR FOR INDOOR VENTILATION SIMON THEOPHYLUS YUSUF

ALAT PRAPEMPROSESAN DATA UNTUK SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Muhammad Faiz Bin Abdullah Prof. Madya Dr. Mohd Zakree Ahmad Nazri

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. Bahagian ini pengkaji akan melaporkan hasil kajian mengikut persoalan kajian

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DESIGN OF DOUBLE STATOR ARC TYPE PERMANENT MAGNET GENERATOR FOR PALM OIL MECHANICAL CUTTER APPLICATION

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

Faculty of Mechanical Engineering UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

HAZILA BINTI NAYAN. A project report submitted in partial fulfillment of the requirement for the award of the Degree of Master of Manufacturing

SISTEM PENGURUSAN STOK. Nur Rahimah Binti Mohd Razmi Pn. Hazilah Binti Mohd Amin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

DEVELOPMENT OF FOLDED-WHEEL FOR DISABLED WHEECHAIR LUQMAN HAKIM BIN MOHD AZAM. (Design and Innovation)

APLIKASI PENGURUSAN TELE-REHABILITASI. Nursuhaila Laily binti Abd Jamil Prof Madya Dr Jamaiah binti Yahaya

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

AN AUTONOMOUS VEHICLE USING WALL FOLLOWING DETECTION MOHD AFFI BIN MOHD ALI

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

APLIKASI GO AMBULANCE

SISTEM PENJEJAK PESAKIT DI HOSPITAL PUSAT PERUBATAN UKM (PPUKM) MENGGUNAKAN PERANTI MATA ARAH (BEACON) Mohamad Norizal Bin Abdullah Dr.

KHAIRUL AZRI BIN NGADIMEN

APLIKASI DAN SISTEM PEMARKAHAN POSTER DI PUSAT PERMATA PINTAR

DESIGN AND ANALYSIS PERSONAL ELECTRIC VEHICLE FOR UTEM MUHAMMAD HAZWAN BIN MD JAMAL

DEVELOPMENT OF MICROHYDRO GENERATOR SYSTEM AHMAD ZUBAIDI BIN ABDUL MD RANI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DISC BRAKE SQUEAL GENERATION DURING DRY AND WET CONDITIONS MUNEER NAJI WAHEED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN AND SIMULATION AUTOMOBILE ACTIVE SUSPENSION SYSTEM MOHD ASQALANI BIN NAHARUDIN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi ENAM (6) soalan esei. Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

MANUAL &SR6KAS PFBGUUAAH MAT. ^ UTSIM mm. MITGMASI mm TOPOGRAFI BAGU. piuir»«vrrus. i'mi r i ;. j. j \ ' j. h i f i' ' i:! {!«! i i!

Transcription:

MEMBANGUNKAN FABRIKASI MESIN PEMBENGKOK PAIP YANG DIGERAKKAN DENGAN KUASA MOTOR MANUAL MOHD RIDZUAN BIN AB KADIR Laporan ini diserahkan kepada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal ( Termal Bendalir ) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknikal Malaysia Melaka Mei 2008

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Termal Bendalir) Tandatangan :. Nama Penyelia : Dr. Mohd Yusoff Bin Sulaiman Tarikh : Mei 2008

ii Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ringkasan dan petikan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya Tandatangan :... Nama Penulis : Mohd Ridzuan Bin Ab Kadir Tarikh : Mei 2008

iii PRAKATA Dengan lafaz Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang sebagai pembuka bicara bagi Laporan Projek Sarjana Muda ini. Segala pujipujian dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya siapkan laporan bagi projek ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada insan-insan yang banyak berjasa dihati ini iaitu Ibubapa, adik beradik, para pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan yang selalu memberikan sokongan kepada saya bagi menuntut ilmu sehingga ketahap ini. Tidak lupa juga kepada para pensyarah dan para akademik yang banyak membantu saya selama ini. Dengan hati yang penuh kesyukuran ke hadirat yang maha berkuasa Allah, semoga Allah merahmati kamu semua, Amin.

