POLA DAN TRENDA DALAM PENYELIDIKAN BERKAITAN DENGAN KREATIVITI ATAU PEMIKIRAN KREATIF PADA PERINGKAT PASCA IJAZAH DI MALAYSIA ABSTRAK

Similar documents
TECHNOLOGY AND INNOVATION MANAGEMENT AWARENESS AND PRACTISE A CASE STUDY IN BRITISH AMERICAN TOBACCO GSD (KL) SDN BHD

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. Bahagian ini pengkaji akan melaporkan hasil kajian mengikut persoalan kajian

FINITE ELEMENT (FE) MODEL OF BRAKE INSULATOR IN REDUCING BRAKE SQUEAL NOISE FOR MOTORCYCLES MUNDHER FADHIL ABDULRIDHA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APPLICATION OF DEMAND SIDE MANAGEMENT STRATEGIES TO REDUCE ENERGY CONSUMPTION IN UNIVERSITY BUILDINGS NAJAATUL FARIHAH BINTI HAMIDI

HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRIINDIVIDU, REKA BENTUK LATIHAN DAN PERSEKITARAN KERJA DENGAN PEM INDAHAN LATIHAN DI SWM ENVIRONMENT SDN BHD.

MODELLING OF THROUGH-THE-ROAD HYBRID ELECTRIC VEHICLE OKE PAUL OMEIZA

Sustainable Consumption

(Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan dalam 7 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 7 printed pages)

A FREQUENCY CONTROLLER USING FUZZY IN ISOLATED MICROGRID SYSTEM

Tahap Kesediaan Guru-Guru PKPG Kemahiran Hidup (KH) UTM Mengajar Lukisan Kejuruteraan Di Dalam Bahasa Inggeris

PEMIKIRAN REFLEKTIF GURU PELATIH BAHASA MELAYU NOR SAHARA BINTI MESMAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

APLIKASI DAN SISTEM PEMARKAHAN POSTER DI PUSAT PERMATA PINTAR

APLIKASI GO AMBULANCE

INSTRUCTION : This section consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) only.

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM PEMANTAUAN GILIRAN DI HOSPITAL CANSELLOR TUANKU MUKHRIZ. Nursyakirah Hamimah Binti Mohamad Halim Prof. Dr.

CONTROL OF INVERTED PENDULUM-CART SYSTEM BASED ON FUZZY LOGIC APPROACH HASRULNIZAM BIN HASHIM

MODELLING DAMPING ELEMENT TO REDUCE DISC BRAKE SQUEAL NORAIDE BIN MD YUSOP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

KREATIVITI PENGAJARAN GURU BAHASA ARAB DI MALAYSIA. *Mohammad Rusdi Bin Ab Majid Zawawi Ismail

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) questions.

Get rewarded, download the Touch n Go e-wallet. Get standard or preferred TGV seats for RM7 before 7pm on 7 July.

FASILITATED INTERACTIVE TRAINER (FIT) CPR APP. Muhammad Amer Bin Mokhtar. Assoc. Prof. Dr. Maryati Mohd Yusof

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

MyBot Bridge. 2 pasukan 4 peserta (2 wakil politeknik, 2 wakil sekolah) TEAM PELAJAR MyBot Operator Mentor 2

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

LIVING CARE. Critical Illness Insurance

SISTEM PENJEJAK PESAKIT DI HOSPITAL PUSAT PERUBATAN UKM (PPUKM) MENGGUNAKAN PERANTI MATA ARAH (BEACON) Mohamad Norizal Bin Abdullah Dr.

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

CURRENT CARRYING CAPABILTY OF POLYESTER CARBON COATED FOR ELECTRICAL CONDUCTOR MOHD HAIDIR BIN MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI MAKLUMAT IPT BERSEPADU BERASASKAN ANDROID DENGAN SISTEM SOKONGAN GPS (JEJAK IPT)

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

PAY WITH YOUR PIN BAYAR DENGAN PIN ANDA

NUMERICAL ANALYSIS OF ELASTOHYDRODYNAMIC LUBRICATION WITH BIO-BASED FLUIDS DEDI ROSA PUTRA CUPU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODELING OF ELECTRIC DOUBLE LAYER CAPACITOR FATHIN ASILA BINTI MOHD PABLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 MEI 2018 HINGGA 30 JUN 2018

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

SISTEM JUAL BELI BARANGAN TERPAKAI UNTUK PELAJAR UKM MOHD NAZREEN MOHD GHANI MOHD ZAMRI MURAH

POTENSI MALAYSIA SEBAGAI PENGELUAR PRODUK DAGING LEMBU HALAL DI PASARAN GLOBAL

SISTEM PENGURUSAN STOK. Nur Rahimah Binti Mohd Razmi Pn. Hazilah Binti Mohd Amin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structure questions. Answer any FOUR (4) questions.

Item Bil Description of Works Remarks Main Switch Board

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEM 253 REKABENTUK MEKATRONIK I

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structures questions. Answer FOUR (4) questions only.

KUCHING. MEKANlKAL SULIT POLITEKNIK SULIT 8.30PG PG (2 JAM) TARIKH: 08 NOVEMBER 2010 (ISNIN) Jangan buka kertas soalan ini sehingga diberitahu.

