KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ 10, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

Similar documents
KEPUASAN MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ENERGY BALANCE STUDY FOR 4 STROKE GASOLINE ENGINE ANALYSES ABDULLAH SHARIFFUDIN MOHAMAD BACHELOR OF MECHANICAL ENGINEERING UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DEVELOPMENT OF MICROHYDRO GENERATOR SYSTEM AHMAD ZUBAIDI BIN ABDUL MD RANI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DEVELOPMENT HYDROGEN GAS GENERATOR FOR DUAL FUEL ENGINE USING YULL BROWN METHOD AHMAD ZAKI BIN ZAIMANI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ARC FLASH ANALYSIS STUDY IN INDUSTRY HARNA A/P ELAVARASU

COMPARISON OF AUTOMATIC AND CVT TRANSMISSION FOR A CAR UNDER 1 LITER ENGINE

SMART SUN TRACKING WITH AUTOMATED CLEANING SYSTEM FOR PV MODULES AMIRAH AFIQAH BINTI AHMED

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DESIGN, DETAIL ANALYSIS AND PERFORMANCE TESTING OF UAV PROPULSION SYSTEM CHE MUHAMMAD RIDHWAN BIN CHE HASHIM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SPRAY SIMULATION OF HYDROGEN FUEL FOR SPARK IGNITION ENGINE USING COMPUTATIONAL FLUID DYNAMIC (CFD)

HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRIINDIVIDU, REKA BENTUK LATIHAN DAN PERSEKITARAN KERJA DENGAN PEM INDAHAN LATIHAN DI SWM ENVIRONMENT SDN BHD.

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DESIGN AND SIMULATION AUTOMOBILE ACTIVE SUSPENSION SYSTEM MOHD ASQALANI BIN NAHARUDIN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

THE DEVELOPMENT OF ADAPTIVE LIGHTING SYSTEM FOR MOTORCYCLES ASYRAF BIN AMIR

WIRELESS SOLAR CHARGER SITI NOR AZURA BINTI RAHMAN

AUTOMATED GUIDED VEHICLE USING LINE FOLLOWING DETECTION MOHD KHAIRULZAMAN BIN A RAHMAN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

AN AUTONOMOUS VEHICLE USING WALL FOLLOWING DETECTION MOHD AFFI BIN MOHD ALI

ADJUSTABLE POWER MONITORING SYSTEM (APMS) FOR DAILY USAGE MOHAMMAD ZULKHAIRI BIN BADRULHISHAM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

M M W M ANTARA TAHAP KOMPETENSI DENGAN TAHAP PRESTASI M \ A DI KALANGAN PEHTADBJR KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. Bahagian ini pengkaji akan melaporkan hasil kajian mengikut persoalan kajian

INTELLIGENT SAFETY HELMET FOR MOTORCYCLIST FAEZAH BINTI HASHIM

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

CONTINUOUS BATTERY MONITORING (CBM) SYSTEM FOR EARLY BATTERY FAILURE DETECTION YUSOF BIN YUNUS

SENARAI KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN PENGISTIHARAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

PENGURUSAN FASILITI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) KG. BARU HICOM, SHAH ALAM AINA SUHADA BINTI ABDULLAH

SISTEM PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

TECHNOLOGY AND INNOVATION MANAGEMENT AWARENESS AND PRACTISE A CASE STUDY IN BRITISH AMERICAN TOBACCO GSD (KL) SDN BHD

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

HASIL PEMBAKARAN EMISI RENDAH DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN API BIODIESEL BERBANTUKAN ALIRAN BERPUSAR MOHAMAD SHAIFUL ASHRUL BIN ISHAK

SISTEM PENGURUSAN PROOFREADING UTM KHO CHEE XAO

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

FINITE ELEMENT (FE) MODEL OF BRAKE INSULATOR IN REDUCING BRAKE SQUEAL NOISE FOR MOTORCYCLES MUNDHER FADHIL ABDULRIDHA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ZULHILMI AFIQ BIN ZULKIFLE

Tahap Kesediaan Guru-Guru PKPG Kemahiran Hidup (KH) UTM Mengajar Lukisan Kejuruteraan Di Dalam Bahasa Inggeris

PEMIKIRAN REFLEKTIF GURU PELATIH BAHASA MELAYU NOR SAHARA BINTI MESMAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

CASE STUDY: UNDERSTANDING TIlE PRINCIPLE AND MECHANISM OF ALTERNATOR MOTOR

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Kata kunci-pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Jeli, Golongan Belia.

