KESAN DASAR KEWANGAN TERHADAP JENIS KONTRAK PEMBIAYAAN PERBANKAN ISLAM. Fidlizan Muhammad 1, Mohd Yahya Mohd Hussin 1, Azila Abdul Razak 1

Similar documents
BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. Bahagian ini pengkaji akan melaporkan hasil kajian mengikut persoalan kajian

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

TECHNOLOGY AND INNOVATION MANAGEMENT AWARENESS AND PRACTISE A CASE STUDY IN BRITISH AMERICAN TOBACCO GSD (KL) SDN BHD

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) questions.

PB604 : BUSINESS FINANCE

Sustainable Consumption

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

FINITE ELEMENT (FE) MODEL OF BRAKE INSULATOR IN REDUCING BRAKE SQUEAL NOISE FOR MOTORCYCLES MUNDHER FADHIL ABDULRIDHA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRIINDIVIDU, REKA BENTUK LATIHAN DAN PERSEKITARAN KERJA DENGAN PEM INDAHAN LATIHAN DI SWM ENVIRONMENT SDN BHD.

PERUBAHAN HARGA PETROL, PERTUKARAN MOD KENDERAAN DAN KESELAMATAN JALAN RAYA DI MALAYSIA

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

CURRENT CARRYING CAPABILTY OF POLYESTER CARBON COATED FOR ELECTRICAL CONDUCTOR MOHD HAIDIR BIN MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

OPTIMAL LOCATION OF FACTS FOR ATC ENHANCEMENT BY USING SENSITIVITY ANALYSIS RAIMON OMAR AL SHAIKH SALEM

MODELLING DAMPING ELEMENT TO REDUCE DISC BRAKE SQUEAL NORAIDE BIN MD YUSOP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODELLING OF THROUGH-THE-ROAD HYBRID ELECTRIC VEHICLE OKE PAUL OMEIZA

A FREQUENCY CONTROLLER USING FUZZY IN ISOLATED MICROGRID SYSTEM

APPLICATION OF DEMAND SIDE MANAGEMENT STRATEGIES TO REDUCE ENERGY CONSUMPTION IN UNIVERSITY BUILDINGS NAJAATUL FARIHAH BINTI HAMIDI

OPTIMAL ANTI LOCK BRAKING SYSTEM WITH REGENERATIVE BRAKING IN HYBRID ELECTRIC VEHICLE DANA DEHGHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION : This section consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) only.

JA606: VEHICLE DYNAMICS. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

CONTROL OF INVERTED PENDULUM-CART SYSTEM BASED ON FUZZY LOGIC APPROACH HASRULNIZAM BIN HASHIM

LIVING CARE. Critical Illness Insurance

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structure questions. Answer any FOUR (4) questions.

OPTIMAL LOCATION OF THYRISTOR CONTROLLED SERIES COMPENSATOR USING SENSITIVITY APPROACH NEW HUANG CHIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN CONTENTS. Ringkasan Indeks Perdagangan Luar Negeri (IPLN) 1-3 Summary of External Trade Indices (ETI)

Get rewarded, download the Touch n Go e-wallet. Get standard or preferred TGV seats for RM7 before 7pm on 7 July.

SISTEM PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

SENARAI KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN PENGISTIHARAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

DISC BRAKE SQUEAL GENERATION DURING DRY AND WET CONDITIONS MUNEER NAJI WAHEED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

SISTEM PENJEJAK PESAKIT DI HOSPITAL PUSAT PERUBATAN UKM (PPUKM) MENGGUNAKAN PERANTI MATA ARAH (BEACON) Mohamad Norizal Bin Abdullah Dr.

ELECTRIC CAR VOLTAGE MONITORING SYSTEM NAJMI AZFAR BIN MOHD ROSLI

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

THE STUDY ON THE IMPACT OF CONSTANT POWER LOAD TO A DIRECT CURRENT POWER SYSTEM DRIVEN BY PHOTOVOLTAIC, WIND - THYRISTOR RECTIFIER AND LINEAR SOURCES

STRUCTURE : 100 MARKS STRUKTUR : 100 MARKAH. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

POTENSI MALAYSIA SEBAGAI PENGELUAR PRODUK DAGING LEMBU HALAL DI PASARAN GLOBAL

1. Mechanics Make a minimum payment of RM 5 with Pay function using the Touch n Go ewallet to receive random cashback up to RM 888.

COMFORT ANALYSIS IN COMMERCIAL VEHICLE S PASSENGER SEAT TAM WEE KONG

CONTROL OF ENERGY CONVERSION IN A HYBRID WIND AND ULTRACAPACITOR ENERGY SYSTEM MAJID ABDULLATEEF ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEVELOPMENT OF A 10 NEWTON HYDROGEN PEROXIDE MONOPROPELLANT ROCKET THRUSTER KUBERARAAJ NAMBARAJA

PERANGKAAN PERKHIDMATAN

Item Bil Description of Works Remarks Main Switch Board

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

PEPERIKSAAN JULAI 2010

Frequently Asked Questions (FAQ)

