PEMBANGUNAN PERMAINAN SERIUS UNTUK SIMULASI PENYELAMATAN DIRI SEMASA KEBAKARAN RUMAH

Similar documents
FASILITATED INTERACTIVE TRAINER (FIT) CPR APP. Muhammad Amer Bin Mokhtar. Assoc. Prof. Dr. Maryati Mohd Yusof

PERPUSTAKAAN DIGITAL PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

APLIKASI DAN SISTEM PEMARKAHAN POSTER DI PUSAT PERMATA PINTAR

SISTEM PENGURUSAN STOK. Nur Rahimah Binti Mohd Razmi Pn. Hazilah Binti Mohd Amin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

SISTEM PENJEJAK PESAKIT DI HOSPITAL PUSAT PERUBATAN UKM (PPUKM) MENGGUNAKAN PERANTI MATA ARAH (BEACON) Mohamad Norizal Bin Abdullah Dr.

SISTEM PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

PROJEK SISTEM PENEMPAHAN PAKAIAN ATAS TALIAN NUR AFIQAH BT MD BAHARUDIN DR. SITI FADZILAH MAT NOOR ABSTRAK

FINITE ELEMENT (FE) MODEL OF BRAKE INSULATOR IN REDUCING BRAKE SQUEAL NOISE FOR MOTORCYCLES MUNDHER FADHIL ABDULRIDHA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM JUAL BELI BARANGAN TERPAKAI UNTUK PELAJAR UKM MOHD NAZREEN MOHD GHANI MOHD ZAMRI MURAH

APLIKASI PENGURUSAN TELE-REHABILITASI. Nursuhaila Laily binti Abd Jamil Prof Madya Dr Jamaiah binti Yahaya

APLIKASI PERMAINAN SERIUS SIMULASI PENGURUSAN BANJIR. Nurul Syahirah Binti Md Nawi Encik Hafiz Bin Mohd Sarim

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM PEMANTAUAN GILIRAN DI HOSPITAL CANSELLOR TUANKU MUKHRIZ. Nursyakirah Hamimah Binti Mohamad Halim Prof. Dr.

APLIKASI PERMAINAN OBJEK TERSEMBUNYI KOTA MELAKA

APLIKASI GO AMBULANCE

HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRIINDIVIDU, REKA BENTUK LATIHAN DAN PERSEKITARAN KERJA DENGAN PEM INDAHAN LATIHAN DI SWM ENVIRONMENT SDN BHD.

MODELLING OF THROUGH-THE-ROAD HYBRID ELECTRIC VEHICLE OKE PAUL OMEIZA

SISTEM PEMANTAUAN PRESTASI BAS SHAUN LOH CHIA CHIEH ASSOC. PROF. DR. MOHAMMAD FAIDZUL NASRUDIN

SISTEM PENYAMPAIAN MAKLUMAT SECARA MASA NYATA DALAM JABATAN KECEMASAN

APLIKASI PENGESANAN BAS PRINCE OF SONGKHLA UNIVERSITY

REKA BENTUK KEPELBAGAIAN DIMENSI KONTEKS UNTUK SISTEM MUZIUM MAYA

SISTEM PENGURUSAN KEBERSIHAN KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN UKM. Muhammad Farhan bin Mohd Yusoff Dr. Dian Indrayani binti Jambari

ALAT PRAPEMPROSESAN DATA UNTUK SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Muhammad Faiz Bin Abdullah Prof. Madya Dr. Mohd Zakree Ahmad Nazri

OPTIMAL ANTI LOCK BRAKING SYSTEM WITH REGENERATIVE BRAKING IN HYBRID ELECTRIC VEHICLE DANA DEHGHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TECHNOLOGY AND INNOVATION MANAGEMENT AWARENESS AND PRACTISE A CASE STUDY IN BRITISH AMERICAN TOBACCO GSD (KL) SDN BHD

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

Item Bil Description of Works Remarks Main Switch Board

MyBot Bridge. 2 pasukan 4 peserta (2 wakil politeknik, 2 wakil sekolah) TEAM PELAJAR MyBot Operator Mentor 2