iv PENGHARGAAN Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Dr. Mohd Yusof Bin Sulaiman, selaku penyelia saya yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan dan menjayakan projek sarjana muda ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada penyelia kedua yag sudi memberi kerjasama yang baik dalam projek kali ini iaitu En. Suhaimi Misha. Terima kasih diucapkan kepada semua staf akademik dan bukan akademik Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang telah banyak memberi kerjasama dan sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam melancarkan perjalanan projek sarjana muda ini. Disini saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana kerjasama anda semua. Kerjasama ini amat penting bagi mencapai wawasan negara yang inginkan masyarakatnya maju serta makmur dengan nilai-nilai murni. Dengan ini, maka matlamat Universiti Teknikal Malaysia Melaka supaya melahirkan graduan-graduan dan para siswazah yang berkualiti akan tercapai kelak.

v ABSTRAK Penyelidikan terhadap mesin pembengkok paip telah lama dilakukan sama ada secara domestik ataupun komersial. Dalam projek kali ini, kajian ini mengkhususkan penggunaaan kuasa motor untuk dijadikan kuasa penggerak kepada mesin pembengkok manual dalam membengkokkan paip. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kuasa daripada motor berupaya untuk melakukan operasi pembengkokkan paip. Motor arus terus yang berkuasa 12 voltan diuji untuk melihat sama ada berkeupayaan dan bersesuaian dalam sistem yang sebelumnya. Kajian ini juga mengkaji rekabentuk dan pengunaan alat-alat sokongan yang sesuai untuk meningkatkan kecekapan motor terhadap sistem mekanikal mesin. Rekabentuk dan aplikasi motor yang bersesuaian kedalam mesin adalah penting supaya kecekapan pemindahan tenaga yang bersesuaian dapat ditingkatkan dan boleh mencapai pembengkokkan paip yang lebih baik. Alat alat sokongan seperti jenis engkol yang sesuai perlu digunakan dalam sistem mesin bagi meningkat keupayaan mesin tersebut. Jika sistem ini digabungkan dan dibangunkan dalam skala yang baik berkemungkinan dapat dijadikan satu altenatif untuk penghasilan komersial dalam industri hari ini.

vi ABSTRACT Research for pipe bender machine has been done well by the researcher all over the world. The research was done for domestic or commercial. In this project, this research was using the power of direct current motor to drive the pipe bender machine in according to bend the pipe. This project will investigate that the direct current motor could or not to drive the pipe bender machine well than the manual pipe bender machine. The direct current motor which has 12 voltage will be use to drive the machine and look the effect for the machine. The appropriate motor and it design with the machine will make the pipe bender machine moving smoothly. The suitable application of motor into the pipe bender machine will make the whole machine operate. Design of the system is important to improve the efficiency, which compared with existing machine. Supporting tools also important to support the system operate in good efficiency. If this system can be more suitable with it scale conditions, it will be an alternative path to make it commercial.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PRAKATA PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xi xii xiv xv BAB 1 PENGENALAN 1 1.1 Latar Belakang Projek 1 1.2 Objektif 2 1.3 Skop 2 1.4 Aliran Projek 3

viii BAB PERKARA BAB 2 KAJIAN ILMIAH 4 2.1 Pengenalan 4 2.2 Motor Kuasa 5 2.2.1 Fungsi Motor 6 2.2.2 Asas Pengendalian Motor 6 2.2.3 Undang Undang Tangan Kiri 8 2.2.4 Magnet Dalam Motor 9 2.3 Komponen Asas Motor 10 2.3.1 Angker 10 2.3.2 Komutator 11 2.3.3 Gelung Medan Dan Kekasut Kutub 11 2.3.4 Pinan Pemacu 11 2.4 Sambungan Gelung Pada Motor 12 2.4.1 Sambungan Gelung Medan Secara Selari 12 2.4.2 Sambungan Gelung Medan Secara Siri 13 2.4.3 Sambungan Gelung Medan Secara Selari Dan Siri 14 2.5 Spesifikasi Motor Arus Terus 16 2.6 Mesin Pembengkok Manual 17 2.7 Paip 21 2.8 Saiz Paip Nominal 21