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

SISTEM JUAL BELI BARANGAN TERPAKAI UNTUK PELAJAR UKM MOHD NAZREEN MOHD GHANI MOHD ZAMRI MURAH

$'11,n n, Lffi MALAYSIA. PEPERIKSAAI\ AKHIR SEMESTER II sesr PERALATAN BINAAN BPD BPC APRIL 2OO9 2 JAM 30 MINIT

ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi ENAM (6) soalan esei. Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

MODELING OF ELECTRIC DOUBLE LAYER CAPACITOR FATHIN ASILA BINTI MOHD PABLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPUASAN SERTA HARAPAN MENGENAI HUBUNGAN ANTARA IBUBAPA DAN ANAK: BERDASARKAN KAWALAN FUZZY LOGIC

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

SISTEM PENYAMPAIAN MAKLUMAT SECARA MASA NYATA DALAM JABATAN KECEMASAN

PB ASIA CONSUMER SECTOR FUND (PB DANA SEKTOR PENGGUNA ASIA) (PBACSF)

APLIKASI GO AMBULANCE

SECTION A : 100 MARKS BAHAGIAN A : 100 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

APLIKASI DAN SISTEM PEMARKAHAN POSTER DI PUSAT PERMATA PINTAR

SISTEM PENGURUSAN KEBERSIHAN KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN UKM. Muhammad Farhan bin Mohd Yusoff Dr. Dian Indrayani binti Jambari

DANA GROWTH TAKAFUL IKHLAS JULY 2013

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Jurnal Pengurusan 50 (2017) 15 pages, Galley Proof ISSN Scopus, Cabell, ASEAN Citation Index (ACI) and MyCite Indexes

50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Dec-11. Nov %

Tahap Kesediaan Guru-Guru PKPG Kemahiran Hidup (KH) UTM Mengajar Lukisan Kejuruteraan Di Dalam Bahasa Inggeris

Laporan Status Pasaran Harta Tanah Property Market Status Report

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% % Nov-11

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND (PB DANA EKUITI CHINA AUSTRALIA) (PBCAUEF)

FREQUENCY RESPONSE ON THE EFFECT OF COMBINE CYCLE LOAD REJECTION TEST NORAZIAH BINTI HUSSIN

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

EAL 574/4 Perancangan & Dasar Pengangkutan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

NUMERICAL ANALYSIS OF ELASTOHYDRODYNAMIC LUBRICATION WITH BIO-BASED FLUIDS DEDI ROSA PUTRA CUPU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GLYCERINE PITCH FROM GLYCERINE CONCENTRATION PROCESS AS ALTERNATIVE FUEL FOR BOILER OPERATIONS KIRUBAHARAN A/L MERAPAN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PUBLIC CHINA SELECT FUND (PUBLIC DANA CHINA TERPILIH) (PCSF)

Amir Hussain Md. Ishak Ketua Pustakawan, Universiti Putra Malaysia Pengerusi PERPUN

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

45.00% 40.00% 35.00% 30.00% 25.00% 20.00% 15.00% 10.00% 5.00% 0.00% -5.00%

EEK 475 ECONOMY AND MANAGEMENT ON POWER SYSTEM

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 MEI 2018 HINGGA 30 JUN 2018

90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Dec-11. Jan-12. Feb-12

SISTEM PEMANTAUAN PRESTASI BAS SHAUN LOH CHIA CHIEH ASSOC. PROF. DR. MOHAMMAD FAIDZUL NASRUDIN

PENTING / PENAFIAN INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

PERPUSTAKAAN DIGITAL PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

PUBLIC CHINA SELECT FUND

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Dec-11. Jan-12. Mar-12. Feb-12. Dana Sasaran

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structures questions. Answer FOUR (4) questions only.

SISTEM PENGURUSAN STOK. Nur Rahimah Binti Mohd Razmi Pn. Hazilah Binti Mohd Amin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

PB AUSTRALIA DYNAMIC BALANCED FUND (PB DANA IMBANG DINAMIK AUSTRALIA) (PBADBF)

100.00% 90.00% 80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Mar-12. Dec-11. Jan-12. Feb-12. Dana Sasaran

ALAT PRAPEMPROSESAN DATA UNTUK SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Muhammad Faiz Bin Abdullah Prof. Madya Dr. Mohd Zakree Ahmad Nazri

Transcription:

LJMS 2013, 7 Labuan e-journal of Muamalat and Society KESAN DASAR KEWANGAN TERHADAP JENIS KONTRAK PEMBIAYAAN PERBANKAN ISLAM Fidlizan Muhammad 1, Mohd Yahya Mohd Hussin 1, Azila Abdul Razak 1 1 Faculty of Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris ABSTRAK Kertas kerja ini bertujuan menganalisis kesan dasar kewangan terhadap jenis kontrak pembiayaan dalam sistem perbankan Islam (SPI) di Malaysia. Dua kategori kontrak ditawarkan dalam SPI iaitu kontrak pembiayaan berasaskan prinsip jual beli (Bai ) yang terdiri daripada kontrak Bai Bi Thaman Ajil (BBA), Ijarah (IJA), Ijarah Thumma al-bai (ITHB) serta Murabahah (MRB) dan kategori kedua adalah berasaskan perkongsian iaitu kontrak Mudarabah (MDB) dan Musyarakah (MSK). Analisis bagi enam jenis kontrak ini dilakukan menggunakan model VAR melalui dua bentuk ujian iaitu Fungsi Tindak Balas (IRF) dan penguraian varian (VDC). Data bulanan dari bulan Januari, 2007 hingga bulan Jun, 2010 digunakan bagi mencapai tujuan kajian ini. Hasil daripada analisis IRF, kontrak BBA, IJA, MSK dan MDB sensitif dengan inovasi atau perubahan dalam pemboleh ubah dasar kewangan. Dapatan daripada ujian VDC pula menunjukkan pemboleh ubah kewangan mempunyai kekuatan relatif untuk meramal kontrak jual beli antara 10 hingga 20 peratus. Manakala, kontrak perkongsian pula lebih kuat diterangkan oleh pemboleh ubah makro. Walau bagaimanapun, perubahan dalam pemboleh ubah kewangan akan mempengaruhi kekuatan hubungan ini. Kata kunci: Dasar Kewangan, Kontrak Pembiayaan, Perbankan Islam, Fungsi Tindak Balas, Fungsi Penguraian Corresponding author: Fidlizan Muhammad, Faculty of Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris. E-mail: fidlizan@fpe.upsi.edu.my 60

Labuan e-journal of Muamalat and Society, Vol. 7, 2013, pp. 60-70 1. Pengenalan Kegiatan ekonomi kini banyak bergantung pada modal daripada institusi perbankan. Seiring dengan pergantungan ini, institusi perbankan menawarkan pelbagai bentuk produk pinjaman sama ada kepada sektor industri, isi rumah dan juga kerajaan. Berdasarkan Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM, 2011), pinjaman sektor industri dan isi rumah mewakili 92% pinjaman keseluruhan pada tahun 2011. Nilai statistik ini menunjukkan bahawa bank merupakan institusi pembiaya yang penting. Kesanggupan bank untuk menawarkan pinjaman kepada pemiutang adalah menarik untuk dikaji. Umum mengetahui bahawa peranan institusi bank adalah perantara bagi unit lebihan dan unit kurangan. Sebagai pihak yang bertanggungjawab menguruskan modal daripada unit lebihan, risiko yang ditanggung bank adalah tinggi. Kegagalan untuk memperoleh jumlah pinjaman berserta keuntungan akibat pinjaman yang tidak dijelaskan dan sebagainya akan menyebabkan kredibiliti bank merosot untuk tempoh jangka pendek dan juga panjang. Berpandukan motivasi ini, kajian ini akan menganalisis beberapa faktor yang mempengaruhi kepada pinjaman ini secara khusus melibatkan pembiayaan oleh institusi perbankan Islam sahaja. Faktor-faktor yang dikaji ini merangkumi dua pemboleh ubah makro atau ekonomi benar dan satu pemboleh ubah dasar kewangan. Bagi tujuan perbincangan, kajian ini disusun sebagaimana berikut. Bahagian berikutnya membincangkan sorotan kajian lepas, disusuli perbincangan pembiayaan dalam Islam. Metodologi dan keputusan analisis pula menyusuli selepasnya. Bahagian akhir adalah rumusan dan implikasi kajian. 2. Sorotan Kajian Kepentingan sektor perbankan dalam pengurusan monetari negara telah mendapat perhatian penting di kalangan ahli akademik dan ekonomi. Keberkesanan pelaksanaan dasar kewangan dalam mempengaruhi hubungan antara bank dan ekonomi (dikenali sebagai saluran pinjaman bank) ke arah mencapai matlamat kestabilan ekonomi telah banyak dikaji menggunakan berbagai pemboleh ubah makro dan juga kewangan (Bernanke dan Blinder, 1988). Kadar inflasi, tingkat keluaran negara, kadar pengangguran dan kadar faedah merupakan antara pemboleh ubah penting yang mempengaruhi pengurusan ekonomi sesebuah negara. Kenaikan dalam kadar inflasi mendorong kepada penggubal polisi untuk meningkatkan kadar faedah. Kenaikan kadar faedah menyebabkan pemiutang berhadapan risiko berlakunya peningkatan dalam kos meminjam daripada bank. Bagi sektor ekonomi atau pemiutang yang kurang terjamin pula, perubahan ini memberi kesan kepada perolehan pinjaman baru. Gilchrist dan Zakrajsek (1995) telah mengkaji kesan perubahan ini. Perubahan dalam dasar kewangan didapati memberi kesan kepada firma bersaiz kecil berbanding firma besar. Dapatan ini adalah selari dengan kajian-kajian lain seperti Gertler dan Gilchrist (1992;1994), Gibson (1997), Suzuki (2001), Kuppers (2002), Dedola dan Lippi (2005) dan lain-lain. Di Malaysia pula, kajian sedemikian ini telah diteliti implikasinya melalui kesan ke atas jenis-jenis sektor ekonomi. Domac (1999), Tang (2003) dan Ibrahim (2005) antaranya mendapati pemboleh ubah kewangan memberi kesan kepada pelbagai sektor ekonomi yang merangkumi sektor pertanian, perlombongan dan kuari, pembuatan, pembinaan dan juga perkhidmatan. Kajian Kassim dan Abdul Manap (2008) pula memfokuskan kesan pemboleh ubah dasar kewangan terhadap tujuh jenis pinjaman, antaranya 61