Free ebook. Cara penggunaan product

CURRENT CARRYING CAPABILTY OF POLYESTER CARBON COATED FOR ELECTRICAL CONDUCTOR MOHD HAIDIR BIN MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CONTROL OF INVERTED PENDULUM-CART SYSTEM BASED ON FUZZY LOGIC APPROACH HASRULNIZAM BIN HASHIM

DEVELOPMENT OF ELECTRICAL DISCHARGE MACHINING POWER GENERATOR MUHD ABU BAKAR BIN MUHD RADZI

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

APPLICATION OF DEMAND SIDE MANAGEMENT STRATEGIES TO REDUCE ENERGY CONSUMPTION IN UNIVERSITY BUILDINGS NAJAATUL FARIHAH BINTI HAMIDI

SISTEM PENGURUSAN PROOFREADING UTM KHO CHEE XAO

MODELLING DAMPING ELEMENT TO REDUCE DISC BRAKE SQUEAL NORAIDE BIN MD YUSOP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sustainable Consumption

APLIKASI MAKLUMAT IPT BERSEPADU BERASASKAN ANDROID DENGAN SISTEM SOKONGAN GPS (JEJAK IPT)

SKR 3102: ROMBAK RAWAT SISTEM KLAC

DEVELOPMENT OF A 10 NEWTON HYDROGEN PEROXIDE MONOPROPELLANT ROCKET THRUSTER KUBERARAAJ NAMBARAJA

CONTROL OF ENERGY CONVERSION IN A HYBRID WIND AND ULTRACAPACITOR ENERGY SYSTEM MAJID ABDULLATEEF ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB KEBOLEHGUNAAN (USABILITY) 2.1 Pendahuluan

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

Book your flight for the upcoming election and your flight could be on us. 100 lucky winners will receive a cashback up to RM300.

PEPERIKSAAN JULAI 2010

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEM 253 REKABENTUK MEKATRONIK I

PAY WITH YOUR PIN BAYAR DENGAN PIN ANDA

ELECTRIC CAR VOLTAGE MONITORING SYSTEM NAJMI AZFAR BIN MOHD ROSLI

JA606: VEHICLE DYNAMICS. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

ZULHILMI AFIQ BIN ZULKIFLE

THE STUDY ON THE IMPACT OF CONSTANT POWER LOAD TO A DIRECT CURRENT POWER SYSTEM DRIVEN BY PHOTOVOLTAIC, WIND - THYRISTOR RECTIFIER AND LINEAR SOURCES

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

INSTRUCTION : This section consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) only.

OPTIMAL LOCATION OF FACTS FOR ATC ENHANCEMENT BY USING SENSITIVITY ANALYSIS RAIMON OMAR AL SHAIKH SALEM

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

WIDGET UNTUK EJEN PERMAINAN KECERDASAN BUATAN YANG MEMPUNYAI FUNGSIAN PEMBANTU BELI-BELAH PERIBADI. Wong Zee Hoe Hafiz Mohd Sarim

SENARAI KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN PENGISTIHARAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA REDUCTION OF TOTAL HARMONIC REDUCTION IN TORQUE CHARACTERISTICS IN TWO-PHASE SIDE BY SIDE BRUSHLESS DC MOTOR NG SENG SHIN

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

1. Mechanics Make a minimum payment of RM 5 with Pay function using the Touch n Go ewallet to receive random cashback up to RM 888.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

Frequently Asked Questions (FAQ)

AN AUTONOMOUS VEHICLE USING WALL FOLLOWING DETECTION MOHD AFFI BIN MOHD ALI

Sistem Maklumat Pengurusan Pusat Pengawalan Y & L Metal Components Sdn Bhd TAN KIAN JIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. Bahagian ini pengkaji akan melaporkan hasil kajian mengikut persoalan kajian

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

PANDUAN ASAS METATRADER 4

$'11,n n, Lffi MALAYSIA. PEPERIKSAAI\ AKHIR SEMESTER II sesr PERALATAN BINAAN BPD BPC APRIL 2OO9 2 JAM 30 MINIT

NUMERICAL ANALYSIS OF ELASTOHYDRODYNAMIC LUBRICATION WITH BIO-BASED FLUIDS DEDI ROSA PUTRA CUPU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PROSES PINJAMAN PERALATAN (ASSET BOOKING)

FLUID AND HEAT FLOW PERFORMANCE IN HEAT EXCHANGER NURLIYANA BINTI MOHD NADZRI

KHAIRUL AZRI BIN NGADIMEN

This item is protected by original copyright

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. QUOTATION NOTICE (Via eprocurement)

FABRICATION OF AIR-HYBRID ALL TERRAIN VEHICLES FRONT SUSPENSION SYSTEM LEONG GUO BANG

ABSTRAK. Kata kunci: kebolehgunaan antara muka pengguna, penilaian heuristik, aplikasi pembelajaran fonik.