EKSPERIMENTASI INSTRUMEN MENERBITKAN IDEA UNTUK PENGHASILAN KARYA SENI. oleh MOHD FARIZAL BIN PUADI

PEPERIKSAAN JULAI 2010

Frequently Asked Questions (FAQ)

PERSOALAN PENDAHULUAN DALAM HPI

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 JUN 2018 HINGGA 31 JULAI 2018

PROJEK SISTEM PENEMPAHAN PAKAIAN ATAS TALIAN NUR AFIQAH BT MD BAHARUDIN DR. SITI FADZILAH MAT NOOR ABSTRAK

APLIKASI PENGURUSAN TELE-REHABILITASI. Nursuhaila Laily binti Abd Jamil Prof Madya Dr Jamaiah binti Yahaya

">; rt.t A AS > T ' ' T i FV*-} M i l.i ivi\.' ; i V him l.-'.hi nivi JUTCrsJ i # i k t f i l w. H M i l!, c i : t CO a

ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi ENAM (6) soalan esei. Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

SECTION A : 100 MARKS BAHAGIAN A : 100 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

CONTROL OF ENERGY CONVERSION IN A HYBRID WIND AND ULTRACAPACITOR ENERGY SYSTEM MAJID ABDULLATEEF ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERPUSTAKAAN DIGITAL PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL INKUIRI-KREATIVITI CHUZAIRY BIN HANRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN PERMAINAN SERIUS UNTUK SIMULASI PENYELAMATAN DIRI SEMASA KEBAKARAN RUMAH

PB604 : BUSINESS FINANCE

DISC BRAKE SQUEAL GENERATION DURING DRY AND WET CONDITIONS MUNEER NAJI WAHEED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

JA606: VEHICLE DYNAMICS. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

ALAT PRAPEMPROSESAN DATA UNTUK SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Muhammad Faiz Bin Abdullah Prof. Madya Dr. Mohd Zakree Ahmad Nazri

OPTIMIZATION ON FUEL GAS OPERATION FOR COMBINED CYCLE POWER PLANT MOHD IZAMUDDIN BIN MAHMUD

SISTEM PENYAMPAIAN MAKLUMAT SECARA MASA NYATA DALAM JABATAN KECEMASAN

OPTIMAL ANTI LOCK BRAKING SYSTEM WITH REGENERATIVE BRAKING IN HYBRID ELECTRIC VEHICLE DANA DEHGHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

COMFORT ANALYSIS IN COMMERCIAL VEHICLE S PASSENGER SEAT TAM WEE KONG

SENARAI KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN PENGISTIHARAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

Memperkasakan Pelajar Pasca-Siswazah Indonesia Dalam Penulisan Akademik Bahasa Melayu

STRUCTURE : 100 MARKS STRUKTUR : 100 MARKAH. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

PENGENALAN MISI SYARIKAT INI ADALAH PENGLIBATAN SECARA AKTIF DALAM ARUS PEMBANGUNAN DAN EKONOMI NEGARA.

PERANGKAAN PERKHIDMATAN

1. Mechanics Make a minimum payment of RM 5 with Pay function using the Touch n Go ewallet to receive random cashback up to RM 888.

SISTEM PEMANTAUAN PRESTASI BAS SHAUN LOH CHIA CHIEH ASSOC. PROF. DR. MOHAMMAD FAIDZUL NASRUDIN

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EXPERIMENTAL AND SIMULATED PERFORMANCE STUDY OF A SMALL-SCALE GAS TURBINE ENGINE USING JET A-1 AND PALM OIL BIODIESEL BLENDS

DEVELOPMENT OF A 10 NEWTON HYDROGEN PEROXIDE MONOPROPELLANT ROCKET THRUSTER KUBERARAAJ NAMBARAJA

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

KECEKAPAN HABA EKZOS DAN PENGGUNAAN BAHAN API TENTU BREK (BSFC) ENJIN DIESEL DENGAN BAHAN API BIODIESEL

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

APLIKASI PERMAINAN OBJEK TERSEMBUNYI KOTA MELAKA

SISTEM PENGURUSAN PROOFREADING UTM KHO CHEE XAO

SISTEM PENGURUSAN KEBERSIHAN KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN UKM. Muhammad Farhan bin Mohd Yusoff Dr. Dian Indrayani binti Jambari

Amir Hussain Md. Ishak Ketua Pustakawan, Universiti Putra Malaysia Pengerusi PERPUN

THE STUDY ON THE IMPACT OF CONSTANT POWER LOAD TO A DIRECT CURRENT POWER SYSTEM DRIVEN BY PHOTOVOLTAIC, WIND - THYRISTOR RECTIFIER AND LINEAR SOURCES

$'11,n n, Lffi MALAYSIA. PEPERIKSAAI\ AKHIR SEMESTER II sesr PERALATAN BINAAN BPD BPC APRIL 2OO9 2 JAM 30 MINIT

KHAIRUL AZRI BIN NGADIMEN

Laporan Status Pasaran Harta Tanah Property Market Status Report

PANDUAN ASAS METATRADER 4

Free ebook. Cara penggunaan product

EAL 574/4 Perancangan & Dasar Pengangkutan

Transcription:

Jurnal Pemikir Pendidikan (2016) 7:73 88 POLA DAN TRENDA DALAM PENYELIDIKAN BERKAITAN DENGAN KREATIVITI ATAU PEMIKIRAN KREATIF PADA PERINGKAT PASCA IJAZAH DI MALAYSIA 1 Chew Eng Sun & 2 Ahmad Rizal Madar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor, Malaysia 1 chewess123@gmail.com ABSTRAK Kesedaran tentang kepentingan pemikiran kreatif dalam kurikulum sekolah di Malaysia telah wujud sejak tahun 1983, bermula dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan dilangsungkan awal 1990an dengan Kurikulum Bersepadu di mana pemikiran kreatif disebatikan sebagai salah satu komponen dalam Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kini, pemikiran kreatif terus disebatikan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk pelajaran sekolah menengah. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sebarang pola dan trenda berkaitan dengan penyelidikan tentang kreativiti atau pemikiran kreatif yang dapat diakses dari pangkalan data elektronik di Pusat Dokumentasi Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Kaedah kajian sejarah berbentuk analisis tajuk tesis dan dokumen (tesis) dari tahun 1979 sehingga Julai 2015 dilaksanakan dan statistik perihalan digunakan untuk memperihalkan pola dan trenda. Antara 278 tesis pengajian tinggi yang dianalisis, hanya 65 tesis adalah tesis pasca ijazah dan jumlah ini merangkumi 51 (18.4%) tesis ijazah sarjana dan 14 (5.0%) tesis ijazah kedoktoran. KBKK merupakan tema am yang terpilih di peringkat ijazah sarjana manakala kreativiti atau pemikiran kreatif menjadi tema am yang paling disukai penyelidik kedoktoran. Para pelajar (31 kajian) dan guru (22 kajian) merupakan kategori responden yang paling kerap diselidiki manakala bilangan responden atau sasaran lain seperti guru pelatih, pentadbir, responden kumpulan lain adalah tidak signifikan. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan tesis kedoktoran dalam kreativiti atau pemikiran kreativiti sama ada dalam bentuk pengintegrasian (KBKK/KBAT) atau secara terasing (stand alone) adalah sangat terhad. Kata Kunci: pasca ijazah, pola dan trenda, kreativiti, pemikiran kreatif, KBKK, KBAT. Universiti Malaysia Sabah

Chew, E.S. & Ahmad Rizal Madar PENGENALAN Kreativiti merupakan satu atribut mental manusia yang digunakan untuk mempertingkatkan mutu kehidupan manusia sejagat sejak zaman purbakala. Ini jelas dinampak melalui hasil reka cipta manusia yang diibaratkan sebagai produk yang dihasilkan daripada kebolehan kreativiti manusia (Mohd Azhar Abd Hamid, Mohd Koharuddin Balwi, & Muhamed Fauzi Othman, 2006). Semasa sejarah awal manusia, penggunaan reka cipta seperti peralatan untuk menghasilkan api, roda, dan peralatan memburu telah memastikan bahawa manusia selamat daripada pelupusan (Mohd Azhar, 2004). Kini, ribuan reka cipta dan penemuan telah dihasilkan untuk meningkatkan kualiti kehidupan kita (Bridgman, 2002). Aplikasi kreativiti bukan sahaja terdapat dalam hasil bidang seni atau dalam bentuk reka cipta tetapi juga dalam idea-idea yang mentransformasi aspek sosial manusia (Mohd Azhar et al., 2006). Apakah sebenarnya kreativiti? Dari perspektif yang lazim, Kamus Dewan (2013) memberi definisi kreativiti sebagai kemampuan atau kebolehan mencipta manakala Robinson (1999) memperihalkannya sebagai aktiviti berbentuk imaginasi yang menghasilkan sesuatu yang asli dan bernilai. Hayes (2006) memberitahu bahawa ada sesetengah sarjana tidak suka menggunakan perkataan kreativiti, iaitu dalam bentuk kata nama dan lebih suka menggunakannya dalam bentuk sifat nama iaitu kreatif, contohnya, ahli sains kreatif, penulis yang kreatif, dan sebagainya. Namun ada penyelidik seperti Hayes (2006) yang mengganggap kreativiti sebagai satu istilah yang sering diguna tetapi sukar diberikan definisi. Runco (2007) memberi justifikasi bahaw terwujudnya kerumitan ini kerana kreativiti diungkapkan dalam pelbagai cara dan memainkan peranan dalam banyak bidang seperti inovasi teknikal, pendidikan, urusniaga, bidang kesenian, sains, dan lain-lain lagi. Pada peringkat kefahaman yang lebih tinggi, kreativiti dihuraikan melalui teori-teori seperti Teori Sistem Cziksentmihalyi (1988), Teori Pelaburan (Sternberg & Lubart, 1996) dan Teori Komponential Amabile (1983, 1996). Mengikut Cziksentmihalyi (1997), kreativiti adalah hasil interaksi satu sistem yang merangkumi tiga komponen iaitu individu, domain, dan pengiktirafan sosial untuk mengesahkan idea kreatif, produk, atau penemuan baharu yang dihasilkan. Teori Pelaburan menghuraikan kreativiti sebagai mengikut analogi pelabur kewangan menghasilkan keuntungan iaitu membeli dengan harga rendah dan menjual dengan harga tinggi yang mana orang yang kreatif memajukan idea yang tidak digemari atau kurang dibangunkan dan meyakinkan orang lain tentang nilainya yang 74

