Kajian Penilaian Terhadap Tahap Penggunaan Kawasan Lapang Kejiranan di kuching dan Kesannya Ke Atas Interaksi Sosial

Similar documents
BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. Bahagian ini pengkaji akan melaporkan hasil kajian mengikut persoalan kajian

Sustainable Consumption

HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRIINDIVIDU, REKA BENTUK LATIHAN DAN PERSEKITARAN KERJA DENGAN PEM INDAHAN LATIHAN DI SWM ENVIRONMENT SDN BHD.

PENGURUSAN FASILITI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) KG. BARU HICOM, SHAH ALAM AINA SUHADA BINTI ABDULLAH

TECHNOLOGY AND INNOVATION MANAGEMENT AWARENESS AND PRACTISE A CASE STUDY IN BRITISH AMERICAN TOBACCO GSD (KL) SDN BHD

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 MEI 2018 HINGGA 30 JUN 2018

an Sri Shahrir bin Abdul Samad Pengerusi FELDA 21Januari 2018

MODELLING OF THROUGH-THE-ROAD HYBRID ELECTRIC VEHICLE OKE PAUL OMEIZA

Item Bil Description of Works Remarks Main Switch Board

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

MyBot Bridge. 2 pasukan 4 peserta (2 wakil politeknik, 2 wakil sekolah) TEAM PELAJAR MyBot Operator Mentor 2

JA606: VEHICLE DYNAMICS. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 JUN 2018 HINGGA 31 JULAI 2018

FINITE ELEMENT (FE) MODEL OF BRAKE INSULATOR IN REDUCING BRAKE SQUEAL NOISE FOR MOTORCYCLES MUNDHER FADHIL ABDULRIDHA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION : This section consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) only.

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

Seminar Penyedia Latihan ezskill Bersama JPK Wilayah Sarawak

APPLICATION OF DEMAND SIDE MANAGEMENT STRATEGIES TO REDUCE ENERGY CONSUMPTION IN UNIVERSITY BUILDINGS NAJAATUL FARIHAH BINTI HAMIDI

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

PAY WITH YOUR PIN BAYAR DENGAN PIN ANDA

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structure questions. Answer any FOUR (4) questions.

Kata kunci-pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Jeli, Golongan Belia.

SISTEM PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

SISTEM PENJEJAK PESAKIT DI HOSPITAL PUSAT PERUBATAN UKM (PPUKM) MENGGUNAKAN PERANTI MATA ARAH (BEACON) Mohamad Norizal Bin Abdullah Dr.

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

STRUCTURE : 100 MARKS STRUKTUR : 100 MARKAH. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

KEPUASAN SERTA HARAPAN MENGENAI HUBUNGAN ANTARA IBUBAPA DAN ANAK: BERDASARKAN KAWALAN FUZZY LOGIC

Tahap Kesediaan Guru-Guru PKPG Kemahiran Hidup (KH) UTM Mengajar Lukisan Kejuruteraan Di Dalam Bahasa Inggeris

TAHAP PENGAMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA MOHD HANIP BIN ASPAR. Universiti Teknologi Malaysia

FASILITATED INTERACTIVE TRAINER (FIT) CPR APP. Muhammad Amer Bin Mokhtar. Assoc. Prof. Dr. Maryati Mohd Yusof

SECTION A : 100 MARKS BAHAGIAN A : 100 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

APLIKASI MAKLUMAT IPT BERSEPADU BERASASKAN ANDROID DENGAN SISTEM SOKONGAN GPS (JEJAK IPT)

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structures questions. Answer FOUR (4) questions only.

LIVING CARE. Critical Illness Insurance

SENARAI KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN PENGISTIHARAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

PEMBANGUNAN PERMAINAN SERIUS UNTUK SIMULASI PENYELAMATAN DIRI SEMASA KEBAKARAN RUMAH

Frequently Asked Questions (FAQ)

STD 093/6/4. 01 Jun 2014 ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 JUN JULAI 2014

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

APLIKASI GO AMBULANCE

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi ENAM (6) soalan esei. Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

PEPERIKSAAN JULAI 2010

OPTIMIZATION ON FUEL GAS OPERATION FOR COMBINED CYCLE POWER PLANT MOHD IZAMUDDIN BIN MAHMUD

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) questions.

PB604 : BUSINESS FINANCE

COMFORT ANALYSIS IN COMMERCIAL VEHICLE S PASSENGER SEAT TAM WEE KONG

PERSIJILAN MS IS DAN PERSEPSI KAKITANGAN TERHADAP AMALAN PENGURUSAN KUALITI : SATU KAJIAN KES DI BINTULU PORT SDN. BHD.

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP SERVIS YANG DIBERIKAN OLEH SYARIKAT TELEKOM MALAYSIA TERHADAP KEDIAMAN : UNIFI DAN STREAMYX

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

Oleh: Haryati Shafii

(Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan dalam 7 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 7 printed pages)

SISTEM PEMANTAUAN PRESTASI BAS SHAUN LOH CHIA CHIEH ASSOC. PROF. DR. MOHAMMAD FAIDZUL NASRUDIN

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

Kelestarian Pembangunan Hadapan Air di Malaysia

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

KEPUASAN MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

SISTEM PENGURUSAN STOK. Nur Rahimah Binti Mohd Razmi Pn. Hazilah Binti Mohd Amin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

POTENSI MALAYSIA SEBAGAI PENGELUAR PRODUK DAGING LEMBU HALAL DI PASARAN GLOBAL

SISTEM PENGURUSAN KEBERSIHAN KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN UKM. Muhammad Farhan bin Mohd Yusoff Dr. Dian Indrayani binti Jambari

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

APLIKASI DAN SISTEM PEMARKAHAN POSTER DI PUSAT PERMATA PINTAR

A FREQUENCY CONTROLLER USING FUZZY IN ISOLATED MICROGRID SYSTEM

NUMERICAL ANALYSIS OF ELASTOHYDRODYNAMIC LUBRICATION WITH BIO-BASED FLUIDS DEDI ROSA PUTRA CUPU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEVELOPMENT OF A 10 NEWTON HYDROGEN PEROXIDE MONOPROPELLANT ROCKET THRUSTER KUBERARAAJ NAMBARAJA

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM PEMANTAUAN GILIRAN DI HOSPITAL CANSELLOR TUANKU MUKHRIZ. Nursyakirah Hamimah Binti Mohamad Halim Prof. Dr.