pinjaman kad kredit, pembelian kenderaan, kediaman dan lain-lain. Kajian-kajian yang diteliti ini semuanya menggunakan pendekatan Vektor Autoregresif (VAR) yang piawai bagi mengetahui kesan pemboleh ubah dasar kewangan terhadap sektor yang dikaji. Oleh yang demikian, berpandukan pendekatan analisis yang sama, hubungan pemboleh ubah makro ini terhadap jenis kontrak pembiayaan yang diamalkan di institusi perbankan Islam akan dianalisis. Pemilihan secara spesifik fokus kajian terhadap jenis kontrak adalah dijustifikasikan kepada ketiadaan kajian lepas yang meneliti dari subjek berkenaan. Dar dan Presley (2000) mendapati bahawa amalan berasaskan kontrak perkongsian adalah kecil di seluruh perbankan Islam dunia. Keadaan ini bercanggah dengan kerangka atau teori asas kewangan Islam yang berpaksikan kepada kontrak perkongsian. Senario ini menggambarkan aktiviti pembiayaan dalam perbankan Islam terikut-ikut dengan amalan perbankan konvensional (Muhammad Taqi Usmani, 2002, h. 113). Kini, perbankan Islam di dunia didapati cenderung menggunakan kontrak berasaskan jual beli dalam aktiviti pembiayaan. Abdullah (1996), Vogel dan Hayes (1998) serta Aggarwal dan Yousef (2002) berpendapat kecenderungan menggunakan kontrak ini adalah disebabkan ianya kurang berisiko serta memberikan pulangan yang lebih tinggi. Selain daripada itu, Iqbal dan Molyneux (2005) juga mendapati bahawa faktor pemilikan, perkembangan modal dan maklumat turut mempengaruhi pihak pemiutang bagi membiayai projek berdasarkan kontrak perkongsian ini. Rentetan itu, kajian ini akan menganalisis kecenderungan pihak bank untuk menyesuaikan jenis kontrak pembiayaan berdasarkan pemboleh ubah dasar kewangan. 3. Pembiayaan dalam Perbankan Islam Pinjaman dan pembiayaan merupakan dua terma yang mempunyai kandungan erti yang sama iaitu bank sebagai penghutang memberikan sejumlah wang kepada pemiutang. Namun begitu, kedua-duanya berbeza. Evolusi syariah yang diterapkan dalam pembiayaan menjadikan ia unik berbanding pinjaman. Hal ini diakui oleh Zeti (2010) sebagai keunikan dalam kontrak pembiayaan kewangan Islam. Pinjaman adalah berteraskan wang semata-mata. Kontrak pinjaman yang ditawarkan berasaskan wang perlu dibayar balik dengan wang berserta tambahan faedah yang telah ditetapkan. Amalan riba ini adalah haram dalam Islam berdasarkan dalil daripada al-quran dan juga al-sunnah. Amalan ini secara teorinya telah menjadikan bank tidak berhadapan sebarang risiko kerugian. Keadaan ini berbeza dengan amalan pembiayaan di institusi perbankan Islam kerana ia melibatkan kepentingan bersama-sama bank dalam transaksi yang dilaksanakan. Berasaskan konsep jual beli atau Bai, transaksi yang dijalankan mempunyai aset sandaran. Konsep ini didapati tidak meletakkan keuntungan dan risiko ditanggung sebagai entiti yang berasingan. Hubungan ini telah membentuk satu prinsip yang jelas dan diterapkan dalam aktiviti perbankan Islam. Bagi mencapai objektif keselarian dengan syariah, maka aktiviti pembiayaan yang dilakukan adalah selektif. Aktiviti ekonomi yang berisiko, berlawanan maqasid al-syariah serta haram seperti aktiviti yang mengandungi unsur mabuk, judi, menilik nasib dan lain-lain adalah ditegah walaupun keuntungan yang dijangka adalah berganda-ganda. 62

