Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Similar documents
Profil Para Pengarah. Y BHG TAN SRI AZMAN HASHIM Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif

pengarah profil para Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Board of Directors 20 FRASER & NEAVE HOLDINGS BHD ( V) LEMBAGA PENGARAH

corporate structure Struktur Korporat 100% Fraser & Neave (Malaya) Sdn Bhd 100% Malaya Glass Products Sdn Bhd 100% F&N Dairies (Malaysia) Sdn Bhd

BOARD OF DIRECTORS LEMBAGA PENGARAH

Fraser & Neave Holdings Bhd V. board of. directors. lembaga pengarah

Detik-Detik Meyakinkan

CORPORATE STRUCTURE AS AT 14 SEPTEMBER 2001 STRUKTUR KORPORAT PADA 14 SEPTEMBER 2001

ANUGERAH & Syarikat Insurans Terbaik, Malaysia

ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN

membuka peluang, memenuhi impian opening doors, fulfilling dreams

PENGENALAN MISI SYARIKAT INI ADALAH PENGLIBATAN SECARA AKTIF DALAM ARUS PEMBANGUNAN DAN EKONOMI NEGARA.

Best Islamic REIT Deal in South East Asia 2007

cover rationale rasional kulit depan

VISI FALSAFAH MISI COGAN KATA

engineered to exhilarate Perusahaan Otomobil Nasional Berhad Laporan Tahunan 2003 Annual Report

(Company No M) a fresh. perspective perspektif baru. annual report 2005 laporan tahunan

30 tahun Pertumbuhan Yang Mampan

Memelihara Nilai Teras bagi Pertumbuhan Berkekalan

MAKLUMAT KORPORAT CORPORATE INFORMATION

Key Elements for Success Kunci Utama untuk Mencapai Kejayaan

laporan tahunan 2OO1/2002 MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BERHAD

PERINTAH PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (GOLONGAN PENGGUNA DATA) 2013 PERSONAL DATA PROTECTION (CLASS OF DATA USERS) ORDER 2013

technology TEKNOLOGI innovation INOVASI safety KESELAMATAN laporan tahunan 2003 annual report

Laporan Tahunan. Annual Report

Financial Calendar 1. Notice of Annual General Meeting and Notice of Dividend Entitlement 2. Statement Accompanying Notice of Annual General Meeting 6

Pencapaian Kami. > Kumpulan ini memulakan operasi pada 1 April 1976 sebagai usaha sama antara pemegang saham dari Arab Saudi dan Malaysia.

3 NOTICE OF ANNUAL GENERAL MEETING 11 STATEMENT ACCOMPANYING NOTICE OF ANNUAL GENERAL MEETING 12 CORPORATE INFORMATION 13 DIRECTORS PROFILE

MENJANA GEMILANG YANG LEBIH MASA DEPAN

IJM CORPORATION BERHAD ( A) laporan tahunan

PENGGABUNGAN DAN PENGAMBIALIHAN (M & A) DALAM INSTITUTSI KEWANGAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

Transformation Transformasi

Creating a distinct identity in the Oil & Gas industry Mencipta identiti tersendiri dalam industri Minyak & Gas

Shaping The Growing Future

INNOVATION IS A PROCESS OF DISCOVERY

Soaring TOWARDS Higher GROWTH

MAS CORPORATE_BM_FINAL 3/1/04 8:58 AM Page 3

VISI UNTUK MENJADI FIRMA PELABURAN DISTINKTIF BERTARAF DUNIA

MEDIA COVERAGE. TITLE : SESB bags US$41.6m Indonesia MEDIA : New Straits Times contract COMPANY : Scomi Energy Services Bhd DATE : 15 January 2016

KANDUNGAN / CONTENTS. Laporan dan Penyata Kewangan. Reports and Financial Statements

LAPORAN TAHUNAN galakan pemilikan rumah negara: merealisasikan impian

Contents. Kandungan ANNUAL REPORT. laporan tahunan

PETRA ENERGY BERHAD. PETRA ENERGY BERHAD H

DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA Mesyuarat Agung

satu tujuan Matlamat tertumpu Syarikat mengemudi kami dalam memenuhi perhubungan strategik dan berkekalan dengan pelanggan kami.

PUBLIC CHINA SELECT FUND

Seminar Penyedia Latihan ezskill Bersama JPK Wilayah Sarawak

Pengurusan Pelaburan. Perantara dan Institusi Pasaran. Penguatkuasaan

LAPORAN TAHUNAN BERKEMBANG SEIRING TEKNOLOGI

C M Y K C M Y K C M Y K

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 15 MEI 2017) Tarikh MoU Luput. PTJ Peneraju 22 Januari 1996 Tiada Pejabat Pendaftar

PUBLIC CHINA SELECT FUND (PUBLIC DANA CHINA TERPILIH) (PCSF)

Penyata-Penyata Kewangan 2016 Dinyatakan dalam Ringgit Malaysia Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Mac 2016

Penyata, Statistik dan Aktiviti

KANDUNGAN RANGKA KERJA & KOMITMEN ORGANISASI & PENGEMUDIAN RINGKASAN MAKLUMAT PEMEGANG SAHAM KAJIAN & LAPORAN PERNIAGAAN TANGGUNGJAWAB KORPORAT

PUBLIC GREATER CHINA FUND

PUBLIC AUSTRALIA EQUITY FUND

PERINTAH GAJI MINIMUM (PINDAAN) 2013 MINIMUM WAGES (AMENDMENT) ORDER 2013

WE ARE. focused. on growth Annual Report Laporan Tahunan

PUBLIC ISLAMIC OPPORTUNITIES FUND (PUBLIC DANA PELUANG ISLAMIK) (PIOF)

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 30 November 2016)

Directors Profile Profil Para Pengarah

PUBLIC SINGAPORE EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI SINGAPURA) (PSGEF)

TELEKOM MALAYSIA BERHAD ( P) RASIONAL KONSEP. Abad Ke 21 sudah tiba. Di mana cabaran perubahan bertambah ketara.