$'11,n n, Lffi MALAYSIA. PEPERIKSAAI\ AKHIR SEMESTER II sesr PERALATAN BINAAN BPD BPC APRIL 2OO9 2 JAM 30 MINIT

ALAT PRAPEMPROSESAN DATA UNTUK SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Muhammad Faiz Bin Abdullah Prof. Madya Dr. Mohd Zakree Ahmad Nazri

Get rewarded, download the Touch n Go e-wallet. Get standard or preferred TGV seats for RM7 before 7pm on 7 July.

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PROSES PINJAMAN PERALATAN (ASSET BOOKING)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

SISTEM PENGURUSAN PROOFREADING UTM KHO CHEE XAO

BAB KEBOLEHGUNAAN (USABILITY) 2.1 Pendahuluan

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

UNTUK THE SECRETARY OF THE TRUSTEES OF THE METHODIST CHURCH IN MALAYSIA

MODELLING DAMPING ELEMENT TO REDUCE DISC BRAKE SQUEAL NORAIDE BIN MD YUSOP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPTIMAL LOCATION OF FACTS FOR ATC ENHANCEMENT BY USING SENSITIVITY ANALYSIS RAIMON OMAR AL SHAIKH SALEM

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 11, Issue 1 (2018) 34-49

Saya / kami akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya / kami. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Tandatangan

1. Mechanics Make a minimum payment of RM 5 with Pay function using the Touch n Go ewallet to receive random cashback up to RM 888.

THE STUDY ON THE IMPACT OF CONSTANT POWER LOAD TO A DIRECT CURRENT POWER SYSTEM DRIVEN BY PHOTOVOLTAIC, WIND - THYRISTOR RECTIFIER AND LINEAR SOURCES

OPTIMAL LOCATION OF THYRISTOR CONTROLLED SERIES COMPENSATOR USING SENSITIVITY APPROACH NEW HUANG CHIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HASIL PEMBAKARAN EMISI RENDAH DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN API BIODIESEL BERBANTUKAN ALIRAN BERPUSAR MOHAMAD SHAIFUL ASHRUL BIN ISHAK

PERSOALAN PENDAHULUAN DALAM HPI

STD 093/6/4. 1 November 2015 ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 NOVEMBER DISEMBER 2015

RELIABILITY OF GENERIC SKILLS INVENTORY. Ahmad bin Esa Assoc. Prof. Dr. Jailani bin Mohd. Yunus Assoc. Prof. Dr. Noraini binti Kaprawi

Free ebook. Cara penggunaan product

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN DIRECT DEBIT

DEVELOPMENT HYDROGEN GAS GENERATOR FOR DUAL FUEL ENGINE USING YULL BROWN METHOD AHMAD ZAKI BIN ZAIMANI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

(a) Sketch and explain the operation of four stroke petrol engine. Lakar dan terangkan operasi enjin empat lejang. [12 marks] [12 markah]

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. QUOTATION NOTICE (Via eprocurement)

KREATIVITI PENGAJARAN GURU BAHASA ARAB DI MALAYSIA. *Mohammad Rusdi Bin Ab Majid Zawawi Ismail

Transcription:

1. AYSý `ýp. WD 7$ 40v im PPS Kajian Penilaian Terhadap Tahap Penggunaan Kawasan Lapang Kejiranan di kuching dan Kesannya Ke Atas Interaksi Sosial Disediakan o%h. " Fakulti Sains Sosial UNIMAS Untuk. - Majlis Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi

P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNMAi Ilillilllilll111N 1000168317. - ýý f.,p rýr "i` -ý j- ;ý-- ` ý`l i-ý F` ý!, ý1ý+ý\i 1 ýiý ý\ L q1ý 1y j1 ýý?. ý', ýý ;ý /'ý Pada 20 September 2005, Majlis Pembangunan Sosial dan Urbanisasi di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, telah memberi mandat kepada Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak untuk melaksanakan kajian tentang penggunaan ruang lapang kejiranan di Kuching dan peranannya dalam interaksi sosial masyarakat. Kajian telah dijalankan terhadap ruang lapang kejiranan yang terletak di bawah tiga buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan. Penelitian yang dijalankan selama dua tahun ini melibatkan 30 ruang lapang kejiranan; 18 di MBKS, 7 di DBKU dan 5 di MPP. Kaedah kajian kuantitatif dan kualitatif telah digunapakai untuk mengumpul serta menganalisis data tersebut. Seramai 1704 responden telah dikenalpasti dan ditemubual bagi memenuhi objektif kajian ini. Laporan akhir ini mengandungi 6 bab. Bab 1 memberi penerangan tentang latar belakang kajian, objektif serta methodologi yang digunakan di dalam kajian ini. Bab 2 menjelaskan amalan pembangunan ruang lapang di Sarawak manakala bab 3 memberi maklumat tentang latar belakang responden. Maklumat tentang penggunaan ruang lapang kejiranan serta hasil inventori dibentangkan di dalam Bab 4, diikuti dengan Bab 5 yang merumuskan dapatan yang diperolehi dalam Bab 3 dan Bab 4. Laporan ini diakhiri dengan Bab 6 yang menyenaraikan masalah yang dikenalpasti serta cadangan pembaikan. Diharap cadangan yang diutarakan di dalam laporan ini dapat dimanfaatkan oleh pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan ruang lapang kejiranan di Sarawak pada masa hadapan. Pasukan Pengkaji Fakulti Sains Sosial, UNIMAS Kota Samarahan 31 Januari 2008

Ar r am] ýi ýi_ Pasukan Pengkaji UNIMAS ingin merakamkan penghargaan kepada Puan Aishah Edris selaku Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (MPSU) yang telah memberi mandat dan kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan kajian ini. Tidak dilupakan juga kepada tiga buah Pihak Berkuasa Tempatan; iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) yang membekalkan informasi kepada kami. Tanpa sokongan dan kerjasama keempat- empat agensi ini, tugasan iti tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan lancar. Terima kasih jugs kepada Penolong Penyelidik kami, Regina Garai yang telah membantu dalam segala aspek kajian ini dan kepada semua enumerator yang tekun mengumpulkan data di lapangan, kami amat menghargai usaha yang telah dicurahkan. Akhir sekali, kami ingin memanjangkan penghargaan kepada individu serta organisasi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelaksanaan kajian ini. Pasukan Pengkaji Fakulti Sains Sosial, UNIMAS Kota Samarahan 31 Januari 2008

