Promosi ini dianjurkan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd ("PayNet") ("Penganjur") dengan kerjasama SME Corporation Malaysia.

Similar documents
a) Korporat" bermaksud Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Berhad sebagaimana yang ditakrifkan di bawah undang-undang Malaysia.

Checkout & Pay With FPX and Stand A Chance to Win Prizes Worth Up to RM300, ( Promotion ) Promotion Terms and Conditions

GARNIER MALAYSIA Peraduan Menangi BMW Ice Watch bernilai RM500 setiap satu untuk. 20 pemenang bersama Watsons Malaysia

Join as Participating Merchant and stand a chance to win Cash prizes Worth up to RM145, ( Promotion ) Promotion Terms and Conditions

1. Mechanics Make a minimum payment of RM 5 with Pay function using the Touch n Go ewallet to receive random cashback up to RM 888.

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN DIRECT DEBIT

TERMA & SYARAT KREDIT KAD UOB

Get rewarded, download the Touch n Go e-wallet. Get standard or preferred TGV seats for RM7 before 7pm on 7 July.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. QUOTATION NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

LIVING CARE. Critical Illness Insurance

GOLD RUSH TERMS AND CONDITIONS

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

Enjoy 30% off when you book a Touch 'n Go ewallet-branded SOCAR at selected special zones!

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. QUOTATION NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PERMOHONAN BEKALAN ELEKTRIK

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

Frequently Asked Questions (FAQ)

A. Interbank GIRO (IBG) Offering Channel, Transaction Fee, Transaction Limit and Cut Off Time

Terma dan Syarat ialah peraturan. Istilah Terma dan Syarat digunakan secara bersilih ganti dan ianya mempunyai maksud yang sama.

Nama Syarikat: No. Pendaftaran: Tarikh Ditubuhkan : Aktiviti Utama Perniagaan: Alamat: No Telefon: No Fax: Poskod: Bandar: Negeri:

Cara-cara permohonan: 1) Mengemukakan surat permohonan rasmi 2) Mengemukakan salinan kad pengenalan Penama yang telah ditetapkan 3) Mengemukakan

Cara-cara permohonan: 1) Mengemukakan surat permohonan rasmi 2) Mengemukakan salinan kad pengenalan pemohon 3) Mengemukakan salinan kad pengenalan

PAY WITH YOUR PIN BAYAR DENGAN PIN ANDA

Cara-cara permohonan: 1) Mengemukakan surat permohonan rasmi 2) Mengemukakan salinan kad pengenalan Anggota dan waris yang ingin dipindah milik 3)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

versi Bahasa Malaysia

A. Interbank GIRO (IBG) Offering Channel, Transaction Fee, Transaction Limit and Cut Off Time

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PUBLIC GREATER CHINA FUND

PUBLIC ISLAMIC ASEAN GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH ASEAN ISLAMIK) (PIASGF)

INQUIRIES. :

PB ASIA CONSUMER SECTOR FUND (PB DANA SEKTOR PENGGUNA ASIA) (PBACSF)

PB ISLAMIC SMALLCAP FUND

Didaftarkan : Pendaftaran Perniagaan : 1. Untuk Pemohonan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) sila isi ruang 1.14 hingga 1.18

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

PUBLIC INDIA-GLOBAL EQUITY FUND

Garis panduan ini menerangkan tatacara pengurusan pengkomersilan hasil penyelidikan.

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U)

MyBot Bridge. 2 pasukan 4 peserta (2 wakil politeknik, 2 wakil sekolah) TEAM PELAJAR MyBot Operator Mentor 2

STRUCTURE : 100 MARKS STRUKTUR : 100 MARKAH. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

PB ISLAMIC CASH MANAGEMENT FUND

PUBLIC e-islamic CASH DEPOSIT FUND

PB CASH MANAGEMENT FUND

PB604 : BUSINESS FINANCE

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PUBLIC e-cash DEPOSIT FUND (PUBLIC DANA e-deposit TUNAI) (PeCDF)

PENTING / PENAFIAN INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

PB CASH MANAGEMENT FUND PB DANA PENGURUSAN TUNAI (PBCMF)

PEPERIKSAAN JULAI 2010

PERINTAH GAJI MINIMUM (PINDAAN) 2013 MINIMUM WAGES (AMENDMENT) ORDER 2013

Seminar Penyedia Latihan ezskill Bersama JPK Wilayah Sarawak

PUBLIC OPTIMAL GROWTH FUND

PUBLIC AUSTRALIA EQUITY FUND

PUBLIC ISLAMIC SAVINGS FUND (PUBLIC DANA SIMPANAN ISLAMIK) (PISVF)