PUBLIC ISLAMIC SELECT ENTERPRISES FUND

PB ASIA CONSUMER SECTOR FUND (PB DANA SEKTOR PENGGUNA ASIA) (PBACSF)

Amir Hussain Md. Ishak Ketua Pustakawan, Universiti Putra Malaysia Pengerusi PERPUN

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

L a p o r a n Ta h u n a n

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 31 Oktober 2014)

PUBLIC ISLAMIC ADVANTAGE GROWTH EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI TUMBUH BERKELEBIHAN ISLAMIK) (PIAVGEF)

PUBLIC ISLAMIC ASEAN GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH ASEAN ISLAMIK) (PIASGF)

PUBLIC ISLAMIC SELECT ENTERPRISES FUND (PUBLIC DANA PERUSAHAAN TERPILIH ISLAMIK) (PISEF)

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 15 OGOS 2017)

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND (PB DANA EKUITI CHINA AUSTRALIA) (PBCAUEF)

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 2 MEI 2018)

PUBLIC ISLAMIC ENTERPRISES EQUITY FUND (PUBLIC DANA EKUITI PERUSAHAAN ISLAMIK) (PIENTEF)

PB GROWTH SEQUEL FUND (PB DANA SEKUEL TUMBUH) (PBGSQF)

PB ISLAMIC SMALLCAP FUND

LAPORAN TAHUNAN 2016 Tadbir Urus Korporat

PB SINGAPORE ADVANTAGE-30 EQUITY FUND PB DANA EKUITI KELEBIHAN-30 SINGAPURA (PBSGA30EF)

PUBLIC e-islamic CASH DEPOSIT FUND

PUBLIC SMALLCAP FUND

TECHNOLOGY AND INNOVATION MANAGEMENT AWARENESS AND PRACTISE A CASE STUDY IN BRITISH AMERICAN TOBACCO GSD (KL) SDN BHD

PB GLOBAL EQUITY FUND (PB DANA EKUITI GLOBAL) (PBGEF)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 29 Februari 2016)

OPERASI BERMULA LAPORAN KEMAJUAN TAHUNAN.

PUBLIC EMERGING OPPORTUNITIES FUND (PUBLIC DANA PELUANG PASARAN BARU) (PEMOF)

PUBLIC INDONESIA SELECT FUND

PB ISLAMIC EQUITY FUND (PB DANA EKUITI ISLAMIK) (PBIEF)

PB GLOBAL EQUITY FUND

PUBLIC ISLAMIC TREASURES GROWTH FUND (PUBLIC DANA TUMBUH KHAZANAH ISLAMIK) (PITGF)

PB ASIA EMERGING GROWTH FUND (PB DANA TUMBUH PASARAN BARU ASIA) (PBAEGF)

CONTENTS KANDUNGAN. Corporate Social Responsibility (CSR) Tanggungjawab Sosial Korporat About Us 02 Perihal Kami 03

PUBLIC INDEX FUND (PUBLIC DANA INDEKS) (PIX)

PB GLOBAL EQUITY FUND

PB SMALLCAP GROWTH FUND (PB DANA TUMBUH MODAL KECIL) (PBSCGF)

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 31 Disember 2017)

PUBLIC ISLAMIC ALPHA-40 GROWTH FUND

Transcription:

Y BHG TAN SRI AZMAN HASHIM Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Y Bhg Tan Sri Azman Hashim, seorang warganegara Malaysia berusia 76 tahun, telah dilantik menganggotai Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad pada 15 Ogos 1991 dan menjadi Pengerusi Syarikat sejak 1991. Beliau adalah Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Syarikat. Tan Sri Azman juga adalah Pengerusi Lembaga beberapa subsidiari Syarikat iaitu AmBank (M) Berhad, AmInvestment Bank Berhad, AmBank Islamic Berhad (sebelum ini dikenali sebagai AmIslamic Berhad), AmGeneral Insurance Berhad, AmMetLife Insurance Berhad (sebelum ini dikenali sebagai AmLife Insurance Berhad), AmMetLife Takaful Berhad (sebelum ini dikenali sebagai AmFamily Takaful Berhad), AmGeneral Holdings Berhad, AmInvestment Group Berhad dan AMFB Holdings Berhad. Tan Sri Azman, seorang Akauntan Berkanun (FCPA), ahli Fellow Institut Akauntan Berkanun dan ahli Fellow Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun, telah berkecimpung dalam industri perbankan sejak 1960 ketika beliau menyertai Bank Negara Malaysia dan berkhidmat di sana sehingga 1964. Beliau berkhidmat sebagai Akauntan Bertauliah dalam Azman Wong Salleh and Co. dari 1964 hingga 1971. Beliau kemudian menyertai Lembaga Malayan Banking Berhad dari 1966 sehingga 1980 dan adalah Pengarah Eksekutifnya dari 1971 hingga 1980. Beliau adalah Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank Berhad, sebuah subsidiari Malayan Banking Berhad, dari 1980 hingga April 1982 apabila beliau mengambil alih AmInvestment Bank Berhad. Tan Sri Azman adalah Pengerusi Eksekutif Amcorp Group Berhad dan Pengerusi Malaysian South-South Corporation Berhad. Beliau menganggotai Lembaga Pengarah Pembangunan MasMelayu Berhad dan Asian Institute of Finance Berhad. Tan Sri Azman juga terlibat dalam beberapa organisasi amal sebagai Pengerusi dan Pemegang Amanah Yayasan AmGroup dan Yayasan Kepimpinan Perdana, dan adalah Pemegang Amanah bagi Yayasan Azman Hashim, Yayasan Perpaduan Nasional, Yayasan Hati Malaysia, Yayasan Tuanku Najihah dan Yayasan Canselor Universiti Terbuka Malaysia. Tan Sri Azman juga adalah Pengasas dan Ahli Majlis Yayasan Azman Hashim (L) dan Yayasan Kebajikan Azman Hashim (L). Tan Sri Azman adalah Pengerusi Asian Institute of Chartered Bankers (sebelum ini dikenali sebagai Institut Bank-Bank Malaysia), Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia, dan Perbadanan Produktiviti Malaysia, Pengerusi Emeritus Pacific Basin Economic Council (PBEC) International dan Pengerusi Bersama Persidangan Meja Bulat Malaysia-Singapura. Beliau adalah Pengerusi Pertama Lembaga Profesional Perkhidmatan Kewangan. Beliau adalah Presiden Persatuan Selatan-Selatan Malaysia, Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun, Kelab SAHABAT Penjara Malaysia dan Majlis Perniagaan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) serta Bendahari Yayasan Malaysia-Australia. Beliau adalah Ahli Majlis Penasihat Perniagaan APEC, Majlis Perniagaan Malaysia-British dan Majlis Perniagaan Malaysia-China serta Majlis Perniagaan Asia Timur. Beliau juga merupakan Ketua Mesyuarat Perniagaan ASEAN-Jepun (Jawatankuasa Malaysia, Keizai Doyukai) dan ahli Lembaga Penasihat Pusat Tanggungjawab Sosial Korporat AIM. Beliau juga merupakan ProCanselor, Universiti Terbuka Malaysia dan ahli Badan Pentadbir Organisasi Produktiviti Asia dan Panel Penasihat Antarabangsa, Pusat Antarabangsa bagi Pengajian dalam Kewangan Islam Bank Negara Malaysia (INCEIF) dan Asian Banking School Sdn Bhd. 22 AMMB Holdings Berhad (223035-V) Laporan Tahunan 2015

Y BHG DATO AZLAN HASHIM Timbalan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Y Bhg Dato Azlan Hashim, seorang warganegara Malaysia berusia 73 tahun, telah dilantik menganggotai Lembaga AMMB Holdings Behad pada 12 Februari 1992 dan telah menjadi Timbalan Pengerusi Syarikat sejak 1992. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Teknologi Maklumat Kumpulan dan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Syarikat. Dato Azlan pada masa ini adalah Pengerusi Bukan Eksekutif AmFraser International Pte Ltd, AmLabuan Holdings (L) Ltd [sebelum ini dikenali sebagai AmInternational (L) Ltd], dan Am ARA Reit Managers Sdn Bhd. Beliau juga menganggotai Lembaga Am ARA Reit Holdings Sdn Bhd, Metrod Holdings Berhad, Paramount Corporation Berhad, dan Sapura Industrial Behad. Beliau adalah Pemegang Amanah Yayasan AmGroup. Dato Azlan berkhidmat dengan Keretapi Tanah Melayu dari 1966 hingga 1971, di mana beliau memegang jawatan sebagai Ketua Akauntan selama dua tahun. Pada 1972, beliau telah menjadi Rakan Kongsi firma perakaunan awam, Azman Wong Salleh & Co., dan merupakan Rakan Kongsi Kanan di sana sebelum menyertai lembaga Amcorp Properties Berhad dari 1982 hingga Julai 2007. Dato Azlan adalah ahli Fellow Institute of Chartered Accountants (Ireland), Institut Pembangunan Ekonomi, Bank Dunia, Washington D.C., U.S.A. dan Asian Institute of Chartered Bankers (sebelum ini dikenali sebagai Institut Bank-Bank Malaysia). Beliau juga seorang Akauntan Awam Bertauliah. Y A BHG TUN MOHAMMED HANIF Bin OMAR Y A Bhg Tun Mohammed Hanif bin Omar, seorang warganegara Malaysia berusia 76 tahun, telah dilantik menganggotai Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad pada 6 Mei 1994. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Penamaan dan Imbuhan Kumpulan Syarikat. Tun Mohammed Hanif juga adalah ahli Lembaga subsidiari syarikat iaitu AMFB Holdings Berhad. Beliau pada masa ini adalah Timbalan Pengerusi Eksekutif Genting Berhad dan Genting Malaysia Berhad dan juga ahli Lembaga Genting Overseas Holdings Ltd. Beliau merupakan Ketua Polis Negara selama 20 tahun sehingga persaraan beliau pada Januari 1994. Beliau telah menerima Anugerah Kehormat dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei dan Filipina di atas sumbangannya yang tidak ternilai terhadap keselamatan rantau ini. Beliau telah menjadi Presiden Institut Pengurusan Malaysia sejak 2001. Beliau juga adalah Presiden Royal Asiatic Society cawangan Malaysia. Beliau juga adalah ahli Majlis Equine Malaysia dan ahli Majlis Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia. Di samping itu, beliau juga adalah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Razak, ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Hati Malaysia, Yayasan DayaDiri, Yayasan Gagasan Melayu Perak, Yayasan MCKK dan The Community Chest, Malaysia. Tun Mohammed Hanif menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera beliau dari University of Malaya, Singapura pada 1959, Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Buckingham University, United Kingdom pada 1986 dan Sijil Pengamal Undang- Undang (Kepujian) dari Lembaga Kelayakan Undang-Undang pada 1987. Beliau telah dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-Undang oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1992, Doktor Kehormat Falsafah (Keselamatan Dalam Negeri) oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 2 Oktober 2011 dan Doktor Kehormat Undang-Undang oleh Universiti Buckingham pada 16 Mac 2012. Laporan Tahunan 2015 AMMB Holdings Berhad (223035-V) 23