ý»nfflum $%"IM 1 ý1taýý.ý ý ýý i. Prakata ii. iii. iv. Penghargaan Senarai Kandungan Senarai Carta v. Senarai Jadual vi. vii. viii. Senarai Lampiran Glossari Ringkasan Eksekutif Bab 1: Pengenalan dan Latar Belakang Kajian 1.1 Pengenalan 1... 1.2 Latar Belakang Kajian 1... 1.2.1 Kepentingan Ruang Awam Terhadap Interaksi Komuniti 2... 1.2.2 Peranan Kej iranan 4... 1.2.3 Pernyataan Masalah 5...... 1.2.4 Kepentingan Kaj ian 6... 1.2.5 Objektif Kajian 6... 1.2.6 Persoalan Kaj ian 7... 1.2.7 Skop Kaj ian 8...... 1.3 Metodologi Kajian 8... 1.3.1 Instrumen Kaj ian 8... 1.3.2 Persampelan 9... 1.4 Operational Concept...... 11

Bab 2: Amalan Penyediaan Kawasan Lapang di Sarawak 2.1 Pengenalan 13... 2.2 Amalan Penyediaan Ruang Lapang oleh Agensi di Peringkat Negeri... 13 2.2.1 Amalan Penyediaan Ruang Lapang oleh Pihak Berkuasa Perancangan Negeri (PBBN) atau State Planning Authority (SPA). 13 2.2.2 Peranan Penyediaan Ruang Lapang oleh Kementerian Perumahan... 17 2.2.3 Peranan Penyediaan Ruang Lapang oleh Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam 17... 2.2.4 Peranan Penyediaan Ruang Lapang oleh Kementerian Pembangunan Bandar dan Pelancongan... 18 2.3 Peranan Pembangunan Ruang Lapang di Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan... 18 2.3.1 Garis panduan Kawasan Lapang dan Lanskap: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MB KS) 18... 2.3.2 Garis panduan Kawasan Lapang dan Lanskap: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) 20... 2.3.3 Garis panduan Kawasan Lapang dan Lanskap: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) 22... Bab 3: Maklumat Responden 3.1 Maklumat Ruang Lapang Terpilih 24... 3.2 Maklumat Am Responden......... 26 3.2.1 Jantina Responden...... 26 3.2.2 Umur Responden...... 27 3.2.3 Struktur Umur Responden Mengikut Kelas Kediaman... 28 3.2.4 Taraf Pendidikan Tertinggi.................... 29 3.2.5 Etnik Responden... 3.2.6 Taraf Perkahwinan Responden... 30 30 3.2.7 Maklumat Isirumah Responden 30... 3.2.8 Taraf Pekerjaan Responden 30...

3.3 Maklumat Perjalanan Harian Responden 31...... 31 3.3.1 Jarak Kediaman Dari Tempat Kerja... 3.3.2 Masa Keluar Dari Kediaman (Hari Bekerja) 31... 3.3.3 Masa Kembali ke Kediaman (Hari Bekerja)... 32 3.4 Maklumat Pendapatan dan Perbelanjaan Responden... 33 3.4.1 Pendapatan Bulanan Responden 33... 3.4.2 Perbelanjaan Bulanan Isirumah Responden... 34 3.4.3 Perbelanjaan Untuk Hiburan 35... 3.4.4 Keahlian Kelab Rekreasi / Sukan 36... 3.4.5 Lokasi Popular Menjalankan Aktiviti Rekreasi 37... 3.4.6 Pemilikan Harta Berkaitan Dengan Rekreasi 38... Bab 4: Inventori dan Maklumat Penggunaan Kawasan Lapang Kejiranan 4.1.1 Penggunaan Kawasan Lapang Kejiranan di Kuching... 39 4.1.1 Adakah Responden Menggunakan Ruang Lapang Kejiranan?... 39 4.1.2 Kunjungan ke Kawasan Lapang Kejiranan 42... 4.1.3 Masa Mengunjungi Kawasan Lapang Kejiranan 44... 4.1.4 Jenis Aktiviti Yang Dilakukan di Kawasan Lapang... 45 4.1.5 Penggunaan Kawasan Lapang Mengikut Umur... 46 4.1.6 Penggunaan Kawasan Lapang Mengikut Umur dan Saiz... 47 4.1.7 Analisis Korelasi: Rekabentuk dan Pola Kunjungan... 49 4.2 Interaksi Antara Pengguna-pengguna Kawasan Lapang Kejiranan 50... 4.2.1 Berjumpa Orang di Kawasan Lapang Kejiranan 50... 4.2.2 Interaksi Dengan Pengguna Lain 54... 4.2.3 Adakah Responden Mendapat Kenalan Baru? 56... 4.2.4 Melakukan Aktiviti Hasil Interaksi di Ruang Lapang Kejiranan... 57 4.3 Persepsi Pengguna Terhadap Kawasan Lapang Kejiranan... 57 4.3.1 Adakah Kawasan Lapang Kejiranan Memberi Peluang Untuk Bertemu Kenalan Baru? 58...

4.3.2 Sebab-sebab Kawasan Lapang Kejiranan Memberi Peluang Untuk Bertemu Kenalan Baru 59... 4.3.3 Sebab-sebab Tidak Memberi Peluang Untuk Bertemu Kenalan Baru.. 60 4.3.4 Kecukupan Kemudahan...... 61 4.3.5 Penyelenggaraan Kawasan Lapang Kejiranan 63... 4.3.6 Tahap Keselamatan Kawasan Lapang Kejiranan... 65 4.3.7 Tahap Penggunaan Ruang Lapang 68... 4.3.8 Penggunaan Ruang Lapang Kejiranan Lain 70... 4.4 Inventori Ruang Lapang Kejiranan 70... Bab 5: Rumusan dan Kesimpulan 5.1 Profil Responden 132... 5.2 Maklumat Kediaman dan Perjalanan Harian Responden... 133 5.3 Pemilikan Harta Berkaitan dengan Rekreasi 133... 5.4 Pendapatan dan Perbelanjaan Isirumah 134...... 5.5 Keahlian Kelab Rekreasi / Sukan 134... 5.6 Penggunaan Kawasan Lapang Kejiranan 134... 5.7 Interaksi di Kawasan Lapang Kejiranan 135... 5.8 Aspek Keselamatan dan Kecukupan Kemudahan di Ruang Lapang Kejiranan 136... 5.9 Tahap Penggunaan Kawasan Lapang Kejiranan 137... 5.10 Kesimpulan 137... Bab 6: Ringkasan Penemuan dan Cadangan 6.1 Jenis Kawasan Lapang Yang Kerap Dikunjungi 139... 6.1.1 Cadangan 139... 6.2 Umur Pengguna dan Penggunaan Kawasan Lapang... 140 6.2.1 Cadangan 141... 5.2.2 Cadangan 141... 6.3 Inventori Kemudahan Rekreasi 142... 6.3.1 Cadangan 142...