Pola dan Trenda dalam Penyelidikan Berkaitan dengan Kreativiti ada (Sigelman & Rider, 2014). Amabile (1996) telah mencadangkan teori kreativiti berkomponen yang merangkumi empat komponen iaitu kemahiran domain yang relevan, proses kreativiti yang relevan, motivasi tugasan intrinsic, dan persekitaran sosial. Perspektif baharu yang mengaitkan kecerdasan dan kreativiti dihuraikan dalam Teori Tetiga Kecerdasan Sternberg yang mana kecerdasan terhasil daripada interaksi tiga komponen iaitu komponen kreatif, komponen analitikal, dan komponen praktikal (Sternberg, 1985; Sigelman & Rider, 2014). Teori kecerdasan ini telah dimajukan lagi untuk dijadikan kecerdasan berjaya atau successful intelligence (Sternberg, 1997, 1999; Sigelman & Rider, 2014). Mengikut mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg. Tan Sri Dato. Haji Alimuddin bin Hj. Mohd Don, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah yang dinamik untuk menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam kurikulum persekolahan di Malaysia sejak tahun 1980an (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010). Dalam tempoh masa itu, Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) telah disebatikan dalam kurikulum bersepadu KBSR dan KBSM. Seterusnya, mulai tahun 2010, elemen kreativiti dalam bentuk imaginasi terus disebatikan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan menggunakan Model Kreativiti Terarah. Mengikut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang juga merangkumi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis mula diajar dalam tingkatan menengah rendah dan penilaian telah dilaksanakan dalam tahun 2013. Kepentingan elemen kreativiti selalu dimaklumkan oleh para pemimpin Kerajaan. Dalam langkah menerangkan pelan induk Wawasan 2020 dalam tahun 1991, Perdana Menteri masa itu, YAB. Tun Dr Mahathir bin Mohamed mengelompokkan kreativiti modal insan antara resos yang paling penting untuk sesuatu negara. Menteri Pendidikan, YB. Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata dalam Forum Pendidikan dan Kemahiran Global 2016 bahawa beliau melihat kepentingan seseorang guru itu adalah untuk menjadi guru yang berinovasi dan kreatif (Safina Ramli, 2016, Mac 14). Di samping itu, seperti dilaporkan dalam Utusan Melayu online (2009), tahun 2010 telah diisytiharkan sebagai Tahun Kreativiti dan Inovasi. Keperluan untuk mengajar kemahiran berfikir secara kreatif dengan berkesan dalam pelajaran adalah sangat penting memandangkan kemahiran ini akan ditaksir apabila pelajar Malaysia bersaing dengan pelajar negara lain secara global dalam ujian-ujian Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) (The Guardian 2013, TIMSS and PIRL, 2011). Seterusnya, tertimbul soalansoalan yang perlu diajukan: Adakah perancangan secara teori berkaitan dengan KBKK, KBAT, dan komponen imaginasi dalam KSSR dapat disempurnakan secara praktikal di sekolah? Justeru, lebih banyak 75

Chew, E.S. & Ahmad Rizal Madar penyelidikan diperlukan untuk mengenal pasti segala punca masalah dan intervensi-intervensi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Para penyelidik sama ada mereka yang sedang melaksanakan penyelidikan pada peringkat pasca ijazah mahupun penyelidik di pusat pengajian tinggi memerlukan segala maklumat yang terkini agar penyelidikan mereka akan menepati sasaran dan berdasarkan justifikasi yang dapat diterima. Latar Belakang Kajian Taksonomi Bloom yang menjadi rujukan para penggubal soalan ujian dan peperiksaan telah dikemaskini oleh Anderson dalam tahun 2001 (Bloom, 1956; Anderson & Krathworl, 2001). Mengikut Jadual 1, Taksonomi Bloom versi yang dikemaskini boleh dibandingkan bukan sahaja dari segi arasaras yang lama dan baharu tetapi juga dalam konteks kandungan KBAT (Anderson & Krathwohl, Rajendran, 2013). Mengikut kandungan struktur taksonomi baharu ini, aras mencipta atau creating yang sinonim dengan pemikiran kreatif dijadikan aras yang tertinggi dalam KBAT. Jadual 1: Perbandingan Taksonomi Bloom Asal (1956) dengan Versi Terkemaskini (2001) Dalam Konteks Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan Rendah Taksonomi Bloom Asal Taksonomi Bloom Terkemaskini Kemahiran Berfikir Aras Rendah dan Tinggi Sintesis Mencipta Kemahiran Berfikir Aras Penilaian Menilai Tinggi (KBAT) Analisis Membuat Analisis Aplikasi Mengaplikasi Kefahaman Memahami Kemahiran Berfikir Aras Pengetahuan Mengingat Rendah (KBAR) Adaptasi daripada Bloom (1956), Anderson & Krathworl (2001), Rajendran (2013) Dalam artikel surat khabar The Star bertajuk Majority back change in format (Disember 24, 2014) dilaporkan walaupun ramai ibu bapa mengalu-alukan perubahan format pentaksiran sekolah menengah rendah kepada format Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang menitikberatkan KBAT, implementasinya telah menemui pelbagai masalah. Berikutan pelancaran 76

Pola dan Trenda dalam Penyelidikan Berkaitan dengan Kreativiti KSSR dalam tahun 2010, dijangkakan pentaksiran kemahiran KBAT dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dilaksanakan pada tahun 2016. Pentaksiran kejayaan KBAT peringkat ini memerlukan banyak maklum balas dan penilaian. Pada dasarnya, Lim (2007) menyatakan bahawa penyelidikan perlu dilaksanakan untuk mengumpul maklumat secara sistematik dan mencari langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti. Pernyataan Masalah Selain daripada isu kekangan dan masalah dalam pelaksanaan KBAT, pencapaian pelajar Malaysia pada peringkat global seperti dalam ujian PISA 2012 dan TIMSS 2011 adalah di bawah purata antarabangsa ataupun tidak mencapai standard yang minimum (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Maka, perlu ada banyak kajian yang relevan untuk memberi jawapan dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pelajar dan para pendidik agar program-program pemikiran kreatif dan program pengintegrasian pemikiran kreatif dan kritis seperti KBAT dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tambahan, carian dalam pangkalan data BPPDP (2015) secara rintis yang melibatkan kreativiti atau pemikiran kreatif menunjukkan bahawa belum ada kajian berbentuk analisis tentang kajian-kajian pada peringkat pasca ijazah. Oleh itu, ada keperluan untuk menjalankan kajian bagi meninjau pola dan trenda penyelidikan berkaitan dengan kreativiti atau pemikiran kreatif dalam bidang pendidikan, khasnya pada peringkat sarjana dan kedoktoran. Maka, tujuan kajian ini adalah juga untuk memberi bantuan dan kemudahan kepada para penyelidik untuk mengenal pasti fokus-fokus baharu atau lompang-lompang yang perlu diterokai. Persoalan Kajian 1) Apakah pola kajian peringkat pengajian tinggi tentang kreativiti atau pemikiran kreatif mengikut : a) peringkat ijazah b) bahasa yang digunakan dalam penulisan tesis c) kategori universiti tempatan atau universiti luar negara? 2) Apakah trenda kajian pasca ijazah tentang kreativiti atau pemikiran kreatif mengikut kronologi? 3) Apakah pola dalam pilihan kajian pasca ijazah tentang kreativiti atau pemikiran kreatif mengikut a) tema am b) tema spesifik 77