Y BHG TAN SRI DATUK CLIFFORD FRANCIS HERBERT Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif Y Bhg Tan Sri Datuk Clifford Francis Herbert, seorang warganegara Malaysia berusia 73 tahun, telah dilantik menganggotai Lembaga AMMB Holdings Berhad pada 16 April 2004. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kumpulan dan Jawatankuasa Penamaan dan Imbuhan Kumpulan dan ahli Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Syarikat. Tan Sri Datuk Clifford pada masa ini menganggotai lembaga pengarah AmBank (M) Berhad, AmBank Islamic Berhad (sebelum ini dikenali sebagai AmIslamic Bank Berhad), Genting Malaysia Berhad, Moet Henessy Diageo Malaysia Sdn Bhd dan FIDE Forum. Tan Sri Datuk Herbert menyertai Perkhidmatan Awam Malaysia pada 1964 sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhimatan Awam dari 1964 hingga 1968. Kemudiannya beliau telah berkhidmat di Kementerian Kewangan dari 1975 hingga 1997, jawatan tertinggi beliau adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Beliau bersara daripada perkhidmatan awam pada tahun 1997. Sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Kewangan, beliau juga dilantik sebagai Gabenor Silih Gantian Bank Dunia. Dari 1994 hingga 2000, Tan Sri Datuk Herbet adalah Pengerusi KL International Airport Berhad yang membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Beliau telah menjadi ahli lembaga beberapa badan berkanun dan syarikat awam berkait kerajaan yang antaranya adalah Kumpulan Khazanah Nasional Berhad, Malaysia Airline System Berhad, Petroliam Nasional Berhad, Bank Negara Malaysia Berhad, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Pengerusi Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Beliau juga merupakan Pengerusi Kumpulan Wang Amanah Pencen. Di samping itu, Tan Sri Datuk Herbert juga terlibat dalam beberapa badan NGO. Tan Sri Datuk Herbert memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari University of Pittsburgh, U.S.A. dan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya. Y BHG TAN SRI DATUK DR ARIS OTHMAN Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Y Bhg Tan Sri Datuk Dr Aris Othman, seorang warganegara Malaysia berusia 70 tahun, telah dilantik menganggotai Lembaga AMMB Holdings Berhad pada 1 April 2004. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Syarikat dan ahli Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kumpulan dan Jawatankuasa Penamaan dan Imbuhan Kumpulan. Tan Sri Datuk Dr Aris juga adalah ahli Lembaga subsidiari Syarikat, AmInvestment Bank Berhad. Beliau pada masa ini adalah Pengarah YTL Power International Berhad. Tan Sri Datuk Dr Aris telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan di Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 1966 hingga 1986. Beliau telah dipinjamkan ke Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Kuala Lumpur sebagai Ketua Pengurus Besar (Perancangan Korporat, Subsidiarisubsidiari Kewangan, Perbendaharaan dan Sumber Manusia) dari 1986 hingga 1989. Dari 1989 hingga 1999, Tan Sri Datuk Dr Aris telah berkhidmat dengan Kementerian Kewangan, di mana beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif (South East Asia Group) Bank Dunia, Washington D.C., U.S.A. dari 1991 hingga 1994 dan Ketua Setiausaha kepada Perbendaharaan dari 1998 hingga pertengahan 1999. Ini diikuti oleh kerjaya dalam bidang perbankan di mana beliau telah memegang jawatan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad. Beliau juga adalah Pengerusi Malaysia Airport Holdings Berhad dan Pusat Reka Bentuk dan Inovasi Malaysia, Cyberjaya. Tan Sri Datuk Aris memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam Ekonomi Pembangunan dan Ijazah Sarjana Sastera dalam Ekonomi Politik kedua-duanya dari Boston University, Massachusetts, Ijazah Sarjana Sastera dalam Ekonomi Pembangunan dari Williams College, Massachusets dan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Ekonomi Analitis dari Universiti Malaya. 24 AMMB Holdings Berhad (223035-V) Laporan Tahunan 2015