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

PUBLIC SINGAPORE EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI SINGAPURA) (PSGEF)

PUBLIC ISLAMIC DIVIDEND FUND

PUBLIC GROWTH FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PUBLIC BOND FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

PUBLIC EMERGING OPPORTUNITIES FUND (PUBLIC DANA PELUANG PASARAN BARU) (PEMOF)

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-496/16 DI ANTARA MOHAMED ASHARAT BIN RAMZAN ALI DAN HORNBILL SKYWAYS SDN BHD AWARD NO.

PUBLIC ISLAMIC STRATEGIC BOND FUND

PB ISLAMIC EQUITY FUND

PB DIVIDEND BUILDER EQUITY FUND

Jawatan. TarafPendidikan SekRendah Sek. Menengah Kolej/Uni. Lain: Untuk tujuan pelaburan

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI GLOBAL ISLAMIK) (PISGEF)

PUBLIC ISLAMIC GROWTH & INCOME FUND (PUBLIC DANA TUMBUH & PENDAPATAN ISLAMIK) (PISGIF)

PUBLIC SMALLCAP FUND

PUBLIC ISLAMIC ENTERPRISES EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI PERUSAHAAN ISLAMIK) (PIENTEF)

PUBLIC INDEX FUND (PUBLIC DANA INDEKS) (PIX)

PB GROWTH SEQUEL FUND (PB DANA SEKUEL TUMBUH) (PBGSQF)

PUBLIC ADVANTAGE GROWTH EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TUMBUH BERKELEBIHAN) (PAVGEF)

Frequently Asked Questions MUAMALAT GOLD-i Account

PUBLIC ISLAMIC OPTIMAL GROWTH FUND

2. THE CONTRACT WORKS 1. THE PROPOSER BORANG CADANGAN BAGI SKIM TAKAFUL KONTRAKTOR SEMUA RISIKO PROPOSAL FORM FOR CONTRACTOR S ALL RISK TAKAFUL / /

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND (PB DANA EKUITI CHINA AUSTRALIA) (PBCAUEF)

PUBLIC ISLAMIC EQUITY FUND

PB ISLAMIC BOND FUND

PUBLIC INDONESIA SELECT FUND

PB ISLAMIC EQUITY FUND (PB DANA EKUITI ISLAMIK) (PBIEF)

PB SMALLCAP GROWTH FUND (PB DANA TUMBUH MODAL KECIL) (PBSCGF)

PUBLIC ITTIKAL FUND (PUBLIC DANA ITTIKAL) (P ITTIKAL)

PUBLIC EQUITY FUND PUBLIC DANA EKUITI (PEF)

Transcription:

Bayaran Gaji Dengan IBG ( PROMOSI ) Terma dan syarat Promosi ini dianjurkan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd ("PayNet") ("Penganjur") dengan kerjasama SME Corporation Malaysia. 1) Definisi a) Bank Peserta bermaksud senarai Bank seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 Lampiran A. b) Tempoh Pendaftaran merujuk kepada pendaftaran untuk pembayaran gaji melalui atas talian bermula dari 15hb Disember 2018 sehingga 28 Februari 2019. c) SMEs bermaksud Perusahaan Kecil dan Sederhana yang terdiri daripada dua (2) sektor yang berlainan iaitu Untuk Pengilangan, perolehan jualan tidak melebihi RM50 juta ATAU pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 pekerja. Bagi sektor Perkhidmatan dan sektor lain, perolehan jualan tidak melebihi RM20 juta ATAU pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 pekerja. * Sumber: Pekeliling BNM Mengenai Definisi Baru Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) - Sila rujuk Jadual 2: Lampiran A. 2) Tempoh Promosi a) Promosi akan dijalankan dari jam 00:00 (GMT + 8) pada 15hb Disember 2018 sehingga jam 17:00 (GMT + 8) pada 30hb April 2019 (kedua-dua tarikh termasuk) ("Tempoh Promosi"). 3) Kelayakan Kemasukan a) Promosi ini terbuka kepada semua SME ("Peserta") dengan lesen perniagaan yang sah yang berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan, SME seperti yang ditakrifkan di sini, dan juga mempunyai akaun bank di mana-mana Bank Peserta. b) Peserta hendaklah memastikan bahawa lesen perniagaan dan akaun mereka dengan manamana Bank Peserta tidak ditamatkan, digantung, dibatalkan atau tidak aktif dalam Tempoh Promosi sehingga penebusan Hadiah Promosi. c) Pelanggan individu/ Badan Kebajikan/Pertubuhan Bukan Keuntungan/Pertubuhan Amal tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Promosi ini. d) Pengarah, pegawai, kakitangan pihak Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (suami/isteri, anak-anak, ibu-bapa, adik-beradik) dan/atau wakil, kakitangan, pekerja Penganjur dan ahli keluarga mereka yang terdekat tidak layak menyertai Promosi ini.