DESIGN AND DEVELOPMENT OF AN AUTOMOTIVE SEAT FOR SAFETY

MANUAL &SR6KAS PFBGUUAAH MAT. ^ UTSIM mm. MITGMASI mm TOPOGRAFI BAGU. piuir»«vrrus. i'mi r i ;. j. j \ ' j. h i f i' ' i:! {!«! i i!

PAY WITH YOUR PIN BAYAR DENGAN PIN ANDA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FACULTY OF ELECTRICAL ENGINEERING FINAL YEAR PROJECT REPORT COST MONITORING DIGITAL POWER METER PREPARED BY:

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 11, Issue 1 (2018) 34-49

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 MEI 2018 HINGGA 30 JUN 2018

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

">; rt.t A AS > T ' ' T i FV*-} M i l.i ivi\.' ; i V him l.-'.hi nivi JUTCrsJ i # i k t f i l w. H M i l!, c i : t CO a

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MICRO WIND POWER GENERATOR NORAISAH BINTI ABU

LIVING CARE. Critical Illness Insurance

SHOPPING CART ANTI-THEFT SECURITY SYSTEM NAZRIN BIN OTHMAN

MODELING OF ELECTRIC DOUBLE LAYER CAPACITOR FATHIN ASILA BINTI MOHD PABLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lot 1841, Kampung Rhu Tapai Merang, Setiu, Terengganu, Malaysia.

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SCANNEI AVAILABLE ONtW! PERPUSTAKAAN UTHM * *

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Sustainable Consumption

SISTEM PENJEJAK PESAKIT DI HOSPITAL PUSAT PERUBATAN UKM (PPUKM) MENGGUNAKAN PERANTI MATA ARAH (BEACON) Mohamad Norizal Bin Abdullah Dr.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PEPERIKSAAN JULAI 2010

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

FASILITATED INTERACTIVE TRAINER (FIT) CPR APP. Muhammad Amer Bin Mokhtar. Assoc. Prof. Dr. Maryati Mohd Yusof

MENGANALISA KEROSAKAN PENYERAP SHIMMY (SHIMMY DAMPER) TERHADAP UNIT PENDARATAN PESAWAT RINGAN (MODEL:EAGLE 150B). NORIZAL BIN ARSHAD

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 JUN 2018 HINGGA 31 JULAI 2018

SISTEM PENYAMPAIAN MAKLUMAT SECARA MASA NYATA DALAM JABATAN KECEMASAN

OPTIMAL LOCATION OF FACTS FOR ATC ENHANCEMENT BY USING SENSITIVITY ANALYSIS RAIMON OMAR AL SHAIKH SALEM

Item Bil Description of Works Remarks Main Switch Board

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PERSOALAN PENDAHULUAN DALAM HPI

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

SISTEM PENGURUSAN KEBERSIHAN KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN UKM. Muhammad Farhan bin Mohd Yusoff Dr. Dian Indrayani binti Jambari

APLIKASI GO AMBULANCE

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

APPLICATION OF DEMAND SIDE MANAGEMENT STRATEGIES TO REDUCE ENERGY CONSUMPTION IN UNIVERSITY BUILDINGS NAJAATUL FARIHAH BINTI HAMIDI

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PEMBANGUNAN PERMAINAN SERIUS UNTUK SIMULASI PENYELAMATAN DIRI SEMASA KEBAKARAN RUMAH

Saya / kami akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya / kami. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Tandatangan

CURRENT CARRYING CAPABILTY OF POLYESTER CARBON COATED FOR ELECTRICAL CONDUCTOR MOHD HAIDIR BIN MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CONTROL OF A REAL INVERTED PENDULUM SYSTEMS USING STATEFEEDBACK CONTROLLER MUHD SAFWAN BIN ABDUL SATAR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