Y BHG DATO ROHANA Tan Sri MAHMOOD Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Y Bhg Dato Rohana Tan Sri Mahmood, seorang warganegara Malaysia berusia 61 tahun, telah dilantik menganggotai Lembaga AMMB Holdings Berhad pada 8 Julai 2011. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Penamaan dan Imbuhan Kumpulan Syarikat dan Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Maklumat Kumpulan. Dato Rohana juga merupakan ahli lembaga subsidiari Syarikat, iaitu AmInvestment Bank Berhad. Dato Rohana adalah Pengerusi/ Rakan Kongsi/Pengarah dan Pengasas RM Capital Partners Sdn Bhd sebuah dana ekuiti swasta Malaysia. Beliau pernah menjadi Pengerusi dan Pengasas bersama Ethos Capital Sdn Bhd, sebuah dana ekuiti swasta Malaysia sejak tahun 2007. Dana tersebut berakhir dengan jayanya pada November 2012. Dato Rohana adalah ahli Majlis Global Asia Society, New York, ahli Lembaga Penasihat ACE Limited International, New York, ahli APEC Business Advisory Council (ABAC) Malaysia dan ahli lembaga Pacific Basin Economic Council Malaysia (PBECM). Dato Rohana juga merupakan seorang pengarah di syarikat tersenarai lain, antaranya Sime Darby Berhad and Paramount Corporation Berhad. Beliau juga merupakan Pengerusi/Pengarah dan Pengasas RMCP One Sdn Bhd. Beliau menganggotai lembaga pengarah pelbagai syarikat sendirian berhad termasuk Sime Darby Energy & Utilities Sdn Bhd, Sime Darby Industrial Sdn Bhd, KDU University College Sdn Bhd, YIM Technology Resources Sdn Bhd dan RM Capital Partners & Associates Sdn Bhd. Dato Rohana adalah Presiden Majlis Penasihat dan ahli pengasas Kuala Lumpur Business Club, sebuah organisasi rangkaian dan pembangunan perniagaan eksklusif yang terhad kepada 100 ahli (melalui undangan sahaja) yang terdiri daripada pemimpin korporat dan perniagaan yang terkemuka di Malaysia. Beliau merupakan Fellow Unggul dan ahli lembaga Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia. Sebelum menyertai ISIS, Dato Rohana telah berkhidmat dengan Kementerian Luar Negeri Malaysia. Dato Rohana memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Politik, dari Essex University dan Ijazah Sarjana dalam Perhubungan Antarabangsa, dari Sussex University, United Kingdom. Y BHG DATO SERI AHMAD JOHAN BIN MOHAMMAD RASLAN Pengarah Eksekutif /Penasihat Kanan Y Bhg Dato Seri Ahmad Johan bin Mohammad Raslan, seorang warganegara Malaysia, berusia 55 tahun, telah dilantik menganggotai Lembaga AMMB Holdings Berhad pada 9 Disember 2014. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Teknologi Maklumat Kumpulan Syarikat. Peranan Dato Seri Johan sebagai Penasihat Kanan ialah untuk menasihati Pengerusi dan Lembaga Pengarah Kumpulan AmBank berkenaan pelbagai isu dalaman dan luaran Kumpulan. Dato Seri Johan ialah ahli lembaga pengarah Eco World International Berhad dan mantan Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia (PwC). Beliau menghabiskan 10 tahun dari kariernya di London, United Kingdom dan 20 tahun di Malaysia, bekerja dalam bidang pemberian jaminan dan khidmat nasihat. Di antara pelanggannya di Malaysia terdiri daripada beberapa syarikat terkemuka di Malaysia, termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan. Beliau bersara daripada PwC pada Jun 2012. Di samping kerja-kerja pemberian jaminan dan khidmat nasihat, Dato Seri Johan juga sering dirujuk dalam hal-hal berkenaan tadbir urus korporat. Beliau telah bekerjasama dengan pengawal selia utama di Malaysia termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia. Sehingga persaraannya pada 2012, Dato Seri Johan merupakah ahli Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan BNM dan Jawatankuasa Rundingan Tadbir Urus Korporat SC. Sumbangan Dato Seri Johan yang lepas kepada Kerajaan Malaysia termasuk keahlian dalam lembaga Perbadanan Putrajaya (Putrajaya Corporation) dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP), dan Pengerusi Yayasan Pelaporan Kewangan. Kini beliau adalah ahli Lembaga Profesional Perkhidmatan Kewangan, yang merupakan satu pelantikan oleh BNM. Dato Seri Johan memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Ekonomi dan Perakaunan daripada University of Hull, United Kingdom. Beliau ialah Fellow Institute of Chartered Accountants in England & Wales dan ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia dan Institut Akauntan Malaysia. Laporan Tahunan 2015 AMMB Holdings Berhad (223035-V) 25