ix BAB 3 KAEDAH KAJIAN 24 3.1 Pendahuluan 24 3.2 Teori Dan Pengiraan 24 3.2.1 Transmisi Pemindahan Daya Motor Arus Terus 24 3.2.2 Pengiraan Daya 26 3.2.3 Pengiraan Daya Normal 26 3.2.4 Transmisi Pemindahan Daya Hidrolik 29 3.2.5 Pengiraan Daya Maksimum 30 3.2.6 Pengiraan Sudut 31 3.3 Perisian COSMOSWorks 2006 33 3.4 Proses Penggunaan CosmosWorks 2006 33 3.4.1 Membina Model 34 3.4.2 Analisis Model 34 3.4.3 Analisis Engkol Motor Arus Terus 34 3.4.4 Analisis Engkol Hidrolik Jek 36 3.4.5 Analisi Engkol Kedua 37 3.4.6 Analisis Acuan Motor Arus Terus 38 3.4.7 Kesimpulan Analisis Simulasi 39 3.5 Proses Fabrikasi 40 3.5.1 Fabrikasi 1 40 3.5.2 Fabrikasi 2 41 3.5.3 Fabrikasi 3 41 3.5.4 Fabrikasi 4 41 3.6 Model Mesin Pembengkok Paip 42 3.7 Komponen 42 3.8 Ujian Keupayaan Mesin 45

x BAB IV KEPUTUSAN UJIKAJI 46 4.1 Pengenalan 46 4.2 Analisis Keupayaan Mesin 46 BAB V PERBINCANGAN 48 5.1 Pengenalan 48 5.2 Perbincangan Teori, Simulasi Dan Ujikaji 48 5.3 Carta Alir Proses Fabrikasi 51 BAB VI KESIMPULAN DAN CADANGAN 52 6.1 Kesimpulan 52 6.2 Cadangan 53 RUJUKAN 54 LAMPIRAN 55

xi SENARAI JADUAL NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Parameter bagi Motor Kuasa AT 17 2.2 Piawaian Paip British 22 2.3 Saiz Paip mengikut minimum panjang Piawaian Paip British 23 4.1 Keputusan Ujikaji Mesin 47

xii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT 2.1a Magnet Kekal 6 2.1b Aruhan Urat Daya 6 2.1c Urat Magnet Daya 7 2.1d Aruhan Urat Daya 7 2.2 Undang-undang tangan kiri 8 2.3 Elektromagnet 9 2.4 Komponen Asas Motor 10 2.5 Sambungan gelung medan secara selari 12 2.6 Sambungan gelung medan secara siri 13 2.7 Sambungan gelung medan secara siri-selari 14 2.8 Sambungan gelung medan secara siri dan menyimpang 15 2.9 Motor Kuasa 12V 16 2.10 Pergerakkan komponen penggolek semasa proses pembengkokan 17 2.11 Mesin pembengkok manual yang asal 18 2.12 Hydraulic Pipe Bender 14ton Economy Type 18 2.13 Mesin pembengkokan putaran manual 19 2.14 Kedudukan paip semasa proses pembengkokan 19 2.15 Mesin pembengkokan berkuasa 240 voltan 20 2.16 Paip yang ditelah dibengkokkan 20 3.1 Kedudukan Engkol Sistem Mesin 26 3.2 Diagram daya pada sistem 27 3.3 Vektor segitiga daya 27 3.4 Vektor segitiga daya F 1 28 3.5 Segitiga jarak pertama 31 3.6 Segitiga jarak kedua 32

xiii 3.7 Segitiga jarak ketiga 32 3.8 Analisis Engkol Motor 35 3.9 Analisis Engkol Hidrolik Jek 36 3.10 Analisis Engkol Kedua 37 3.11 Analisis Acuan Motor 38 3.12 Model Mesin Hidrolik Pebengkok Paip Manual Arus Terus 42 3.13 Engkol hidrolik jek 43 3.14 Motor Arus Terus 12V 43 3.15 Engkol Kedua 43 3.16 Engkol Motor 44 3.17 Roda Kunci 44 3.18 Meja Model Mesin 44 3.19 Paip dibengkokkan 45 5.1 Pembengkokkan paip aluminium 49 5.2 Kegagalan pembengkokkan paip keluli karbon sederhana 49 5.3 Carta alir proses fabrikasi 51

xiv SENARAI SIMBOL SIMBOL DEFINISI V OD ID F Fn Ft d A P AT ω τ θ r Voltan Diameter luar Diameter dalam Daya dalam Newton Daya normal Daya tangen Sesaran Luas permukaan Tekanan Arus ter Halaju sudut Daya kilas Sudut Jejari

xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A-1 Carta gantt PSM 1 dan PSM 2 A-2 Lukisan kejuruteraan engkol kedua A-3 Lukisan kejuruteraan engkol hidrolik A-4 Lukisan kejurteaan engkol motor A-5 Lukisan kejuruteraan tapak acuan motor A-6 Lukisan kejuruteraan meja mesin pembengkok