Chew, E.S. & Ahmad Rizal Madar c) sasaran atau sampel kajian METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian sejarah dengan analisis kandungan rekod dan dokumen digunakan untuk mengumpul data. Pada peringkat awal, tajuk sesuatu tesis dianalisis tetapi sekiranya lebih maklumat lanjut diperlukan, tesis tersebut diperoleh dan dianalisis dengan terperinci. Populasi dan Sampel Sebanyak 278 tajuk tesis ringkas dan tesis peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, dan ijazah kedoktoran daripada hampir semua universiti kebangsaan diakses dari pangkalan data elektronik kebangsaan, OPAC Pusat Dokumentasi Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPPDP/ KPM) pada awal Julai 2015. Antaranya, 213 (76.6%) adalah tesis ringkas peringkat ijazah sarjana muda, 51 tesis peringkat ijazah sarjana, dan 14 tesis ijazah kedoktoran tentang kajian kreativiti atau pengintegrasian kreativiti dalam pakej seperti KBKK dan KBAT. Oleh kerana sasaran kajian adalah tesis peringkat pasca ijazah, maka populasi rekod atau dokumen terdiri daripada 65 tesis peringkat sarjana dan kedoktoran. Analisis Data Statistik perihalan berdasarkan kiraan frekuensi dan peratus digunakan untuk memperihalkan pola dan trenda yang dilihat. DAPATAN KAJIAN 1 a) Pola Mengikut Peringkat Ijazah Didapati dari tahun 1979 sehingga tahun 2015 (Julai), sebanyak 278 naskah tesis peringkat pengajian tinggi telah dihasilkan yang mana 213 tesis (76.6%) adalah tesis ringkas ijazah sarjana muda, 51 tesis (18.4%) adalah tesis ijazah sarjana, dan 14 tesis (5.0%) ijazah kedoktoran (Jadual 2). 78

Pola dan Trenda dalam Penyelidikan Berkaitan dengan Kreativiti b) Pola Mengikut Bahasa Dalam Penulisan Tesis Mengikut pengagihan dari segi bahasa penulisan tesis, 229 (82.3%) tesis pengajian tinggi adalah dalam Bahasa Melayu manakala 49 (17.7%) tesis adalah dalam Bahasa Inggeris. Pada peringkat pasca ijazah, terdapat 38 (13.7%) tesis peringkat sarjana dan 13 (4.7%) tesis dalam Bahasa Melayu berbanding dengan 6 (2.1%) tesis peringkat sarjana dan 8 (2.9%) tesis kedoktoran dalam Bahasa Inggeris (Jadual 2). Jadual 2: Pengagihan Kajian Berkaitan Dengan Kreativiti Atau Pemikiran Kreatif Mengikut Bahasa Dalam Penulisan Tesis dan Peringkat Ijazah Bahasa yang digunakan Ijazah Pertama Peringkat Ijazah Pasca Ijazah Sarjana Kedoktor an Jumlah 1. Bahasa Melayu 185 (66.5%) 38 (13.7%) 6 (2.1%) 229 (82.3%) 2. Bahasa Inggeris 28 (10.1%) 13 (4.7%) 8 (2.9%) 49 (17.7%) Jumlah 213 (76.6%) 51 (18.4%) 14 (5.0%) 278 (100%) c) Pola Mengikut Kategori Lokasi Universiti Dalam Jadual 3, analisis data menunjukkan bahawa hampir semua iaitu 274 (98.6%) tesis ringkas dan tesis pasca ijazah dihasilkan oleh penyelidik universiti tempatan manakala hanya 4 (1.4%) tesis pasca ijazah (sarjana dan kedoktoran) dihasilkan oleh penyelidik yang menjalankan penyelidikan di universiti luar negara. 79

Chew, E.S. & Ahmad Rizal Madar Jadual 3: Pengagihan Kajian Pasca Ijazah Kreativiti Atau Pemikiran Kreatif Mengikut Kategori Lokasi Universiti Kategori Lokasi Universiti Ijazah Pertama Peringkat Ijazah Pasca Ijazah Sarjana Kedoktoran Jumlah 1. Tempatan 213 (76.6%) 49 (17.6%) 2. Luar Negara - 20 (7.0%) Jumlah 213 (76.6%) 51 (18.3%) 12 (4.3%) 2 (0.7%) 14 (5.0%) 274 (98.6%) 4 (1.4%) 278 (100%) 2) Trenda Kajian Mengikut Kronologi Jadual 4: Pengagihan Kajian Pasca Ijazah Kreativiti Atau Pemikiran Kreatif Mengikut Kronologi Peringkat Pasca Ijazah Sebelum 1995 (1979 1994) 1995 1999 Tempoh Tahun Kajian 2000-2004 2005-2009 2010 Julai 2015 Jumlah 1. Sarjana 3 9 16 12 11 51 (78.5%) 2. Kedoktoran 2 1 3 3 5 14 (21.5%) Jumlah 5 10 19 15 16 65 (100%) Jadual 4 menunjukkan pengagihan kajian pasca ijazah kreativiti atau pemikiran kreatif mengikut Kronologi. Rajah 1 memaparkan graf yang dihasilkan daripada data dalam Jadual 4 untuk melihat trenda secara visual. Berdasarkan Jadual 4 dan Rajah 1, dilihat bahawa dari tempoh tahun sebelum 1995 sehingga tempoh tahun 2005-2009, jumlah tesis pasca ijazah dan jumlah tesis sarjana yang dihasilkan mengikut trenda yang meningkat 80