Labuan e-journal of Muamalat and Society, Vol. 7, 2013, pp. 60-70 Terdapat dua bentuk kontrak pembiayaan yang dilaksanakan dalam institusi perbankan Islam iaitu kontrak berasaskan jual beli dan kontrak berasaskan perkongsian. Berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia yang diteliti daripada tahun 2000 hingga 2007, kontrak berasaskan jual beli adalah lebih dominan iaitu lebih kurang 95%. Kecenderungan bank dalam menggunakan kontrak jual beli berbanding perkongsian adalah disebabkan tahap risikonya yang lebih kecil. Contohnya, dalam projek pembangunan sebuah taman perumahan, risiko yang ditanggung oleh bank adalah tinggi sekiranya ia bertindak sebagai pemodal kepada projek berkenaan. Sebaliknya, risiko ditanggung bank adalah lebih kecil jika ia berperanan sebagai perantara kepada seorang pelanggan untuk membeli sebuah rumah sahaja. Memandangkan kedua-dua kontrak ini wujud dalam institusi perbankan Islam, maka kajian ini cuba meneliti sejauh manakah pemboleh ubah makroekonomi membentuk corak atau gelagat kepada kedua-dua kontrak ini. 4. Data dan Metodologi Kajian Bagi mencapai objektif kajian ini, data agregat bagi enam jenis kontrak pembiayaan bank Islam di Malaysia digunakan. Ia meliputi empat jenis kontrak pembiayaan berasaskan jual beli iaitu kontrak Bai Bi Thaman Ajil (BBA), Ijarah (IJA), Ijarah Thumma al-bai (ITHB) serta Murabahah (MRB). Manakala dua kontrak pembiayaan pula berasaskan perkongsian untung iaitu kontrak Mudarabah (MDB) dan Musyarakah (MSK). Kesemua jenis kontrak ini akan diteliti hubungannya dengan dua pemboleh ubah makro iaitu indeks harga pengguna (CPI) dan indeks pengeluaran perindustrian (IPI), manakala kadar keuntungan perbankan Islam (IIR) sebagai pemboleh ubah kewangan. Tempoh data yang digunakan dalam kajian ini adalah bermula daripada bulan Januari, 2007 hingga Jun, 2010. Tempoh masa ini dipilih berasaskan kesediaan data yang dilaporkan secara piawai dalam buletin laporan bulanan BNM. Semua data yang digunakan dalam kajian ini diambil daripada laporan bulanan BNM. Bagi data pemboleh ubah makroekonomi, ia turut boleh diperoleh dalam laporan tahunan dan laman sesawang Kementerian Kewangan Malaysia. Model analisis bagi mengkaji hubungan ini dapat diteliti dalam banyak kajian seperti Bernanke dan Blinder (1988), Garretsen dan Swank (1998), Suzuki (2001) dan lain-lain. Model piawai analisis ini memerlukan kepada gabungan antara pemboleh ubah ekonomi benar dan pemboleh ubah kewangan. Oleh itu, model analisis kajian ini dapat ditulis seperti berikut. FIN = f ( IPI, CPI, IIR ) Berpandukan model, FIN merupakan jenis kontrak pembiayaan. Manakala, pemboleh ubah CPI dan IPI adalah pemboleh ubah makro atau ekonomi benar, dan IIR merupakan proksi kepada pemboleh ubah kewangan. Bagi mencapai objektif kajian, prosedur penganggaran data siri masa diaplikasikan. Bagi analisis model Vektor Auto regresif (Vector Autoregressive, VAR), ia dimulakan dengan ujian punca unit. Ujian ini bertujuan mengetahui tahap integrasi atau pegun antara siri pemboleh ubah bagi mengelakkan pengkaji melakukan regresi palsu. Regresi ini menghasilkan keputusan yang tidak sewajarnya antara siri pemboleh ubah. Dalam kajian ini, dua jenis kaedah punca unit dilakukan iaitu Ujian Augmented Dickey Fuller 63

(ADF) dan ujian Phillips-Perron (PP). Darjah integrasi yang sama antara siri pemboleh ubah, umumnya ditulis sebagai I(0) atau I(1) menunjukkan bahawa wujudnya hubungan antara siri pemboleh ubah dalam kajian. Bagi siri pemboleh ubah yang keseluruhannya pegun pada aras pertama, maka model kajian boleh dianalisis dalam bentuk pembezaan. Berdasarkan objektif kajian yang bertujuan menganalisis kesan kejutan pemboleh ubah makro dan kewangan terhadap jenis kontrak pembiayaan, maka hasil ujian penguraian varian (Variance Decomposition, VDC) dan fungsi tindak balas (impulse response function, IRF) yang dihasilkan daripada penganggaran model VAR diketengahkan. Melalui ujian IRF, corak dan arah kejutan pemboleh ubah yang dikaji dapat diketahui tindak balas terhadap jenis kontrak. Dalam kajian ini, ia ditumpukan khusus kepada kejutan IIR sebagai pemboleh ubah kewangan terhadap jumlah pembiayaan perbankan Islam mengikut jenis kontrak. Ini adalah disebabkan kepentingan pemboleh ubah ini sebagai alat sasaran pertengahan dalam saluran dasar kewangan yang diamalkan oleh pihak Bank Negara Malaysia. Alat sasaran ini telah diperkenalkan sejak tahun 1994 bertujuan memudahkan transaksi antara institusi perbankan Islam dilaksanakan. Berbeza dengan ujian VDC, ia merupakan hasil analisis di luar sampel (out of samples). Hasil analisis ini merupakan inferens atau peramalan kekuatan relatif antara siri pemboleh ubah yang dikaji. Melalui ujian ini, kekuatan setiap pemboleh ubah dalam mempengaruhi jenis kontrak pembiayaan dapat dikenal pasti. 5. Keputusan Empirikal dan Analisis Hasil keputusan bagi ujian punca unit dapat dilihat dalam Jadual 1. Pembolehubah 64 Jadual 1: Ujian Kepegunan Pemboleh ubah ADF ADF PP (Aras) (Pembezaan (Aras) PP (Pembezaan Pertama) Pertama) BBA 2.2463-6.6828* 2.8397-6.6661* IJA -1.2368-9.7166* -1.1248-11.8582* ITHB -0.9499-6.3158* -0.9573-6.3451* MRB -1.6264-7.5312* - -7.6003* 3.5747** MSK -0.4942-5.5917* -0.4942-5.6312* MDB -1.9504-5.8335* -1.8264-11.7129* IPP -1.8234-12.4785* -3.4171** -12.0260* IHP -1.5943-3.7124* -1.2966-3.6893* IIR -1.0976-4.3743* -1.0652-4.3969* BLR -1.2150-3.7816* -1.1246-3.7930* *,** dan *** menunjukkan aras signifikan pada 1%, 5% dan 10% Berdasarkan Jadual 1, didapati bahawa pemboleh ubah kajian mempunyai darjah pegun yang sama iaitu pada I(1) melalui dua bentuk ujian yang digunakan. Dapatan ini membolehkan pembezaan pertama dimasukkan pada semua pemboleh ubah bagi tujuan analisis lanjut. Bagi mengetahui implikasi dasar kewangan terhadap jenis kontrak pembiayaan, ia dapat