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

DISC BRAKE SQUEAL GENERATION DURING DRY AND WET CONDITIONS MUNEER NAJI WAHEED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A FREQUENCY CONTROLLER USING FUZZY IN ISOLATED MICROGRID SYSTEM

MODELING OF ELECTRIC DOUBLE LAYER CAPACITOR FATHIN ASILA BINTI MOHD PABLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Seminar Penyedia Latihan ezskill Bersama JPK Wilayah Sarawak

SECTION A : 100 MARKS BAHAGIAN A : 100 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

(Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan dalam 7 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 7 printed pages)

KUCHING. MEKANlKAL SULIT POLITEKNIK SULIT 8.30PG PG (2 JAM) TARIKH: 08 NOVEMBER 2010 (ISNIN) Jangan buka kertas soalan ini sehingga diberitahu.

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structures questions. Answer FOUR (4) questions only.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

REKABENTUK SMART PUMP KITS BAGI MOTOSIKAL

PERSOALAN PENDAHULUAN DALAM HPI

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

DESIGN OF A MICROCONTROLLER-BASED PASSIVE STANDBY UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) NIK MOHAMAD ANIS BIN NIK HARON

OPTIMIZATION ON FUEL GAS OPERATION FOR COMBINED CYCLE POWER PLANT MOHD IZAMUDDIN BIN MAHMUD

STRUCTURE : 100 MARKS STRUKTUR : 100 MARKAH. INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structure questions. Answer any FOUR (4) questions.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

DESIGN AND ANALYSIS OF THREE WHEEL PROTOTYPE CAR CHASSIS

Transcription:

PEMBANGUNAN PERMAINAN SERIUS UNTUK SIMULASI PENYELAMATAN DIRI SEMASA KEBAKARAN RUMAH Ahmad Nasyeth AlFayyadh bin Abu Bakar Prof. Dr. Nor Azan Mat Zain Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Masyarakat kurang pengetahuan tentang cara untuk menyelamat ketika berlakunya kecemasan seperti kebakaran rumah. Kaedah penyampaian maklumat mengenai kecemasan semasa kebakaran rumah sedia ada tidak menarik. Kebanyakan penyampaian mengenai kecemasan semasa kebakaran rumah adalah dalam bentuk penulisan buku dan atas talian. Satu pendekatan menggunakan elemen permainan 3D mampu menarik minat pengguna. Oleh itu, satu Permainan Serius Untuk Simulasi Penyelamatan Diri Semasa Kebakaran Rumah berasaskan permainan 3D dibangunkan. Model yang digunakan untuk membangunkan permainan serius ini ialah reka bentuk model Rapid Prototyping. Sistem ini dimuatkan dengan pelbagai elemen multimedia interaktif seperti teks, grafik, model 3D audio dan video animasi serti elemen permainan 3D bagi meningkatkan kesan penyampaian maklumat supaya boleh menarik minat pengguna. Perisian Unity 2017 diguna bagi membangunkan grafik dan animasi 3D manakala perisian blender dan Autodesk 3DS Max diguna bagi menghasilkan model 3D. 1 PENGENALAN Penyelidikan ini melibatkan pembangunan perisian permainan serius untuk melatih penyelamatan diri daripada kebakaran rumah. Permainan serius ini mensimulasi pengurusan penyelamatan dalam menyelamatkan diri daripada kebakaran rumah. Kebakaran rumah adalah kebakaran yang berlaku dengan secara serta-merta dan mudah merebak ke seluruh rumah. Oleh itu, mangsa yang mengalami situasi ini perlu menyelamatkan diri daripada kebakaran rumah ini dengan selamat. Pengguna permainan serius ini dilatih untuk menyelamatkan diri dengan menerapkan panduan kecemasan kebakaran yang disediakan oleh Akademi Pertahanan Awam Malaysia. Pengguna perlu menggunakan barang-barang seperti sapu tangan ataupun kain yang 1