Pola dan Trenda dalam Penyelidikan Berkaitan dengan Kreativiti sehingga jumlah maksimum pada tempoh tahun 2000-2004 (19 tesis untuk jumlah tesis pasca ijazah dan 16 tesis untuk peringkat sarjana), kemudian turun sebanyak 3 hingga 4 tesis dalam tempoh tahun 2005 2009. Selepas itu, jumlah tesis pasca ijazah meningkat sedikit manakala jumlah tesis peringkat sarjana menyusut sedikit. Purata keluaran tesis peringkat sarjana adalah pada kadar 3 tesis setiap tahun sejak tahun 1995. 20 18 16 14 12 10 8 Sarjana PhD 6 4 Jumlah 2 0 Sebelum 1995 1995-1999 2000-2004 2005-2009 2010 - Jul 2015 Rajah 1: Graf Trenda Penghasilan Tesis Pasca Ijazah Sehingga Julai 2015 Pada peringkat kedoktoran, kelihatan satu trenda am yang mana jumlah tesis semakin meningkat sejak tahun 1995 sehingga mencapai jumlah maksimum iaitu 5 tesis pada tempoh tahun tempoh tahun 2010 - Julai 2015. Peningkatan dalam jumlah tesis itu tidak signifikan. Purata keluaran bilangan tesis kedoktoran adalah satu tesis setahun sejak tahun 1995. 3 a) Pilihan Tema Am Dalam Kajian Kreativiti atau Pemikiran Kreatif Jadual 5 menunjukkan pilihan tema am penyelidik dalam kajian kreativiti atau pemikiran kreatif iaitu KBKK, KBAT, atau program pemikiran kreatif secara terasing 81

Chew, E.S. & Ahmad Rizal Madar Jadual 5: Pengagihan Kajian Pasca Ijazah Kreativiti / Pemikiran Kreatif Mengikut Tema Am Tema Am Kajian Peringkat Jumlah Pasca Ijazah KBKK KBAT /HOTS Kreativiti/ Pemikiran Kreatif Sarjana 27 2 22 51 (78.5%) Kedoktoran 4 2 8 14 (21.5%) Jumlah 31 47.7%) 4 (6.2%) 30 (46.1%) 65 (100%) Secara keseluruhan, pilihan penyelidik adalah seperti berikut: KBKK > Kreativiti / Pemikiran Kreatif > KBAT/ HOTS 31 tesis (47.7%) 30 tesis (46.1%) 4 tesis /(6.2%) KBKK (47.7%) dan tema pemikiran kreatif secara terasing (46.1%) merupakan dua tema am yang paling kerap dipilih oleh penyelidik pasca ijazah. Sebaliknya, jumlah kajian berkaitan dengan KBAT (6.2%) masih rendah. b) Pilihan Tema Spesifik Jadual 6 menunjukkan perincian statistik untuk tema-tema spesifik daripada tiga tema am yang telah dipilih oleh penyelidik peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran. 82

Pola dan Trenda dalam Penyelidikan Berkaitan dengan Kreativiti Jadual 6: Pengagihan Kajian Pasca Ijazah Kreativiti Atau Pemikiran Kreatif Mengikut Tema Spesifik Tema Spesifik Kajian Peringkat Pasca Ijazah Tahap Kesediaan / penguasaa n KBKK responden KBKK Pelaksanaan / Penyebatian KBKK dalam pelajaran Hubungan / Kesan intervensi tertentu terhadap KBKK K B A T Kreativiti/Pemikiran kreatif Tahap kreativi ti/ Pemikir an kreatif respond en Hubungan / Kesan intervensi terhadap tahap pemikiran kreatif responden Lain- Lain Jumlah Sarjana 8 15 4 2 9 12 1 51 Kedoktoran - 2 2 2 2 5 1 14 Jumlah 8 (12.3%) 17 (26.2%) 6 (9.2%) 4 (6.%) 11 (16.9%) 17 (26.2%) 2 (3.0 %) Berdasarkan Jadual 6, analisis kekerapan berkaitan dengan tema kajian yang terlibat mengikut tertib menurun adalah seperti berikut: 65 (100%) Pelaksanaan /Penyebatian KBKK 17 (26.2%) = Hubungan atau Kesan intervensi terhadap tahap pemikiran kreatif responden 17 (26.2%) > Tahap kreativiti/ Pemikira n kreatif responde n 11 (16.9%) > Tahap Kesediaan/ penguasaan KBKK responden 8 (12.3%) > Kesan intervensi terhadap KBKK 7 (10.8%) > KBAT/ HOTS: 4 (6.2%) Secara keseluruhan, pelaksanaan / penyebatian KBKK (26.2%) dan hubungan/ kesan intervensi terhadap tahap pemikiran kreatif responden (26.2%) merupakan tema-tema utama yang terpilih ramai. Ini disusuli dengan tahap kreativiti / pemikiran kreatif responden (16.9%), tahap kesediaan /penguasaan KBKK responden (12.3%), hubungan atau kesan intervensi tertentu terhadap KBKK (10.8%) dan KBAT/HOTS (6.2%). Dua tema yang paling disukai ialah pelaksanaan atau penyebatian KBKK dan hubungan atau kesan intervensi tertentu terhadap tahap pemikiran kreatif 83