Labuan e-journal of Muamalat and Society, Vol. 7, 2013, pp. 60-70 dilihat dalam Rajah 1 hingga Rajah 6. Rajah 1 hingga Rajah 4 adalah kontrak pembiayaan berasaskan jual beli, manakala Rajah 5 dan 6 pula berasaskan kontrak perkongsian..02 Rajah 1: Tindak Balas LNBBA terhadap Inovasi dalam IIR.01.00 -.01 -.02 -.03 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12.06.04.02.00 -.02 -.04 -.06 -.08 -.10 Rajah 2: Tindak Balas LNIJA terhadap Inovasi dalam IIR 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12.08.06.04.02.00 -.02 -.04 -.06 -.08 Rajah 3: Tindak Balas LNMRB terhadap Inovasi dalam IIR 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12.010.008.006.004.002.000 -.002 Rajah 4: Tindak balas LNITHB terhadap Inovasi dalam IIR 65

.08 Rajah 5: Tindak Balas LNMSK terhadap Inovasi dalam IIR.04.00 -.04 Rajah 6: Tindak Balas LMMDB terhadap Inovasi dalam IIR -.08 -.12 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Rajah 6: Tindak Balas LNMDB terhadap Inovasi dalam IIR.12.08.04.00 -.04 -.08 -.12 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Rajah 1 hingga Rajah 6 menunjukkan tindak balas bagi setiap jenis kontrak pembiayaan terhadap kejutan bagi satu unit sisihan piawai berdasarkan ujian IRF. Dalam semua situasi, ia dianggarkan menggunakan tempoh masa 12 bulan, dengan luas keyakinan (bands confidence) yang diperoleh melalui teknik Monte Carlo dengan metode integrasi 1,000 replikasi (Sims dan Zha, 1995). Berdasarkan keputusan analisis, didapati bahawa kejutan/perubahan atau inovasi dalam pemboleh ubah IIR memberikan kesan negatif serta-merta serta berpanjangan terhadap kontrak pembiayaan berasaskan perkongsian ditunjukkan dalam Rajah 5 dan 6. Namun begitu, kesan IIR terhadap MSK adalah lebih sederhana berbanding dengan kontrak MDB. Hal ini dikaitkan dengan keupayaan penyumbang modal yang mempunyai hak bersama-sama dalam urusan pengurusan. Ia memberikan kelebihan bagi pemilik modal ini untuk mengawal masalah ekonomi yang berkemungkinan ditimbulkan akibat maklumat tidak simetri (informational asymmetry) dan isu moral (moral hazards) (Fahim Khan, 1994). Bagi kontrak BBA, kesan yang ditanggung adalah kecil sehingga bulan keempat. Walau bagaimanapun, ia cepat menerima pengubahsuaian selepas tempoh tersebut. Hal ini berkemungkinan disebabkan kontrak ini merupakan kontrak utama yang diamalkan dalam institusi perbankan Islam. Bagi mengekalkan daya saing produk yang ditawarkan berdasarkan kontrak ini, perubahan dalam pemboleh ubah IIR akan mempengaruhi 66