6.4 Penyelenggaraan Ruang Lapang Kejiranan Antara PBT... 143 6.4.1 Cadangan 143... 6.5 Penggunaan Ruang Lapang di Kawasan Kediaman 144... 6.5.1 Kawasan Perumahan Kelas Mewah 144... 6.5.2 Kawasan Perumahan Kelas Rendah dan Menengah 144... 6.5.3 Cadangan... 144 6.6 Meningkatkan Penggunaan Ruang Lapang Kejiranan... 145 6.6.1 Cadangan 146... 6.7 Perancangan dan Hirarki Ruang Lapang 147... 6.7.1 C adangan......... 147 6.8 Dasar dan Amalan 148... 6.8.1 Cadangan 150... Rujukan 151... ý 1ýýý Carta 3.1: Jantina responden Carta 3.2: Carta 3.3: Carta 3.4: Carta 3.5: Carta 3.6: Carta 3.7: Carta 3.8: Carta 3.9: Jumlah responden mengikut umur Struktur umur responden mengikut kelas kediaman Taraf perkahwinan responden Jarak kediaman dari tempat kerja Masa responden keluar dari kediaman (hari bekerja) Masa responden balik ke kediaman (hari bekerja) Taburan pendapatan bulanan responden Taburan perbelanjaan untuk hiburan Carta 3.10: Lokasi menjalankan aktiviti rekreasi di kuching Carta 3.11: Pemilikan harta bagi tujuan rekreasi Carta 3.12: Jenis perkakasan yang dimiliki

Carta 4.1: Carta 4.2: Penggunaan ruang lapang kejiranan oleh responden Taburan masa kunjungan ke ruang lapang kejiranan Carta 4.3: Taburan hari berkunjung ke ruang lapang kejiranan Carta 4.4: Kekerapan berjumpa orang di ruang lapang kejiranan Carta 4.5: Interaksi dengan pengguna lain Carta 4.6: Bentuk interaksi yang berlaku Carta 4.7: Bagaimana interaksi bermula Carta 4.8: Peluang untuk bertemu kenalan baru? Carta 4.9: Sebab-sebab memberi peluang untuk bertemu kenalan baru Carta 4.10: Sebab-sebab tidak memberi peluang untuk bertemu kenalan bare Carta 4.11: Carta 4.12: Persepsi tentang kewkupan kemudahan di mang lapang kejiranan DBKU Kemudahan yang perlu ditambah / disediakan Carta 4.13: Tahap kepuasan terhadap penyelenggaraan ruang lapang kejiranan Carta 4.14: Persepsi keselamatan di ruang lapang kejiranan MPP Carta 4.15: Carta 4.16: Sebab-sebab tidak berasa selamat menggunakan mang lapang kejiranan Adakah mang lapang digunakan sepenuhnya? Carta 4.17: Responden menggunakan kawasan lapang kejiranan lain =4 M. P. M Fri I Jadua13.1: Senarai kawasan lapang kejiranan mengikut kawasan pentadbiran Jadua13.2: Jadual 3.3: Pecahan jumlah responden mengikut kawasan pentadbiran Jumlah responden mengikut umur Jadua13.4: Jadua13.5: Tahap pendidikan tertinggi responden Purata perbelanjaan isirumah Jadua14.1: Jadua14.2: Jadua14.3: Sebab-sebab menggunakan ruang lapang kejiranan Sebab-sebab tidak menggunakan kawasan lapang kejiranan Kekerapan mengunjungi kawasan lapang kejiranan

Jadua14.4: Kekerapan mengunjungi kawasan lapang kejiranan mengikut kawasan pentadbiran Jadual 4.5: Taburan umur responden mengikut jenis kawasan lapang kejiranan Jadua14.6: Kekerapan kunjungan (sebulan) mengikut umur responden Jadua14.7: Jadua14.8: Jadua14.9: Penggunaan kawasan lapang mengikut umur dan saiz Saiz kawasan lapang dan kekerapan kunjungan Saiz kawasan lapang dan jarak kawasan lapang dari rumah Jadua14.10: Kekerapanberjumpa jirandi kawasanlapang kejirananmengikut kawasan pentadbiran Jadua14.11: Kekerapan berjumpa kenalan di kawasan lapang kejiranan mengikut kawasan pentadbiran Jadua14.12: Kekerapan berjumpa orang tidak dikenali di kawasan lapang kejiranan mengikut kawasan pentadbiran Jadua14.13: Kekerapan berjumpa dengan kenalan x Kekerapan berjumpa dengan orang tidak dikenali di kawasan lapang kejiranan Jadua14.14: Bagaimana interaksi berlaku x Bentuk interaksi yang berlaku Jadua14.15: Mendapat kenalan baru mengikut kawasan pentadbiran Jadua14.16: Peluang bertemu kenalan baru mengikut kawasan pentadbiran Jadua14.17: Kecukupan kemudahan mengikut kawasan pentadbiran Jadual 4.18: Tahap kepuasan penyelenggaraan mengikut kawasan pentadbiran Jadua14.19: Persepsi terhadap keselamatan mengikut kawasan pentadbiran Jadua14.20: Persepsi terhadap penggunaan mengikut kawasan pentadbiran

Senarai Lampiran 1. Peta 2.1: Peta menunjukkan taburan ruang lapang kejiranan di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) 2. Peta 2.2: Peta menunjukkan taburan ruang lapang kejiranan di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) 3. Peta 2.3: Peta menunjukkan taburan ruang lapang kejiranan di Majlis Perbandaran Padawan (MPP) 4. Senarai ruang lapang kejiranan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) 5. Senarai ruang lapang kejiranan di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) 6. Senarai ruang lapang kejiranan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) 7. Layout beberapa ruang lapang kejiranan di bawah pentadbiran DBKU yang dipilih bagi kajian ini 8. Borang soal selidik responden 9. Borang inventori ruang lapang kejiranan