1 BAB I PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Projek Sistem pembengkokkan paip yang digunakan bertujuan untuk membengkokkan paip dalam suatu keadaan kepada suatu keadaan yang berbeza megikut keperluan yang dinyatakan daripada keadaan asal. Rupa bentuk paip akan berubah tetapi jisimnya tetap sama. Secara asasnya sistem ini menggunakan sistem hidraulik jek bersama sistem motor dalam melenturkan paip. Mesin pembengkok paip dan tiub sudah lama dihasilkan dan dipasarkan diserata dunia. Mesin ini dikelaskan kepada automatik ataupun secara manual. Terdapat banyak jenis mesin ini seperti menggunakan hidraulik ataupun putaran daya kilas. Rekaan bagi mesin ini terus berkembang berkadaran dengan keperluan pelanggan dari penggunaan secara domestik ataupun secara komersial. Dalam industri automotif, seperti Pusat Ekzos kereta, mesin pembengkok paip akan digunakan, sebagai contoh keperluan mesin pembengkok paip untuk paip jenis stainless steel yang biasa digunakan dalam industri automotif. Pada hari ini, mesin pembengkok paip dan tiub ini secara komersialnya mengunakan kuasa hidraulik. Secara umumnya penggunaan kuasa hidraulik ini menjimatkan kos yang sentiasa menjadi masalah kepada pengguna yang melibatkan diri dalam urusan komersial. Selain itu, mesin ini juga menggunakan daya input yang minimal bagi menghasilkan daya yang maksimum, dan tahap pembuatannya yang agak murah dari jenis yang lain.

2 Dalam arus perubahan teknologi yang semakin maju khususnya dalam bidang kejuruteraan, permintaan bagi mesin pembengkok bertambah selaras dengan kemajuan insdustri dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun faktor keselamatan yang dibenarkan terhadap sesuatu sistem yang dihasilkan harus diambil berat bagi menjaga keselamatan dan kestabilan kualiti yang terjamin. 1.2 Objektif 1) Merekabentuk dan fabrikasi satu model mesin hidraulik pembengkok paip yang digerakkan dengan kuasa motor arus terus manual. 1.3 Skop Bagi menepati objektif projek ini; 1) Membuat kajian terhadap rekaan mesin hidraulik pembengkok paip manual yang sedia ada. 2) Membangunkan fabrikasi model mesin hidraulik pembengkok paip yang digerakkan dengan kuasa motor. 3) Mengaplikasikan motor arus terus kedalam sistem pembengkokkan asal. 4) Menguji keupayaan model mesin yang telah diperbaharui

3 1.4 Aliran Projek Kajian projek sarjana muda ini meliputi 4 bab kesemuanya. Dalam bab yang pertama, membincangkan tentang objektif dan skop projek dan juga dengan perjalanan kerja yang telah dilakukan. Untuk bab yang kedua, ianya lebih kepada perbincangan hasil kajian ilmiah. Bab ini membincangkan jenis motor arus kuasa yang digunakan, jenis jenis sistem pembengkokkan paip yang ada dipasaran dan klasifikasi paip piawaian, Dalam bab 3, perbincangan adalah kepada teori, metadologi dalam penghasilan projek. Hasil keputusan dan perbincangan projek akan dibincangkan dalam bab 4 dan 5. Diakhirnya dalam bab 6 kesimpulan dibuat berdasarkan hasil projek yang telah dibina dan pandangan untuk mempertingkatkan lagi prestasi keupayaan projek ketahap yang lebih baik.