Labuan e-journal of Muamalat and Society, Vol. 7, 2013, pp. 60-70 serta-merta terhadap harga jual beli yang dibiayai oleh institusi. Bagi kontrak MRB (Rajah 3) dan ITHB (Rajah 4), didapati bahawa inovasi kewangan akan menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap kontrak ini. Hal ini berkemungkinan dapat dihubungkan dengan kemerosotan dalam kontrak BBA dan IJA. Perubahan dalam IIR menyebabkan institusi bank beralih daripada menggunakan kedua-dua kontrak ini kepada kontrak MRB dan ITHB. Selain itu, kekukuhan permintaan terhadap kontrak MRB dan ITHB juga disandarkan kepada transaksi aset yang lebih nyata berbanding kontrak BBA dan IJA. Hasil analisis ini adalah selari dengan dapatan kajian oleh Kader dan Leong (2009). Dalam kajian mereka, didapati bahawa aktiviti pembiayaan oleh institusi perbankan Islam adalah terdedah kepada risiko kadar faedah serta gelagat pelanggan yang berorientasi keuntungan. Atas faktor demikian serta mengekalkan kompetitif produk dalam senario persaingan dwi perbankan, maka institusi perbankan Islam memberikan respons selari dengan institusi perbankan konvensional. Bagi menganalisis secara keseluruhan kekuatan hubungan bagi semua pemboleh ubah dikaji terhadap jenis kontrak ini dapat dilihat dalam Jadual 2 hingga Jadual 7. Jadualjadual yang ditunjukkan ini merupakan hasil daripada ujian VDC. Jadual 2: Penguraian Varian-Kontrak BBA CPI IPI IIR BBA 2 0.29 3.63 0.55 95.51 4 1.64 3.76 0.74 93.84 6 6.72 3.10 3.19 86.98 8 12.54 2.60 6.81 78.03 10 17.25 2.75 10.04 69.94 12 21.85 3.39 12.51 62.22 Jadual 4: Penguraian Varian-Kontrak MRB CPI IPI IIR MRB 2 0.33 0.02 0.18 99.44 4 0.40 0.13 0.24 99.21 6 0.46 0.30 0.30 98.92 8 0.52 0.49 0.34 98.64 10 0.57 0.66 0.38 98.37 12 0.61 0.83 0.41 98.13 Jadual 3: Penguraian Varian-Kontrak IJA CPI IPI IIR IJA 2 16.77 0.32 27.84 55.04 4 38.04 1.17 25.27 35.50 6 45.19 4.09 20.31 30.40 8 41.76 7.36 20.36 30.50 10 37.92 10.94 21.07 30.05 12 34.78 13.03 22.61 29.56 Jadual 5: Penguraian Varian-Kontrak ITHB CPI IPI IIR ITHB 2 1.38 0.67 8.32 89.61 4 2.65 0.48 9.14 87.71 6 3.57 0.43 9.63 86.35 8 4.29 0.38 9.96 85.36 10 4.88 0.34 10.17 84.59 12 5.39 0.32 10.31 83.97 67

Jadual 6: Penguraian Varian-Kontrak MSK CPI IPI IIR MSK 2 0.03 6.02 1.15 92.78 4 1.20 7.43 1.53 89.82 6 2.22 8.24 1.67 87.85 8 2.26 8.90 1.68 87.13 10 2.05 9.39 1.72 86.83 12 1.87 9.60 1.83 86.69 Jadual 7: Penguraian Varian-Kontrak MDB CPI IPI IIR MDB 2 2.35 2.68 1.83 93.11 4 9.42 19.09 1.98 69.50 6 30.38 15.78 2.20 51.43 8 42.94 13.39 1.91 41.73 10 51.65 11.34 1.72 35.26 12 56.76 10.12 1.67 31.42 Berdasarkan Jadual 2 hingga Jadual 7, didapati bahawa bagi setiap kontrak pembiayaan perbankan Islam mempunyai kekuatan relatif yang berbeza-beza bagi siri pemboleh ubah yang diteliti. Bagi kontrak berasaskan jual beli, didapati sebanyak 38% ralat yang diramal bagi kontrak BBA ini diterangkan oleh pemboleh ubah IIR dan CPI. Bagi kontrak IJA pula, ralat diramal oleh tiga pemboleh ubah ini menghampiri 70%. Bagi kedua-dua kontrak ini, pemboleh ubah CPI didapati mempunyai hubungan penerang yang relatifnya lebih kuat berbanding IIR. Bagi kontrak MRB dan ITHB pula, ia menyokong kepada dapatan kepada ujian IRF di mana pemboleh ubah IIR kurang memberi pengaruh kepada kontrak ini. Namun demikian, kesan IIR kepada kontrak ITHB dilihat wujud sebanyak 10% pada tempoh masa 1 tahun. Bagi kontrak perkongsian pula, didapati bahawa pemboleh ubah IPI secara relatifnya dapat meramalkan kontrak MSK dan MDB sebanyak 10% untuk tempoh masa 1 tahun. Keadaan ini menunjukkan bahawa pemboleh ubah makro lebih signifikan berbanding pemboleh ubah kewangan dalam mempengaruhi kontrak-kontrak ini. Dilihat kepada kontrak MDB pula, CPI mempunyai kekuatan meramal melebihi 55%. Ini menunjukkan bahawa pembiayaan bank menerusi kontrak ini amat bergantung pada faktor inflasi. Ia selari dengan jumlah pembiayaan berasaskan kontrak ini yang didapati mempunyai nisbah yang kecil di Malaysia. Faktor yang mempengaruhi keadaaan ini dapat dihubungkan dengan amalan dasar kewangan semasa di Malaysia. Kawalan inflasi melalui naik turun dalam kadar dasar semalaman (Overnight Policy rate, OPR) akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kos meminjam. Keadaan ini akan memberi kesan terhadap pulangan keuntungan yang ditawarkan berdasarkan kontrak perkongsian. Hal ini turut selari dengan hasil dapatan kajian oleh Abdul Kader dan Leong (2009). Berasaskan motif keuntungan sama ada kepada pihak pelanggan atau bank sendiri, maka institusi perbankan Islam akan menyesuaikan produk pembiayaan yang ditawarkan agar mampu bersaing dengan pesaing khususnya institusi perbankan konvensional. Keadaan ini akan memberi kesan kepada kesukaran atau minat institusi bank untuk menawarkan pembiayaan berasaskan konsep perkongsian berbanding jual beli. Chong dan Liu (2008) menyifatkan bahawa perkembangan yang berlaku dalam amalan pembiayaan di institusi perbankan Islam kini adalah susulan kebangkitan Islam di seluruh dunia pada lewat tahun 1960an akibat minat dan keperluan masyarakat Islam terhadap produk dan perkhidmatan yang selari dengan syariah. Keadaan ini mendorong penyediaan pembiayaan yang mirip kepada operasi pinjaman konvensional. 68