Encik CHIN YUEN YIN Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Encik Chin Yuen Yin, seorang warganegara Malaysia, berusia 67 tahun, telah dilantik menganggotai Lembaga AMMB Holdings Berhad pada 20 Januari 2015. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Syarikat dan Jawatankuasa Penamaan dan Imbuhan Kumpulan. Encik Chin juga menganggotai lembaga pelbagai subsidiari Kumpulan AMMB Holdings Berhad, antaranya AmBank (M) Berhad, AmBank Islamic Berhad (sebelum ini dikenali sebagai AmIslamic Bank Berhad), AmGeneral Insurance Berhad dan AmMetLife Insurance Berhad. Beliau juga adalah pengarah di SBP (Bungalows) Homeowners Berhad. Encik Chin mempunyai lebih daripada 40 tahun pengalaman dalam industri perbankan dan memulakan kerjaya dengan Standard Chartered Bank Malaysia, di mana beliau telah berkhidmat dari tahun 1970 hingga 1992, pernah memegang pelbagai jawatan dalam perbankan korporat, jualan dan perkhidmatan cawangan dan perbankan runcit. Encik Chin berhijrah ke Indonesia sebagai Penasihat kepada sebuah bank tempatan dan kembali ke Malaysia pada awal 1994 untuk menyertai Hong Leong Bank. Ketika di bank tersebut beliau membangunkan Bahagian Bank Persendirian (Bahagian Perbankan Runcit). Selepas itu Encik Chin menyertai OCBC Bank sebagai Ketua, Perbankan Pengguna Global di Singapura. Selepas meninggalkan OCBC Bank beliau bekerja sebagai Perunding dengan Texas Pacific Group, sebuah syarikat ekuiti swasta Amerika di Fort Worth, Texas. Melalui hubungan ini beliau menjadi Pengarah BankThai di Thailand dan juga Pengerusi Perbankan Runcit. BankThai kemudian diambil alih oleh CIMB Bank Berhad dan beliau berkhidmat sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif semasa tempoh peralihan, sementara bank tersebut mengambil warganegara Thailand sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Encik Chin memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) daripada Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada University of Hull, United Kingdom. Encik Chin juga adalah Fellow of The Chartered Institute of Marketing. Encik VOON SENG CHUAN Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Enick Voon Seng Chuan, warganegara Malaysia, berusia 56 tahun, telah dilantik menganggotai Lembaga AMMB Holdings Berhad pada 18 Jun 2015. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Teknologi Maklumat Kumpulan Syarikat dan Jawatankuasa Penamaan dan Imbuhan Kumpulan. Encik Voon juga menganggotai Lembaga AmBank (M) Berhad, sebuah subsidiari Syarikat dan ketika ini adalah Pengarah Mesiniaga Berhad (sebuah syarikat IT yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad), Silverlake International Pte Ltd dan Corporate Learning Consortium Sdn Bhd. Encik Voon telah menjadi sebahagian daripada industri Teknologi Maklumat ( IT ) untuk hampir tiga dekad. Pada April 2008, beliau menyertai Kelab IBM Quarter Century, menggambarkan perkhidmatannya selama 25 tahun di IBM. Beliau bersara daripada IBM pada Mac 2010. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 27 tahun dengan IBM, beliau memegang beberapa peranan, menyampaikan semua aspek produk dan perkhidmatan IT kepada pelanggan dalam semua segmen industri, di Malaysia dan rantau Asia Pasifik. Jawatan terakhir beliau di IBM sebelum persaraannya adalah Pengarah, Segmen Pasaran Pertengahan di Asia Pasifik. Beliau bertanggungjawab ke atas keseluruhan prestasi perniagaan (kira-kira US$2 bilion) dan kepuasan pelanggan untuk semua pelanggan Pasaran Pertengahan. Dalam peranan ini, beliau mengetuai pasukan daripada ibm.com, bahagian operasi rakan niaga, pemasaran, produk dan perkhidmatan untuk menyediakan penyelesaian kepada segmen Pasaran Pertengahan. Dalam tahun 2007, beliau ditugaskan di ibu pejabat Asia Pasifik untuk mengendalikan dua projek khas penstrukturan semula organisasi ibu pejabat IBM. Yang pertama, beiau berjaya mengetuai pemisahan ibu pejabat rantau ASEAN/Asia Selatan yang sedia ada kepada dua rantau bebas iaitu ASEAN dan India/Asia Selatan. Kemudian, beliau menganggotai pasukan teras yang memisahkan Japan keluar dari rantau Asia Pasifik. Dari 2000 ke 2006, Encik Voon memegang jawatan Pengarah Urusan IBM Malaysia dan Brunei. Di bawah kepimpinannya, IBM menerajui kemasukan e-perniagaan, perniagaan atas permintaan dan inovasi ke dalam negara dengan aktiviti utama seperti e-fairs, Forum IBM dan Simposium Penyelesaian Perniagaan, untuk meningkatkan kesedaran terhadap manfaat pelaburan IT nilai tinggi bagi perusahaan besar dan perniagaan kecil dan sederhana. Encik Voon juga telah menyahut panggilan kerajaan Malaysia untuk mengubah negara menjadi hub penyumberan luar dan perkongsian perkhidmatan antarabangsa dengan mengetuai pelaburan IBM dalam tujuh pusat serantau/operasi di Malaysia. Melalui usaha tersebut, IBM diletakkan dalam kedudukan terbaik untuk memindahkan amalan terbaik dan kepakaran berkemahiran tinggi ke dalam negara. Pada 2013, Encik Voon diiktiraf dengan anugerah Pemimpin Penyumberan Luar Terbaik oleh Outsourcing Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Majlis PIKOM (Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia) dari 1994/1995 dan 1999/2000. Encik Voon memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Matematik daripada Universiti Malaya. 26 AMMB Holdings Berhad (223035-V) Laporan Tahunan 2015