Chew, E.S. & Ahmad Rizal Madar responden untuk penyelidik ijazah sarjana dan masing-masing penyelidik kedoktoran c) Pilihan Sasaran/ Jenis Responden Dalam Jadual 7, pengagihan kajian pasca ijazah kreaktiviti atau pemikiran kreatif mengikut sasaran/sampel dipaparkan. Jadual 7: Pengagihan Kajian Pasca Ijazah Kreativiti Atau Pemikiran Sasaran / Sampel Kajian Pelajar Guru Pelatih Guru Pentad bir Kumpu lan Lain Resos Jumlah Sarjana 23 3 17 2 2 4 51 Kedoktoran 6 2 5-1 - 14 Jumlah 29 (44.6%) 5 (7.7%) 22 (33.9%) 2 (3.0%) 3 (4.6%) 4 (6.2%) 65 (100%) Kreatif Mengikut Sasaran/ Sampel Kajian Berdasarkan Jadual 7, analisis kekerapan responden/ sampel yang terlibat dalam kajian mengikut tertib menurun adalah seperti berikut: Pelajar > Guru > Guru > Resos > kumpulan > Pentadbir Pelatih lain (44.6%) (33.9%) (7.7%) (6.2%) (4.6%) (3.0%) Para pelajar dan guru merupakan responden yang paling kerap dipilih dalam kajian manakala responden lain atau sasaran yang terlibat dengan tidak signifikan adalah guru pelatih, pentadbir, kumpulan lain, dan resos. 84

Pola dan Trenda dalam Penyelidikan Berkaitan dengan Kreativiti PERBINCANGAN Dapatan kajian ini memberi gambaran am dan spesifik kepada para penyelidik terutamanya penyelidik pasca ijazah berkaitan dengan penyelidikan dalam kreativiti atau pemikiran kreatif sehingga pertengahan tahun 2015. Analisis tajuk-tajuk tesis dan kandungan tesis pada pangkalan data di Pusat Dokumentasi Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) dapat mengenal pasti aspek-aspek penyelidikan tentang kreativiti atau pemikiran kreatif dalam pendidikan di Malaysia yang sudah dikaji, belum, atau perlu dikaji. Contohnya, lebih banyak kajian pasca ijazah diperlukan terutamanya pada peringkat kedoktoran kerana berdasarkan dapatan kajian, hanya 51 tesis peringkat sarjana dan 14 tesis kedoktoran telah dihasilkan sejak tahun 1979. Dapatan kajian juga menunjukkan kebanyakan tesis pengajian tinggi (82.3%) ditulis dalam Bahasa Melayu. Ini selaras dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam negara. Kajian dalam Bahasa Inggeris boleh diperbanyakkan untuk dimasukkan dalam jurnal antarabangsa demi mempertingkatan kepangkatan universiti tempatan. Hanya terdapat empat tesis yang berkaitan dengan kreativiti atau pemikiran kreativiti daripada pelajar universiti luar negara. Kemungkinan, ini berpunca daripada tesis mereka tidak disimpan dalam pangkalan data di Pusat Dokumentasi Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) atau kajian mereka berfokus kepada bidang lain. Kekurangan kajian pasca ijazah dalam kreativiti atau pemikiran kreativiti dilihat pada peringkat sarjana iaitu dengan purata keluaran tiga tesis setahun sejak tahun 1995. Kekurangan ini amat ketara dilihat pada peringkat kedoktoran iaitu lebih kurang sebuah tesis setahun sahaja dihasilkan sejak tahun 1995. Trenda keluaran tesis kedoktoran menunjukkan bahawa penambahan yang tidak signifikan sekali. Memandangkan pemikiran kreatif adalah salah satu kemahiran abad 21 yang penting (Senin et al., 2011), maka lebih banyak kajian diperlukan lagi demi pembangunan kreativiti dan pemikiran kreativiti dalam negara. Walaupun pada masa kini, KBKK dan aspek-aspek yang berkaitan dengannya menjadi tema am dan tema spesifik utama dalam kajian berkaitan dengan kreativti dan pemikiran kreatif di sekolah, dijangkakan fokus tersebut akan beralih kepada kaedah penyebatian dan pentaksiran kemahiran berfikir secara kreatif (KBAT) dalam kalangan pelajar di bawah Kurikulum Standard (BPK, 2010) yang menggantikan Kurikulum Bersepadu. 85

Chew, E.S. & Ahmad Rizal Madar Satu aspek lain dalam sebarang kajian adalah berkaitan dengan responden. Pada asasnya, responden yang biasa dikaji dalam penyelidikan yang melibatkan kreativiti atau pemikiran kreativti dalam sekolah adalah guru dan pelajar. Tidak banyak kajian yang melibatkan guru pelatih, pentadbir ataupun golongan pelajar lain seperti pelajar tadika. Sasaran responden seperti ini boleh dijadikan satu fokus yang harus diterokai. Dengan itu, dapatan kajian ini juga boleh dijadikan garis panduan kepada para penyelidik, pendidik, dan penggubal kurikulum untuk mencari bahanbahan bacaan atau rujukan. KESIMPULAN Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan tesis pasca ijazah terutamanya pada peringkat kedoktoran adalah sangat kurang dalam kreativiti atau pemikiran kreativiti sama ada dalam bentuk pengintegrasian dengan pemikiran kritis ataupun dalam bentuk terasing. Antara tesis-tesis pengajian tinggi, hampir tiga perempat adalah tesis ringkas peringkat ijazah pertama manakala yang baki satu perempat adalah tesis pasca ijazah. Kebanyakan tesis ringkas dan tesis pasca ijazah ditulis dalam Bahasa Melayu manakala yang bakinya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Daripada jumlah tesis pengajian tinggi yang dilihat, sejumlah kecil tesis adalah hasil universiti luar negara. Trenda tentang kajian pasca ijazah menunjukkan bilangan tesis kreativiti atau pemikiran kreatif yang tertinggi adalah dihasilkan pada tempoh tahun 2000-2004. Penulisan tesis peringkat kedoktoran menunjukkan satu trenda yang semakin menaik sejak tempoh tahun 1995-1999 sehingga tempoh tahun kini 2010-2015 tetapi penambahannya agak tidak signifikan. Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan tema am yang paling kerap dipilih oleh penyelidik ijazah sarjana manakala kreativiti/pemikiran kreatif secara terasing menjadi tema am yang paling disukai penyelidik kedoktoran. Pada keseluruhan, bilangan kajian berkaitan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) masih sedikit. Para pelajar dan guru merupakan responden yang paling kerap dipilih dalam kajian tersebut. Dua tema spesifik yang paling kerap dipilih ialah pelaksanaan atau penyebatian KBKK untuk penyelidik ijazah sarjana dan hubungan atau kesan sesuatu intervensi terhadap tahap pemikiran kreatif responden untuk penyelidik kedoktoran. Guru dan pelajar merupakan fokus utama dalam kajian kreativiti atau pemikiran kreatif. Antara responden atau sasaran lain yang terlibat dengan tidak signifikan adalah guru pelatih, pentadbir, kumpulan lain dan resos. 86