Labuan e-journal of Muamalat and Society, Vol. 7, 2013, pp. 60-70 Kesimpulan Perbankan Islam merupakan institusi perbankan yang bersaing secara seiring dengan perbankan konvensional. Amalan ini memerlukan pembiayaan perbankan Islam ditawarkan pada kadar yang kompetitif atau setanding dengan perbankan konvensional. Hasil analisis kajian mendapati bahawa, beberapa kontrak pembiayaan dalam perbankan Islam terdedah kepada risiko perubahan dalam kadar keuntungan pembiayaan. Bagi kontrak perkongsian khususnya, walaupun didapati pemboleh ubah makro lebih penting sebagai penentu kontrak ini, namun motif keuntungan yang dinilai berasaskan kadar keuntungan akan memberi kesan kepada minat institusi untuk menawarkan kontrak ini. Rujukan Abdul Kader, R. & Leong, Y.P. (2009), The impact of interest rate changes on Islamic bank financing, International Review of Business Research Papers, Vo. 5 No. 3, pp. 189-201. Abdullah Saeed (1996). Murabaha Financing Mechanism, Islamic Banking and Interest: A Study of the Prohibition of Riba and its Contemporary Interpretation, New York: E. J. Brill. Bank Negara Malaysia (2011). Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2011, Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia. Bernanke, B.S. dan Blinder, A.B. (1988). Credit, money and aggregate demand, AEA Papers and Proceedings, Vol. 78 No. 2, pp. 435-439. Chong, B. S., M.-H. Liu (2008). Islamic banking: Interest-free or interest based?, Pacific-Basin Finance Journal Vol. 17, pp. 125-144. Dedola, L. dan Lippi, F. (2005). The monetary transmission mechanism: evidence from the industries of five OECD countries, European Economic Review, Vol. 39, pp. 1611-1626. Domac, I. (1999), The distributional consequences of monetary policy: evidence from Malaysia, World Bank. Policy Research Working Papers, No. 2170. Frank Vogel dan Samuel Hayes (1998), Islamic Law and Finance: Religion, Risk and Return, The Hague: Kluwer Law International. Gertler, M. dan Gilchrist, S. (1992). The role of credit market imperfections in the monetary transmission mechanism: arguments and evidence. Scandinavian Journal of Economics, Vol. 95, pp. 43-65. Gertler, M. dan S. Gilchrist. 1994. Monetary Policy, Business Cycles and the Behavior of Small Manufacturing Firms. Quarterly Journal of Economics Vol. 109 No.2, pp. 309 340. Gibson, M.S. (1997). The bank lending channel of monetary policy transmission: evidence from a model of bank behavior that incorporates long-term customer relationships. Board of Governors of the Federal Reserve System. International Finance Discussion Papers, No. 584. Gilchrist, S. dan Zakrajsek, E. (1995). What is the distributive impact of the bank lending channel? The importance of credit for macroeconomic activity: identification through heterogeneity. Federal Reserve bank of Boston. Conference Series-Proceedings, pp. 129-173. 69

Humayun Dar and John Presley (2000). "Lack of Profit Loss Sharing in Islamic Banking: Management and Control Imbalances," International Journal of Islamic Financial Services, Vol. 2 No.2, pp. 3-18. Ibrahim, M. (2005). Sectoral effects of monetary policy :evidence from Malaysia, Asian Economic Journal, Vol. 19, pp. 83-102. Kassim, S. dan Abdul Manaf, T.A. (2008). Consumer credit and monetary policy in Malaysia, International Journal of Consumer Studies, Vo. 32, pp. 188-193. Kuppers, M. (2002). Curtailing the black box: German banking groups in the transmission of monetary policy, European Economic Review, Vol. 45, pp. 1907-1930. M. Fahim Khan (1994). Comparative Economics of Some Islamic Financing Techniques, Islamic Economic Studies, Journal of the Islamic Research and Training Institute, Islamic Development Bank, Vol. 2 No. 1, pp. 35-68. Rajesh Aggarwal dan Tarik Yousef (2002). "Islamic Banks and Investment Financing", Journal of Money, Credit and Banking, Vol. 32, No. 1, February 2002, pp. 93-120. Sims, C.A. dan Zha, T. (1995). Error bands for impulse responses, Federal Reserve Bank of Atlanta, Working Paper, pp. 95-96. Suzuki, T. (2001). Is the lending channel of monetary policy important in Australia, Working Papers in Economics and Econometrics, No. 400. The Australian National University, Canberra. Tang, T.C. (2003). Directions of bank lending and Malaysia economic development: an empirical study, International Journal of Management, Vo. 20, pp. 342-345. 70