ELECTRIC CAR VOLTAGE MONITORING SYSTEM NAJMI AZFAR BIN MOHD ROSLI

an Sri Shahrir bin Abdul Samad Pengerusi FELDA 21Januari 2018

KEPUASAN SERTA HARAPAN MENGENAI HUBUNGAN ANTARA IBUBAPA DAN ANAK: BERDASARKAN KAWALAN FUZZY LOGIC

SISTEM JUAL BELI BARANGAN TERPAKAI UNTUK PELAJAR UKM MOHD NAZREEN MOHD GHANI MOHD ZAMRI MURAH

Transcription:

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ 10, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR MOHD NAZARUDDIN BIN MOHD ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ 10, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR. SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya MOHD NAZARUDDIN BIN MOHD ALI Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: NO 21 FELDA CHINI 3, 26690 CHINI, PAHANG (TANDATANGAN PENYELIA) DR. HAMDAN BIN SAID Tarikh: Catatan: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursusu dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Tandatangan :... Nama Penyelia: Dr. Hamdan Bin Said Tarikh :..

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ 10, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR MOHD NAZARUDDIN BIN MOHD ALI Laporan ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA APRIL 2008

ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :... Nama Penulis : Mohd Nazaruddin Bin Mohd Ali Tarikh :...

v DEDIKASI Assalamualaikum. Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurnianya maka kertas laporan ini dapat disiapkan dengan jayanya. Teramat istimewa buat, Ibuku yang melahir dan membesarkan Ibu dan Ayah mertuaku yang memberi kekuatan Isteriku yang sangat mengerti dan memahami Hamiza bt Mohd Salleh @ Yaakob Anakku yang sabar menanti Aizat Nasruddin Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian sepanjang pengajianku. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat serta hidayah dari Allah s.w.t. Wassalam.

vi PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat saya menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih buat Dr. Hamdan bin Said selaku penyelia Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini. Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan seperjuangan khususnya kepada pelajar 4 SPH (PKPG) dan tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek penulisan ini. Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta dorongan yang diberikan amat dihargai. Semoga segala pengorbanan dan budi baik kalian mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan di Kolej 10. Kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan ini ditinjau dari lapan aspek iaitu persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan, layanan staf dan ahli jawatankuasa mahasiswa kolej kediaman, pentadbiran pejabat, keseluruhan pengalaman, pengawasan dan keselamatan, program dan aktiviti yang dijalankan, dan perkhidmatan makanan. Kajian deskritif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan seramai 305 responden Kolej 10 yang dipilih secara rawak. Data dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan dapatan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswa berpuashati terhadap kualiti kehidupan di Kolej 10 dalam semua lapan aspek yang dikaji. Kajian ini juga memajukan cadangan untuk menambahbaik kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan di kolej kediaman dan cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan.

viii ABSTRACT This study intended to identify students satisfaction towards the life quality of Kolej 10. The quality of life was surveyed through eight aspects that is college environment, facilities and services, staff and Student Committee services, office s administration, student overall experience, safety and monitoring, program and activity conducted, and food services. This descriptive study used a modified questionnaire as the research instrument, and involved randomly selected 305 Kolej 10 residents. The data were analyzed using the Statistical Packages for Social Science (SPSS) software and the findings were presented in the form of frequency, percentages, and mean. The findings indicated that the students were satisfied towards the quality of life at the Kolej 10 UTM in all aspects surveyed. This study also proposes suggestions to improve the quality of life at the residential college, and further study that can be carried out.

ix ISI KANDUNGAN BAB TAJUK M/ SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN PERKATAAN i ii iii iv v vi vii viii ix xiii xiv xv xiv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Persoalan Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Batasan Kajian 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persekitaran Tempat Tinggal di Kolej Kediaman 1 2 4 5 6 6 7 7 8

