Lot 1841, Kampung Rhu Tapai Merang, 21010 Setiu, Terengganu, Malaysia Tel: +60 9 653 1600 Fax: +60 9 653 1601 www.eryabysuria.com
MERANG KAMP Merang Kamp Ditubuhkan pada tahun 2000, Kem Merang Suria, Terengganu telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 2004. Kem Merang Suria adalah Sebuah kem latihan, rekreasi dan kepimpinan yang terletak di Kampung Rhu Tapai, Merang di sepanjang perairan Laut China Selatan yang menawan. Kem Merang Suria, Terengganu ini juga terletak bersebelahan dengan sebuah lagi hotel milik eryabysuria Merang, Terengganu. Kem latihan ini dilimpahi rahmat pasir pantai yang memutih dan laut biru mendamaikan dan dikelilingi dengan pohon-pohon kelapa yang menenangkan jiwa. Kem ini menyediakan pelbagai aktiviti luar yang mencabar seperti flying fox dan abseiling. Di Kem Merang Suria ini, sangat sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti berkumpulan seperti kem latihan, kem kepimpinan serta kursus. Dengan penyediaan fasiliti yang lengkap serta penempatan yang selesa dapat memberikan kepuasan serta memberi keselesaan untuk membuat aktiviti yang diinginkan. Tempat-tempat menarik di Bandar ini antaranya Taman Warisan Marin Wetland yang terkenal dengan pemandangan indah flora dan faunanya. Apa yang pasti, Kem Merang Suria ini adalah kem kepimpinan yang sangat ideal untuk mereka yang ingin membuat program bina diri pada masa yang sama melakukan aktiviti yang mencabar. Lokasi Lot 1841, Kampung Rhu Tapai Merang, 21010 Setiu Terengganu, Malaysia. Tel: +60 9 653 1600 Fax: +60 9 653 1601 Email: frontofficesuria@gmail.com / reservation.merang@eryabysuria.com Website: www.eryabysuria.com Penempatan Kem Merang Suria yang terletak berhampiran dengan Bandar Merang ini amat terkenal dengan perkampungan tepi lautnya. Hanya sejam perjalanan dari Kuala Terengganu, Merang menjanjikan satu pengalaman baru yang tidak akan dilupakan bagi pengunjung-pengunjung dari seluruh dunia. Pengunjung juga boleh memenuhi selera makan anda dengan mencuba makanan tradisional Terengganu yang terkenal di seantaro dunia. Yang pasti Merang semestinya terkenal dengan makanan laut yang akan membuat anda terliur. 2
KEMUDAHAN Penginapan Kem Merang Suria menyediakan penempatan asrama sebanyak 16 bilik asrama lelaki dan perempuan yang bersih dan selesa. Penginapan asrama ini boleh menempatkan sehingga 400 orang pada satu-satu masa. Lengkap dengan kemudahan, penginapan ini pasti akan memberi anda rehat yang mendamaikan setelah seharian melakukan aktiviti mencabar. Dewan Makan Di Kem Merang Suria ini juga ada menyediakan dewan makan (open hall) yang lengkap dengan fasiliti untuk kegunaan pengunjung. Di dewan makan ini terdapat pentas yang sesuai untuk digunakan bagi melakukan acara atau persembahan dan aktiviti-aktiviti serta program indoor. Padang Astaka Di Kem ini juga terdapat padang astaka atau nama lain padang kawad untuk kegunaan pengunjung yang ingin melakukan aktiviti atau latihan berkawad. Dengan keluasan yang cukup luas, padang kawad ini boleh memuatkan jumlah pengunjung yang ramai serta sesuai untuk melakukan aktiviti berkawad atau aktiviti lain seperti perbarisan, dan sebagainya serta sesuai bagi pengunjung yang ingin melakukan program kem bina diri atau kem kepimpinan bagi program-program khas untuk pelajar sekolah, universiti atau persatuan-persatuan yang berkaitan. 3