Encik SHAYNE CARY ELLIOTT Encik Shayne Cary Elliott, seorang warganegara New Zealand berusia 51 tahun, telah dilantik menganggotai Lembaga AMMB Holdings Berhad pada 18 Jun 2013. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Syarikat. Encik Elliott ketika ini adalah Pengarah ANZ Holdings (New Zealand) Limited dan ANZ Bank New Zealand Limited. Encik Elliott telah memegang jawatan Ketua Pegawai Kewangan di Australia and New Zealand Banking Group Limited ( ANZ ) sejak Jun 2012. Beliau bertanggungjawab terhadap semua aspek Kewangan serta Undang- Undang, Perbendaharaan dan Perhubungan Pelabur. Dalam peranan ini, beliau turut bertanggungjawab terhadap Strategi dan Penggabungan dan Pengambilalihan Kumpulan. Sebelum ini, Encik Eliott adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Institusi, memantau semua perniagaan yang berkaitan dengan pelanggan perniagaan, korporat, dan institusi ANZ. Encik Elliott menyertai ANZ pada Jun 2009. Sebelum itu, beliau adalah Ketua Pegawai Operasi EFG Hermes, bank pelaburan terbesar di Timur Tengah. Beliau bertanggungjawab ke atas strategi korporat, risiko, sumber manusia, pemasaran dan melaksanakan proses tadbir urus dan pengurusan perniagaan. Encik Elliott pernah berkhidmat dengan Citigroup di mana beliau memegang pelbagai jawatan kanan merentasi geografi dan sektor perniagaan sepanjang 20 tahun. Antara jawatan yang dipegangnya ketika berkhidmat dengan Citigroup termasuk: Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Transaksi Global Asia Pasifik, Ketua Pegawai Eksekutif Corporate Bank Australia/ New Zealand dan Pegawai Korporat Negara, Naib Presiden Perancangan Strategik New York, Ketua Jualan Derivatif Pelabur London dan Ketua Jualan dan Perdagangan New Zealand. Encik Elliott memegang Ijazah Perniagaan, Pengurusan dan Kewangan dari University of Auckland, New Zealand. Encik MARK DAVID WHELAN Encik Mark David Whelan, seorang warganegara Australia berusia 55 tahun, telah dilantik ke Lembaga AMMB Holdings Berhad pada 2 Januari 2009. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kumpulan Syarikat. Encik Whelan adalah Ketua Pegawai Eksekutif ANZ Australia dan ahli Lembaga Pengurusan yang bertanggungjawab ke atas Perbankan Komersial Global, Australia and New Zealand Banking Group Limited ( ANZ ). Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Australia, Encik Whelan bertanggungjawab ke atas perniagaan runcit dan komersial ANZ Australia yang memberi perkhidmatan kepada lebih daripada enam juta pelanggan. Sebagai ahli Lembaga Pengurusan ANZ, beliau juga memimpin segmen komersial ANZ di peringkat global. Encik Whelan mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam bidang perbankan dan berpengalaman luas dalam Pasaran Asia dan Perbankan Institusi, Korporat dan Komersial. Sebelum ini Encik Whelan memegang jawatan Pengarah Urusan Perbankan Korporat dan Komersial Australia dan Pengarah Urusan ANZ untuk perniagaan Institusi, Komersil dan Perbankan Peribadi berpengkalan di Hong Kong. Beliau menyertai ANZ pada November 2004 sebagai Ketua Jualan, Pasaran, sebelum memegang jawatan Pengarah Urusan Bersama, Pasaran pada 2005 dan kemudiannya sebagai Pengarah Urusan, Institusi Asia pada 2007. Sebelum menyertai ANZ, Encik Whelan telah berkhidmat di Westpac Bank di mana beliau memegang beberapa jawatan kanan termasuk Pengurus Besar, Jualan Pelabur Global dan Pengurus Besar, Perbankan Institusi, Victoria. Dalam keupayaan ini, tanggungjawabnya termasuklah pengagihan produk Pasaran ke dalam segmen Komersil. Sebelum menyertai Westpac Bank, Encik Whelan telah berkhidmat di Citibank dan Caterpillar. Encik Whelan memiliki Diploma Graduan dalam Percukaian dan Diploma Perakaunan dari Royal Melbourne Institute of Technology. Beliau juga adalah ahli Fellow Certified Practising Accountants, dan ahli Financial Treasury Association Limited, Australian Financial Markets Association dan Australian Institute of Company Directors. Laporan Tahunan 2015 AMMB Holdings Berhad (223035-V) 27

CIK SUZETTE MARGARET CORR CIK Suzette Margaret Corr, seorang warganegara Australia, berusia 54, dilantik menganggotai Lembaga AMMB Holdings Berhad pada 23 Januari 2015. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Penamaan dan Imbuhan Kumpulan Syarikat. Cik Corr adalah Pengurus Besar Sumber Manusia Australia dan Pengurus Besar Kumpulan Bakat & Kebudayaan Australia and New Zealand Banking Group Limited (ANZ). Dalam kedua-dua peranan tersebut, beliau memiliki kemahiran dalam kepimpinan, transfomasi perniagaan, operasi dan semua aspek Sumber Manusia (HR) dan isu tenaga kerja. Suzette adalah seorang eksekutif sumber manusia yang berpengalaman dengan kekuatan dalam strategi dan pelaksanaan yang dibangunkan dalam pelbagai sektor termasuk Perundingan dan Perkhidmatan Kewangan. Beliau mengetuai portfolio HR di seluruh perusahaan termasuk Bakat dan Penggantian, Prestasi, Penyumberan, Imbuhan, Pembelajaran dan Pembangunan, Kebudayaan, Kepelbagaian, Pembabitan, Hubungan Kakitangan, dan Kesihatan dan Keselamatan; mengawasi inisiatif di 34 negara untuk 55,000 kakitangan. Beliau adalah ahli Kumpulan Pemandu Pelan New Colombo Kerajaan Australia dan Jawatankuasa Pemandu Media Sosial ANZ. Sebelum ini Cik Corr adalah Pengurus Besar HR National Australia Bank Limited, dan pernah memegang jawatan perunding dengan Ernst & Young dan Arthur Andersen. Perkhidmatan Cik Corr dengan kerajaan dan organisasi tanpa untung termasuk pengarah VicHealth; CEO sementara untuk Very Special Kids; Timbalan Pengerusi International School Fiji Board of Governors; dan keahlian Lembaga Penasihat Melbourne Youth Music dan Personal Emergency Services Victoria. Cik Corr memegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan daripada University of Western Australia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada University of Queensland, Australia. Beliau telah mempelajari strategi perniagaan, strategi sumber manusia dan transformasi organisasi di INSEAD dan London Business School. Beliau juga telah mengikuti latihan pengarah syarikat di Australia dan Malaysia. Beliau ialah ahli Australian Institute of Company Directors. Encik SOO KIM WAI Encik Soo Kim Wai, seorang warganegara Malaysia berusia 54 tahun telah dilantik ke Lembaga AMMB Holdings Berhad pada 4 Oktober 2002. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Penamaan dan Imbuhan Kumpulan Syarikat. Encik Soo pada masa ini adalah Pengarah Urusan Kumpulan, Amcorp Group Berhad. Beliau menyertai Amcorp Group Berhad pada 1989 sebagai Pengurus Kanan, Kewangan dan sejak itu telah memegang beberapa jawatan sebelum beliau dinaikkan pangkat ke jawatan sekarang. Sebelum itu, beliau berkhidmat dengan Plantation Agencies Sdn Bhd dari 1985 hingga 1989, dan dalam profesion perakaunan selama lima tahun dengan Deloitte KassimChan dari 1980 hingga 1985. Encik Soo juga menganggotai Lembaga RCE Capital Berhad, Amcorp Properties Berhad, ECM Libra Financial Group Berhad dan lainlain syarikat sendirian berhad dan syarikatsyarikat asing. Beliau juga adalah ahli lembaga Dewan Perniagaan Malaysia British. Encik Soo adalah Akauntan Berkanun (Institut Akauntan Malaysia), Akauntan Awam Bertauliah (Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia), ahli Fellow Certified Practising Accountant (CPA), Australia dan ahli Fellow Association of Chartered Certified Accountant (ACCA), United Kingdom. 28 AMMB Holdings Berhad (223035-V) Laporan Tahunan 2015