x 1.8.2 Rakan Sebaya 1.8.3 Kemudahan dan Perkhidmatan 1.8.4 Kakitangan dan Pengurusan Kolej 10 1.8.5 Kualiti Kehidupan 1.8.6 Pengalaman Tinggal di Kolej Kediaman 1.8.7 Pengawasan dan Keselamatan di Kolej Kediaman 1.8.8 Perkhidmatan Makanan 1.9 Penutup 8 9 10 10 11 11 12 13 2 SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 2.2 Sejarah Kolej Kediaman 2.2.1 Sejarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2.2.2 Sejarah Kolej Kediaman di UTM 2.2.3 Sejarah Penubuhan Kolej 10 2.3 Kualiti Kehidupan 2.3.1 Persekitaran Tempat Tinggal 2.3.2 Kemudahan dan Perkhidmatan di UTM 2.3.2.1 Persamaan dengan Universiti Luar Negara 2.3.3 Layanan Staf dan AJK Mahasiswi Kolej Kediaman 2.3.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman 2.3.5 Pengalaman Tinggal di Kolej Kediaman/ Asrama 2.3.5.1 Rakan-rakan 2.3.6 Pengawasan dan Keselamatan di Kolej Kedaiaman 2.3.7 Program dan Aktiviti di Kolej Kediaman 2.3.8 Perkhidmatan Kafetaria 14 14 16 16 18 18 22 23 26 27 30 32 33 35 37 38

xi 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 3.2 Rekabentuk Kajian 3.3 Tempat Kajian 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 3.5 Instrumen Kajian 3.6 Kajian Rintis 3.7 Prosedur Kajian 3.8 Analisis Data 3.9 Penutup 40 40 40 41 41 43 44 44 46 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 4.2.1 Klasifikasi Pengajian Akademik 4.2.2 Jumlah Semester Menginap di KOLEJ 10 4.2.3 Perancangan Penginapan Tahun Hadapan 4.2.4 Aras Bilik di Kolej 10 4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian 4.3.1 Persekitaran Di Kolej 10 4.3.2 Kemudahan dan Perkhidmatan di Kolej 10 4.3.3 Kakitangan dan AJK Mahaisiwa Kolej 10 4.3.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan Kolej 10 4.3.5 Keseluruhan Pengalaman Penghidupan Tinggal di Kolej 10 4.3.6 Pengawasan dan Keselamatan di Kolej 10 4.3.7 Program dan Aktiviti-ktiviti di Kolej 10 4.3.8 Perkhidmatan Kafetaria di Kolej 10 4.4 Analisis Tahap Penerimaan 4.5 Rumusan 4.6 Kesimpulan 47 47 48 48 49 49 50 50 52 53 55 56 57 58 59 60 62 63

xii 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 5.2 Perbincangan Kajian 5.3 Latar Beakang Responden (Bahagian A) 5.4 Perbincangan Hasil Kajian (Bahagian B) 5.4.1 Persekitaran Kolej 10 5.4.2 Kemudahan dan Perkhidmatan Kolej 10 5.4.3 Layanan Oleh Staf dan AJK Mahasiswa Kolej 10 5.4.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan Di Kolej 10 5.4.5 Keseluruhan Pengalaman Tinggal di Kolej Kediaman 5.4.6 Pengawasan dan Keselamatan Di Kolej 10 5.4.7 Kepuasan Terhadap Program dan Aktiviti di Kolej 10 5.3.8 Kemudahan Perkhidmatan Makanan di Kafetaria Kolej 10 5.5 Rumusan 5.6 Cadangan 5.6.1 Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar 5.6.2 Pihak Pentadbiran Kolej 10 5.6.3 Pihak Jawatankuasa Mahasiswa Kolej 10 5.7 Cadangan Lanjutan 5.8 Penutup 64 64 65 65 65 67 68 69 70 71 72 73 74 74 75 75 75 75 76 RUJUKAN LAMPIRAN A-D 77 81

xiii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK M/ SURAT 3.1 Jadual Skala Likert 43 3.2 Jadual Skala Binari 43 3.3 Senarai Item Mengikut Aspek 43 3.4 Jadual Pengkategorian Tahap Kualiti Kehidupan 45 Mahasiswa di Kolej 10 3.5 Jadual Pemeringkatan Min Menentukan Tahap Kualiti 46 Kehidupan Mahasiswa di Kolej 10 4.1 Klasifikasi Pengajian Akademik 48 4.2 Jumlah Semester Menginap di Kolej 10 48 4.3 Perancangan Penginapan Masa Hadapan 49 4.4 Aras Bilik di Kolej 10 49 4.5 Jadual Pengkategorian Tahap Kualiti Kehidupan 50 Mahasiswa di Kolej 10 4.6 Analisis Persekitaran di Kolej 10 51 4.7 Analisis Kemudahan dan Perkhidmatan di Kolej 10 53 4.8 Analisis Kakitangan dan AJK Mahasiswa Kolej 10 55 4.9 Analisis Pentadbiran Pejabat Pengurusan Kolej 10 56 4.10 Analisis Mengenai Pengalaman Penghidupan di Kolej 10 57 4.11 Analisis Pengawasan dan Keselamatan di Kolej 10 58 4.12 Analisis Program dan Aktiviti di Kolej 10 59 4.13 Analisis Perkhidmatan Kafetaria di Kolej 10 60 4.14 Analisis Tahap Penerimaan Responden Terhadap 61 Keseluruhan Kajian 4.15 Ananlisis Tahap Penerimaan Terhadap Keseluruhan 61 Kajian 4.16 Analisis Tahap Penerimaan Responden Terhadap Pernyataan Ya atau Tidak 62