Pola dan Trenda dalam Penyelidikan Berkaitan dengan Kreativiti RUJUKAN Anderson, L.W., & Krathwohl, D.R. (2001). A taxonomy for learning, teaching and assessing: A revision of Bloom s taxonomy of educational objectives.new York, NY: Longman. Amin Senin, et al. (2011). The new IPG: Learner centered university. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia, p.7. Amabile, T.M. (1996). Creativity in context. Boulder, CO: Westview Press. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).(2010). Buku Panduan Kreativiti : Pembangunan dan amalan dalam pengajaran. Kuala Lumpur, Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP). (2015). Kreativiti dan pemikiran kreativiti dicapai pada 15 Julai 2015 dari OPAC Pusat Dokumentasi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. Bloom, B.S. (1956) Taxonomy of educational objectioves: Book 1- Cognitive domain. New York, NY: Longman. Bridgman, R.(2002). 1000 inventions & discoveries. London, UK: A Penguin Company. Czikszentmihalyi, M.(1997) Creativity:Flow and the psychology of discovery and invention.new York, NY : Harper Collins, p.6. Czikszentmihalyi, M.(1988). Society, culture and person: A system view of creativity. In R.J.Sternberg (Ed.), The Nature of Creativity (pp. 325-339). New York: Cambridge University Press. Kamus Dewan (Ed. Ke 4). (2013). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hayes, D. P. (2006). Inspiring primary teaching insights into excellent primary practice. Exeter, UK: Learning Matters Ltd. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya :Kementerian Pelajaran Malaysia. Lembaga Peperiksaan (LP).(2013). Pentaksiran kemahiran berfikir aras tinggi. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia Lim, D.C.H. (2007). HBEF 4106 School based research.kuala Lumpur, Malaysia : Open University Malaysia. Majority back change in format. (2014, December 24). The Star, Nation, p.3 Mohd Azhar Abd Hamid.(2004). Kreativiti: konsep, teori & praktis. Skudai, Malaysia; Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Mohd Azhar Abd Hamid, Mohd Koharuddin Balwi & Muhamed Fauzi Othman. (2006) Reka cipta & inovasi dalam perspektif kreativiti. Skudai, Malaysia: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia 87

Chew, E.S. & Ahmad Rizal Madar Rajendran, N.S. (2013). Teaching & acquiring higher-order thinking skills: Theory and practice. Tanjong Malim, Malaysia: Sultan Idris Education University. Robinson, K.(1999). All our futures: Creativity,culture and education. Report of the National Advisory Committee on Creative and Cultural Education DfEE, London. (DfEE website http://www.dfee.gov.uk.) Runco, M.A.(2007). Creativity: Theories and themes: Research, development and practice. San Diego, CA: Elsevier Academic Press. Safina Ramli. (2016, Mac14). Malaysia perlu lebih ramai guru kreatif dan inovatif-mahdzir, Utusan Melayu. Dicapai pada Julai 18, 2016 dari http://www.moe.gov.my/my/keratan-akhbar Sternberg, R.J. (1985). A triarchic theory of intelligence. Cambridge, UK: Cambridge University Press. Sternberg, R.J. (1997). Successful intelligence. New York, NY: Plume. Sternberg, R.J. (1999). The theory of successful intelligence. Review of General Psychology, 3, 292-316. Sternberg, R.J., & Lubart, T.I. (1996). Investing in creativity. American Psychologist, 51,7,22-88. Sigelman, C., & Rider, E.A. (2014). Life-span human development (8 th Ed.).Stamford, CT: Cengage Learning The Guardian (2013). PISA 2012 results:which country does best at reading, mathematics and science? Dicapai pada 15Julai 2015 dari http://www.theguardian.com/news/datablog/2013/dec/03/pisaresults-country-best-reading-maths-science TIMSS and PIRLS(2011). TIMSS 2011. dicapai pada Julai 15, 2015 dari http://timssandpirls.bc.edu/data-release-2011/pdf/overview-timssand-pirls-2001 Achievement. Utusan online (2009). 2010 Tahun kreativiti dan inovasi. Dicapai pada Julai 18, 2016 dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1224&sec =Dalam%5F Negeri&pg=dn_01.htm What is Wawasan 2020? (1996). The way forward Vision 2020. Dicapai pada Julai 18, 2016 dari http://www/wawasan2020.com/vision/p32.html. 88