dibasahkan untuk menutup hidung dan mulut agar tidak dimasuki oleh asap, habuk dan debu. Pengguna juga boleh menggunakan pemadam api untuk memadamkan api yang kecil disepanjang laluan yang menghalang pengguna untuk menyelamatkan diri. Selain itu, pengguna juga boleh menerapkan teknik menyelamatkan diri seperti merangkak ke tepi dinding sehingga ke berjumpa jalan keluar dan meraba-raba menggunakan belakang tapak tangan ke dinding untuk menyentuh halangan dan juga mengelakkan kejutan elektrik semasa berada di ruang yang berasap. Oleh itu, pengguna harus menerapkan panduan kecemasan kebakaran rumah dengan baik supaya dapat menyelamatkan diri daripada kebakaran rumah dengan selamat. 2 PENYATAAN MASALAH Kebakaran rumah berlaku secara tiba-tiba dan tanpa diduga dan merebak dengan kadar yang pantas. Kebanyakkan masyarakat sekarang tidak mengambil berat tentang panduan kecemasan kebakaran jika mereka mengalami situasi kebakaran rumah. Kesedaran tentang bahayanya kebakaran rumah tidak diendahkan oleh masyarakat sekarang. Selain itu, tiada platform yang mensimulasi situasi kebakaran rumah yang dapat membantu masyarakat untuk melatih menyelamatkan diri daripada bencana ini dengan menerapkan panduan kecemasan kebakaran dengan betul. Seterusnya, kurangnya kesedaran ini di peringkat kanak-kanak yang tidak pandai membaca kerana agensi penyelamat atau pertahanan hanya menyediakan panduan dengan menggunakan teks sahaja berbanding menyediakannya dalam bentuk permainan. 3 OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif pembangunan perisian permainan serius ini ialah: i. Membangunkan permainan serius yang mensimulasi pengurusan penyelamatan dalam mengatasi kebakaran rumah. ii. Mereka bentuk permainan yang mengandungi jalan cerita, antara muka, watak dan aset untuk menjadikan permainan ini lebih menarik. 2

iii. Membangunkan konsep permainan serius untuk mendidik masyarakat terutamanya kanak-kanak dengan cara-cara yang betul mengikut panduan yang diberikan oleh Pertahanan Awam Malaysia. 4 METOD KAJIAN Permainan serius yang dibangun menggunakan kaedah metodologi yang dikenali sebagai model reka bentuk Rapid Prototyping. Fasa yang terdapat dalam model ini ialah analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Rajah 1 menunjukkan aliran metodologi pembangunan permainan serius. 4.1 Fasa Analisis Rajah 1 Model reka bentuk Rapid Prototyping Di dalam fasa analisis, proses analisis maklumat dan sistem yang ingin dibangunkan perlu dilakukan bagi mendapatkan kefahaman yang mendalam tentang struktur dan konsep sistem yang dibina. 4.2 Fasa Reka Bentuk Pada fasa reka bentuk, lakaran fizikal dilakukan berdasarkan kajian analisis agar mencapai objektif. Perancangan pembangunan dan pemilihan media penting semasa fasa ini. Perancangan pembangunan memperincikan antara muka pengguna dan papan cerita sebagai 3