xiv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK M/ SURAT 2.2 Hierarki Keperluan Maslow 19 2.3 Lima Fasa Kualiti Kehidupan di Kolej Kediaman 21 2.4 Aliran Pengurusan Kolej Kediaman 31

xv SENARAI LAMPIRAN Borang Soal Selidik Surat Kebenaran dari TNC (HEP) Surat Pengesahan dari Fakulti Pendidikan Surat Pengesahan Kerjasama dari Kolej 10

xvi SENARAI SINGKATAN UTM - Universti Teknologi Malaysia KTGB - Kolej Tun Ghafar Baba SPSS - Statistical Package For Social Sciences IPT - Institut Pengajian Tinggi USM - Universiti Sains Malaysia UiTM - Universiti Teknologi Mara DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka SUB - Student Union Board HEP - Hal Ehwal Pelajar C - Cemerlang B - Baik SD - Seperti Dijangka SPD - Sedikit Peningkatan Diperlukan L - Lemah

BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Penginapan dalam kampus merupakan salah satu ciri atau aspek kehidupan para pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka di institusi pengajian tinggi. Pembangunan mereka dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek bukan sahaja dipengaruhi oleh persekitaran dalam bilik kuliah tetapi juga persekitaran tempat penginapan dan juga lain-lain tempat di universiti. Menurut Chickering (1969) pembangunan diri individu yang berada di institusi pengajian tinggi adalah dipengaruhi oleh persekitaran institusi tersebut. Pembangunan diri individu ini dipengaruhi oleh objektif universiti, saiz universiti, kurikulum di universti, pengajian dan penilaian yang dilaksanakan di universiti tersebut, susun atur asrama di universiti, fakulti dan pentadbiran universiti, dan budaya yang dibentuk atau diamalkan dikalangan para pelajar. Pembudayaan kolej kediaman merupakan usaha untuk melahirkan para pelajar yang berdikari, berakhlak mulia, berilmu dan berketerampilan. Pembudayaan ini dilakukan melalui program-program peningkatan diri seperti ceramah-ceramah keagamaan dan kursus-kursus motivasi yang dijalankan di asrama dari masa ke semasa. Dengan ini para pelajar seharusnya menggunakan kesempatan tinggal di kolej kediaman dengan semaksimum mungkin untuk mencapai wawasan kecemerlangan akademik mereka kelak.