Glossari AJK Ahli Jawatankuasa CCTV Closed Circuit Television (Kamera Litar Tertutup) DBKU Dewan Bandaraya Kuching Utara DUN Dewan Undangan Negeri JKKK Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung KPK Kawasan Permainan Kanak-kanak MBKS Majlis Bandaraya Kuching Selatan MPP Majlis Perbandaran Padawan NGO Non-Governmental Organization (Badan Bukan Kerajaan) PBT Pihak Berkuasa Tempatan PBPN Pihak Berkuasa Perancangan Negeri SEDC Sarawak Economic Development Corporation SPA State Planning Authority SPSS Statistical Package for the Social Sciences STIDC Sarawak Timber Industry Development Corporation

Ringkasan Eksekutif Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penggunaan ruang lapang kejiranan di Kuching serta bagaimana ruang lapang kejiranan ini boleh menjana interaksi sosial di satu-satu kawasan kejiranan. Ia terbatas kepada ruang lapang kejiranan di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) danmajlis PerbandaranPadawan(MPP). Skop kajianterhad kepada profil pengguna, rekabentuk ruang lapang kejiranan, pola penggunaan, serta kesan daripada penggunaan ruang lapang terhadap interaksi masyarakat di tiga kategori perumahan iaitu perumahan kos rendah, sederhana dan tinggi. Kajian survei digunakan dalam kajian ini sebab ia bersesuaian dengan persoalan penyelidikan yang ingin mendapat maklumat tentang perilaku atau kepercayaan seseorang dan menggunakan kedua-dua instrumen kajian kuantitatif dan kualitatif. Dengan menggunakan kaedah persampelan nisbah kajian ini telah memilih 18 (dari 94) ruang lapang di MBKS, 8 (dari 20) di DBKU dan 4 (dari 12) di MPP. Data dikutip secara temubual daripada 60 responden daripada setiap kawasan kejiranan terpilih yang mempunyai mang lapang yang telah dikenalpasti. Dari 60 responden ini, 30 responden ditemubual ketika menggunakan mang lapang kejiranan dan 30 lagi ditemubual di rumah di mana 10 buah rumah merupakan lapisan pertama (berdepan dengan mang lapang) dan 20 buah rumah daripada lapis kedua dan seterusnya. Di antara penemuan utama yang diperolehi dari kajian ini adalah: 1 Ruang lapang yang berkonsepkan `combo' serta ruang lapang yang disediakan dengan pelbagai kemudahan paling kerap dikunjungi oleh pengguna. Ruang lapang yang tersedia khas sebagai kawasan lapang terbuka serta yang khusus direka sebagai kawasan permainan kanak-kanak (KPK) tidak begitu popular.

2 Majoriti daripada pengguna kawasanlapang yang dikaji terdiri dari golongan belasan tahun (hampir setiap hari) dan juga mereka yang berumur 46 tahun ke atas (dua ke tiga kali seminggu). 3 Secara amnya, kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh ketiga-tiga PBT di kawasan lapang kejiranan adalah sama dan boleh dianggap `monotonous' dan kurang kreatif. Kemudahan dan peralatan yang disediakan merupakan kemudahan-kemudahan yang asas yang memenuhi kehendak minimum. 4 Kawasan lapang yang diselenggaraurus oleh MBKS nampak lebih rapi dan bersih jika dibandingkan dengan kawasan lapang di bawah selengaraan DBKU dan MPP. Ruang lapang di bawah selenggaraan MPP pula kebanyakannya berada dalam keadaan yang kurang memuaskan di mana kerap terdapat takongan air serta peralatan yang rosak. 6 Corak penggunaan kawasan lapang mengikut status sosial kawasan kejiranan tidak menunjukkan perbezaan ketara antara kawasan berpendapatan menengah dan berpendapatan rendah tetapi wujud perbezaan dari segi penggunaan antara kedua kawasan ini jika dibandingkan dengan kawasan perumahan berpendapatan tinggi. 7 Aktiviti terancang atau diatur oleh komuniti kurang dijalankan di ruang lapang yang dikaji. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan bersifat pasif (duduk atau bersiar), atau bersifat spontan atau `instantinuous' (dua tiga orang belia datang untuk bermain bola sepak dan kemudiannya diikuti oleh belia-belia lain). Aktiviti formal (terancang atau 'planned') hanya terhad kepada kumpulan yang datang untuk berjogging. Ini menggambarkan seolah-olah mang lapang yang ada lebih dari mencukupi tetapi kurang dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna. 8 Ketiadaan Pelan Induk Ruang Lapang untuk Bandaraya Kuching memerlukan penyediaan ruang lapang kejiranan diselaras untuk memastikan taburan ruang lapang ini teratur dari segi jarak antara satu dengan lain dan juga kemudahan fizikal yang disediakan untuk mengurangkan masalah pertindihan dan

ketidakcukupan di tempat-tempat tertentu. Penyelarasan sebegini akan mempastikan mang lapang tersebut bersifat mesra-pengguna dari segi saiz dan landskapnya. la juga akan meningkatkan kemudahsampaian (accessibility) kepada pengguna dan pada waktu yang sama mengurangkan masalah trafik yang boleh dijanakan oleh jenis gunatanah yang ada. 9 Kawasan lapang kejiranan hanya perlu disediakan oleh pemaju sekiranya kawasan pemajuan melebihi keluasan 1 hektar atau lebih kurang 2.5 ekar. Saiz ini adalah terlalu kecil dan menghasilkan ruang lapang kejiranan yang sukar untuk disediakan dengan kemudahan. 10 Umumnya, ruang lapang kurang menjana proses sosialisasi antara pengguna disebabkan faktor saiz yang kecil (kurang kemudahan maka kurang pengguna), aktiviti spontan (tidak menggalakkan pertemuan turutan dengan pengguna yang sama), kurang aktiviti terancang (yang menggalakkan kekerapan bertemu), kemudahan dan kebersihan yang kurang terurus (tidak menggalak penggunaan), penduduk strata sosial teratas mempunyai kemampuan dan gaya hidup di luar ruang lapang kejiranan ini.