Encik ALISTAIR MARSHALL BULLOCH (Pengarah Silih Ganti kepada Encik Shayne Cary Elliott, Encik Mark David Whelan dan Cik Suzette Margaret Corr) Encik Alistair Marshall Bulloch, seorang warganegara Britain berusia 57 tahun adalah Pengarah Gantian kepada Encik Shayne Cary Elliott, Encik Mark David Whelan dan Cik Suzette Margaret Corr. Beliau kini adalah Pengarah Urusan, Perkongsian Antarabangsa dan Institusi Australia and New Zealand Banking Group Limited (ANZ). Encik Bulloch bertanggungjawab mewujudkan hubungan penting kerajaan dan lainlain perhubungan, menerajui kepimpinan merentasi Asia Pasifik, Eropah, dan Amerika bagi pihak kumpulan. Beliau adalah Ketua Perkongsian ANZ dan mewakili ANZ di semua lembaga-lembaga pengarah utama. Sebelum memegang jawatan ini, Encik Bulloch adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Asia Pasifik, Eropah dan Amerika (APEA) dan Ketua Pegawai Eksekutif Timur Laut Asia ANZ. Beliau bertanggungjawab memacu pertumbuhan dan inovasi dalam perniagaan dan perkongsian ANZ di China, Hong Kong, Taiwan, Jepun dan Korea. Beliau adalah Pengerusi dan Pengarah ANZ Bank (Vietnam) Limited, ANZ Insurance Broker Co. Ltd (Taiwan), ANZ Royal Bank (Cambodia) Ltd., ANZ Bank (Taiwan) Limited, Chongqing Liangping ANZ Rural Bank Co. Ltd (China) dan Votraint No.1103 Pty Ltd, Pengarah ANZ Bank (China), United (Cambodia) Land Company Ltd, ANZ Bank (Europe) Limited (United Kingdom), ANZ Bank (Lao) Limited, ANZ Capital (PVT) Limited (India), ANZ Pensions (UK) Limited, ANZ V-Trac International Leasing Company, Bank of Tianjin (China), Jikk Pty Ltd., Saigon Securities Inc. (Vietnam) dan Shanghai Rural Commercial Bank (China). Encik Bulloch adalah Ketua Perbankan Borong dan Komersil di Korea bagi Standard Chartered First Bank. Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang perbankan dan sebelum ini adalah Ketua Perhubungan Pelanggan di China dan Taiwan. Encik Bulloch menghabiskan zaman kanak-kanaknya dan sebahagian besar kerjaya awalnya di Hong Kong dan beliau juga pernah bekerja di Timur Tengah dan Ireland. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Pengajian Perniagaan dari Dundee College of Technology, Scotland Maklumat Tambahan: Tiada Pengarah mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Pengarah yang lain atau pemegang-pemegang saham utama Syarikat melainkan sebagaimana yang dinyatakan. Y Bhg Tan Sri Azman Hashim dan Y Bhg Dato Azlan Hashim adalah adik-beradik. Y Bhg Tan Sri Azman Hashim adalah Pengerusi Eksekutif dan pemegang saham utama Amcorp Group Berhad ( Amcorp ), yang seterusnya merupakan pemegang saham utama AMMB Holdings Berhad ( AMMB ). Y Bhg Tan Sri Azman Hashim adalah Pengarah Clear Goal Sdn Bhd, syarikat milik keluarganya, yang dianggap antara pemegang saham utama AMMB Holdings Berhad menerusi kepentingannya dalam Amcorp. Encik Soo Kim Wai adalah Pengarah Urusan Kumpulan Amcorp yang merupakan pemegang saham utama AMMB. Encik Shayne Cary Elliott, Encik Mark David Whelan dan Cik Suzette Margaret Corr adalah wakil Lembaga dari Australia and New Zealand Banking Group Limited, yang dianggap pemegang saham utama AMMB menerusi kepentingannya dalam ANZ Funds Pty Ltd, pemegang saham utama AMMB. Tiada mana-mana Pengarah disabitkan kesalahan sepanjang 10 tahun yang lepas. Tiada Pengarah mempunyai konflik kepentingan dengan Syarikat selain yang diumumkan dan dinyatakan di dalam Nota 44 Penyata Kewangan di bawah Urus niaga dengan Pihak Berkaitan dan Baki Signifikan. Laporan Tahunan 2015 AMMB Holdings Berhad (223035-V) 29