4) Kriteria Kelayakan a) Peserta hendaklah melengkapi dan memenuhi kriteria berikut: No Kriteria Penerangan 1 Untuk Pelanggan Bank sedia ada yang masih belum menggunakan pembayaran gaji secara dalam talian melalui perkhidmatan Bank Mula membayar gaji kepada pekerjanya melalui dalam talian melalui perkhidmatan Bank semasa Tempoh Pendaftaran; DAN Penggunaan minimum 20 transaksi IBG (hanya untuk pengkreditan gaji) sebulan selama 2 bulan berturut-turut pada bila-bila masa semasa Tempoh Promosi. 2 Untuk Pelanggan baru yang mendaftar dan menggunakan pembayaran gaji secara dalam talian melalui perkhidmatan Bank Mendaftar dan mula membayar gaji kepada pekerjanya melalui dalam talian melalui perkhidmatan Bank semasa Tempoh Pendaftaran; DAN Penggunaan minimum 20 transaksi IBG (hanya untuk pengkreditan gaji) sebulan selama 2 bulan berturut-turut pada bila-bila masa semasa Tempoh Promosi. b) Hanya transaksi IBG yang dibuat menggunakan Perbankan Internet ("Saluran") boleh diterima dan layak untuk Promosi ini. c) Tiada had transaksi IBG yang ditetapkan untuk menyertai Promosi ini. Walau bagaimanapun, bank boleh mengenakan jumlah minimum atau maksimum untuk setiap Saluran yang perlu di patuhi oleh Peserta mengikutterma dan syarat bank. 5) Penyertaan Kempen/Promosi a) Peserta hendaklah memaklumkan kepada bank masing-masing melalui e-mel atau apaapa cara lain yang bank anggap bersesuaian untuk menyertai Promosi dan hendaklah memenuhi kriteria Promosi dalam Tempoh Pendaftaran. b) Bank Peserta akan memaklumkan kepada Pihak Penganjur melalui e-mel sebaik sahaja Peserta memenuhi kriteria Promosi dan menghantar penyertaan kepada ibg@paynet.my dalam Tempoh Promosi. 6) Proses Pemilihan dan Pemilihan Pemenang a) Pada akhir Tempoh Promosi, Bank Peserta akan mengesahkan dan menyenarai pendek semua Peserta yang layak. Peserta yang layak akan ditentukan berdasarkan Peserta yang memenuhi kriteria kelayakan yang dinyatakan di atas ("Peserta yang Layak"). b) Pemenang yang disenarai pendek akan dihubungi melalui telefon oleh pihak bank dan dikehendaki menjawab soalan seperti yang ditentukan oleh Penganjur. Pemenang yang disenarai pendek hendaklah menjawab semua soalan dengan betul untuk melayakkan mereka memenangi hadiah. Bank boleh menghubungi individu yang telah diberi kuasa bagi