1Xvm Akhir Kajian Penilaian 7lxhadap Ta6ap Penggunaan Kawasan Lapang Kejiranan di Kuching din Kesannya Ke Adis Interaksi Sosial Pengenalan dan Latar Belakang Kajian 1.1 PENGENALAN Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penggunaan ruang lapang kejiranan di Kuching serta bagaimana ruang lapang kejiranan ini boleh bertindak sebagai pemangkin kepada interaksi sosial di satu-satu kawasan kejiranan. Yahya Ibrahim (1995) menjelaskan bahawa unsur pembangunan fizikal memberi kesan yang penting terhadap interaksi sosial di kalangan penduduk kejiranan. Unsur-unsur seperti kedai, gerai, pasar, klinik, surau dan stesen servis sebenarnya membantu proses interaksi sesamajiran, walaupun hanya sekadar bertegur sapa. Kajian ini cuba melihat peranan ruang lapang kejiranan dalam konteks ini serta melihat persepsi penghuni di satu-satu kawasan kejiranan terhadap fungsi ruang lapang kejiranan itu sendiri. 1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN 1.2.1 Kepentingan Ruang Awam Terhadap Interaksi Komuniti Individu atau self merupakan unit asas kepada sesebuah komuniti. Realiti yang dibentuk oleh masyarakat memberi panduan kepada bentuk sosialisasi seseorang individu serta bagaimana dia menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Perbualan merupakan corak interaksi yang paling umum untuk seseorang individu berinteraksi dengan ahli komuniti yang lain dan melalui perbualan, masyarakat berkongsi pendapat serta mencari persamaan antara satu sama lain. Corak interaksi ini sering berlaku di mana-mana; pertemuan secara informal, majlis keramaian, seminar, perkumpulan keagamaan ataupun secara kebetulan sahaja (Hewitt, 2000). Melalui interaksi ini, individu di dalam masyarakat mengukuhkan fahaman tentang perkara-perkara yang 1

LapscaaAkhit Kajim Penilaiao lbchadap 7ihap Pcnggunaan Kawasan Lapang Kejinwn di Kuching dan Kesannya Ke Atas Interaksi Sosial berlaku di persekitaran mereka. Melalui perbualan juga, ikatan sosial sesama individu di dalam masyarakat dikukuhkan, serta membantu mengekalkan social order dalam komuniti tersebut. Untuk membolehkan interaksi, perlu adanya satu mang umum atau common place di mana individu di dalam komuniti boleh menggunakannya tanpa had. Kehidupan di bandar pada hari ini telah mewujudkan peluang interaksi sosial yang lebih luas, dan luar daripada batasan tempat kediaman seseorang individu. Interaksi ini mungkin berlaku di tempat kerja, rakan sepemiagaan ataupun penglibatan dalam kelab dan persatuan. Keadaan ini menyebabkan individu saling tidak mengenali walaupun menghuni dalam kawasan kediaman yang sama (Cooley, 1993). Komuniti, menurut Cooley (1993) adalah sekumpulan individu yang mempunyai matlamat yang sama serta sering bertemu clan bekerjasama. Individu-individu ini akan meletakkan kepentingan komuniti sebagai keutamaan, clan matlamat komuniti berperanan membentuk matlamat individu. Hubungan sedemikian dibentuk oleh peranan keluarga, pergaulan rakan sebaya atau kanak-kanak, serta peranan orang dewasa di dalam komuniti tersebut. Pergaulan secara informal memenuhi sifat semulajadi manusia untuk berinteraksi dan kehendak ini adalah sama bagi mana-mana budaya. Faktor ini akan memberikan keintiman kepada sesebuah komuniti walaupun individu- individu yang membentuknya mempunyai latar belakang yang berbeza. Rekreasi membantu seseorang individu mengaitkan dirinya dengan komuniti. Ciri-ciri rekreasi amat dipengaruhi oleh pergaulan rakan sebaya, kelas, persekitaran tempat kerja dan bentuk kejiranan (Bammel & Burrus-Bammel, 1996). Rekreasi membantu membangkitkan perasaan sense of community dan tanpa perasaan ini, keluarga, bandar dan negara tidak akan wujud. Pandangan ini menyarankan bahawa rekreasi memberi manfaat dalam skala yang lebih besar, malahan melangkaui peringkat individu. 2

Lap-ma Akhir Kajian Penilaian Tethadap Tahap Penggunaan Kawasan I. apang Kejinman di Kuching dan Kesannya Ke Atas Interaksi Sosial Pola rekreasi masyarakat ini mempunyai kaitan rapat dengan pola bagaimana ruang lapang kejiranan disediakan. Oleh itu, perbincangan ini akan diteruskan dengan amalan-amalan perancangan dan penyediaan kawasan lapang di Sarawak amnya dan di Kuching khususnya. Perbezaan ini dijelaskan oleh Bammel & Burrus-Bammel (1996) yang menyatakan bahawa kelas sosial memberi kesan kepada pola penggunaan masa ketika berekreasi. Kelas berpendapatan rendah cenderung melakukan aktiviti rekreasi yang mempunyai orientasi masa yang singkat, seperti bermain bola sepak, bermain baseball dan menonton televisyen. Aktiviti sebegini melibatkan kemahiran yang boleh dikuasai dalam masa yang singkat. Bagi golongan yang berpendapatan lebih tinggi, mereka cenderung melakukan aktiviti rekreasi yang memerlukan kemahiran tinggi seperti bermain piano dan bermain golf atau menonton teater. Pandangan oleh Bammel & Burrus- Bammel memberi gambaran bahawa kawasan lapang kejiranan lebih sesuai dilokasikan di kawasan perumahan berkelas rendah berbanding kelas tinggi. Perbezaan ini juga dapat dijelaskan oleh Kelly & Freysinger (2000) yang menekankan corak rekreasi berubah dari semasa ke semasa. Inovasi pasaran rekreasi pada hari ini lebih memenuhi kehendak golongan yang berpendapatan tinggi. Sebagai contoh, aktiviti pelancongan lebih kerap dilakukan oleh golongan yang mampu membayar pada harga yang tinggi. Golongan yang kurang berkemampuan tidak mendapat manfaat daripada bentuk inovasi ini. Penjelasan ini mencadangkan golongan berpendapatan rendah lebih terdorong melakukan rekreasi berbentuk setempat, contohnya menggunakan kawasan lapang yang terletak di dalam kawasan kejiranan mereka. Ringkasnya, kawasan lapang kejiranan lebih diperlukan oleh golongan yang berpendapatan rendah. 3