rujukan dalam fasa pembangunan sistem. Pemilihan media pula menentukan teks, grafik, audio dan animasi yang sesuai untuk diterapkan ke dalam permainan serius yang dibangunkan. 4.3 Fasa Pembangunan Fasa ini dijalankan berdasarkan apa yang telah dirancang atau direka pada fasa reka bentuk. Proses pembangunan melibatkan pemeriksaan secara berperingkat supaya pembangun dapat mengesan lebih awal sekiranya berlaku sebarang ralat dan menambah baik permainan tersebut seterusnya dan mengurangkan ralat yang wujud pada peringkat akhir pembangunan. Selain itu, perisian yang digunakan untuk membangunkan permainan serius ini adalah seperti Unity3D, AutoDesk 3D Max dan Sublime Editor. 4.4 Fasa Pelaksanaan Fasa pelaksanaan ini bertujuan untuk menguji keberkesanan permainan serius yang dibangunkan sama ada memenuhi keperluan objektif dan kesesuaian terhadap pengguna. Fasa ini juga bertujuan untuk mengesan atau mencari masalah yang mungkin berlaku semasa proses pembangunan. Sesi ini diuji dengan mempersembahkan kepada beberapa rakan atau pensyarah yang menguji kelancaran permainan serius ini. Hal ini bagi memastikan permainan serius yang dibangun berfungsi mengikut perancangan yang Bdipersetujui dalam proses sebelum ini. 4.4 Fasa Penilaian Formatif Fasa ini dilaksanakan bertujuan untuk mendapat maklum balas daripada pengguna terhadap permainan serius ini secara keseluruhannya. Penilaian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif adalah penilaian yang melibatkan setiap fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan dan fasa pelaksanaan. Penilaian ini dilakukan untuk menjamin sesebuah permainan serius yang dibangun mampu memenuhi kehendak pengguna dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. 4

5 HASIL KAJIAN Bahagian ini membincangkan hasil daripada proses pembangunan permainan serius simulasi penyelamatan diri semasa kebakaran rumah. Dalam pembangunan, terdapat beberapa komponen yang dibangunkan untuk menjadikan sistem permainan ini menjadi satu sistem yang lengkap. Antara komponennya ialah antara muka permainan, proses pendaftaran pengguna, proses log masuk pengguna dan permainan utama iaitu simulasi semasa kebakaran rumah. Sebelum fasa pembangunan ini dilaksanakan, fasa reka bentuk dijalankan terlebih dahulu untuk mereka bentuk pemodelan 3D objek untuk diguna pakai dalam sistem permainan serius ini. Rajah 2 menunjukkan reka bentuk model 3D rumah. Rajah 2 Reka bentuk model 3D rumah Untuk membangunkan modul pendaftaran akaun pengguna, perisian Unity 2017.1.1f1 dengan menggunakan atur cara MySQL dan C# telah digunakan untuk membangun pangkalan data pengguna. Atur cara MySQL digunakan untuk menghubungkan perisian Unity 2017.1.1f1 dengan phpmyadmin. phpmyadmin ini ialah perisian percuma dan merupakan sumber terbuka yang berperanan sebagai pangkalan data untuk menyimpan maklumat atau data pengguna. Perisian sumber terbuka ini juga disediakan oleh Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) bagi pelajar-pelajar FTSM. Rajah 3 menunjukkan pangkalan data yang digunakan untuk menyimpan maklumat atau data pengguna di dalam phpmyadmin. 5

Pangkalan data untuk menyimpan maklumat pengguna di phpmyadmin @ Rajah 3 FT SM PTA-FTSM-2018-041 C op yr ig ht Proses reka bentuk antara muka pendaftaran akaun baru pengguna dan log masuk pengguna telah dihasilkan menggunakan Unity 2017.1.1fl. Rajah 4 dan Rajah 5 merupakan reka bentuk antara muka pendaftaran akaun baru pengguna dan log masuk pengguna yang telah mendaftar sebagai pengguna. Rajah 4 Antara muka bagi pendaftaran akaun baru pengguna 6

Rajah 5 Antara muka bagi log masuk pengguna Untuk proses pendaftaran pengguna baru pada Rajah 4 dan Rajah 5, pengguna perlu memasukkan maklumat pengguna seperti nama pengguna, kata laluan dan nama penuh. Maklumat pengguna ini akan disimpan dan direkod ke dalam pangkalan data. Untuk log masuk pula, pengguna perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan pada proses pendaftaran pengguna baru. Selepas berjaya log masuk, sistem akan memaparkan antara muka menu utama permainan serius. Rajah 6 menunjukkan antara muka menu utama yang dihasilkan mengguna Unity 2017.1.1fl. 7