pihak Peserta melalui telefon atau apa-apa cara lain yang berkesan dan difikirkan sesuai oleh bank. c) Bank akan membuat percubaan untuk menghubungi Pemenang yang disenarai pendek sebanyak tiga (3) panggilan telefon. Sekiranya Pemenang yang disenarai pendek itu tidak dapat dihubungi iaitu samaada disambungkan ke mel suara, talian sibuk atau gagal menjawab semua soalan dengan betul, Penganjur berhak untuk memperuntukkan Hadiah tersebut kepada Pemenang yang disenarai pendek seterusnya yang diberikan oleh bank untuk menentukan Pemenang. Jika Pemenang yang disenarai pendek yang seterusnya itu dapat menjawab semua soalan dengan betul boleh melayakkannya menjadi Pemenang kepada Hadiah yang disediakan bagi Promosi ini. d) Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur berhubung dengan Promosi termasuk dan tidak terhad kepada pemilihan senarai pendek, pemilihan pemenang dan Hadiah adalah muktamad, konklusif dan mengikat. Tiada surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau bantahan lanjut dari Peserta akan dilayan. e) Senarai nama Pemenang akan disiarkan dan diumumkan di laman web Penganjur dan bank yang berkenaan. 7) Hadiah a) Hadiah untuk Promosi adalah seperti berikut: Hadiah (Setiap Pemenang)) Hadiah wang tunai bernilai Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500.00). Jumlah Pemenang 950 b) Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, pihak Penganjur dan bank tidak menawarkan sebarang bentuk jaminan atau perwakilan, secara nyata, tersirat atau berkanun, berhubung dengan Promosi ini dan Hadiah. c) Semua Hadiah tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga. Segala gambaran Hadiah yang ditunjukkan dalam mana-mana iklan, promosi publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan Promosi ini adalah semata-mata untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza dengan Hadiah sebenar yang diterima. d) Penganjur berhak untuk menggantikan Hadiah dengan Hadiah lain yang sama nilainya tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. e) Hadiah-hadiah tersebut adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat dan tertakluk kepada ketersediaan. 8) Penebusan Hadiah a) Pemenang akan dihubungi melalui telefon/dimaklumkan secara bertulis oleh bank/ Penganjur. Hadiah akan dikreditkan ke dalam akaun pemenang dalam masa tiga puluh (30) hari selepas menerima surat pemberitahuan daripada bank/penganjur. b) Bank/Penganjur akan meminta Pemenang untuk melengkapkan dan haruslah lulus proses pengesahan pengenalan diri untuk penebusan hadiah oleh pihak Pemenang atau

wakil mereka yang telah dilantik. Hadiah akan dibatalkan jika Pemenang atau wakilnya gagal untuk menyempurnakan dan lulus dalam proses pengesahan pengenalan diri yang tersebut atau jika dokumen pengesahan yang disediakan adalah berbeza daripada maklumat yang diberikan oleh bank yang berkenaan. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut: i) Lesen perniagaan yang sah dan berdaftar di Malaysia; dan ii) Kad pengenalan asal (Malaysia) atau, pasport asal (bukan warganegara) (diperlukan untuk wakil Pemenang). c) Sekiranya Pemenang memilih untuk tidak menerima Hadiah, segala urusan berkaitan hal tersebut adalah tertakluk kepada budibicara Penganjur dan peruntukan undang-undang yang berkaitan. 9) Liabiliti dan Tanggungjawab a) Pemenang akan menanggung liabiliti dan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan, kerugian atau tuntutan akibat daripada penyertaan di dalam Promosi ini, penebusan dan/atau penggunaan Hadiah. Penganjur dan Bank Peserta tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang dialami dalam sebarang situasi oleh pihak ketiga atau Peserta, semasa dan/atau selepas Tempoh Promosi. b) Penganjur dan Bank Peserta tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa keadaan sekalipun untuk perkara berikut: i) Apa-apa perbelanjaan tambahan yang ditanggung oleh Peserta untuk mengambil bahagian dalam Promosi ini; ii) Apa-apa bentuk gangguan teknikal; iii) Campurtangan pihak yang tidak mempunyai bidang kuasa dalam Tempoh Promosi; iv) Kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran Promosi ini dan pemprosesan penyertaan; v) Apa-apa kemasukan data yang hilang, dicuri, rosak, disalah hantar atau tidak diterima yang bukan disebabkan oleh kecuaian atau keingkaran sengaja Penganjur dan Bank Peserta. c) Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, tidak di dalam apa-apa keadaan Penganjur dan Bank Peserta atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen (termasuk, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang berurusan dengan Penganjur untuk tujuan Promosi ini) bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan (termasuk kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik atau ganti rugi tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas untuk mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berkaitan dengan Promosi ini, walaupun Penganjur telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut terlebih dahulu, dan semua ganti rugi yang tersebut adalah dikecualikan. 10) Terma dan Syarat Am a) Pihak Penganjur berhak untuk meminda, mengubah, membuang atau menambah apa-apa terma dan syarat Promosi tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada Peserta. Penganjur