LAp=n AM Kajian Pa»laian Tedhadap Tahap Penggunam Kawasan L, apanb Kejirmm di Kuching dm Kesannya Ke Atas lnteraksi Sosial 1.2.2 Peranan Kejiranan Warren (dalam Gold, 2002) menjelaskan kejiranan dalam kawasan bandar mempunyai peranan-peranan seperti berikut: L Ruang untuk berinteraksi Peranan im menjelaskan bagaimana individu dalam satu unit kejiranan bertegur sapa atau saling berkunjung walaupun mereka tidak mempunyai hubungan yang rapat. Interaksi ini menandakan kemesraan di kalangan ahli kejiranan dan rasa ini memberikan sense of belonging kepada individu tersebut. ü. Ruang untuk pengaruh interpersonal Interaksi secara bersemuka akan memberi definisi kepada norma yang diamalkan dalam kejiranan tersebut, terutamanya dalam aspek penjagaan anak, pendidikan mahupun aspirasi sosioekonomi. Perlakuan devian akan dapat dibendung di peringkat komuniti memandangkan interaksi yang berlaku adalah lebih kerap di kalangan anggota kejiranan, dan peranan ini membantu individu memilih nilai yang boleh diterima pakai dalam masyarakat secara umum. iii. Kejiranan sebagai somber bantuan bersama Amalan saling membantu di kalangan mereka yang tinggal dalam kejiranan bandar merupakan satu amalan yang penting, khasnya apabila bantuan sebegini tidak diperolehi daripada institusi formal. Kajian menunjukkan ibu tunggal clan wanita yang berkahwin Bering mendapat bantuan daripada individu lain dalam komuniti. Bantuan ini sama ada berbentuk penjagaan anak atau barangan keperluan harian. iv. Kejiranan sebagai tapak organisasi formal dan tidak formal Antara peranan menarik kejiranan yang turnt dikaji oleh Warren ialah bagaimana kejiranan berfungsi sebagai asas pennulaan sesebuah organisasi sama ada secara formal atau tidak formal. Perkumpulan ini mungkin berperanan menghubungkan kejiranan yang diwakili dengan unit kejiranan 4

ý ýý ý " ýýfminýýlýi äýn1ia1ý1 l. äpmnalshic Kajian PeniWsfl lähadap Tahap Peiºggunaan Kawasaa LwanB Kejiranan di Kuching dan Keaannya Ke Atas hueraksi Sosial yang lain melalui aktiviti yang disertai. Selain itu, ia turut berperanan sebagai tempat asimilasi pendatang baru ke kejiranan tersebut. Dengan itu, individu atau keluarga yang baru berpindah ke kejiranan iui akan dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat dengan persekitaran barn. v. Kejiranan sebagal simbol status Fungsi yang paling sedikit dikaji menurut penulis ini adalah bagaimana kawasan kejiranan digunakan sebagai simbol status. Prestij kejiranan tersebut boleh diukur melalui kualiti rumah dan barangan yang dimiliki. Ukuran ini seterusnya digunakan untuk menilai tahap kejayaan yang dicapai oleh individu yang menghuni di kejiranan tersebut. PandanganHawley (1981) yang tuzut diutarakan dalam buku yang dihilis Gold (2002) menyatakan bahawa kejiranan lebih berperanan sebagai arena int, eraksi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan kurang beipendidikan. Golongan yang mempunyai sumber ekonomi yang lebih kukuh mampu berinteaaksi luar daripada lingkungi kawasan kejiranan mereka, dan mempunyai lebih banyak pilüan untuk menentukan pola interaksi mereka. Oleh itu golongan yang lebih berkemampuan tidak perlu "tezicongkong" oleh pilihan pola interaksi yang teziiad di peringkat kejiranan. 1.2.3 Pernyataan Masalah Kehidupan di bandar telah banyak mengubah ciri-ciri kejiranan yang positif. Ciri-ciri kejiranan seperti semangat bekerjasama, bergotong-royong, saling mengenali sesama jiran serta sifat keterbukaan untuk menawarkan bantuan sudah kurang ditonjolkan dalam kawasan kejiranan bandar. Oleh itu, kewujudan ruang umum seperti ruang lapang, tanah wakaf serta balai raya di dalam sesebuah unit kejiranan dapat dilihat sebagai alat untuk mewujudkan semula ciri-ciri positif ini. Tinjauan di sekitar bandaraya Kuching menunjukkan banyak ruang lapang kejiranan yang tidak dilengkapkan dengan kemudahan, terletak di lokasi yang kurang sesuai, digunakan seringkali untuk tujuan lain, dan merupakan `baki' tanah selepas proses pecah lot dijalankan. Malah ada juga mang lapang kejiranan yang tidak dimanfaatkan dan terbiar 5

lmcap ßkhic Kajiaa Aeailaian 7lahadap Tahap Penggunaan Kawasan LapanB Kejiraam di Kuching don Kesarmya Ke Atas Interaksi Sosial begitu sahaja Satu kajian di Shah Alam nendapati mang lapang, termasuk taman rekreasi, gagal menggalakkan interaksi sosial (Yahya Ibrahim, 1995) dan kajian ini juga akan meneliti sama ada keadaan yang sama turnt berlaku di Kuching. Kajian ini menipakan kesinambungan kepada kajian yang telah dijalankan oleh MPSU pada tahun 2001 yang berfokus ke atas kawasan lapang, taman dan kemudahan sukan tetapi sekadar melhat dari sudut tahap penggunaan kemudahan sahaja. Sungguhpun nisbah di atas memberi gambaran bahawa kemudahan- kemudahan ini sentiasa sesak digunakan disebabkan `ketidakcukupan', persoalannya ialah adakah nisbah ini cukup untuk menyimpulkan bahawa kemudahan sedia ada telah digunakan melebihi daya-tampungnya ataupun disebaliknya? Kajian ini akanjuga meneliti isu ini agar perancangan ruang lapang dan rekreasi serta kemudahan sukan akan dapat dilaksanakan dengan lebih beimakna di masa hadapan. 1.2.4 Kepentingan Kajian Kajian ini cuba meneliti peranan ruang lapang kejiranan dalam membentuk interaksi insan, khususnya dalam sesebuah kawasan kejiranan. Ada pihak yang mengganggap bahawa kegagalan pembangunan insan adalah disebabkan oleh kegagalan perancangan fizikal yang tidak mementingkan input sosial. Kajian ini cuba mengenalpasti ciri-ciri pembangunan ruang lapang yang dikatakan mampu meningkatkan interaksi sesama insan ataujiran, di samping mengkaji pola penyediaan mang lapang yang ada pada masa sekarang. Dapatan kajian ini kelak akan dapat digunakan untuk membantu supaya perancangan fizikal dan sosial bersifat lebih holistik yang diharap dapat memberikan kesan positif yang optimum kepada masyarakat. 1.2.5 Objektif Kajian Kajian ini mempunyai beberapa objektif seperti yang disenaraikan berikut: i. Melihat profil pengguna mang lapang kejiranan di bandaraya Kuching ii. Membuat inventori ke atas mang lapang kejiranan kawasan kajian yang mcrangkumi jenis kemudahan yang disediakan, lokasi, 6