Rajah 6 Antara muka bagi menu utama permainan Antara muka menu utama permainan serius ini mengandungi 3 pilihan iaitu Mula Permainan, Tetapan dan Keluar. Untuk pilihan pertama, pengguna akan terus ke simulasi permainan kebakaran rumah. Untuk Tetapan pula, terdapat tetapan bagi kekuatan bunyi, resolusi skrin dan kualiti grafik permainan. Dan akhir sekali pilihan Keluar akan menamatkan sistem permainan serius ini. Rajah 7 menunjukkan suasana persekitaran rumah untuk permainan serius simulasi penyelamatan diri semasa kebakaran rumah yang dibina semasa fasa pembangunan. Kebanyakkan aset 3D yang digunakan untuk membina suasana ini diambil daripada aset yang sedia ada di internet. 8

Rajah 7 Suasana persekitaran rumah Permainan Serius Simulasi Penyelamatan Diri Semasa Kebakaran Rumah ini menggunakan pandangan perspektif pertama. Ia lebih sesuai untuk digunakan pada simulasi kerana pandangan perspektif ini sama seperti pandangan manusia berbandingan pandangan perspektif ketiga. Rajah 8 menunjukkan pandangan perspektif pertama ketika pengguna bermain permainan serius simulasi. Rajah 8 Pandangan perspektif pertama 9

Semasa pengguna bermain permainan serius ini, sistem permainan akan memaparkan objektif permainan, tips penyelamatan semasa kebakaran dan skor masa akhir. Bagi tips penyelamatan, sistem permainan akan memaparkan tips dalam bentuk imej dan video. Skor masa akhir akan dipaparkan setelah pengguna berjaya menghabiskan permainan tersebut sebelum masa yang ditetapkan tamat. Pengguna akan gagal jika masa yang diambil melebihi masa yang diberi iaitu 60 saat. Rajah 9, Rajah 10, Rajah 11 dan Rajah 12 menunjukkan paparan yang dipaparkan oleh sistem permainan ketika pengguna bermain. Rajah 9 Paparan tips keselamatan dalam bentuk imej. 10

Rajah 10 Paparan tips keselamatan dalam bentuk video. Rajah 11 Paparan skor masa akhir setelah tamat bermain. 11

Rajah 12 6 KESIMPULAN Paparan pemain gagal menamatkan permainan. Sistem permainan serius simulasi penyelamatan diri semasa kebakaran rumah ini dijangka dapat membantu meningkatkan ilmu pengetahuan tentang cara menyelamatkan diri semasa kebakaran rumah. Dengan adanya platform permainan ini, masyarakat akan lebih tertarik untuk bermain permainan ini untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang penyelamatan diri semasa kebakaran rumah berbanding dengan hanya membaca tips yang disediakan dalam bentuk teks dan imej dalam kata lain info dalam bentuk statik yang membosankan dan tidak menarik perhatian masyarakat untuk membaca. Semua tips yang disediakan dalam permainan ini diambil dari sumber yang disediakan oleh Portal Rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Penggunaan Unity dalam pembangunan projek ini dapat memudahkan kerja membangunkan sistem permainan serius simulasi penyelamatan diri semasa kebakaran rumah ini. Fungsi yang mesra pengguna dalam perisian Unity ini memudahkan pembangunan permainan ini. Selain itu, pelbagai video tutorial dijadikan bahan rujukan untuk menggunakan perisian Unity ini bagi menyempurnakan projek ini. 12

7 RUJUKAN Djaouti, D., Alvarez, J., Jessel, J.-P., & Rampnoux, O. 2011. Origins of Serious Games. Serious Games and Edutainment Applications, 25 43. https://doi.org/10.1007/978-1- 4471-2161-9_3 Hargiyarto, P. 2003. Pencegahan dan pemadaman kebakaran, 7. Kajian, S., Di, P., & Sarijadi, P. 2005. Kajian Penanggulangan Bahaya Kebakaran Pada Perumahan. Universitas Stuttgart, 3(1). Rumah, D., & Kebakaran, S. 2016. TIPS KESELAMATAN OSh Info TIPS KESELAMATAN, 2013(February). Portal Rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. 2015. Panduan Kecemasan Kebakaran. http://www.civildefence.gov.my/en/blog/category/panduan-kecemasan-kebakaran/ SETTINGS MENU in Unity. 2017. Video. Brackeys PAUSE MENU in Unity. 2017. Video. Brackeys 13