4 BAB 2 KAJIAN ILMIAH 2.1 Pengenalan Kajian dibuat berdasarkan sumber yang diperolehi daripada kajian ilmiah oleh pelajar yang terdahulu berupa pembengkokkan paip manual tanpa menggunakan kuasa motor. Kajian dimulakan dengan beberapa langkah yang ditetapkan. Sistem pembengkokkan paip yang digunakan bertujuan untuk membengkokkan paip dalam suatu keadaan kepada suatu keadaan yang berbeza (mengikut keperluan yang dinyatakan) daripada keadaan asal. Rupa bentuk paip akan berubah tetapi jisimnya tetap sama. Secara asasnya sistem ini menggunakan sistem hidraulik jek dan sistem motor dalam membengkokkan paip. Dalam bidang kejuruteraan, paip yang akan digunakan mestilah mempunyai spefisikasi. Daripada kajian, ketebalan paip merupakan faktor yang penting dalam proses pembengkokkan. Paip yang mempunyai ketebalan yang lebih boleh dibengkokkan dan kesannya hanya sedikit keretakan yang berlaku. Akan tetapi dalam melaksanakan proses ini ia memerlukan sumber daya yang lebih tinggi daripada ketebalan paip yang lebih nipis. Faktor lain yang penting dalam mekanisma pembengkokan paip ini dikenali sebagai efek spring ataupun kesan membidas. Ia disebabkan faktor elastik bagi jenis material yang digunakan selepas dikenakan daya untuk pembengkokan tersebut. Kesan membidas selalunya berlaku pada paip,tiub dan material yang berjenis kepingan. Bagi

5 mengatasi masalah ini proses pembengkokan haruslah melebihi dari sudut yang dikehendaki. Sebagai contohnya, bagi mendapatkan sudut 88 maka pembengkokkan 90 dikenakan.[4,9] 2.2 Motor Kuasa Motor elektrik merupakan satu komponen yang boleh mengubah tenaga elektrik kepada tenaga kinetik. Motor elektrik banyak digunakan didalam kehidupan yang boleh dilihat pada perkakas rumah iaitu kipas angin, mesin basuh dan pengering rambut. Jenis motor yang digunakan dalam projek ini adalah motor elektrik arus terus yang mempunyai kuasa 12V. Motor jenis ini biasanya digunakan pada peralatan mudah alih seperti pengering rambut. Komponen ini amat meluas digunakan dalam kenderaan empat roda. Jenis motor ini biasanya digunakan pada tetingkap kereta yang berfungsi untuk menaikkan atau menurunkan tetingkap kereta. Di Malaysia penggunaan motor elektrik ini amat meluas bagi kereta nasional negara. Aplikasi yang digunakan dalam projek ini adalah mengunakan tenaga mekanikal yang dihasilkan oleh motor untuk mengepam hidraulik jek yang disambungkan dengan engkol. Seterusnya tombol hidraulik jek akan membengkokan paip yang telah disambungkan pada sistem.

6 2.2.1 Fungsi motor Berfungsi menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal supaya dapat menjalanan operasi sistem mekanikal mesin. 2.2.2 Asas Pengendalian Motor Magnet Urat daya Angker Cincin belah Bateri Rajah 2.1a: Magnet Kekal[5] Rajah 2.1b: Aruhan Urat Daya[5]

7 Dari rajah 2.1a, pada magnet kekal, urat daya magnet bergerak dari kutub utara ke kutub selatan. Arus dari bateri dialirkan ke angker melalui cincin belah, untuk membentuk urat daya magnet pada angker tersebut. Apabila urat daya magnet terjadi pada angker, ini akan menyebabkan urat daya magnet pada magnet kekal akan terpesong atau terbias lalu menggerakkan angker untuk berputar(rajah 2.1b). Rajah 2.1c: Urat Magnet Daya[5] Rajah 2.1d: Aruhan Urat Daya[5]

8 Dari Rajah 2.1c, Apabila angker telah berputar 180 darjah, ini akan menyebabkan arah pergerakan arus di dalam angker berubah juga (ini kerana tindakan cincin belah) maka arah pergerakkan urat daya magnet pada angker juga berubah. Jika sebelum ini arah pergerakan uratdaya magnet pada angker yang berwarna hitam adalah mengikut pusingan jam(rajah 2.1b). Tetapi setelah pergerakkan angker 180 darjah, pergerakkan uratdaya magnet pada angker hitam telah bertukar menjadi lawan pusingan jam (Rajah 2.1d) kejadian ini berlaku mengikut mengikut undang-undang tangan kiri. Dengan pertukaran arah urat daya pada angker ini akan membolehkan angker berpusing 360 darjah berterusan selagi arus dari bateri dibekalkan kepada angker(rajah 2.1a dan Rajah 2.1b).[5] 2.2.3 Undang-undang Tangan Kiri Rajah 2.2 : Undang-undang tangan kiri[5]