juga berhak untuk mengubah suai, membatalkan, menamatkan atau menggantung Promosi ini pada bila-bila masa semasa tempoh Promosi tanpa memberi notis terlebih dahulu. Tiada pampasan dalam bentuk wang tunai atau sebarang bentuk lain akan diberikan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta akibat daripada perkara yang disebutkan di atas b) Pihak Penganjur dan Bank Peserta tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menerima apa jua liabiliti yang dialami oleh Peserta yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung berbangkit daripada Promosi ini. Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur berhubung Promosi, termasuk tetapi tidak terhad kepada senarai pendek, pemilihan Pemenang dan pelucutan hak kepada Hadiah adalah muktamad dan mengikat. c) Dengan menyertai Promosi ini, Peserta bersetuju dan terikat dengan Terma dan Syarat yang terkandung di sini. Terma dan Syarat Promosi yang terkandung di dalam laman web pihak Penganjur di www.paynet.my akan diguna pakai mengatasi mana-mana terma dan syarat yang terkandung di dalam Terma dan Syarat Tambahan dan/atau dalam sebarang bahan Promosi atau pengiklanan untuk Promosi ini d) Terma & Syarat ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sekiranya terdapat percanggahan di antara kedua-dua versi Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. e) Terma dan Syarat ini ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan dalam bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia. f) Masa adalah intipati Promosi. 11. NOTIS PRIVASI a) Dengan menyertai Promosi, Peserta memberi persetujuan dan memberi kuasa kepada Penganjur untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, memproses nama mereka, Nombor Identifikasi bertopeng dan butir-butir lain ("Data Peribadi") untuk tujuan menjalankan Promosi, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengumuman dan penerbitan Data Peribadi dan / atau foto Peserta di laman web Penganjur untuk tujuan pengiklanan dan publisiti. b) Dengan mengambil bahagian dalam Promosi, Peserta memberi persetujuan mereka kepada dan memberi kuasa kepada Penganjur untuk mengumpul Data Peribadi bagi pihak mereka dari Bank Peserta untuk tujuan menjalankan Promosi termasuk tetapi tidak terhad kepada pengesahan dan senarai pendek Peserta. c) Penganjur boleh menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk memproses Data Peribadi Peserta. Semua pihak ketiga tersebut dikehendaki secara kontrak, tidak menggunakan Data Peribadi Peserta dalam apa-apa cara lain yang dinyatakan di sini. d) Di bawah undang-undang Malaysia, hak-hak Peserta termasuk: i) Hak untuk menarik balik persetujuan untuk penggunaan Data Peribadi pada bila-bila masa dengan menghubungi Penganjur di nombor yang disebutkan di bawah dengan menyediakan Penganjur dengan nama Peserta dan alamat e-mel untuk pengalihan Data Peribadi tersebut;

ii) Hak mendapatkan salinan Data Peribadi yang dipegang oleh Penganjur; dan iii) Hak untuk membetulkan Data Peribadi yang tidak tepat. e) Jika Peserta ingin mengemukakan apa-apa isu Data Peribadi dengan Penganjur, atau menjalankan mana-mana hak undang-undang mereka, sila hubungi 03-22648600. f) Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan Data Peribadi Peserta selamat, dan memerlukan pemproses pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Walau bagaimanapun, Penganjur boleh mendedahkan Data Peribadi Peserta jika dikehendaki oleh undang-undang, waran geledah, sepina atau perintah mahkamah. g) Bagi maksud Fasal ini, semua Data Peribadi yang berkaitan dengan Promosi ini akan ditadbir dan ditangani mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan semua undang-undang lain yang terpakai di Malaysia [TAMAT]

APPENDIX A JADUAL 1: BANK Affin Bank Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ Maybank Islamic (Malaysia) Affin Islamic Bank BNP Paribas Malaysia Mizuho Bank (Malaysia) Alliance Bank Malaysia CIMB Bank OCBC Bank (Malaysia) Alliance Islamic Bank Malaysia CIMB Islamic Bank OCBC Al-Amin (Malaysia) AmBank (M) Citibank Public Bank AmBank Islamic Deutsche Bank (Malaysia) Public Islamic Bank Al-Rajhi Banking & Investment Hong Leong Bank RHB Bank Corporation (Malaysia) Bank Islam Malaysia Hong Leong Islamic Bank RHB Islamic Bank Bank Muamalat Malaysia HSBC Bank Malaysia Standard Chartered Bank Malaysia Bank Pertanian Malaysia HSBC Amanah Malaysia Standard Chartered Saadiq Bank Simpanan Nasional Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia (SMBC) Bank Kerjasama Rakyat Malaysia J.P. Morgan Chase Bank United Overseas Bank (UOB) Bank of America Malaysia Kuwait Finance House Bangkok Bank Bank of China (Malaysia) Maybank MBSB Bank China Construction Bank (Malaysia) JADUAL 2: TAKRIF/DEFINISI BARU PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)