2 1.2 Latar Belakang Masalah Kolej kediaman di universiti menyediakan pelbagai kemudahan untuk membantu mahasiswa menghadapi dunia pendidikan peringkat tinggi. Di antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di kolej kediaman adalah blok-blok penginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. Menurut Shafie Jusoh (1994), pembinaan kolej kediaman di institusi pengajian tinggi adalah bertujuan untuk mengumpul pelajar-pelajar bagi mencapai kecemerlangan akademik. Justeru itu sewajarnya peluang ini digunakan dengan sebaik mungkin. Mahasiswa memerlukan persekitaran yang kondusif di kolej kediaman untuk membolehkan pencapaian akademik yang cemerlang dan pembangunan diri yang seimbang. Namun begitu terdapat mahasiswa yang berpusu-pusu meninggalkan kampus dan Kolej 10 khususnya sama ada semasa hujung minggu ataupun semasa dalam minggu perkuliahan. Mengapakah ini terjadi? Adakah mahasiswa keluar meninggalkan kampus kerana mencari tempat yang lebih baik untuk mereka mengulangkaji pelajaran mereka? Adakah suasana persekitaran di kolej kediaman mereka tidak menyenangkan sehingga memaksa mereka mencari tempat lain yang lebih kondusif? Pihak pengurusan kolej kediaman dan pihak Hal Ehwal Pelajar sesebuah universiti telah berusaha meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan untuk memberikan keselesaan kepada para penghuni kolej kediaman. Pihak kolej kediaman misalnya telah menyediakan perkhidmatan dobi, televisyen dan permainan video, padang permainan, dan kemudahan permohonan pembaikan mengenai sesuatu kerosakan atas talian. Namun begitu masih kedapatan para siswa-siswi yang kerap keluar kampus. Mengapakah ini terjadi? Adakah ini disebabkan oleh kekurangan kemudahan asas di UTM? Adakah ini disebabkan oleh kemudahan dobi di UTM tidak memenuhi kehendak mereka? Atau adakah keadaan ini disebabkan para siswasiswi tidak berminat hendak tinggal di kolej kediaman tetapi terpaksa disebabkan peraturan yang menghendaki para mereka tinggal di kolej kediaman? Secara khususnya apakah kekurangan kemudahan di Kolej 10.

3 Tinggal di kolej kediaman membawa impak yang besar kepada penghuninya. Persekitaran kolej kediaman biasanya lebih mendorong penghuninya untuk melibatkan diri dalam berbagai aktiviti di kampus. Selain itu, pencapaian akademik mereka dapat diberikan jaminan akan sentiasa dalam keadaan yang baik. Pengalaman hidup di kolej kediaman juga membina persepsi positif para pelajar terhadap iklim sosial di kampus. Mereka akan merasa seronok dan gembira kerana persekitaran di kampus adalah lebih akademik dan menyokong terhadap aktiviti pembelajaran. Interaksi dan hubungan akrab antara para pelajar akan mewujudkan kematangan fikiran yang membawa kepada pertumbuhan serta pembangunan peribadi yang baik (Blimling, 1999). Adakah kekerapan pelajar-pelajar Kolej 10 berpusu-pusu meninggalkan kampus setiap hujung minggu itu disebabkan kurang interaksi antara mereka? Namun begitu, dewasa ini terdapat banyak berita dari media yang melaporkan tentang kejadian buruk yang menimpa pelajar di sekitar kolej kediaman dan kampus institusi pengajian tinggi. Misalnya Tanggal 9 Ogos 2002, seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berusia 20 tahun telah dibunuh oleh seorang warga Bangladesh di kolej kediamannya sendiri. Dalam kejadian yang lain pula, seorang pelajar baru Universiti Sains Malaysia (USM) berketurunan Cina berumur 20 tahun juga telah bertindak menggantungkan dirinya sendiri pada kipas siling pada Jun 2006 kerana disyaki tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus. Mangsa dalam surat terakhirnya mendakwa bahawa rakan sebiliknya sering mengganggu ketika dia sedang tidur. Terkini, 2 orang siswi di salah sebuah IPTA di Lembah Klang cuba diculik dan dirogol. Persoalannya adakah kawasan Kolej 10 selamat untuk di diami? Kejadian-kejadian yang seumpama ini seolah-olah menunjukkan bahawa kedapatan perkhidmatan keselamatan yang tidak menepati kehendak pelanggan. Adakah para pelajar berpuas hati terhadap tahap keselamatan di Kolej 10 UTM? Tinjauan ke atas pelajar kolej kediaman memperlihatkan masih terdapat lagi runggutan-runggutan yang berkaitan dengan kehidupan di kolej kediaman. Antara runggutan itu ialah:

4 i) Terpaksa berkongsi kemudahan yang sedikit seperti mesin basuh dan tandas di mana pelajar terpaksa menunggu giliran untuk menggunakannya. ii) Keadaan di kolej kediaman tidak seperti di rumah yang lengkap dengan keperluan lain seperti peti sejuk. Selain dari itu para pelajar tidak dibenarkan memasak makanan mereka sendiri. iii) Terdapat sebuah televisyen sahaja di setiap bangunan yang terdapat di kolej kediaman. Berlaku perebutan siaran/ rancangan televisyen antara para pelajar yang kadang-kadang menimbulkan perbalahan antara mereka. iv) Di sesetengah kolej kediaman yang agak lama, terdapat kemudahan awam yang tidak diselenggara dengan baik. Contohnya mangkuk tandas yang lama kelihatan kotor, saliran air yang telah digunakan di bilik mandi tidak lancar serta paip bocor dan menyebabkan air menitis. v) Terpaksa mengemas barang dan mengosongkan bilik asrama semasa cuti semester dirasakan sesuatu perkara yang membuang masa sedangkan jika hendak dibandingkan dengan di rumah, mereka tidak perlu melakukan perkara ini. vi) Sesetengah pelajar merasakan tiada atau kurangnya kesedaran sivik di kalangan pelajar lain yang tidak pandai menjaga kebersihan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kolej kediaman. 1.3 Pernyataan Masalah Persekitaran yang kondusif, kemudahan dan perkhidmatan berkualiti, layanan staf dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswa profesional, pentadbiran pejabat pengurusan cekap, pengalaman kehidupan di kampus yang bermakna, pengawasan dan keselamatan yang tinggi mutunya, program dan aktiviti yang menarik dan mencabar, dan perkhidmatan kafeteria yang memenuhi kehendak pelanggan mampu memberikan kepuasan kepada penghuni kolej. Berasaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh mahasiswa, pihak institusi pengajian tinggi tidak tahu sama ada mahasiswa berasa selesa tinggal di kolej kediaman atau tidak. Pihak pentadbiran universiti juga tidak mengetahui kualiti kehidupan mahasiswa di Kolej 10 yang

5 sedikit sebanyak membawa kesan positif ataupun negatif terhadap kecemerlangan akademik dan bukan akademik pelajar mereka. Ini adalah kerana, masih belum terdapat lagi kajian yang dijalankan bagi mengenalpasti kualiti kehidupan mahasiswa di kolej kediaman di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan di Kolej 10 UTM, Skudai, Johor. 1.4 Objektif Kajian Berasaskan kepada pernyataan masalah di atas objektif kajian ini adalah seperti berikut: i) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti persekitaran di Kolej 10. ii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kemudahan dan perkhidmatan di Kolej 10. iii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti layanan staf dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswa di Kolej 10. iv) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti pentadbiran pejabat pengurusan di Kolej 10. v) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti keseluruhan pengalaman kehidupan di Kolej 10. vi) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti pengawasan dan keselamatan di Kolej 10. vii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti program dan aktiviti yang dijalankan di Kolej 10 viii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti perkhidmatan kafeteria di Kolej 10.

6 1.5 Persoalan Kajian iaitu: Secara khusus kajiselidik ini bertujuan menjawab beberapa persoalan berikut i) Apakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti persekitaran di Kolej 10? ii) Apakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti kemudahan dan perkhidmatan di Kolej 10? iii) Apakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti layanan yang diberikan oleh staf dan ahli jawatan kuasa mahasiswa di Kolej 10? iv) Apakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti pentadbiran pejabat pengurusan di Kolej 10? v) Apakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti keseluruhan pengalaman tinggal di Kolej 10? vi) Adakah mahasiswa berpuashati dengan aktiviti pengawasan dan keselamatan di Kolej 10? vii) Adakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti terhadap program dan aktiviti yang dijalankan di Kolej 10? viii) Adakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti perkhidmatan makanan kafeteria di Kolej 10. 1.6 Kepentingan Kajian Hasil kajian ini dapat memberi maklum balas yang boleh digunakan untuk menambahbaik kualiti kehidupan para siswa di Kolej 10, membantu pihak Hal Ehwal Pelajar UTM, pentadbiran Kolej 10, dan juga Jawatankuasa Kolej Mahasiswa meningkatkan kepuasan pelanggan mereka. Kepada pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar hasil kajian ini dapat digunakan sebagai garis panduan untuk menyediakan pelbagai kemudahan di Kolej 10. Ini termasuklah kemudahan pengangkutan bas, padang permainan dan sebagainya. Kepada pihak pentadbir Kolej 10 untuk mempertingkatkan lagi kemudahan dan keselesaan suasana di Kolej 10. Kepada Jawatankuasa Kolej 10 diharapkan hasil kajian ini dapat memberikan mereka garis