LaWmAkh Kajian Peailaian lbchadap'ihhap Peaggunaan Kawasan Lapang Kejiraaan di Kuching dan Kesannya Ke Atas Interaksi Sosial aksesibiliti serta jumlah penduduk yang diliputi oleh ruang lapang kejiranan tersebut iii. Mengkaji pola penggunaan mang lapang kejiranan di bandaraya Kuching iv. Melihat sejauhmana penggunaa nu menggalakkan interaksi sesama insan di kawasan kejiranan tersebut v. Melihat corak perkembangan interaksi yang berlaku basil daripada aktiviti riadah di ruang lapang kejiranan vi. Membuat cadangan pembangunan ruang lapang serta komuniti hasil daripada dapatan kajian. 1.2.6 Persoalan Kajian Untuk mendapatkan maklumat serta menetapkan fokus kajian, beberapa persoalan telah digubal dan disenaraikan berikut: i. Apakah profil pengguna ruang lapang kejiranan di kawasan kajian? ii. Apakah pola penggunaan ruang lapang kejiranan ini? Persoalan ini merangkumi kekerapan penggunaan dan jenis aktiviti yang dilakukan. iii. Bagaimanakah rekabentuk - dari segi lokasi, rekabentuk, jenis kemudahan, aksesibiliti serta rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam yang ada - mang lapang kejiranan di kawasan kajian? iv. Apakah saiz populasi yang ditampung oleh ruang lapang kejiranan di kajian? v. Adakah ruang lapang kejiranan di kawasan kajian digunakan secara opti mum, secara berlebihan atau kurang digunakan? Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada keadaan ini? vi. Siapakah yang menggunakan mang lapang kejiranan ini? Siapa pula yang menggunakan kawasan lapang kejiranan ini dan kenapa? vii. Sejauhmanakah interaksi berlaku ketika penghuni kejiranan menggunakan mang lapang ini? viii. Apakah bentuk interaksi tersebut dan sejauh mana ia berkembang selepas itu? ix. Apakah persepsi orang awam tentang fungsi dan peranan iuang lapang? 7

japmgkh Kajian PenilaianTerhadap Tahap Penggunaan Kawasan L. apanb Kejiranan di Kuching don Kesamya Ke Atas Interaksi Sosial 1.2.7 Skop Kajian - Kajianiniham'atäbetaskepadanagiafflkejrananditig, abuahwilayahperrtadbiran di bandaraya Kiidiitig, iaitu Dewan Bandaaya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kudiing Selatan(MBKS) dan Majlis Fedandaian Padawan (MPP). Skop kajian merangkumi kajian ke atas profil pengguna, nlcabariuk mang lapang kejiranan di kawasan kajian, pola penggunaan, sata kesan daiipada peangguunaan mang lapang tahadap intaaksi masyarakat. L, dcasi kajian talunipii kepada tiga kategori penunahan iaitu peiwmhan kos reridah, sededana den tinggi. Ini adalah atas jangkaan bahawa adanya peifiezaan darisegi perggunaan serta pasepsi tahadap peranan kawasan lapang disebabkan tahap sosioekonomi yang berlainan. 13 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini mengunakan kajian survei yang diamal dan dipraktikkan oleh pendekatan positivist dalam sains sosial. Survei bersesuaian dengan persoalan penyelidikan yang ingin mendapat maklumat tentang perilaku atau kepercayaan seseorang. ini terbahagi kepada kategori seperti kelakuan, sikap/ kepercayaan/pendapat, ciri-ciri atau sifat, harapan, pengkelasan-diri dan pengetahuan (Neuman, 2006) 13.1 InsRtvmen Kajian Kajian ini akan menggunakan kedua-dua instnimen kajian kuantitatif dan kualitatif. Data akan dikutip secara temubual bersemuka menggunakan borang soal selidik. Dua set borang kajian Yang akan digunakan iaitu borang soal selidik responden dan borang inventaci kawasan lapang. Borang inventori mengkehendaki enumerator menc: atatkan cm-cm semasa serta rekabentuk mang lapang kejiranan. la bertujuan untuk mendapatkan data asas berkaitan dengan ruang lapang tersebut serta maklumat tentang peralatan yang ada dan juga pelaluan (accessibility) kepada mang tersebut. Borang ini terbahagi kepada lima bahagian seperti berikut: Bahagian A: Profil mang lapang kejiranan Bahagian B: Keadaan semasa di mang lapang kejiranan 8

1Apma Akhit Kajian Pbailaian 7erhadap Tahap Pengguman Kawasan ljpmg Kejiranan di Kuching don Kesannya Ke Atas haeraksi Sosial Bahagian C: Peralatan Sedia di ruang lapang kejiranan Bahagian D: Pelaluan ke ruang lapang kejiranan Bahagian E: Penyelengaraan ruang lapang kejiranan Borang soal selidik responden pula berperanan untuk mengumpulkan maklumat responden dari aspek demografi, sosioekonomi, pola penggunaan ruang lapang kejiranan serta persepsi dan aspirasi mereka berkaitan isu-isu yang diutarakan di dalam kajian ini. Set ini mengandungi bahagian berikut: Bahagian A: Profil pengguna Bahagian B: Maklumat lain tentang pengguna Bahagian C: Pola penggunaan ruang lapang kejiranan Bahagian D: Interaksi dengan pengguna-pengguna lain Bahagian E: Maklumat lain Kedua-dua borang soal selidik responden dan borang inventori menggunakan soalan tertutup dan soalan terbuka dan sampel adalah seperti yang dilampirkan dalam Lampiran 1 dan Lampiran 2. 1.3.2 Persampelan Pemilihan ruang lapang kejiranan akan dibuat secara persampelan nisbah berdasarkan jumlah ruang lapang yang ada di ketiga-tiga zon persampelan iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP). Di setiap zon pula, ruang lapang kejiranan yang dipilih akan merangkumi kawasan perumahan kos rendah, kos sederhana dan juga kos tinggi. Seramai 60 responden akan dipilih daripada 30 buah kawasan yang mempunyai ruang lapang kejiranan yang telah dikenalpasti. Pemilihan ruang lapang kejiranan dari setiap kawasan pentadbiran turut dipilih menggunakan kaedah persampelan nisbah. Kaedah ini akan menetapkan bilangan mang lapang yang perlu diambil dari satu-satu kawasan pentadbiran (18 dari MBKS, 8 dari DBKU dan 4 dari MPPP) berdasarkan jumlah keseluruhan mang lapang 9