AKTIVITI Sukan dan Aktiviti Kemudahan lain yang turut di sediakan adalah kemudahan aktiviti bersukan High Element seperti Flying Fox, Abseiling, Multivine Traverse, Burma Bridge dan Low Element seperti Vaulting Bar, Swinging Plank, Monkey Rack, Tunnel, Tarzan Swing dan banyak lagi. Di sini juga terdapat aktiviti seperti kayak untuk para pengunjung. Bagi pengunjung yang ingin melakukan program Teambuilding bersama rakan-rakan atau keluarga, di sini sangat sesuai sekali. Aktiviti Sukan (Low & High Element) Low Element: Vaulting Bar Swinging Plank 6 Wall Graduate Balance Walk Monkey Rack Tunnel Tarzan Swing Wire Grant 4 High Element: Abseiling Flying Fox Multivine Traverse Postman Wall Burma Bridge
KEMUDAHAN Kemudahan Lain Selain itu, kemudahan lain yang turut disediakan oleh Kem Merang Suria ini ialah restoran, bilik solat, tandas awam, kolam mandi dan banyak lagi. Turut ada ialah kemudahan untuk menganjurkan kem kepimpinan dan kursus serta menyediakan padang yang luas untuk melakukan aktiviti sukan seperti bola jaring, bola tampar dan aktiviti sukan di tasik seperti berkayak untuk keseronokan pengunjung. Pelan Tapak 5
SERVIS & PRASARANA Kapasti dan Jumlah Penginapan Serta Kemudahan No Prasarana 1 Asrama: 52 ft x 31 ft 18 units 9 wira (termasuk bilik rehat) 9 wirawati (termasuk bilik rehat) 2 Bilik kuliah: 23 ft x 18 ft 8 unit boleh dipecahkan kepada 16 unit. 3 Bilik Komputer: 39 ft x 25 ft 1 unit 4 Bilik Medik: 52 ft x 52 ft 1 unit 5 Dewan Makan: 119 ft x 93 ft 1 unit 6 Tandas Asrama: 40 ft x 20 ft 16 units 8 wira 8 wirawati 7 Tandas awam: 40 ft x 20 ft 8 unit termasuk lelaki dan perempuan 8 Padang Kawad: 197 ft x 164 ft 1 unit 9 Dapur: 67 ft x 54 ft 1 unit 10 Wakaf: 10 ft x 10 ft 4 unit 11 Tapak Keseluruhan: 35.88 ekar 12 Surau: 61 ft x 49 ft 1 unit 13 Pejabat Pentadbiran: 56 ft x 30 ft 1 unit 14 Pondok Pengawal: 14 ft x 8 ft 1 unit 15 Bangunan Kediaman Komandan: 25 ft x 20 ft 2 unit 16 Bangunan Kediaman Timbalan Komandan: 23 ft x 13 ft 2 unit No 17 18 19 Prasarana Zon kemudahan sukan Padang Bola: 295 ft x 148 ft 1 unit Netball Court: 100 ft x 50 ft 1 unit Basketball Court: 45 ft x 23 ft 1 unit Volley ball Court: 60 ft x 30 ft 1 unit Takraw Court: 42 ft x 20 ft 2 unit Futsal: 98 ft x 65 ft 1 unit Bangunan Kediaman Jurulatih Wanita: 13 ft x 11 ft: 2 pax sebanyak 2 unit 23 ft x 13 ft: 5 pax sebanyak 9 unit Lelaki: 12 ft x 10 ft: 1 pax sebanyak 3 unit 23 ft x 13 ft: 2 pax sebanyak 5 unit 34 ft x 13 ft: 4 pax sebanyak 3 unit Stor Logistik 92 ft x 23 ft 1 unit dipecahkan kepada beberapa bahagian Stor Peralatan Stor Pakaian Stor Mudah Bakar Stor Lupus Pejabat 20 ft x 20 ft 6 Sales and Management Office (HQ), 05, Level 5, Blok A, Kelana Centre Point, No. 3, Jalan SS7/19, Kelana Jaya, 47301, Petaling Jaya, Selangor. Tel: +60 3 7806 4752 Fax: +60 3 7806 4753 Email: reservation@eryabysuria.com Web: www.eryabysuria.com